Clixadx

Saturday, 15 October 2011

Gurindam Jiwa

Ha... ada  sebuah  lagu  lama  yang sangat  menusuk  jiwa. Lynn suka  lagu  ni sebab  ada  banyak maksud  tersirat.. Kalau  u all tahu..pasti  u all faham apa  makna tersirat  di  sebalik lagu  ni kan. ;)
 
GURINDAM JIWA

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

2 comments:

  1. lirik lagu ni memang indah :) cantik je letak bahasa & kiasnya

    ReplyDelete

Search This Blog