Zarina yang mendengar segera memandang wajah adik iparnya. Di teliti paras
wajah tampan tersebut, ternyata apa yang di katakan oleh suaminya benar. Tadi
dia memang tidak perasan dengan perubahan itu.
“ Ya lah Fizzi bila masa kamu cukur jambang kamu tu ?” Zarina bertanya hairan.
“ Tengahari tadi kak.” Lukman menjawab ringkas.
“ Macam ini baru Lukman Hafizi nampak bersih dan kacak, kalau tidak dah
macam orang mati bini layaknya.
“Siapa yang buat Fizzi berubah jadi asal ni ?”tutur Zarina lembut.
“Urmmm… adalah hamba Allah tue kak.” Lukman berkata sambil menghirup kopi
panas. Zarina dan Hafizal merenung Lukman lama hati mereka bergelodak ingin
tahu siapa orang yang dimaksudkan.
“ Eh… diam pula abang dengan kakak ni. Kenapa nak tahu sangat ke?tutur Lukman semula.
“Pak usu huhuhu… kita orang dah jumpa terima kasih ya.”tutur Amar sambil
mengunjukkan bungkusan coklat ditangannya.
“ Ewah kalau pasal coklat laju aja dia cari. Makan coklat tu bagi sama banyak
dengan adik tahu.” beritahu Lukman kepada anak buahnya.
“Fizzi cuba cakap siapa dia, tapi pada firasat akaklah tentu dia seorang wanita.”
kata Zarina.
“Kalau perempuan lain tidak apa, jangan si puaka Liana itu sudahlah.” sindir Hafizal.
“Hehehe kalau perempuan tu memang betul kak apa yang pasti dia bukan Liana.”
tutur Lukman bersahaja.
“Akak tak kawan Fizzi doktor Nizam tu?”Lukman bertanya agar kakak iparnya itu ingat.
“Kenal, kenapa dengan dia?” Zarina bertanya.
“Akak kan pernah pergi klinik dia kan . Akak kenal tak dengan salah seorang staff dia tu.”
“Ialah akak tahu,tetapi Nizam ada ramai pekerja jadi yang mana satu?”tutur Zarina sambil cuba mengingati setiap wajah pekerja yang ada di situ.
“Akak ni, apalah dia staff yang paling lama dekat situ takkan akak lupa pula.”
“Maksud Fizzi, Sheda ke ?”Zarina terkedu.
“Ya kakak memang pandailah.”Lukman memuji.
“Sekarang kau bercinta dengan dia ke?” celah Hafizal yang sememangnya mengenali Sheda.
“ Tak adalah, apalah abang ni, kami baru berkawan rasa terlalu awal untuk saya jatuh cinta kepada dia .”Lukman berterus terang.
“ Baguslah kalau macam tu,lupakan saja Liana. Buka pintu hati kau itu untuk orang lain .”Hafizal menasihati .
“Fizzi tahu tapi semua ini ambil masa. Buat masa ini apa yang boleh Fizzi
beritahu, Fizzi selesa berkawan dengan dia. Walaupun adakala dia nampak sombong namun mempunyai hati yang mulia.
“Malam ni kamu balik rumah kamu atau tidur di sini.”Zarina bertanya.
“Fizzi tidur dekat sinilah kak.Malas pula nak balik rumah.”
“Nanti akak kemaskan bilik untuk kamu.”
“Sheda masih leka menonton televisyen. Novel yang dibaca petang tadi masih
kemas ditangan . Filem yang ditayangkan dikaca tv lebih menarik perhatiaannya
berbanding novel yang dibaca. Sheda menghayati setiap watak yang dilakonkan
tersenyum-senyum dia apabila melihat aksi yang ditayangkan. Adiknya yang
berada disisi menyiku badannya.
“Woi..kau ni kak long ,tengok cerita macam tu pun boleh tersengih-sengih macam
kerang busuk. Itu buku kalau tak mahu baca lagi letaklah atas meja. Ini tidak
dipeluknya buku tu. Uda rasalah kalaulah buku tu boleh bercakap tentu dia cakap macam ni.
"Tolong..tolong lepaskanlah saya badan cik ni berbau busuklah lemas saya.” beritahu uda adik perempuannya sambil menunjukkan gaya orang sedang lemas.
“Eh kurang ajar betul kau ni, sekeh baru tahu . Suka akak lah , lagipun buku
bukan boleh bercakap pun.”marah Sheda.
