Bab 4
Majlis resepsi yang berlangsung mewah itu di hadiri oleh ramai kenalan rapat Dato’ Razali termasuk saudara maranya. Qistina dan Adam mengenakan busana pengantin bewarna ungu tua berkonsepkan moden kontemporari. Manakala Sarah dan Ikmal mengenakan busana bewarna ungu muda.
Wajah puan Kasmah berseri-seri tatkala melihat anak lelakinya yang kelihatan tampan dan bergaya duduk di pelamin. Dato’ Razali juga berasa sangat gembira. Malah wajah Qistina juga bercahaya dan berseri-seri. Rasa gembira yang tidak dapat diungkapkan dengan kata. Qistina memanjat rasa syukur tidak terhingga. Namun rasa gembira itu cuma seketika, Qistina tidak menduga bahawa kekasih lamanya anak kepada teman ayahnya datang untuk menepung tawar.
‘Razlan? Apa yang dia buat? Bila dia balik dari oversea?’ gumam Qistina sendiri.
Razlan memandang wajah Qistina dan tersenyum sumbing. Hatinya panas membara. Dia baru saja pulang dari Paris, tiba-tiba dia mendapat khabar yang Qistina sudah pun berkahwin. Qistina buah hatinya sudah diambil oleh jejaka yang tidak kurang kacaknya.
“Tahniah. Dan semoga berbahagia,” ucapnya ringkas lalu beredar.
Adam tersenyum manakala Qistina tunduk diam membisu.
Majlis perkahwinan selesai tepat jam enam petang. Ramai tetamu yang hadir sudahpun mengundurkan diri. Kecuali saudara maranya termasuk rakan ayahnya iaitu Tengku Fariz. Qistina juga dapat rasakan ketidak selesaan itu, Mana tidak, jika Tengku Fariz ada pasti anaknya Tengku Razlan juga ada. Kemana dia hendak lari? Waktu dan kisah cintanya sudah lama berlalu dek kerana masa. Masa depannya Cuma Adam, bukan Razlan lagi. Namun perlukah dia menceritakan semua rasa gundah itu kepada suaminya. Apa kata Adam nanti? Dia tidak mahu Adam kecewa atau terluka. Cukup dulu dia terlanjur melukakan hati suaminya dengan perbuatan kasarnya.
Qistina dan Sarah masuk untuk mengganti pakaian di bilik masing-masing. Rasa panas dan tidak selesa sudah dapat dirasakan.Wajah yang penuh dengan solekan tebal segera di cuci. Selesai semua itu. Sarah datang bertemu Qistina yang sedang duduk termenung di beranda rumah memerhati gelagat suaminya dan Ikmal yang masih berpakaian pengantin. Dia mengeluh seketika.
“Qistina cepatnya kau tanggalkan make-up express betul.”
“Hurm…buat apa nak lama-lama?Aku bukan macam kau Sarah,” ucapnya sambil memandang wajah sepupunya.
“Kau ni kenapa macam tak ada mood aja? Kau risau pasal Razlan ya?”
Sarah tahu dan nampak Razlan datang untuk menepung tawar mereka. Dia sendiri rasa tak percaya. Apa yang dia tahu dari Qistina dia tidak akan kembali ke Malaysia dan ingin tinggal dan bekerja di situ. Namun apakan daya langit tidak selalu cerah.
“Kau pun tahu kan. Rasa serba salah pula?”
“Aku tahu, tapi itu bukan salah kau? Berapa lama kau nak tunggu dia. Lagipun dia yang tak serius.”
“Ya, tapi kami tak pernah putus.Waktu aku balik Malaysia pun dia tak beri kata putus tentang status hubungan kami. Aku anggapnya putus. Tapi dia bagaimana?”
“Kau jangan susah hati fikir hal yang dah lama berlalu tu. Hubungan kau dah lama tamat bila kau dah pun sah menjadi isteri orang setahun yang lalu. Kau kena ingat dan fikir status kau sekarang. Bukan status kau dulu. Kau lihat Adam yang ada di bawah tu. Sanggup ke kau lukakan hatinya lagi. Dia sayang kau sangat-sangat sampai apa yang kau buat pun dia sanggup tunggu. Kalau Razlan, sanggup ke dia terima layanan begitu?”
