Wednesday 28 September 2011

Opps!! Belanja Lagi??- BAB 5

Bab 5



Tiga  hari  sudah berlalu, bayang  Salma  masih  tidak kelihatan. Aku  rindu  betul  pada  rakanku  yang bermulut  ramah itu. Tiba-tiba  mataku  tertumpu  pada  Lokman yang 
kebetulan berada  di situ.

“Lokman,” aku  menjerit kecil. Lokman menoleh   lalu tersenyum.

“Mari sini  sekejap.”

Ada  apa  kau  panggil  aku,” ucap  Lokman  hairan.

“Kau  nampak  Salma??Katanya  semalam naik  kerja. Tapi tak  adapun,” aku  bertanya lembut.

“Jangan  risau, kawan  tersayang kau  tu ada. Sekarang dia  ada  di bilik Azura. Biasalah

buka  borang  untuk  claim duit  medical.”

“Oh.., okey  terima  kasih. Tak sabar nak  jumpa  dia.” Aku  berkata  sambil  tertawa  kecil.

“Okeylah. Aku blah  dulu. Ada  banyak  kerja  nak  buat ni. Nanti  boss bising  pula.”

Dari  jauh  aku  dapat  melihat  Salma  berjalan lenggang. Wajahnya benar-benar ceria.
Pasti ada  sesuatu yang  menceriakannya. Kalau  tidak, masa  dia begitu.

“Hai  Lynn sayang. Apa  khabar?” Sapa Salma lembut.

“Aku, baik  dan  sihat. Dah baik  demam?”

“Apalah  kau  ni, kalau  kau  dah  nampak  aku  disini. Itu  bermakna  aku  sihat.”

“Manalah  tahu, masih  sakit. Yang kau  senyum saja ni  kenapa??”

“Aku  happy  sangat-sangat. Last  time abang  aku  datang. Kau tahu? Abang  aku  yang 

di  London tu dah  balik. Sekarang dia  akan  tinggal di Malaysia  semula.


Ternyata  benar, mamat tempohari  itu  abang Salma. Aduh!! Matilah  aku. Pasti  Salma 
akan  menghebahkan  hobiku  juga  perihalku  kepada  abang  tersayangnya. Ini  tidak 
boleh  berlaku, dan aku mesti  lakukan  sesuatu.


“Baguslah  kalau  macam tu. Tak  payah  kau  nak  rindu-rindu  dia  lagi. Dah ada  depan 

mata, kan  senang.”

“Ya,  betul tu. Tapi paling aku  tak  sangka, abang  aku tu  dah  kurus. Kacak pula  tu.

Nanti  aku kenalkan  pada  kau  ya. Manalah  tahu ada  jodoh,” ucap Salma  girang.

“Hish…,kau  ni  merapu  saja. Sudahlah tu, jangan  berangan banyak sangat. Elok kau 

siapkan kerja  yang  tertangguh  tu. Nanti  mengamuk  pula  En. Amran.

“En. Amran? Ala  senang aja. Kalau dia  marah aku  kenyit  matalah.” Ucap Salma 

spontan  sambil  tergelak  besar.


Sedang  kami  asyik tertawa. Salma  melihat  kelibat pengurus akaun. Siapa  lagi  kalau 
bukan  En. Amran. Sepantas  kilat  Salma  meninggalkan  aku.

Aku pula, cuma  tergelak  melihat aksi  spontan  Salma. Mana  berani  dia  kenyit  mata
dengan En. Amran.  Yang  terkenal  dengan wajah bengis  dan  pemarah  itu.


Lewat  petang  itu  Salma  mengajak aku  untuk minum teh di restoran mamak 
berdekatan. Aku  yang  sememangnya  haus bersetuju dengan  cadangan  Salma. Kami
tidak  mengupas apa-apa isu kecuali masalah  kerja yang  tertangguh. Nora  yang  bijak 
itu pun sedang  menghadapi masalah  yang  sama.

Kami  hanya  memesan  teh tarik  juga  milo ais, sebaik  saja  tiba di  restoran. Sewaktu 
kami  sedang  mencari  tempat  untuk  diduduki, kami  melihat susuk  manusia yang 
sangat  kami  kenali. Wanita  itu adalah  Nora. Tanpa  banyak  bicara  kami berdua
berjalan menuju meja  Nora dan  menyapanya  ramah.


