Sunday 31 July 2011

Sinar Ramadhan di hati Qistina.






“Qistina  lari  cepat,” beritahu  Ikmal  dan  Sarah.

“Wei,  sabarlah  tunggu.  Apahal   nak  suruh  aku  lari  ni?”  Marah  Qistina.

“Cepatlah,  Polis  ada  dekat  luar. Mereka  nak  serbu  premis  ni. Cepat  jangan  terhegeh-hegeh. Kalau  kena  tangkap  susah  pula,” beritahu  Sarah  pantas.  Sambil  berlari  ke  arah  pintu  belakang.

‘Kenapa?? Bila  aku  nak  berseronok, ada  saja  masalah,’ gumam  Qistina  di dalam  hati. Mahu atau  tidak,  dia  harus  pergi  dari  situ. Dia  tidak mahu  kalau  ahli  keluarga  serta  suaminya  tahu  tentang  hal  ini.


“Cepat  lah  Qistina, lembab  betul kau  ni!” Jerkah  Ikmal  yang  sudah  berada  jauh  di hadapan.

“Sabarlah!!  Kau  tahu  kan  kasut  aku  ni  tinggi. Baju  ketat,  macam  mana  nak  lari  laju?” Qistina sudah  mula membebel. Di dalam  hati  dia  sudah  menyumpah-yumpah  Ikmal. Kalau  saja,  dia  tahu  perkara  itu  akan  terjadi, dia  tidak  sudi  untuk  mengikut  Ikmal  pada  malam  itu.

“Ini,  semua  kau  punya pasal! Kalau  aku  tahu, aku  duduk  di rumah lagi  baik,”marah Qistina sebaik  saja  sampai  di  tempat  meletak  kenderaan.

“Eh.., kau  ni bisinglah Qistina. Mana  kita  orang  tahu. Nasib  baik  sempat  lari, kalau  tidak habislah,” rungut  Sarah  pula.

“Dah.., jangan  nak  bising. Jom  kita lepak  mamak. Perut  aku  dah  bekeroncong  pula  minta  di  isi,” beritahu  Ikmal  tiba-tiba.

“Urmm.. ok juga,” Qistina  dan Sarah  berkata serentak. Sejurus  itu  mereka  bertiga  masuk  ke dalam  perut  kereta.

Di rumah  Dewa  Nur  Adam  setia  menanti  kepulangan  isterinya. Di pandang  arah  jam  dinding  yang  terletak  molek  di  situ. Sudah  pukul  tiga  pagi, bayang  isterinya Qistina  masih  tidak  kelihatan. Hatinya berdetik, bimbang jika apa-apa  terjadi  kepada  isterinya. Perlahan Adam  mendail  nombor  talian  isterinya, tetapi  seperti  biasanya Qistina  mematikan  handphone. Penat  menanti Adam  duduk  menonton DVD.

“Qistina, kau  dengan  suami kau  dah okey  ke?” Tanya Sarah  setelah  selesai  memesan  makanan.

“Arghh..,jangan  cakap  pasal  dia  boleh  tak? Benci  aku,” tutur Qistina  kasar.
“Suami??” Tanya  Ikhmal  hairan.

Setahu  dia Qistina  masih  bujang. Sarah  yang  tanpa  sengaja  bertanya, memandang  Qistina  yang  kelihatan  marah.

“Qistina  betul  ke?Apa  yang  aku  dengar?Bila  kau  kahwin?Aku  tak  tahu  pun?” Tanya  Ikmal  bertubi-tubi.

“Sarah, kau  tengok! Ini  semua  kau  punya  pasal, sekarang  Ikmal  dah  tahu,” marah  Qistina.

Sarah  tertunduk, dia  tahu  dia  bersalah. Rahsia  perkahwinan Qistina  hanya  dia  yang  tahu. Itupun  kerana  mereka  sepupu. Jika  tiada hubungan  darah, tentu sekali  rahsia itu  tidak  di ketahui.

“Wei..  Sarah,  kenapa kau  diam?Cakaplah?” Ikmal  sudah  mula  bersuara  lagi. Dia  memandang  tepat  ke wajah  Sarah  yang  terlihat  keruh.

“Dah  lama  Qistina  berkahwin, hampir  enam  bulan.” Beritahu Sarah  perlahan.

“Apa?Enam  bulan??Lama tu ! Kenapa  aku  tak  tahu?” Tanya Ikmal  penuh minat.

“Kau  tak  payah  tahu. Sibuk  saja!” Tempik  Qistina.

“Marah  pula, tenang  okey. Aku  cuma  nak  tahu  saja. Kenapa  kau  emosi  sangat  ni?” Tanya  Ikmal  lembut.

“Sudahlah  Ikmal, jangan  tanya  banyak  sangat, nanti  meletup  pula  minah  ni” beritahu  Sarah  yang  dipagut   rasa  bimbang.

“Sarah, kau  tentu  tahu  siapa  nama  suami Qistina kan?Tentu  dia  kacak  dan  kaya,” tutur  Ikmal  sambil  memandang  wajah  Qistina  yang  masam  mencuka.

“Siapa  nama  suami  kau?” Tanya  Ikmal  kepada  Qistina.

“Entah, aku  tak  ingat,” jawab Qistina  acuh  tak acuh. Dia  sungguh  benci  dengan  pertanyaan  itu.

Ikmal  memandang  Qistina, mahu  ketawa  pun  ada. Mungkin  hairan  dengan  jawapan  yang  diberikan. Selepas  itu  mata  Ikmal  dikalih  dan  tertuju  kepada  Sarah. Sarah  tahu  pasti  Ikmal  mengharapkan  jawapan  daripadanya.

“Namanya  Dewa  Nur  Adam.” Tutur  Sarah  lembut  tanpa  memandang  wajah  Ikmal.

“Apa? Dewa  Nur  Adam?Hahaha..” Ikmal  tergelak  besar. Mungkin  nama  itu  terlalu  aneh  bunyinya.

“Jadi, Dewa  Nur Adam itu  kiranya, Dewa  penyelamat  kau  lah  ya?” Sambung  Ikmal  lagi.

“Pasti, kes  kahwin paksa  kan?” Tutur  Ikmal  selamba.

“Ikmal, kau  boleh  tutup  cerita  pasal  aku  tak?Pening  aku  dengar. Ni,  kita datang  nak  makan  atau  bercerita  perihal aku?” Marah  Qistina  nada  bicaranya  masih  dapat  dikawal.

Ikmal  tersenyum  meleret. Dari  raut  wajah Qistina  yang  sedia  terpamer  di hadapannya. Dia  sudah  tahu  Qistina  akan  memuntahkan  lahar apinya  sebentar  lagi. Ah, Ikmal  tidak takut. Apa  dia  kisah?


Ikmal  tanpa sengaja  bertanya  lagi. “Oh..tak apalah! Baguslah  tu, yang  penting  ada  juga  orang  nak  kan  kau  yang  berperangai  liar  ni. Pasti  orangnya  segakkan?” Oppss..habislah Ikmal! Berenanglah  dia  nanti dalam  lahar  api  Qistina. Itulah, siapa  suruh  mulut  tu ‘lancang’sangat.

“Hei..!! Aku  dah  cakap  cukup. Kau  tak  reti  bahasa  ke?Nak  tahu  sangat?Mari  aku  cakap. Dia  tidak  kacak pun, selekeh,  anak  orang  kampung. Namanya  pelik. Apa  lagi  yang  kau  nak  tahu hahh??” Jerkah  Qistina  lantang. Dia  sudah  berdiri  dan  ingin  pergi. Sarah  tahu  Qistina  marah. Pantas  Sarah  berdiri  sambil  memujuk Qistina  lembut. Dia  tidak  mahu  ada  perkelahian  di  situ.

“Qistina  sabarlah, Ikmal  tak  sengaja tu,” pujuk  Sarah  lembut. Qistina  yang  tadinya  marah,  duduk  kembali.

Ikmal  terkebil-kebil. Mungkin,  terkejut  dengan tindakan spontan Qistina.  Dia  tahu  dia  bersalah. Tetapi  ciri-ciri  yang  di sebutkan, mengingatkan  dia  pada  seseorang.

‘Ya,  pemandu  Qistina. Kalau  dia  tidak  silap namanya  Adam. Pemuda  yang  berasal dari Muar. Orangnya  tidak  kacak, kurus  tinggi, tetapi  mempunyai  wajah  yang  cukup  manis.’Ikmal  tersenyum  sendiri.

“Maafkan,  aku  Qistina.Tapi  aku  sudah tahu. Pasti  Adam  pemandu  kau  itu, suami  kau” beritahu  Ikmal  lembut.

Terbeliak  biji  mata  Qistina  mulutnya  sudah  terbuka  luas. “Mana  kau  tahu?” Tanya  Qistina  sambil  menghirup  sirap  bandung  digelas.

“Aku  pernah berbual  dengan pemandu  kau  tu. Lagi satu  aku  kenal  dia  sebab  dia  pernah tolong  aku,  sewaktu  aku  hampir  disamun. Nama  pemandu  kau  itu  kan Adam. Bila  Sarah  dan  kau  beritahu  ciri-cirinya  automatik  aku   ingat  dia. Maklum  dia  kan  memang  budak  kampung. Orang  Muar  kan? Tapi, kalau  kau   kata  suami  kau  tu tak  kacak. Macam  satu  kesilapan  besar,” Ikmal  berkata  lancar.

“Kesilapan  besar? Apa  maksud  kau?” Tanya Qistina  sambil  tergelak. Dia  tahu  dia  tidak  mungkin  silap  dalam  menilai  seseorang.

Hello…kau  terlupa  sesuatu. Wajah  laki  kau  tu  manislah. Sekali  dia  senyum  orang  akan  terpikat. Adam  itu,  kalau  aku  ubah  penampilannya. Pasti  dia  akan  nampak  kacak  dan  berkarisma,” tutur  Ikmal  lagi  sambil  meneguk  minumannya.

Qistina  hanya mencebik. Dia  tidak  pernah  meneliti  atau  membelek  paras  wajah  Adam. Apa  yang dia  tahu,  dia  benci  dan  muak  dengan  lelaki  itu. Di  sebabkan  rasa  benci  yang  mendalam,  mereka  tidur  di  bilik  berasingan. Memandang sebelah  mata  pun  Qistina  tidak  sudi. Jikalau  ada  wanita  yang  ingin  mendampingi  suaminya, itu  merupakan  bonus  untuk  dia  melarikan  diri. Dia  tidak  akan  pernah  marah  atau  cemburu.

