Bab 1
“Qistina lari cepat,” beritahu Ikmal dan sarah.
“Wei.., sabarlah tunggu aku. Apa hal nak suruh aku lari ni?” Marah Qistina.
“Cepatlah, polis ada dekat luar. Mereka nak serbu premis ni. Cepat jangan terhegeh-hegeh. Kalau kena tangkap susah pula,” beritahu Sasarah pantas. Sambil berlari ke arah pintu belakang.
‘Kenapa?? Bila aku nak berseronok, ada saja masalaj,’ gumam Qistina di dalam hati. Mahu atau tidak, dia harus pergi dari situ. Dia tidak mahu, kalau ahli keluarga serta suaminya tahu tentang hal ini.
“ Cepat lah Qistina, lembab betul kau ni!” Jerkah Ikmal yang sudah berada jauh di hadapan.
“Sabarlah!! Kau tahu kan kasut aku ni tinggi. Baju ketat, macamana nak lari laju?” Qistina sudah mula membebel. Di dalam hati dia sudah menyumpah-nyumpah Ikmal. Kalau saja, dia tahu perkara itu akan terjadi. Dia tidak sudi untuk mengikut Ikmal pada malam itu.
“Ini, semua kau punya pasal! Kalau aku tahu, aku duduk di rumah lagi baik,” marah Qistina sebaik saja sampai di tempat meletak kenderaan.
“Eh.., kau ni bisinglah Qistina. Mana kita orang tahu? Nasib baik sempat lari, kalau tidak habislah,” rungut Sarah pula.
“Dah.., jangan nak bising. Jom kita lepak mamak. Perut aku dah bekeroncong pila minta di isi,” beritahu Ikmal tiba-tiba.
“Urm…okey juga,” Qistina dan Sarah berkata serentak. Sejurus itu, mereka bertiga masuk ke dalam perut kereta.
Di rumah Dewa Nur Adam setia menanti kepulangan isterinya. Di pandang arah jam dinding yang terletak molek di situ. Sudah pukul tiga pagi, bayang isterinya Qistina masih tidak kelihatan. Hatinya berdetik, bimbang jika apa-apa terjadi kepada isterinya. Perlahan Adam mendail nombor talian isterinya, tetapi seperti biasanya, Qistina mematikan handphone. Penat menanti, Adam duduk menontong DVD.
“Qistina, kau dengan suami kau dah okey ke?” Tanya Sarah setelah selesai memesan makanan.
“Arghh..jangan cakap pasal dia boleh tak? Benci aku,” tutur Qistina kasar.
“Suami??” Tanya Ikmal hairan.
Setahu dia, Qistina masih bujang. Sarah yang tanpa sengaja bertanya, memandang Qistina yang kelihatan marah.
“Qistina betul ke? Apa yang aku dengar? Bila kau kahwin?Aku tak tahu pun?” Tanya Ikmal bertubi-tubi.
“Sarah, kau tengok!Ini semua kau punya pasal, sekarang ikmal dah tahu,” marah Qistina.
Sarah tertunduk, dia tahu dia bersalah. Rahsia perkahwinan Qistina hanya dia yang tahu. Itupun kerana mereka sepupu. Jika tiada hubungan darah, tentu sekali rahsia itu tidak diketahui.
“Wei.. Sarah, kenapa kau diam?Cakaplah?” Ikmal sudah mula bersuara lagi. Dia memandang tepat ke wajah Sarah yang terlihat keruh.
“Dah lama Qistina berkahwin, hampir enam bulan.” Beritahu Sarah perlahan.
“Apa? Enam bulan??Lama tu! Kenapa aku tak tahu?” Tanya Ikmal penuh minat.
“Kau tak payah nak tahu. Sibuk saja!!” Tempik Qistina.
“Marah pula, tenang okey. Aku cuma nak tahu saja. Kenapa kau emosi sangat ni?” Tanya Ikmal lembut.
“Sudahlah Ikmal, jangan tanya banyak sangat, nanti meletup pula minah ni,” beritahu Sarah yang dipagut rasa bimbang.
“Sarah, kau tentu tahu siapa nama suami Qistina kan?” Tentu dia kacak dan kaya,” tutur Ikmal sambil memandang wajah Qistina yang masam mencuka.
“Siapa nama suami kau?” Tanya Ikmal kepada Qistina.
“Entah, aku tak ingat,” jawab Qistina acuh tak acuh. Dia sungguh benci dengan pertanyaan itu.
