Salam sejahtera dan assalamualaikum kepada mereka yang beragama islam.
Apa khabar semua?Hope you all sihat dan sentiasa ceria. Well hari ni Lynn nak berkongsi sedikit info mengenai salah satu hobi Lynn. Apa dia???Tentu you all semua nak tahu kan??
Okey!! Hobi Lynn adalah membaca novel, selain dari menulis. Tapi Lynn membaca bukan setakat Novel aja tau. Tetapi semua bahan bacaan yang menarik minat. Lynn akan baca. Bila namanya suka membaca tentulah Lynn mempunyai beberapa koleksi novel. Betul tak?? Hehehe.. jawapannya adalah benar..
Buat masa ini itu adalah gambar koleksi peribadi Lynn, yang telah Lynn kumpul sejak tamat SPM dulu. Apa yang you all semua lihat, itu adalah sebahagian novel saja. Lynn tak larat nak ambil gambar semua sekali, ya tak?...anw jangan marah ya ;)
Bila, Lynn sudah banyak membaca karya orang. Tentu Lynn mempunyai idola. Dan Lynn akan kongsi sebahagian dari penulis-penulis novel yang Lynn kagumi.
Nak tahu siapa???Orangnya adalah:
a)Penulis Senior.
Norhayati Ibrahim, Syarifah Abu Saleem, Ma Lee Chuswan,
Shamsiah Md Noor, Puteri Andalas, Fauziah Ashari, Aisya Sofea, Ramli A.M danNoorzailina Nordin.
b)Penulis Baru:
Syamzunuriezmil,Noraz ikha, Hanni Ramsul, Sury Ryhana, Qaseh Qaisara.
Itu hanya sebahagian aja tau. Kalau nak cakap sampai besok pun tak habis. Hehehe
Untuk hasil karya penulis baru, kamu semua BOLEH LAYARI web ini( penulisan2u.net)
Kamu boleh membaca hasil karya mereka seperti novel dan juga cerpen. termasuklah beberapa karya LYNN yang masih belum tamat di situ.
Apapun membaca adalah satu budaya yang sihat, selain dari menjana minda. Tahu kenapa??
Mesti you all nak tahu kenapa Lynn cakap membaca itu bagus, betul tak.. Kalau tak mahu tahu. Tak apa Lynn beritahu juga.
A)Membaca membuatkan kita tidak mudah lupa atau nyanyuk.
B)Dengan membaca boleh menambah ilmu pengetahuan. Kalau kita pandai, mesti kita nak jadi orang yang lagi pandai tul tak??
c)Banyak info terkini boleh kita dapat, melalui membaca... heheheh....
So, kalau ada orang kata membaca novel adalah merugikan dan buang masa. Itu adalah salah/it's wrong...
membaca itu tidak merugikan, malah menguntungkan bagi pihak yang membacanya. Untuk novel, kita boleh ambil contoh yang baik untuk di ikuti. Malah untuk bahan bacaan lain seperti artikel2 lain contoh wikipedia, atau yang sewaktu dengannya. Kita dapat ilmu.. maklum sewaktu di zaman persekolahan, tak semua subjek cikgu ajar tul tak?? So, kalau kita nak tahu kenalah baca atau cari info mengenainya sendiri.
Hurm... dah penat celoteh.. Kita jumpa lagi.. see you soon..
lOVE YOU GUYS... HEHEHHE ;)
No comments:
Post a Comment