Berlainan  dengan  Sarah. Bagi  Sarah,  apa  yang  dikatakan  Ikmal  adalah  benar.
Adam  memang  tidak  terlalu  tampan, tetapi  wajahnya  manis. Mahu  cair  hati  wanitanya  apabila melihat senyuman  itu. Belum  lagi  dengan  sifat  dan  perwatakan  Adam yang  terlihat  sempurna  dimata  Sarah.  Adam  adalah  cici-ciri  lelaki  idaman  Sarah. Hanya  sepupunya  Qistina  yang  buta  dalam  menilai  Adam.

“What  ever.., kalau  dah  namanya  budak  kampung. Kau  buat  apa pun,  tetap  akan  nampak  kampungnya. Ha.., Sarah  kalau  kau  berkenan,  kau  ambil  saja  si Dewa Nur  Adam  tu. Tak  payah  aku  nak  hadap  atau  dengar  bebelan  dia. Buat  sakit  hati  saja,” cebik Qistina.

“Nanti,  kalau  aku  betul-betul  ambil  laki  kau  tu. Baru  kau  tahu. Mahu  putih  biji  mata  kau,” Sarah  berkata  lembut.

“Ambillah, tak  ada  maknanya  putih  biji  mata  aku.” Cabar  Qistina.

“Ikmal  dan  Sarah  hanya  terdiam. Kalau  dilayan  Qistina  akan  mengamuk. Akhirnya  mereka  berdua  hanya  menggelengkan  kepala. Sampai  makanan yang  dipesan  mereka  menjamu  selera  tanpa  membicarakannya  lagi.

Qistina  tiba  di  rumah  apabila jam  menunjukkan  empat  pagi. Terjengkit-jingkit, Qistina  masuk  bagaikan  seorang  pencuri. Sewaktu  ingin  melangkah  ke  tingkat  atas. Tidak semena-mena  lampu  ruang  tamu  menyala. Qistina  kaku, dia  panik, namun  masih   bisa  mengimbanginya  dengan  rasa  marah.

“Qistina,  mana  awak  pergi? Sudah  pukul  empat  pagi  baru  balik  rumah. Saya  bimbang, bila  saya  talifon, talian  handphone  awak  matikan,” Adam  berbicara lembut. Dia  tahu  isterinya itu  tidak  boleh  di ajar  dengan  kekerasan. Hanya  kesabaran  dan  kelembutan  saja  yang  bisa  melembutkan  hati  isterinya.

“Suka  akulah!! Aku  nak  pergi  mana?Kau   itu  siapa?? Nak  sibuk  urusan  aku. Kau  kena  sedar  diri,  kau itu  hanya pemandu,” marah  Qistina, suaranya  sudah  mula  meninggi.


“Qistina,  saya  bukan  hanya  pemandu, tetapi  saya  juga suami  awak,” beritahu  Adam  lagi.

Buntang  biji  mata  Qistina  apabila  Adam  berani  menggunakan  perkataan suami. Dia  tidak  boleh  menerima  perkara itu. Kalau  dia  tidak  berfikir  tentang badannya  yang  keletihan  itu. Pasti  Adam  sudah  di  cekik  hingga  mati. Biar  hatinya  puas. Qistina  yang  sememangnya  bengang  pantas  menjerit  lantang.

“Kau  kena  ingat!! Kau  suami  aku  hanya  di atas  kertas. Sampai bila-bila pun  kau  hanya  seorang pemandu. Faham!!!  Jadi  tak payah  nak  beritahu  semua orang  yang  aku  ini  isteri  kau,” bentak  Qistina  sambil  membaling  kasut  ke  arah  Adam.

Adam  diam  dan  mengelak  dari  terkena  balingan. Dia  sedar  siapa  dirinya. Dia  hanyalah  seorang  pemandu  dan dia  tidak  layak  untuk  bersama  Qistina.

Adam  masih  ingat  akan  perjanjiannya  dengan Qistina, sehari  sebelum  di nikahkan. Qistina  meminta  perkahwinan  mereka  dirahsiakan. Dia tidak  dibenarkan  mengaku sebagai suami  kepada Qistina  di  khalayak  ramai kecuali, ahli  keluargannya. Adam  juga  tidak  dibenarkan menyentuh  Qistina  walaupun  Qistina isterinya  yang  sah.

‘Ya,  dia  masih  ingat  perjanjian  itu. Di sebabkan  perkara  itu, dia tidak  pernah  memberitahu  status  dirinya  yang  sebenar. Semua caci  maki  Qistina  ditelan  bulat-bulat, biar  pun  pahit  dia  terima  semua dengan  tenang  dan  rela  hati. Dia  mengotakan  janji  itu,  hanya  untuk  Qistina. Malah  sehingga  sekarang  para karyawan Qistina  tidak tahu bahawa, Qistina  bukan  lagi  wanita  bujang  melainkan  bersuami.’
Adam  menerima  perjanjian  itu  dengan  rela  hati. Begitu  juga  dia  menerima  Qistina  apa  adanya, kerana  Qistina  adalah  cinta pertamanya. Dato’ Razali  bapa  Qistina  sudah  banyak  membantu  keluargannya. Jadi  apabila  Dato’Razali  meminta  agar  dia  menjadi  menantunya, dia  terima  dengan ikhlas, walaupun  dia  tahu  Qistina  tidak  menyukainya. Namun  tekadnya  bulat, Qistina  cintanya. ‘Ya  dia  mencintai  Qistina  di  dalam  diam’ hanya  Qistina  tidak  tahu  akan  perkara  itu.

Lama  termenung,  akhirnya  kasut bewarna  merah  dikutip  dan  diletakan  kembali  di  rak  kasut. Kemudian  Adam  berjalan masuk  ke  kamarnya yang  terletak  bersebelahan  bilik  Qistina. Dari  dalam  kamarnya, dia  melihat  bilik  isterinya  terkatup  rapat. Adam  cuma menggeleng. Qistina  terlalu  degil  dan  susah  di atur.


Tidak  seperti  selalu,  pagi  itu  Qistina  masih  tidak  turun  untuk  bersarapan. Adam  yang  sudah  siap  berpakaian  menanti  Qistina  di ruang  meja  makan. Sarapan  pagi  sudah  lama  tersedia. Lama  menanti,  Adam  menalifon  Qistina. Talian  tidak  diangkat. Di  cuba  sekali  lagi, namun  masih  tetap  sama  seperti  tadi. Sampai  akhirnya  Adam  melangkah  kaki  ke  bilik  Qistina.

Perlahan  pintu  kamar Qistina  diketuk. Tiada  sebarang  jawapan  dari  pemilik. Lama  berbuat  begitu, Adam  tekad  untuk  masuk  ke dalam. Dia  bimbang  keadaan  Qistina  yang  diam  begitu. Dipulas  tombol  pintu  lalu  melangkah  laju  ke  birai  katil. Qistina  yang  masih  dibaluti selimut  masih  tertidur  pulas.

“Qistina bangun,” kejut Adam. Qistina  masih  begitu.

“Qistina  bangun,” kejut  Adam. Kali  ini  goyangannya  lebih  kuat  dari  sebelumnya.
Perlahan  Qistina  membuka  matanya, dia  kemudian  duduk  dan  mengeliat. Susuk  tubuh  Adam  yang  berada  setengah  inci  darinya tidak  di  hiraukan. Mungkin  tidak  perasan  akan  kehadiran  suaminya  di sisi .


“Bangun  pun, sudahlah  pergi  mandi  dan  bersiap,  saya  nak  hantar  awak  ke pejabat.”

“Hey.., bila  masa  kau  ada  dekat  sini? Siapa  benarkan  kau  masuk ??” Jerkah  Qistina  kasar.

Adam  hanya  merenung  wajah  Qistina, dia  tersenyum  lembut. Tidak  di jawab   pertanyaan  itu. Qistina  yang  sememangnya  benci  melihat  Adam,  segera  menolak  tubuh  Adam  dengan  kasar.

“Kau  senyum-senyum  ni  dah  kenapa? Keluar!!” Arah  Qistina. Adam  yang  masih  lagi  tersenyum  meleret,  hanya  menuruti  perintah.


Selesai  sarapan  Adam  seperti  biasa  dengan  tugasnya  menghantar Qistina  ke pejabat. Qistina  yang  masih  marah, tidak  mahu  di  hantar  ke  pejabat  oleh  Adam. Malah  memandu  sendiri  ke  pejabat  dengan  kereta  Audi  Sport  miliknya. Adam  hanya  diam, jika  di  larang  marah  Qistina  akan  bertambah  panjang.

Tidak  lama  kemuadian,  Adam  menerima  panggilan  dari  pejabat  mertuanya. Pantas  panggilan  itu  dijawab.

“Assalamualaikum…ayah.”

“Waaalaikum salam.. Kamu  di  mana  sekarang?”

Ada  di  rumah ni,” jawab  Adam  ringkas.

“Ayah  nak  kamu datang  ke pejabat  sekarang.  Ada  hal,  yang  ingin  ayah  bicarakan,” beritahu  Dato’Razali.

“Baiklah, Adam  datang  ke  sana  sekarang.”


Tengahari  itu  ruang  pejabat  Pelangi  Holding  senyap  dan  sepi. Ketika  melalui  bilik  Ikmal, Adam  melihat  Ikmal  sibuk  meneliti  dokumen. Mungkin  sedang meneliti  laporan  syarikat. Maklum  Ikmal  adalah  Pengurus  Pemasaran, manakala  Sarah  setiausaha  Ikmal. ‘Qistina?’ Pula tidak  sebumbung  dengan  mereka. Pejabat  Qistina  terletak di  aras  dua. Jadi  Adam  jarang-jarang  naik  ke  aras  tiga, yang  menempatkan  pejabat  Dato’ Razali  kecuali,  Dato’  Razali  ingin  bertemunya.


“Selamat  tengahari  En  Dewa,” tegur  salah  seorang  pegawai  di situ.

“ Selamat  tengahari  juga. Yuna  Dato’ ada  di  dalam?” Tanya  Adam.

“Ya  ada, masuklah  Dato’  dah  lama  tunggu” beritahu  Yuna  ramah.

Pintu  pejabat  Dato’  Razali  di  buka.

“Masuklah  Adam. Kamu  duduk  di situ  sebentar,”  perintah  mertuanya  lembut. Perlahan Adam  mengatur  langkah  menghampiri  sofa    yang  di tempatkan  di sebelah  kanan.

