Tuesday 15 May 2012

Qistina-Bab 7














Bab 7

     Malam  itu  Adam  dan Ikmal  keluar  untuk  mencari  barang  keperluan  mereka.Qistina nekad  menghubungi  Razlan lewat  telefon  bimbitnya. Dia  terpaksa   menghubungi  Razlan  kerana  dia  tidak  mahu  Razlan  terus  mengganggu  hidupnya. Dia  ingin  Razlan  melupakannya  dan  memulakan  hidup  baru,  tanpa dikejar  bayang-bayang  dirinya.

Razlan  yang  baru selesai  mandi  terdengar  bunyi  deringan  telefon  miliknya. Dia  mencapai  tuala  mandi  yang  telah  di  sediakan  di  situ  dan  berlari   keluar  dari  bilik  mandi untuk  mendapatkan telefon  yang  berada  di  atas  katil.

Razlan  membaca  nama  yang  tertera  dipaparan  skrin. Senyuman  semakin  melebar  sebaik  saja nama  Qistina  tertera  di situ.

“Hello  sayang,”  ucap  Razlan  lembut  dan  manja  sebaik  saja  dia  menekan butang  hijau.

Qistina  merasa  meluat  dengan  perkataan sayang yang  baru  saja  diucapkan  kepadanya. Dia  menguatkan  semangatnya  seketika  sambil  menarik  nafas  dalam-dalam.

“Tak  payah  nak bersayang-sayang dengan  aku  Razlan. Kita  dah  tak  ada  apa-apa  hubungan. Aku  milik  Adam. Kau  tahu  kan  berdosa  besar  bila  kau  cuba  mengganggu  isteri orang,”  ucap  Qistina  mendatar  dan  hambar.

“Hurm… itu  aku  tahu,  tapi  aku  tak  peduli. Yang  aku  tahu  kau  mesti  balik  kepada  aku. Kau  tak  sesuai  hidup dengan  lelaki  macam  tu. Apa  hebatnya  dia? Kalau  nak  dibandingkan  dengan  aku?”  ucap  Razlan  angkuh. Amarah  yang  telah  surut  tadi  sudah  mula  panas  kembali.

“Dia  memang  tidak sehebat  atau  sekaya  engkau. Tapi  aku  bersyukur  kerana  dia  seorang  suami  yang  baik  dan  penyabar. Kau  tidak  boleh  menandingi  dia. Apa  yang  telah  terjadi  antara  kita  dulu,  sudah  lama  berlalu,”  ucap  Qistina sambil merendahkan  suarannya.

Wajah  Razlan  sudah  berbahang  panas. Dia  benci  apabila  Qistina  memuji  Adam  begitu. Dia  kacak,  dia  lelaki  kaya. Apa  yang  dia  mahu  harus  dia  dapatkan. Adam?Apa  yang  lelaki  itu punya? Hanya  kerana  dia  lelaki  baik  dan  penyabar? Jika  Qistina  mahu,  dia  akan  jadi  lelaki  seperti  itu. Asal  Qistina  kembali  padanya.

“Hello..Razlan?? Kenapa  kau  diam?”  tanya  Qistina  apabila  tiada  jawapan  yang  di  terima.

Razlan  mengeluh,

“Kalau  kau  nak  aku  jadi  macam  tu,  Aku  boleh  lakukannya  untuk  kau,  asal  kau  kembali  pada  aku. Kau  minta  cerai,  dan  kita  kahwin.” Ucap  Razlan  tanpa  rasa  bersalah.

“Kau  gila  ke!!  Bukan  aku  seorang  saja  wanita  di  dalam  dunia  ni. Ada  banyak  lagi  di luar  sana  tinggal  pilih. Kenapa  kau  nak  kejar  aku  juga?”  Marah Qistina  tiba-tiba,  geram  dia  pada  Razlan  sudah  tidak  terbendung  lagi.

“ Aku  gila  sebab  kau  Qistina.  Kau  tahu  kenapa  aku  kejar  kau?  Sebab  aku  cintakan  kau  tahu  tak!! Sampai  mati  pun  aku  akan  kejar  kau,”  tengking  Razlan  emosi.

