Bab 6
Qistina, Sarah,
Ikmal dan Adam
sudah pun bersiap-siap. Dato’ Razali berpesan
kepada anaknya serta
anak saudaranya agar
berhati-hati apabila memandu. Berbagai nasihat
dan pesanan yang
harus mereka dengar
dari mulut Dato’ Razali. Hati tuanya
bimbang jika berlaku
apa-apa kepada mereka
berempat. Namun Qistina bijak
menenangkan ayahnya. Mereka bertolak
pada jam enam pagi. Mereka juga
hanya menggunakan sebuah
kenderaan yang sama untuk
memudahkan pergerakan mereka. Lagi
pun mereka bercuti
di tempat yang sama.
“Kalau kamu
dah sampai, telefon
ayah. Jangan kamu lupa pula,”
pesan Dato’ Razali sebelum
mereka pergi.
“Baik, ayah. Kalau
dah sampai Adam telefon
ayah ya. Ayah jangan
bimbang okey,” ucap Adam sambil
memasuki perut kereta.
Dato’ Razali tersenyum, matanya memerhati
Honda Accord milik
Ikmal keluar dari perkarangan
rumahnya. Pagi itu Ikmal
yang memandu, mereka
berempat akan bergilir-gilir memandu
hingga sampai ke
destinasi.
Bunyi Radio
memecahkan kesunyian yang
menyelubungi mereka berempat. Lagu Pelengkap Hidupku kedengaran
di corong radio. Sarah
menyanyi mengikut rentak
lagu yang sangat
dia gemari. Ikmal hanya
tersenyum dan membiarkan
isterinya melayan perasaannya
sendiri. Apa yang dia
tahu dia harus
menumpukan perhatian di
jalan. Ikmal memandang cermin
belakang kereta. Dia melihat
Qistina tidur di bahu
Adam. Adam pula sedang
asyik memerhati Qistina
tanpa menyedari ada
mata sedang memerhatikannya.
“Hai Adam
tak puas lagi
ke tengok muka
bini?” ucap Ikmal
berseloroh.
Teguran Ikmal itu
membuatkan Sarah berhenti
menyanyi dan menoleh
Adam di belakang. Dia
melebarkan senyuman dibibir.
“Ikmal, bukan
kena bayar pun
kalau tengok muka
dia lama-lama. Hati aku
tak sedaplah. Macam ada
yang tak kena
aja,” ucap Adam
lembut dan hambar.
“Hish...,abang Adam
ni, jangan fikir
yang bukan-bukan. Kita bercuti
nak berseronok dan berhibur
selain dari menenangkan
fikiran. Ini tidak, pelik lah Sarah
tengok abang ni,”
“Ikmal,
Sarah agak-agaknya Razlan akan
ikut kita sampai
ke sana tak?”
ucap Adam lancar.
Sarah dan
Ikmal berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak
berfikir akan hal
itu. Apa pun mereka berdua
berharap Razlan tidak sampai
mengikut mereka.
“Kenapa diam
pula?” tanya Adam
lagi.
“Entahlah Adam, aku
tak rasa Razlan
akan ikut kita. Lagipun
dia ada banyak
kerja di pejabat. Buat apa
dia nak ikut
kita betul tak?”
“Tapi dia
tu boss, kalau
cuti tak ada
orang yang nak
larang.”
“Itu memang
betul. Tapi aku tak
rasa dia akan
ikut kita. Tak apalah
Adam jangan kau
fikir sangat. Nanti rosak
pula mood kita
yang nak bercuti
ni,” ucap Ikmal sambil menoleh cermin
sisi.
Dari cermin
sisi dia dapat
melihat sebuah kereta
yang sangat dia
kenali. Dia tahu itu
adalah kereta milik
Razlan. Dia memandang isteri
yang sedang asyik membaca majalah. Dia
memperlahankan kenderaan agar
dapat melihat nombor
flat kenderaan dibelakangnya. Namun sangkaannya
itu benar.