“Yuna, sila  bawa  tiga  cawan  kopi  ke dalam, dan  minta  En. Ikmal  masuk  ke  bilik  saya  sekarang” Perintah  Dato  Razali  melalui  intercom.

Selang  beberapa  minit Ikmal  masuk.

“Ikmal  kamu  juga  duduk  di  situ  sebentar  ada  perkara  yang  ingin  saya  bincangkan,” arahnya lagi.

Ikmal  memandang  Adam  lalu  tersenyum.

“Ikmal, Adam,  kamu  berdua  tahu tak,  kenapa  saya  panggil  kamu?” Tanya  Dato’ Razali  sebaik  saja  dia  mencecahkan  punggung  di  sofa. Mereka  berdua  hanya  menggelengkan  kepala  sebagai  tanda  tidak  tahu.

“Begini, Saya  hanya  ingin  beritahu  kamu  Adam. Mulai  sekarang  saya  akan  lucutkan  jawatan  kamu  sebagai  pemandu.”

“Tapi  kenapa?” Tanya  Adam.

“Ya  Dato’,  kenapa tiba-tiba. Rasa  saya,  dia tidak  melakukan  apa-apa  kesalahan.” Terang  Ikmal  pula. Dia  benar-benar  keliru. ‘Bukan  kah  Adam  itu  menantunya?’

“Saya  belum  lagi  habis  bercakap. Saya  bercadang  untuk  menjadikan  Adam  Pengarah Eksekutif  di bahagian  pemasaran,” terang  Dato  Razali  tanpa  selindung.

Ikmal  hanya  terdiam. Terkejut  juga  kerana  dari  pemandu  melompat  jadi  Pengarah  Eksekutif  pula. Tapi  Ikmal  tidak  sabar  menanti  kata-kata  selanjutnya  dari  majikannya.

“Tapi  Dato’…saya,”  kata-kata  itu  tidak  di  habiskan.

“Tapi,  apa  Adam? Saya  tidak  mahu  mendengar apa-apa  alasan. Saya  tahu  kamu  mampu  dan  saya  juga  tahu  kamu  itu  graduan  lulusan  Universiti.”

“Mana  Dato’  tahu?” Tanya  Adam  tiba-tiba.

“Dari  mana,  itu  rahsia saya. Kamu  Ikmal,  saya  mahu  kamu  beri  penerangan  dan  tunjuk  ajar  kepada  Adam  mengenai  semua  urusan  Syarikat. Berkuat   kuasa  dari  sekarang.”

Ikmal  hanya  menganggukan  kepala. Adam  hanya  tunduk  diam  membisu  menolak  tidak  menerima pun  tidak. Adam  masih  terkejut  dengan  penerangan  itu  sebentar  tadi.

“Kamu  jangan  risau,  saya  tahu  kamu  boleh  melakukannya  dengan  baik. Ikmal  akan  mengajar  kamu. Satu  lagi, saya  mahu  kamu  tampil  berbeza. Jangan  sekali-kali  kamu  berpakaian  macam  pemandu,” beritahu Dato’ Razali.

“Sekarang  kamu  boleh  pulang,  dan  siap  sedia  untuk  ke  pejabat  esok,” arah  mertuanya. Adam  tersenyum  kecil  sambil  meminta  izin pulang.

“Kamu  Ikmal,  saya  masih  perlukan  awak di sini.” Tegas  kata-kata  itu.

“Kamu  pasti  hairan  dan  tertanya-tanya  siapa  Adam  sebenarnya  kan?” Tanya  Dato’ Razali  lancar.

“Sebenarnya  dia  menantu  saya, suami  kepada  Qistina.”

“Saya  tahu  Dato’,” terang   Ikmal  lembut. Dato’ Razali  terkejut  dengan  pernyataan  itu.

“Dari  mana  kamu  tahu?”

“Sarah  yang  beritahu  saya  semalam. Sewaktu  kami  bertiga  lepak  di mamak.”

“Oh.., tapi  Qistina  benci  padanya. Dia  juga  masih  marahkan  saya  kerana  menjodohkannya  dengan  Adam. Bukan  apa,  Qistina  terlalu  liar, kalau  keluar  selalu  pulang  lewat  malam, joli  sana  sini, pergi  disco,  lagi  di larang  lagi  dibuat. Pening  kepala  saya. Saya  tak  mahu  Qistina  rosak. Saya  fikir,  bila  dia  berkahwin  dia  akan  berubah,  namun  makin  galak  perangainya. Kasihan  Adam. Apa  yang  Adam  lakukan  ada  saja  yang  tidak  kena. Saya  tahu  Adam  tersiksa  jiwa  dan  batin nya. Namun  bila  saya  tanya  dia  akan  cakap dia bahagia  bersama Qistina. Dia  tipu,  saya  tahu  itu.” rungut  Dato’ Razali  sambil  meluahkan  rasa  hati  yang  lama  tersimpan.

“Dari  mana  Dato’  tahu  mereka  tidak  bahagia? Maaf  jika  pertanyaan  saya  itu  sensitif,” tanya  Ikmal.

“Saya  tahu   semuanya. Saya  pasang  orang  untuk  memerhatikan  mereka.” Jawab  Dato’ Razali jujur.

“Ikmal  saya  minta  tolong  kamu, buat  masa  ini  biarlah  perkara  ini  jadi  rahsia. Saya  tidak  mahu  kalau  marah  Qistina  makin panjang. Biar  perkara  ini  Qistina  yang  ungkapkan.” beritahunya  lagi.

“Baiklah  saya  faham. Kalau  tidak  ada  apa-apa  lagi,  saya  minta  diri  dulu.” Pinta  Ikmal. Dato’ Razali  cuma  menganguk.

Malam  itu  Ikmal  duduk  di  rumah. Langkah  kakinya  tidak  panjang  seperti  kebiasaan  hari. Kata-kata  majikannya  masih berlegar-legar  diminda. Rasa  kasihan  terhadap  Adam  mula  menguasai  diri. Benarkah  Adam  berbohong  kepada  dato’Razali? Jika  itu  benar,  betapa  Adam  orang  yang  sangat  mulia. Adam  tidak  mahu  mengaibkan  Qistina  dengan  menerangkan dan  bercerita tentang  keburukan  isterinya.

Malam  itu  Ikmal  tidur  penuh dengan  teka-teki  yang  bersarang  diminda. Sarah  pula  terkejut  dengan  berita  yang  di  sampai  kan  Ikmal  petang  itu.  Adam  akan  bekerja  sebumbung  dengannya. Hatinya   girang  berbunga  tak  sabar  menanti  sinar  pagi  keesokan  hari.

“Oi..kemas  nampak?Nak  ke  mana?” Tanya  Qistina mendatar.

“Saya  nak  ke  pejabat,” beritahu  Adam  lembut.

“Ooo..,”

“Assalamualaikum..,” sapa  seseorang  dari  luar  rumah. Qistina  meluru  berjalan  ke  luar  rumah untuk  melihat.

“Waalaikumsalam.. ,pak Majid. Ada  apa?” Tanya  Qistina  ramah. Dia  mengenali  pemandu  ayahnya.

“Macam  ni,  pak  Majid  datang  nak  jemput  Qistina  dan  En. Adam  ke pejabat,” beritahu pak Majid.

“Kenapa  mesti  pak cik? Kan  Adam  yang  biasa  hantar  saya,” tutur  Qistina  hairan.

“Qistina  tak  tahu  ke? Mulai  sekarang  pak  Majid  akan  menjadi  pemandu  Qistina  dan  juga  Adam. Adam  sudah  di  pecat  dari  menjadi  pemandu,” beritahu  pak  Majid panjang  lebar.

“Ooo..baiklah  pak cik  tunggu  sekejap ya. Saya  masuk  dalam  ambil  tas.”

“Dah  selesai  sarapan  ke  belum?Cepat  sikit  pak  Majid dah  tunggu di  luar,” tutur  Qistina  kasar.

“Sudah  baru  saja  selesai.  Baiklah..Urm..Qistina  macam  mana  dengan pakaian  saya,  okey  tak?” Tanya  Adam  lembut.

Qistina  memandang  dari  atas  ke bawah. Qistina  tersenyum,  rasa  mahu  ketawa  pun  ada  bila melihat    penampilan  Adam  pagi  itu. 


"Aku  tengok  okey  aja. Sudahlah  cepat  nanti  lambat pula,” kata  Qistina  sambil  tertawa  kecil.

Ada  pakai  baju  macam tu? Tak  ada  style  langsung. Hai  itulah  nasib  budak  kampung  yang  baru  masuk  Bandar.’ gumam  Qistina  dalam  hati.

Adam  hanya terdiam .Tidak  mengesyaki  apa-apa  tentang  komen  yang  diberikan.

“Selamat  pagi  En Adam,” tegur  Pak Majid  sambil  memandang  Adam.

“Selamat  pagi  pak  cik.”

Pagi  itu  para  pekerja  diperkenalkan  kepada  Adam  selaku  Pengarah Eksekutif  Pemasaran  yang  baru. Sesi  perkenalan  itu  diseliakan  oleh  Yuna. Ada  di  antara  mereka yang  tersenyum-senyum  dan  ada  juga  yang  ketawa  padanya. Namun  itu  tidak  memberi  kesan  terhadap  Adam. Adam  hanya  tersenyum  sewaktu  sesi  itu  dijalankan. Selesai  sesi  perkenalan  mereka  semua  bersurai  dan  kembali  menyiapkan  kerja  dimeja  masing-masing. Ikmal  dan  Sarah  yang  baru  tiba  di  pejabat  sejurus  majlis  bersurai  terkejut. Sarah  memandang  Adam  dari  atas  ke  bawah  mahu  tergelak  pun  ada, rasa kasihan  pun  ada. Tiba-tiba  mereka  terdengar  suara  orang  tergelak  kuat. Sarah  dan  Adam  memandang. Ternyata  suara  itu datang  dari  Ikmal. Ikmal  yang  sedar  diri  di perhatikan  segera  mematikan  tawanya.

“Maaf ..,” tutur  Ikmal  sambil  menarik  tangan  Adam  masuk  ke  pejabat. Sarah  juga  mengikuti.

“Maafkan  saya  En. Adam. Saya  tak  sengaja.” Terang  Ikmal.

“Tak  mengapa,  saya  tak  kisah  pun.  Tapi   apa  yang  awak  gelakkan  Ikmal?” Tanya  Adam.

“Tak  adalah,  kenapa  En Adam  pakai  baju  macam ni?” Tanya  Ikmal  lembut.

