Wednesday, 14 March 2012

Qistina Bab 3











Bab  3


Qistina  membeli  pakaian,  bukan  beberapa  helai,  malah  boleh  dikatakan  borong. Adam  pening  melayan  kerenah  Qistina  yang  tah  apa-apa. Namun  diturutkan jua. Kakinya  sudah  lenguh  berdiri  dan  mengambil  keputusan untuk  duduk  di  bangku  luar.

“Adam,  jom  kita  pergi minum,  aku  haus  ni.” rengek  Qistina  tiba-tiba.

“”Hai  ..Dewa, Apa  Khabar?”  Tanya  seorang wanita  yang  lebih  kurang  usia  Adam.

“Baik, Zakiah  pula?”

“Saya  baik  saja. Siapa  ni,  tak  mahu  kenalkan  ke?”  tanya  gadis itu  lagi.


“Ini  Qistina,  majikan  saya.”

“Oh…ingatkan  isteri. Maknanya  saya  masih  ada  peluang  untuk  dapatkan  awak,  betul  tak  dewa?” tanya  gadis  itu  meminta  kepastian.

“Urm..entahlah..kalau  ada  jodoh  adalah  kot,”  jawap  Adam  lembut  dan  mendatar. Dia  malas  mahu  melayan  Zakiah  yang  dari  dulu  asyik  mengejarnya. dia  rimas.Qistina  pantas  menarik tangan  Adam spontan. Dia  benar-benar  marah. Adam  yang  ditarik  paksa  terpinga-pinga.


“Kenapa  dengan  awak  ni?”  tanya  Adam sambil menarik  kembali  tangannya.

“Kenapa kau  layan  dia hah!!Mata  kau  tu  letak  kat  mana.Aku  ni  disebelah,  kau  boleh  layan  perempuan  kampung  tu!!”” Jerkah  Qistina, matanya  sudah  mencerlung  tajam. Adam cuma  tersenyum, entah  kenapa  Qistina  nampak  seperti  orang  cemburu.

“Awak  marah  ya?Kenapa  mesti  marah?Saya  kan  cuma  pemandu. Pemandu  setia  sampai  bila-bila,”Adam  berkata  mengingati  Qistina  kembali. Qistina  diam, dia  tahu  ayat  itu  yang  selalu  dia tuturkan  kepada Adam. ‘Pemandu’ arghh..hatinya  sudah  bertambah  membara. Barang  ditangan  dilempar  ke  jalan  dan  berlari  pergi  meninggalkan  Adam.

Adam  hairan  dengan  sikap  Qistina  yang  dirasakan  aneh. Barang-barang  yang  di lempar  segera  dikutip. Adam  kemudian  berlari  menuju  tempat  memakir  kenderaan. Qistina  tiad  di situ.

‘Ah, sudah  mana  sajalah  kamu  ni  Qistina’

‘Laki  tak  guna,  ingat  aku  ni  sampah. Dasar  lelaki  gatal, Adam  aku  bemci  kau!!!’  jerit  Qistinadi  dalam hati.

Qistina  pulang  menaiki  teksi,  wajahnya  yang  sudah  dibanjiri  air  mata  segera  dihapus. Pantas  Qistina  membayar  tambang  dan  berlari  masuk  ke  dalam. Pintu  kamar  dihempas  kuat. puan  Kasmah  yang  berda  di  dapur  terkejut.

“Qistina  kenapa  ni? Buka  pintu?” Pinta  puan  Kasmah, dia  betul-betul  risau. Dia  pandang  keluar  tiada  kereta  di  situ. Dia  tahu  Adam  belum  pulang. Baru  puan  Kasmah  hendak berjalan  keluar  dia  ternampak  kereta  memasuki  perkarangan  rumah.

“Dewa  kenapa  kamu  tak  balik  sekali? Tu  isteri  kamu  tu  dah  kenapa  tutup pintu  berkurung,  mak cuma  dengar  suara  dia menangis. Kamu  bergaduh,  atau  kamu  tampar  dia  lagi?”

“Mak,  Dewa  tampar  Qistina tempohari  bukan  sengaja. Dewa  sudah  berjanji  tak  akan  sakiti  dia  lagi. tapi  entahlah, dia  asyik  nak mengamuk  saja.”

“Sudah..pergi  pujuk  dia,” arah  puan Kasmah.

“Qistina,  buka  pintu  ni,” Adam  berkata  sambil  mengetuk pintu.

“Pergilah! aku tak  mahu  tengok  muka  kau!!”  Marah  Qistina. Air  mata  yang  baru  kering  jatuh  kembali  berguguran. Dia  sungguh  benci  dengan  perasaan  itu. Perasaan  yang  membuat  dia  gila.

