Tuesday 28 June 2011

Monday 27 June 2011

On The Floor-J.Lopez

   Aku teramat suka dengan lagu nie mantap but still a little bit sexy...Muah... JL power walau makin berusia dia semakin cantik ..Lagu nie untuk semua rakan-rakan saya..enjoy byabeh..... ;p

Penat Teramat Sangat......

Aduh hari ini mood yang sangat baik,dan ceria,bangun pagi-pagi...siap2 pergi kerja dari rumah kepala otak ku sedang berfikir untuk siapkan manuskrip...heheheh banyak nak kena adjust..Tengahari mata sudah penat mengedit ...ngatuk mata naik juling kejap lama tenung pc.Pukul satu member dok ajak rehat makan kat Mc Donals order GCB regular set  .hehehehe tau tak u all,my friend yang dah dapat gaji dok belanja aiskrim sundae pulak sedap tapi pas makan perut rasa sangat full macam nak pecah.Tup-tup pas makan di orang dok ajak aku pi karoke box nyanyi lah kita orang melalak dalam tu tawe2 sampai semput huuhuhh...hari yang best..tapi kita orang dok rehat lebih dari satu jam hahahahha ngular time heheh tapi ini firts time hehehe... campur semua kita orang rehat 3 jam kot hahahha....seronok sebab boss yang kita tak suka tu tak ada.Ha kalau dok ada kita orang pening kepala stressss memanjang.heheheh ;p.Walau kita orang happy... badan aku tetap rasa penat coz tak cukup rehat...and malam nie dia orang dok ajak pi main badminton or karoke hahhaahah tak tahu lah nak pi ke tak.... hehehe ;p

Saturday 25 June 2011

Sejuta Luka Di Hati- Ep 5

“Mak,adik mana?”tanya sheda apabila selesai sarapan pagi.

“Adik kamu tu keluar pi jumpa kawan dia lah tu.Kenapa tanya pasal adik?”Puan Ross bertanya sebaik melihat Shedah termenung.

“Tak lah ingat nak suruh dia hantar along pi kerja malas pula nak naik bas hehehe.”Sheda berkata kemudian.

“Kamu balik pukul berapa hari ni?”puan Ross bertanya.

“Kenapa mak tanya?tapi memang along balik macam biase lah pukul 4 ptg.”Sheda berkata lancar sambil berdiri untuk mengambil tas tangan.

Dari dalam rumah Sheda mendengar suara orang memberi salam .

“Assalamualaikum….”

“Mak,siapa pula yang bagi salam kat luar tu.”Tanya Sheda kebingungan.

“Entah mana lah mak tahu,sekejap mak pi tengok jap.”kata puan Ross pula.Sheda melihat ibunya melangkah laju ke ruang tamu dan dia juga kebetulan ingin pergi ke tempat kerja turut membuntuti ibunya itu.

“Waalaikumsalam…”puan Ross menjawab sambil membuka pintu.Puan Ross terkejut kerana dia tidak mengenali pemuda itu ,diperhati sekali lagi baru dia dapat mengingatinya.Pemuda itu yang telah menghantar anaknya pulang malam semalam.

“Eh ini encik Lukman.Apa yang mamat nie buat kat depan umah aku nie,aduh..
mesti mak marah aku jap lagi.”getus hati sheda.

“Kacak..”Bisik hati puan Ross.

“umm maafkan saya makcik ,sebab mengganggu  tujuan saya datang nak jemput dan menghantar sheda ke tempat kerja.Sheda ada di rumah tak makcik?”Lukman berkata sopan.Dan  dia tersipu malu kerana berkata begitu.

“oh ada nie tengah cari kasut,kamu yang hantar Sheda balik semalam kan?apapun terima kasih sebab dah menghantar Sheda dengan selamat.”Puan Ross tersenyum

“Masuk lah Lukman”Pelawa Puan Ross.

“Eh..tak apalah biar saya tunggu disini saja, tapi dari mana makcik tahu nama saya?”Lukman bertanya hairan.


“Oh Sheda beritahu makcik semalam,dia kata kamu kawan doktor Nizam.”puan Ross memberitahu ramah.Diperhati anak muda dihadapannya memang kacak dan berbudi bahasa.Hati tuanya tertawan.

“Kalau di buat menantu memang bagus”puan Ross tersenyum sendiri.

“Along cepat lah Lukman dah datang tu nak pakai kasut pun terkial-kial”bebel ibunya.

Sheda hanya tersengih ,selesai memakai kasut sheda menyalami tangan ibunya dan berjalan perlahan keluar rumah.Dia betul-betul tidak menduga bahawa Lukman akan datang menjemputnya.

“Mimpi apa aku malam tadi”Sheda berkata sendiri.

“Makcik kami pergi dulu ya.”Lukman meminta izin.

“Ya lah,hati-hati kalau memandu,bila kamu senang datang lah kerumah ini boleh makcik kenal dengan kamu.”Puan Ross berkata lancar.

“Aduh mak aku nie,ada ke minta mamat nie datang lagi.Mati aku kalau adik-adik aku tahu jadi lah bahan gossip sedunia.”Sheda mengeluh dalam hati.Sheda sudah muncung.

“Sheda kenapa awak muncung saja.Awak marahkan saya ya?”Lukman bertanya lembut dia rasa bersalah.

“Tak lah saya tak marah pun cuma terkejut macam mana Fizzi boleh tahu saya kerja shif pagi hari ni itu saja”Sheda berkata lembut dan mendatar.