“Ya  lah  Abang  Adam,  kenapa  abang  pakai  baju  macam  ni?”  Tanya  Sarah  pula.

“Kenapa  salah  ke?” Tanya  Adam  lembut.  Dia  rasa  seperti  ada  sesuatu  yang  tidak  kena.

“Tak  salah, cuma  cara  abang  berpakaian  aja  yang  pelik. Baju  abang  warna  biru pastel, tiba-tiba  tali  leher  warna  merah belang-belang. Ni  seluar  abang  pun  senteng  macam  nak  pergi  ke sawah. Abang  tu  kan  tinggi  jadi  kenapa  pakai  seluar  senteng?Tu  yang  ada  di  kaki  abang. Kenapa  pergi  pejabat  pakai  selipar  jamban?” Terang  Sarah  panjang  lebar.


Ikmal  hanya mengiyakan  segala  penerangan  Sarah. Adam  yang  mendengar  pula  terasa  mahu  pitam. Patutlah  semua orang  melihatnya  semacam,  rupanya  cara  pemakaiannya  itu  nampak  pelik.  ‘Sampai  hati  Qistina’gumamnya dalam  hati.

“Nasib  baik  Dato' Razali  tak ada. Kalau  tidak  pasti  En Adam  sudah  kena marah. Qistina  tak  tegur Encik ke?” tanya  Ikmal  spontan.

“Saya  ada  tanya  dia  tadi,  sebelum  ke  pejabat. Tapi  katanya  dah  okey,” beritahu  Adam  lembut.

Ikmal  dan  Sarah  berpandangan. Pada  mata  mereka  Qistina  memang  sudah  melampau.  Apabila  bertindak  mempermalukan  suami  sendiri  dikhalayak  ramai. Perempuan macam  apa  itu.

“Tak  apalah,  besok  saya  akan  ubah”  kata  Adam  sayu.

“Okey,  abaikan semua.  Now,  saya  akan  ajar  dan  terangkan  mengenai  urusan  syarikat,” terang Ikmal  sambil  mengarahkan  Sarah  kembali  ke tempatnya.

Adam  tersenyum  kemudian. Dia  akan  belajar  sesuatu  yang  baru. Hatinya  girang  berbunga.  Tidak  sabar  ingin  mempelajari  perkara  baru.

“Ikmal  teruk  betul  Qistina,  mana  boleh dia  buat Adam  macam  tu!!” Marah  Sarah .

“Entahlah, aku  pun  tak  tahu, kasihan Adam. Kalau  pun  dia  benci. Janganlah  perlakukan  sampai  macam tu  sekali,” sela  Ikmal.

“Apa  kata,  petang  ni  kita  bawa  dia  shopping. Kita belikan  dia  baju  baru  dan  ubah  penampilannya biar  segalanya  serba baru. Pokoknya  Adam  harus  nampak  berbeza  dari  hari  ini,” beritahu  Sarah  kepada  Ikmal.

“Ya,  kita  ubah  dia  dari  mamat  kampung  kepada  orang  yang  berkarisma,  biar buntang  biji  mata  Qistina  tu” kata  Ikmal pula.

“En.  Adam  boleh  ikut  saya  keluar tak  malam  ni?” Tanya  Ikmal  lembut.

“Malam  ni?Rasa  macam  tak  boleh  aja. Saya  bimbangkan  Qistina  dirumah,”tutur  Adam  lembut.

‘Hai  Qistina  bertuah  betul, perangai  jahanam  macam  kau  ni  pun,  boleh buat  Adam  ingat dan risaukan  kau. Tapi  kau  apa tahu.’Bisik  hati  Ikmal.

Ala  En. Adam  kita  pergi  sekejap  aja  ya,  saya janji  akan  hantar  Encik  pulang  sebelum  9.30  malam,” pujuk  Ikmal  lagi.

“Baiklah,  tapi  tak  boleh  lama  tau.”

“Baik..,” jawab Sarah  tiba-tiba. Entah  bila  dia  terjengul  di situ  mereka  juga  tak  tahu.


Seperti  yang  dirancang  Ikmal  dan  Sarah  membawa  Adam  ke  pusat  membeli  belah. Sarah  dan  Ikmal  banyak  membantunya  dalam menyuai  padankan  pakaian. Adam  hanya  mengikuti  dan  mempelajari  sedikit  sebanyak  ilmu  dalam  berfesyen. Rambut  Adam  yang  panjang  melepasi  bahu  di  potong  sedikit  pendek. Potongan  rambut  ala  Korea  dipilih  oleh  Ikmal, yang  sesuai  dengan  bentuk  wajah Adam. Selepas  semuanya  selesai  Ikmal  menghantar  Adam  pulang .


Adam  pulang  dengan  membawa banyak  bungkusan beg  pelbagai  jenama ditangan. Ruang  tamu  terlihat  terang.  Perlahan  Adam  masuk  kedalam  rumah. Barang-barang  yang  di beli  diletakkan  di atas  meja. Matanya  melilau  sekeliling  mencari  arah  suara  yang  samar-samar  kedengaran dari  ruang  keluarga. Adam  melangkah  kaki  ke sana.  Rupanya  Qistina  menonton  DVD. Dipanggil  Qistina  lembut  namun  tiada  jawapan.  Adam  melangkah  ke  sofa  di  mana  Qistina  duduk.

‘Oh .. tidur  rupanya  patutlah  diam saja.’ Adam  berkata  sendiri. Tv  di  matikan.  Perlahan  dan  penuh  hati-hati, Adam  mencimpung  tubuh  Qistina  yang  sedang  lena  ke tingkat  atas. Qistina  dibaringkan di  tempat  pembaringan  dan  tubuh  Qistina  yang  terdedah  itu  di  selimut.  Adam  keluar  dan  masuk  ke kamarnya,  dia  ingin  mandi. Selesai mandi  Adam  turun  dan  mengoreng nasi. Perutnya  yang  lapar  harus  segera di  isi.


Keesokan  pagi, awal-awal  lagi  Adam  sudah  ke  pejabat. Pakaian  cukup  rapi. Malah  semua  mata  tertuju  padanya.

“Wah!! Encik  Adam,  tampannya  pagi  ni,” tegur Yuna  ramah.

“Terima  kasih  Yuna. Saya  tak  tampan  mana  pun  maklum  budak  kampung,” tutur  Adam  merendah  diri.

“Nanti  sekejap,  En. Adam  jangan  senyum.” Yuna  berkata  spontan

“Kenapa?”

“Saya  takut  jatuh  hati  pula. Maklum  senyuman  En Adam  tu  lain  dari  yang  lain. Manis  macam  madu. Cair  hati  saya  ni. Nasib  baik  saya  isteri  orang.” Yuna  berkata  sambil  tersenyum  malu.

“Hahaha .., ada-ada  saja  awak  ni. Baiklah  saya  masuk  ke  pejabat  dulu. Kalau  Ikmal  sampai  beritahu saya  ya,” pesan  Adam  sebelum  berlalu.

“Wah!! Encik  Adam  macam  ni  lah  baru  macho.” tutur Ikmal  sambil  memandang  paras  wajah  Adam dari  atas  ke  bawah.

“Apapun  terima  kasih  Ikmal, kalau  tak  kerana  awak  juga  Sarah,  pasti  saya  sudah  di  gelakkan  lagi.”

“Pagi…,” sapa  Sarah.

Sarah  terkaku  melihat  penampilan  Adam  pagi  itu.  Di tenung  dari  atas  ke bawah. Tampan  sekali  bila  Adam,  mengenakan  kemeja  kosong  hijau  lembut, dipadankan  dengan   tali  leher  hijau  tua  berjalur  halus. Adam  juga  berseluar  slack  hitam,  kali  ini  dia  tidak  lagi  memakai  seluar senteng. Gayanya  tampak  berbeza  dari  semalam.

“Apa  yang  kau  tenung  tu  Sarah?” Tanya  Ikmal.

“Tak ada  apa. Abang  Adam  nampak  tampan  dan  manis. Macam  ni  lah,  baru  gaya  Pengarah  Exsekutif,” tutur  Sarah  bersahaja.

Hari  itu  bayang  Qistina  tidak  kelihatan mahupun  dipejabat. Adam yang  pulang  awal  dengan  hasrat  ingin  menemui  Qistina  hampa. Qistina  tidak  ada  di  rumah. Selesai  mandi, Adam menyiapkan  makan  malam. Menu  malam  itu  adalah Ayam  berlada  dan  kailan  goreng  ikan  masin. Sengaja  Adam  masak  untuk  Qistina. Dia  tahu  itu  makanan  kesukaan  isterinya.

Ting..tingg..tingg..

Adam  terjaga  di  meja  makan  sebaik  terdengar  bunyi  jam  bendol. Jam  sudah  menunjukkan  pukul  2  pagi. Adam  baru  tersadar  bahawa dia  terlena  di  meja  makan. Lauk  di meja  dipandang  sepi. Rasa  perutnya yang  lapar,  sudah  menjadi  kenyang  apabila  isteri  yang  di nanti  tak  kunjung  tiba. Adam  menyimpan  kembali  makanan  di  dalam  peti  sejuk. Siap  semua  Adam  terdengar  deruman  enjin  memasuki  perkarangan  rumah. Cepat-cepat  Adam  membuka  pintu. Adam  terkejut  melihat  keadaan  Qistina   berpakaian. Teramat  seksi, seksa  matanya  melihat,  belum  lagi  Qistina  pulang  dengan  keadaan  mabuk.

“Kau  ni  sibuk  saja, tepilah,” Qistina  berkata  sambil  menolak  batang  tubuh  Adam.
Adam  hanya  beristifar  di  dalam  hati. Terasa  berbahang  wajahnya  apabila  melihat  Qistina  begitu.

“Qistina  awak  nak  jadi  apa?? Ni..,  awak  pakai  baju  dah  macam  tak  cukup  kain kenapa? Nak  kasi  orang  raba, pegang  sana  sini. Macam tu !!” Jerkah  Adam  matanya  sudah  bulat  merenung  tajam  pada  isterinya. Qistina  hanya  tersenyum  dan  tergelak.

“Marah  nampak..!! Kau  tu  kena  ingat, kau  bukan  siapa  pada  aku. Kau  tu  cuma  lelaki  bodoh  yang  buta  mata  hati. Jantan  tak  malu  yang  mahukan  harta  aku  kan?”

