“ Eh Sheda , kawan Boss kita tue , nak lunch sekali dengan kita eh ?” Liza bertanya sebaik saja sampai di café .
“ Ya , dia ajak aku lunch tadi , tapi aku cakap tak payah sebab aku keluar rehat dengan kau . Tapi dia nak juga lunch dengan aku , katanya dia tak kisah kalau bawa kau sekali . Jadi aku suruh dia datang sini aja .” terang Sheda panjang lebar .Sheda kemudian mencapai menu di atas meja .
“Habis , kita nak order makan dulu ke ? Liza bertanya lagi .
“Sabarlah , aku tengok menu dulu nanti nak order senang . Apapun kita tunggu dia nanti dia cakap apa pula .” Sheda berkata lancar .Liza yang mendengar hanya menganggukan kepala jarinya pula pantas menyelak helaian menu .Sedang mereka leka membelek menu , mereka terdengar suara orang berdehem .Sheda dan Liza berpandangan .
“Assalamualaikum… maaf lama tunggu .” Lukman berkata pantas sambil menarik
kerusi dihadapan Sheda .
“Tampannya bila pulak mamat nie cukur jambang dia , apapun dia sangat tampan berbanding hari sebelumnya .” getus hati Sheda .
“ Kalau iya pun jawab salam saya , ini tidak awak berdua dok diam saja . Kalau tak jawab salam berdosa tau .” Lukman berkata spontan direnung kedalam anak mata Sheda . Sheda rasa terpempan seraya itu sepantas kilat Sheda menjawab salam tersebut dia berasa malu pipinya merona merah .
“ Hello .. Liza..” Lukman bertanya dia melambai- lambaikan tangannya tepat ke wajah Liza . Liza masih begitu terpaku kaku , matanya juga tidak berkelip mamandang ketampanan wajah di hadapannya . Sheda yang melihat keadaan itu segera mencubit rakannya .
“ Aduh….. sakitlah Sheda .” Liza berkata perlahan jarinya menyentuh lembut lengannya yang berasa sakit itu .
“Itu lah berangan aja , padan muka kau .” gelak Sheda .
“Habis dia handsome sangat , jadi aku tengoklah .” protes Liza.
Lukman hanya tertawa kecil apabila melihat dua wanita sedang bertelingkah hanya kerana ketampanannya .
“ Ya sudah , jangan gaduh lagi ok .” Lukman berkata lembut .
“En. Lukman , betul saya cakap encik nie memang handsomelah .” Liza memuji .
“Liza saya nie mana ada handsome , kalau saya nie handsome tunang saya tak akan tinggalkan saya .” Lukman berkata sayu . Liza dan Sheda hanya tersenyum mereka tidak ingin bertanya lebih lanjut mengenai perkara itu .
“Apapun terima kasih atas pujiannya .” Lukman kemudian memanggil pelayan untuk memesan makanan .
“En. Lukman , makanlah termenung aja buat apa ?” tegur Liza sebaik melihat makanan di pinggan cuma luak sedikit .
“ Panggil saya Fizzi , Liza .” pinta Lukman pula .
“Saya bukan termenung , tapi saya suka dengan café yang terlihat unik nie .”
Lukman menjelaskan .
“ Oh.. , samalah dengan Sheda , dia pun memang suka dengan rekaan café ini dan ini adalah café kegemarannya .” tanpa sengaja Liza memberitahu salah satu kegemarannya kepada Lukman .
“ Oh… iya ke ? Jadi selera kita samalah Sheda .” Lukman tersenyum senang .
“ Ha hahhah tidak sia-sia rehat dengan Liza nie , lama-lama aku boleh tahu semua mengenai Sheda .”gumamnya didalam hati .
“Kebetulan aja kot .” Sheda berkata acuh tak acuh . Sheda yang terasa tekaknya haus mencapai gelas di sisi dan tanpa sengaja Sheda mengambil minuman Lukman .
“ Sheda itu minuman saya .” tegur Lukman lembut . Sheda yang mendengarnya terpinga-pinga , dia kemudian melihat gelas ditangan . Ternyata memang benar , dia minum minuman Lukman . Tidak semena-mena pipi Sheda merona merah .
“Cakap aku berangan , kau sendiri sama saja .” sindir Liza dan dia tertawa kemudian.
“Maafkan saya Fizzi , saya tidak sengaja .” terketar-ketar nada bicaranya .
“ Saya tidak kisah pun , minumlah kalau awak suka .” Lukman bersuara lembut sambil menghabiskan makanan terakhir dipinggan .
“Liza dah lama awak kerja disini ?” Lukman bertanya sebaik saja gadis itu selesai makan .
“ Tak adalah lama sangat , baru setahun saya kerja dengan doktor Nizam .” terang Liza .
“Awak pula Sheda ?”Lukman bertanya sambil merenung wajah gadis dihadapannya .
“Saya boleh tahan lama juga , lebih kurang empat tahun .” tutur Sheda bersahaja .