Qistina  terkejut  kemudian  mematikan  telefon. Qistina  menangis  tiba-tiba,  rasa  menyesal  mula  terbit  apabila  dia  pernah  menyintai  lelaki  itu  dulu. Razlan  cinta  pertamanya  dan  jejaka  itu  juga  yang  menghancurkan  impiannya. Sekarang  dia  kembali. Pada  siapa  ingin  dia  mengadu? Adam? Apa  kata  Adam  nanti? Dia  bingkas  bangun  dan  mencuci  muka  di  dalam  bilik  air. Setelah  memastikan  wajahnya  bersih  dia  keluar ke  beranda  rumah  untuk  mengambil  angin.

Razlan  membaling  telefon  bimbitnya  ke  lantai. Telefon  kesayangannya  jatuh  berkecai. Dia  bengang  apabila  Qistina  mematikan  talian. Dia  duduk  bertelugu  sambil  merenung  serpihan  yang bertabur  di lantai  dengan  perasaan  benci. Dia  menarik  nafas  dalam-dalam  sebelum  bersiap-siap  untuk  keluar.

Ikmal  dan  Adam  singgah  untuk  minum  sebentar. Barang  belanjaan  mereka  telah  diletakkan  didalam  but  kereta  terlebih  dahulu. Ikmal  dan  Adam  memilih  gerai  yang berhampiran  untuk  mereka  minum.

“Eh  kat  sini  ada  banyak  gerai? Kau  nak  pergi  yang  mana  satu?”  tanya  Adam  sambil  memandang  deretan  gerai  kecil  di  tepi  shopping  compleks.

“Ah,  aku  tak  kisah. Tapi  kalau  nak  minum  teh   tarik  baik  kita  pergi  gerai  yang itu?”  ucap Ikmal  sambil  menunjukkan  gerai  mamak di  lot  hujung.

Adam tersenyum

“Kenapa  kau  tersenyum?” tanya  Ikmal  spontan.

“Kat  gerai  lain  tak  ada  teh   tarik  ke?”  ucap  Adam  sambil  menepuk  bahu  Ikmal.

Ala,  ada  juga  cuma  tak  berapa  nak  sedap. Kalau nak  minum  teh  tarik  power  kena  pi  gerai  mamak,  baru  apa  umph…,”  ucapnya  lancar  sambil  tertawa  kecil.

“Ikut  kau  lah  Ikmal, asal  kau  suka. Jangan  dapat  air  longkang  sudah  lah?”

“Kalau  air  longkang  aku  pun  tak  mahu,”  ucap  Ikmal  sambil  menarik  bangku  untuk  dia  duduk.

“Mamak  kasi  teh  tarik  dua…”  jerit  Adam.

“Kuatnya  suara  kau?”

“Kalau  tak  kuat  macamana  dia  nak  dengar. Kau  tengok  lah  tempat  ni  bising depan  sana  tu  jalan  raya  besar.”  Ucap  Adam  sambil  memandang  pemuda  mamak  yang  sedang  membancuh  minuman.

Selang  enam  minit  minuman  yang  di  pesan  tadi  sampai. Ikmal  dan Adam mengucapkan  terima  kasih. Ketika  pemuda  itu  ingin  berlalu,  Ikmal  pantas  memanggil.

“Tadi  dia  jerit  kuat,  awak  tak  marah  ke?” tanya  Ikmal  bodoh.

“Tak  apa  saya  tak  marah. Ini  tempat  bising,  kalau  dia  cakap  macam  dalam  kelambu,  sampai  sekarang  awak  tak  dapat  minum  teh  tarik,”  ucapnya  sambil  tersenyum.

 Adam  tergelak  besar,  Ikmal  memandang  Adam  sambil  menghirup  teh  di  dalam  cawan.

“Suka  benar  kau  ketawa ya?”

“Habis  tak  akan  nak  suruh  aku  menangis  pula?”  beritahu  Adam  sambil  memerhati  persekitaran  gerai  yang  agak  sibuk.