Panggg…. satu  tamparan  kuat  singgah di  pipi  Qistina. Qistina  jatuh  tersunggkur  di  lantai. Lalu  Qistina  menyentuh  pipinya  yang  terasa  perit  dek  penampar  yang  di hadiahkan  Adam. Rasa  mabuk  yang  ada hilang  entah  kemana. Apa  yang  ada cuma  rasa  sakit  yang  terpalit  di  wajah  dan  dihati.

“Hey !!! Kenapa  kau  kurang  ajar  sangat  hah!!  mak  bapak  aku  pun  tak  pernah  tampar  aku  tau. Jantan  tak  guna,” jerit  Qistina  lantang.

“Ya,  aku  lelaki   yang  tak  guna  dan  buta  mata  hati. Kau  tahu  kenapa  aku  tampar  kau? Kerana  alasan  aku  kukuh. Kau  isteriku. Aku  tak  mahu  kau  rosak. Kalaupun  kau  benci  pada  aku. Jangan  kau  rosakkan  hidup  kau !!” Jerkah  Adam  suaranya  sudah  bergema  ke  isi  rumah.

“Biarlah  diri  aku. Aku  punya  suka !!” Jerit  Qistina .

“Kau  ni, kenapa  degil  sangat??Malam  ni  kau  ikut  aku  balik  kampung,” arah  Adam  kasar.

“Kau  nak balik? Kau  balik  seorang.  Jangan  kau  nak  bawa  aku  sekali. Aku  tak  sudi,” marah  Qistina  sambil  berusaha  bangun. Adam  marah,  dengan  pantas  dia  menyeret  Qistina  dan  mengunci  pintu  rumah.


“Hei !! Lepaslah  aku.  Kau  nak  bawa  aku  pergi  mana?” Marah  Qistina  sambil  menumbuk-numbuk  dada  Adam.

Adam  hanya  diam, tidak  mempedulikan  reaksi  Qistina. Dia  nekad  membawa  Qistina  pulang  ke kampungnya. Tubuh  Qistina  dimasuk  ke  dalam  kereta  secara  paksa.


Qistina  marah  dan  meronta-ronta  ingin  keluar. Pantas  tangan  kekar  Adam  menyambar  Qistina  sebelum  Qistina  melompat  keluar.


“Qistina!!!  Kau  dah  gila ya? Nak  mati sangat  ke? Apa  mata  kau   dah  buta, tak  nampak  lori  balak tadi?” Marah  Adam  geram.

“Biarlah..biar  aku  mati. Aku benci  tengok  kau!!” jerit  Qistina  macam  orang  gila.

“Baik.. .,” Adam  berkata  ringkas  sambil  memandu  laju. Qistina  mula  terasa  pening  dan  loya. Mungkin  kerana  Adam  memandu  dengan sangat  laju.

“Hey!!  Kau  dah  gila  ke?Kalau  kau  nak  mati. Kau  mati  sorang-sorang  jangan  nak  bawa  aku  sama. Aku  nak  hidup  lama  tahu!” Marah  Qistina.

“Bukan  kau  yang  nak  mati  sangat  tadi? Sekarang  panic, kenapa kau  takut???” Tutur  Adam  bersahaja. Qistina  menarik  muka  masam. Geram  di  hati  hanya  TUHAN  saja  yang  tahu. Lama  memandu  sampai  di  tol  Pagoh,  Adam  menoleh  ke  sebelah. Qistina  sudah  tertidur lena. Mungkin  penat  dan  letih. Adam  hanya  diam,  matanya tertuju  dipipi  Qistina yang  berbirat  merah  bekas  tamparannya. Hatinya  terpalit  rasa  kesal dan  bersalah.

‘Maafkan  abang, abang  tidak  terniat  pun  untuk  menyakiti  Qistina. Abang  sayang  Qistina.’ gumam  Adam  sendiri.

“Assalamualaikum…,”Adam  memberi  salam .

“Waalaikumsalam.., Eh..  Dewa  bila  sampai. Kenapa  tak beritahu  kamu  nak  balik,” Puan  Kasma  ibu  Adam  berkata  lembut.

“Tak  ada  apa,  saja  Dewa  bagi  kejutan. Boleh  menyambut  awal  Ramadhan  di sini,” beritahu  Adam  lembut  sambil  menyalami  tangan  ibunya.

“Mana  Qistina?”

Ada  tu,  dalam  kereta   dia  tertidur. Mak tunggu  sekejap. Dewa  bawa  dia  masuk.”

Adam  tanpa  lengah  membuka  pintu  kereta dan  mencimpung  tubuh  Qistina. Qistina  yang  sudah  di  bawa  masuk dibaringkan  ke  tilam. Puan  Kasmah  memandang  Qistina  lama.

“Kenapa  isteri  kamu  pakai  baju  macam  pergi  ke club  malam?”

“Memang  dia  dari  sana. Balik  rumah dalam  keadaan  mabuk  pula. Mahu  tak  mahu  Dewa  nekad  bawa  dia  pulang  ke sini. Biar  dia  belajar  jadi  orang  susah.”

 Puan  Kasmah  hanya  menggeleng. Dia  tahu  menantunya  Qistina  tidak  betah  dengan  anaknya. Apatah  lagi  dia  sudah  di bawa  pulang  dengan  paksa. Pasti  Qistina  akan  banyak  kerenahnya.

“Baiklah  kamu  pergi  rehat  dulu. Kamu  pasti  penat kan?” Adam  hanya  diam dan menghela  nafas.

“Mak  ada  tuala  mandi?Adam  nak  mandi  sekali  solat subuh.” Tanya  Adam.

“Hai  datang  tak  bawa pakaian  ke?”

Adam  hanya  angguk  kepala.

Ada  tu  dalam  almari. Semua  pakaian  kamu  ada  kat  situ. Cuma  baju  isteri  kamu  saja  yang  tak  ada.”


“Tak  apalah  mak  biar  Qistina  pakai  baju  mak  saja.” Adam  berkata  lembut.


Qistina  terjaga  apabila  wajahnya   sudah  di jamah  sinar  pagi. Perlahan  dia  bangun  dan  memandang  sekeliling.Ya, itu  rumah  mertuanya. Rumah  lelaki  kampung  yang  sangat  di  benci.

“Adam..,Adam !!” Jerit  Qistina  lantang  dan  nyaring. Puan Kasmah  yang  leka  menggoreng  cucur. Teperanjat.

‘Apa  sajalah  budak  Qistina   ni.’ Rungut  puan  Kasmah  sambil  berjalan  ke  bilik.

“Kenapa  ni?  Pagi-pagi  dah  menjerit  tak  sayang  suara  ke??” Tanya puan  Kasmah  dengan  nada  menyindir.

“Mak,  Adam  mana?” Marah  Qistina.

“Dewa  tak  ada. Dia  pergi  ke  pasar  sekejap. Kamu  tu  perempuan  pakai  baju  macam  ni  dah  kenapa?Apa  dekat  Johor Bahru  tu  dah  tak  cukup  kain  ke?” Sindir  puan  Kasmah geram. Qistina  diam  tidak  berani  menatap  wajah  mertuanya  yang  jelas  sedang  marah dan  merenung  tajam  padanya. Lama  terdiam  akhirnya  dia  bersuara  juga.

“Mak,  maafkan Qistina. Oh  ya..ada  tuala  mandi? Qistina  nak mandi,”  tanya Qistina  lembut.

"Ha..,  macam  tu  kan bagus  cakap  elok-elok. Sejuk  sikit  hati  mak  ni. Kamu  tunggu  sini. Mak  ambilkan,” kata  puan  Kasma  sambil  berlalu. Selang  lima  minit  puan  Kasmah  kembali  membawa pakaian  dan  tuala.

“Baju  kurung  kedah  dan  kain  batik? Mak  Qistina  tak  tahu  pakai  kain batik. Tak ada baju  t-Shirt  atau  seluar?” Tanya  Qistina.

“Dalam  rumah  ni  cuma  kami  berdua  saja. Kamu  lupa  ke,  suami  kamu  itu  anak tunggal. Tak apa  kamu  pakai  dulu  nanti  mak  suruh  bawa  kamu  ke  Bandar  cari  baju,” beritahu  puan  Kasmah  lembut.

Qistina  siap  berpakaian. Cuma  masih  memperbetulkan  kain  batik  yang  dipakai. Rasa  mahu  terlucut  kain  batik  yang  dipakai.

‘Kenapalah  aku  ni  bodoh  sangat. Pakai  kain batik  pun  tak  betul. Setiap lima  minit  kain  asyik  nak  terlondeh.’gumam  Qistina  sendiri.

“Mak  boleh  minta  tolong?Kain  batik  ni  asyik  londeh aja. Qistina  tak  tahu  nak  ikat  macam mana.”Qistina  bertanya  setelah  berputus  asa.

“Itulah  kamu  ni. Pakai  kain  batik  pun  tak  reti. Nah  kamu  ambil  tali  ni  ikat  buat  macam  tali  pinggang  biar  kuat.”

“Mak,  biar  betul. Ini  kan  tali  raffia.”

“Habis kamu  cakap  asyik  londeh. Kamu  ikatlah  lagipun  orang  tak  nampak  kamu  pakai  tali  tu, baju  kamu  tu  labuh.”

“Baiklah.” Qistina  mengambil  lambat-lambat.

Cuba  kamu  ikat  mak  nak  tengok.”

“Ya Allah.., Qistina. Bukan  macam  tu. Mari  sini  mak  betulkan,” arah  puan Kasmah.

Qistina  yang  terdiam  hanya  menuruti. Dia  tidak  mahu  bercakap  banyak  dengan  mertuanya  yang  bermulut murai. Sekali  mertuanya  berkata,  menusuk  jauh  dalam  hati, kata-katanya  berbisa  bagaikan  bisa  ular.

“Mak,  tu  kereta  ada  kat  luar. Kata  mak  dia  pergi  pasar,” Qistina  berkata  lembut.

“Dewa  pergi  naik  basikal. Jalan  dekat  sini  sempit,  kalau  dia  bawa  kereta  kamu  yang  besar  tu  nanti  bercalar,  kamu  menjerit  pula. Lagipun  kami  ni  orang  kampung  masih  sedar  diri  Qistina,” jawab  puan  Kasmah  lembut  dan  berbisa.

Qistina  diam,  dalam  hati  dia  ingin  pulang  segera. Perlahan  Qistina  turun  menuju  kenderaannya  dia  ingin  mengambil  handphone.

“Assalamualaikum..,ayah”

“Waalaikumsalam..Qistina.  Hai  baru  bangun  ke?” Tanya  Dato’ Razali.