Adam  hanya  diam,  dia  takut  jika  dipaksa  Qistina  akan  nekad. Dia  kemudian  keluar  dan  duduk  di  pankin.

“Dewa, lusa  kita  sudah  berpuasa. Kamu  akan  menyambutnya  di  sini  atau  di  bandar  bersama  mertua  kamu?”

“Dewa  akan  menyambutnya  di  sini,  bersam  mak  juga  Qistina. Dewa  dah  beritahu  ayah  perkara  ini. Dia  setuju  saja,  oh  iya  ayah  kata  dia  akan  datang  berhari  raya  bersama  kita  di  sini  nanti,”  beritahu  Adam  lembut.

“Kamu  termenung, sebab  risau kan  Qistina  ya?”

“Ya, Dewa  risaukan  dia. Dewa  juga  sayang  padanya. Mana  mungkin  Dewa  lupa  pada  wanita  yang  sudah  lama  bertahta  dihati,”  beritahu  Adam. Di  raup  wajahnya  perlahan,  pandangan  dilepas  bersama-sama  bayu  petang  yang  baru  berhembus.


Malam itu,  Qistina  tidak  makan malam  bersama  mertua  juga  suaminya. Dia  lebih  senang  duduk  terperap  di  dalambilik. Qistina  menyisir  rambut  sambil  melepas  keluhan berat. Dia  teringat  kembali  peristiwa  pernikahannya  dengan  Adam  yang  berlangsung di  pejabat  agama. Itu  semua  permintaanya. Rahsia  perkahwinan  juga  adalah  permintaanya. Hatinya  benar diruntun  pilu.

‘Benarkah  dia  cemburu?Benarkah  dia  bimbang  jika  Adam  lelaki  yang  dibenci  itu  pergi  kepada  wanita  lain. Sanggupkah  dia?Dia  tidak  mampu  merungkai  segala  persoalan  yang  mula  menjengah  hati. Malam  itu, Qistina  tidur  tanpa  perutnya  di isi.

Pagi-pagi  lagi  Hani  sudah  datang  menjenguk  puan  Kasmah  juga  Adam. Qistina  yang  terdengar  suara  orang  ketawa  menjenguk  di  sebalik langsir  bilik. Hani  sedang tertawa  manja,  begitu  juga  Adam. Entah  apa  yang  mereka  bualkan  Qistina  sendiri  tidak  tahu. Qistina  menggigit  bibir.

“Abang  Dewa  bila  nak  kahwin?”  Tanya  Hani tiba-tiba.

Qistina  memasang  telinga  untuk mendengar  butir  bicara  mereka  berdua. Dan  setia  menanti  jawapan  yang  akan  keluar  dari  mulut  Adam.

“Entahlah  Hani,  tak  ada  orang  nak. Lagipun  abang  ni  orang  kampung. Kerja  pun  pemandu  aja,”  tutur  Adam  lembut  dan  tenang.

Qistina  diam  membisu. Air  mata  sudah  hampir  jatuh.

‘Sampai  hati  kau Adam,’ gumamny  sendiri.

“Abang  kacak,  dan  baik. Pasti  ada  wanita  yang  menghargai  abang. Hani  yakin  pasti  ada,”  Hani  berkata  lembut.

Adam  hanya  tunduk  memandang  permaidani.

‘Masih  adakah? Wanita  yang  akan  menghargainya,  menerima  dia  apa  adanya. Hal  itu  tidak mungkin  terjadi. Qistina  tidak menyukainya  walau  sedikit, hanya  kebencian  yang  sentiasa  terpamer  di  wajah  Qistina,’

“Kenapa  abang  termenung?”  tanya  Hani  setelah  melihat  reaksi Adam.

“Tak  ada  apa-apa. Mudah-mudahan suatu  hari  nanti  ya,”  Adam  berkata  lembut  sambil  mempersilakan  Hani  untuk  minum.

“Assalamualaikum…” Qistina  memberi salam.

“Waalaikumsalam..Qistina  masuk  lah,”  pelawa  Hani  lembut  dan  sopan.

“Saya  datang  nak pulangkan  pakaian  yang  saya  pinjam  semalam,”  terang  Qistina  sambil  menghulurkan  pakaian  kepada  hani. Hani  hanya  tersenyum  dan  menyambutnya.

“Qistina,  awak dah  nak  balik  ke? Boleh  kita  berbual  sebentar?” pinta  Hani  tiba-tiba.

Qistina  menganguk  dan  tersenyum  setuju  dengan  apa  yang  dipinta.

“Qistina,  kalau  saya  tanya  awak  jangan  marah  ya?”