Sedang  asyik  melihat-lihat,  matanya  tertacap pada  susuk  tubuh  tinggi  milik  Razlan. Dia  tesenyum  dan  berjalan  menghampiri  Adam. Ikmal  yang  sedang  minum  tersedak  apabila  Razlan  menyebut  namanya. Cepat-cepat  Ikmal  mengelap  mulutnya  dengan tisu.

“Hai,  berdua  saja  ke?”

“Ya,  kami  berdua  saja.”  Ucap  Adam  lembut. Ikmal  hanya  tersenyum  sinis, dia memandang  Razlan  dengan  rasa  meluat.

“Boleh  aku  duduk,”  ucapnya  lembut.

“Duduklah  Lan  kalau  kau  tak  malu,”  jawab  Ikmal  selamba  tanpa  memandang  wajah  Razlan  yang  sudah mula  duduk.

“Seorang  saja  ke?”

“Ya,  aku  seorang  saja,  saja  jalan-jalan  ambil  angin, tekak  rasa  haus  aku  singgah  ke  sini. Eh,  ternampak  kamu  berdua  pula. Jadi  boleh  lah  kita  bergabung,”  ucapnya  ramah  dan  tersenyum.

Adam  mengangukkan  kepalanya  dan  mengamati  wajah  Razlan  yang  cukup  kacak. Kacak  berbanding  dirinya,  wajahnya  bersih  tanpa  cela,  senyumannya  juga  menawan  selain  dari  tinggi. Dia  tidak  menafikan  ketampanan  Razlan,  tapi  sayang  kelakuannya  tidak  menyenangkan.

“Macamana  dengan  kehidupan  kau  sebagai  suami  isteri? Tentu  kau bahagia  kan?”  ucap  Razlan  memancing  emosi  Adam  yang  kelihatan  tenang bersahaja.

“Buat  apa  kau  nak tanya  soalan  bodoh  tu? Dah  tentu  dia  bahagia. Macam  tak  ada  soalan  lain  kau  nak  tanya?”  marah  Ikmal  namun  itonosinya  masih  terkawal.

Razlan  tersenyum,

“Maaflah  jika  soalan  itu  adalah  soalan  sensitive…”  ucapnya  lembut  sambil  merenung  Adam.

“Tak  mengapa. Aku bahagia hidup  dengan  dia  Lan. Kau  macamana?”

“Aku  macam  ini  lah  seperti  biasa,  sibuk  dengan  kerja. Tak  ada  masa  nak  fikir  soal  cintan  cintun  ni. Apa  yang  aku tahu,  aku  kena  rajin  bekerja, kasihan  dengan  ayah  aku  tu. Aku  pun  dah  balik,  boleh  lah  dia  berehat  nanti,”  ucap  Razlan  bermain  kata.

Ikmal  berasa  geli dengan  ayat  yang  baru  saja  dilontarkan. Adakan  Razlan  fikir  yang  mereka  berdua  ini  dungu?  Yang  tidak  tahu  membezakan  setiap  kata-kata  yang  benar  dan  atau  lakonan  semata?. Razlan  tidak  tahu  bahawa  Adam  sudah  tahu  siapa  dirinya. Dalam  diam  Ikmal  memuji  sikap  Adam  yang  nampak  cool  dan  santai.

“Oh..,  baguslah  kalau  macam  tu. Anak  yang  soleh  harus  membantu  ibu  bapannya  betul  tak  Adam? Bukan asyik  sibuk  kejar  isteri  orang?”  sindir  Ikmal  selamba  sambil  menatap  anak  mata  Razlan  yang  kelihatan  tajam.

“Betul  tu,  tapi…”  ayat  itu  tidak  dapat  di  habiskan  kerana  Razlan  pantas  memotong.

“Tapi  apa  Adam?” 

“Kau  memang  kejar  isteri  orang  ke?”  tanya  Adam  bodoh. Dia  sengaja  berpura-pura  begitu. Dia  tidak  mahu  Razlan  tahu  bahawa  dia  sudah  lebih  tahu  apa  mahunya  Razlan.