Ikmal memandang Qistina, mahu ketawa pun ada. Mungkin haniran dengan jawapan yang diberikan. Selepas itu mata Ikmal dikalih dan tertuju kepada Sarah. Sarah tahu pasti Ikmal mengharapkan jawapan daripadanya.
“Namanya Dewa Nur Adam.” Tutur Sarah lembut tanpa memandang wajah Ikmal.
“Apa? Dewa Nur Adam?Hahaha..” Ikmal tergelak besar. Mungkin nama itu terlalu aneh bunyinya.
“Jadi, Dewa Nur Adam itu kiranya, Dewa penyelamat kau lah ya?” Sambung Ikmal lagi.
“Pasti, kes kahwin paksa kan?” Tutur Ikmal selamba.
“Ikmal!! Kau boleh tutup cerita pasal aku tak? Pening aku dengar. Ni, kita datang nak makan atau bercerita perihal aku?” Marah Qistina. Nada bicaranya masih dapat dikawal.
Ikmal tersenyum meleret. Dari raut wajah Qistina yang sedia terpamer di hadapannya. Dia sudah tahu Qistina akan memuntahkan lahar apinya sebentar lagi. Ah, Ikmal tidak takut. Apa dia kisah?
Ikmal tanpa sengaja bertanya lagi.” Oh..tak apalah!Bagus tu, yang penting ada juga orang nak kan kau yang berperangai liar ni. Pasti orangnya segakkan?” Opss..habislah Ikmal! Berenanglah dia nanti dalam lahar api Qistina. Itulah,siapa suruh mulut tu’lancang’ sangat.
“Hei..!! Aku dah cakap cukup. Kau tak reti bahasa ke?Nak tahu sangat? Mari aku cakap. Dai tidak kacak pun, selekeh, anak orang kampung. Namanya pelik. Apa lagi yang kau nak tahu hahh??” Jerkah Qistina lantang. Dia sudah berdiri dan ingin pergi. Sarah tahu Qistina marah. Pantas Sarah berdiri sambil memujuk Qistina lembut. Dia tidak mahu ada perkelahian di situ.
“Qistina sabarlah, Ikmal tak sengaja tu,” pujuk Sarah lembut. Qistina yang tadinya marah, duduk kembali.
Ikmal terkebil-kebil. Mungkin, terkejut dengan tindakan spontan Qistina. Dia tahu dia bersalah. Tetapi cirri-ciri yang di sebutkan, mengingatkan dia pada seseorang.
‘Ya, pemandu Qistina. Kalau dia tidak silap namanya Adam. Pemuda yang berasal dari Muar. Orangnya tidak kacak, kurus tinggi, tetapi mempunyai wajah yang cukup manis. Ikmal tersenyum sendiri.
“Maafkan aku Qistina. Tapi aku sudah tahu. Pasti Adam pemandu kau itu, suami kau” beritahu Ikmal lembut.
Terbeliak biji mata Qistina, mulutnya sudah terbuka luas. “Mana kau tahu?” Tanya Qistina sambil menghirup sirap bandung digelas.
“Aku pernah berbual dengan pemandu kau tu. Lagi satu aku kenal dia sebab dia pernah tolong aku, sewaktu aku hampir disamun. Nama pemandu kau tu itu kan Adam. Bila Sarah dan kau beritahu cirri-cirinya automatic aku ingat dia. Maklum dia kan memang budak kampung. Orang Muar kan? Tapi, kalau kau kata suami kau tu tak kacak. Macam satu kesilapan besar,” Ikmal berkata lancar.
“Kesilapan besar?Apa maksud kau?” Tanya Qistina sambil tergelak. Dia tahu dia tidak mungkin silam dalam menilai seseorang.
“Hello…kau terlupa sesuatu. Wajah laki kau tu manislah. Sekali dia senyum orang akan terpikat. Adam itu, kalau aku ubah penampilanya. Pasti dia akan nampak kacak dan berkarisma,” tutur Ikmal lagi sambil meneguk minumannya.
“Qistina hanya mencebik. Dia tidak pernah meneliti atau membelek paras wajah Adam. Apa yang dia tahu, dia benci dan muak dengan lelaki itu. Di sebabkan rasa benci yang mendalam, mereka tidur berasingan bilik. Memandang sebelah mata pun Qistina tidak sudi. Jikalau ada wanita yang ingin mendampingi suaminya,itu merupakan bonus untuk dia melarikan diri. Dia tidak akan pernah marah atau cemburu.