“Boleh kami berdua  duduk,”  ucapku  lembut.  Nora  yang  sedang  duduk  termanggu 

tersenyum  dan  mempersilakan  kami duduk.

“Hai  Nora. I  tengok  you  macam  stress  aja?Ada  masalah ke?”

“Biasalah  Salma. Masalah apa  lagi, kalau  bukan  masalah  kerja. Iklan yang  diminta
Syarikat Wira  Perkasa  masih  tak  siap. I betul-betul  kekeringan  idea.”

You  perlukan  rehat Nora.  Kalau  tengah  penat dan  tak  cukup  rehat, you  perah  idea 
tu  macamanapun dia  tak  akan  muncul. Betul tak Lynn?” ulas  Salma lembut.

Aku  melihat wajah  Nora. Dari  raut  wajahnya  yang  sedia  terpamer, aku  dapat 
melihat kesan  gelap dibawah  matanya. Aku  tahu dia tidak  cukup rehat. Nora  orang 
yang  sangat  rajin  bekerja. Mungkin  dia  bimbang jika iklan  itu  tidak  siap tepat  pada
waktunya. Argh.., aku  juga  bimbang. Hanya  ALLAH saja  yang  tahu  betapa  hatiku 
juga  resah  bila  memikirkan  perkara  itu.

“Ya, betul tu. You perlu  berehat. Kalau  di paksa boleh  jadi  migrain pula. Bila  you 
sakit  nanti, lagi  susah.” Ulasku ringkas.

“Jangan  risau  sangat Nora. Dateline  lama lagi. Lynn punya  pun tak  siap lagi.”

“Urm…, okey. Lepas ni  you berdua nak  kemana?” Tanya  Nora  sambil  memicit dahi.

“Baliklah Nora  tak akan kami  nak  tidur di sini,”ucap  Salma  lancar  sambil  tergelak.

“Salma, I tanya  betul-betul, you buat  lawak  pula.”

“Jangan  marah  Nora. I usik  you, saja  ceriakan  suasana. Lepas minum  kami  balik.
Malas  nak  singgah  mana-mana.”


Aku  tiba dirumah  tepat  pukul 8.00 malam. Mahani  sedang  leka membelek  buku 
masakan. Aku tahu, pasti  Mahani mahu  mencuba  resepi baru. Dan aku  adalah  orang 
pertama  yang  akan  mencubanya. Apapun  hasilnya  sangat  memuaskan. Malah 
Mahani  boleh  menjadi chef  jika  mahu. Mempelbagaikan  masakan  juga  kepakaran
Mahani. Kalau  mengubah resepi  masakan pun dia  mampu. Katanya, kita  yang  buat 
setiap  masakan  menjadi  sedap. Apapun, nasihatnya  cuma  satu. Kita  harus  kreatif.

“Lambat, kau  balik  hari  ni? Biasa pukul 7.00 malam kau  dah  terjengul  dirumah,”

tanya Mahani hairan.

“Pergi  minum dengan  Salma di restoran mamak  tadi. Tu  yang  aku  sampai  rumah  lambat.”

“Kiranya  Salma  lah  yang  hantar  kau  balik  tadi??”

Aku  hanya  mengangguk dan  menghempaskan  tubuhku yang  keletihan  disofa.

“Kau nak  cuba  resepi  baru  ke??” Aku  bertanya sambil  memandang  Mahani  di meja  makan.

“Dah  tahu, lagi tanya!” Ni, kau balik  kerja  dah  tak  tahu  nak  masuk  mandi ke?”

“Eh, sabarlah, badan tengah berpeluh. Kau nak  suruh  aku mandi?Berpanaulah  badan  aku Ani.”

Sedang  enak  aku  duduk  bersantai disofa. Tiba-tiba aku  terbau  gas beracun yang
sangat tidak  menyenangkan. Zupp.., aku  tahu. Pasti Mahani  pelakunya. Sepantas kilat 
aku  berdiri dan  memandang Mahani.

“Hoi.., agak-agaklah kalau nak  melepas  pun. Dah berapa  lama  kau  tak  buang?” Tuturku  sambil  membaling kusyen  kecil kearah  Mahani.

Rakanku  itu  mengelak  dari  terkena  balingan. Dia cuma tersengih  dan  meminta  maaf.
Katanya, dia  tak  sempat nak  lari. Bom dah keluar.

