Razlan tahu
bahawa kekasih hatinya serta
Sarah akan berbulan
madu di Terengganu
esok. Berita itu telah
dikabarkan oleh ayahnya
pagi tadi. Razlan yang
tidak senang dengan
berita itu bertekad
akan pergi ke
sana juga untuk mengganggu keharmonian
Qistina. Dia tidak akan
berdiam diri. Qistina miliknya,
bukan Dewa. Dia juga
meminta cuti rehat
selama dua minggu
dari ayahnya. Ayahnya Datuk
Fariz juga tidak keberatan untuk
mengizinkan anaknya untuk
bercuti.
Razlan menghantar
sms di nombor
talian Qistina. Dia tahu
wanita kesayangannya masih
menggunakan nombor talian
yang sama seperti
dahulu. Setelah menaip Razlan
segera menekan butang
hantar. Dengan sengihan
panjang Razlan berjalan
sambil melabuhkan punggungnya
di sofa kulit
di ruang pejabatnya.
Qistina mendapat
isyarat pesanan ringkas
pada telefon miliknya
tika Adam sedang
berada di kamar
mandi. Qistina membaca isi
kandungan pesanan tersebut. Dengan pantas
Qistina berlari keluar
kamar untuk mencari
Sarah. Hatinya kecut tidak
keruan apabila membaca
isi kandungan yang
akan mengganggu hubungan
mereka.
“Yang kau
berlari macam nampak
hantu ni kenapa?”
“Kau baca
ni, Razlan hantar
kat aku,” ucapnya
sambil menghulurkan telefon
miliknya.
Sarah mengambil
dan membaca isi
pesanan.
Sayang kau tidak
akan dapat lari kemana-mana.
Walau ke
Terengganu atau ke
kutub utara sekali pun
Aku akan
dapatkan apa yang
aku mahu. Aku tidak
bersalah
dan jika
itu berlaku, kesalahan
itu adalah kerana
kau Tina.
Kau khianati
aku. Aku akan membalasnya. Kau milikku
seutuhnya.
Dahi Sarah
berkerut seribu. Dia memberikan
telefon serta memandang wajah sepupunya yang
sudah berpeluh-peluh.
“Macamana Razlan
tahu?”
“Entah aku
rasa ayah memberitahu
Tengku Fariz kot, entahlah
aku tak boleh
nak fikir apa-apa
lagi. Aku takutlah Sarah,”
ucapnya sambil memandang
pintu kamar biliknya
yang tidak jauh
darinya.
“Aku rasa
baik kau beritahu
suami kau. Aku juga risau. Pasti
dia akan mengekori kita. Nanti
aku beritahu Ikmal. Kita
bincang tengok apa
yang boleh kita
lakukan nanti.”
“Memanglah tapi
aku takut nak
beritahu dia. Kami baru
ingin bahagia, aku
tak mahu rosakkan
kebahagiaan aku hanya
kerana celaka ni,”
“Kalau kau
tak mahu beritahu, lagi kita susah. Kau
kan tahu Razlan dia tak akan biarkan
kau bahagia. Dah terang- terang dia
kata kau tu
milik seutuhnya bukannya
Adam. Tak akan kau
nak diam aja,”
marah Sarah.
Tidak semena-semena
Ikmal berdiri terpacak
di belakang Qistina. Entah bila
dia berdiri di
situ. Mereka pun tak
pasti.
“Betul kata
Sarah tu. Aku rasa tak
sedap hatilah. Ada
baiknya kalau kita
beritahu Adam perkara
sebenarnya. Jangan kau fikir
perkara negative kau
kena fikir perkara
positif, Adam tidak
akan marah, percayalah.”
“ Nanti aku
fikirkan..” putus Qistina
sambil berlalu pergi.
Ikmal dan
Sarah menjungkit bahu. Mereka
tahu siapa Qistina,
wanita yang tegas
itu adakala berjiwa
lembik dan penakut
orangnnya. Dia pasti jika
Qistina berdiam diri dia
akan di timpa
bencana kehancuran rumah
tangganya.
“Abang macamana ni, saya risau lah. Razlan tetap
mahukan Qistina kembali,” adu
Sarah kepada suaminya.
“Kalau Qistina
tak mahu beritahu
Adam, biar kita yang
beritahu, Saya tak mahu
ambil risiko yang
akan memusnakan hidupnya
kelak. Kita keluar berdua
kemudian ajak Adam. Kita jumpa kita di
café.”