“Bangun  tidur? Sudah  lama  Qistina  bangun. Ni .., Qistina  nak  beritahu  ayah. Qistina  tak  masuk  pejabat.” Beritahu  Qistina  lancar  tapi  mendatar.

“Ayah  tahu. Adam  sudah  beritahu  semuanya. Kamu  ada  di  Muarkan?”

“Bila  dia  beritahu?”

“Subuh-subuh  tadi  dia  sudah  maklumkan  pada ayah. Itulah  kamu  tu  degil  sangat,  padan  muka  kamu. Kesudahan  diheretnya  kamu  balik  kampung. Well..,  tak  apa  ayah  bagi  kamu  cuti  sebulan  untuk  membiasakan  diri  di situ ok” Dato’ Razali  berkata  lembut.

“Ayah  sebulan??Tak  mahu, Qistina  akan  paksa  dia  balik JB, Qistina  tak  mahu  duduk  sini.”

“Qistina,  ayah  tak  boleh  buat  apa-apa. Semuanya  di tangan  suami  kamu. Baiklah  ayah  ada  mesyuarat  penting  pagi ini. Kamu  jaga  diri  ya. Assalamualaikum..,”

‘Adam,  kau  ni  memang  nak  kena  siap  kau.’ Marah Qistina.

Setengah  jam  kemudian  Adam  pulang  membawa  beg  plastik  di  tangan. Beg plastik yang  berisi ikan  dan  sayur-sayuran  dibawa  masuk  ke dapur. Dia  melihat  Qistina  sedang  mencuci  pinggan.Wajah  Qistina  masam  mencuka. Adam  tahu  pasti  ibunya  yang  meminta  Qistina  membantunya. Adam tersenyum  kecil.

“Qistina,  siap  basuh  pinggan  kamu  tolong  mak  kupas  bawang. Ni  mak  dah  siapkan  bahan-bahannya,” beritahu  puan  Kasma.

“Ya..,  mak” terkocoh-kocoh  Qistina  datang. Dipandang  bahan-bahan  diatas  meja.

“Apa  yang  awak  pandang?” Tanya  Adam  lembut.

“Sibuk  aja,  ada  mata  aku  pandanglah. Aku  tahu,  kau  nak  ketawa  kan  aku  betul tak?Ingat  Qistina  tak  tahu  buat  kerja  dapur. Tengok  muka  ni  baik-baik, sungguhpun  begitu  aku  tahu  juga  memasak.  Cuma aku  malas  saja,” bentak  Qistina.

“Qistina  kamu  kalau  bercakap  dengan  suami,  tak  boleh  lembut  sikit  ke?Ini  tidak  ber aku  ber  kau?Dewa  tu  suami,  hormat  sikit. Kalau  dia  tampar  muka  kamu  lagi,  baru  kamu  tahu  langit  tu  tinggi  atau  rendah” bebel  puan  Kasmah  tidak  senang  dengan  cara Qistina  berbicara.

Qistina  terdiam,  lupa  yang  dia  berada  di kampung. Tidak  lama  dari  itu  dia mencebik. Bulat  matanya  merenung  Adam  yang  sedang  tersenyum.

‘Siap  kau  mentang-mentang  kau  dekat  sini,  kau  nak  kenakan  aku  ya, tunggulah  ada  ubi  ada  batas,  ada hari  akan  aku  balas.’ Marah  Qistina.

Makan  tengahari  sudah  terhidang  bau  aroma  masakan  segera  menerpa  selera,  Adam  yang  sememangnya  merindui  masakan  kampung. Pucuk  paku  masak lemak, beserta  cencaru  bakar  tak  lupa  juga  sambal  belacan  menjadi  hidangan  tengahari  itu. Qistina  pula  masih  sibuk  mencuci  tangannya, bau  belacan  cuba  dihilangkan. Namun  tidak  berjaya.

“Sudahlah Qistina,  berapa  lama  kamu  nak  cuci  tangan  kamu  tu. Habis  sebotol  pencuci  pinggan  kamu  guna. Kalau  berbotol  sekali pun  tak  akan hilang  bau  belacan  tu. Sudah  mari  duduk  sini  kita  makan,” beritahu  puan Kasma. Qistina  menjeling Adam  yang  sudah  berada  dimeja  makan. Adam pula seperti  biasa  tetap  tenang  dan  bersahaja.

“Aik..,  makan  pun  nak  bawa  sudu  dan  garpu. Sudah  letak  dekat  tepi,  kita  orang  melayu  makan  guna  tangan. Lagipun  kita  makan  bukan  dekat  hotel,” marah  puan  Kasma. Qistina  masih  diam. Hatinya  memberontak  hanya  Adam  saja  yang  tahu.


“Eh..,mak  suruh  bawa  kau  bawa  aku  pergi  Bandar  beli  baju,” beritahu  Qistina  mendatar.

“Urm..,  baiklah  saya  tahu, mak  dah  beritahu  tadi. Jom  kita  pergi,” Adam  mengajak  Qistina.

“Sekarang  ke?” Tanya  Qistina  bodoh.

“Ya..lah  sekarang,  kata  nak  beli  baju. Jom  saya  bawa  awak.”

“Kau  ni  gila  apa? Aku  ni  pakai baju  kurung, berkain  batik  nak  pergi  ke Bandar?Kau  tak  ada  otak  apa? Fikirlah  malu  aku!!” Marah  Qistina  tapi  nada  bicaranya  perlahan  bimbang  mertuanya  dengar.

Tanpa  lengah  Adam  menarik  tangan  Qistina. Qistina  terkejut  dengan  perlakuan  spontan Adam.

“Hey.. ! Kau  nak  bawa  aku  pergi  mana  ni?” Tanya  Qistina  panik.

“Kita  pergi  rumah  sebelah, minta  pinjam  pakaian. Anak  pak  Mail  itu  perempuan,  badan  lebih  kurang  kau  aja. Nanti  aku  tanyakan,” kata  Adam lembut. Qistina  merungut  tak  sudah. Adam  hanya  membiarkan  perlakuan  Qistina  yang  asyik  merungut.

“Assalamualaikum…, Hani” Adam  memberi  salam.

“Waalaikumsalam..Eh, abang  Dewa. Bila  abang  sampai,” sapa gadis  manis  yang  dipanggil  Hani. Qistina  menilik  paras  wajah  gadis  yang  di rasakan  cukup  menawan.

“Abang  baru  sampai  semalam,” jawab  Adam  pendek. Hani  mengangguk  dan  memandang  Qistina.

“Siapa  ni  abang?” Tanya  Hani  lembut. Raut  wajahnya  sudah  bertukar. Mungkin  cemburu  dengan  wanita  yang di  bawa  Adam.

“Ini..majikan  abang, Qistina  namanya.”

“Oh..saya  Hani,” Hani  berkata  sambil  menghulurkan  tangan. Salam  disambut  lambat  oleh  Qistina.

“Hani, abang  nak  minta  tolong?”

“Apa  dia  abang  cakaplah,” tanya  Hani  lembut.

“Boleh tak  Hani  pinjamkan  T-shirt  dan  seluar  untuk  Qistina. Dia  nak  ke Bandar  membeli  pakaian. Rasa  macam  tak  sesuai  pula,  bila  berpakaian  begini,” Adam  berterus-terang. Qistina  hanya  memerhati  mereka  berdua. Hatinya  benar  dipalit  rasa  sakit.

“Oh..  boleh,  nanti  Hani  ambilkan.Tunggu  sekejap.” Hani  berkata sambil  berlalu  masuk  kedalam.

“Amboi,  lembutnya  bahasa. Berbual  bukan  main mesra. Apa  kau  lupa  siapa  aku? Siapa  dia?” Tanya  Qistina  marah. Wajahnya  memang  sudah  berubah  kemerahan.

“Saya  tahu  awak  majikan  saya,  saya  juga  ingat  saya  hanya  pemandu  awak  sampai  bila-bila. Awak  nak  tahu  siapa dia?Dia  bekas  kekasih  saya. Ada  apa lagi  yang  awak  nak  tanya?Saya akan  jawab.”

Buntang  biji  mata  Qistina. Hatinya  tiba-tiba  bengkak  menahan  rasa  sakit  hati  yang  entah  bila  terbit. Cemburukah  dia. Rasa  perasaan  itu  tidak  mungkin  ada  di dalam  kamus  hidup Qistina. Lantak,  dia  tak  peduli  kalau  Hani  mahukan  Adam  kembali. Dia  ingan  bebas. Dia  benci Adam  bukan  sedikit  malah bertambah  benci.

Qistina  membeli  pakaian, bukan beberapa  helai, malah  boleh  dikatakan  borong. Adam  pening  melayan  kerenah Qistina  yang  tah apa-apa. Namun  di turutkan  jua. Kakinya  sudah  lenguh  berdiri  dan  mengambil  keputusan untuk  duduk  di  bangku  luar.

“Adam,  jom  kita  pergi  minum,  aku  haus  ni.” rengek  Qistina  tiba-tiba.

“Hai..  Dewa,  Apa  khabar?” Tanya  seorang  wanita  yang  lebih  kurang  usia  Adam.

“Baik, Zakiah  pula?”

“Saya  baik  saja. Siapa  ni  tak  mahu  kenalkan  ke?” Tanya gadis  itu  lagi.

“Ini  Qistina, majikan  saya.”

“Oh..saya  ingat  isteri. Maknanya  saya  masih  ada  peluang  untuk  dapatkan  awak, betul  tak  Dewa?” Tanya  gadis  itu  meminta  kepastian.

“Urm..entahlah..kalau  ada  jodoh  adalah  kot,” jawab Adam  lembut  dan  mendatar. Dia  malas mahu  melayan  Zakiah  yang  dari  dulu  asyik  mengejarnya. Dia  rimas. Qistina pantas  menarik  tangan  Adam  spontan. Dia  benar-benar  marah. Adam  yang  di tarik  paksa  terpinga-pinga.

“Kenapa  dengan  awak  ni?” Tanya  Adam  sambil  menarik  kembali  tangannya.

“Kenapa  kau  layan  dia  hah?? Mata  kau  tu  letak  kat  mana. Aku  ni ada  disebelah,  kau  boleh  layan  perempuan  kampung tu!!” Jerkah  Qistina  matanya  sudah  mencerlung  tajam. Adam  cuma  tersenyum,  entah  kenapa  Qistina  nampak  seperti  orang  cemburu.

