Hai semua...apa khabar?Hope u all semua sihat2 selalu. Okey kali ni Lynn saja nak share barangan yang Lynn akan cari waktu shopping juga Brand yang Lynn akan cari...heeheh..ni nak share bukan nak menunjuk tau...TAPI nak kongsi dengan u all semua apa yang Lynn biasa cari.. Not more okey!! eheh ;)
Biasa kalau Lynn keluar shopping.(Kalau ada rezeki terlebih2lah hehe)bukan time duit cukup2 pakai tau. Lynn akan cari barang2 ni :
Kasut
(Biasa Lynn akan cari kasut jenama Summit buatan malaysia aje..heehe. Vincci kalau kat Summit tak jumpa kasut yang berkenan dihati)
Beg tangan
(Lynn ada byk jenama yang Lynn suka iaitu Guy larock, Bonia untuk design org muda lah bukan design orang tua ya ;),Alain delon. Brand lain beli juga tapi tak berapa nak suka sangatlah.Lynn suka beli tas tangan kulit. Lynn juga gemar beli barang yang mahal tetapi mestilah berbaloi..contoh kena tahan lama dan tahan lasak. MAKLUM Lynn ni lasak sikit. Dalam beg Lynn letak macam-macam. Kalau yang tiada brand Lynn beli juga kalau Lynn berkenan. Cuma koleksi tak byk..sebab tak tahan lama. Kadang rasa rugi juga sebab walau harga baru berpuluh duit juga kan. Nak cari duit susah tu. Kerja kena maki hamun baru dapat gaji heheh. Jadi kalau murah pun tak kisah asal tahan lama, tapi kalau mahal lagilah kena berbaloi sebab dah melabur banyak duit heheheh...
Jam tangan.
(Jam tangan Lynn suka beli jenama Solvil /Titus, Bonia,Seiko,Chorpard) tapi koleksi jam byk dari jenama Solvil Titus. Sebenarnya Lynn suka brand biasa/ jam tangan murah koz lebih cantik selain dari murah boleh ganti jam setiap hari. Malangnya Lynn ni alergi tak boleh pakai barang murah..nanti gatal2. So mampu cemburu bila tengok adik pakai jam tukar2. Ly cuma boleh pakai jam yang di perbuat dari s/steel or kulit lain2 tidak boleh. So my abang pun cakap juga kulit Lynn ni kulit orang kaya tak boleh pakai barang ciplak.Sedih o...bukan niat macam tu tapi dah terlahir kulit sensitif...Lynn tak bersalah heheh ;)
Kosmetik
(Lipstik/alas bedak/eye shadow/blusher/foundation dan yang tergolong dari kosmetik lah ya)
Lynn cuma guna jenama Estee Lauder, Revlon, Sheishedo, C/Dior,Lancome,M.A.C, penjagaan badan kadang guna Body Shop. Biasanya Lynn beli Estee. Yang lain tu kadang2 aja. Sama tak boleh pakai sebarang nanti kulit muka Lynn berjerawat.Coz pernah cuba yang lain2 sebelum ni.So sekarang brand2 yang lynn sebutkan aja berani pakai.
Penjagaan kulit Muka ada 2 kategori.
Sederhana mahal:
Lynn guna OLAY,ST IVES, Bio Essence(gold), Clinique.
Murah:
Nivea tapi yang berasaskan mineral salt or oxigen yang lain tak boleh.
Safi yang warna hijau(LIDAH BUAYA) saja lain tak boleh
Eversoft(Avocado) saja lain tak boleh.
Nama yang tak di senut tak boleh guna alahan muka jadi merah dan gatal2.
Minyak wangi.
cuma guna brand ini. Estee Lauder(semua jenis kecuali bau yang sangat manis dan sangat strong),G/Armani,Gucci, Noa, Lacoste, Davidoff (cool water) jenama Avon Lynn suka (Women off Earth) DKNY(Hijau) yang lagi satu Enchanter.
Rambut
Ni susah sikit Lynn tak boleh salah guna masih tak jumpa syampoo yang sesuai untuk rambut...hai leceh pula...mak Lynn suruh guna semula jonson baby aja koz dari kecil sampai habis belajar pakai syampoo tu. Tapi yelah dah besar takan nak pakai lagi.So tukar lah..Lynn rasa nak kena pakai balik kot baru okey heheh..
Sabun pula..
Kena pakai yang ada antiseptik macam Dettol. Sabun wangi boleh aja kalau nak pakai tapi bila kulit kering. Kulit jadi merah dan alah..so biasa Lynn elakan dari guna sabun wangi.
Lotion badan..
Guna Nivea lotion 24 hrs milk atau Body Shop yang berasaskan buah-buahan juga Johson Baby lotion yang warna pink atau hijau.
Note: Lynn ni orang yang mempunyai banyak alahan. Tak boleh guna sebarangan tapi tidak terniat untuk meminggirkan barangan yang tidak...sendiri fahamlah ya. Saya tak mahu ambil risiko. Kalaupun Lynn beli barang yang mahal dan berjenama..Lynn beli bila dah ada bejet untuk barangan tu. Contohnya macam baju, jam tangan, beg dan kasut. Dan petuanya...Lynn selalu beli bila time sales besar2an so tak ada lah mahal sangat kan. Sebagai contoh kalau normal price dia RM 560.00 untuk beg tangan pada harga biasa so bila time sales kan ada diskaun jadi leh lah beli. Lynn tidak akan beli barang berjenama terkenal bila tiada sales. Rugi tue... Kecuali barang kosmetik susah nak ada sales so bila barang habis terus beli.
Kalau Lynn tak ada bajet so Lynn tunggu sampai boleh beli..maklum i bukan anak Dato' nampak terus beli. Kena simpan duit atau ada rezeki terlebih baru leh dapat.
Apapun berbanggalah dengan barangan buatan malaysia. Lynn suka pada Brand Summit juga Vincci buatan malaysia tu..kualiti dan design dia cantik heheh...tak rugi kalau beli.
Tapi tak adalah bila sopping Lynn beli semua yang tersenarai tu..Cuma salah satu atau dua daripadanya aja..hehehe ;)
Tq,
kerana sudi baca..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”
Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...
-
Ha... ada sebuah lagu lama yang sangat menusuk jiwa. Lynn suka lagu ni sebab ada banyak maksud tersirat.. Kalau u all tahu..past...
-
Hi selamat petang semua ada diantara you all yang gemar menonton Telenovela dari Venuzuela or mexico atau lebih dikenali ...
-
Hi..semua selamat pagi...hehe..Lynn nak share telenovela Pasion Morena ni,untuk u all semua yang gemar menonton telenovela dari Amerika La...
banyaknya senarai nak shoping
ReplyDelete