“Marah?? Kenapa  mesti  saya marah?”  tanya  Qistina  kembali.

“Maaflah,  mungkin  pertanyaan  saya  ini  sensitif,” ujar  Hani  lembut.

Qistina  sudah  di  pagut  resah. ‘ pertanyaan  apakah  itu?’

“Qistina  saya  tahu  apa status  awak, saya  juga  tahu  apa  status  abang  Dewa. Kenapa harus dia  perkenalkan  awak  sebagai  majikan  dan  bukannya  isteri?”

Qistina  terpempan,  rasa  seperti  ada  batu  besar  yang  menghempap  pundaknya.

“Dari  mana  awak tahu  saya  isterinya?” tanya Qistina  lambat-lambat  dan  perlahan  tanpa  menatap  wajah  gadis  di  sebelahnya.

“Saya  tahu  dari  ibu  abang  Dewa. Apa  makna  semua  ni? kenapa  semua  itu  harus  dirahsiakan?”

“Adakah  Dewa  tahu, bahawa  awak  sesungguhnya  tahu  rahsia  ini?”  Qistina  bertanya  sambil  menatap  wajah  Hani  yang lembut.

“Tak, abang  Dewa  tak tahu  yang  Hani  tahu  hal  ini. Hani  dah  janji  dengan  ibu  abang  Dewa.”

“Saya  yang  minta  mereka  rahsiakan.”

“Tapi  kenapa?”

“Sebab  saya  bencikan  Adam,  perkahwinan  itu  buat  saya  terseksa. Saya  ingin  bebas  dan  saya  belum bersedia  untuk  menjadi  isteri  orang  pada  usia  muda,”  Qistina  berkata  lambat  dan  perlahan.

“Qistina, muda  lagi  ke  awak  ni?  Kalau  tak  silap  saya, umur  awak  sudah  28  tahun. Ya,  mungkin  muda  untuk  awak yang  duduk  di  bandar. tak  macam  kami  di  sini. Usia  begitu  mereka  semua  sudah  bergelar  anak  dara  tua,” sindir  Hani.

“Saya  tahu  saya  salah. Tapi  awak  tak tahu..”  kata-kata  itu  tidak  dihabiskan  kerana  Hani  pantas  memotong.

“Awak  tak cintakan  dia?Tidak  sayangkah  awak  pada  pemuda  yang  berhati  mulia  itu?  Apa  kurangnya  dia?  Tidakkah  awak takut  kehilangan  dia  hanya  kerana  ego  dan  rasa benci  awak  yang  cukup  kuat  itu?”

Qistina  diam  tidak  menjawap, soalan  bertubi-tubi  yang  di  tujukan  untuknya  tidak  mampu  di  jawab. Dia  buntu. Air  mata  sudah  mula  bertakung  di  tubir  mata. Hanya  menanti  saat  untuk  gugur.

“Qistina,  saya  tahu  kenapa  awak diam. Awak  cintakan  dia  kan?Usahlah  awak  sembunyikan  perasaan itu  lagi. Perasaan  syang  mula  bersarang  dalam  hati,  tika awak  melihat  saya  dan  abang  Dewa. Saya  tahu  awak  cemburu,”  tutur  Hani  lembut.

Air  mata  mula  berjurai. Qistina  tunduk  memandang  debu  pasir  di  bawah. Pantas  dia  menyeka  air  mata  itu.

“Tidak! Saya  tidak  pernah  cemburu. Saya  tidak  pernah  cintakan  dia. Saya  benci  dia,”  beritahu  Qistina.

“Qistina,  jangan  awak  menipu diri. Mata  awak  tidak  mampu  berbohong,  apatah  lagi air  mata  yang sudah  memrembes  di pipi.  Saya  tahu  awak cemburu,  awak  sudah  mempunyai  rasa  sayang  padanya. Kenapa  harus  menipu? Tidak  sakitkah  hati  dan  perasaan  awak  bila  menyimpan  rasa  cinta  dalam  diam? Qistina  saya  tahu  rasa  sakit  itu  seperti  apa. Rasa  sakit  yang  tidak  dapat  digambarkan,  apabila  orang  yang  di  cintai, tidak  tahu  isi  hati  kita  seperti  apa. Qistina  ini  nasihat saya  sebagai  seorang  rakan,  yang  rasanya  tidak begitu  penting. Jaga  dan  semailah  cinta  kamu  untuknya. Jagalah  ia  dengan  kasih  sayang  agar  segar  mewangi. Ingat,  tawan  hatinya  sebelum  dia  pergi  jauh. Kelak  awak  akan  menyesal.”