“Sarah, cuba
pandang cermin sisi,
Sarah agak itu
kereta siapa?” beritahu
Ikmal lancar.
Sarah menoleh sekilas dan
berpaling ke arah Ikmal
semula. Dia berasa hairan
dengan tingkah suaminya
yang berubah tiba-tiba.
“Kenapa dengan
kereta tu?”
“Cuba tengok
kereta belakang kita. Dari
tadi dia ikut
kita. Sarah tak perasan
ke?”
“Ala, mungkin
dia pun nak
pergi ke tempat
yang sama kot. Lagi
pun bukan Razlan
seorang yang guna kereta
tu. Ada ramai
lagi.”
“Sarah, itu
kereta dia. Cuba tengok
nombor flat kereta
tu,” arah Ikmal
lagi.
Sarah hanya
diam dan melihat
sekali lagi. Alangkah terkejutnya
dia apabila kenderaan itu
adalah milik Razlan. Pasti
Razlan mengekori mereka
sejak dari rumah
lagi. Apa lagi yang
jejaka itu mahukan
dia sendiri tak
tahu.
“Betul kan ?
Itu kereta dia?” ucap
Ikmal sambil menghela
nafas berat.
“Apa yang
kamu berdua debatkan
ni?” tanya Adam
tiba-tiba.
“Abang Adam,
Razlan ikut kita
lah,” ucap Sarah
laju sambil meminta
Adam untuk menoleh
kebelakang.
Adam melakukan
seperti yang disuruh Sarah.
Dia memang melihat
sebuah BMW 5 series bewarna hitam betul-betul dibelakang
mereka. Tapi dia tidak
dapat melilhat wajah
pemandu tersebut dengan
jelas.
“Kau, yakin
ke itu Razlan?” tanya
Adam lagi meminta
kepastian.
“Aku, yakin
dan aku cam
benar kereta yang
selalu dia guna. Lagipun
tak ada orang lain
yang pakai nombor
flat BEB 888.”
Adam menyandarkan
badannya semula kebelakang. Dia menghela
nafas berat, Ternyata
dugaannya benar. Kemudian wajahnya
dipaling ke arah Qistina
yang sedang lena. Kasihan isterinya jika
dia tahu bahawa
Razlan mengikuti gerak
mereka. Dia kemudian duduk
diam tidak bersuara.
Suasana jadi
bisu dan bungkam seketika.Sarah perasan
perubahan mendadak suami
serta Adam. Dia tahu
mereka berdua sedang
risau. Namun dia sendiri
tidak tahu apa
yang harus dia
lakukan untuk mencegah perkara
itu. Kalaulah Qistina
tahu dia diekori
pasti dia akan
bersedih. Dia berdoa didalam
hati agar perkara
yang buruk tidak
akan terjadi sepanjang
mereka bercuti.
Ikmal meneruskan
perjalannya tanpa menghiraukan
kehadiran Razlan. Dia harus
menumpukan perhatiannya di
jalan. Apa yang dia
tahu, mereka harus
sampai di destinasi
tujuan mereka dengan
selamat. Hal mengenai Razlan
akan dia fikirkan
kemudian.
Razlan hanya
tersenyum sambil memandu
kereta kesayangannya. Dia tidak
tahu bahawa, mereka sudah
menghidu keberadaannya di
belakang. Razlan terus bermonolog
dan menyusun rancangan untuk
mengharubirukan keadaan mereka
di sana. Apa yang
dia tahu, tujuannya harus
dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa
sebarang gangguan. Dia akan
mendapatkan Qistina walau
apa pun yang
berlaku.
Setengah jam kemudian.
Qistina terjaga dari
lena sewaktu Ikmal berhenti untuk
mengisi petrol. Qistina meminta
mereka untuk menunggu
dia sementara dia
pergi ke tandas. Sewaktu Qistina
ingin memasuki perut
kereta dia dapat
melihat kelibat Razlan
tidak jauh dari
mereka. Terasa mahu pitam
apabila dia melihat
kelibat Razlan di
situ. Moodnya untuk bercuti
benar-benar sudah tiada. Dia
masuk ke dalam
kenderaan semula dan
mencuit bahu Sarah
di hadapan.
