Bangun pagi-pagi niat dihati nak nak minum susu . Perlahan aku turun dari katil kemudian pergi ke kamar mandi untuk mencuci muka dan mengosok gigi .Selesai semua aku turun pergi kedapur .Apabila aku membuka peti sejuk aku mendapati
minuman yang aku inginkan tiada di situ hampanya hati .
“ Mak Jah , mana susu yang saya beli semalam .” tanya Cinta kepada pembantu rumahnya .
“ Tadi malam tuan yang minum susu tu .”beritahu wanita berusia 40-an .
“Ala kenapa papa minum aku pula .Nak kena papa ni .”
“Selamat pagi anak papa , ni kenapa muncung tu panjang sangat dah boleh gantung baldi dah .” tegur En Murat .
“ Alah kenapa papa minum susu Cinta ,papa kan tahu Cinta suka minum susu waktu pagi .”aku sudah merengek manja .
“Sorrylah sayang , papa terliur bila tengok kotak susu tu jadi papa minum segelas eh..sedap rupanya , jadi papa minumlah tak sedarpun papa dah habiskan sekotak .”papanya sudah berkata selamba tanpa ada rasa bersalah malah dia boleh ketawa lagi .
“Cinta jangan merajuklah papa baru pertama kali minum susu kamu yang sedap tu . Nanti Cinta pergilah pasaraya pergi beli susu tu nanti papa bagi duitnya . Lagipun Cinta boleh beli berapa kotak yang Cinta nak ok.” papa mula memujuk .Mama aku pulak dok sibuk tersenyum-senyum .
“Mama ni kenapa senyum-senyum .”
“Eh mama pula jadi mangsa . Tak adalah mama senyum sebab kamu tu ,gara-gara tak dapat minum susu angin satu badan .Muncung tu memang boleh sangkut baldi lebih dari sepuluh tahu .” kata Pn Zaitun pula .
Marah punya pasal aku tengok mama dan papa aku sudah berpakaian cantik entah nak pergi mana tak tahulah pula . Urm.. nak tanya ke tidak ni . Kalau tanya mesti dia orang kata aku tak payah pergi paling kuat pun dia kata duduk rumah diam-diam atau pergi berjalan-jalan . Arg… musykil ni aku tanya ajalah .
“Mama dan papa ni nak kemana ?”
“Ala kamu tu budak muda tak payah tanyalah .” beritahu En Murat .Ada ke patut aku yang dah tua ni dia kata budak muda . Muda apanya kalau umur dah nak masuk 30 tahun . Hilang akal apa .
“Papa Cinta ni bukan budak muda lagi dah tua pun masa papa lupa berapa umur Cinta tahun ni .”
“Eh ,sayang ada orang marahlah kita cakap dia budak muda .”sapa En Murat dengan muka selambanya tu . Mama aku cuma ketawa bila papa berkata begitu .
“Papa …” aku sudah menghentak kaki ceh gimik aja tu .Pura-pura marah .
“Jangan nak salahkan papa dan mama bila papa dan mama cakap kamu tu budak muda , kan Cinta yang selalu kata Cinta muda lagi bila kami berdua cakap Cinta dah layak untuk berumahtangga .Bila mama dan papa cakap Cinta budak muda nak
marah pula .” aduh papa pulangkan paku buah keras pada aku .Tahan ajalah telinga paling kuat pun aku sengih tanda tak rasa apa-apa . Memang aku muda lagi apa , kalau aku cakap umur aku 30 tahun pun bukan orang percaya kebayakan orang
kata umur aku dalam 21 atau 24 tahun tak ke muda namanya .Al maklum badan aku ni kecil molek saja huhuhu . Pasal kahwin tolak tepi kerjaya itu lebih penting lagipun lelaki sekarang bukan betul sangat pun . Apapun sebelum papa bagi
ceramah dekat aku baik aku diam .
“Eh diam pula .Takut kami ceramah kamu macam biasalah tu .”tegur Pn Zaitun.
“Papa dan mama nak jumpa kawan lama kami waktu zaman sekolah dulu .Jadi kamu tinggal dirumah saja ya .Kalau kamu bosan kamu pergilah berjalan-jalan pak Mahat ada itu beritahu dia mana kamu nak pergi , nanti dia hantarkan ya .”pesan
En .Murat .Aku sengih saja bila aku tanya tak mahu cakap .Bila aku diam dia bagitahu pula mana mereka nak pergi .Pelik sungguh family aku ni.
“Kak Jah ,saya dan tuan tak balik makan tengahari .Kami makan di luar .Apapun akak tolong perhatikan cinta ya .”Pesan Pn. Zaitun . Macamlah aku ini kanak-kanak ribena sampai nak suruh orang perhatikan . Aku ini dah besar panjang rimaslah
kalau orang sibuk duk perkatikan aku .Lantaklah .
