Bab 7
Malam itu
Adam dan Ikmal keluar
untuk mencari barang
keperluan mereka.Qistina nekad menghubungi
Razlan lewat telefon bimbitnya. Dia terpaksa
menghubungi Razlan kerana dia
tidak mahu Razlan
terus mengganggu hidupnya. Dia
ingin Razlan melupakannya
dan memulakan hidup
baru, tanpa dikejar bayang-bayang
dirinya.
Razlan yang
baru selesai mandi terdengar
bunyi deringan telefon
miliknya. Dia mencapai tuala
mandi yang telah
di sediakan di
situ dan berlari
keluar dari bilik
mandi untuk mendapatkan
telefon yang berada
di atas katil.
Razlan membaca
nama yang tertera
dipaparan skrin. Senyuman semakin
melebar sebaik saja nama Qistina
tertera di situ.
“Hello sayang,”
ucap Razlan lembut
dan manja sebaik
saja dia menekan butang hijau.
Qistina merasa
meluat dengan perkataan sayang yang baru
saja diucapkan kepadanya. Dia menguatkan
semangatnya seketika sambil
menarik nafas dalam-dalam.
“Tak payah
nak bersayang-sayang dengan
aku Razlan. Kita dah
tak ada apa-apa
hubungan. Aku milik Adam. Kau
tahu kan berdosa
besar bila kau
cuba mengganggu isteri orang,” ucap
Qistina mendatar dan hambar.
“Hurm… itu aku
tahu, tapi aku
tak peduli. Yang aku
tahu kau mesti
balik kepada aku. Kau
tak sesuai hidup dengan
lelaki macam tu. Apa
hebatnya dia? Kalau nak
dibandingkan dengan aku?”
ucap Razlan angkuh. Amarah yang
telah surut tadi
sudah mula panas
kembali.
“Dia memang
tidak sehebat atau sekaya
engkau. Tapi aku bersyukur
kerana dia seorang
suami yang baik
dan penyabar. Kau tidak
boleh menandingi dia. Apa
yang telah terjadi
antara kita dulu,
sudah lama berlalu,”
ucap Qistina sambil merendahkan suarannya.
Wajah Razlan
sudah berbahang panas. Dia
benci apabila Qistina
memuji Adam begitu. Dia
kacak, dia lelaki
kaya. Apa yang dia
mahu harus dia
dapatkan. Adam?Apa yang lelaki
itu punya? Hanya kerana dia
lelaki baik dan
penyabar? Jika Qistina mahu, dia akan jadi
lelaki seperti itu. Asal
Qistina kembali padanya.
“Hello..Razlan?? Kenapa kau
diam?” tanya Qistina
apabila tiada jawapan
yang di terima.
Razlan mengeluh,
“Kalau kau nak aku jadi macam tu, Aku boleh lakukannya untuk kau, asal kau kembali pada aku. Kau minta cerai, dan kita kahwin.” Ucap Razlan tanpa rasa bersalah.
“Kau gila
ke!! Bukan aku
seorang saja wanita
di dalam dunia
ni. Ada
banyak lagi di luar
sana tinggal
pilih. Kenapa kau nak
kejar aku juga?”
Marah Qistina tiba-tiba, geram
dia pada Razlan
sudah tidak terbendung
lagi.
“ Aku gila
sebab kau Qistina.
Kau tahu kenapa aku
kejar kau? Sebab
aku cintakan kau
tahu tak!! Sampai mati
pun aku akan
kejar kau,” tengking
Razlan emosi.
Qistina terkejut
kemudian mematikan telefon. Qistina menangis
tiba-tiba, rasa menyesal
mula terbit apabila
dia pernah menyintai
lelaki itu dulu. Razlan
cinta pertamanya dan
jejaka itu juga
yang menghancurkan impiannya. Sekarang dia
kembali. Pada siapa ingin
dia mengadu? Adam? Apa kata
Adam nanti? Dia bingkas
bangun dan mencuci
muka di dalam
bilik air. Setelah memastikan
wajahnya bersih dia
keluar ke beranda rumah
untuk mengambil angin.
Razlan membaling
telefon bimbitnya ke
lantai. Telefon
kesayangannya jatuh berkecai. Dia
bengang apabila Qistina
mematikan talian. Dia duduk
bertelugu sambil merenung
serpihan yang bertabur di lantai
dengan perasaan benci. Dia
menarik nafas dalam-dalam
sebelum bersiap-siap untuk
keluar.