“Hish.., busuk betul. Baik aku  masuk  dalam. Mandi lagi  baik,” ucapku  sambil  berjalan 
masuk  ke  dalam  bilik.


Perut  bersa  lapar  tekak pula  macam  nak  makan pasta  tomato. Minta Mahani 
buatkanlah. Aku malas  kalau  nak  masak  malam-malam ni. Sebaik selesai  mandi dan 
berpakaian. Aku  duduk di  hadapan  Mahani lalu  memaniskan wajahku untuk  menarik 
perhatiannya. Mahani  yang  perasan akan  reaksi  yang  aku  tunjukan, memandangku 
dengan  rasa  hairan.

“Kau  ni  dah  kenapa?? Mesti  nak  minta  tolong sesuatu kan??”

“Ani, kau  baik dan sayang  aku  kan.”

“Mana  ada  baik dan  sayang  kau. Buat  apa? Buang  masa  aku  je  sayang  kat  kau.”

Ala.., janganlah  cakap macam tu Ani. Aku  tahu  kau  sayang  aku. Aku teringin  nak 

makan  pasta  tomato. Kau  buatkan  untuk aku  boleh  tak?”

“Hah, kan betul aku  cakap. Mesti ada  benda  kau  nak aku  buat. Patutlah  tersengih-sengih.”


“Bolehlah Ani, boleh ya,” aku  memujuk  lembut.

“Okeylah aku  buatkan. Kau  tunggu  sini. Jangan tidur  pula. Aku  pergi  masak  kejap.”

“Baik, boss!!”

Sementara  menunggu Mahani  siap  memasak. Aku  mengambil inisiatif untuk mengemas  bilik. Cadar katil  yang  sebelum  ini  bewarna  biru  aku  ganti  kepada  hijau  epal  berbunga  putih begitu  juga  dengan  langsir  bilik. Hurm.., lama  juga  aku  tak  mengemas bilik.

“Hai  kat  sini  rupanya?Ingat  dah  tidur.”

“Kalau  aku  tidur  kenapa?”

“Kalau  kau  tidur. Besok  kau  tunggulah…”

“Tunggu..???”

By the way.. aku  dah  siap  masak  pun. Makanan ada  atas  meja, pergilah makan. Nanti 

kempunan pula.”


“Jap  lagi  aku  makan. Aku  nak siapkan  bilik ni  dulu?”

“Siapkan  bilik?? Bukan  bilik  ni  memang  dah  lama  siap?” Ucap  Salma  selamba.

“Maksud aku, aku  nak  kemas  bilik ni  dulu. Nanti  aku  makan  okey  mak cik.”

“Hah.., elok  sangat  kalau  kau  ganti  cadar  dan langsir  ni. Dah  lama  sangat  kau  pakai  warna  yang sama. Aku  yang masuk  bilik  kau  ni  pun  dah  naik  bosan. Nanti  kalau  dah  ganti, yang  kotor  tu  jangan  lupa letak  dalam  bakul.”

“Ya, Ani saya  faham.”

Ala, masa  ni  faham. Nanti  lupa. Kau tu  bukan  betul  sangat,  nak  kena  membebel  baru  ingat. Ketuk  baru  tau,” Ucap  Mahani  sambil  berlalu  ke  ruang  tamu.


Itulah  manusia  yang  bernama Mahani. Membebel adalah  kerja  sambilannya  dirumah. Kalau  aku  boleh  gila kalau  tak  shopping. Dia  pula  boleh gila  kalau  tak  membebel  pada  aku. Aku  ni  pun  satu, mudah  lupa. Kalau  bab  sales  atau  shopping  mesti  aku  ingat. Orang lain  tak  perlu  nak ingatkan, aku  dah tahu.


Aku  sudahpun  selesai  mengemas. Cadar  yang  kotor  aku  masukan  ke dalam  bakul 
yang  sudah  tersedia  untuk pakaian  kotor. Selepas  mencuci  tangan aku  berlalu  ke
ruang  makan untuk  menjamu  pasta  tomato. Hehehe..sedap  betul, tak  payah  aku  nak 
buang  duit makan  di luar. Di  rumah  ini pun  sudah  ada chef yang  handal. Mahani 
pula asyik  menonton  drama  bersiri Vampire Diary. Aku? Aku, lepas makan  ni  cuci 
pinggan  dah  tu  tidur. Besok  aku  nak  kena  bangun  awal. Maklumlah  kerja  namanya.