“ Waiter bill please..” panggil Lukman . Selang beberapa minit seorang pelayan datang membawa bill dan Lukman mengeluarkan kad debit miliknya untuk proses pembayaran .
“Eh tak apalah Fizzi makanan kami biar kami yang bayar .” tegah Sheda spontan .
“Tak apalah biar saya belanja awak berdua , sekali sekala apa salahnya .” Lukman tidak mengendahkan , bill makanan dibayar penuh .
“ Apapun terima kasih kerana sudi keluar lunch dengan saya , sekejap lagi waktu rehat tamat kan .” beritahu Lukman .
“ Ya jam dua kita orang dah kena ada di klinik , nanti boss kita orang sampai susah lak .” beritahu Liza .
“ Terima kasih .” jawab mereka serentak sebaik keluar dari café . Lukman hanya menganguk dia tersenyum manis .
“Sheda saya balik dulu , pukul empat saya datang jemput awak ya .”beritahu Lukman .Sheda yang mendengar hanya menganguk tanda setuju .
Di rumah puan Ross sibuk memasak , selesai memasak dia mengemas dan mencuci
pinggan . Anak- anaknya semua sudah pun pergi ke tempat kerja . Dirumah cuma dia dan Mirmo kucing peliharaannya .
“ Pangggg…” terdengar bunyi periuk jatuh di lantai . Puan Ross berjalan meluru kearah dapur .
“ Ya Allah… Mirmo kau buat apa nie … ee… kau nie kan , kalau dah kucing tue
kucing juga kenapa tak tahu duduk diam .” marah puan Ross .
Doktor saya balik dulu ya . Selamat petang .”Sheda berkata dan meminta izin
untuk pulang .
“ Baiklah , hati-hati jumpa esok ya .” Nizam berkata .
“Liza aku balik dulu tau ,” Sheda berkata sambil menepuk bahu rakannya .
“ Sheda balik dulu ? bukan balik sekarang ke ?” Liza membuat lawak .
“Ya lah aku balik sekarang ya comel .”
“Ya lah pergi lah balik , kalau kau ada pun menyemak aja huhuh .” gelak Liza sambil mengemaskini dokumen .
“
“Ala doktor ngelat , asyik saya aja yang kerja full…” rungut Liza .
“Ala janganlah merajuk huhuh.. bukan awak ke yang mohon nak kerja full kerana
alasan nak guna banyak duit untuk majlis perkahwinan awak akan datang .” beritahu
Nizam mengingati pekerjanya semula dengan permohonan yang diminta . Liza hanya tersenyum sumbing bila teringat akan hal itu .
“Ok lah aku pergi dulu ya tak sedap pula bila Fizzi tunggu aku lama-lama .”
“ Baliklah tuan puteri ..hehehh ..” tegur mereka serentak .
Sewaktu dalam perjalanan pulang , Sheda banyak mendiamkan diri begitu juga
dengan Lukman . Hanya lagu On The Floor nyanyian Jenifer Lopez kedengaran di
corong radio .
“Ermmm…. Fizzi memang tak kerja ke hari ini ?” tanya Sheda memecah kesunyian .
“ Fizzi cuti lima hari , hari Isnin baru Fizzi mula bekerja .” terang Lukman .
“Kenapa Sheda tanya ? nak ajak saya date ke? ”
“Saja tanya tak boleh ke ?” balas Sheda Spontan .
“Boleh saya tak marah pun dan saya tak pernah cakap tak boleh .Apa lagi Sheda nak tahu pasal saya nanti saya ceritakan .”Lukman berkata sambil tertawa kecil .
Sampai diselekoh Lukman menghentikan kereta di pinggir jalan ,kemudian turun
dari kereta dan berjalan menuju gerai penjualan pisang goreng .Selang beberapa
minit Lukman datang menjinjit beg plastic . Setelah membuka pintu kereta Lukman
menyerahkan beg tersebut kepada Sheda . Sheda mengambilnya lambat-lambat .
“Ambillah Sheda saya belikan pisang goreng untuk awak .Nanti boleh buat minum
petang .” terang Lukman .
“Awak nie buat susah-susah aja . Terima kasih ya .” tutur Sheda lembut .
“Sama-sama dan kalau setakat pisang goreng tue tak susah pun .”Lukman tersenyum dan kembali memandu menuju destinasi .
Dari luar rumah puan Ross ternampak kelibat anaknya yang baru pulang dari
kerja . Puan Ross tersenyum apabila melihat Lukman turun dan menyapanya .
“Assalamualaikum… makcik , selamat petang .”Lukman menyapa ramah . Salam dijawab dan puan Ross mempelawa Lukman untuk masuk ke rumah .
“Tak apalah makcik , lain kali saja . Saya cuma menghantar Sheda balik , lagipula
tak sempat nak beramah maklum saya harus kerumah abang saya .”terang Lukman .
“Baiklah kalau begitu , sampaikan salam makcik pada dia ya .”beritahu puan Ross lagi .
