Wednesday 5 October 2011

Percutian Melbourne Australia

Dapati segala yang anda ingin tahu mengenai Melbourne di Australia, ibu negeri Victoria dan hab penuh bersemangat bagi gaya, sukan, budaya dan makanan. 

Rancang percutian Melbourne anda menggunakan jadual perjalanan tiga hari, termasuk tarikan budaya Melbourne, Yarra River dan St Kilda Beach.  Ketahui lebih lanjut mengenai tarikan Victoria yang anda boleh kunjungi dari Melbourne, dan perjalanan hebat yang anda boleh lakukan.  Pandu di Great Ocean Road ke Twelve Apostles dan pantai luncur Victoria bertaraf dunia.  Cabar diri anda di atas Great Alpine Walk atau pandu di atas Great Alpine Road melalui Banjaran Alp Australia dan Gippsland. 

Ketahui mengenai bandar raya Australia yang lain dan dapatkan idea mengenai percutian Australia anda yang selebihnya.  Dari Melbourne, anda boleh terbang atau menaiki feri ke Tasmania, pandu di atas laluan Pacific Coastal ke Sydney atau sepanjang Great Ocean Road ke Adelaide.

Akhirnya, padankan rancangan perjalanan Melbourne anda dengan acara terkemuka di seluruh dunia, seperti Australian Grand Prix, Australian Open Tennis atau Melbourne Cup. 



