Thursday 29 October 2015

Ms J VS MR Playboy -E Novel

Bab 1


   Jam baru menunjukkan jam 8.30 malam rasa bosan mula menyelubungi diri diri shazlynn yang pada ketika ini  sedang asyik terfikirkan si mangkok gila yang sibuk mengganggu dia dan teman baiknya.Entah mengapa rasa jengkel melihat perlakuan jejaka yang merupakan kekasih temannya itu tidak dapat di bendung lagi.Sungguh dia benci,bagaimana lelaki seperti ini boleh wujud dalam dunia ini.

   "Eh! Baik kau cakap mana Ryta,aku nak jumpa dia."

    "Entah mana aku tahu,aku tak jaga dia pun."jawabnya  acuh tak acuh.

    "Kau biar betul?Takkan lah kau tak tahu.Nak menipu pun agak-agaklah."

   "Aku cakap tak tahu maknanya tak tahu lah!!Kau tak faham bahasa ke?Atau kau nak aku cakap bahasa Jerman?lagipun aku tak simpan ryta tu dalam poket aku.Kau ni kan suka sangat cari pasal dengan Ryta.Sampai dengan aku pun kau nak cari gaduh.Cari tak jumpa gegar pintu rumah aku.Nak kata kau gila aku rasa kau waras lagi"

   Zulhilmi yang sememangnya sedang sakit hati bertambah panas apabila mendengar bebelan yang di lontarkan kepadanya secara bersahaja oleh gadis bertubuh kecil di hadapannya. Kalau di ikutkan mahu sahaja dia memberikan tumbukan padu.Tapi apakan daya misi mencari Ryta lebih penting. Teman wanitanya melarikan diri sebaik sahaja di memalukan wanita itu semalam.

   "Dah lah kau jangan nak membebel elak aja aku bagi penumbuk kat muka kau yang cantik tu.Kau ingat aku tak tahu, kau aja yang selalu menyebelahi dia.Dah sah kau tahu mana Ryta bersembunyi kan?"

   "Tengoklah,aku baru aja cakap kan aku tak tahu.Kau ni datang dari planet mana ek?" Jerkah shazlynn tidak sabar.Hatinya mengelegak panas bila melihat lelaki bertubuh tinggi lampai di hadapannya memandang sinis.Shazlynn memandang proton persona putih disamping makluk asing yang menghalang keretanya.Gara-gara si makluk asing ini lah dia tidak dapat pulang ke rumah.

  "Woi!!Apa kau tengok?Kau nak pecahkan kereta aku?"sindir Zulhilmi bersahaja"
   'Baik aku pecahkan muka kau dari pecahkan kereta kau bangang!!' Tapi ia hanya terluah hanya di dalam hati.Mana mungkin dia berkata sedemikian.Bukan wajah kacak lelaki itu yang pecah silap hari bulan wajahnya yang bengkak.

  "Tak ada apa,aku ada mata aku tengoklah.Kenapa tak boleh?"
  "Dah lah malas aku nak cakap ngan kau ni. Cakap dengan kau macam cakap dengan itik.sakit jiwa di buatnya."
   Shazlynn tersenyum "kalau dah tahu cakap ngan aku susah,dah macam cakap ngan itik.Baik kau berambus aja.Buang masa aku aja.Aku nak balik rumah tau tak!Alihkan kereta kau ni boleh?
   "Ok boleh aja,tapi ingat aku akan cari kau selagi aku tak jumpa Ryta.Dan aku berjanji tak akan ganggu kau bila aku dah jumpa buah hati aku tu."

   Zulhilmi masuk ke dalam kereta dan memecut laju kenderaannya di atas jalan raya.Shazlynn hanya memerhati sambil menggelengkan kepala dan dia juga beredar dari bangunan pejabat menuju ke destinasinya.Mana lagi dia nak pergi? pulang ke rumahlah.Dia bercadang, malam nanti kalau dia tidak penat dia akan menghubungi Ryta untuk bertanya khabar.

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...