“Kamu tu anak dara pergi mandi dan jangan lupa sarapan .Mama dan papa pergi dulu . Jangan nak marah orang lain pula bila tak dapat minum susu .” pesan Pn Zaitun . Aku yang terpacak macam tiang ni Cuma ketawa bila mama cakap jangan marah orang hanya kerana susu .Gamak aku memang macam itu pun bila apa yang aku nak aku tak dapat mulalah angin puting beliung satu badan . Semua orang kena marah .
“Ok ,mama dan papa pergilah jangan risau Cinta boleh jaga diri .Jangan balik lambat ya.” cis aku bercakap dengan sopan pula . Anak manja tunggal pulak tu biasalah adakala jadi emosi tiba-tiba .
**********************************************************************
Jam sudah menunjukan pukul satu rasa bosan yang teramat sangat sudah menyelubungi diri nak buat apa pun aku tak tahu . nak kata belum mandi aku dah siap mandi ,wangi lagi ,nak kata belum sarapan aku dah sarapan .Apa nak buat ya.
Duduk berfikir sekejap oh.. baru aku ingat aku belum dapat minum susu..Oh…susu tunggu daku akan ku beli dikau dipasaraya .
Aku yang memang sedikala cantik ni tak perlukan banyak makeup.Cukup pakai pelembab bibir , aku dah nampak berseri huhuhu untung , dahlah mata aku ni galak ,alis mata lentik berlesung pipit kulit aku pula kuning langsat .Wow siapa
memandang pasti tertawan hehehe perasan terlebih pula . Petang itu aku keluar dengan memakai seluar jeans Levis dan t-shirt MNG berwarna biru . Rambut yang panjang mengurai di ikat tocang satu .
“Pak Mahat ,boleh hantar saya ke pasaraya sekejap ,saya nak berbelanja .”
Pak Mahat itu pemandu peribadi keluarga aku .Aku pula bukan tidak tahu memandu tapi sejak kemalangan tempohari aku jadi gabra pula .Family aku yang sememangnya sayangkan aku melarang, katanya mereka bimbang kalau terjadi sesuatu .Jadi kalau aku nak kemana-mana mesti dengan pemandu .
“Cinta nak pak Mahat hantar ke pasaraya mana ?”Pak Mahat bertanya sebaik berada didalam perut kereta .
“Pakcik hantar saya ke Jusco Tebrau City ya .”mesti kamu semua nak tahu kenapa aku suka pergi kesana kan? kan ? para pelanggan yang mempunyai J-card member akan mendapat point dan point itu boleh di tukar kepada voucer best kan?
Bayar guna voucer tak payah nak guna duit sendiri ibarat barang itu semuanya free .Sampai Jusco aku meminta pak Mahat agar pulang dahulu selesai belanja aku akan menhubunginya semula kasihan pula kalau nak minta dia tunggu macam orang gila ,aku ini kalau dah membeli belah memang berjam-jam bak kata papa boleh patah kakinya kalau bawak aku bershopping .Nama pun perempuan memanglah macam tu betul tak .
Ramainya manusia kat sini ? aduh ini yang lemah kalau datang shopping bila tiba hari minggu memang parah . Mana nak cari troly tak jumpa ,bising lagi rimas betul disabarkan hati kalau tak kerana susu tu , tak ingin aku nak datang tempat
yang ramai orang ni .
“Cik nak guna troly ke ? ambil lah troly ni saya tak jadi nak guna .”tegur seorang pemuda . Aku tersenyum lalu mengucapkan terima kasih .Betul ke mamat tadi tu tak jadi guna troly atau dia nak mengurat aku yang sememangnya cantik jelita ni ceh.. perasannya aku ni .Asal ada lelaki baik hulurkan bantuan aja aku ingat dia nak mengurat hahaha lawak pula .Kalau aku ni memang cantik jelita dah lama dah aku
kahwin , tapi betul ke tak ada orang nak ?aku rasakan macam aku aja yang banyak reject dia orang alasan kerjaya konon huhuhu .
Apapun Naik atas dululah beli baju ada sales hari ini , mana tahu boleh baju kerja baru untuk kepejabat . Wah ramainya buntang biji mata aku ni baju cantik-cantik belaka harga murah ada diskaun lagi. Rambang mata dibuatnya tanpa pedulikan mata
manusia di situ aku memborong segala pakaian yang berkenan di hati .Selesai membeli pakaian aku pergi meronda di kawasan penjualan beg tangan . Cantikya beg kulit yang terlihat simple tu sesuai untuk aku yang simple ni . Tas tangan jenama Braun
Buffle itu di belek mak oi harga mantap kecil macam ni pun mahal RM 799.00 .Tak apalah cantik ,kulit lagi tahan lama beli ajalah. Tas tangan itu segera menjadi hak milik ku apabila selesai membuat pembayaran . Bayar pakai vaucer bestnya semua barang yang berkenan dihati sudah di beli tinggal susu idaman
saja belum dibeli .Troly yang sememangnya penuh dengan barang yang entah apa-apa tu disorong ke pintu lift sampai di supermarket dengan sepantas kilat aku menuju ke tempat penjualan susu segar .Mata aku segera melilau mencari susu
jenama Marigold kesukaan aku . Akhirnya berjumpa juga tapi hanya tinggal satu aku pun mencapai kotak susu di atas rak dengan pantas maklum kalau tak cepat nanti orang lain pula yang sambar .Tak apalah daripada aku kempunan susah pula . Apapun yang penting aku dapat , baru aku nak masukan ke dalam troly tiba-tiba entah datang dari mana , mahluk asing itu datang menyambar kotak susu milik ku .