“Saya call Nizam pagi tadi,jadi dia bagitahu saya yang awak kerja morning shift .So saya ambil keputusan untuk jemput awak pagi ini adakah saya bersalah.”Lukman berkata lancar di renung anak gadis di sebelahnya.

“Fizzi kalau memandu tu ,silalah tengok kehadapan jangan tenung muka saya nie,saya tak mahu mati awal.”tegur Sheda yang sedari tadi rasa di perhatikan.
Lukman terpana dia malu dengan perlakuannya sebentar tadi.

“Lain kali kalau nak jemput beritahu saya dulu ya,jangan lah main serbu aja.”beritahu Sheda.

“ok ,sudahlah maafkan saya ya Sheda,senyum ok jangan marah-marah lagi”Lukman berkata memujuk,dia tidak mahu ada wajah kemuraman terpamer di raut wajah gadis di sebelahnya.


Lukman yang memandu hampir setengah jam sudah di hadapan klinik.Dari dalam kereta Sheda dapat melihat Liza sedang membuka Klinik dan disisi Liza berdiri majikannya,dia tahu Nizam melihat mereka di situ.

Ala,boleh nampak lak si Nizam nie jangan kantoi dengan Liza sudah”Sheda berkata perlahan.Walaupun kata-kata itu perlahan namun masih bisa di dengar Lukman.

“Kenapa kalau kawan saya tu nampak?biarlah kita bukan buat apa-apa pun?”Lukman berkata lancar dia sudah tersenyum nakal.

“memang lah tak buat apa-apa tapi kalau Liza tahu habis lah saya,dia bukan boleh pun nanti sibuk tanya macam-macam pening lah.”Sheda berkata lancar di renung wajah Lukman yang sedang tersengih .

“Tersengih pulak tak lucu lah.”marah Sheda.

“ewah garangnya minah nie.Nampak lembut tapi garang mintak ampun huuuhuhu” Lukman berkata sendiri.

“ok maaf ya Sheda.”Lukman meminta maaf.

“ Apa pun terima kasih ya Fizzi sebab hantar saya.”Sheda berkata lembut api kemarahannya sudah berlalu pergi  bersama kelembutan wajah Lukman.

“Sama-sama,”Lukman menjawab ringkas.Sheda pantas membuka pintu kereta dia mengambil fail di tempat duduk belakang.Sebelum Sheda menutup pintu Lukman sempat berkata.

“Sheda pukul 4 nanti saya datang jemput awak ya.”Lukman berkata dan beredar dari situ.

“Eh mamat nie belum sempat aku cakap tak payah dah blah pula”bentak Sheda.
Sheda berjalan masuk ke dalam Klinik .Terperanjat dia apabila melihat kedua manusia itu terjengul di situ.


“Doktor,Liza buat apa kat sini”Sheda bertanya bodoh walhal dia sudah menduga pasti mereka sedang memerhatikannya.

“Sheda,ewah ko nie kalau dah di hantar mamat handsome pun muka masih masam senyum sikit minah.”Tegur Liza yang  sedang bercekak pinggang.

“Sheda apa cite?kawan saya  tu ok tak?”tanya Nizam spontan.

Sheda terdiam seketika masih berfikir-fikir untuk menjawap pertanyaan yang di ajukan atau tidak.Nizan dan Liza berpandangan.

“Hello…Sheda awak ni dah sampai ke bulan ke?”tanya Nizam dia sudah melambai-lambaikan tangannya di hadapan Sheda.

“Ala doktor nie,saya tak pi bulan lah ada aja nie.”protes Shedah.

“Kalau awak ada kat sini kenapa tak jawab pertanyaan saya tu.”Nizam sudah menggelengkan kepala.

“ok saya jawab…ummm.. buat masa nie ok lah dia nampak baik,tapi tak tahu lah esok lusa huuhu.”Sheda berkata lantas berjalan ke kaunter pendaftaran.

“Sheda saya tanya betul-betul nie,main-main pula.”Nizam berkata sambil membuntuti pekerjanya itu.

“Doktor Nizam betul lah,dia baik tapi maklum lah saya belum begitu kenal dengan dia.Ala doktor fikir sendiri lah saya baru kenal dengan dia tiga hari takkan saya dah tahu semua pasal dia.Apalah doktor nie.”terang Sheda duduk perkara sebenar.Tergelak Nizam apabila mendengar bebelan Sheda,dia terlupa yang Lukman baru saja berkenalan tapi di sebabkan rasa ingin tahu yang kuat telah membuatkannya lupa akan perkara itu.

“Ok sorry Sheda jangan marah ,saya teruja aja heheh.Ok lah sekarang sambung tugas awak semula nanti kejap lagi pesakit datang Klinik nie masih tak sempat berkemas pula.”Nizam memberi arahan.

“Baik doktor yang lagi kacak dan bergaya.”jawab mereka serentak.Nizam yang mendengar hanya tersenyum,dan berjalan masuk keruangannya.


Pukul 9.00 pagi Klinik itu sudah di penuhi dengan para pesakit,ada  pesakit yang sanggup datang dari jauh hanya semata-semata ingin mendapatkan rawatan dari doktor mereka.

“Sheda nanti waktu rehat ko nak makan kat mana?”tanya Liza.

“Entah lah,aku ingat nak pi makan kat Red Café  lama tak makan chicken chop huuhu sedapnya..”Sheda berkata lancar sambil menujukkan gayanya yang terliur terhadap makanan tersebut.

“kalau ya pun jangan lah tunjuk gaya ko macam tu”ngomel Liza.