“Qistina mesti
nak ikut. Tak mungkin
dia akan biarkan
Adam pergi sendiri,”
ucapnya perlahan.
“Saya yakin
Qistina tidak akan
ikut?”
“Kenapa sayang
cakap macam tu?”
“Kita kan tahu
Qistina itu bagaimana
orangnya. Dia tidak akan
ada hati untuk
keluar jika dia
sedang di timpa
masalah. Sarah tak akan
tak tahu perangainya
yang satu tu?”
Sarah mengingati
sesuatu, selang beberapa
saat dia tersenyum. Ya
Qistina tak akan
keluar.
“Bagus juga
idea sayang tu. Tapi
kita kena minta
Adam untuk merahsiakannya. Jangan sampai
Qistina tahu. Kalau tidak
mengamuk minah tu
nanti.”
Adam hairan
dengan isteri kesayangannya
yang duduk termenung
sejak dari pagi
tadi. Lama di perhatikan sikap
isterinya, sepatah di
tanya sepatah juga
dijawab. Ingin bertanya dia
tidak sampai hati. Dia
tahu isterinya itu
ada masalah. Tapi biarlah, jika
isterinya ingin bercerita,
dia sedia mendengarnya
dan membantunya. Adam meminita
izin untuk keluar
sebentar. Qistina hanya angguk
kepala. Adam yang ingin
membawanya keluar bersama.
Tetapi isterinya mahu
berehat dirumah. Adam hanya
diam dan bersiap-siap
untuk ke café.
Adam keluar
hanya mengenakan T-shirt
jenama polo coklat
terang di padan
dengan jeans bewarna
putih. Agak ringkas dan
kasual. Setengah jam memandu
akhirnya Adam sampai
di tempat yang Ikmal
cadangkan. Adam keluar dari
kereta setelah mendapat
parkir kenderaan.
“Ada apa
nak jumpa ni,
macam tak boleh
nak jumpa kat
rumah aja. Kan kita
tinggal sebumbung?” Tanya
Adam sambil tersenyum.
“Saja nak
jumpa kat luar, senang
sikit nak cerita,”
“Apa yang
nak di ceritakan. Nampak macam penting, air muka
kamu berdua ni, macam
ada yang tak
kena. Cuba kau berdua
cerita. Aku risaulah.
Qistina duduk termenung,
kamu berdua pula macam cacing
kepanasan lagaknya.” Ucap Adam
bersahaja. Dia kemudian memesan
minuman dari pelayan
yang kebetulan lewat
di mejanya.
“Aku nak
cerita pun salah,
tak cerita pun
salah. Kami berdua risau
sebenarnya. Dan aku juga
bimbang jika kau
tak dapat terima
apa yang kami
akan beritahu kau.”
“Ish..kau berdua
ni, buat kecut perut
aku aja. Cuba kau
cakap, jangan buat
aku tertanya-tanya boleh tak?” Adam
bertanya selamba.
Sarah dan
Ikmal terdiam sebentar,masih berkira-kira
untuk bercerita perihal
sebenarnya. Adam memandang wajah
mereka silih berganti sambil
menanti bicara dari
mereka berdua. Sarah yang
sudah tidak keruan
menguis kaki suaminya
agar memulakan bicara.
Ikmal berdehem
berkali-kali. Terasa seperti ada
sesuatu yang tersekat
dikerongkongnya. Adam pula menanti
dengan penuh sabar. Selang
beberapa minit pelayan
menatang minuman yang
telah dipesan oleh
Adam.
“Begini, aku
harap kau boleh mendengarnya
dengan tenang. Jangan potong percakapan
aku. Dan dengar dengan
jelas dan jangan
salah faham. Kau boleh
tanya semua soalan setelah cerita
aku tamat, okey?”
“Baiklah aku
faham.” Ucap Adam
sambil menghirup minumannya.
“Macam ni,
kau kenal Razlan
kenalan kami itu
kan?”
Adam cuma
menganggukkan kepala. Sarah
tersengih sumbing sambil
menanti cerita seterusnya
dari suami tersayang.
“Razlan tu
sebenarnya kekasih Qistina.”