“Hish…kau  ni,  jangan  percaya  sangat  cakap  si  Ikmal ni. Buat  apa  aku  nak  kejar  isteri  orang,  tak  ada  faedah  pun. Lagipun  aku  ni  masih  tahu  hukum  agama. Dari  aku  kejar  isteri  orang  baik  aku  cari anak  dara. Ramai  lagi  dekat  luar  tu  yang  nak  kan  aku. Tinggal  nak  dengan  tak  nak  aje,”

Ikmal  ketawa  gelihati. Dia  tidak  menyangka  bahawa  Razlan  boleh  menjadi  pelakon  terhandal  di Malaysia. Tahu  hukum  agama  konon. Tapi  hakikatnya  dia  masih  memburu Qistina.

“Wow!! Tak  pandang  isteri  orang? Boleh  percaya  ke?” ucap  Ikmal  dalam  sisa  tawanya.

“Ikmal, kalau  kau  tak  percaya  sudah,”  ucap  Razlan  lembut  dan  hambar.

Ikmal  hanya  mencebik. Adam  pula  hanya  tenang  dari  tadi. Ketenangan  Adam  membuatkan  Razlan  semakin  tidak  sebulu. Dia  benci  dengan  raut  wajah Adam  yang  tampak  tenang. Lelaki  itu  tidak  seperti Ikmal  yang  jelas  senang  di ramal. Adam? Dia  tidak  tahu,  apa  yang  ada  di  fikiran  jejaka  itu. Wajahnya  jelas  tidak  menunjukkan  kebencian  kepadanya.

Argh…tak  mengapa. Aku  akan  cari  jalan  bagaimana,  untuk aku menghancurkan  hidup  mereka. Aku tahu  Adam bukannya  malaikat. Dia  juga  manusia  biasa  yang  akan  kalah  dengan  hawa  nafsu.

Adam  menghabiskan  teh   tarik  dan  meminta  izin  untuk  pulang  ke  rumah. Razlan  membayar  harga  minuman  mereka. Sebelum  mereka  berpecah,  Adam  dan  Ikmal  mengucapkan  terima kasih. Dan  Razlan  menyambutnya  dengan  senyuman  dibibir.

Adam  dan  Ikmal  berjalan  menuju  ke  tempat  parkir. Lima  minit  kemudian  mereka  sampai  dan  masuk  ke  dalam  kendeaan  mewah  bewarna  putih. Kenderaan  itu  adalah milik  Qistina  dan  Qistina  membenarkan  Adam  untuk menggunakannya.

Ikmal  membuka  radio  dan  lagu  Hampa  nyanyi  Toki  berkumandang.

     “Adam  kau  ni,  baguslah…”

      “Bagus  apanya? Aku  tak  faham,”  ucap  Adam  sambil  memasukkan  gear.

     “Ya  lah, kau  nampak  tenang. Macam  tak  ada  apa-apa  yang berlaku. Kalau  aku  jadi  kau  dah  lama  si  Razlan  tu  kena  penumbuk  aku,”

      “Habis  kau  nak  aku  jadi  macam  kau. Tumbuk  muka  dia? Itu  kan  tempat  awam,”  Adam  berkata  lembut.

     Ikmal  memandang  Adam  sekilas.

  “Aku tahu  kau  tak  macam  aku, itu  sebab  aku  kagum  dengan  kau. Kau  nampak  tenang,  patutlah  Qistina  tu  boleh  jadi  jinak  dan  lembut  pada  kau. Kau  memang orang  yang  penyabar. Aku  akui  aku  tidak  seperti  itu.”

  “Tak,  payah  kau  fikir  macam-macam. Walaupun  aku  ini  kelihatan  seperti  orang  yang  sabar. Aku  tetap  manusia  biasa. Kalau  tidak  sekarang  pasti  akan  ada  kesilapan  yang  akan  aku  lakukan,”  tuturnya  lagi.

   “Hish…kau  ni,  macam  tahu  sesuatu  aja? Cuba  kau  cerita  dekat  aku  manalah  tahu  aku  boleh  tolong?”

 “Tak  ada  apa-apalah,”  ucap  Adam  sambil  menumpukan  perhatiannya  di  jalan.