Qistina berpaling dan memandang Adam dan matanya tertacap pada susuk tubuh tinggi lampai yang sangat dia kenali. Razlan sedang duduk berbual dengan Adam. Entah apa yang dibualkan dia sendiri tidak tahu. Ikmal? Ikmal yang sememangnya tahu kisah silamnya hanya mencebik. Qistina dapat melihat semua itu dengan sangat jelas. Hatinya tidak keruan, rasa bimbang yang tidak dapat dibendung mebuatkan Qistina berpeluh.
“Hei…,Qistina bertenang. Jangan dok fikir sangat. Aku takut Adam perasan nanti,” ucapnya sambil menenangkan Qistina.
“Sarah, aku tak boleh. Aku takut kalau Adam tinggalkan aku,” ucapnya sayu.
“Qistina jangan risau sangat. Kau akan okey. Aku rasa ada baiknya kau ceritakan pada Adam siapa Razlan tu. Aku bimbang kalau dia mengada-adakan cerita. Kau tahu sifat Razlan seperti apakan?”
“Tapi…,” Qistina berasa ragu. Bibirnya diketap rapat.
“Tapi, apa Qistina? Jangan biarkan perkara lama itu mengganggu keharmonian rumah tangga kau. Aku juga tidak boleh simpan rahsia kau tu lama-lama. Aku juga bimbang jika terjadi sesuatu di kemudian hari.” Sarah berkata menasihati Qistina.
Rasa bimbang itu seperti apa hanya dia yang tahu. Dia dapat rasakan yang kebahagiaan Qistina tidak akan bertahan lama. Tengku Razlan yang dia kenali adalah lelaki yang tidak mahu kalah. Apa yang dia inginkan pasti akan dia dapatkan. Razlan yang kacak serta kaya raya itu tidak berperi kemanusiaan. Sifat sombong dan angkuh itu entah diwarisi dari siapa dia sendiri tidak tahu.
“Qish kenal Tengku Razlan?” tanya Adam lembut sewaktu mereka duduk di beranda rumah.
“Ya, kenal kenapa?” tanya Qistina gugup.
“Abang tanya saja. Kacak orangnya kaya pula tu.”
“Ya, dia kacak. Tapi abang lagi kacak. Kalau dia kaya harta, abang kaya dengan budi bahasa.” Ucapnya Qistina lembut sambil menjatuhkan kepala di bahu suaminya.
“Abang tengok, Ikmal macam tak suka pada dia? Qish tahu sebab apa?”
“Kenapa abang ulas macam tu?”
“Razlan cakap dia dah lama kenal dengan Ikmal, Sarah dan Qistina masa di Paris. Tapi abang tengok Ikmal seperti tidak selesa. Kalau Razlan tanya sepatah dua saja dia akan jawap. Bila razlan bosan bila pertanyaannya tidak di jawap Razlan minta diri untuk pulang.”
“Entahlah, kalau perkara itu abang kena tanya Ikmal sendiri. Qish tak ada jawapan abang tu,” ucapnya manis.
Sarah dan Ikmal masing-masing termenung. Mereka bimbang dengan Razlan yang dikenali lelaki agrasif. Sarah memandang Ikmal yang sedang asyik termenung. Hatinya yang bimbang hanya dia saja yang tahu.
Sarah menepuk bahu suaminya kuat.
“Sayang ni, termenung pula. Fikirlah macamana nak tolong Qistina tu. Sarah risaulah kalau tiba-tiba dia cakap dengan Adam macam-macam. Dia tu bukan betul pun,” ucap Sarah lancar.
“Saya tengah fikirlah ni. Saya pun dapat rasakan yang Razlan tu pasti akan buat kacau.” Ucapnya lancar sambil membelai rambut isterinya.
Satu keluhan di lepaskan, al- maklum siapa yang tak kenal Razlan yang bermuka dua tu. Dari dulu lagi, mereka berdua tidak gemar dengan jejaka pilihan Qistina. Tapi apakan daya Qistina sangat degil dan susah diatur. Buruk bagaimanapun tetap cantik dimata rakannya itu.