Adam terkejut
besar jantungnya berdegup
kencang. Ayat kekasih itu
seperti menggangu emosi. Namun
dia harus sabar
menanti. Pasti ada sesuatu
yang tidak kena diantara
mereka berdua. Sarah yang
duduk memerhati memandang
riak wajah Adam. Dia
dapat rasakan perubahan
wajah Adam yang
mendadak berubah. Namun dia
tahu Adam lelaki
yang cukup matang. Walaupun hatinya sendiri berasa
sangat bimbang jika
akan ada pertelingkahan terhadap
mereka bertiga nanti.
“Tapi aku
harap kau mengerti. Razlan dan
Qistina itu pernah
bercinta selama empat tahun
semasa kami sama-sama
menuntut di Paris. Aku
dan Sarah sebenarnya
juga tidak menggemari
sikap buruk Razlan
sejak dari dulu. Namun
seperti yang kau
tahu, Qistina orang
yang sangat susah
di atur. Jika hati sudah
berkenan, semuanya nampak
baik di matanya.”
Ikmal berhenti bercerita
sambil menyedut minumannya
kemudian menyambung kembali.
“Sewaktu mereka
berdua bercinta, kami
berdua jarang mahu
ambil tahu perihal
mereka berdua. Jika Qistina
bercerita kami hanya
mendengar tanpa mengulas
apa-apa mengenai hubungan
mereka. Kami tak berani
bersuara. Kalau di tegur
Qistina nekad untuk
keluar dari rumah
dan tinggal bersama
Razlan. Sarah tidak mahu
perkara itu terjadi, kerana sudah
berjanji dengan Dato’ Razali untuk
menjaganya. Sewaktu tamat pengajian,
Qistina meminta Razlan
untuk turut serta pulang
ke Malaysia bersama
kami. Tetapi Razlan menolak kasar. Katanya dia
ingin hidup bebas
tanpa kongkongan keluarga
dan ingin bekerja
di Paris. Qistina nekad
pulang ke Malaysia
bersama kami. Dan hubungan
mereka itu seperti
tergantung. Lama Qistina menanti
sehingga Dato’ Razali menikahkan
kau dengan anaknya.”
“Oh…, jadi apa
status mereka sekarang?”
Tanya Adam tenang
dan bersahaja.
“Hubungan mereka
sudah tamat Abang Adam. Sejak kamu
berdua berkahwin, Kenapa tanya
soalan dungu tu
pula,” ucap Sarah
lancar. Kek coklat di
piring disua ke mulutnya.
“Sarah jangan
lah marah, abang tanya saja. Hati risau
hanya ALLAH saja yang
tahu,”
“Itu bukan masalahnya Adam. Masalahnya Qistina berasa serba salah.”
“Serba salah? Kenapa
pula berasa bersalah?”
“Qistina bercinta
dengan Razlan, dan Razlan
tidak mengabarkan berita
atau memberi apa-apa
status hubungan mereka
setelah Qistina pulang
ke sini. Setelah tiga
tahun menunggu. Qistina memutuskan
bahawa hubungannya telah
berakhir. Dan sekarang Qistina
bingung, adakah dia
masih kekasih Razlan
atau bukan? Kerana Razlan
berkata bahawa Qistina
mengkhianatinya.”
“Jadi, Qistina keliru
sekarang. Dia sayangkan abang. Tapi
dia tidak menduga bahawa
Razlan akan pulang
selepas lapan tahun dan
menyaksikan majlis perkahwinannya dengan
abang tempohari,” ucap Sarah
petah.
“Oh…patutlah Qistina
diam saja.” Adam
berkata lemah.
“Jangan kau
fikir yang bukan-bukan
Adam. Qistina sudah buang
Razlan jauh-jauh. Apa yang
ada hanya kau. Aku
berharap kau akan
menjaganya dengan baik. Dan
apa yang telah
kau tahu, aku
harap kau simpan
menjadi rahsia kita
bertiga.”
“Baiklah, tetapi
kenapa dia tidak
mahu bercerita denganku?”
“Kami berdua
dah pesan. Katanya belum
tiba masanya lagi. Dia tidak
mahu kamu menjauhkan
diri darinya. Lagipun dia
tidak mahu kamu terluka
lagi. Tapi kami berdua
bimbang dengan hubungan
kamu berdua. Kami tahu
benar sikap Razlan
yang bermuka dua itu. Tambah
lagi, setelah kami
tahu ugtan Razlan
kepada Qistina pagi
tadi.” Ucap Ikmal sambil
merenung Adam dihadapannya.