Akhirnya  waktu  untuk  beradu sudah tiba. Aku  memandang  jam  yang  terletak  cantik 
di dinding.Baru  pukul  sebelas malam, namun mata ku  sudah  terasa  mengantuk. Nak
kata  aku  penat  sangat  tak lah. Aku  melabuhkan  punggung  di  atas  tilam. Bantal
golekku  peluk sambil  termenung  sebentar. Angan ku belum lagi   sampai  ke New York
aku  sudah terdengar jeritan dari arah  ruang tamu.

“Ada  apa  Ani?”

“Salma  call kau. Pergilah  jawab.”

Salma  call? Ada  apa  malam-malam  dia  call aku. Aku  menjawab  panggilan  itu 
dengan  rasa  malas.


“Wei , Lynn amboi, rupa-rupanya  ada  insiden  berlaku  antara  kau  dan  abang aku ya.

Kenapa  kau  tak  cakap?Nak  rahsialah  tu. Hehehe..” ucap  Salma  pantas di iringi tawa.



Matilah…, rahsia  sudah  pecah. Aku  bukan  tak  mahu  beritahu  tapi  belum masanya  kot. Urm..entah apa  yang  Salma  akan  fikir nanti.

“Diam pula, Lynn kau  dengar  tak??”

“Ya dengar. Sebenarnya  aku  bukan  tak  mahu  beritahu. Aku  lupa, jangan  fikir  yang

bukan-bukan  ya.”


Ala,  alasan  yang  kau  lupa tu  dah  basi  tau. Ni  kes  dah  jatuh  hati kat  abang  akulah 
tu. Tahulah  abang  aku  tu  kacak. Nak  malu-malu  pula  mengaku ajalah. Well abang 
aku  dah  cerita  semuanya.”

“Cerita  semuanya?? Cerita  apa?”

“Ceritalah  macamana  marahnya  kau  pada  dia. Apapun  esok  balik  kerja  abang  aku 

nak  jumpa. Katanya  nak  ganti baju  kau  yang  mahal  tu.”

“Besok?? Ala  aku  ada  hal  lah. Lain  kali ajalah.”

“Sudahlah  jangan  nak  beri  aku  alasan  okey. Kalau  kau  sayang  kawan  baik  kau  ni.
Kau  jumpa  abang  aku.”

“Tapi??”

“Aku  tahu. Jangan  risau  aku  akan  temankan kau  okey.”

“Urm..okey. Jumpa  esok, dan  selamat  malam.” Aku  berkata  kemudian  meletakkan  gagang.


“Yang  kau  ni  kenapa?Termenung  pula.”

“Tak ada  apalah  Ani. Aku  okey  je. Kau  tak  tidur  lagi  ke?”

“Kejap  lagi  baru  aku  tidur. Kalau  kau  ngantuk  kau  pergilah tidur.”

“Ya, aku  nak  pergi  tidurlah ni. Selamat malam.”

Aku  berjalan  longlai menuju  kamar. Hatiku berasa  tidak tenang. Entah apa  yang 
diceritakan  oleh  abang  Salma aku  pun  tak  tahu. Dan  yang  paling  merisaukan aku 
adalah, aku  sendiri tidak  pasti sama ada  Salma  menceritakan  perihal aku  atau tidak.
Argh..aku  memang  tidak  boleh  berfikir lagi. Aku  sudah buntu, dari  aku  pening 
kepala  ada baiknya  kalau  aku  beradu.

Tuesday 27 September 2011

Opps!! Belanja Lagi??- BAB 4

Bab 4


Malam  tadi aku  tak  dapat  tidur  dengan  lena. Apa  yang  berada  didalam otak ku cuma, jam  tangan  Cyma. Jam  itu  memang benar-benar  mengganggu  fikiranku. Apa  harus 
aku  lakukan. Argh.., aku  buntu.

“Yang  termenung pagi-pagi  ni  kenapa?” Tanya  Mahani  sambil  menuang  kopi  panas.

Aku hanya  diam, Mahani tidak boleh  tahu  tentang  perkara itu. Dia tidak  boleh  tahu  apa  aktiviti  yang aku  lakukan bersama  Salma. Aku menarik  nafas dalam-dalam.