Berlainan dengan Sarah. Bagi Sarah, apa yang dikatakan Ikmal adalah benar.
Adam memang tidak terlalu tampan, tetapi wajahnya manis. Mahu cair hati wanitanya apabila melihat senyuman itu. Belum lagilagi dengan sifat dan perwatakan Adam yang terlihat sempurna dimata Sarah. Adam adalah cirri-ciri lelaki idaman Sarah. Hanya sepupunya Qistina yang buta dalam menilai Adam.
“What ever.., kalau dah namanya budak kampung. Kau buat apa pun, tetap nampak kampungnya. Ha…, Sarah kalau kau berkenan, kau ambil saja,” cebik Qistina angkuh.
“Nanti, kalau aku betul-betul ambil laki kau tu. Baru kau tahu. Mahu putih biji mata kau,” Sarah berkata lembut.
“Ambillah, tak ada maknanya putih buji mata aku.” Cabar Qistina.
Ikmal da Sarah hanya terdiam. Kalau dilayan Qistina akan mengamuk. Akhirnya mereka berdua hanya menggelengkan kepala. Sampai makanan yang dipesan mereka menjamu selera tanpa membicarakannya lagi.
Qistina tiba di rumah apabila jam menunjukan empat pagi. Terjengkit-jengkit, Qistina masuk bagaikan seorang pencuri. Sewaktu ingin melangkah ke tingkat atas. Tidak semena-mena lampu ruang tamu menyala. Qistina kaku, dia panic, namun masih bisa mengimbanginya dengan rasa marah.
“Qistina, mana awak pergi?Sudah pukul empat pagi baru balik rumah. Saya bimbang,bila saya telefon, talian handphone awak matikan,” Adam berbicara lembut. Dia tahu isterinya itu tidak boleh diajar dengan kekerasan. Hanya kesabaran dan kelembutan saja yang bisa melembutkan hati isterinya.
“Suka akulah!!Aku nak pergi mana? Kau tu siapa?? Nak sibuk urusan aku. Kau kena sedar diri, kau itu hanya pemandu!”Marah Qistina, suaranya sudah mula meninggi.
“Qistina, saya bukan hanya pemandu, tetapi saya juga suami awak,” beritahu Adam lagi.
Buntang biji mata Qistina apabila Adam berani menggunakan perkataan suami. Dia tidak boleh menerima perkara itu. kalau dia tidak berfikir tentang badannya yang keletihan itu. Pasti Adam sudah di cekik hingga mati. Biar hatinya puas. Qistina yang sememangnya bengang pantas menjerit lantang.
“Kau kena ingat!!Kau suami aku hanya di atas kertas. Sampai bila-bila pun kau hanya seorang pemandu. Faham!!! Jadi tak payah nak beritahu semua orang yang aku ni isteri kau,” bentak Qistina sambil membaling kasut ke arah Adam.
Adam diam dan mengelak dari terkena balingan. Dia sedar siapa dirinya. Dia hanyalah seorang pemandu dan dia tidak layak untuk bersama Qistina.
Adam masih ingat akan perjanjiannya dengan Qistina, sehari sebelum di nikahkan. Qistina meminta perkahwinan mereka di rahsiakan. Dia tidak dibenarkan mengaku sebagai suami kepada Qistina di khalayak ramai kecuali, ahli keluarganya. Adam juga tidak dibenarkan menyentuh Qistina walaupun Qistina isterinya yang sah.
‘Ya, dia masih ingat perjanjian itu. Di sebabkan itu, dia tidak pernah memberitahu status dirinya yang sebenar. Semua caci maki Qistina ditelan bulat-bulat, biarpun pahit dia terima semua dengan tenang dan rela hati. Dia mengotakan janji itu, hanya untuk Qistina. Malah sehingga sekarang para karyawan Qistina tidak tahu bahawa, Qistina bukan lagi wanita bujang melainkan bersuami.’
Adam menerima perjanjian itu dengan rela hati. Begitu juga dia menerima Qistina apa adanya, kerana Qistina adalah cinta pertamanya. Dato’ Razli bapa Qistina sudah banyak membantu keluarganya. Jadi apabila Dato’ Razali meminta agar dia menjadi menantunya, dia terima dengan iklas, walaupun dia tahu Qistina tidak menyukainya. Namun tekadnya bulat, Qistina cintanya.’ Ya dia mencintai Qistina didalam diam’ hanya Qistina tidak tahu akan perkara itu.