“Ugutan??”
“Ya.. ugutan yang
Qistina itu hanya
milik seutuhnya. Bukan milik abang Adam. Dan dia
juga pernah memberitahu
Qistina jika dia
tidak dapat secara
baik. Dia akan dapatkan
secara kasar. Apapun Sarah
harap Abang berhati-hati. Razlan sanggup
buat apa saja
asal hajatnya tercapai,”
terang Sarah panjang
lebar.
“Oh…, patutlah
Qistina diam seribu
bahasa. Air mukanya
terlihat keruh. Sekarang abang
sudah tahu sebabnya. Tak
mengapa, abang terima
semua masa lalunya
dan tidak akan
perpanjangkan kisah lalu
dia. Jika Razlan mahukan
Qistina biar dia langkah dulu mayat
abang Sarah.”
Dia tidak
akan benarkan Razlan mengganggu
isterinya. Dia harus berhati-hati
mulai sekarang. Jika Razlan
bermuka dua. Dia juga
boleh lakukannya. Qistina miliknya
bukan milik Razlan. Dia
lebih sayangkan Qistina melebihi
nyawanya.
“Sekarang hati
kami agak lega. Kamu
dah tahu perkara
sebenar Cuma kamu
berdua harus berhati-hati. Kami berdua
akan bantu kamu
berdua, dan jangan
risau sangat ya,”
beritahu Ikmal sambil
menepuk bahu Adam
lembut.
Adam tersenyum,
air mukanya kembali
ceria. Dia akan melindungi
Qistina walau apa
yang terjadi. Setelah semuanya
selesai. Mereka bertiga berjalan-jalan di
sekitar Bandar untuk
membeli barang keperluan.
Sewaktu membeli belah
mereka terserempak dengan
Razlan yang baru
keluar dari butik
pakaian. Razlan menegur mereka
bertiga.
“Hai,
Adam seorang saja. Qistina
mana?” Tanya Razlan
selamba tanpa rasa
bersalah.
“Hi Razlan,
Qistina tak mahu
ikut. Dia ada di rumah
temankan ayah. Tak kerja
ke?”
“Kerja, tapi
saya keluar kejap
nak belikan hadiah
buat teman. Tak mengapalah
saya gerak dulu. Jumpa
lain kali okey,
Sarah, Ikmal selamat bercuti ya?” ucapnya
sambil menghayunkan langkah
menuju tangga bergerak.
“Hish..benci betul
Sarah tengok muka
talam ubi tu, macam
nak cekik-cekik sampai
hilang nyawanya.”
“Sabar Sarah,
abang tahu nak buat
apa nanti. Jom
kita beli baju
kat dalam tu. Nampak macam
cantik-cantik aja.” Tuturnya
sambil mengatur langkah. Ikmal dan
Sarah hanya membuntuti
Adam dari belakang.
Qistina duduk
berehat di laman
rumah. Sengaja mengambil
angin luar. Daripada dia
terus duduk terperuk
didalam bilik. Lebih baik dia
mengambil udara segar. Otaknya sudah
tidak dapat berfikir
lagi. Lagi difikir lagi
sakit kepalanya. Jika Razlan
menghubunginya dia nekad untuk
bertemu dengan Razlan. Dia
tidak mahu perkahwinan
yang dibina itu
hancur kerana ulah
Razlan. Dia tidak bersalah, yang bersalah
itu Razlan. Razlan puncanya,
bukan dia.
‘Adam,
berseronoklah dahulu dengan
isteri kau tu. Aku
akan menghancurkan hidup kau
perlahan-lahan. Qistina…Qistina
jangan pernah bermimpi
untuk mengejar bahagia. Aku
akan musnahkan semua
angan-angan kau. Kau tidak
layak untuknya.’ Gumam
Razlan sendiri.
Dato’ Razali
memerhati Qistina dari
beranda rumah. Dia hairan
dengan perubahan sikap
anaknya itu. Sejak kemunculan
Razlan di majlis
perkahwinan anaknya. Qistina jadi
pendiam. Raut wajahnya tidak lagi
ceria. Dia juga sebenarnya
terkejut dengan kehadiran
Razlan hari itu. Apa
yang dia tahu
dari sahabatnya itu. Razlan membuat
keputusan untuk tinggal
di Paris. Qistina
juga memaklumkan hal
yang sama padanya
suatu waktu dahulu. Dato’ Razali turun
ke tinggkat bawah untuk
bertemu Qistina di
laman.