Lynn, aku  tanya kau  diam  pula. Ada  masalah  kerja  ke?” Mahani  berkata  sambil  memandang  wajahku.

Aku  hanya  menjungkit  bahu. Kalau beritahu, nanti Mahani membebel seperti  selalu.
Kalau  tak  beritahu, hati  tak  tenang. Urm.., tipu  lagilah  jawabnya.

“Tak  ada  apa, hal  kecil aja. Biasalah masalah kerja.”

“Ialah, masalah macamana? Cuba  kau  cerita.”

“Urm..tak ada  apalah Ani. Jangan  risau  okey. Kau  tak  kerja  ke  hari  ni?”

“Tak  kerja  pun  boss  beri  cuti. Malam  ini kan  ada  jamuan  tahunan. Jadi  petang 

nanti  baru  aku  ke  salon,untuk set  rambut. Kau  sarapanlah, nanti  aku  hantar  kau 

pergi  kerja okey,” beritahu  Mahani  sambil  tersenyum.


Jam  sudah  menunjukan  12.00 tengahari. Bayang  Salma  tidak  kelihatan  dari  pagi.
Entah  sakit atau? Jangan-jangan  dia  demam  kot. Gara-gara teman  aku  shopping.
Hurm..,nampaknya balik  nanti kena  call Salma. Tanya  khabar. Aku mengetap  bibir,
kerjaku  melambak. Iklan  yang  diminta   Syarikat Wira Perkasa pun  tak  siap  lagi.Hai 
pening  kepala  dibuatnya.

“Wow!!Mantap. Cantik  you  hari  ni?” Tegur Nora  sambil memandang aku  dari atas  ke

bawah.

Aku  hanya  tersengih. Malas  melayan Nora, entah  dari  mana  dia  datang, tiba-tiba  muncul disisi.

“Macamana  dengan  iklan  you Nora? Sudah  siap?” Aku  bertanya  sekadar  berbasa-basi.

“Belum  lagi, tapi  sudah  empat  puluh  peratus. You  pula macamana?”

“Sama  macam  you. Cuma  kurang  sepuluh  peratus  dari  you. I harap I sempat  siapkan 
sebelum  tiba  dateline.”

Lynn, mana  Salma? I tak  nampak dia  dari  tadi.”

I pula  tak  nampak  you  dari  pagi. You  ke mana?”

“Oh, I  baru  masuk  kerja. Pagi  tadi ada  hal  sikit. Tapi  I  dah  dapat  kebenaran  dari 
boss.


“Entahlah  Nora, Salma cuti  atau  demam  kot,” aku  berkata  lembut  sambil  mengemas 

kertas  yang  berselerak di meja.

“Demam?Macamana  you  tahu?”

“Nora  I  cuma  agak aja. I ingat  petang  nanti  nak  call dia.”


Tidak  lama  selepas  itu Nora  kembali ke mejanya  semula. Dia  pun sibuk menyiapkan 
tugasan yang  harus diselesaikan. Aku? Aku sudah berasa  lapar. Perutku sudah mula
menyanyikan  lagu  yang  tidak enak  didengar. Nampaknya  aku  juga  akan  makan 
seorang  diri.

Tekakku  ingin  menikmati  masakan  kampung. Restoran pilihanku  ialah Restoran 
Selera Kasih. Restoran  itu terletak  bersebelahan  bangunan  pejabatku. Tiba-tiba  aku 
menerima  pesanan  ringgkas  dari  Nora. Dia  ingin  makan  tengahari  bersamaku. Entah  
mimpi  apa  yang  menghantuinya sehingga  mau  makan  bersamaku.Aku  pun  tak  tahu.
Aku  membalas  kembali pesanan  dan  berjanji  akan menantinya  di muka  pintu  pejabat.

“Nora, cepatlah. I dah  lapar  ni.”

Nora  hanya  tergelak. Geram  betul, kata  tunggu lima  minit. Tapi  bukan  lima  minit 
lagi. Lima  belas  minit adalah.

“Sabar  Lynn, kalau  lambat  makan. You  makan  orang ke?”

“Hehehe.., makan  orang  tu  tidaklah. Tapi  kalau  terajang  orang  adalah kot.”