“Hey ,awak ni kurang ajar betullah ,main ambil saja barang dari tangan saya .”aku marah pada pemuda yang buat muka jambu .Macholah konon . Aku peduli apa nak kena mamat ni ,dia ingat dia kacak sangat siap kau .Hah .. dapatpun aku pula yang rampas kotak susu dari tangannya biar tahu rasa .
“Hey betina kau ni apasal ,?”jerit Rozaini semua mata sudah tertumpu pada kami berdua .Ada aku peduli dengan manusia yang ada dekat sini ke ? peduli apa aku .
“Kalau aku betina kau tu jantan tahu . Suka akulah kau itu yang kurang ajar main rampas kotak susu aku ni apa hal . Susu punyalah melambak dekat sini kau beli sajalah kenapa ambil pada aku bangang… kan tak pasal-pasal aku dah maki kau .
“Betina toncit satu suka akulah , aku tak minum susu jenama lain . Aku cuma minum Susu Marigold ada kau faham betina toncit satu …”Rozaini sudah menekankan suaranya lalu sengaja di tolak kepala dan wajah cantik milik Cinta .Hampir saja aku tergelincir mahu tidak dahlah pakai kasut tumit tinggi
lantai licin pulak tu .Nasib baik troly penyelamat aku ada kalau tak mahu jatuh aku dekat situ .
“Betina toncit satu otak kau .Jantan sial kau ingat kau tu kacak sangat ke ?Mak bapak kau tak ajar kau ke hah , kepala aku ni di bayar zakat suka-suka kau saja nak tolak kepala aku apasal .Macam bagus sambil menghadiahkan satu tamparan
ajaib dipipi putihnya .
“Apa tengok-tengok kamu semua nak kena sepak apa ? blah lah macam tak penah tengok orang aja.”Marah Rozaini pada semua pelanggan yang memerhatkannya .Beberapa wanita yang lewat situ berbisik mungkin mengumpat perihal lelaki yang baru saja aku tampar .
"Mak ai sakit tangan aku ni." Tidak semena-sena kotak susu aku di rampas dan pemuda gila itu membuka penutup dan segala isi susu itu di tuang ke dalam troly milik ku .
“Kau ni kenapa kurang ajar sangat … dasar jantan sial .Habis barang aku ,semua basah pasal kau tau ,aku beli barang tu semua mahal sial .”aku masih tidak henti-henti memaki hamun jantan gila di depanku dasar jantan keparat muka saja
handsome perangai macam syaitan .
“Ada aku kisah barang kau tu mahal ke tidak? siapa suruh kau cari pasal dengan aku .”marah Rozaini .
“Kau yang mulakan dulu ,kau kata aku pula kenapa ?.”
“Kau nak tahu sangat ke?mari aku beritahu kau .” Rozaini berjalan merapati tubuh Cinta yang kaku menahan api amarah .Kemudian Rozaini membongkokkan sedikit tubuhnya agar membolehkannya berbisik di cuping telinganya.
“Sebab aku suka minum susu Marigold bodoh !” jerit Rozaini nyaring .Bergegar gegendang telinga aku sebaik mendengar jeritan lantang yang terus menyengat .
“Yang kau menjerit tu kenapa ?”
“Aku jerit supaya kau tahu sampai mati aku ini suka minum susu jenama tu . Jadi kalau kau nampak lagi sekali muka aku yang tampan ni .Jangan berani ambil susu jenama tu ok sayang…beli saja jenama lain.”Rozaini berkata dengan riak sombong lagi menyebalkan .
“ Kau ingat kau saja yang suka minum susu Marigold ?Aku pun suka jugalah.”
“Do I Care ? ada aku tanya kau ke?”Rozaini berkata sambil memandang barang-barang di dalam troly .Dia tersenyum puas , biar sama-sama tak dapat beli.
“Eh blahlah aku malas nak tengok muka tapai kau tu dekat sini .Blahlah yang kau tersenyum di sini buat apa ? aku tak sudi nak tengok senyuman sial kau tu .”
“Aku senyum sebab puas hati bangang .. , biar kita berdua tak dapat beli susu tu ,kasihan dia beli barang mahal ya sayang..opss harap barang tu masih boleh di
cuci hahaha.”Rozaini masih tidak puas mengenakan wanita gadis dihadapnnya selesai ketawa dia berjalan meninggalkan Cinta sendiri .
**********************************************************************
Apalah nasib aku hari ni bangun pagi nak minum susu tapi papa minum .Pergi shopping susu Cuma ada satu , lepas tu jumpa jantan sial yang menyebalkan.Barang semua basah kena susu. Ah…malangnya. Aku ingat muka kau sampai mati keparat .