“Sheda datang sini sekejap ada call untuk awak nie.”arah Nizam majikannya.

“Ala siapa pula yang call aku nie,biase tak ada orang cari pun , aku ada handphone call aja guna nombor  handphone sudah lah.”gerutu Sheda.Sheda menyambut huluran gagang dari tangan Nizam.Sheda dapat melihat raut wajah yang jelas sekali terpamer di raut wajah majikannya,dia sedang  tersenyum sumbing.

“Hello assalamualaikum…”Sheda memberi salam.

“Waalaikum salam…Sheda saya nak ajak awak lunch tengahari ini,awak lunch pukul satu kan.?”tanya Lukman pantas .

“La Fizzi rupanya,apa-apa ajalah mamat nie.”gumam sheda dalam hati.

“Hello…Sheda”Lukman berkata lagi sebaik tidak menerima apa-apa respon dari Sheda.Sheda memandang tepat ke wajah tampan milik Nizam,Majikannya masih merenungnya matanya tidak berkelip senyuman itu juga masih menghiasi wajahnya.Sheda tidak selesa dengan keadaan itu.

“Jawab lah Sheda kasihan kawan saya tu dok sibuk nak lunch dengan awak.”Nizam berkata lembut dan bangun meninggalkan ruangan itu seketika.Dia tahu Sheda tidak selesa dan dia juga tidak mahu rakannya itu hampa.

“Fizzi tak mengapalah,saya akan keluar lunch dengan Liza,kami makan dekat sekitar sini aja.Kalau saya keluar dengan awak kasihan Liza tak ada kawan.”Sheda menolak ajakan Lukman lembut.

“Oh…tak apalah kita ajak dia sekali,please and jangan reject ajakan saya.”Lukman meminta dan ini membuatkan Sheda serba salah lama dia berfikir.

“Baiklah ..tapi kita makan dekat area sini saja ya.Fizzi datang di Red Café kami akan tunggu Fizzi di situ.”Sheda berkata lembut.

“Thank you..jumpa nanti..bye assalamualaikum”Lukman berkata sekaligus mematikan talian.Sheda berpeluk tubuh dan berpaling ke belakang dia terpana seketika rupanya majikan serta rakannya menguping perbualannya.Sheda berasa marah,dia malu bila di perhatikan begitu.

“Yes,akhirnya Sheda….,umm kena siap-siap nie nak jumpa awek jap lagi.”Lukman berkata girang dia bangkit dari sofa dan berlari anak menuju kamarnya di tingkat atas hatinya berbunga riang.Lukman memandang cermin di hadapan di usap lembut jambangnya yang berselirat ,dia tersenyum sendiri

“ummm cukur atau tidak ya”Lukman bermonolog sendiri dia kembali mengingati peristiwa semalam.

“dengan satu syarat cukur jambang Fizzi yang berselihat tu.”kata-kata itu membuatkan Fizzi tergelak  geli hatinya sebelum ini tidak ada gadis yang berani menegurnya secara terang tapi  dengan Sheda tidak begitu.
“Dia gadis istimewa..”gumamnya sendiri lalu mencapai shaver di dalam laci .Selang lapan minit semuanya selesai ,dan Lukman segera bersiap untuk keluar dari rumahnya.

Ala jangan marah lah Sheda.”Tegur Liza sambil berjalan merapati sahabatnya.

“Tak marah geram aja dengan you all nie.”Sheda berkata lembut dia memandang majikannya seketika.

“Doktor nak tanya nie,minggu depan saya nak ambil cuti boleh,?”tanya Sheda.

“Boleh…awak nak ambil berapa hari?”Nizam bertanya pula.

“Satu hari aja..”Sheda berkata ringkas.

“Satu hari saja,ambil lah lama sikit  Sheda lagipun cuti tahunan awak tahun lepas masih banyak lagi.”Nizam berkata lembut.

“Tak mahulah..”Sheda berkata malas suarannya mendatar.Nizam memandang kea rah Liza dan Liza hanya mengangkat bahu.

“Doktor tadi pagi ramai pesakit nie dari pukul 11.30 pagi sampai nak pukul 1.00 petang tak ada orang pun.”Liza berkata slumber.Nizam dan Sheda berpandangan.

“Liza biase lah macam lah awak tak tahu,ini kan hari biase bukan hari minggu nanti malam baru ramai orang kot...Jangan bila ramai pesakit kamu dok merungut penat pula.”Nizam berkata lancar  dan memulas tombol pintu untuk berjalan keluar.

“Doktor nak pergi mana tu ?” mereka bertanya serentak.

“Aduh awak berdua nie,saya nak balik rumah sekejap  sekarang ni dah pukul satu . So time kita berehat ok comel..macam biase sebelum keluar rehat jangan lupa kunci pintu.”Nizam mengingatkan .Mereka berdua tersenyum sendiri dan berjalan keluar untuk mengunci  pintu malah tanda close di hadapkan di muka pintu cermin.

“Jom kita lah yang kau tercegat,depan nie buat apa.”Liza berkata hairan.

“ok..jom”Sheda berkata

Wednesday 22 June 2011

NABILA SYAKIEB

Nabila Syakieb.jpg



Nabila Syakieb (born in Bogor, West Java, 18 November 1985, age 25 years) is an Indonesian

actress. Nabila is the older brother of the soap opera actress Ali Syakieb.Nabila began his career as a model with a chosen as cover girl finalist 1999. He plunged into the world of entertainment since the age of 16 years, while casting away the soap opera "Love School" as a Princess. Arab women are increasingly known bleeding while starring in "My kid is not my son" who starred with Roger Danuarta.