Aku  berjalan  pantas  ke hadapan. Nora  hanya  membuntuti  aku  dari  belakang.

Lauk  pauk  yang  tersedia  direstoran  itu sangat  banyak. Aku  dan  Nora pun  tak  tahu 
nak pilih  mana  satu. Aku  memilih  pucuk  ubi  masak  lemak, sambal  udang dan  ikan 
masin. Nora  pula  memilih  lemak  ketam  dan  juga  ulam  raja sebagai  pilihan.
Minuman  kami  cukup  ringkas, sirap  limau  kurang  manis.

Nora  pula memilih  meja  berdekatan dengan  kaunter  bayaran. Katanya  mudah  nak 
panggil  pelayan. Aku  cuma  bersetuju, maklum perutku  sudah  lapar. Aku dah  tak  ada 
masa  untuk  memilih tempat  mana  satu.


Selesai makan, aku  dan  Nora  bercerita  tentang  isu  semasa.Tanpa  diduga sebuah 
insiden  berlaku. Aku  dibanjiri oleh  sepinggan  nasi  yang  berisi gulai. Bayangkan dari 
kepala  hingga  separuh  dari  badanku dilumuri  kotoran  itu? Insiden  itu  sangat 
memalukan. Nora? Nora  hanya  tercengang. Mulutnya  terbuka  luas kaku  tidak 
bersuara. Aku? Aku  sangat-sangat  marah. Marah  kerana  diriku  kotor. Bajuku  yang 
mahal juga  dikotori. Semua  mata  memandang keadaanku. Ada  yang  bersimpati  dan 
tak  kurang  juga  setengah  darinya  mengetawakan aku. Argh..,mamat  ni  memang  nak 
kena.

“Opps!! Maafkan  saya cik. Saya  memang  tak  sengaja. Lantai  licin,” ucap  pemuda 
dihadapanku  dengan  rasa  bersalah.

“Masalahnya, awak  tengok  ni. Semua  orang  pandang  saya. Saya  jadi  kotor.

Macamana  saya  nak  ke pejabat?Dan  maaf? Senang  saja awak  cakap. Awak tak  kena  
tapi, saya  yang  jadi  mangsa,” aku  berkata  tidak  puas  hati.

“Sudahlah  tu  Lynn. Jom, I  hantar you  balik. Tukar  baju.” Tutur  Nora lembut.

“Nora, baju  ni I beli  mahal. Muka I boleh  cuci, rambut boleh  syampu. Tapi 

baju?Ee..,geram  betullah,” rungutku  kasar.

“Baiklah, saya  akan  ganti  kerugian  awak. Saya  akan  ganti  semula  baju  awak  yang 

mahal  tu. Tapi maaf  sekali lagi, saya benar-benar  tidak  sengaja. Nama  saya 

Isammudin. Awak  boleh  panggil  saya  Isam. Nama cik?”

Aku  hanya  diam mematungkan  diri. Mataku sudah mencerlung  tajam. Pertanyaan  itu 
tidak  dijawab dan dibiarkan  sepi. Aku  merasa  panas. Sangat  panas, membara  jiwa 
dan raga.

“Nama  dia Shazlynn dan  saya  Nora,”ucap Nora  pantas  dan  perlahan.

Lynn, sudahlah tu. Jangan  marah  lagi. Dia  dah  minta maaf tu. Kasihan  dia, dia  pun 

tak  makan  lagi  gara-gara makanannya  tumpah. Jom, kita  balik. Aku  hantar ya.” Pujuk 

Nora  lembut  sambil tersenyum pada  pemuda  tadi.

“Okey,  saya  maafkan. Lain  kali  hati-hati,” bidasku acuh  tak  acuh sambil  berjalan 
keluar  restoran.

Seperti  dijanjikan Nora  menghantarku pulang. Aku mengambil masa  dua puluh  minit
untuk  membersihkan  diri dan  kembali  semula  ke pejabat. Pakaian  yang  kotor aku 
masukan ke  dalam beg kertas  untuk  dihantar  ke pusat  dobi.

“Marah  lagi  ke?” Ucap  Nora  apabila  kami  sampai  dipejabat.

“Taklah  hati  I  aja  yang  panas  membara. Apapun  terima  kasih, kerana  sudi  hantar  I

pulang. Buat  susah  you saja.”