Lama termenung, akhirnya kasut bewarna merah dikutip dan diletakkan kembali di rak kasut. Kemudian Adam berjalan masuk ke kamarnya yang terletak bersebelahan bilik Qistina. Dari dalam kamarnya, dia melihat bilik isterinya terkatup rapat. Adam cuma menggeleng. Qistina terlalub degil dan susah diatur.
Tidak seperti selalu, pagi itu Qistina masih tidak turun untuk bersarapan. Adam yang sudah siap berpakaian menanti Qistina di ruang meja makan. Sarapan
pagi sudah lama tersedia. Lama menanti, Adam menelefon Qistina. Talian tidak diangkat. Di cuba sekali lagi, namun masih tetap sama seperti tadi. Sampai akhirnya Adam melangkah ke bilik Qistina.
Perlahan pintu kamar Qistina diketuk. Tiada sebarang jawapan dari pemilik. Lama berbuat begitu, Adam tekad untuk masuk ke dalam. Dia bimbang keadaan Qistina yang diam begitu. Dipulas tombol pintu lalu melangkah laju ke birai katil. Qistina yang masih dibaluti selimut masih tertidur pulas.
“Qistina bangun,” kejut Adam. Qistina masih begitu.
“Qistina bangun,” Kejut Adam. Kali ini goyangannya lebih kuat dari sebelumnya.
Perlahan Qistina membuka matanya, dia kemudian duduk dan mengeliat. Susuk tubuh Adam yang berada setengah inci darinya tidak di hiraukan. Mungkin tidak perasan aka kehadiran suami disisi.
“Bangun pun, sudahlah pergi mandi dan bersiap, saya nak hantar awak ke pejabat.”
“Hey.., bila masa kau ada dekat sini? Siapa suruh kau masuk??” Jerkah Qistina kasar.
Adam hanya merenung wajah Qistina,dia tersenyum lembut. Tidak di jawab pertanyaan itu. Qistina yang sememangnya benci melihat Adam,segera menolak tubuh Adam dengan kasar.
“Kau senyum-senyum ni kenapa?Keluar!!” Arah Qistina. Adam yang masih lagi I situ tersenyum meleret, hnaya menuruti perintah.
Selesai bersarapan, Adam seperti biasa dengan tugasnya menghantar Qistina ke pejabat. Qistina yang masih marah,tidak mahu dihantar ke pejabat oleh Adam. Malah memandu sendiri ke pejabat dengan kereta Audi Sport miliknya. Adam hanya diam, jika dilarang marah Qistina akan bertambah panjang.
Tidak lama kemudian, Adam menerima panggilan dari pejabat mertuanya. Pantas panggilan itu dijawap.
“Assalamualaikum…ayah.”
“Waalaikumsalam..kamu di mana sekarang?”
“Ada dirumah ni,” jawab adam ringkas.
“Ayah nak kamu datang ke pejabat sekarang. Ada hal, yang ingin ayah bicarakan,” beritahu Dato’ Razali.
“Baiklah,Adam databng ke sana sekarang.”
Tengahari itu,ruang pejabat Pelangi Holding senyap dan sepi. Ketika melalui bilik Ikmal,Adam melihat Ikmal sibuk meneliti dokumen. Mungkin sedang meneliti laporan syarikat. Maklum Ikmal adalah Pengurus Pemasaran, manakala Sarah setiausaha Ikmal. ‘Qistina?” Pula tidak sebumbung dengan mereka. Pejabat Qistina terletak di aras dua. Jadi Adam jarang-jarang naik ke aras tiga, yang menempatkan pejabat Dato’ Razali kecuali, Dato’ Razali ingin bertemunya.
“Selamat tengahari En. Dewa,” tegur salah seorang pegawai di situ.
“Selamat tengahari juga. Yuna, Dato’ ada didalam?” tanya Adam.
“Ya ada, masuklah. Dato’ dah lama tunggu,” beritahu Yuna ramah.
Pintu pejabat Dato’ Razali dibuka.
Dato’ Razali segera menyapa menantunya.
“Masuklah Adam. kamu duduk di situ sebentar,” perintahnya lembut.
Perlahan Adam mengatur langkah menghampiri sofa yang ditempatkan di sebelah kanan.