Melbourne, VIC
Melbourne, VIC

Melbourne

Melbourne terdiri daripada laluan lorong sesat yang tersembunyi, bar mewah, restoran eksklusif dan butik di luar jalan biasa. Di sini anda boleh menyelami budaya, menyertai pelbagai aktiviti sukan, merasa pelbagai makanan yang lazat serta mencuba wain, menari hingga fajar menyingsing atau bersiar-siar di taman dan jalan-jalannya yang berhias dengan tanaman rimbun. Lawat Federation Square, ruang budaya mercu tanda bandaraya ini dan nikmati bir sambil menyaksikan matahari terbenam di persiaran St Kilda. Membeli-belah sakan di Brunswick Street yang funki atau Chapel Street dengan kedai-kedai berkelas tinggi. Berjalan-jalan ke kafe, bistro dan bar di Southbank dan lihatlah pelbagai juadah dari seluruh dunia di Carlton, Richmond dan Fitzroy. Sertai Aboriginal Heritage Walk melalui Royal Botanic Garden dan bersorak beramai-ramai di Melbourne Cricket Ground.
Tiga hari hebat di Melbourne
Tiga hari hebat di Melbourne
Tidak sempat tidur di Melbourne, bandar raya yang mampu memenuhi cita rasa semua, baik pencinta kebudayaan, peminat sukan, penggemar fesyen, mahupun mereka yang meminati pelbagai makanan.  Temui kafe, bar, dan butik di lorong-lorong bandar yang tersorok daripada jalan raya yang begitu teratur.  Nikmati sepenuhnya ambien tepi sungai dari Southbank dan kunjungi Federation Square, titik pertemuan budaya kreatif dan kafe bertemu.  Layari sepanjang Yarra dan merayau santai padang menghijau dan tasik-tasik di Royal Botanic Gardens (Taman Botani Diraja).  Serap sepenuhnya tenaga unik bandar raya pelbagai presint berbeza, dari South Yarra yang berkelas tinggi hinggalah ke pesisir pantai St Kilda dan pinggir bandar Fitzroy.  Kemudian luangkan sehari untuk berjalan ke pantai, kilang wain, galeri dan balapan golf di Semenanjung Mornington.
Lorong tersembunyi Melbourne
Lorong tersembunyi Melbourne
Anda tidak akan tahu apa yang tersembunyi bila anda berjalan keluar daripada grid jalan raya di bandar raya Melbourne ke dalam selirat lorong gelap di belakangnya. Warga tempatan sendiri pun pasti menemui kejutan di sini, di mana tempat makanan, fesyen dan seni adalah kecil, pelik dan kadangkala tersembunyi. Terokai bar jaz lewat malam atau saksikan dunia berlalu dari trattoria kecil, menjamu mata di butik dan lihat seni bandar. Anda boleh menemui rahsia sebenar bandar raya ini di jalan-jalan Melbourne yang amat berbeza.
Kehidupan di atas bumbung Melbourne
Kehidupan di atas bumbung Melbourne
Untuk penggunaan ruang bandar yang berdaya cipta, jangan pandang lebih jauh dari Melbourne, di mana bar, panggung wayang dan restoran beroperasi di atas bumbung setiap musim panas. Hirup pemandangan indah kaki langit bandar raya ini dari semua sudut sambil anda mendengar muzik secara live, bersantai di bar atas anjung dan menonton wayang berbumbungkan bintang. Gabungkan inovasi moden dengan keanggunan era zaman dahulu, tempat-tempat di atas bumbung yang semakin meningkat di Melbourne paling sesuai untuk meluangkan waktu tengah hari dan petang secara santai pada musim panas. Ramai juga yang menukarkannya kepada ruang tertutup supaya mereka boleh mencerap pemandangan bandar tanpa mengira musim.
Bohemian Brunswick Street
Bohemian Brunswick Street
Find art, fashion and food on Melbourne’s Soho strip.
Boredom isn’t an option on Brunswick Street, the vibrant Melbourne strip where people from all walks of life go to shop, eat, drink, meet and dance.
The Australian Grand Prix, Melbourne
The Australian Grand Prix, Melbourne
Di Melbourne, anda tidak harus ketinggalan daripada menyaksikan Australian Grand Prix, yang mengambil alih Albert Park selama empat hari pada bulan Mac. Anda akan mendengar deruman enjin kereta lumba Formula One elit merentasi bandar raya ini. Di litar yang dibina khas, saksikan pemandu terpantas di dunia bergegar melepasi anda pada kelajuan sehingga 300km sejam. Saksikan perlumbaan V8 Supercar Australia atau lihat model kereta mewah seperti Ferrari, Porsche dan Lotus pada kelajuan tertinggi. Di luar litar, anda boleh mengunjungi pelbagai bar, menari di pesta muzik atau saksikan konsert rock selepas perlumbaan. Pada bulan Mac, Melbourne turut menjadi hos kepada berbagai-bagai acara yang mengujakan. Ini bermakna, anda juga boleh berkunjung dari trek lumba bandar raya ke restoran dan taman bunga.