“Apalah along ni, kan uda cakap kalau buku tu boleh bercakap,ada ke uda cakap
buku boleh bercakap ?”gelak adiknya lagi.
“Mak tengok, uda ni.”adu Sheda.
“Alah anak mak ngadu konon, pergilah.”adiknya mengajuk kata-katanya kembali .Buntang biji mata Sheda apabila adiknya mengajuknya begitu dengan pantas buku ditangan dihayun mengenai paha putih milik adiknya.
“Aduh…!! sakitlah.”marah uda.
“Padan muka, lain kali buatlah lagi.” bidas Sheda.
Puan Ross cuma memerhati setiap tingkah anak-anaknya.Dia bersyukur dengan
permata yang dikurniakan padanya.
“Mak kenapa ni termenung pula.” tegur Sheda. Puan Ross hanya tersenyum pahit.
Sheda dan adiknya berpandangan,hairan entah apa yang difikirkan ibunya dia
sendiri tidak tahu.
“Uda kenapa dengan mak tu?”Sheda bertanya adiknya.
“Entahlah long mungkin mak teringatkan ayah kot.” komen uda adiknya.
“Tak kan lah, ayah dah lama tak balik rumah.Entah dia pergi mana pun mak tahu.”Sheda berkata lagi.
“Sebab ayah tak beritahu mana dia pergilah. Mak termenung , uda rasa kalau
mak tahu tak lah mak jadi macam tu.”Uda berkata sambil munjungnya di hala
kearah ibunya.
Jauh disudut hati,puan Ross berasa sangat terkilan, dia bermonolog sendiri.Entah
apa salah dia dan anak-anak sampai kemana suaminya pergi, tidak di beritahu.
Kalau pun suaminya itu benci padanya janganlah kebencian itu di sertai anak-
anaknya.Mereka tidak bersalah. Dia tahu dia wanita bodoh, buta huruf dan anak
orang susah tapi itu bukan pintanya .Kenapa suaminya tidak dapat menerima
kekurangan dirinya itu.
“Mak..”Sheda sudah menepuk bahu ibunya lembut.
“Mak ingat ayah ya?”tanya Sheda sebaik dia melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya.
“Tak lah nak buat apa mak ingat ayah kamu tu.Dia pun tak ingat kita,makan minum kita pun dia tak peduli .Buat apa mak nak ingat dia.”beritahu puan Ross dengan nada kesal .Sheda tahu ibunya sudah lama makan hati.Bayangkan dari ibunya baru berkahwin lagi dia sudah di benci ayahnya serta seluruh ahli keluarga mertuanya.Sheda tahu sejarah perkahwinan ibu dan ayahnya .Ibunya bagai di
jadikan tempat menutup malu keluarga.
Belum lagi ayahnya berkata ibunya curang semasa ketiadaannya.Kasihan dia
apabila melihat ibunya.
“ Sheda kamu memang serius ke dengan Lukman?”tanya puan Ross sekaligus mematikan lamunan Sheda .
“Tak lah mak ni.Mana ada ,along berkawan saja.”tukas Sheda pantas.
“Alah iya ke? uda rasa dia macam suka kat along aja.” beritahu uda adiknya.
“Kau ni pandai-pandai pula macam pak nujum lak. Sejak bila kau jadi pak nujum
ni?” marah Sheda. Adiknya hanya ketawa melihat wajah Sheda yang sudah kemerahan.
“Marah pula? biasa kalau marah ni betul maknanya.”tawa uda lagi.
“Wei kau ni nak kena ya.”Sheda marah dan bingkas bangun mengejar adiknya.
“Along uda sudah lah tu.Nak main kejar-kejar pula.Umur kamu berdua tu dah
lebih,jangan nak jadi kanak-kanak ribina pula.”bebel ibunya.
“Ala mak along ni.Usik sikit tak boleh nak marah aja.”uda menberitahu.
“Along,En Lukman datang.”jerit uda tiba-tiba. Dengar saja nama Lukman dengan
pantas Sheda meluru keluar.
'Eh.. tak ada pun.'
“Hahaha.. padan muka pantang sebut terus keluar.Betul lah tu along ada hati kat
dia .”uda berkata sambil gelak besar . Sheda malu ,dia marah betul dengan adiknya
yang satu ni.
“Aduh!!n sakit lah long .”marah uda.Entah bila masa kakaknya berdiri di situ dia
pun tak pasti .Dia cuma rasa apa bila lengannya dicubit kuat.