“Saya  tahu,  terima  kasih  atas  nasihat  awak. Tapi  saya  malu  pada  diri  saya  sendiri. Saya  bimbang  jika  dia  tidak  mahu  menerima  saya,”  Qistina  berkata  sambil  menangis  hiba.

“Qistina,  saya  tahu  sifat  abang  Dewa  seperti  apa. Dia  lelaki  budiman. Pergi  padanya  sebelum  terlambat. Sudahlah  jangan  menangis  lagi  okey, perempuan  cantik  macam  awak  kalau  menangis nampak  buruk  tau.”  Hani  berkata  sambil  tergelak  kecil.


Qistina  rasa  tenang  seketika. Dia  tidak sabar  menunggu  kepulangan  Adam. Petang  itu  Qistina  membuat  popiah  hasil  dari  air  tangannya. Dia  sengaja  membuatnya  kerana  dia  tahu  popiah  adalah  makanan  petang  kesukaanya.


Puan  Kasmah  pening  kepala  dengan  perlakuan  Qistina  yang  asyik mundar-mandir. Belum  lagi  dia  terkejut  apabila,  menantunya  itu  tiba-tiba  bertanya  apa  makanan  kesukaan  Adam. walaupun  dia  hairan,  dia  masih  lagi  memberitahu  apa  kesukaan  Adam. Hati  tuanya  berbisik.

Qistina  nampak  Adam  pulang  menjinjit  beg  plastic. Qistina  pantas  menerpa  dan  mengambil  beg  plastic  ditangan  Adam. Adam  terkejut, entah  bila  masa  Qistina  ada  disisinya, dia  sendiri  tak tahu.

“Awak, duduklah  kita  minum  petang  sama-sama. Saya  ada  buatkan  popiah goreng.”  beritahu  Qistina  lembut.

Adam  hanya  mengikuti. Di  pandang  popiah dan kopi  panas  di  atas  meja. Qistina  menyuakan  sekeping  popiah  ke  mulut  Adam. Adam  yang  kebetulan  giginya  sakit  menolak  lembut  pelawaan  itu. Dia  memang  tidak  boleh  mengunyah  makanan  keras. Gusinya  sedang  bengkak.


Qistina  berkecil  hati,  apabila  niat  baiknya  di  tolak  mentah  oleh  Adam. Qistina  meletakkan  kembali  piring  kuih  di  tempat  asal  dan  berlari  masuk  ke  kamar. Adam hairan  tapi  kakinya pantas  mengikuti  Qistina.

‘Qistina  menangis?Kenapa  dia  menangis?”  Adam berkata  hairan.

“Qistina  kenapa  awak  menangis?”

“Saya  tahu  saya  bersalah,  saya  banyak  dosa, kenapa  awak  menyinggung  perasaan saya,” Qistina  berkata  dalam  tangis. Adam  terpaku  hairan.

“Menyinggung  apanya?” Tanya  Adam  bodoh. Dia  benar-benar  lupa  dengan  perlakuannya  sebentar  tadi.

“Sudah!!Saya  tahu. Saya  sedar siapa  diri  saya. Saya  tak  layak  hidup dengan  awak,  dan saya  tahu  awak  tak mungkin  memaafkan  saya.”

“Nanti  dulu. Bukan  awak  yang  patut  cakap  begitu. Kata-kata  itu  hanya  sesuai  untuk  saya. Saya  yang harus  sdar  diri,  saya  yang  tidak  sesuai  hidup  dengan  awak. Maklum  saya hanya  pemandu  dan  akan  jadi  pemandu  sampai  bila-bila.”


“Tidak!!  Tolong  jangan  cakap  begitu.Awak  bukan  pemandu, awak  suami  saya. Ya,  awak  suami  saya  sampai  bila-bila. Itu  pun  kalau  awak  masih  sudi  menerima  saya,”  Qistina  berkata  sayu.

‘Tidak  salah dengar  kah  aku? Apa  benarkah  semua  kata-kata  yang  baru  di  ucapkan  oleh  Qistina?Jika  benar,  dia  rasa  sangat  bersyukur.’

Adam  berjalan  merapati  Qistina. Dagu  Qistina  diangkat. Wajah  itu  sudah  dibanjiri  oleh  air  mata.

“Betul  ke?  Apa  yang  saya  dengar  sebentar  tadi?”  tanya  Adam lembut. Qistina  hanya  mengangguk  dan  memeluk  Adam  erat.

“Maafkan  saya, dan  tolong  jangan  pergi  dari  hidup saya,”  rayu  Qistina  lagi.