Another patron who had starred, among others, Choose Me, Love Supreme, with Indra Bruggman Taqwa and Darling. In Sinetron Darling, student University of Paramadina play with Baim Wong. Afterwards the Queen Nabila played with Christian Sugiono soap opera but the story is very short and most recently the soap opera Love with Christian Sugiono and other stars like Jehoshaphat Giovani Tobing, Alice Norin.

Currently (2009), Nabila was starred in the film, entitled Love and Grace. In the soap opera, Nabila named "Nabila" act as an adult character who protect her younger siblings.


Film:

 Sinetron

Monday 20 June 2011

Meet Me Half Way



Fergie nampak cantik jelita lawa tu...kalau lah aku cantik cam tu...awat saya tak ada kat sini.

Lagu lagu kegemaranku hehehhehe.......






suka lagu lagu ini nampak hapening hehehee,maklum saya minat lagu-lagu dia kalau dia menanri badan pun lembut aja ehheh

Anugerah Terindah EP 5



Dalam perjalanan fikar masih sempat menalipon nombor talian isterinya,dia ingin isterinya menunggunya di lobi.

“Abang,”sapa farhana sebaik saja melihat kelibat suaminya.

“Sayang… kenapa tak beritahu abang Ana nak buat check up kalau tidak pasti abang temankan,nasib baik mama beritahu tadi.”fikar berkata lembut.Farhana yang mendengar cuma diam,dia masih takut jika rahsianya akan terbongkar.Dia benar-benar belum bersedia.Fikar memandang wajah isterinya yang muram dan pucat.

“Sayang kenapa nie,muka sayang nampak pucat”tegur fikar tangannya menyentuh lembut wajah isterinya.Farhana tersenyum pahit .

“saya tak apa-apa dan sihat saja.”Farhana berkata lagi dan mereka berdua berjalan beriringan ke ruangan pemeriksaan kandungan.

“Kemboja ini adalah angka giliran kamu,dan sila kamu tunggu di sana untuk pemeriksaan kandungan,setelah selesai serahkan laporan kandungan beserta gambarnya kepada saya ok.”Kartika berkata lembut sambil menunjukan tempat pemeriksaan kepada gadis dihadapannya.Kemboja yang menerima arahan  cuma tersenyum kecil.

“Abang,Ana nak pergi tandas sekejap jadi abang tunggu Ana dekat sana ya.”pinta farhana.

“Abang temankan ya,abang tak mahu kalau ada apa-apa terjadi nanti.”fikar meminta pula.

“tak perlulah ana boleh pergi sendiri,tandas ada kat hujung sana aja,abang jangan risau ya.”farhana cuba menolak permintaan suaminya.

“erm..baiklah kalau macam tu abang akan pergi mendaftarkan nama ana ya.Jangan lama sangat ya takut angka giliran terlepas pula.”kata fikar lagi.Farhana yang mendengar hanya mengangukan kepala sambil terus menghayunkan langkahnya.

“Untung hari ini tidak ada ramai orang mungkin giliran aku akan tiba kurang  dari 45 minit.”kata fikar di dalam hati.Setelah mengambil nombor giliran fikar berjalan menuju bangku kosong yang ada di sebelah wanita muda yang tampak anggun.Kemboja memandang bangku di sebelahnya.

“Tampannya..”gumam kemboja sendiri.Tanpa dia ketahui lelaki di sebelahnya adalah menantu kepada Puan Kartika.Zulfikar yang terasa ada orang memandangnya menoleh,dia membalas pandangan sejurus itu kemboja tersadar dan dia tersenyum malu.

“Aku tak boleh tinggal di sini lama-lama,aku harus cari jalan untuk dapatkan gambar janin yang di inginkan.”rungut Kemboja dan dia pantas bangun dari duduknya untuk meninjau kalau-kalau ada orang yang ingin membantunya.

“Aneh..”kata fikar di dalam hati apabila melihat perlakuan spontan gadis di sebelahnya.

“mama macam mana nie,sekejap lagi nombor giliran ana akan sampai kalau fikar tahu ana tidak hamil macam mana ma?”Ana bertanya gugup.

 “sebentar kasi mama fikir dulu..”kartika berkata lembut riak wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu .

“mana saja kamu ini Ana,nombor giliran sudah tiba tapi  kamu masih tidak ada di sini.”rungur fikar sendiri lalu mengambil keputusan untuk menyusur isterinya.


“ha kamu buat macam ini..”Kartika berbisik ke cuping telinga anaknya.Selesai acara berbisik Kartika dan Farhana tersentak kerana Fikar sudah ada di depan mereka.

“Mama pun ada di sini?”Fikar bertanya .

“Ya mama baru saja sampai,maklum isteri kamu inikan manja dia talipon mama minta mama temankan.Mama kamu tidak beritahu  kamu ke Fikar.”kata kartika sambil tersenyum.Fikar mengaru kepala yang tidak gatal.

“Ya ada tadi tapi saya terlupa,”fikar berkata sambil tertawa kecil.

“Sayang,mari kita pergi nombor giliran kita sudah sampai.”Fikar berkata sambil tangannya memegang bahu isterinya.Farhana dan Kartika  terkaku seketika dan tiba-tiba Farhana rasa mual.

“Sayang …kamu sakit ya.Kalau macam tu cepat kita jumpa doktor”Fikar berkata lembut dia  panik.