“Sarah, Razlan
ada di sinilah,”
ucap Qistina sambil
berbisik perlahan. Dia tidak mahu
suaminya mendengar bicaranya. Adam yang
sedia maklum hanya buat
tidak tahu. Walhal dia
sudah dapat mengagak
perilaku isteri kesayangannya.
“Ya, aku
dan Ikmal dah
nampak dari tadi. Nak
beritahu kau tengah
tidur.” Ucap Sarah
perlahan.
Qistina merengus
perlahan. Dia duduk menyandar
sambil memicit dahinya
yang tiba-tiba pening. Ikmal
yang perasan melalui
cermin belakang segera
bertanya.
“Kenapa dengan
kau Qish? Tak sihat
ke?” tanya Ikmal.
“Aku tak
sihatlah. Kita balik JB balik
ya.” Pinta Qistina
berani.
“Kau, ni biar
betul? Apa kata pak
long nanti?” bebel
Sarah tiba-tiba.
“Aku tak
ada mood nak
berjalan. Lagipun aku tak
sihat. Kalau kita pergi
pun kalau akhirnya
aku duduk dalam
bilik buat apa. Membazir
aja. Jom kita balik
ya, lain kali
kita pergi,” ucap
Qistina separuh merayu.
Ikmal dan Sarah
berpandangan. Mereka kasihan dengan
Qistina tapi mereka
juga kalau boleh
ingin meneruskan hasrat mereka
untuk bercuti. Bukan senang
mereka ingin cuti
bersantai. Jika mereka sudah
mula sibuk dipejabat alamat bertahunlah
nak tunggu waktu
untuk bercuti.
“Tak apalah Ikmal, Sarah kau
berdua pergi aja ya. Nanti
sampai di pekan biar
aku dan Qisrtina balik
naik bas.Kasihan Qistina
tak sihat.”
“Kalau, kau
cakap macam tu. Baik
tak payah pergi
lagi senang. Nanti aku
sedap-sedap bercuti kau
berdua macamana pula? Aku
pun malas nak
nak pergi kalau
kau berdua tak
ada. Tak apalah lain
kali boleh pergi.” Tutur
Ikmal lembut.
“Sayang kita
balik aja ya. Lain kali
kita pergi lagi. Kasihan, tak akan
kita nak biarkan
mereka berdua naik
bas pula.” Ucap
Ikmal lembut, tangan
Sarah digenggam erat.
Sarah hanya
mengangukkan kepala. Namun dalam hati
dia sudah menyumpah
seranah Razlan dengan
macam-macam perkataan. Cuma ayat
itu tidak terkeluar dari
mulutnya dan amarah
itu sudah mula membengkak didalam
hatinya. Wajahnya juga sudah
masam seperti cuka. Ikmal
tahu isterinya ingin
bercuti, tetapi dia
tidak mahu kalau
sesuatu yang tidak
di ingini berlaku di sana.
Biarlah hati isterinya
itu tenang sambil
melayani perasaan marahnya. Dia
tahu marah isterinya
hanya sekejap. Lepas setengah
jam eloklah nanti.
Mereka berpatah
semula ke Johor. Razlan
hanya mula perasan apabila
dia terpandang signboard
untuk ke Johor Bahru.
‘Ini jalan
nak balik ke
Johor. Kenapa mereka berpatah
balik?Atau mungkin mereka
dah nampak aku
tadi? Argh…banggang betul kau
ni Razlan, kenapa
ikut kereta mereka
rapat sangat.’ Razlan
menggerutu sendiri. Hatinya benar-benar
terasa sakit. Rancangan dia
gagal. Namun dia harus berusaha. Dia tidak
boleh gagal. Dia
menumbuk dashboard keretanya
kuat. Rasa sakit kerana
tumbukannya itu tidak
sesakit hatinya sekarang. Mahu atau
tidak dia terpaksa
memandu pulang ke
Johor.