Grand Slam Australia Tenis Musim Panas
Grand Slam Australia Tenis Musim Panas
Nikmati bulan Januari di Australia dengan sesi bersama gergasi tenis sedunia. Mulakan tahun baru dengan menonton lapan pasangan lelaki dan wanita yang hebat bertanding dalam Perth’s Hopman Cup. Lihat pemain antarabangsa menyediakan diri untuk Terbuka Australia di Brisbane dan Hobart yang bersejarah. Dapatkan tempat duduk untuk menyaksikan tenis hebat di Medibank International di Sydney Olympic Park. Saksikan pemain lelaki, wanita dan bergu bertanding dalam Terbuka Australia di Melbourne, Grand Slam pertama setiap tahun, pada hujung Januari. Di luar gelanggang, nikmati pelbagai hiburan langsung dan gaya hidup musim panas bandaraya Australia yang cukup bertenaga.
Spring Racing Carnival di Melbourne
Spring Racing Carnival di Melbourne
Australia mungkin terhenti kerana Melbourne Cup tetapi selama Spring Racing Carnival diadakan, tidak seorang pun di Melbourne akan duduk diam.  Pelbagai acara lumba kuda, fesyen dan keseronokan ini bermula pada bulan September dan hanya berakhir pada pertengahan bulan November.  Flemington Racecourse merupakan pentas bagi perlumbaan terkenal seperti Derby Day, Melbourne Cup, Oaks Day tapi semua trek di seluruh negeri adalah sebahagian daripada aksi perlumbaan ini.  Anda tidak perlu tahu apa-apa tentang perlumbaan ini untuk menyukai tradisi sosial penuh gemilang ini yang mengumumkan tibanya musim bunga dengan cuacanya yang cerah dan terang di Melbourne.
Australian Football League
Australian Football League
Australia ialah sebuah negara sekular, tetapi cara paling tepat untuk menggambarkan suasana semasa permainan bola sepak ala Australia atau AFL – di Melbourne adalah keghairahan beragama. Inilah tempat lahirnya sukan ini, para pemainnya menjadi hero tempatan dan pasukan-pasukannya mempunyai penyokong yang berpuak-puak. Namun bukan warga Melbourne sahaja yang menggilai sukan dan permainan bola bujur ini. Hari ini AFL adalah liga sukan yang paling ramai peminat, dengan penyokong pasukan yang amat bersemangat di Sydney, Adelaide, Perth dan Brisbane.
Semenanjung Mornington, tempat percutian musim panas Melbourne
Semenanjung Mornington, tempat percutian musim panas Melbourne
Hidup memang sangat mudah di Semenanjung Mornington, syurga musim panas yang dipenuhi dengan perkampungan tepi pantai, ladang anggur, pantai, taman negara, galeri, padang golf, spa siang dan restoran.  Menawarkan suasana romantik, persantaian, kesukaan dan kembara, adalah mudah untuk melihat mengapa penduduk Melbourne sangat menyukai tempat ini untuk melepas diri sepanjang minggu atau hujung minggu. 
Terokai Yarra Valley, Victoria
Terokai Yarra Valley, Victoria
Dalam kesibukan hari ini, lawatan ke Yarra Valley adalah ibarat satu perjalanan ke zaman silam. Perjalanan berkereta  mengambil masa kurang sejam dari Melbourne ke ladang wain daerah, perkampungan dan hutan yang diselaputi kabus. Rasailah wain di Yarra Glen dan minum teh Devonshire di Dandenong Ranges. Habiskan masa menikmati hidangan tengah hari di restoran pembuat wain atau berkelah di tepi air terjun dengan makanan hasil tempatan. Lalui Sherbrook Forest dengan menaiki keretapi stim atau terapung tinggi di atas kawasan desa dalam belon udara panas.
Tiga minggu dari Melbourne
Tiga minggu dari Melbourne
Gabungkan Melbourne, Hobart dan Adelaide dengan pantai, ladang anggur dan hutan belantara yang tersenarai dalam Warisan Dunia dalam pengembaraan melalui tenggara Australia.  Dari Melbourne, anda boleh bertemu dengan hidupan liar di Phillip Island dan melawat ladang anggur di Yarra Valley serta menjelajah padang golf dan makanan serta wain di Mornington Peninsula.  Dari Hobart, taman negara yang segar di Tasmania semuanya senang dilawati.  Kelilingi pulau ini dan berhenti di Freycinet National Park, Bay of Fires Walk atau Cradle Mountain - Lake St. Clair National Park.