Ikmal dan
Adam singgah untuk
minum sebentar. Barang belanjaan
mereka telah diletakkan
didalam but kereta
terlebih dahulu. Ikmal dan
Adam memilih gerai
yang berhampiran untuk mereka
minum.
“Eh kat
sini ada banyak
gerai? Kau nak pergi
yang mana satu?”
tanya Adam sambil
memandang deretan gerai
kecil di tepi
shopping compleks.
“Ah, aku
tak kisah. Tapi kalau
nak minum teh
tarik baik kita
pergi gerai yang itu?”
ucap Ikmal sambil menunjukkan
gerai mamak di lot
hujung.
Adam tersenyum
“Kenapa kau
tersenyum?” tanya Ikmal spontan.
“Kat gerai
lain tak ada
teh tarik ke?”
ucap Adam sambil
menepuk bahu Ikmal.
“Ala ,
ada juga cuma
tak berapa nak
sedap. Kalau nak minum teh tarik power kena
pi gerai mamak,
baru apa umph…,”
ucapnya lancar sambil
tertawa kecil.
“Ikut kau
lah Ikmal, asal kau
suka. Jangan dapat air
longkang sudah lah?”
“Kalau air
longkang aku pun
tak mahu,” ucap
Ikmal sambil menarik
bangku untuk dia
duduk.
“Mamak kasi
teh tarik dua…”
jerit Adam.
“Kuatnya suara
kau?”
“Kalau tak
kuat macamana dia
nak dengar. Kau tengok
lah tempat ni
bising depan sana tu
jalan raya besar.”
Ucap Adam sambil
memandang pemuda mamak
yang sedang membancuh
minuman.
Selang enam
minit minuman yang
di pesan tadi
sampai. Ikmal dan Adam
mengucapkan terima kasih. Ketika
pemuda itu ingin
berlalu, Ikmal pantas
memanggil.
“Tadi dia
jerit kuat, awak
tak marah ke?” tanya
Ikmal bodoh.
“Tak apa
saya tak marah. Ini
tempat bising, kalau
dia cakap macam
dalam kelambu, sampai
sekarang awak tak
dapat minum teh
tarik,” ucapnya sambil
tersenyum.
Adam
tergelak besar, Ikmal
memandang Adam sambil
menghirup teh di
dalam cawan.
“Suka benar
kau ketawa ya?”
“Habis tak
akan nak suruh
aku menangis pula?”
beritahu Adam sambil
memerhati persekitaran gerai
yang agak sibuk.
Sedang asyik
melihat-lihat, matanya tertacap pada
susuk tubuh tinggi
milik Razlan. Dia tesenyum
dan berjalan menghampiri
Adam. Ikmal yang sedang
minum tersedak apabila
Razlan menyebut namanya. Cepat-cepat Ikmal
mengelap mulutnya dengan tisu.
“Hai, berdua
saja ke?”
“Ya, kami
berdua saja.” Ucap
Adam lembut. Ikmal hanya
tersenyum sinis, dia memandang Razlan
dengan rasa meluat.
“Boleh aku
duduk,” ucapnya lembut.
“Duduklah Lan
kalau kau tak
malu,” jawab Ikmal
selamba tanpa memandang
wajah Razlan yang
sudah mula duduk.
“Seorang saja
ke?”
“Ya, aku
seorang saja, saja
jalan-jalan ambil angin, tekak
rasa haus aku
singgah ke sini. Eh,
ternampak kamu berdua
pula. Jadi boleh lah
kita bergabung,” ucapnya
ramah dan tersenyum.
Adam mengangukkan
kepalanya dan mengamati
wajah Razlan yang
cukup kacak. Kacak berbanding
dirinya, wajahnya bersih
tanpa cela, senyumannya
juga menawan selain
dari tinggi. Dia tidak
menafikan ketampanan Razlan,
tapi sayang kelakuannya
tidak menyenangkan.
“Macamana dengan
kehidupan kau sebagai
suami isteri? Tentu kau bahagia
kan ?” ucap
Razlan memancing emosi
Adam yang kelihatan
tenang bersahaja.
“Buat apa
kau nak tanya soalan
bodoh tu? Dah tentu
dia bahagia. Macam tak
ada soalan lain
kau nak tanya?”
marah Ikmal namun itonosinya
masih terkawal.