“Padan muka,lain kali buatlah lagi?”beritahu Sheda.Dia betul rasa puas hati
setelah lengan putih adiknya menjadi mangsa.
“Mak..tengok along ni. Kulit uda dah lah putih macam Snow White, along cubit
sampai merah .Lebab tau mak.” uda sudah mengadu.
“Siapa suruh kamu usik kakak kamu tu.” bebel puan Ross.
“Mak ni, apalah ingat dia marah along.Kita balik yang kena.”rungut uda sambil
membuntangkan matanya kepada Sheda. Sheda cuma tersenyum puas.
“ Pak usu bangun,dah pagi ni.”panggil Munirah dia sudah menggoyangkan tubuh
Lukman.Lukman masih kaku begitu.
“Pak usu ?” Jerit Munirah lantang.Anak kecil itu sudah bercekak pinggang.
“Mama ..pak usu tak mahu bangun.” jerit Munirah kepada Zarina.
“Ala Munirah kan pandai, fikirlah macam mana nak bangunkan pak usu tu.”beritahu zarina.
“Ok Munirah memang pandai pun.” beritahu Munirah sambil berjalan menuju bilik
mandi.Anak kecil itu mengambil segayung air lalu membawanya ke katil .Pantas, dia mencelupkan tanganya ke dalam gayung itu dan menyapu wajah Lukman yang sedang lena.Bagai terkena renjatan elektrik,Lukman terus membuka matanya.
“Munirah ni nak kena tau .”marah Lukman.
“Hahaha padan muka pak usu,orang dah kejut tadi tak mahu bangun.”Munirah
tergelak sambil berlari turun ke bawah . Lukman tertawa dan turun mengejar anak
saudaranya.
“Ha.. dapat pun . Nakal eh basahkan muka pak usu.”beritahu Lukman apabila tubuh
kecil Munirah berada di tangannya.
“Pak usu ,tak mahu ,turunkan Munirah.”pinta Munirah yang asyik tertawa kerana
digeletek Lukman.
“ Kalau pak usu tak mahu nak buat apa?”tanya Lukman.
“ Kalau pak usu tak mahu.Munirah gigit.Cepatlah pak usu turunkan Munirah.Pak
usu busuklah.” beritahu Munirah.
“ Fizzi kamu pergi mandi dulu .”beritahu Zarina.
“Ya kak nak pergi mandi lah ni.” kata Lukman sambil tersengih.Zarina cuma menggelengkan kepalanya . Sarapan pagi sudah zarina siapkan di atas meja.
“Kakak tak kerja ke pagi ini ?” tegur Lukman dari arah tangga.
“Tak kerja, akak cuti dua hari.”beritahu Zarina.
“Kalau dah mandi , cepat turun kita sarapan sekali.” beritahu Zarina lagi.
“Munirah, kamu dah kemas bilik kamu ?”tanya Zarina .Sengihan anak gadisnya
itu cukup memberitahu bahawa anaknya belum lagi mengemasnya. Zarina bercekak
pinggang.
“Mama coop..jangan marah .Munirah kemas sekarang ya.”beritahu Munirah sambil
berlari menuju arah tempat tidurnya.
“ Amar,bangun.” kejut Lukman. Amar yang berasa tubuhnya di kejut orang
segera bangun .Terpisat-pisat dia melihat bayang yang ada dihadapannya.
“Pak usu ni kacau aja.” Amar merungut.
“Dah bangun pastu pergi mandi nanti kita sarapan sekali.”ujar Lukman sambil
berjalan keluar.Amar cuma menganggukan kepala.
“Hai Fizzi mandi pun lama?”tegur Zarina sebaik terlihat kelibat Lukman.
“Ala biasalah kak.Bukan selalu pun hehehe.” Lukman tertawa kecil.
“ Akak masak nasi lemak lah . Sedapnya akak ni macam tahu-tahu aja Fizzi
teringin nak makan nasi lemak .”beritahu Lukman.
“Hahaha kebetulan aja Fizzi, akak memang nak buat nasi lemak dari malam
tadi .”Zarina tertawa kecil.
“ Bila Fizzi mula bekerja?”Zarina bertanya.
“Besok.”Lukman menjawab ringkas.
Zarina melihat arah tangga.Bayang Munirah dan Amar tidak kelihatan.
‘Manalah mereka berdua ni.’rungut zarina di dalam hati .