“Yuna, sila bawa tiga cawan kopi ke dalam,dan minta En. Ikmal masuk ke bilik saya sekarang.”Perintah Dato’ Razali melalui intercom.
Selang beberapa minit Ikmal masuk.
“Ikmal, kamu juga duduk di situ sebentar, ada perkara yang ingin saya bincangkan,” arahnya lagi.
Ikmal memandang Adam lalu tersenyum.
“Ikmal, Adam, kamu berdua tahu tak, kenapa saya panggil kamu?” Tanya Dato’Razali sebaik saja dia mencecahkan punggung di sofa.
Mereka berdua hanya menggelengkan kepala sebagai tanda tidak tahu.
“Beguni, saya hanya ingin beritahu kamu Adam. Mulai sekarang saya akan lucutkan jawatan kamu sebagai pemandu.”
“Tapi kenapa?” Tanya Adam dengan nada bingung.
“Ya Dato’, kenapa tiba-tiba. Rasa saya, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.” Terang Ikmal pula. Dia benar-benar keliru. ‘Bukankah Adam itu menantunya?’
“Saya belum lagi habis bercakap. Saya bercadang untuk menjadikan Adam Pengarah Eksekutif dibahagian pemasaran,” terang Dato’ Razali tanpa selindung.
Ikmal hanya duduk diam. Terkejut juga, kerana dari pemandu melompat jadi Pengarah Eksekutif pula. Tapi Ikmal juga tidak sabar menanti kata-kata selanjutnya dari majikannya.
“Tapi Dato’…saya,” kata-kata itu tidak dihabiskan.
“Tapi, apa Adam?Saya tidak mahu mendengar apa-apa alasan. Saya tahu kamu mampu dan saya juga tahu kamu itu graduan lulusan universiti.”
“Mana Dato’ tahu?” Tannya Adam tiba-tiba.
“Dari mana?Itu rahsia saya. Kamu Ikmal, saya mahu kamu beri penerangan dan tunjuk ajar kepada Adam mengenai semua urusan syarikat. Berkuat kusa dari sekarang.”
Ikmal hanya menggangukan kepala. Adam hanya tunduk diam membisu, menolak tidak, menerima pun tidak. Adam masih terkejut dengan penerangan itu sebentar tadi.
“Kamu jangan risau, saya tahu kamu boleh melakukannya dengan baik. Ikmal akan mengajar kamu. Satu lagi, saya mahu kamu tampil berbeza. Jangan sekali-kali kamu berpakaian macam pemandu,” beritahu Dato’ Razali.
“Sekarang kamu boleh pulang, dan siap sedia untuk ke pejabat esok,” arah mertuanya.
Adam tersenyum kecil sambil meminta izin pulang
“Kamu Ikmal, saya masih perlukan awak di sini.”Tegas kata-kata itu.
“Kamu pasti hairan dan tertanya-tanya siapa Adam sebenarnya kan?”Tanya Dato’ Razali lancar.
“Sebenarnya dia menantu saya. Suami kepada Qistina.”
“Saya tahu Dato’,” terang Ikmal lembut.
Dato’ Razali terkejut dengan peryataan itu.
“Dari mana kamu tahu?”
“Sarah yang beritahu saya semalam. Sewaktu kami bertiga lepak di mamak.”
“Oh.., tapi Qistina benci padanya. Dia juga masih marahkan saya kerana menjodohkannya dengan Adam. Bukan apa, Qistina terlalu liar, kalau keluar selalu pulang lewat malam, joli sana sini, pergi disco, lagi di larang lagi di buat. Pening kepala saya. Saya tak mahu Qistina rosak. Saya fikir, bila dia berkahwin dia akan berubah, namun makin galak perangainya. Kasihan Adam. Apa yang Adam lakukan ada saja yang tidak kena. Saya tahu, Adam tersiksa jiwa dan batinnya. Namun bila saya tanya, dia cakap dia bahagia bersama Qistina. Dia tipu, saya tahu itu.” rungut Dato’ Razali sambil meluahkan rasa hati yang lama tersimpan.
“Dari mana Dato’ tahu mereka tidak bahagia?Maaf jika pertanyaan saya itu sensitive,” tanya Ikmal.
“Saya tahu semuanya. Saya pernah pasang orang untuk memerhatikan mereka.” Jawab Dato’ Razali jujur.