Ala, hal  kecil aja  tu. Kita  kan  satu  pejabat. Tak salah  kalau  I tolong kawan  I,” tutur

Nora  lembut dan  berjalan  ke  ruangannya.

Seperti  biasa, aku  kembali  menyambung  segala  kerja  yang  tertunda. Ada  beberapa
rakan  yang lain  menegur. Bukan apa, mereka  hairan. Aku  sudah  bertukar kulit  baju 
dari  putih  ke  warna  biru. Jawapanku  cukup  mudah. Hanya  senyum dan  itu  senyum 
terpaksa.

Lewat petang itu Nora  ingin  menawarkan  diri  untuk  menghantarku pulang. Namun
ajakan itu aku  tolak  lembut. Aku  tidak  mahu  menyusahkan dirinya. Lagipun aku 
bukan  tidak  tau  pulang  ke rumah. Malah sudah  biasa  pulang  sendiri.

Apa  yang  mengejutkan  aku. Lelaki yang  telah  memalukan aku  tengahari  tadi. Betul-
betul  berdiri  dihadapanku. Entah  berapa  lama  dia disini. Aku  sendiri  tak pasti, apa 
motifnya?

“Awak  cik  Shazlynn kan?” Tanya  pemuda  itu  ramah.

Aku  hanya  tersenyum  paksa. Sambil memandang  sekeliling. Ya  hanya  kami  berdua 
saja  yang  terpacak  di  situ. Yang lain  mungkin sudah beredar.

“Jadi cik  satu  pejabat  dengan Salma ya?”

Salma? Kenapa  dengan  Salma? Siapa  dia?Macamana  dia  tahu aku  satu pejabat 

dengan  Salma?

“Siapa  awak?Bagaimana  awak boleh kenal dia.”

“Saya  abang  Salma.”

“What?? Abang  Salma.”Aku  menjerit lantang.

“Opps!! maaf sebab  saya  menjerit. Bukannya apa. Saya  cuma  terkejut,” aku  berkata 

gugup.

‘Habislah  aku, mamat ni  abang  Salma. Hai apa  punya  malanglah.’ aku  berkata 

sendiri.

“Salma  tak  kerja  hari  ni. Dia  demam. Awak  carilah  dia  dirumahnya.”

“Terima  kasih. Saya  pergi dulu,” ucapnya  sambil berlalu.

Belum  sempat  aku melangkah. Tiba-tiba..


“Cik  Shazlynn, kita  akan jumpa nanti  okey. Saya akan  ganti  baju awak  yang  kotor 

tu,” laung  pemuda  itu  sambil  tersenyum.


Sebelum balik  ke  rumah. Aku  singgah  ke  pusat  dobi berhampiran  kawasan 
perumahanku. Baju  itu  tidak  boleh  dicuci  sebarangan. Hanya  kedai  dobi tempat 
yang  sesuai untuk  mencucinya. Kalau  aku  yang  basuh, alamat  jahanamlah  baju  tu.

Malam  ini  aku  tinggal  sendirian  dirumah. Mahani akan  tiba  dirumah  sebelum pukul 12.00 tengahmalam. Aku  hanya menggoreng  nasi untuk hidanganku  malam  itu. Selesai 
makan, aku  mengemas  dapur dan  mencuci  apa  yang  patut. Siap  semuanya aku 
beredar ke ruang  tamu dan  menonton  DVD. Tayangan DVD  yang  tersiar  di  kaca 
televisyen, tidak  menarik perhatianku. Fikiranku  cuma  tertumpu pada jam tangan 
Cyma yang sedang melambai-lambai. Aku  buntu. Bayangan  itu cuba  ku  hapus. Namun 
tidak  berjaya.


Apa  yang  harus  aku  lakukan? Keluarkan otak atau  fikiranku? Atau  robohkan 
shopping  kompleks?Aku  tidak  mempunyai  jawapan  itu.
Salma? Tiba-tiba aku  teringat  pada  Salma. Insiden petang  tadi  menggangguku.
Adakah  itu abang  Salma  yang  bekerja  di London? Tapi  setahu  aku. Orangnya  berisi.
Kenapa yang  aku  temui itu  bertubuh  kurus?
Hai ..,apa  saja  yang  aku  fikir. Kepala  otak pun jadi  tak  betul. Bila  malas berfikir aku
mengambil keputusan  untuk tidur.

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...