Sunday, 2 October 2011

Adakah saya tidak di tipu Atau memang saya di tipu???

Ada  satu  cerita  yang  I nak  kongsi  dengan  you all. Cerita ni  I dah  lama  simpan, cuma  baru  sekarang  nak  cerita. Mungkin  cerita  ini  kamu  semua   boleh  jadikan pengajaran kot.

Ok ada  satu hari tu bulan  puasa tahun 2010. Pagi  store tempat aku  bekerja  baru  beroperasi lebih  kurang  satu  jam lah. Sedang  aku  sibuk  menyiapkan  laporan. Tiba-tiba  datanglah  seorang  lelaki  berusia lingkungan 55 tahun..orangnya  segak  dan  bergaya juga lah. Dia  datang  ke  kaunter  aku untuk meminjam telefon. Aku  benarkan kerana,dia  tiada  wang(ceritanya  begini: katanyalah= tiba-tiba  dia  sakit  perut.Dia  meminta  pemandu teksi  turunkan dia  di  tempat  berdekatan yang  mempunyai  tandas  awam.Nak  di jadikan  cerita pemandu  teksi  itu  menurunkannya  di  pasaraya  tempat aku  bekerja  sekarang. Sewaktu  selesai  keluar  dari  toilet. Dia  berniat  untuk pergi  bersarapan. Malangnya, dia  mendapati beg duitnya  tiada  dan dia  sangat  yakin  bahawa  dompetnya  tercicir  di  dalam  teksi.) di sebabkan insiden  itu lah  dia  ingin menggunakan telefon. So aku  ni  yang  tak sampai  hati  benarkan dia  guna. Aku  yang  berada  di  sebelah mendengar  segala  perbualan  uncle  tu. Apa  yang  aku  tahu dia  menghubungi hotel  mewah  yang  dia  tinggal  di  kuala  lumpur dan meminta  agar pihak bank  blog semua  kad  kreadit  juga  debit  kad miliknya.
Aku hairan siapa  sebenarnya  uncle  itu.


Jadi  selepas  dia  meletakan  talian  dia  pun  bercerita  yang dia  adalah  orang  Malaysia  yang  tinggal di  Hongkong  selama lebih  20 tahun. Dia  adalah  seorang  doktor  pakar mata di  sana. Dia  balik  semula  ke Malaysia  untuk  membeli sebuah  rumah  dalam  masa  tidak  sampai  sebulan. Dia  juga  bercadang  untuk membuka  sebuah  hospital  pakar  mata  di  kawasan  johor  bahru. Siap  tunjuk  riflet  beberapa  buah  rumah  mewah  yang ingin  di  beli pulak tu.  Cadangnya  pagi  ini  dia  mahu  melihat  rumah  yang  berada  di  taman  pelangi  indah. Temujanji  telah  pun  di buat  tapi. Malang tak  berbau dompetnya  hilang. Dan  dia  cuma  sehelai  sepinggang. Jadi  dia  menalifon  agent  rumah  untuk  membatalkan temujanji.


Tahu  tak  itu  uncle  tak  berapa  pandai  cakap  melayu. Lebih kepada  bahasa  inggeris. Kalau  dia  cakap melayu  ada  terabor  sikitlah...eheheh ;)


Well lepas  tu  uncle  tu  berterus  terang. Dia  mahu  pinjam           dengan   aku  sedikit   wang  untuk  pulang  semula  ke  kuala  lumpur. Dia  cakap  nak  naik  keretapi. Aku  pun  tak tahu  berapa  harga  tambang  keretapi. Dan  lagi  satu  aku tanya  kenapa  dia  tak  mahu  naik  bas. Katanya  dia  tak  biasa  dan  bimbang  kerana  Bas  selalu  mengalami  kemalangan. Tak  lama  lepas  kami  berborak, dan  aku  pula  masih  terfikir-fikir  untuk  menolongnya. Managerku  iaitu  puan Nora  bertanya  apa  masalah. Jadi aku  menceritakan kisah  itu  dari A sampai Z. Aku  dan  managerku  yang  sememangnya  seorang  wanita  ni  tak sampai hati. Uncle  tu  cuma  meminta  RM 30  saja  dari  kami. Aku  dan  boss ni  dok kira. Kalau  dia  nak balik  naik  keretapi. Habis  duit  makan dia  macamana? Dia  orang  dah  berusiakan  tak  sampai hati bila  dia  tak  makan. Ye lah  dah  macam  bapa-bapa  kita  kan. Kami  berikan  dia wang  sebanyak RM 50 dan boss aku  pula beri  jumlah  yang  sama. Total RM 100.

Itu  uncle  kata  dia  tak  mahu  berhutang  dan tak  mahu  makan. Tapi  kami  kata tak mengapa  ambillah. So  ke sudahannya dia  bersetuju  dengan  syarat dia  hanya  meminjam, dan  akan  membayar  duit  kami  semula  sebaik  saja  dia  sampai  di  johor  pada  next week  iaitu  pada  pertama syawal.

Sebelum  itu  dia  ada  meninggalkan  nombor  telefon. Hotel  tempat  dia  tinggal beserta nama  penuhnya.
Sekarang  dah  setahun. Batang  hidungnya  pun  kami  tak  nampak.... HAI ADAKAH  KAMI  DI TIPU. ATAU???ADAKAH  KAMI  HARUS  MENGHUBUNGI  DOKTOR  ITU??
 


So  kesimpulannya?? Adakah  kita  harus  menolong  orang-orang yang  susah  atau abaikan  saja? huhuhu  keliru..KAlau  tolong takut  ditipu. KAlau  tak tolong..takut  dia  betul-betul  perlukan pertolongan.... Hanya  ALLAH  yang  tahu. Apapun pesanan  dari Lynn selalu  berhati-hati....take  noted  okey ;)

3 comments:

  1. x smpi aty dgr..
    tp ending dy??
    erkk..
    ader gakx org cem tue dtg kt jusco ea??

    ReplyDelete
  2. tahu tak apa heheh ;) tak ada rezeki kita org kot.

    ReplyDelete
  3. takpe kita dah dapat pahala menolongnya...mungkin benar dia dalam kesusahan..tetapi jika orang tua itu sendiri memang berniat untuk menipu,dia yang akan dapat balanya...sekadar menipu duit orang ni,jadi darah dagingnya,hatinya tetap tidak senang.hanya Allah yang layak membalas segala perbuatannya jika benar dia menipu.kita hanya menjalankan tugas sebagai manusia yang suka membantu.

    ReplyDelete

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...