“Ikmal, saya minta tolong kamu,buat masa ini biarlah perkara ini jadi rahsia. Saya tidak mahu kalau marah Qistina makin panjang. Biar perkara ini Qistina yang ungkapkan.” beritahunya lagi.
“Baiklah saya faham. Kalau tidak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” pinta Ikmal. Dato’ Razali cuma mengangguk.
Malam itu Ikmal duduk dirumah. Langkah kakinya tidak panjang seperti kebiasaan hari. Kata-kata majikannya masih berlegar-legar diminda. Rasa kasihan terhadap Adam mula menguasai diri. ‘ Benarkah Adam berbohong kepada Dato’ Razali?Jika itu benar, betapa Adam orang yang sangat mulia. Adam tidak mahu mengaibkan Qistina dengan menerangkan dan bercerita tentang keburukan isterinya’.
Malam itu Ikmal tidur penuh dengan teka- teki yang bersarang diminda. Sarah pula terkejut dengan berita yang disampaikan Ikmal petang itu. Adam akan bekerja sebumbung dengannya. Hatinya girang berbunga. Sarah juga tidak sabar menanti sinar pagi keesokan hari.
Bab 2
“Oi.. kemas nampak?Nak kemana?” Tanya Qistina mendatar.
“Saya nak ke pejabat,” beritahu Adam lembut.
“Ooo..,”
“Assalamualaikum..,”Sapa seseorang dari luar rumah. Qistina meluru berjalan ke luar rumah untuk melihat.
“Waalaikumsalam.., Pak Majid. Ada apa?” Tanya Qistina ramah. Dia mengenali pemandu ayahnya.
“Macam ni, Pak MAjid datang nak menjemput Qistina dan En. Adam ke pejabat,” beritahu Pak Majid.
“Kenapa mesti pak cik?Kan Adam yang biasa hantar saya,” tutur Qistina hairan.
“Qistina tak tahu ke? Mulai sekarang Pak Majid akan menjadi pemandu Qistina juga En. Adam. En Adam sudah dipecat dari menjadi pemandu,” ucapnya panjang lebar.
“Ooo.. baiklah pak cik tunggu sekejap ya. Saya masuk dalam ambil tas.”
“Dah selesai sarapan ke belum? Cepat sikit, Pak Majid dah tunggu diluar,” ucapnya kasar.
“Sudah, baru saja selesai. Baiklah..urm… Qistina macamana dengan pakaian saya. okey tak?” Tanya Adam lembut meminta kepastian.
Qistina memandang dari atas ke bawah. Qistina tersenyum, rasa mahu ketawa pun ada bila melihat penampilan Adam pagi itu.
“Aku tengok okey aja. Sudahlah cepat nanti lambat pula,” ucapnya diselangi ketawa kecil.
‘Ada ke pakai baju macam tu? Tak ada style langsung. Hai itulah nasib budak kampung yang baru masuk bandar.’ gumam Qistina dalam hati.
Adam hanya terdiam. Tidak mengesyaki apa-apa tentang komen yang diberikan.
“Selamat pagi En. Adam,” tegur Pak Majid sambil memandang Adam.
“Selamat pagi pak cik.”
Pagi itu para pekerja diperkenalkan kepada Adam selaku Pengarah Eksekutif Pemasaran yang baru. Sesi perkenalan itu diseliakan oleh Yuna. Ada diantara mereka yang tersenyum-senyum dan ada juga yang ketawa padanya. Namun itu tidak memberi kesan terhadap Adam. Adam hanya tersenyum sewaktu sesi itu dijalankan. Selesai sesi perkenalan, mereka semua bersurai dan kembali menyiapkan kerja dimeja masing-masing. Ikmal dan Sarah yang baru tiba di pejabat sejurus majlis bersurai terkejut. Sarah memandang Adam dari atas ke bawah, mahu tergelak pun ada, rasa kasihan pun ada. Tiba-tiba mereka terdengar suara orang tergelak kuat. Sarah dan Adam memandang. Ternyata suara itu datang dari Ikmal. Ikmal yang sedar diri diperhatikan segera mematiklan tawanya.
“Maaf..,” tutur Ikmal sambil menarik tangan Adam masuk ke pejabat. Sarah juga mengikuti.
“Maafkan saya En. Adam. Saya tak sengaja.” terang Ikmal.
“Tak mengapa, saya tak kisah pun. Tapi apa yang awak gelakkan Ikmal?”
“Tak adalah, kenapa En. Adam pakai baju macam ni?” Tanya Ikmal lembut.