“Saya  tak  akan  tinggalkan  awak,  awak  wanita  pertama  yang  saya  cintai,” bisik Adam  lembut  sambil  membalas  pelukan  Qistina. Qistina  berasa  gembira.

“Betul?Abang  janji?”  tanya  Qistina  sambil  memandang  Adam. Adam  tersenyum  dan  mengganguk.

“Sejak  bila  pandai  panggil  saya  abang?”  tanya  Adam  tiba-tiba.

“Sejak  saya  jatuh  cinta  pada  abang, dan  abang  adalah  Dewa  cinta  saya,”  Qistina  berkata  jujur.

Adam  tersenyum  senang.

“Maafkan  abang  ya,  abang  bukan  tak  mahu  makan  popiah  tu. Sebenarnya  gigi  abang  sakit,  gusi  bengkak  jadi  tak  boleh  nak  makan  kecuali  makan  makanan  lembut,”  beritahu  Adam  tiba-tiba.

“Ooo..kenapa  tak  cakap. Dan  mana  Qistina  tahu  abang  sakit  gigi.”

“Kalau  abang  beritahu  tadi,  tentu  abang  tak  tahu  yang  Qistina  sudah  menerima  abang  kan.”

“Boleh  abang  panggil  Qistina, Qish?Hehehe..susahlah  nak  sebut  nama panjang  sangat,”  Adam  berkata  sambil  tergelak  kecil.

“Boleh..Abang,  Qish  nak  tanya. Abang sayang  dan  cintakan  Qish  tak?” Tanya  Qistina  manja.

“Qish, jujur  abang  katakana,  abang  dah  lama  jatuh  cinta. Dari  pertama  kali  kita  bertemu,  Abang  dah  lama  menyukai  Qish. Maksud  abang,  abang  cinta  Qish  dalam diam. Hanya  Qish yang  tak  tahu. Apapun  kasih  dan  sayang  abang  hanya  untuk Qish, isteri yang  abang  cintai. Qish  pula  macamana?”

“Qish  juga  menyintai abang,  entah  sejak  bila  Qish  sendiri  tak  tahu,  apa  yang  Qish  pasti. Qish  rasa  sakit  hati,  kecewa  dan  cemburu  bila  melihat  abang  beramah  mesra  dengan  Hani  dan  Zakiah,”


“Hani? Zakiah? Kenapa  pula?”

“Kan  abang  pernah  cakap  yang Hani  tu  bekas  kekasih abang,”  tutur Qistina  lembut.

“Oh…abang  ingat. waktu  tu, abang  malas  nak  layan  kerenah  Qish yang  tah apa-apa. Jadi  abang  cakaplah  macam  tu.Qish,  Hani  itu  sebenarnya  anak  angkat  mak, kiranya  adik  angkat  abang. Maklum  mak  nak  sangat  anak  perempuan,  tapi  tak ada  rezeki. Zakiah  pula  hanya  masa  lalu. Cinta  zaman  monyet,  dia  menyukai  abang  sejak  lama  dulu. Cuma  abang  tidak  tertarik  padanya,”

“Terima  kasih,  kerana  sudi  menerima  Qish.”

“Sama-sama  sayang.”  Adam  berkata  lembut  sambil  mencium  pipi  isterinya.

“Qistina  meneliti  raut  wajah  suaminya. ini  adalah  kesempatan  untuknya,  kerana  sebelum  ini  dia  tidak  memerhati  apa  yang  jauh  menarik  tentang  suaminya.

“Abang,  Qish  baru  perasan  wajah  abang  ni  nampak  manis  dan  tampan  lah.”  kata  Qistina  sambil  membelai  rambut  suaminya.

“Ya  ke,  mana  ada  tampan  dan  manis?Ala  nama  pun  budak  kampung,  selekeh  adalah.” jawapnya  cuba  mengusik.

“Abangg..,” Qistina  berkata  geram  sambil  mencubit  peha  Adam.

“Aduh!! Sakitlah  Qish.”

“Padan  muka,  kalau  ya  pun  tak  payah  lah  cakap  macam tu. Qish  tahulah  Qish  salah. Qish  pun  tak  pernah  belek  muka  abang. Jadi,  ini  pertama  kali  Qish  belek  muka  abang  etul-betul,” Qistina  berkata  lancar.

“Hahaha…itu  lah  rugi,  dulu  tak  mahu  tengok  muka  abang. Hahaha..rasa  menyesal  tak?” tanya  Adam  sambil  tertawa.

“Ya,  Qish  rasa  rugi  sangat. Baru  tersedar  apabila  abang  nyaris  di ambil  orang.”

“Jangan  takut  okey. Abang  tak  akan  kemana-mana  pun. Abang  sayang Qish.”