“Biasalah Fikar wanita hamil memang selalu macam ini.”terang kartika.

“Oh macam tu ya mama”Fikar berkata senang hati.

“Sudahlah  kamu pergi belikan minuman dulu biar mama yang bawa Ana ke dalam ya.”pujuk kartika lembut.

“tak susahkan mama ke?”Fikar bertanya ragu.

“Kamu tidak susahkan mama pun,mama suka kalau dapat temankan isteri kamu nie.”Kartika berkata lagi.

“Ana kita harus cari Kemboja ,pasti dia sudah selesai  chek up.”kata Kartika.

“Ya mama ,sebelum fikar datang semula.”balas Farhana.

“Aduh..gila aku macam ini macam mana nak dapat gambar bayi kalau aku tidak hamil?Ah…. sial betul”marah Kemboja dia buntu.

“Puan Miranda.”panggil jururawat dibahagian dispensary .

“Ya,saya..”jawab Miranda..

“Ini vitamin,puan makan satu biji sekali selepas makan dan ubat pening makan satu biji jika perlu.”terang jururawat di situ.


“Baik lah terima kasih ya.”Selepas mengambil ubat  Miranda berjalan lesu sedang dia berjalan dia terpandang tong sampah di depan kemudian memandang sampul coklat di tangan.

“maafkan mama sayang,bukan niat mama untuk membuang gambar kamu.Mama ingin sekali menyimpan gambar pertama kamu nak ,tapi mama tidak bisa lakukan itu.”Miranda merintih di dalam hati.Sampul coklat itu di masukkan ke dalam tong tapi sewaktu ingin melepaskan pegangan sampul hatinya luluh dia tidak sampai hati lalu membatalkan niatnya.Sampul coklat itu di genggam kembali dan Miranda berjalan menuju kaunter tadi.Dia ingin meminta pertolongan.

“Cik boleh tolong simpankan hasil ujian ultrasound berserta laporannya,saya akan  datang semula untuk mengambilnya.”pinta Miranda.

“baiklah saya akan tolong simpankan dan puan boleh datang bila-bila masa.”kata jururawat itu dengan ramah.

Kemboja yang ada di situ mendengar perbualan Miranda.Dia tersenyum girang.

“hahhaah… pucuk dicita ulam mendatang aku tak perlu susah- susah hasil sudah ada di depan mata.Sekarang aku perlu tunggu dan berfikir cara untuk dapatkan hasil ujian wanita itu.”kemboja berkata lancar bibirnya mengukir senyuman lebar.


“mana ajalah perempuan nie,mama sudah cakap tunggu di sini tapi dia menghilangkan diri pula.”marah kartika sebaik sampai di ruang pemeriksaan kandungan.

“macam mana nie ma..Ana takut kalau Kemboja menipu kita ma.”Farhana berkata gugup dia sudah menggoncang tubuh ibunya.Dia panik.

“Kamu ini jangan fikir bukan-bukan ok,cuba diam sekejap ini asyik bising saja mahu mama plaster mulut munggil kamu tu.”marah kartika semula.Farhana diam dia sudah mahu menangis.Farhana mengikuti langkah mamanya yang berjalan laju dihadapan.

Kemboja menunggu sebentar hingga kelibat wanita itu jauh dari pandangan.Dia kemudian berjalan perlahan ke kaunter.

“Nurse boleh awak tolong saya,dompet saya tercicir di dalam boleh tolong ambilkan saya tak boleh masuk maklum tentu ada pesakit lain didalam.”pinta Kemboja lembut.

“Oh boleh saya akan ambilkan ,tunggu sebenta ya.”arah jururawat tersebut.Setelah jururawat itu berlalu Kemboja menoleh kekiri dan kekanan memerhati keadaan sekeliling untuk memastikan bahawa tiada orang yang melihat.Setelah pasti dia mencapai sampul coklat yang ada di dalam tray di sudut tepi meja.Tercapai niatnya dia terus berlalu dari situ Sampai di tepi pintu lift sampul coklat dibuka.

“Yes…,akhirnya ini memang ajaib gambar ini sepadan dengan apa yang aku inginkan.”Kemboja tertawa senang dalam otaknya  sudah ada berbagai rancangan jahat .

Farhana dan kartika masih mencari kelibat Kemboja tapi masih tidak berjumpa,sewaktu sedang mencari Farhana  terserempak dengan Miranda dan mereka saling berpandangan di dalam hati masing-masing berdetik perasaan aneh diantara mereka.Farhana terhenti dan melihat Miranda yang semakin jauh dihadapan dan tatapannya terhenti sebaik saja tangannya ditarik oleh ibunya.

“Kemboja…”tengking Kartika.Kemboja yang sedang tertawa terdiam seketika.

“Kamu mahu lari ya?mana hasil ujiannya.”marah Kartika dia sudah menghulurkan tangannya.Kemboja memandang sampul coklat di tangannya di ajukan kepada Kartika ,sebaik saja  mencapainya  Kemboja menarik kembali tangannya.Sengaja ingin bermain dengan mereka.

“Kamu jangan bermain tarik tali dengan saya ,cepat serahkan hasil ujian itu.”Kartika sudah membuntangkan matanya rasa ingin ditampar wajah mulus dihadapannya.


“Opppss ,santai dan tenang jangan marah-marah aunty kusayang nanti kamu mati sakit jantung tau..”Kartika tertawa lagi.

“kurang ajar..”Kartika mencebik.