“Amar, Munirah ,apa kamu berdua buat dekat atas tu? cepat turun bawah kita
sarapan sekal .” jerit zarina.
“Ya mama,kita orang ada ni . Mama aja tak nampak.”beritahu Amar apabila tiba di
tangga terakhir.
“Kamu berdua ni memang nak kena.Ada saja jawapannya.”marah Zarina.
“Pak usu mama ni asyik nak marah-marah aja. Kita orang kan selalu kena marah bila
papa tak ada.”adu Amar kepada Lukman .Lukman hanya tersengih sambil
memandang kakak iparnya.
“Kamu jangan percaya sangat dengan dia orang berdua ni.Kakak marah bila
mereka buat salah. Kalau tak buat salah nak buat apa kakak marah buang karen aja.
“Mama cikgu Munirah kata,jangan marah-marah selalu.Nanti mama cepat tua.”tutur
Munirah.Lukman tertawa besar apabila mendengar anak kecil itu berbicara.
Munirah memang petah dan bijak.
“Hahaha .. pandainya Munirah ni.” Lukman berkata sambil menyambung sisa tawanya.Zarina terdiam ,geram betul dia bila Munirah berkata begitu.
“Sudahlah ,Amar mari kita sarapan.Siapa nak duduk sebelah pak usu ?”tanya Lukman.
“Abang tepi lah .Sibuk aja,Munirah nak duduk sini.”marah Munirah sambil menolak tubuh abangnya ke tepi. Zarina pening kepala.Anak-anaknya sangat manja dengan Lukman.Kalau pakciknya ada , pasti mereka berdua berebut nak duduk di sebelah Lukman.Lukman pula seperti biasa, melayan mereka bagai anak sendiri.
“
“Sudah jangan nak gaduh. Munirah duduk atas riba pak usu.Biar abang Amar
duduk sebelah pak usu ya.”beritahu Lukman lembut.
“ Fizzi jangan manjakan mereka ni sangat.Mereka dah besar pun.Nanti kalau
kamu biasakan mereka,bila kamu dah kahwin nanti kamu sendiri yang susah.”
“Susah apanya kak?”tanya Lukman.Dia sendiri tidak faham apa maksud dari kata-kata kakak iparnya.
“ Ya lah susah sebab mereka asyik nak melekat dengan kamu. Faham tak?”tanya
Zarina sambil menyendok nasi ke pinggan Munirah.
“ Ooo.. Fizzi faham kak.”
Selesai sarapan pagi Lukman duduk diberanda sambil membaca akhbar. Besok dia
sudah mula bekerja. Akhbar pagi itu tidak menarik minatnya.Surat khabar Utusan
Malaysia.Di lipat dan di letak diatas meja.
‘Bosan betul hari ni .Nak pergi ke mana ya.’Lukman berkata sendiri.Sambil
berfikir tempat yang ingin di tuju.
Pagi itu Sheda tidak larat hendak bangun.Kepalanya pening dan terasa
berat.Badannya panas,tekak juga terasa perit .Hendak bangun pergi kerja badan
tak daya.Di capai talifon bimbit di tepi meja. Jari runcingnya pantas mendail
nombor talian majikannya. Sheda ingin minta cuti sakit.
“ Assalamualaikum doktor selamat pagi.”Sheda memberi salam .
“Waalaikumsalam .. Urm Sheda saya nak tanya kenapa awak tak masuk kerja hari ni ?” tanya Nizam.
“Saya demam lah doktor,ingat nak ambil cuti.”beritahu Sheda lemah.
“Ooo patutlah suara awak tu lain macam aja.Baiklah awak rehatlah saya bagi awak
cuti dua hari.Kalau masih tak ok awak beritahu saya nanti saya bagi cuti
tambahan.Oh iya jangan lupa makan ubat dan rehat yang cukup ok.”beritahu
Nizam.
“ Baik doktor,terima kasih ya.”Sheda berkata sambil mematikan talian.Selesai itu Sheda menyambung kembali tidurnya .
Petang itu Lukman menghubungi Nizam.Lama benar dia tidak bertanya khabar .Walhal baru semalam dia tidak sempat menghubungi Nizam.
“Assalamuakum..”sapa Lukman sebaik mendengar suara Nizam di hujung talian.
“Lukman..what up ?” Nizam berkata girang.
“Kalau iya pun jawab salam aku dulu,tak boleh ke ?”marah Lukman dengan lembut.
“ Opss aku terlupa tapi tak apa aku dah jawab dalam hati tadi.”beritahu Nizam
sambil tertawa kecil .