Semenanjung Mornington, tempat percutian musim panas Melbourne

Hidup memang sangat mudah di Semenanjung Mornington, syurga musim panas yang dipenuhi dengan perkampungan tepi pantai, ladang anggur, pantai, taman negara, galeri, padang golf, spa siang dan restoran.  Menawarkan suasana romantik, persantaian, kesukaan dan kembara, adalah mudah untuk melihat mengapa penduduk Melbourne sangat menyukai tempat ini untuk melepas diri sepanjang minggu atau hujung minggu.  
Ia mengambil masa sejam memandu di sekitar Port Philip Bay dari Melbourne ke Frankston, di mana rangkaian bandar percutian bagaikan khayalan dan pantai keemasan bermula.  Lawati Mornington, dengan kapal layar singgah di pelabuhan, dan bersiar-siar di sepanjang pantai yang tenang di Mount Martha, Safety Beach dan Dromana.  Perhatikan kotak pantai berwarna-warni yang berbaris di atas pasir di sepanjang semenanjung.  Berenang bersama dolfin di Sorrento yang bersejarah atau sertai pendudukan popular Melbourne di kafe kosmopolitan di Portsea.  Sorrento dan Portsea berada di hujung semenanjung, di antara teluk pantai yang tenang dan tempat luncur hebat di Selat Bass. 
Tiada kekurangan aktiviti untuk dilakukan di pinggir laut yang menakjubkan ini.  Jika berjalan kaki berada teratas dalam senarai anda, lihat pemandangan pinggir laut yang menakjubkan dan kanggaru pada laluan berjalan puncak cenuram melalui Taman Negara Semenanjung Mornington.   Ikuti Fort Nepen Walk melalui labirin terowong yang menjaga Teluk Port Phillip.  Atau ambil Denai Teluk Bushrangers untuk ke Rumah api Tanjung Schank, melalui tanjung tinggi basalt dan kolam batu.  Mendaki puncak Taman Negara Arthurs Seat, di mana anda boleh meninjau teluk dan latar langit Melbourne.  Untuk cabaran sebenar, laluan Two Bays Trail melingkari sepanjang 26km melalui hutan belukar dan pantai.  Ia merupakan laluan berjalan berterusan yang terpanjang pada semenanjung, dihubungkan oleh jalan yang landai, curam, jambatan dan laluan berumput. 
Di luar pesisir, anda boleh menyelam dengan ikan, naga laut, terumbu karang yang lembut dan juga menyelam ke kapal selam Perang Dunia Pertama dalam taman marin di sekitar Port Philip Heads.  Perhatikan anjing laut, dolfin dan itik laut pada pelayaran hidupan liar dari Sorrento.  Bulan November hingga Mac ialah musim ikan siakap merah, dan anda boleh memancing daripada pangkalan di sepanjang teluk, dari pantai laut liar atau menyewa ke dalam Selat Bass.  Meluncur di pantai Sorremto dan Portsea atau Rye, Point Leo atau Pantai Gunnamatta.   Menungganglah merentasi ombak Gunnamatta menaiki kuda, atau bersiar-siar dengan kuda di Arthurs Seat, Cape Schanck, Red Hill atau Sommerville. 
Apabila anda mahukan kelainan dalam selera,  pergilah ke daerah pedalaman.  Anda akan mendapati wilayah pemandangan yang indah, dengan 170  ladang anggur dan 50 pintu bilik bawah tanah di sekitar Red Hill, Merrick, Balnarring, Moorooduc, Shoreham dan Main Ridge.  Cuba rasai wain pinot noir dan chardonnay bermutu tinggi dan lawati kilang bir mikro.  Beli sayuran organik di gerai-gerai di tepi jalan atau memetik sendiri strawberi, beri dan ceri dari dusun buah antara bulan November dan April.  Bersiar-siar di dusun buah zaitun dengan pemandangan laut atau berkelah di salah satu taman awam dan taman persendirian.  Terdapat taman ros yang berumur berkurun lamanya, pagar sesat dan laman yang rapi di rumah warisan untuk berehat. 
Apabila anda telah kenyang dengan wain terbaik dan makanan yang enak, manjakan diri anda di spa siang di Mornington, Red Hill, Fingal, Rye atau Portsea.  Atau bermain golf di padang golf subur menghijau bertaraf dunia yang direka oleh pereka profesional, yang merentasi semenanjung.  Cubalah padang golf pesisir yang unik di Flinders atau nikmati suasana karnival di Portsea Cascade Pro-Am 2009 pada bulan Januari.   Jika seni, kraf dan bahan boleh dikumpul menarik minat anda, lihatlah koleksi antik di kedai epal yang diubahsuai di Tyabb.  Lihat hasil kerja artis tempatan dalam galeri di Mornington, Sorrento dan Flinders dan lihat lukisan yang berilhamkan pemandangan di Coastal Art Trail di sekitar Port Phillip Bay. 
Semasa musim panas, Semenanjung Mornington sibuk dengan pelbagai jenis acara.  Lihat bot belayar merentasi semenanjung di perlumbaan perahu layar dari Melbourne ke Hobart pada lewat bulan Disember.  Bersoraklah dari pantai untuk Portsea Swim Classic atau Acara Renang dari Rye Pole ke Pier, kedua-duanya dalam bulan Januari.   Pada bulan yang sama, raikan muzik di Pesta Jazz Briars Park di Mount Martha, dan Pesta Muzik Country Red Hill atau Pesta Jazz Coolart di Somers.   Nikmati pameran hasil segar semenanjung di Pesta Strawberi Dromana dan Pesta Laut Frankston pada bulan Januari dan Sambutan Pinot Noir Semenanjung Mornington pada bulan Februari. 
Sebagaimanapun anda mengalami tempat percutian musim panas ini, anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilakukan.

1 comment:

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...