     Qistina  bersa  sangat  gembira. Suasana  itu  dirasakan  sangat  indah, mana  tidaknya. Ini  kali  pertama  dia berpuasa  bersama  suami  serta  mertuanya  di  kampung.Qistina  bahagia, akhirnya  ada  sinar  baru  yang  sudi  dtang, untuk  bertamu  di  saat  dia jauh  tersesat.

     ‘Syukur  kepada mu  Ya ALLAH,  di  atas kurniamu  pada  ku’  bisik  hatinya.

   “Sayang,  besok  ayah  datang. Dia  kirim  salam.”

    “Berapa  lama  ayah  dekat  sini?” tany  Qistina lembut.

     “Katanya  lima hari, sekali  nak  berhari  raya  bersama  kita.”

    “Hehehe  bestnya,  tak  sabar  nak  beritahu  ayah.”

     “Sayang  nak  beritahu  ayah  apa?” tanya  Adam.

    “Nak  beritahu  yangn  kita  dah  baik  dan  bahagialah.”

     “Tak  payah  Qistina,  ayah  kamu  dah  tahu  pun.”  Celah  puan Kasmah.

     “Siapa  yang  beritahu??”  Mereka  bertanya  serentak.

    “ Siapa  lagi,  mak  lah..”  beritahu  puan  Kasmah  sambil  tertawa. Adam  dan  Qistina  juga  tergelak. Mereka  tidak  menduga,  rahsia  yang  disimpan  selama  hampir  sebulan. telah  diketahui  Dato’ Razali.Rancangan  istimewa  yang  mereka atur,  ternyata  gagal.


    Bagi  puan  Kasmah,  berita  baik  tidak  harus di  rahsiakan. Sebagai  orang  tua,  dia  berasa  sangat  gembira. Adam akhirnya  mendapatkan  cinta  isterinya. Dia  dan  Dato’ Razali  hanya  bersyukur  dan  menumpang  gembira. Dia  berdoa  dan  berharap  rumah  tangga  anaknya  kekal  hingga  ke  akhir  hayat.

    Sebelum Adam  keluar  untuk  melakukan  sembahyang  hari  raya. Qistina  duduk  bersimpuh  disis  Adam  yang  sedang  duduk  di  birai  katil. Qistina  ingi  meminta  maaf  kepada  insane  yang  bergelar  suami  dihadapannya.

    “Abang,  maafkan  diatas  kesilapan  dan  kesalahan  yang  Qish  lakukan  sepanjang  bergelar  istri  kepada  abang.Qish,  mohon  ampun  dari  hujung  rambut  sampai  hujung  kaki  ya. Dan selamat  hari  raya  ya  abang,”  Qistina  berkata  sambil  mencium  tangan  suaminya.

    “Abang  maafkan  semua  kesalahan  yang  pernah  Qish  lakukan. Apa  yang  penting,  nawaitu  Qish  untuk  berubah  dan  menerima  abang  apa  adanya. Abang  juga  berharap,  Qish  dapat  memaafkan  abang  jika  abang  ada  menyakiti  Qish  sepanjang  bergelar  isteri  abang. Kita  buang  yang  keruh  ambil  yang  jernih ya,”  beritahu  Adam sambil  mencium  dahi  Qistina  lembut.

    “Abang  nampak  tampan  dan segak. Duit  raya  Qish  mana?”  tanya  Qistina  sambil  menghulurkan  tangan  seperti kanak-kanak.

    Adam tergelak  besar,  terasa  lucu  bila  isterinya  berkelakuan  begitu.

    “Abang,  ketawa  pula. Mana  duit  raya  untuk  Qish?”  beritahu  Qistina  manja.

    “Eee…, Qish tak  tahu  malu dah  besar  panjang nak  duit  raya. Duit  raya  hanya  untuk  kanak-kanaklah  sayang. Qish  bukan  budak-budak  lagi.”

   “Ala,  Qish tahu. Qish  gurau  aja.”

   “Tak  mahu  ada  muncung,”  tegur  Adam.

    “Mana,  ada  muncung?” Jawap  Qistina  hairan.

   “Itu..abang  nampak  muncung  sedepa  tu. Dah  boleh  sangkut  baldi  dah.”

    “Urm…,  mana  ada. Abang  ni  jahatlah.”

    “Abang  nampak muncung  tu. Qish mana  boleh  nampak,  kalau  tak percaya  pergi  tengok  cermin  tu.”