“ Kau sibuk ke?”Lukman bertanya.
“Kau tanya aku atau nak tanya Sheda ni.” tanya Nizam kembali sekadar ingin menduga.
“Aku tanya kau lah.Bukan Sheda.”Lekman berkata lembut.
“Alah betul ke tak percaya aku. Aku tak sibuk sangat.Hari ni pesakit tak
ramai.Kau tak mahu tanya khabar Sheda ke?”Nizam masih lagi menduga.
“ Sheda .. ala tentu dia tengah duduk dekat kaunter kan?”Lukman menjawab.
“Sheda tak ada ?”balas Nizam .
“Apa Sheda tak ada. Mana dia pergi ?bukan dia sepatutnya kerja pagi hari ini ?”
tanya Lukman cemas.
“Hahaha.. ewah hati sudah terikat ke?”Nizam berkata sambil tertawa.Dia tahu
rakannya itu sudah jatuh hati.Dari mana dia tahu mudah saja .Soalannya yang
bertubi-tubi itulah jawapannya.
“Kau ni Nizam ,jangan nak bergurau ok ! kenapa dengan Sheda,Sheda sakit
ke ?”Lukman masih bertanya.
“Sabarlah Lukman Sheda tu tak kemana pun. Sheda demam jadi dia cuti dua
hari.Takut sangat Sheda tu hilang.”beritahu Nizam.
“Kau tak mahu melawat kekasih kau ke ? opss salah bakal kekasih.”gurau
Nizam.
“Nizam apa sajalah kau ni.Aku dengan dia berkawan sajalah.”Lukman memberitahu.
“Ya lah tu malas aku nak layan kau.Hey Lukman alang-alang kau cuti apa kata
kau pergi melawat dia .Ada juga faedahnya.” Nizam memberi cadangan.
“Tak payah kau suruh pun aku memang nak pergi jenguk dia. Tapi kalau
melawat orang sakit nak kena bawa apa ?”Lukman bertanya pada sahabatnya.
“Hahaha kau ni dah kenapa Lukman,macam tak pernah melawat orang sakit
pula.Biasalah buah-buahan kalau nak nampak special tambah bunga mawar.Bunga
mawar merah tau.” kata Nizam sebaik selesai ketawa.
“Urm.. ok terima kasih dengan idea kau yang gila tu.Tak apa aku beli buah
sahajalah. Dia suka buah apa ?”tanya Lukman kembali.
“Kejap aku fikir dulu. Oh iya dia suka makan fuji epal dan anggur.Buat masa ini
itu aja yang aku ingat.Sorry jangan marah ya.” tutur Nizam.
“Ok,terima kasih.Kalau aku ada masa nanti kita jumpa ok.”
“Lukman tak jumpa aku pun tak apa,Cukup kalau kau jumpa Sheda hahaha..”Nizam masih asyik menyakatnya.Selang beberapa minit talian di matikan.Lukman berkira-kira, didalam hati dia ingin sekali menjenguk Sheda.Dalam waktu yang sama dia segan ,bimbang kalau ahli keluarga Sheda
berfikir yang bukan-bukan tentangnya.
'Tak apalah niat aku baik .Insyaallah semuanya akan baik-baik saja.'
“Kak Fizzi keluar sekejap nak jumpa kawan.”beritahu Lukman kepada Zarina.
“Ya lah,kamu balik ke sini lagi atau, terus balik ke rumah kamu?”Zarina bertanya.
“Fizzi balik sini dulu.Besok pagi Fizzi kerja,petang tu baru Fizzi balik rumah
terus.”tutur Lukman.
“Ya lah ,hati-hati kalau memandu tu.”
‘Buah dah beli ,apa lagi nak beli ya? takkan nak belikan bunga pula. Hissh
macam tak logic pula .’gumam Lukman didalam hati .
‘Ah tak apalah belikan bunga mawar putih sajalah.Kalau merah nanti dia terus lari
tinggalkan aku pula.’tuturnya lagi .Pantas Lukman berjalan menuju gerai bunga yang berhampiran di situ .
Selang beberapa minit sejambak mawar putih berada di tangannnya .Lukman
tersenyum sendiri.Jauh di sudut hati, hatinya dipagut rasa bimbang.Langkah
diatur menuju tempat letak kenderaan.Setengah jam kemudian Lukman sudah
berada di kawasan perumahan Sheda.
No comments:
Post a Comment