“ Hello Assalamualaikum …Pak Mahat ambil saya sekarang saya tunggu pak Mahat di tempat biasa ya .”
“Cinta kenapa dengan barang ini semua basah dan melekit ?”tanya pak Mahat .
“Ada jantan sial tu pakcik dia tuang susu marigold tu dalam troly saya .”aku sudah mula meluahkan rasa sakit hati kepada pemandu yang ku anggap bapa sendiri .Pak Mahat melihat aku dengan wajah hairan .
“kenapa dia buat macam tu?”tanya pak Mahat lagi .
“Susu Marigold tu cuma ada satu saja . Cinta dah ambil dulu waktu Cinta nak letak dalam troly ,tiba-tiba aja ada mamat gila datang rampas dari tangan Cinta .Cinta mengamuklah pak Mahat tahulah kan perangai Cinta macam mana itu yang kami perang tsunami kat dalam sana .Dia geram sangat sebab frust rampas dari Cinta dan dia tuang semua susu dalam troly ,dan ini adalah hasil daripada
perbuatan jembalang tu .
“Sudahlah cinta jangan di ingat lagi nanti kalau kamu benci sangat jadi jodoh kamu baru tahu .”tegur Pak Mahat .
“ Ya Allah .. pakcik simpang malaikat 44, tak mahu saya kenal atau berkahwin dengan jantan gila macam tu . Tahulah kacak tapi perangai mintak ampun .
Pak mahat yang mendengar cuma menggelengkan kepalanya dia sendiri tak tahu nak kata macammana .
“Assalamualaikum….”Rozaini memberi salam kepada penghuni di dalam rumah .
"Hai senyap aja aku bagi salam tak ada orang yang menjawbnya. Kereta dekat luar tu kereta siapa pula .Pasti kawan Abah yang datang kot ." Rozaini berjalan masuk
kedalam rumah terkejut dia apabila di sergah oleh uminya .
“ Kamu ini masuk rumah tidak tahu bagi salam ke?”Puan Farhana mula membebel .
“Umi , Nick dah beri salam tadi ,umi yang tak dengar .”Rozaini berkata tidak puas hati .Pantang betul kalau dia disergah begitu .
“ Iya ke umi tak dengar pun .”Puan Farhana tidak mahu kalah .
“Umi kalau berborak bom jatuh pun tak sadar . Abah pun tak dengar ke?” Rozaini bertanya bapanya yang sedang leka berborak .
“Entah abah tak perasan pula .”Rozaini hanya menggelengkan kepala bapa dan ibunya memang selalu begitu mereka memang kompak banyak persamaan dia sendiri pun begitu kalau cakap tidak mahu kalah.
“ Nick datang sini kenalkan ini kawan abah masa sekolah menengah dulu , ini En Murat dan isterinya Pn Zaitun.
Rozaini segera menyalami kedua tangan para tetamunya. Hati tua En Murat bersama isteri tertawan dengan kesopanan anak rakannya . Kacak sekali dan sangat sopan pada orang tua .
“ Ini ke anak teruna , yang kamu ceritakan itu ya ?”tanya En Murat .
“Apapula yang abah aku cerita pasal aku ni,jangan dia cerita bukan-bukan sudah malulah jatuh air muka aku nanti .”Rozaini berkata sendiri kemudian duduk disisi uminya .
“Hai tadi pagi keluar katanya nak beli susu ,mana barangnya umi tak nampak pun ? ni pipi kamu ni merah kenapa ?”Pn Farhana sudah bertanya soalan bertubi-tubi . Semua mata tertumpu padanya apabila mendengar Farhana bertanya
mengenai pipinya yang merah bak delima .
“Ya lah kenapa pipi kamu tu merah ? Abah tak perasan pula tadi .”En Syed Zakri bertanya .Pertanyaan itu membuatkan Rozaini terkenang peristiwa di Jusco setengah jam lalu , wanita keparat yang memusnahkan impiannya untuk menikmati susu kegemarannya musnah . Mengingati wajah gadis toncit satu itu menyakitkan hatinya .
“Kamu ni diam pula .”tegur Puan Farhana.
“Pipi ni merah sebab tampar nyamuk tadi tu yang merah ,maklumlah kulit Nick ni putih tu yang nampak merah .”Rozaini berbohong .
“Kalau nyamuk tidak apa , jangan kamu di tampar sudahlah .Kamu itu kalau tidak dapat apa yang kamu inginkan mulalah angin satu badan kerjanya nak mengamuk saja . Habis susu kamu itu mana ?”Puan Farhana masih sibuk bertanya perihal susu .
“Tak jadi beli ,susu Marigold habis waktu nick nak beli .”
“Kamu pun suka minum susu jenama tu ke?”tanya En Murat pantas .
“Ya , rasanya sedap tak sama dengan jenama lain yang ada dipasaran .Kenapa pakcik tanya ?”Rozaini bertanya lembut .
“Anak pakcik pun suka minum susu Marigold tu, siap merajuk kalau tak dapat minum .