“Ya lah Abang Adam, kenapa abang pakai baju macam ni?” Tanya Sarah pula.
“Kenapa salah ke? Baju ni saja yang ada di rumah. Maklum sejak dari waktu belajar abang memang tak pandai bergaya. Apatah lagi bercampur dengan orang. Siapalah yang sudi berkawan dengan anak kampung macam saya ni. Kalau ada party pun tak pernah abang di undang sama.”
“Tak salah, cuma cara abang berpakaian aja yang nampak pelik. Baju abang warna biru pastel, tiba-tiba tali leher warna merah belang-belang. Ni seluar abang pun senteng macam nak pergi ke sawah. Abang tu kan tinggi, jadi kenapa pakai seluar senteng? Tu yang ada di kaki abangt. Kenapa pergi pejabat pakai selipar jamban?” terang Sarah panjang lebar.
Ikmal hanya mengiakan segala penerangan Sarah. Adam yang mendengar terasa mahu pitam. Patutlah semua orang melihatnya semacam, rupanya cara pemakaiannya itu nampak pelik.
‘Sampai hati Qistina’ gumamnya sendiri.
“Okey, baik Sarah. Abang tak buat lagi. Seluar abang tak ada. Yang ada di rumah pun seluar jeans. Kasut pun abang tak ada sebab biasa hantar Qistina abang pakai selipar ni saja.”
“Ya lah tu,” ucap Sarah bersahaja.
“Nasib baik Dato’ Razali tak ada. Kalau tidak pasti En Adam sudah kena marah. Qistina tak tegur encik ke?” tanya Ikmal spontan.
“Saya ada tanya tadi, sebelum ke pejabat. Tapi katanya dah okey,”
Ikmal dan Sarah berpandangan. Pada mata mereka, Qistina memang sudah melampau. Apabila bertindak mempermalukan suami sendiri dikhalayak ramai. perempuan macam apa itu.
“Tak apalah, besok saya akan ubah,” kata Adam sayu.
“Okey, abaikan semua. Now, saya akan ajar dan terangkan mengenai urusan syarikat,” ucap Ikmal sambil mengarah Sarah kembali ke tempatnya.
Adam tersenyum kemudian. Dia akan belajar sesuatru yang baru. hatinya girang berbunga. Tidak sabar ingin mempelajari perkara baru.
“Ikmal, teruk betul Qistina. Mana boleh dia buat Adam macam tu!!” marah Sarah sewaktu mereka keluar untuk makan tengahari.
“Entahlah, aku pun tak tahu, kasihan Adam. Kalau pun dia benci. Janganlah perlakukan sampai macam tu sekali,” sela Ikmal.
“Apa kata, petang ni kita bawa dia shopping. Kita belikan dia baju baru dan ubah penampilannya biar segalanya serba baru. Pokoknya Adam harus nampak berbeza dari hari ini,” beritahu Sarah kepada Ikmal.
“Ya, kita ubah dia dari mamat kampung kepada orang yang berkarisma,biar buntang biji mata Qistina tu,”
“En. Adam boleh ikut saya keluar tak malam ni?” tanya Ikmal lembut.
“Malam ni? Rasa macam tak boleh aja. Saya bimbangkan isteri saya dirumah,” tutur Adam lembut.
‘ Hai Qistina bertuah betul, perangai jahanam macam kau ni pun, boleh buat Adam ingat dan risaukan kau. Tapi kau apa tahu,” bisik Ikmal.
“Ala En. Adam, kita pergi sekejap aja ya. Saya janji akan hantar encik pulang sebelum sembilan setengah malam,” pujuk Ikmal lagi.
“Baiklah, tapi tak boleh lama tau.”
“Baik..,” jawab Sarah tiba-tiba. Entah bila dia terjengul di situ mereka juga tidak tahu.
Seperti yang dirancang Ikmal dan Sarah membawa Adam ke pusat membeli belah. Sarah dan Ikmal banyak membantunya dalam menyuai padankan pakaian. Adam hanya mengikuti dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu dalam berfesyen. Rambut Adam yang panjang melepasi bahu di potong sedikit pendek. Potongan rambut ala korea dipilih Ikmal, yang sesuai dengan bentuk wajah Adam. Selepas semuanya selesai, Ikmal menghantar Adam pulang.