“Kemboja berikan hasil ujian itu kepada saya.”pinta farhana selepas lama mendiamkan diri.Kemboja memandang Farhana dari atas hingga ke bawah dia dia tersenyum sinis.

“Awak cantik tapi sayang  sekali mandul rupanya.”gelak Kemboja.

“Itu urusan saya,mama saya sudah membayar awak untuk hamil dan jangan pernah awak berani menghina saya.”bidas Farhana matanya sudah mencerlung tajam.

“relex,ok jangan marah-marah,ini hasil ujiannya.”Kemboja berkata sinis dan memberikan sampul ditangan kepada Farhana.Farhana membuka sampul di tangannya dia dan Kartika tersenyum puas.

“Dasar orang bodoh..”gumam kemboja sendiri.

“Baiklah sekarang kamu tunngu saya di tempat kereta saya akan hantar kamu pulang.”Arah Kartika.

“Tak usahlah aunty saya ada urusan penting saya akan balik sendiri saja”
Tolak kemboja lembut .

“Baiklah,hati-hati dan jaga kandungan kamu saya akan jumpa kamu kemudian ok.”Kartika berpesan sebelum Kemboja berjalan meninggalkan mereka.

“Ana,mama  ada disini ?puas Fikar cari.”Tanya fikar sebaik melihat kelibat isterinya.Kartika  tersenyum dan menunjukkan hasil ujian kepada menantunya.Fikar tersenyum girang.

“Kita balik sekarang,tak sabar abang nak tunjuk pada mama dan papa.”Fikar memimpin isterinya menuju ke tempat pakir kenderaan.

“mama susur kamu kemudian ya,kereta mama ada di sana.”terang Kartika.

“Baiklah mama .”jawab Fikar.

Rumah agam Qasirah sudah lama menanti kepulangan Farhana juga Zulfikar,deruman enjin kereta yang kedengaran dari luar telah membuatkan semua ahli keluarga tidak sabar untuk mengetahui berita gembira yang amat di nantikan.

“Lina tolong buka kan pintu,anak saya sudah pulang .Selepas itu tolong bawakan sekali minum petang ke sini ya.”arah puan Melissa.Pembantu rumah yang berusia awal 30an itu cuma menganguk sebagai tanda faham dengan arahan yang di berikan.

“Fikar mana hasilnya mama dah tak sabar nie,?”kata puan Melissa ke girangan.

“Sabarlah mama biar mereka duduk dulu hilangkan penat,tak lari kemana pun.”ucap encik Ibrahim.Puan Melissa cuma akur dia mengarahkan agar mereka duduk sebentar.

“Mama ini hasil ujiannya,”fikar berkata sambil menghulurkan sampul coklat kepada mamanya.Sampul sudah bertukar tangan dan puan Melissa membukanya pantas .

“Wah …papa ini gambar janin yang ada di rahim Ana ,calon cucu kita..”kata puan Melissa dengan gembira dia kemudian menunjukan gambar tersebut kepada suaminya pula.

“Ya papa nampak tapi ini masih terlalu awal untuk dilihat,apa yang penting Ana harus menjaga kesihatannya.”beritahu encik Ibrahim pula.Dia sangat senang hati tetapi dia juga tidak mahu terlalu banyak mengharap bimbang jika kegembiraanya cuma seketika, maklum dalam usia kandungan yang masih  muda pasti macam-macam boleh terjadi.

“betul tu sayang ,sayang kena minum susu,makan makanan seimbang dan banyakkan berehat ya.”Fikar berkata lembut.Farhana hanya tersenyum kecil.

“Puan, minum petang sudah saya sediakan di atas meja.”beritahu Lina.

“Oh iya,mana mertua kamu fikar?tadikan ..”kata-kata puan Melissa terhenti ketika ternampak kelibat Kartika diluar rumah.

“Kartika?”Melissa tersenyum kemudian.

“Maaf …Melissa saya yang minta fikar bawa anak kamu pulang dulu maklum saya singgah jumpa kawan tadi.Lagipun kami datang pun berasingan.”Kartika berkata kemudian.

“Sudahlah tu mama,jangan biarkan tetamu kita berdiri lama,Kartika kebetulan kami mahu minum petang silakan ,kita minum sekali.”kata encik Ibrahim .Sewaktu  menikmati minum petang Kartika banyak mendiamkan diri dia menguping setiap pembicaraan .Di dalam hati dia tertawa senang kerana rancangan pertamanya berhasil.

“Harta keluarga terhormat ini akan jatuh ketanganku,”gumam Kartika di dalam hati.

Jam sudah menunjukkan 9.00 malam,encik Borhan masih setia menunggu  kepulangan Miranda.

“Ayah …kak Miranda mana ,dah malam macam nie pun tak tahu balik lagi ke?”tanya Dania dengan marah.

“Assalamualaikum..”Miranda memberi salam.Salam itu kemudian dijawab oleh encik Borhan.

“Hai kak baru nak balik ke?ingat dah tak tahu jalan balik rumah.”sindir Dania.

“Miranda kamu ini kemana,baju kamu nampak kotor.”tanya encik borhan.

“Miranda,tadi pingsan di jalan..dan..”kata-kata Miranda terhenti.

“pingsan ?”tanya encik Borhan dengan cemas.

“Ya,tapi sekarang Miranda dah ok,tadi ada orang yang menolong ,ayah tak perlu risau ya.”Miranda berkata lembut.

Ala alasan ajakan,entah-entah pergi cari jantan.”Dania berkata lancang.Halisa yang berada di situ terkejut dengan kata spontan yang diutarakan oleh anak gadisnya.