Bahu Qistina di tepuk
lembut oleh ayahnya ketika
dia sedang asyik
mengelamun. Qistina hanya tersenyum
hambar sambil mempersilakan ayahnya
untuk duduk disampingnya. Wajahnya agak
kusut. Kusut bukan kerna
ketiadaan Adam, tapi ugutan
yang diterima pagi
tadi itu benar-benar
mengganggu emosinya.
“Kenapa kamu
termenung ni?”
“Tak ada
apa-apa ayah. Qistina okey
aja. Kenapa ayah tanya
macam tu?”
“Tak perlu
kamu tipu ayah. Ayah tahu kamu
itu seperti apa. Kamu
fikirkan Razlan betul
tak tekaan ayah?”
Qistina menghela
nafas panjang. Hembusan angin
yang menampar wajahnya
itu amat menyenangkan
hatinya, walau untuk
seketika.
“Entahlah ayah, Qistina
tak tahu nak
cakap apa. Cuma Qistina
terkejut saja. Katanya dulu
tak mahu pulang
ke Malaysia. Sekarang selepas
lapan tahun dia
tiba-tiba muncul pula.”
“Biasalah, kita ini
tetap orang Malaysia. Indah, cantik
atau modennya tempat
orang. Lebih baik lagi
kita di Negara
sendiri. Di sana kita
tetap pendatang. Tiada keistimewaan
kita di sana. Sungguh
pun kita telah
lama menetap di
sana kita tetap
orang asing Qistina.Mungkin Razlan
sudah menyedari akan
hal itu. Jadi dia
pulang ke tanah sendiri.”
Ucap ayahnya panjang
lebar.
“Mungkin apa
yang ayah cakap itu ada
benarnya. Tapi kalau sebab
lain macamana?”
“Tak mungkin kerana
Qistina. Kalau betul pun
sebab anak ayah
yang satu ni, ia
tidak akan terjadi.
Kamu sudah dimiliki
orang. Dia sudah tidak
layak untuk mendapatkan
kamu.”
Qistina menghirup air
kopi yang di
buat oleh pembantu
rumahnya. Dato’ Razali hanya diam
memerhati.
“Qistina, ada
apa-apa yang perlu
ayah tahu tentang
kamu berdua?Maksud ayah
kamu dan Razlan?”
“Peliklah ayah ni. Tiba-tiba pula
ayah tanya?” Qistina
menjawab sambil tertawa
hambar.
“Tak adalah
apa-apa yang berlaku. Qistina dah
lama putus dengan
Razlan. Ayah pun tahu
kan?”
“Ayah tahu. Tapi
dia tak ada
hubungi kamu ke
selepas dia datang ke
majlis kamu tempohari?”
Qistina diam seribu bahasa. Dia tidak akan mungkin bercerita akan hal yang sebenar. Dia akan menceritakan hal itu setelah masalahnya dan Razlan selesai. Tapi bila? Dia sendiri tidak tahu, perasaan bimbang semakin bermaharajalela. Apatah lagi pandangan mata ayahnya itu seolah-olah mengetahui sesuatu. Atau hanya firasatnya yang salah.
“Kenapa kamu
diam? Ayah pasti
dia ada hubungi
kamu beberapa hari
ni kan?”
“Argh…ayah ni,
pandai-pandai saja. Mana ada
lagipun dia tak
akan ambil risiko
ganggu isteri oranglah
ayah. Jadi, ayah jangan
fikir hal yang
bukan-bukan. Nanti Adam fikir
apa pula,”
“Kamu
nampak lain sejak
dari semalam. Ayah perasan
perubahan kamu tu. Ayah
juga dapat rasakan
perubahan Sarah dan Ikmal. Cuma Adam
yang terlihat tenang. Jika
kamu terus diam
begini. Ayah bimbang jika
Adam akan curiga pada kamu. Ingat!! Jaga keharmonian
rumah tangga kamu. Ayah
tak mahu jadi
apa-apa pada kamu berdua.”
Qistina hanya menganggukkan
kepalanya. Hatinya
berdebar-debar, dia tahu
dia tidak boleh
menyimpan rahsia itu
lama-lama. Dia tidak mahu
ambil risiko.
“Ikmal, banyaknya
barang kau beli?”
tanya Adam yang
menunggu mereka berdua diluar supermarket.