‘Sampai hati kau Qistina, aku akan pastikan kau tak akan hidup bahagia. Kau hanya milikku. Aku akan buat Dewa Nur Adam benci pada kau selama-lamanya. Dan aku akan jadi penyelamat hidupmu.’ Gumamnya sendiri sambil tertawa sinis.
Pagi itu mereka sekeluarga duduk bersarapan bersama-sama. Sarah, Ikmal, Qistina Adam dan puan Kasmah duduk sambil menyantap hidangan pagi itu iaitu nasi lemak. Dato’ Razali sengaja meminta pembantunya memasak makanan kegemaran anak saudaranya. Sekali sekala saja Sarah datang ke rumahnya. Ini pun kerana adiknya ingin mengadakan majlis perkahwinan anaknya di rumah miliknya jadi Sarah serta Ikmal akan tinggal di rumahnya sehingga mereka berdua pulang dari berbulan madu.
“Kasmah nak pulang hari ni ke?” tanya Dato’ Razali memecah kesunyian.
“Ya, saya nak balik petang ni. Bukan apa tak ada siapa nak jaga rumah tu. Maklum rumah tu tak boleh tinggal lama-lam bimbang orang pecah masuk nanti.”
“Ala, mak tak payah balik dulu. Tunggu Qish dan abang Adam balik dari terengganu lah,” ucap Qistina manja.
“Mak tak boleh nak duduk sini lama-lama Qish. Kamu tahulah mak ni bukan suka susahkan orang pun,”
“Tak ada susah mana pun Kasmah. Kamu tinggallah dekat sini dulu.”
“Maaf lah Zali, saya memang kena balik. Jangan dipujuk lagi.” Katanya tegas.
“Baiklah, kalau macam tu biar pemandu saya yang hantar Kasmah sampai Muar.”
“Mak, tak nak fikir lagi ke? Adam sunyi kalau mak tak ada,” ucapnya sayu.
“Kamu jangan manja sangat. Alasan aja tu. Mak kenal kamu Dewa. Kamu tak ada sunyi sangat pun, Qistina kan ada, hilanglah sunyi kamu tu. Kalau kamu rindu mak kamu datang aja bukan jauh sangat pun,” tutur ibunya lembut.
Adam tersenyum, jika putih kata ibunya, putihlah ia. Jika menangis air mata darah sekalipun ibunya tidak akan bertukar fikiran. Qistina memandang Sarah dan Ikmal yang diam tidak berkutik.
“Hai, mimpi apa kamu berdua ni senyap saja. Tak sabar nak pergi bercuti ke?” tanya Dato’ Razali.
“Hish…, pak long ni. Mana ada Sarah sedang menikmati nasi lemak ni aje. Bukan fikir pasal bercuti,”
“Jadi kamu tak teruja nak ke sana?? Orang lain semua teruja kamu tengok muka Qistina dan Adam ni, berseri-seri betul.”
“Hish.., ayah ni. Kami pula yang kena” tukas Qistina pantas.
“Pak long kami tak pergi pun tak apa. Kami boleh honeymoon dalam bilik hari-hari?” ucap Ikmal nakal.
Sarah mencubit peha Ikmal kuat. Matanya bulat merenung Ikmal.
“Aduh!! Sayang sakit tau. Macam kena sepit dengan ketam pula.”
“Gatal sangat, padan muka lain kali cakap lah benda merapu tu lagi?”
Semua yang ada di meja makan turut tertawa. Ikmal yang sememangnya nakal buat muka tidak bersalah. Tidak lama selepas itu terdengar bunyi deringan telefon rumah. Tidak lama selepas itu mak cik Midah datang memberitahu.
“Qistina, ada panggilan di depan.”
“Siapa mak cik?”
“Entahlah, mak cik lupa nak tanya tadi.”
Qistina memandang Adam, dan mengizinkan Qistina untuk menjawapnya. Qistina serba salah. Jantungnya berdegup laju dan kencang, entah kenapa dia seperti dapat rasakan bahawa panggilan itu dari Razlan.
“Hello Tina? Apa khabar? Tentu you sihat kan?”
Seperti firasatnya, memang benar panggilan itu dari Razlan. Qistina bingung, lama dia terdiam.