    Qistina  berdiri  sambil berjalan  melihat  wajahnya  di  cermin. Di  tenung  lama  cuba  mencari  muncung  yang  dimaksudkan. Tapi  tidak  kelihatan  dari  tadi. Tiba-tiba  Qistina  terdengar  suara  orang  tergelak kuat. Qistina  menoleh,suaminya  sedang  asyik  gelakkannya  tertawa  sambil  memegang  perut  menahan  geli  hati.

    “Abang!!” Marah Qistina  sambil menarik  muka  masam.

    “Abang  gurau  sajalah. Kenapa Qish  tengok  cermin, tenung,  pastu  buat  gaya  muka  begitu? Lawaklah. Hahaha. Urm… sayang  duduk  sini  abang  nak  bagi  sesuatu,”  pinta  Adam lembut.    
    
    “Apa  dia?”

    “Qish, duduk  sini  diam-diam pejam  mata  okey.Janji  jangan  tengok  tau.”

     “Qistina  hanya  menuruti  arahan  Adam. Sejurus  itu  matanya  di  katup  rapat  menahan  debaran. Mungkin  tidak  sabar  untuk  mengetahui  apakah  ‘sesuatu’ yang  dinyatakan  oleh  suaminya.


     Adam  mengeluarkan  kotak  baldu  bewarna  merah  hati  dari  dalam almari. Perlahan  rantai  emaas  putih  yang  mempunyai  loket  berbatu  putih. Kemudian  dipasang  ke  leher  jinjang milik  Qistina.

    “Okey,  sekarang  Qish  buka  mata.”


     Qistina  pantas  membuka mata  dan  meraba  lehernya.


‘Rantai?’ Pantas  Qistina  berdiri  memandang  cermin  yang  ada  di  hadapan. Di belek  lama  hingga  puas.


    “Abang, cantiknya!!”

    “Qish  suka?”

     “Tentu  Qish  suka. Terima  kasih  abang. Tapi…loket  ni  seperti  mempunyai  sebuah  makna. Pasti  abang  tahu  kan?”

    “Ya,  rantai  ini  dah  lama  abang  beli. Abang  suka  dengan  design  loket tu. Rama-rama  itu  adalah  abang. Manakala  bentuk  love  itu  melambangkan  hati. Jadi  kesimpulannya,  abang  berhijrah  dari  kampung ke  bandar  untukmencari  rezeki  dan  akhirnya  abang  menemui  pemilik  hati. Dan  Qistina  adalah  pemilik hati abang,”  tutur  Adam  lembut.

   Qistina  berasa  sayu. Pantas  Qistina  memeluk  erat  suaminya.

    “Qish  jaga  baik-baik  ya. Walaupun  harganya  tidak  begitu  mahal. Tetapi  abang  berharap  sangat  Qish  dapat  menjaganya  seperti  nyawa  Qish  sendiri.

   “ Terima  kasih  abang, Qish  akan  menjaga  rantai  pemberian  abang  ni  baik-baik. Sepertimana  Qish  menjaga  diri  Qish  sendiri.”


    “Sudahlah  jom,  tak  mahu  sedih-sedih. Abang  nak pergi  sembahyang  dulu. Qish  duduk  rumah  tolong  mak  buat  apa  yang  patut. Nanti  ayah  sampai  Qish  tak  siap  apa-apa  lagi.”

   Baik…boss.”


    Sedang  Qistina  dan  Hani  sibuk  menyiapkan  hidangan  di  atas  meja. Puan  Kasmah  yang  berada  di  ruang  tamu  melihat  dua  buah  kereta  mewah  memasuki  perkarangan  rumahnya. Dia  tahu  itu  kereta  milik  besannya.


   “Qistina,  Dewa…orang  jauh  sudah  sampai,”  beritahu puan Kasma,


    Qistina  yang  begitu  teruja  segera  berlari  keluar. Dia  merindui  ayahnya. Pantas  dia  membuka  pintu  kereta  sebelum  sempat  ayahnya  keluar.


    “Ya Allah Qish  sabarlah. Kalau  ia  pun  tunggulah  ayah  keluar  dulu,”  beritahu Adam  lembut.

    “Qistina,  apa  khabar  sayang?Rindu  ayah  pada  Qistina,”  beritahu  Dato’ Razali  sambil memandang anaknya. Dia  tersengih  kemudian.

    “Qistina  baik dan  sihat  aja. Ayah  apa  khabar?”

    “Ayah  sihat  saja. Wah!! Sebulan  duduk  di  kampung,  anak  ayah  dah  jadi  wanita  ayu  pula. Bagus  ada  perubahan. Ayah  suka  dan  sangat  berbesar  hati. Akhirnya  anak  ayah  berubah, moga  kekal  hendaknya.”  Ulas  Dato’  Razali  lembut.