“Wah ini sudah bagus ada geng kalau nak minum susu tu .Kalau anak kawan abah aku ni perempuan lagi bagus boleh masuk lane,maklum aku ni bujang lagi kerja asyik sibuk perempuan pun lari .”Rozaini bermonolog sendiri.
“Anak pakcik tu perempuan kalau kamu ada masa datanglah kerumah kami, nanti pakcik kenalkan .”beritahu En Murat .
“Yeppi… pucuk dicita ulam mendatang macam tahu-tahu aja aku solo. Ada chance ni usha anak gadis orang .”Rozaini bersorak riang dalam hati .
“ Minggu depan abah akan kerumah Pakcik Murat ni dan Abah rasa elok sangat kalau kamu datang bersama kami . Manalah tahu lepas kamu kenal dengan Cinta dan jatuh hati boleh kami terus pinangkan untuk kamu .”En .Syed Zakri sudah
mula memasang angan-angan .Rozaini yang memang sibuk nak berbini segera menyetujui rancangan keluarganya .
**********************************************************************
“Cinta duduk sini sekejap mama dan papa nak bercakap dengan kamu”arah Pn Zaitun.
“Penting ? apa-apa sajalah mereka ni.Jangan cakap pasal hal kahwin sudah .”gumam Cinta dalam hati .
“Ya ,mama .” aku berkata dengan sopan dan santunnya .
“Kamu baru balik kerja ya?” Pn Farhana bertanya lembut .
“ Ya , mama Cinta agak sibuk dua tiga hari ni , bila Cinta balik mama dan papa dah tidur .”
“Macam ni , lusa kawan papa akan datang ,papa ingat nak kenalkan kamu pada anak terunanya .Orangnya kacak , jangan risau orangnya sangat baik dan sopan mama dan papa berkenan jika dia jadi suami kamu .”terang En Murat .
“Tak salah dengar ke aku ni?papa nak kenalkan aku dengan anak kawan dia ,aduh macam aku ni dah tua sangat sampai sibuk suruh aku kahwin .”
“Kenapa kamu diam ?kali ini mama dan papa tidak mahu Cinta beralasan ok , Cinta akan kami jodohkan dengan Nick .” terang En Murat .
“Mati aku kalau macam ni ,muka papa pun dah nampak tegas semacam aja ,nampaknya tiada peluang lagilah untuk aku membantah . Suka tak suka kena terima juga .
“Baiklah mama ,papa Cinta ikut aja kalau mama dan papa rasa itu yang terbaik .”
“Baguslah kalau macam itu nanti lusa mama dan papa mahu kamu berpakaian sopan faham .Kalau bercakap tu pun biar lembut jangan asal boleh saja .”arah Puan Zaitun. Aku ini yang tengah mood baik hati cuma tersenyum manis tidak mahu mengecewakan harapan mereka yang nak sangat bermenantu .
“Aduh ..sakitnya ..” seorang pemuda mengerang kesakitan .
“Baby yang kau langgar doktor tu buat apa .”marah maisara .
“Urm maaf kan saya doktor saya tak sengaja .”aku meminta maaf dan memandang dahinya yang benjol akibat terlanggar tembok di pintu lift . Tetapi tidak berjaya susuk pemuda itu terlihat tinggi jika hendak di bandingkan dengan dia yang kecil molek .
“Hai kalau aku tahu aku pakai high heel kan senang tak payah nak terjengkit-jenkit.”
“ Maaf sekali lagi ,saya betul-betul tidak sengaja sakit ke?”
“Ya, sakit ” jawab pemuda itu dengan lembut .
“Tak apalah cik saya ok lagipun saya tahu awak tak sengaja .”pemuda itu berbicara lagi tanpa memandang wajah gadis dihadapannya .
“ Baby ada darah keluar dekat dahi doktor tu lah.”beritahu maisara yang sedang memerhati doktor kacak di hadapannya.
“Darah ?.” kamu semua tahu tak ,dengar aja keluar darah sepantas kilat aku keluarkan tisu yang ada dalam poket seluar.Waktu aku menghulurkan tisu tersebut kepadanya , tanpa aku duga doktor yang aku langgar tadi itu adalah mamat
jembalang yang aku jumpa beberapa hari yang lepas . Nak marah aku yang langgar dia .Lama aku terdiam kaku , terkedulah kononya .Tiba-tiba aku terdengar dia menjerit .
“ Kau lagi ? apa punya malanglah nasib aku asyik tengok muka kau aja .Tengok pasal kau dahi aku ni jadi benjol ,luka pulak tu ”Jerkah Rozaini nyaring .
“Eh mamat ni ,tadi elok aja ,cakap pun sikit punya lembut dan sopan ,bila tengok muka aku saja berubah drastic jadi singa yang gila .”
“ Nasiblah dekat hospital ,kalau tidak siap kau,aku sepak turus masuk gol . Dia ingat aku ini kecil tak boleh nak sepak dia . Tengok muka dulu lah .Kecil-kecil cili api tau .”
“Baby kau kenal ke dengan doktor ni ?”tanya Maisara spontan.