“Dania,jangan pernah kamu menuduh kakak kamu macam tu.Mama tak pernah ajar kamu kurang ajar.”marah Lisa kepada Dania.

“Mama biar aja lah mulut Dania,Dania punya sukalah....biarlah .. ayah tahu ingat kakak bagus sangat ke?,apa yang Dania buat ayah tak pernah nampak pun,dia tak pernah ambil berat hal Dania.Dania juga sayang dan pernah berbakti padanya tapi apa yang ada cuma nama Miranda.Dania ni macam sampah tau.”bentak Dania tidak puas hati dia cukup pantang kalau ada orang yang membela kakaknya

“Sudah..sudah maafkan ayah,mulai esok ayah tak mahu susahkan kamu berdua,ayah mahu cari kerja.”kata encik Borhan dengan sedih.

“Ayah…,tolong Miranda merayu ayah jangan kerja lagi,duduk kat rumah dan rehat ,Miranda tak mahu kalau berlaku sesuatu kat luar sana.”pinta Miranda.

“Cukup..jangan kamu cakap apa-apa keputusan ayah muktamat.”tegas encik Borhan.Dania ingin berkata tapi pantas Lisa menghalang

“Daniaa..”Halisa sudah memberi isyarat mata,dan isyarat itu sudah membuatkan Dania faham mamanya ingin dia tutup mulut .

“Sudahlah Miranda kamu jangan ambil hati dengan cakap Dania tu,kamukan tahu dia itu anak manja.”pujuk Lisa lembut.Dania yang mendengar hanya mencebik,meluat dengan kata-kata munafik mamanya.Tiba-tiba Miranda rasa mual perlakuan Miranda secara spontan itu membuatkan mereka terkejut.

“Kamu tak ada apa-apa nak?”tegur encik Borhan.

“Hairan ya dari cara kakak tadi … dah macam orang tengah mengandung aja.”sindir Dania.Miranda terkejut bimbang kalau ayahnya mempercayai kata adiknya,Encik Borhan dan Halisa pula berpandangan sesama sendiri.

“Dania..apa maksud kamu cakap begitu.?”tanya Lisa mulai ragu.

“Sudah ,kamu lebih baik diam…pasti perut kakak kamu masuk angin,jangan pula kamu fikir bukan-bukan.”beritahu encik Borhan.

“Miranda kamu pasti belum makan lagi kan?”tanya Lisa ramah.

“Belum ma.”Miranda menjawab ringkas.

“kalau macam tu,sekarang kamu pergi masuk mandi,makan kemudian tidur ya.”arah Lisa dengan lembut.Miranda tersenyum pahit dan dia cuma angguk kepala.Walhal dia memang tiada nafsu untuk makan..dia gelisah jiwanya tidak tenang bimbang dengan apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Jendela kamar di buka membiarkan angin malam masuk di ruang yang sederhana itu.Miranda yang sudah selesai mandi dan siap berpakaian tidur  menghenyakkan tubuh di birai katil.Fikirannya masih menerawang jauh berapa lamakah  rahsia besar tentang kehamilannya itu akan bertahan,dia buntu ..tidak semena-mena tekaknya berasa loya Miranda berlari pantas ke sinki dapur memuntahkan segala cecair.Perlakuan itu di sedari ibu tirinya.Lisa berjalan perlahan memerhati tingkah laku anak tirinya wajahnya kehairanan matanya tidak berkelip.Dia teringat kata-kata anaknya Dania.Dalam hati dia sudah dapat mengagak sesuatu.

“Pasti Miranda hamil,tapi anak siapa?aku harus cari tahu.”getus hati Lisa.

“Miranda..”tegur Lisa.Miranda yang baru selesai terpana ,kaku seketika.

“Eh mama tak tidur lagi?”tanya Miranda pantas dan dia tidak berani  memandang wajah ibunya yang sedang asyik perhatikannya.

“Belum lagi,mama nak ambil air putih tekak haus pula tapi tak sangka kamu ada di dapur juga.”jawab Lisa perlahan.

“Tapi kamu tidak sakit kan?”tanya Lisa pantas dia masih ragu.

“Miranda tak sakit mama,petang tadi Miranda lupa makan tengahari mungkin perut dah masuk angin”Miranda memberi alasan.

“Mama Miranda masuk tidur dulu .”Miranda meminta izin.Lisa tersenyum.

Zafran masih asyik melukis..potret seorang wanita yang amat di rindui dan lukisan wajah itu persis sekali.Selesai lakaran wajah di buat dia tersenyum sendiri.

“Miranda…aku berharap kau akan menjadi milikku seutuhnya.”zafran berkata sendiri.

Zulfikar masuk kedalam kamar tapi kelibat isterinya itu tidak kelihatan.Dia kemudian menuju ke kamar mandi pintu ingin di buka malang ia berkunci dari dalam.Zulfikar tahu pasti isterinya di dalam.

“Sayang..ada di dalam ya?”tanya zulfikar.Farhana cuma menjawap iya,dia masih berkira-kira mahu keluar atau tidak.Farhana cuma memandang tuala wanita ditangannya,bimbang hatinya hanya tuhan yang tahu.

“macam mana kalau suami aku tahu aku datang haid?”Ya Allah apa yang harus aku lakukan.”gumam Farhana sendirian.Ketutan pintu sekali lagi membuatkan Farhana tersedar .