“Awak  marah  ya?Kenapa  mesti  marah ? Saya  kan  cuma  pemandu. Pemandu  setia  sampai bila-bila,” Adam  berkata  mengingati  Qistina  kembali. Qistina  diam  dia  tahu. Ayat  itu  yang  selalu  dia  tuturkan  kepada  Adam. ‘Pemandu’ arghh..hatinya  sudah  bertambah  membara. Barang  ditangan  dilempar  ke  jalan  dan  berlari  pergi  meninggalkan  Adam.

Adam  hairan  dengan  sikap  Qistina  yang  dirasakan  aneh. Barang-barang  yang  dilempar  segera dikutip. Adam  kemudian  berlari  menuju  tempat  memakir  kenderaan. Qistina  tiada  di  situ.

‘Ah,  sudah  mana  saja  lah  kamu  ni Qistina’

‘Laki  tak  guna, ingat  aku  ni  apa  sampah.  Dasar  lelaki  gatal, Adam  aku  benci  kau!!!’ jerit  Qistina  di dalam  hati.

Qistina  pulang  menaiki  teksi, wajahnya  yang  sudah  dibanjiri  air  mata segera  dihapus. Pantas  Qistina  membayar  tambang  dan  berlari  masuk  kedalam. Pintu kamar  dihempas kuat. Puan  Kasmah  yang  berada  di dapur  terkejut.

“Qistina  kenapa ni?Buka  pintu?” Pinta  puan Kasma  dia  betul-betul  risau. Dia  pandang  keluar  tiada  kereta  di situ. Dia  tahu Adam  belum  pulang. Baru  puan  Kasmah  hendak  berjalan  keluar  dia  ternampak  kereta  memasuki  perkarangan  rumah.

“Dewa  kenapa  kamu  tak  balik  sekali?Tu  isteri  kamu  tu  dah  kenapa  tutup  pintu  berkurung,  mak  cuma dengar  suara  dia menangis. Kamu  bergaduh, atau  kamu  tampar  dia  lagi?”

“Mak, Dewa  tampar  Qistina  tempohari  bukan  sengaja. Dewa  sudah  berjanji  tak  akan  sakiti  dia lagi. Tapi  entahlah,  dia  asyik  nak  mengamuk  saja.

“Sudah… pergilah  pujuk  dia,” arah  puan  Kasmah.

“Qistina,  buka  pintu  ni” Adam  berkata  sambil  mengetuk  pintu.

“Pergilah!  aku  tak  mahu  tengok  muka  kau!!” Marah Qistina. Air mata  yang  baru kering  jatuh  kembali  berguguran. Dia  sungguh  benci  dengan  perasaan itu. Perasaan yang  membuat dia  gila. Adam  hanya diam, dia takut  jika  dipaksa  Qistina  akan  berbuat  nekad. Dia  kemudian  keluar  dan  duduk  di  pankin.

“Dewa,  lusa  kita  sudah  kita  sudah  berpuasa. Kamu  akan  menyambutnya  di  sini  atau  di  Bandar  bersama  mertua  kamu?”


“Dewa  akan  menyambutnya di sini, bersama  mak  juga  Qistina. Dewa  dah  beritahu  ayah  perkara  ini. Dia  setuju  saja, Oh  iya  ayah  kata  dia  akan  datang  berhari  raya  bersama  kita  di sini  nanti,” beritahu  Adam  lembut.

“Kamu   termenung, sebab  risaukan  Qistina  ya?”

“Ya,  Dewa  risaukan  dia. Dewa  juga  sayang  padanya. Mana  mungkin Dewa  lupa  pada  wanita  yang  sudah  lama  bertahta  dihati,” beritahu  Dewa. Di  raup  wajahnya  perlahan,  pandangan  dilepas  bersama-sama  bayu  petang  yang  baru  saja  berhembus.

Malam  itu,  Qistina  tidak  makan  malam  bersama  mertua  juga suaminya. Dia  lebih  senang  duduk  terperap  di  dalam  bilik. Qistina  menyisir  rambut  sambil  melepaskan  keluhan  berat. Dia  teringat  kembali  peristiwa  pernikahannya  dengan  Adam  yang  berlangsung  di  pejabat  Agama. Itu  semua  permintaannya. Rahsia  perkahwinan  juga adalah  permintaannya. Hatinya  benar  diruntun  pilu. Benarkah  dia  cemburu?benarkah  dia  bimbang  jika  Adam  lelaki  yang  di  benci  itu  pergi  kepada  wanita  lain. Sanggupkah dia? Dia  tidak  mampu  merungkai  segala  persoalan  yang mula  menjengah  hati. Malam  itu  Qistina  tidur  tanpa  perutnya  di  isi.


Pagi-pagi  lagi  Hani  sudah  datang  menjenguk  puan Kasmah  juga  Adam. Qistina  yang  terdengar  suara  orang  ketawa  menjenguk  di  sebalik  langsir  bilik. Hani  sedang  tertawa  manja, begitu  juga  Adam. Entah  apa  yang  mereka  bualkan  Qistina  sendiri  tidak  tahu. Qistina  menggigit  bibir.

“Abang  Dewa  bila  nak  kahwin?” Tanya  Hani  tiba-tiba.

Qistina  mendengar  butir  bicara  mereka  berdua, dan  setia  menanti  jawapan  yang  akan  terkeluar   dari  mulut  Adam.

“Entahlah  Hani,  tak  ada  orang  nak. Lagipun  abang  ni  orang  kampung. Kerja  pun  pemandu  aja,” tutur  Adam  lembut  dan tenang. Qistina  diam  membisu. Air  mata  sudah  hampir  jatuh. ‘Sampai  hati  kau  Adam’ gumam  Qistina  sendiri.

“Abang  kacak,  dan  baik. Pasti  akan  ada  wanita  yang  menghargai  abang. Hani  yakin  pasti ada,” Hani  berkata  lembut.

Adam  hanya  tunduk  memandang  permaidani.

‘Masih  adakah? Wanita yang  akan  menghargainya, menerima  dia  apa  adanya. Hal  itu  tidak  mungkin  terjadi. Qistina  tidak  menyukainya  walau  sedikit, hanya  kebencian  yang  sentiasa  terpamer  di  wajah  Qistina.’

“Kenapa  abang  termenung?” Tanya  Hani  setelah  melihat  reaksi Adam.

“Tak ada  apa-apa. Mudah-mudahan  suatu  hari  nanti  ya,” Adam  berkata  lembut  sambil  mempersilakan  Hani  untuk  minum.

“Assalamualaikum..” Qistina  memberi  salam.

“Waalaikumsalam..Qistina  masuk  lah,” pelawa  Hani  lembut  dan  sopan.

“Saya  datang  nak  pulangkan  pakaian  yang  saya  pinjam  semalam,” terang Qistina  sambil  menghulurkan  pakaian  kepada Hani. Hani  hanya  tersenyum  dan  menyambutnya.

“Qistina, awak  dah  nak  balik  ke?boleh  kita  berbual  sebentar.” pinta  Hani tiba-tiba.

Qistina  mengangguk  dan  tersenyum  setuju  dengan  apa  yang di  pinta.

“Qistina  kalau  saya tanya, awak  jangan marah  ya?”

“Marah? kenapa mesti  saya  marah?”tanya  Qistina  kembali.

“Maaflah  mungkin  pertanyaan  saya  ini  sensitif.” Ujar  Hani  lembut.

Qistina  sudah  mula  di  pagut  resah. ‘pertanyaan  apakah  itu?’

“Qistina  saya  tahu  apa  status  awak,  saya  juga  tahu apa  status  abang  Dewa. Kenapa  harus  dia  perkenalkan  awak  sebagai  majikan,  dan  bukannya  isteri?”

Qistina  terpempan  rasa  seperti  ada  batu  besar yang  menghempam  di  pundaknya.

“Dari  mana  awak  tahu  saya  isterinya?” Tanya  Qistina lambat  dan  perlahan tanpa  menatap  wajah  gadis  di  sebelahnya.

“Saya  tahu  dari  ibu  abang  Dewa.  Apa  makna  semua  ni? kenapa  semua  harus  dirahsiakan?”

“Adakah  Dewa  tahu, bahawa  awak sesungguhnya  tahu  rahsia  ini?”Qistina  bertanya  sambil  menatap  wajah  Hani  yang lembut.

“Tak, abang Dewa  tak  tahu  yang  Hani  tahu  hal  ini. Hani  dah  janji  dengan  ibu  abang  Dewa.”

“Saya  yang  minta  mereka  rahsiakan.”

“Tapi  kenapa??”

“Sebab  saya  benci  kan Adam,  perkahwinan  itu  buat  saya  terseksa. Saya  ingin  bebas  dan  saya  belum  bersedia  untuk  menjadi  isteri  orang  pada  usia  muda,” Qistina  berkata  lambat  dan  perlahan.

“Qistina  muda  lagi  ke awak  ni? Kalau  tak  silap saya  umur  awak  sudah 28  tahun.Ya, mungkin  muda  untuk  awak  yang  duduk  di Bandar. Tidak  macam  kami  di  sini. Usia  begitu  mereka  semua  sudah  bergelar  anak  dara  tua,” sindir  Hani.

“Saya  tahu  saya  salah.Tapi  awak  tak  tahu..” kata-kata  itu  tidak di  habiskan  kerana Hani  pantas  memotong.

“Awak  tak  cintakan  dia? Tidak  sayangkah  awak  pada  pemuda  yang  berhati  mulia  itu?Apa  kurangnya  dia?Tidakkah  awak  takut  kehilangan  dia  hanya  kerana  ego  dan  rasa  benci  awak  yang  cukup  kuat itu?”

Qistina  diam  tidak  menjawab, soalan  bertubi-tubi  yang  di tujukan  untuknya  tidak  mampu  di  jawab. Dia  buntu. Air  mata  sudah  mula  bertakung  di tubir  mata. Hanya  menanti  untuk  gugur.

“Qistina  saya  tahu  kenapa  awak diam. Awak  cintakan  dia  kan?Usahlah  awak  sembunyikan  perasaan  itu  lagi. Perasaan  yang  mula  bersarang  dalam  hati,  tika  awak  melihat  saya dan  abang  Dewa. Saya  tahu  awak  cemburu,” tutur  Hani  lembut.

Air  mata mula  berjurai .Qistina  tunduk  memandang  debu  pasir  di  bawah. Pantas  dia menyeka  air  mata  itu.

“Tidak! Saya  tidak  pernah  cemburu. Saya  tidak  pernah  cintakan  dia. Saya  benci  dia,” beritahu Qistina.