Mereka sampai
ke Johor pada
pukul tujuh malam
sebelum pulang mereka
singgah untuk makan perut yang
lapar harus segera
di isi.Ikmal tersenyum
senang apabila melihat
isterinya sudah mula
tersenyum. Cuma Qistina saja
yang diam tidak berkutik. Sepatah ditanya
sepatah juga dia
menjawab. Adam hanya bersikap
tenang dan santai
seperti tiada apa-apa yang
berlaku. Namun dia juga
seorang lelaki. Dia tahu
hati Adam itu
seperti apa. Walau raut
wajahnya tenang, perasaan
dan jiwanya pasti
tidak keruan memikirkan masalah yang
akan dia hadapi
nanti.
“Hai kamu
balik semula ada
apa yang tertinggal
ke?” tanyanya apabila melihat mereka berempat
memasuki rumah.
“Qistina tak
sihat pak long,” Jawab
Sarah mewakili Adam
yang sedang leka.
Dato’ Razali
memandang wajah anaknya. Dia melihat
kemurungan diwajah anak tersayang. Dia dapat
rasakan ada sesuatu
yang anaknya sembunyikan dari
pengetahuannya. Qistina
duduk di sofa berhampiran. Dato’ Razali berjalan
merapati anaknya.
Mereka bertiga
naik ke atas
untuk membersihkan diri
sekaligus membawa barang-barang naik ke atas
semula. Mereka juga tidak
mahu menggganggu mereka
dua beranak di
situ. Dato’ Razali memandang ke
tingkat atas. Dia ingin
memantikan hanya mereka
berdua sahaja yang
berada di situ. Dia
tidak mahu jika
perbualannya didengari Adam. Setelah memastikannya dia
memulakan bicaranya.
“Kenapa
ni? Kamu ada masalah
ke?”
Qistina memandang
wajah ayahnya. Hiba hatinya
bila memikirkan masalah
yang akan dia
hadapi, tapi dia
buntu. Dia bimbang jika
tindakannya akan merosakkan
hubungannya suami isteri.
“Entahlah ayah, Qish tak
boleh nak berfikir. Qish takut jika
Qish salah langkah. Qish
akan jerat diri
sendiri. Tadi Qish nampak Razlan
sewaktu Ikmal berhenti di stesen Minyak. Ayah ada
beritahu Tengku Faris
yang Qistina akan
bercuti ke sana
ke?” tanya Qistina
sambil memandang ayahnya.
Dato’ Razali menghela nafasnya.
Sebelum mengangukkan kepala.
Dia tidak menidakkan
kerana, Sahabatnya Tengku
Faris memang ada
bertanya tentang destinasi bulan
madu anaknya. Dia tanpa
memikirkan apa-apa hanya
berkata jujur.
Qistina terdiam jari
jemarinya masih asyik
memicit dahinya. Dia tahu
migraine datang menyerang
kepalanya.
“Qish, ada
baik kamu ceritakan pada suami kamu. Ayah
tak sedap hati
lah,” luah Dato’
Razali lagi.
Qistina hanya
diam seribu bahasa.
Sebelum berkata yang dia
akan menimbangkan perkara
itu terlebih dahulu. Selang lima
belas minit kemudian
dia meminta izin
untuk naik ke
tingkat atas. Badannya yang
sudah melekit harus
dibersihkan.
Bunyi deruman
enjin memasuki perkarangan
rumah tiga tingkat
milik Tengku Faris. Tengku
Faris memandang isterinya
Zaleha. Apa yang dia
tahu anaknya awal
pagi sudah keluar
untuk ke Terengganu. Tapi bunyi
deruman enjin milik
anaknya jelas kedengaran
di garaj. Akbar di tangan
di lipat dan
di letakkan di
atas meja. Dia melihat kelibat
Razlan lima
minit kemudian. Wajah Razlan
yang masam mencuka diamatinya.
“Kamu ni masuk rumah tak tahu nak
beri salam ke?”
Marah ibunya. Dia cukup
pantang jika ada
orang masuk ke rumah
tanpa memberi salam
terlebih dahulu.