“Apa Baby???hahaha minah toncit ni, awak panggil Baby tak sedar diri betul dah tua bangka ada hati nak panggil baby .Oi minah cermin diri kau tu dulu ok .” Sindir Rozaini sambil tertawa besar .
“Sial betul mamat ni ,mulut tak ada insurance betul , suka akulah .” aku memang meroyan kalau jumpa mamat jembalang ni .Benci…benci…
“Eh suka akulah kau sakit dekat mana kalau orang panggil aku baby.Kau cemburukan aku kan ?kan ?mengaku sajalah .”
“Cemburu tak ada kerja aku nak cemburu dengan kau ..Ya Allah siapalah lelaki malang itu ya .Dapat bini yang perangainya manja , bajet lawa .”Rozaini masih tidak mahu kalah.
“Hey..lelaki yang dapat aku tu akan rasa bertuah ,bukan malang tau .Kau tahu tak kenapa aku cakap macam itu ,sebabnya aku ini walaupun manja aku tetap pandai memasak dan berdikari tau ,cantik lagi pakej yang lengkap tau..” berapa banyak kali tau lah hahaha.
“Perasan betul kau ingat kalau kau cakap macam itu aku , akan jatuh hati dengan kau ke ,pergilah sana tak sudi aku berbini dengan perempuan gila macam kau .”Rozaini sudah menjengkilkan biji matanya .
“Apa kau ingat kau besarkan biji mata kau tu aku takut ,pergi mati sana benci aku tengok muka tapai kau tu .Kalau kau tak sudi , aku berkoyan-koyan tak sudi jadi bini kau .Aku pun pelik macam mana orang gila macam kau ni boleh jadi
doktor .”
“Cik apa nama cik ?” Rozaini bertanya lembut kepada kawan Cinta yang terpinga-pinga .
“Nama saya Maisara .”
“Maisara boleh tak awak tolong saya .?”Rozaini bertanya lagi .
“Boleh,apa dia ?”Maisara bertanya kembali .
“Tolong bawa betina gila ni pergi dari sini saya tak sudi melihat muka dia yang bajet cun ni .”Rozaini menyindir Cinta .
“Baby ,sudahlah jangan gaduh lagi jomlah kita naik nanti waktu melawat habis ni.”Maisara sudah mula memujuk Cinta .
“Jom lah aku boleh gila layan muka tapai ni kat sini .”
“Eh nak pergi mana tu? betina gila macam kau tak boleh naik lift kat sini.Kalau kau nak guna juga biar aku guna dulu ok .”Rozaini berkata sambil menekan
butang close .
“Sara bencinya aku tengok muka tapai tu ?”
“Tapi muka tapai tu handsome lah .”Maisara berkata lancar.
“ Kau buta ke? orang macam itu mana ada handsome?”
“Eh kau , ni dah kenapa ? Kalau marah dengan dia kau nak marah aku buat apa .”Maisara sudah menarik muka masam .
“Iyalah sorry puteri Maisara .Jangan merajuk ok .”
Pintu lift terbuka aku dan kawan aku maisara memasukinya dan menuju ke tingkat 4 . Hospital pakar memang cantik bersih dan kemas aku pun tertarik dengan hospital ini maklum para jururawat semua baik-baik belaka begitu juga dengan doktor disini baik dan lembut kecuali mamat muka tapai tu .
“Jom baby ,tu tempat ayah aku di rawat .”Maisara segera menarik tangan aku pantas .
“Maisara.. sabar lah , lantai ni licin tak pasal-pasal aku jatuh tersembam .Malulah kalau muka cantik aku ni tercium lantai .
"Alamak , Cinta itu kan doktor tapai yang gaduh dengan kau kan ?”Maisara memberitahu .
“Itu ke doktor yang rawat bapa kawan aku .Aduh kasihan pakcik Nasir .Apapun moga tidak terjadi apa-apa .”
“Assalamualaikum ayah,?sapa Maisara lembut .
“Waalaikumsalam Maisara ,” En Nasir menjawab .
“Eh ..Cinta pun ada ?” Rozaini yang mengenali mereka berasa pelik .
“Cik maisara ,Ini bapa awak ya .?tegur Rozaini lagi.
“Ya doktor , Maisara ini anak pakcik yang sebelah itu kawan baik dia,doktor kenal ke ?”tanya En Nasir .
“Ya saya kenal dengan anak pakcik ni waktu kami bertembung di lobi hospital , tapi gadis di sebelah ni saya tak kenal pula .”Rozaini berbohong mengenai Cinta .
“Kurang ajar ,ada ke patut dia cakap tak kenal aku .Sekali atu tempeling baru dia tahu .Siapa Cinta .Mentang-mentanglah dia kerja dekat sini ,ingat aku hairan sangatlah,salah orang beb.”aku berkata perlahan ,namun rakannku maisara
mendengar butir bicaraku .
“Baby sudahlah jangan nak cari pasal lagi ,hormat sikit ayah aku ada dekat sini .”bisik Maisara .Aku yang mendengar ini pun hanya tersenyum ,maklumlah aku juga tidak mahu jika bapa rakanku berfikir yang bukan-bukan .Ada di copnya aku ini
wanita tidak sopan .