“Sekejap bagi masa lima minit,kejap lagi Ana keluar.”jawap Farhana pantas.
Pintu dibuka farhana dapati suaminya masih lagi berdiri di depan pintu.

“La abang masih disini kenapa tak tidur lagi?”tanya farhana lembut.

“abang tunggu Ana,risau kalau terjadi apa-apa,kenapa lama sangat ?”tanya fikar lagi.

“ermm …Ana sakit perut,mungkin salah makan tadi.”Farhana berbohong.

“Jom…”fikar menarik tangan isterinya menuju kebirai katil.Jiwa Farhana bergelodak resah dan bimbang mula bertandang.Dia tahu akan maksud ajakan suaminya itu.Sampai di peraduan ..

“Abang lain kali ya,Ana tak sedap badan lah,maaf tak dapat layan malam ini.”beritahu farhana lembut.Zulfikar tidak dapat melepaskan hajatnya malam itu,tapi demi isteri tersayang di sabarkan hatinya dia tahu isterinya itu tidak akan lari kemana.

“Baiklah sekarang kita tidur ya.”fikar berkata lembut sambil mengucup dahi isterinya.Farhana tersenyum pahit.

Farhana terbangun dari tidur,dia terjaga apabila dahinya dikucup lembut oleh suaminya.Dia tahu suaminya akan berangkat ke tempat kerja.Di buka matanya perlahan dia tersenyum.

“Maafkan ana abang,sebab bangun lambat hari ini,abang dah nak kepejabat ya?”kata farhana lembut.

“Tak apalah baru hari ini Ana terlambat bangun,biasakan Ana dah siapkan semua.Abang pun boleh buat sendiri sayang.”kata Zulfikar pula.

“Ana sayang abang,”kata farhana lagi.Dia terus bangun dan turun dari katil kemudian masuk kekamar mandi untuk mencuci muka dan menggosok gigi,selesai semua dia turun bersama suaminya untuk sarapan pagi.

“Mama Miranda keluar dulu ya.”Miranda meminta diri.

“Miranda kamu tak mahu makan dulu?”Lisa bertanya ringkas.Miranda Cuma menggeleng dan terus keluar dari rumah.Dania Cuma memerhati dari ruang tamu.

“Mama hairan ,dari gayanya semalam mama rasa apa yang kamu cakap tu tentu betul .Tentu dia mengandung..tapi anak dari siapa?”Lisa seperti memikir sesuatu tapi dia sendiri tidak tahu.

“Miranda bukan wanita yang sosial …tapi anak siapa… aduh pening nie.”Lisa berputus asa.

“Mama tak payah fikir banyak lah..itu yang kita kena cari tahu.Kalau kita tahu baru boleh beri tahu ayah.Biar ayah halau dia ..”Dania berkata pula dia sudah tersengih .

“bukan setakat halau saja Dania,takut ayah kamu itu mati berdiri tau.”Lisa menjeling anaknya.

“Dania kebetulan ayah kamu sudah keluar kita masuk dalam bilik Miranda  cari bukti tentang kehamilannya.”Lisa berkata pantas.

Surat?”Dania tercengang tidak mengerti.

“Sudah jangan banyak cakap kita cari dulu ok,beberapa hari lepas mama nampak surat ditangan  Miranda mama ambil dan ingin baca tapi Miranda pantas merampas kembali surat itu.Mama yakin kalau Miranda merahsiakan sesuatu dari kita semua.”ujar Lisa sambil berlari anak menuju bilik tidur Miranda..

Setiap ruang,penjuru,laci-laci bawah pakaian semua habis di selongkar mereka berdua bermati-matian mencari bukti tentang kehamilan Miranda.Mereka marah kemudiannya bukti yang mereka inginkan tiada di situ.

“Mama,tak ada pun semua tempat kita dah cari…”Dania sudah menghempaskan tubuhnya di katil.Halisa yang kepenatan turut duduk berehat sebentar di sisi anaknya.

“Mama,orang bercakap dia diam pula.”Dania merengek.

“Ya ampun…kamu ini sabarlah mama tengah fikir ni.”Lisa sudah meninggikan suara.
Dania bangun dari duduk di tenung wajah ibunya dia benci di bentak begitu.

“Mama …nak fikir apa lagi..sudahlah malas Dania nak layan mama nie,buat sakit jiwa aja.”Dania memekik.Pekikan itu membuatkan Halisa marah.

“Kamu ini kurang ajar betul,aku ini mama kamu tau..”pekik Lisa dengan lantang.

Kemboja sangat marah dia sudah melakukan ujian kehamilan di pad ujian kehamilan,dan hasil itu masih negatif. Di baling pasu bunga kedinding bilik .Pasu yang terlihat mahal itu pecah berkecai.

“Sial…..kenapa aku masih tidak hamil.Ahh… tidak ,walau bagaimana aku harus dapatkan duit itu…”jerit kemboja sambil menggenggam kedua tangannya.

“Aku harus ke hospital segera ,hanya di situ aku akan mendapatkan jawapannya.”Kemboja berkata sendiri dan tanpa lengah dia mencapai tas tangan dan keluar dari rumah.

Suasana di hospital itu terlihat sepi,dari ruang lobi yang lengang cukup membuatkan kemboja berasa selesa,Dia juga memang tidak suka berurusan dengan tempat yang sesak. Kemboja datang untuk bertemu dengan doktor yang pernah merawatnya.Kemboja baru berkira kira untuk ke kauter pertanyaan tapi langkahnya terhenti ,dia mengenali pemuda dihadapannya.

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...