“Ya, mak. Assalamualaikum…” bentak
Razlan. Sambil menghempas kunci
kereta di meja
kopi. Dia melabuhkan punggungnya
di sofa bersebelahan
ayahnya.
“Waalaikumsalam…, kalau ya
pun jangan nak
buat muka kamu
tu dekat mak. Benci
mak melihatnya tahu,”
marah ibunya lagi.
Razlan hanya
menggaru kepala yang tidak
gatal. Terasa sakit telinganya
apabila mendengar bebelan
dari mulut ibunya. Jika
tidak berfikir yang
membebel itu ibunya. Mahu
penumbuk padunya hinggap
diwajahnya. Dia tidak suka
mendengar bebelan yang
entah apa-apa. Hatinya sudahlah
sakit di tambah lagi dengan bebelan
ibunya. Membuatkannya
bertambah tertekan.
“Kenapa dengan
kamu ni Razlan? Muka
kamu tu macam
ayam berak kapur
aja. Lagipun kamu kata
nak ke Terengganu
bercuti. Ni kamu balik
semula, ada barang
yang tertinggal ke?”
“Tak ada
barang yang tertinggal. Razlan malas
nak pergi. Duduk rumah
lagi baik,” ucapnya
hambar. Dia kemudian menjerit
memanggil pembantu rumah.
Tapi tiada respon.
“Bibikk…!!” jerit
Razlan lebih tinggi
dari tadi. Selang beberapa
minit kemudian seorang
pembantu rumah berlari
terkocoh-kocah ke hadapan.
“Ya, ada
apa tuan?”
“Kamu ni
pekak ke? Dari tadi
aku panggil kau
tak dengar? Kalau dah
pekak tak payah kerja
kat rumah ni
faham!!” tengking Razlan.
“Maaf tuan,
saya tak sengaja. Saya
di belakang tadi?”
“Saya dibelakang
tadi…, kalau aku cakap
jangan menjawab. Aku tak
suka dengan orang
yang suka menjawab. Dah
kau pergi belakang
buatkan aku air
oren, ingat jangan
tambah gula,” perintah
Razlan.
Perlakuannya itu
amat tidak menyenangkan kedua
ibubapanya. Mereka tidak pernah mengajar Razlan
untuk kurang ajar seperti itu. Ibunya memandang
wajah Razlan dengan wajah
menyinga.
“Razlan, mak
tak pernah ajar kamu
untuk kurang ajar tahu
tak? Dia kan
orang tua, hormat
sikit. Bukan kamu yang
bayar gaji dia. Nanti
mak nak kamu
minta maaf dengan
dia faham!!” Arah ibunya
lagi.
Razlan merenggus,
dia memekakkan telinganya. Hatinya benar-benar
sakit. Tengku Faris
hanya menggelengkan kepalanya, anaknya itu
memang degil dan
susah di atur
dari dulu. Entah apa
silap mereka berdua
dalam mendidik Razlan dia
sendiri tidak tahu. Selang
beberapa minit pembantu
rumahnya membawa segelas air oren.
Dengan tangan
menggigil, bibik Muna menyerahkan
gelas kepada Razlan
dengan tertib kemudian
berjalan semula ke dapur.
Razlan mengambilnya lalu
menghirupnya sehingga habis.
“Razlan, kalau ayah
tanya kamu jangan
marah ya?” ucapnya
lembut. Isterinya Zaleha hanya
diam. Hatinya benggkak dengan
tingkah anaknya.
“Ayah nak
tanya apa?” Jawab Razlan
acuh tak acuh. Dia
kemudian membuka salah
satu butang kemeja –tnya. Rasa berbahang
badannya walaupun dia
duduk di ruangan berhawa dingin.
“Apa tujuan
kamu ke sana ?
Kamu nak
bercuti atau mengikut
seseorang?”
“Apa masalah
ayah ni, Razlan
dah besar. Razlan akui, Razlan minta cuti
bukan untuk pergi bercuti tetapi
mengikuti seseorang. Dan
ayah tak
perlu tahu siapa
gerangan orang itu,” jawab
Razlan mendatar.