Bab 7
Awan yang berarak di kaki langit menunjukan bahawa akan ada petanda hujan akan turun lewat petang itu . Manakala dirumah mewah berkembar dua tingkat itu terlihat sepasang suami isteri sedang rancak berborak sambil memerhatikan anak mereka bermain basikal .
“ Mama…. tengok abang nie , dia kacau munirah .” jerit munirah dari laman .
“ Amar jangan buat adik macam tue , nanti adik kamu jatuh .” marah zarina kepada
anak sulungnya .
“ Ala sikit-sikit ngadu sepak baru tahu .” marah Amar . Munirah cuma mengajuk semula kata-kata abangnya .Amar baru ingin memukul adiknya tapi Munirah lantas
berlari kearah mamanya .Perlakuan itu membuatkan Amar menarik muka masam
hajatnya tidak kesampaian .
hajatnya tidak kesampaian .
“Abang anak-anak kita makin membesar . Agak-agak kita sempat tak tengok cucu
maklumlah waktu kita kahwin usia pun dah lewat .” zarina bertanya suaminya yang
sedang termenung .
“ Ala awak tak perlulah risau sangat kalau umur kita panjang dapatlah kita tengok
nanti . Abang tak fikir lagi hal cucu , lagipun anak-anak kita masih bersekolah
rendah . Apa yang merisaukan abang cuma hal Fizzi aja , umur dah makin
meningkat majlis perkahwinan batal .”rungut Hafizal dahinya berkerut seperti
memikirkan sesuatu ..
“Entahlah abang , susah nak cakap dengan Fizzi tue . Dari masa dia kenalkan kita
dengan Liana saya sudah tak berkenan tapi dia nak juga sudahnya dia tinggalkan
si Fizzi tu terkontang-kanting .” celah Zarina .
“Eh tue kereta Fizzi .” Hafizal memberitahu . Zarina segera menekan butang hijau
dan pagar automatic itu segera terbuka . Lukman memakir kenderaannya ke dalam
garaj .
“Assalamualaikum…”Lukman memberi salam sambil berjalan masuk ke dalam
rumah .
“Abang ngan akak apa khabar ?” tanya Lukman sambil menyalami tangan
abangnya .
“Ermmmm… baik dan sihat saja kamu apa khabar .” jawab Hafizal sambil
memerhati adiknya dari atas ke bawah .
“Fizzi duduk dulu ya akak kedapur jap .” Zarina berkata sambil berjalan ke luar .
“ Amar … Munirah ..mari masuk jangan dok main aja .Masuk dalam salam pak
usu nie .” perintah Zarina pada kedua anaknya yang leka bermain . Mereka berdua
berlari masuk apabila ibu mereka memberitahu bahawa pak cik kesayangan mereka
datang .
“ Eh kenapa nie lari-lari nanti jatuh baru tahu .”tegah Lukman lembut .
“Pak usu bawa coklat tak ?” tanya Munirah yang sememangnya petah .
“ Ummm… kalau tak ada coklat macam mana .?” Lukman mengusik .
“ Kalau tak ada tak mahu , kawan ngan pak usu .” Munirah menjawab selamba tapi
mukanya sudah mencuka .
“Amboi …. merajuk pula.. muncung tu sudah boleh sangkut hanger tau .” Lukman masih galak mengusik .
“Ala pak usu nie..?” Munirah melangkah dan duduk disebelah Lukman di raba
setiap poket seluar pak ciknya hanya kerana coklat . Amar yang dari tadi
memerhati juga melakukan perkara yang sama .
“ Ya Allah …. Munirah , Amar… sabarlah coklat nak tapi kamu berdua tak
salam pak usu lagi nie apa cerita . Alih- alih tanya coklat .” Lukman sengaja
mengenakan mereka . Terpaku kedua-duanya dan serentak itu mereka mencium
tangan Lukman .
“ Ha… pandai pun kamu salam pak usu , ingat tak pandai… asyik coklat aja kamu
berdua yang ingat .” jerkah Zarina yang sedang menatang dulang berisi kopi panas .
Tersengih-sengih mereka apabila dijerkah begitu . Hafizal pula masih memerhati
Lukman dengan perasaan aneh .
“ Pak usu ada tak bawa coklat untuk kita orang .”tanya Amar pula .
“Kamu berdua nie masih tak putus asa ya . Tetap mahu tahu dimana keberadaan
coklat …urm… cuba cari sendiri ,pak usu terlupa pula letak kat mana .” Lukman
berpura-pura menggaru kepala sebagai tanda terlupa sesuatu .
“Pak usu ni teruklah .”marah munirah .
“Ha… Munirah abang tahu , kalau tak ada dalam poket seluar tentu ada dalam
kereta jom kita cari kat
apabila abangnya berkata begitu sepantas kilat dia berlari menuju kereta pak usu
mereka . Lukman tergelak apabila melihat anak saudaranya berkelakuan begitu ,
memang betul apa kata Amar dia meletakkannya di dalam kereta .
“ Apa yang abang tengok nie , ada yang tak kena ke? tanya Lukman yang sedari
tadi rasa di perhatikan..
No comments:
Post a Comment