“Pakcik apa khabar?”
“Alhamdullilah ,pakcik sihat ,ini semua berkat dari rawatan doktor Rozaini .”tutur En Nasir perlahan .
“Oh nama mamat tapai ni Rozaini ..Hurm..tak sesuai langsung..lepas tu nak senyum-senyum bila orang puji dia bangga lah tu .
Di pendekkan cerita waktu yang di nanti sudah tiba .Seperti yang di minta oleh mama dan papa aku berpakaian cantik dan wajah aku yang sememangnya cantik cuma di sapu sedikit compact powder dan pelembab bibir .Apapun tetap cun lah ,hehehe perasan pula .
“Wah cantiknya anak mama dan papa ,macam ni lah pakai baju kurung baru nampak ayu .”beritahu mamaku .
Iya ke cantik dan ayu ? kembang semangkuk sekejap macam tidak pernah di puji layaknya .hehehe .
“Papa mama betul ke anak dia Nick datang sekali.?
“Ya kenapa dah tak sabar sangat ke nak tengok bakal suami kamu ke ?”tanya mama.
“Isk.. tanya saja tak boleh ke ?”
“Assalamualaikum..” terdengar suara orang memberi salam .
“Waalaikumsalam..masuklah” pelawa mama juga papa kepada tetamu kami .
“Jemput duduk Zakri ,Farhana .”beritahu papa .
“Oh ini ke Cinta anak kamu itu ?cantiknya ..”beritahu Puan Farhana .
Yeppi… aku kena puji lagi dengan bakal mertua asyik…ala tapi takut anaknya reject aku pula .
“Mana anak kamu Nick katanya dia nak datang sekali .”papaku mula bertanya .
“Oh Nick tak dapat datang dia demam ,jadi dia Cuma kirim salam pada kamu sekeluarga .
“ Murat macam ni ,telanjur kami sudah melihat anak kamu ini ,aku berniat untuk menyunting Cinta sebagai calon Menantu kami .Adakah kamu setuju , ?ini cincin tandanya tanya .” En Syed Zakri .”
“Pinang aku ? lah kenapa boleh jadi majlis peminangan pula .?”
“Alhamdulillah … kami setuju-setuju saja satu cadangan yang baik , tapi anak kamu Nick setuju ke ?”mama dan papa bertanya serentak .
“Nick sudah menyerahkan semua kepada kami dan dia setuju saja lagipun sampai sekarang dia asyik sibuk bekerja .”puan Farhana memberitahu .
“Cinta kamu setuju tak ,jadi isterinya Nick ?” tanya papa .
“Cinta setuju saja kalau papa dan mama juga setuju .”
Ceh.. betul ke dengan apa yang aku cakap sebentar tadi ? Ah sudahlah malas nak fikir lagi pun mama dan papa dah warning aku mesti terima anak kawannya jadi nak buat macam mana terima sajalah .
“Kalau Cinta setuju mari duduk sini aunty pakaikan cincin pertunangan kamu ni.” pinta puan Farhana .
Aku dengan sopan dan santunnya bangun dan datang duduk bersebelahan bakal mertua ku ,Jari ku yang runcing ini di hulur dengan sekelip mata cincin berlian yang entah berapa karat berada di jari manisku .Oh … kini aku sudah menjadi
tunangan orang .
“ Puan ,tuan hidangan sudah tersedia di atas meja .” beritahu pembantu rumah saya .
“ Marilah kita menjamu selera semua sudah terhidang ,”pelawa mama dan papa .
Tengahari itu kedua-dua orang tua aku terlihat senang , mungkin gembira melihat aku akan berkahwin seperti mana mereka inginkan .
Seminggu selepas itu aku dan Nick selalu berhubung kadang melalui talifon dan kadang melalui sms dia sangat baik dan ambil berat . Nick orang yang sangat romantic tahu kenapa ? dari kiriman bunga yang selalu aku terimalah .Walaupun
hingga saat ini kami belum bersua muka itu tapi kami yakin pilihan keluarga kami tidak mungkin salah dan aku menerima Nick apa adanya .Aku memahami kerjayanya sebagai seorang doktor .Manakala Nick menerima aku dan kerjaya ku .
“Maisara tak lama lagi aku akan berkahwin dengan Nick .”
“Baguslah kalau macam itu .Pasti dia kacak maklumlah bapanya itu keturunan arab.Aku tengok mereka berdua memiliki wajah yang cantik serta tampan pasti tunang kau pun tampan .Bila majlisnya tak sabar aku nak tengok .”beritahu Maisara.
“Oi.. kau pula yang tak sabar nak tengok dia . Aku yang tunang dia ini pun tak tengok muka dia lagi tau .”
“Ewah .. marah nampak .?”Maisara mula menyakat .
“Urm.. tak apa aku tahu kau bergurau .Majlis aku bulan depan .”
“Eh.. awalnya ?”