“Razlan, kamu
jangan cakap dengan kami yang kamu ikut
Qistina ke sana ?”Jerit
ibunya tiba-tiba.
“Mak, Razlan nak ikut dia
ke tidak. Itu Razlan
punya pasallah, bukan
Razlan susahkan orang pun,”
jawab Razlan tidak
mahu kalah.
“Kamu jangan
nak buat malu
keluarga. Qistina tu dah jadi
milik orang. Dia bukan
hak kamu. Dan kamu
jangan nak rosakkan
rumahtangga mereka. Ayah tak
pernah ajar kamu
buat benda tu
semua,” marah Tengku
Faris pula.
Dia memang tidak mahu hubungannya dengan Dato’ Razali musnah hanya kerana masalah anaknya. Dia memang ingin Qistina menjadi menantunya, tetapi Razlan yang meninggalkan Qistina tanpa khabar berita. Sekarang anaknya ingin merebut Qistina dari tangan Adam. Dia tak boleh biarkan perkara itu berlaku. Mahu diletak di mana mukanya nanti.
Dia memang tidak mahu hubungannya dengan Dato’ Razali musnah hanya kerana masalah anaknya. Dia memang ingin Qistina menjadi menantunya, tetapi Razlan yang meninggalkan Qistina tanpa khabar berita. Sekarang anaknya ingin merebut Qistina dari tangan Adam. Dia tak boleh biarkan perkara itu berlaku. Mahu diletak di mana mukanya nanti.
“Argh…Razlan tak
peduli, dia nak
tonggang terbalik ke apa ke? Yang
penting Qistina harus
jadi milik Razlan. Bukan Adam,
kalau tak dapat
cara baik, Razlan
akan dapatkan dengan
cara kasar. Kalau perlu
Razlan bunuh saja
si Adam tu. Biar
hati Razlan puas,”
Tengku Faris
dan isterinya Zaleha mengucap
panjang, mereka beristifar
berkali-kali. Anaknya itu memang
sudah sakit jiwa layaknya.
“Kamu jangan
nak jadi pembunuh
pula. Razlan, mak dan
ayah hantar kamu
belajar tinggi-tinggi untuk
jadi manusia berguna. Bukan jadi
pembunuh. Kamu lupakan saja
Qistina, banyak lagi
wanita baik dan
cantik di luar sana. Kamu tahu kan hukum
bagi orang yang membunuh?”
“Mak, peninglah
bila dengar mak
membebel. Razlan tak kisah
kalau kena hukum
sampai mati pun, asal
hajat Razlan tercapai. Apa
yang Razlan tahu, Razlan
mahukan dia.., dan
bukan wanita lain. Dan mak jangan
nak pandai-pandai cari
kan calon untuk
Razlan,” Jerit Razlan, Dia
kemudian bingkas bangun
dari duduknya dan
naik ke tinggkat atas. Daun
pintu kamar di
hempas kuat.
“Apa nak
jadi dengan Razlan
ni Leha, Risau saya
dibuatnya.”
“Entahlah bang,
nanti kita bincang
hal ni baik-baik
dengan Zali. Saya bimbang
kalau Razlan tu
nekad.” Ucap Zaleha
lembut.
Hatinya
berasa sedih dengan perlakuan
Razlan sebentar tadi. Andai
kata perkara itu
terjadi, di mana harus
diletak mukanya itu. Anak
yang dijaga dan
ditatang dengan baik
jadi pembunuh. Dia tidak
dapat membayangkan hal
itu. Mahu menangis dia rasa. Suami
dihadapannya ditenung. Dia tahu
suaminya juga pasti
kecewa seperti mana dia.
Razlan memang psiko!!!
ReplyDeleteKesian dekat Adam & Qairina....
ehehh..atiza bukan Qsirina tapi Qistina...ANYWAY TQ sebab sudi baca karya yang tak seberapa ni..
Delete