“Qistina,  jangan awak  menipu  diri. Mata  awak  tidak  akan  mampu  berbohong, apatah  lagi  air  mata  yang  sudah  merembes  di pipi. Saya  tahu  awak  cemburu, awak  sudah  mempunyai  rasa  sayang  padanya. Kenapa  harus  menipu? Tidak  sakitkah  hati  dan  perasaan  awak  bila menyimpan  rasa  cinta  dalam diam? Qistina  saya  tahu  rasa  sakit  itu  seperti apa. Rasa  sakit  yang  tidak  dapat  di  gambarkan  apabila orang  yang  di cintai, tidak tahu  isi  hati  kita  seperti  apa. Qistina  ini  nasihat  saya  sebagai  seorang  rakan,  yang  rasanya  tidak  begitu  penting. Jaga  dan  semailah  cinta  kamu  untuknya. Jagalah  ia  dengan  kasih  sayang  agar  segar  mewangi. Ingat  tawan  hatinya  sebelum  dia  pergi  jauh. Kelak  awak  akan  menyesal.”

“Saya  tahu,  terima  kasih  atas  nasihat  awak. Tapi  saya  malu  pada  diri  saya  sendiri. Saya  bimbang  jika  dia  tidak  mahu  menerima  saya” Qistina  berkata  sambil  menangis  hiba.

“Qistina  saya  tahu  sifat  abang  Dewa  seperti  apa. Dia  lelaki  budiman. Pergi  padanya  sebelum  terlambat. Sudahlah  jangan  menangis  lagi  okey,  perempuan  cantik  macam  awak  kalau  menangis  nampak  buruk  tau.” Hani  berkata  sambil  tergelak  kecil.

Qistina  rasa  tenang  seketika. Dia  tidak  sabar  menunggu  kepulangan  Adam. Petang  itu  Qistina  membuat  popia  hasil dari  air  tangannya. Dia  sengaja membuatnya  kerana  dia  tahu  popia adalah  makanan  petang  kesukaannya.

Puan  Kasmah  pening  kepala  dengan  perlakuan  Qistina  yang  asyik  mundar-mandir. Belum  lagi  dia terkejut  apabila, mentunya  itu  tiba-tiba  bertanya  apa  makanan  kesukaan  Adam.Walaupun  dia  hairan, dia masih  lagi  memberitahu  apa  kesukaan  Adam. Hati  tuanya berbisik.

Qistina  nampak  Adam  pulang  menjinjit  beg  plastik. Qistina  pantas  menerpa  dan  mengambil  beg  plastik ditangan Adam. Adam  terkejut,  entah  bila  masa  Qistina  ada  di  sisinya, dia  sendiri  tak  tahu.

“Awak,  duduklah  kita  minum  petang  sama-sama. Saya  ada  buatkan  popia goreng.” beritahu  Qistina  lembut.

Adam  hanya  mengikuti. Dipandang  popia  dan  kopi  panas  di atas  meja. Qistina  menyuakan  sekeping  popia  ke mulut  Adam. Adam  yang  kebetulan  giginya  sakit  menolak  lembut  pelawaan  itu. Dia  memang tidak  boleh  mengunyah makanan  keras.Gusinya  sedang  bengkak.

Qistina  berkecil  hati, apabila  niat  baiknya  di  tolak  mentah  oleh  Adam. Qistina  meletakkan  kembali  piring kuih  di tempat  asal  dan  berlari  masuk  ke  kamar. Adam  hairan tapi  kakinya  pantas  mengikuti  Qistina.

‘Qistina  menangis?Kenapa  dia  menangis?’ Adam  berkata hairan.

“Qistina  kenapa  awak  menangis?”

“Saya  tahu  saya  bersalah, saya  banyak  dosa, kenapa  awak  menyingung  perasaan  saya,” Qistina  berkata  dalam  tangis. Adam  hairan.

“Menyinggung  apanya?” Tanya  Adam  bodoh. Dia  benar-benar  lupa dengan perlakuannya  sebentar  tadi.

“Sudah!!  saya  tahu. Saya  sedar  siapa  diri  saya. Saya  tak  layak  hidup  dengan  awak,  dan  saya  tahu  awak  tak  mungkin  memaafkan  saya.”

“Nanti  dulu. Bukan  awak  yang  patut  cakap  begitu. Kata -kata  itu  hanya  sesuai  untuk  saya. Saya  yang  harus  sedar  diri,  saya  yang  tidak  sesuai  hidup  dengan  awak. Maklum  saya  hanya  pemandu  dan  akan  jadi  pemandu  sampai  bila-bila.”

“Tidak!! Tolong  jangan  cakap  begitu. Awak  bukan  pemandu, awak suami  saya.Ya,  awak  suami  saya  sampai  bila-bila. Itupun  kalau  awak  masih  sudi  menerima  saya,” Qistina  berkata  sayu.

‘Tidak  salah  dengar kah  aku?Apa  benarkah  semua  kata-kata  yang  baru  di  ucapkan  Qistina?Jika  benar  dia  rasa  sangat  bersyukur.’

Adam  berjalan  merapati  Qistina. Dagu  Qistina  di angkat .Wajah  itu  sudah  dibanjiri  oleh  air  mata.

“Betul  ke, apa yang  saya dengar  sebentar  tadi?” Tanya  Adam  lembut. Qistina  hanya  mengangguk  dan  memeluk  Adam  erat.

“Maafkan  saya, dan  tolong  jangan  pergi  dari  hidup  saya,” rayu  Qistina  lagi.

“Saya  tak  akan  tinggalkan  awak, Awak  wanita  pertama  yang  saya  cintai” bisik  Adam  lembut  sambil  membalas  pelukan  Qistina. Qistina berasa  gembira.

“Betul? Abang  janji?” Tanya  Qistina  sambil  memandang  Adam. Adam  tersenyum dan  mengangguk.

“Sejak  bila  pandai  panggil  saya  Abang?” Tanya  Adam  tiba-tiba.

“Sejak  saya  jatuh  cinta pada  abang, dan  abang adalah  Dewa  cinta  saya,” Qistina  berkata jujur.

Adam  tersenyum  senang. “Maafkan  abang  ya, abang  bukan  tak  mahu  makan  popia  tu. Sebenarnya  gigi  abang  sakit, gusi  bengkak  jadi  tak  boleh  nak  makan  kecuali  makan makanan  lembut” beritahu  Adam   tiba-tiba.

“Ooo.. kenapa  tak  cakap. Dan  mana  Qistina  tahu  abang  sakit  gigi.”

“Kalau  abang  beritahu  tadi,  tentu  abang  tak  tahu  yang  Qistina  sudah  menerima  abang kan.”

“ Boleh  abang  panggil  Qistina, Qish ?Hehehe..  susahlah  nak  sebut  nama  panjang  sangat” Adam  berkata  sambil  tergelak.

“Boleh… Abang,  Qish  nak  tanya.  Abang  sayang  dan  Cinta  kan  Qish  tak?”Tanya  Qistina  manja.

“Qish, jujur  abang  katakan, abang  dah  lama  jatuh  cinta. Dari pertama  kali  kita  bertemu, Abang  dah  lama  menyukai  Qish. Maksud  abang, abang  cinta  Qish  dalam  diam. Hanya  Qish  yang  tak  tahu. Apapun  kasih  dan  sayang  abang  hanya  untuk  Qish, isteri  yang  abang cintai. Qish  pula  macam mana?”

“Qish  juga  mencintai  abang, entah  sejak  bila Qish  sendiri  tak  tahu,  apa  yang  Qish  pasti. Qish  rasa  sakit  hati, kecewa dan  cemburu  bila  melihat abang  beramah  mesra  dengan  Hani dan  Zakiah.”

“Hani?Zakiah? Kenapa pula?

“Kan  abang  pernah  cakap  yang  Hani  itu  bekas  kekasih  abang,” tutur  Qistina lembut.

“Oh.. abang  ingat. Waktu  tu, abang malas  nak  layan  kerenah  Qish  yang  tah apa-apa.  Jadi  abang  cakap  lah  macam  tu. Qish, Hani  itu  sebenarnya  anak  angkat  mak, Kiranya  adik  angkat  abang. Maklum  mak  nak  sangat  anak perempuan  tapi  tak  ada  rezeki. Zakiah  pula  hanya  masa  lalu. Cinta  zaman  monyet, dia  menyukai  abang  sejak  lama  dulu.Cuma  abang  tidak  tertarik  padanya,” Adam  berkata  lembut.

“Terima  kasih, kerana  masih  sudi  menerima  Qish.”

“Sama-sama  sayang.”Adam  berkata  lembut  sambil  mencium  pipi  isterinya.

Qistina berasa  sangat  gembira. Suasana  itu  di rasakan  sangat  indah,  mana  tidaknya ini kali  pertama  dia  berpuasa  bersama  suami  serta  mertuanya  di  kampung. Qistina  bahagia,  akhirnya  ada  sinar  baru  yang  sudi  datang, untuk  bertamu  di  saat  dia  jauh  tersesat.

‘Syukur  kepada  mu Ya Allah, di atas  kurniamu  pada  ku.’ bisik  hati  Qistina.

“Sayang, besok ayah  datang. Dia  kirim  salam” beritahu  Adam .

“Berapa  lama  ayah  dekat  sini?” Tanya  Qistina  lembut.

“Katanya  lima  hari,  sekali  nak  berhari  raya  bersama  kita.”

“Hehehe  bestnya  tak  sabar  nak  beritahu   ayah.”

“Hahaha..sayang  nak  beritahu  ayah  apa?” Tanya  Adam.

“Nak  beritahu  yang  kita  dah  baik  dan  bahagialah.”

“Tak  payah  Qistina, ayah  kamu  dah  tahu pun.” celah  puan Kasmah.

“Siapa  yang  beritahu??” Mereka  berkata  serentak.

“Siapa  lagi, mak  lah..” beritahu  puan  Kasmah  sambil  tertawa. Adam  dan  Qistina  juga  tergelak  mereka  tidak  menduga  rahsia yang  di  simpan  selama  hampir  sebulan. Telah  diketahui Dato’ Razali. Rancangan  istimewa  yang  mereka  atur  ternyata  gagal.


Bagi  puan  Kasmah   berita baik  tidak  harus  di  rahsiakan. Sebagai  orang  tua, dia  berasa  sangat  gembira. Adam  akhirnya  mendapatkan  cinta  isterinya. Dia  dan  Dato’Razali  hanya  bersyukur  dan  menumpang  gembira.Dia   berdoa  dan  berharap  rumahtangga  anaknya  kekal  hingga  ke  akhir  hayat.





BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...