    Razlan  tiba  di  rumah  selepas  satu  jam. Dia  tahu  ibu  dan  ayahnya  pasti  belum tidur. Razlan  membuka  pintu  dan  berjalan  naik  ke  tingkat  atas. Pintu  Kamar  di  buka  dan  Razlan  mencari  buku telefon  yang  berada  didalam  laci. Setelah  puas  mencari  akhirnya  buku  bewarna  biru  tua  itu  di  keluarkan. Razlan  mengambilnya dan duduk  bersila  di  atas  tilam  sambil membuka  helaian  demi  helaian. Dia  mencari  nama wanita  cantik  yang  pernah  di  kenali   sewaktu  dia  tinggal  di Paris.

‘Ah..,  Zeaty. Ada  pun  ingat  tak  ada  tadi.’  Gumamnya  sendiri  apabila  nama gadis itu  dijumpai  pada  helaian  terakhir.

Razlan  mengambil  telefon  bimbit  yang  baru  di  beli  tadi. Dengan  pantas  dia  mendail  nombor  telefon  tersebut.

“ Zeaty!! Telefon  kau  berbunyi  ni. Angkatlah  bingit  telinga  aku  dengar,”  beritahu  sofia  rakan  serumahnya.

“Jap,  aku  datang  ni,”

Zeaty  yang  sedang  makan  cepat-cepat  mencuci  tangan  dan  berlari  ke  ruang  tamu. Telefon  bimbit di  atas  meja  kopi  di  capai. Dia  melihat  paparan  skrin  tapi  tiada  nama  yang  tertera  di  situ.

“Hello..,  nak  cakap  dengan  siapa?”  tanya  Zeaty  apabila  mendengar  suara  di sebelah  sana.

“Saya  nak  bercakap dengan  Zeaty? Dia  ada?” 

“Ya  saya  Zeaty? Awak siapa  dan dari  mana  awak  dapat  nombor  telefon  saya?”  soal  Zeaty  bertubi-tubi.

Razlan  tersenyum  lebar. Ternyata  gadis  itu  masih  menggunakan nombor telefon  yang  sama.

“Aku  ni,  Razlan, kau  ingat  tak?”

“Razlan? Razlan  mana  satu  ni?”  tanya  Zeaty  sambil mengingati  sesuatu.

Ala,  akulah Tengku  Razlan. Kau  ingat  tak?  Hish..berapa  banyak  Razlan yang  kau  kenal  waktu  kau di  Paris  Zeaty?”  marah  Razlan.

“Oh…Lan  yang  playboy tu  ke? Sorry  aku  terlupa. Jangan  marah  okey, Ada  apa  kau  telefon  aku  malam-malam  ni?  Aku  nak  makan  pun  tak  senang,”

“Besok  kita  jumpa  boleh?”

“Jumpa? Kau  dah  balik  Malaysia  ke?”

“Kalau  kau  nak  tahu  bila,  nanti  kau  boleh  tanya  esok. Apa  yang  aku  tahu  esok  boleh  aku  jumpa  kau  tak?”

Zeaty  terdiam  seketika. Dia  cuba  mengingati  jadualnya  untuk  esok.

“Kau  nak  jumpa  aku  bila  dan  pukul  berapa?”

“Aku  nak  jumpa  kau  pukul  dua  nanti. Tempatnya  aku  beritahu  kau  kemudian.”  Ucap Razlan  lagi.

“Hurmm…baiklah,  anything  roger  or  sms  aku  ya,”

“Baik,  esok  aku  sms  kau,”  setelah  mendapat  maklum balas Zeaty  mematikan  talian. Dan  kembali  semula  ke  dapur.



2 comments:

  1. Razlan ni x de orang lain ke nak???
    Sampai bini orang pun nak kejar....

    ReplyDelete
  2. eheheh...Jangan emosi ya atiza...dia ni memang keparat..nanti dia upah orang untuk buat Qistina cemburu..ehehh..kalau nak tahu baca bab seterusnya ya ...thanks koz sudi baca ;)

    ReplyDelete

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...