“Kau macam
tak tahu. Sarah ni, bukan
tunjuk belajar urutan tunjuk
langit. Tapi tunjuk sana tunjuk
sini. Barang-barang yang dia
nak makan semua
di tunjuknya. Macam kat
butik-butik yang kita
masuk tadilah. Tak beli
nanti muncung dia
panjang berdepa-depa.”
“Sayang!! Melampau betullah. Okey kalau Sarah
masak atau makan
benda ni semua
jangan kecek dengan
Sarah. Kalau nak beli
sendiri,” ucapnya dengan
nada merajuk yang
di buat-buat.
“Nak merajuk
konon. Jom Adam kita tingalkan minah
ni. Kita balik berdua
naik kereta. Biar dia
naik teksi.”
“Oh..terlupa sesuatu lah
tu. Bukan Sarah yang
balik naik teksi. Sayang
yang balik naik teksi. Kunci kereta
kan ada pada
Sarah.” Ucap Sarah sambil menunjukkan
kunci kereta dihadapan
Ikmal.
Ikmal garu
kepala sambil tersengih.
“Sayang janganlah
marah abang gurau
ajalah. Abang tak akan
tinggalkan bini cantik macam
ni seorang diri.”
“Alasan aja
tu. Tahu takut? Dah jom kita balik
rumah.” Ucap Sarah
sambil menghayun langkahnya
laju kehadapan meninggalkan
suaminya dan Adam
dibelakang.
“Ala, Adam
bukan aku yang
takut. Dia tu yang
takut kalau aku naik
teksi dah sah-sah aku
kena ngurat dengan
awek lain. Dia mana
boleh jauh dari aku. Menangis
tonggeng-tonggeng nanti,” ucapnya
berbisik.
“Pandailah tu. Kau
dengan dia sama
saja kot,” ucap
Adam sambil tersenyum lebar.
Mereka bertiga
sampai di ruma tepat jam 6.30 petang. Rumah
itu terlihat sunyi dan sepi. Sewaktu
mereka keluar Dato' Razali
ada di rumah bersama
Qistina, kini bayang
mereka pun tidak nampak. Sarah memandang
Adam yang baru saja
meletakkan barang-barang
belanja di atas
sofa. Dia melihat sekeliling,
selang beberapa minit
dia ternampak kelibat
pembantu rumah ayahnya.
“Cik Midah,
nampak ayah dan
Qistina? Senyap saja, Kemana
mereka pergi?”
“Oh, ada
tu di luar,
dekat dengan taman. Kamu
cuba tengok dekat
sana?”
“Baiklah, terima
kasih ya,” ucap
Adam sambil menghayun langkah ke
luar rumah.
Betul seperti
kata mak cik Midah. Mereka berdua
sedang duduk berbual. Entah apa
yang dibualkan dia
sendiri tak tahu. Senyuman terukir dibibirnya. Qistina memandang wajah
suami tersayang dengan
senyuman manis. Dia bangun
mendapatkan Adam yang sedang
berjalan ke arah mereka.
“Dah lama
abang sampai?”
“Tak adalah
lama, baru saja
sampai. Lama abang
tinggalkan Qish, Qish tak
risau ke?” ucap
Adam sambil duduk
bersebelahan mertuanya.
“Qish nak
risau buat apa pula? Lagipun Qish tahu
abang tu bukan lelaki gatal pun. Walau abang
pergi jauh, abang
tetap sayang pada
Qish, betul tak?”
“Pandainya Qish,
abang memang sayang
Qish seorang saja
tau.” beritahu Adam sambil
mencuit batang hidung
isterinya.
“Jom kita
masuk, dah nak
lewat ni. Tak elok
lama-lama duduk diluar,”
ucap Dato' Razali sambil
bangun.
Mereka berdua
hanya mengikut arahan. Adam memaut lengan
isterinya, Qistina senang diperlakukan
begitu. Dia rasa sangat bahagia. Namun hatinya
berdetik bimbang. Razlan akan
memburunya. Dia resah memikirkan
hal itu.
“Sayang,
saya masuk dululah
nak mandi. Badan dah melekit. Nanti bawakan
barang-barang ni ke
atas ya,” ucap
Sarah lancar.
Ikmal hanya
tersengih dia kemudian duduk
sebentar di ruang tamu
untuk menonton televisyen.
No comments:
Post a Comment