Razlan tersenyum,
“Maaflah jika
soalan itu adalah
soalan sensitive…” ucapnya
lembut sambil merenung
Adam.
“Tak mengapa. Aku bahagia hidup dengan
dia Lan. Kau macamana?”
“Aku macam
ini lah seperti
biasa, sibuk dengan
kerja. Tak ada masa
nak fikir soal
cintan cintun ni. Apa
yang aku tahu, aku
kena rajin bekerja, kasihan dengan
ayah aku tu. Aku
pun dah balik,
boleh lah dia
berehat nanti,” ucap
Razlan bermain kata.
Ikmal berasa
geli dengan ayat yang
baru saja dilontarkan. Adakan Razlan
fikir yang mereka
berdua ini dungu?
Yang tidak tahu
membezakan setiap kata-kata
yang benar dan
atau lakonan semata?. Razlan tidak
tahu bahawa Adam
sudah tahu siapa
dirinya. Dalam diam Ikmal
memuji sikap Adam
yang nampak cool
dan santai.
“Oh.., baguslah
kalau macam tu. Anak
yang soleh harus
membantu ibu bapannya
betul tak Adam? Bukan asyik sibuk
kejar isteri orang?”
sindir Ikmal selamba
sambil menatap anak
mata Razlan yang
kelihatan tajam.
“Betul tu,
tapi…” ayat itu
tidak dapat di
habiskan kerana Razlan
pantas memotong.
“Tapi apa
Adam?”
“Kau memang
kejar isteri orang
ke?” tanya Adam
bodoh. Dia sengaja berpura-pura
begitu. Dia tidak mahu
Razlan tahu bahawa
dia sudah lebih
tahu apa mahunya
Razlan.
“Hish…kau ni,
jangan percaya sangat
cakap si Ikmal ni. Buat apa
aku nak kejar
isteri orang, tak
ada faedah pun. Lagipun
aku ni masih
tahu hukum agama. Dari
aku kejar isteri
orang baik aku
cari anak dara. Ramai lagi
dekat luar tu
yang nak kan
aku. Tinggal nak dengan
tak nak aje,”
Ikmal ketawa
gelihati. Dia tidak menyangka
bahawa Razlan boleh menjadi
pelakon terhandal di Malaysia. Tahu hukum
agama konon. Tapi hakikatnya
dia masih memburu Qistina.
“Wow!! Tak pandang
isteri orang? Boleh percaya
ke?” ucap Ikmal dalam
sisa tawanya.
“Ikmal, kalau kau
tak percaya sudah,”
ucap Razlan lembut
dan hambar.
Ikmal hanya
mencebik. Adam pula hanya
tenang dari tadi. Ketenangan Adam
membuatkan Razlan semakin
tidak sebulu. Dia benci
dengan raut wajah Adam
yang tampak tenang. Lelaki itu
tidak seperti Ikmal yang
jelas senang di ramal. Adam? Dia tidak
tahu, apa yang
ada di fikiran
jejaka itu. Wajahnya jelas
tidak menunjukkan kebencian
kepadanya.
Argh…tak mengapa. Aku
akan cari jalan
bagaimana, untuk aku
menghancurkan hidup mereka. Aku tahu Adam bukannya
malaikat. Dia juga manusia
biasa yang akan
kalah dengan hawa
nafsu.
Adam menghabiskan
teh tarik dan
meminta izin untuk
pulang ke rumah. Razlan
membayar harga minuman
mereka. Sebelum mereka berpecah,
Adam dan Ikmal
mengucapkan terima kasih.
Dan Razlan menyambutnya
dengan senyuman dibibir.
Adam dan
Ikmal berjalan menuju
ke tempat parkir. Lima
minit kemudian mereka
sampai dan masuk
ke dalam kendeaan
mewah bewarna putih. Kenderaan itu
adalah milik Qistina dan
Qistina membenarkan Adam
untuk menggunakannya.
Ikmal membuka radio dan lagu Hampa nyanyi Toki berkumandang.
“Adam kau
ni, baguslah…”
“Bagus apanya? Aku
tak faham,” ucap
Adam sambil memasukkan
gear.
“Ya lah, kau
nampak tenang. Macam tak
ada apa-apa yang berlaku. Kalau aku
jadi kau dah
lama si Razlan
tu kena penumbuk
aku,”
“Habis kau
nak aku jadi
macam kau. Tumbuk muka
dia? Itu kan
tempat awam,” Adam berkata
lembut.