    “Insyaallah  ayah.  Doakan  ya. Ayah  datang  dengan  siapa?”  tanya  Qistina  sambil  memandang  kereta  mewah  dibelakang  kereta  ayahnya.

     “Ayah  datang  dengan  mak  usu kamu,  Ikmal  dan  juga  Sarah.”

    “Ayah..”  sapa Adam  lembut  sambil  tunduk  menyalami  tangan  mertuanya.

    “Kereta  mak usu  kan Mercedez  bila  tukar jadi BMW?”  tanya  Qistina  kepada  wanita  yang  dipanggil  mak usu. Lalu  tangan  wanita  itu  dikucup  begitu  juga  sepupunya  Sarah.

    “Baru  saja  tukar  Qistina, Mama  kata  kereta  hari  raya,”  jawap  Sarah  mewakili  ibunya.

    “Sudahlah  tu  Qistina,  Adam  bawa  mereka  tu  masuk. Kita  borak  di  dalam. Tak  elok  biar  tetamu  kelamaan  diluar,”  beritahu  puan  Kasmah  dari  arak  pintu.

Mereka  berdua  tertawa  sambil  mempelawa  tetamu  mereka masuk  ke  rumah.


     Suasana  pagi  itu  jadi  gamat  bila  seluruh  ahli  keluarga  berkumpul. Mereka  semua  bertukar-tukar  cerita  tanpa  membicarakan  tentang  masalah  kerja.


    “Bila  lagi  nak  bagi  pak  long  cucu?”  tanya  Sarah  spontan  kepada  Qistina.

    “Belum  ada  rezekilah  Sarah. Aku  baru  saja  berbaik  dengan  Adam.”

    “So…, bila  dah  kenal,  ternyata  orangnnya  baik  tul  tak?”  tanya  Ikmal pula.

Dato’  Razali  hanya  diam  dan  tersenyum. Dia  ingin  mendengar  komen  itu  langsung  dari  mulut  anaknya.

    “Ya,  betul  dia  suami  yang  baik  dan  bertanggungjawab. Rugi  bila  dulu,  aku  selalu  salah  menilai  dia.”

    “Qish..,  Hani  dah  ada  yang  punya  ke?”

Belum  sempat  Qistina  menjawap. Qistina  terdengar  suara  Ikmal  mengaduh.

    “Ewah  gatalnya..pantang  nampak  perempuan  cantik!!  I  you  nak  letak  mana?”  marah  Sarah.

    “Eee..tak  lah  sayang, I  gurau  saja. Itu  pun  nak  marah.”

    “Wait…,  bila  kau  berdua  bercinta?”  tanya  Qistina.

    “Bukan  bercinta  lagi,  malah  dah  nak  berkahwin pun,”  beritahu  Dato’ Razali.

    “Wah!! Bila bertunang, tak  tahu  pun. Majlisnya  bila?”

    “Tak  bertunang  pun. Kami  terus  langsung  aja. Kalau  tiada  aral melintang bulan  Desember  ni.”  Beritahu Ikmal  lancar. Sarah  hanya  angguk  kepala  dan  tersenyum.

    “Bila  kau  nak  canang  kat  semua  karyawan  yang  kau  tu  dah  berkahwin?”  tanya Sarah  sambil  tergelak  kecil.

    “Tunggu  balik JB nanti,  aku  cang  yang  comel.”

    “Begini  alang-alang Sarah  dan Ikmal  akan  berkahwin  bulan  Desember  ni. Apa  kata  kata  majlis  resepsinya  kita  buat  sekali. Tahu  kenapa? Sebab  masa  Qistina  kahwin  kita  buat  dekat  pejabat  agama  tak  bersanding. So…, kita  buat  biar  mereka  bersanding  di pelamin. Kita  buat  majlis  yang  mewah  untuk  dua  pasang  pengantin. Setuju  tak?”  beritahu  Dato’  Razali.

    “Saya  setuju.”  Jawap  puan  Kasma,  Hani, Ikmal  dan  Sarah  serentak.

    “Ha…, kamu  berdua  kenapa diam? Tak  setuju  ke?”

    “Ikut  suka  ayahlah,  kami  berdua  ikut  saja,”  jawap  Qistina  dan  Adam  serentak.

    Setelah  mendapat  kata  sepakat. Majlis  resepsi  Qistina  akan  diadakan  serentak  bersama  sepupunya  Sarah.

    “Qish,  abang  harap  kebahagiaan  kita  akan  kekal  berpanjangan  hingga  akhir  hayat.”

    “Qish  juga  harap  begitu. Qish sayang  abang.”

    “Abang  juga  sayang  Qish.”



No comments:

Post a Comment

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...