“Ya awal sebab kami Cuma bertunang selama 3 bulan saja .Persiapan perkahwinan pun mama dan papa sudah siapkan .”
“Eh ,bakal suami kau doktor kan ?”maisara bertanya seperti teringatkan sesuatu .
“Ya, dia doktor .”
“Sekali aja kan tunang kau itu ,doktor yang kau gelar mamat tapai kan..macammana ?”maisara bertaka sambil tertawa .
“Oi.. minah simpang malaikat 44 tau .Tak sudi aku..Sudahlah jangan kau sebut pasal mamat tapai tu benci aku .”
“Ala benci …sekali berjodoh baru tahu. Orang tua selalu cakap jangan benci-benci nanti jatuh cinta .” Maisara mengingati .
Sebulan selepas itu majlis perkahwinan aku di adakan .Ramai saudara mara ,sahabat handai juga jiran-jiran sudah datang menghadiri majlis perkahwinan yang boleh di katakan besar-besaran maklum kami berdua anak tunggal .
Majlis pernikahan aku akan berlangsung sebentar lagi . Hatiku berdegup kencang hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku tika itu macam genderang mahu pergi perang . Hari ini aku akan melihat wajah Nick suami ku .
Sewaktu majlis akad ingin di mulakan aku dan Nick sama-sama terkejut .Mana tidak dia adalah mamat tapai yang paling aku benci .Aku nak menjerit, nak lari dan nak maki pun tak boleh majlis sudah di siapkan .Dari wajah Nick aku juga melihat perkara yang sama tetapi wajahnya yang tenang dan selamba itu membuatkan aku berasa sedikit tenang .Dengan sekali lafas aku sah menjadi isteri kepada mamat tapai yang aku benci tu.
Benci ke sekarang ?tetapi sewaktu aku menjadi tunangnya aku dapat juga berkenalan dan rindu-rindu padanya sebab dia baik dan orang yang penyayang.Ah betul ke kata orang jangan benci-benci nanti jatuh cinta .Cinta apa sudah jadi ni …
Usai majlis perkahwinan kami yang gilang gemilang dan penuh memori yang tak best tu .Aku duduk termenung di jendela.
“Hai minah toncit satu..”tegus Rozaini lembut .
“Tengok dia mula lagi .”
“Jangan marah-marah sayang .Tak sangka ya orang yang abang benci jadi isteri yang paling abang sayang .Tahu kenapa ,ini semua kerana sewaktu kita bertunang abang dapat mengenali siapa Cinta yang sebenarnya walau hanya di dalam talifon .Apapun abang sayang kan Cinta dan abang akan menjaga Cinta dengan baik sampai akhir hayat abang ..
“Wah terharunya aku ,tak sangka suamiku mamat tapai ini orang yang sangat baik bertuahnya aku .”
“Erm.. abang tak apalah maafkan Cinta ya .Cinta marah sangat bila abang kurang ajar dengan Cinta .Apapun Cinta juga merasai hal yang sama ,walau Cinta benci abang tapi Cinta juga sayang dan cintakan abang .Abang milik Cinta seutuhnya .
“Abang sudah maafkan Cinta sewaktu abang menyunting Cinta sebagai isteri beberapa jam yang lalu ..Dan Marigold sudah mempertemukan kita .
“Marigold?”
“Ya kerana susu Marigold kegemaran kita lah , kita bertemu dan abang menemui Marigold bersama Cinta .”Beritahu Rozaini sambil memelukku erat .
“Sayang jom ikut abang .”Rozaini meminta .
“Apa dia .”
“Nah jom kita minum .”
“ Marigold wow ! , jom ..”
Kesudahannya aku bahgia bersama suami tersayang dan hingga kini Marigold menjadi minuman kegemaran kami .Aku dan suami juga berharap agar suatu hari nanti kisah ini akan ku ceritakan kepada anak-anak kami apabila mereka
meningkat dewasa .
tak sempat nak baca...ria copy dulu...ria baca kat rumah...nt ria komen k?
ReplyDeleteSaya banyak benda nak komen dekat sini..
ReplyDelete1. Jalan cerita terlalu mendesak.. memang cerpen itu satu saja konflik, tapi terlalu drag n dry. Ada juga tak logik.
2. Kesalahan tanda bacaan.. koma tak ada, noktah ada yang hilang.. tanda pembuka dan penutup dialog ada dekat monolog.. (baca balik...)
3. Perenggan yang kucar kacir. Kalau boleh buat satu perenggan untuk satu situasi. Jangan campur-campur...
4. Menulis ni, kena ada feel. Kalau penulis sendiri tak feel, pembaca pun x feel.
5. Minah ni garang sangat.. lelaki ni pun garang tetiba jadi sangat baik.. kalau boleh, buat satu situasi yang mamat ni pi skodeng minah ni ke atau minah ni pi skodeng mamat sebelum kahwin.. tu pasai dia jadi baik..
6. Tips : Baca sekali lagi cerpen ni.. banyak kali pun tak apa.. sebab ada certain words tak ngam dan ada certain words yang tertinggal..
Teruskan menulis! Practice makes perfect..