Ikmal memandang
Adam sekilas.
“Aku tahu kau tak
macam aku, itu sebab
aku kagum dengan
kau. Kau nampak tenang,
patutlah Qistina tu
boleh jadi jinak
dan lembut pada
kau. Kau memang orang yang
penyabar. Aku akui aku
tidak seperti itu.”
“Tak, payah kau
fikir macam-macam. Walaupun aku
ini kelihatan seperti
orang yang sabar. Aku
tetap manusia biasa. Kalau
tidak sekarang pasti
akan ada kesilapan
yang akan aku
lakukan,” tuturnya lagi.
“Hish…kau ni, macam
tahu sesuatu aja? Cuba
kau cerita dekat
aku manalah tahu
aku boleh tolong?”
“Tak
ada apa-apalah,” ucap
Adam sambil menumpukan
perhatiannya di jalan.
Razlan
tiba di rumah
selepas satu jam. Dia
tahu ibu dan
ayahnya pasti belum tidur. Razlan membuka
pintu dan berjalan
naik ke tingkat
atas. Pintu Kamar di
buka dan Razlan
mencari buku telefon yang
berada didalam laci. Setelah
puas mencari akhirnya
buku bewarna biru tua
itu di keluarkan. Razlan mengambilnya dan duduk bersila
di atas tilam
sambil membuka helaian demi
helaian. Dia mencari nama wanita
cantik yang pernah
di kenali sewaktu
dia tinggal di Paris.
‘Ah.., Zeaty. Ada pun
ingat tak ada
tadi.’ Gumamnya sendiri
apabila nama gadis itu dijumpai
pada helaian terakhir.
Razlan mengambil
telefon bimbit yang
baru di beli
tadi. Dengan pantas dia
mendail nombor telefon
tersebut.
“ Zeaty!! Telefon kau
berbunyi ni. Angkatlah bingit
telinga aku dengar,”
beritahu sofia rakan
serumahnya.
“Jap, aku
datang ni,”
Zeaty yang
sedang makan cepat-cepat
mencuci tangan dan
berlari ke ruang
tamu. Telefon bimbit di atas
meja kopi di
capai. Dia melihat paparan
skrin tapi tiada
nama yang tertera
di situ.
“Hello.., nak
cakap dengan siapa?”
tanya Zeaty apabila
mendengar suara di sebelah
sana .
“Saya nak
bercakap dengan Zeaty? Dia ada?”
“Ya saya
Zeaty? Awak siapa dan dari mana awak dapat
nombor telefon saya?” soal Zeaty bertubi-tubi.
Razlan tersenyum
lebar. Ternyata gadis itu
masih menggunakan nombor
telefon yang sama.
“Aku ni,
Razlan, kau ingat tak?”
“Razlan? Razlan mana
satu ni?” tanya
Zeaty sambil mengingati sesuatu.
“Ala ,
akulah Tengku Razlan. Kau ingat
tak? Hish..berapa banyak
Razlan yang kau kenal
waktu kau di Paris
Zeaty?” marah Razlan.
“Oh…Lan yang
playboy tu ke? Sorry aku
terlupa. Jangan marah okey, Ada
apa kau telefon
aku malam-malam ni?
Aku nak makan
pun tak senang,”
“Besok kita
jumpa boleh?”
“Jumpa? Kau dah
balik Malaysia ke?”
“Kalau kau
nak tahu bila,
nanti kau boleh
tanya esok. Apa yang
aku tahu esok
boleh aku jumpa
kau tak?”
Zeaty terdiam
seketika. Dia cuba mengingati
jadualnya untuk esok.
“Kau nak
jumpa aku bila
dan pukul berapa?”
“Aku nak
jumpa kau pukul
dua nanti. Tempatnya aku
beritahu kau kemudian.”
Ucap Razlan lagi.
“Hurmm…baiklah, anything
roger or sms
aku ya,”
“Baik, esok
aku sms kau,”
setelah mendapat maklum balas Zeaty mematikan
talian. Dan kembali semula
ke dapur.
Razlan ni x de orang lain ke nak???
ReplyDeleteSampai bini orang pun nak kejar....
eheheh...Jangan emosi ya atiza...dia ni memang keparat..nanti dia upah orang untuk buat Qistina cemburu..ehehh..kalau nak tahu baca bab seterusnya ya ...thanks koz sudi baca ;)
ReplyDelete