“Hai, tak akan dah tak sudi nak dengar suara I lagi,”Razlan berkata lembut dan sinis.
“Tak adalah, I okey dan sihat aja. Macam you tengok semalam.”
“Sampai hati you, you tinggalkan I, Kalau pun you penat tunggu I, you patutnya beritahu I bukan buat I macam ni sayang.”
“Cukup, you tak berhak panggil I sayang. Lupakan I. I dah jadi isteri orang, you tahu apa hukumnya kan?” ucap Qistina perlahan.
“You milik I, bukan milik dia. Apa lebihnya dia berbanding I,” ucap Razlan tidak puas hati.
Qistina memandang mereka di meja makan. Mereka sedang leka berbual. Sebaik saja Sarah memandangnya, Qistina memberi isyarat mata kepada Sarah. Dan Sarah memahaminya.
“Maaf Razlan, I tak dapat berbual dengan you lama-lama. I tak mahu ada masalah dengan suami I, hubungan kita sudah lama tamat. I harap you tak akan ganggu I lagi.”
“Tidak semudah itu, I akan dapatkan you. Kalau tak dapat cara baik I buat cara kasar,” ugut Razlan lagi.
Qistina tidak senang dengan ugutan itu. Talian telefon di matikan. Qistina kemudian berjalan semula ke meja makan. Adam memandang raut wajah Qistina yang kelihatan resah.
“Qish okey? Tak sihat ke? Siapa yang telefon tadi?” tanya Adam lembut dan teratur.
“Tak ada siapa cuma kawan lama. Dia minta maaf sebab tak dapat datang majlis kita semalam itu saja abang,” ucap Qistina. Dia terpaksa berbohong, nafsu makannya juga sudah mati tat kala menerima panggilan dari insan yang tidak diduga sama sekali. Hatinya jadi kecut, jiwanya resah. Ugutan Razlan masih terngiyang-ngiyang dicuping telinganya.
“Qistina, Razlan yang telefon tadi kan?”
“Ya, dia call. Dia ugut aku.”
“Dia kata, aku miliknya. Aku risaulah, hati jadi tak senang. Nak pergi bercuti pun aku dah tak ada mood. Kenapa bukan dulu dan kenapa sekarang dia muncul?”
“Apa kau merepek ni!! Kalau bukan sekarang, kau nak terima dia lagi ke? Qistina kau jangan lupa. Dia tu bukan lelaki baik-baik. Perangai macam tu kau dok gila. Aku dan Ikmal dari dulu tak berkenan dengan perangai dia yang tah apa-apa.”
“Bukan itu maksud aku,”
“Sudahlah, aku kenal kau Qistina. Aku faham benar apa maksud kau. Kau masih simpan rasa cinta itu kan?Jangan bohong Qistina,” marah Sarah.
“Aku tak ada hati langsung pada dia. Aku dah penat menanti dia dulu. Apa yang ada cuma rasa bersalah.”
“So…?”
“Aku tak boleh nak fikir apa-apa pun kepala aku berserabut. Adam pula renung aku macam ada yang tak kena.”
“Macamana dia tak renung kau? Muka kau tu macam tu. Aku dan Ikmal pun risau juga. Tapi kami tak tunjuk rasa susah hati kami. Kalau kau nak rasa selamat ada baiknya kau ceritakan pada Adam. Aku tahu Adam suami yang baik dia tidak akan ambil tindakan bodoh.”
“Belum masanya lagi.”
“Suka hati kau lah, aku nasihatkan aja. Jangan sampai jadi salah faham sudah jadinya nanti.”
“Aku akan jumpa Razlan bila kita balik dari Terengganu nanti.” Putus Qistina lagi.
“Kau ni dah mereng agaknya. Dah tahu macam tu lagi nak pergi jumpa dia? Tak faham aku,” ucap Sarah sambil berpeluk tubuh.
“Aku pergi dengan kau lah. Tak akan aku nak pergi sendiri. Kalau dia apa-apakan aku, kau kan ada.”
“Kalau Ikmal izinkan. Kau kan tahu Ikmal tak suka Razlan. Tapi tak apalah aku pujuk dia nanti.”
Qistina tersenyum senang.
No comments:
Post a Comment