Adam pulang dengan membawa banyak bungkusan beg pelbagai jenama ditangan. Ruang tamu terlihat terang. Perlahan Adam masuk ke dalam rumah. Barang-barang yang di beli diletakkan di atas meja. Matanya melilau sekeliling mencari arah suara yang samar-samar kedengaran dari ruang keluarga. Adam melangkah kaki ke sana. Rupanya Qistina sedang menonton DVD. Dipanggil Qistina lembut namun tiada jawapan. Adam melangkah ke sofa di mana Qistina duduk.
‘Oh.., tidur rupanya, patutlah diam saja.’ Adam berkata sendiri. Televisyen di matikan. Perlahan dan penuh hati- hati, Adam mencimpung tubuh Qistina yang sedang lena ke tingkat atas. Qistina dibaringkan di tempat pembaringan di tempat pembaringan dan tubuh Qistina yang terdedah di selimut. Adam keluar dan masuk ke kamarnya, dia ingin mandi. Selesai mandi Adam turun dan menggoreng nasi. Perutnya yang lapar harus segera di isi.
Keesokan pagi, awal-awal lagi Adam sudah sampai ke pejabat. Pakaiannya cukup rapi. Malah semua mata tertuju padanya.
“Wah!! Encik Adam, tampannya pagi ni,” tegur Yuna ramah.
“Terima Kasih Yuna. Saya tak tampan mana pun, maklum budak kampung,” tutur Adam merendah diri.
“Nanti sekejap, En. Adam jangan senyum.” Yuna berkata spontan.
“Kenapa??”
“Saya takut jatuh hati pula. Maklum senyuman En. Adam tu lain dari yang lain. Manis macam madu. Cair hati saya ni. Nasib baik saya isteri orang.?” Yuna berkat sambil tersenyum malu.
“Hahaha.., ada saja awak ni. Baiklah saya masuk ke pejabat dulu. Kalau Ikmal sampai beritahu saya ya,” pesan Adam sebelum berlalu.
Lima belas minit kemudian.
“Wah!! Encik Adam macam ni baru macho,” beritahu Ikmal sambil memandang paras wajah Adam dari atas ke bawah.
“Apapun terima kasih Ikmal, kalau tak kerana awak dan Sarah, pasti saya sudah di gelakkan lagi.”
“Pagi..,” sapa Sarah.
Sarah terkaku melihat penampilan Adam pagi itu. Ditenung dari atas ke bawah. Tampan sekali bila Adam, mengenakan kemeja kosong hijau lembut, dipadankan dengan tali leher hijau tua berjalur halus. Adam juga berseluar slack hitam, kali ini dia tidak lagi memakai seluar senteng. Gayanya tampak berbeza dari semalam.
“Apa yang kau tenung tu Sarah?” tanya Ikmal.
“Tak ada apa. Abang Adam nampak tampan dan manis. Macam ini lah, baru gaya Pengarah Eksekutif,” ucapnya bersahaja.
Hari itu bayang Qistina tidak kelihatan mahupun dipejabat. Adam yang pulang awal dengan hasrat ingin menemui Qistina hampa. Qistina tidak ada di rumah. Selesai mandi, Adam menyiapkan makan malam. Menu malam itu adalah Ayam berlada dan kalian goreng ikan masin. Sengaja Adam masak untuk Qistina. Dia tahu itu makanan kesukaan isterinya.
Ting..ting..ting..
Adam terjaga di meja makan sebaiki terdengar bunyi jam bendol. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi.Adam baru tersadar bahawa dia terlena di meja makan.Lauk di meja di pandang sepi. Rasa perutnya yang lapar, sudah menjadi kenyang apabila isteri yang di nnati tak kunjung tiba. Adam bangun dan menyimpan kembali makanan di dalam peti sejuk. Siap semua Adam terdengar bunyi deruman enjin memasuki perkarangan rumah. Cepat-cepat Adam membuka pintu. Adam terkejut melihat keadaan Qistina berpakaian. Teramat seksi, seksa matanya melihat,belum lagi Qistina pulang dengan keadaan mabuk.
“Kau ni sibuk saja, tepilah,” Qistina berkata sambil menolak batang tubuh Adam.
Adam hanya beristifar di dalam hati. Terasa berbahang wajahnya apabila melihat Qistina begitu.
“Qistina, awak nak jadi apa?? Ni.., awak pakai baju dah macam tak cukup kain kenapa?Nak kasi orang raba, pegang sana sini. Macam tu!!” Jerkah Adam, matanya sudah bulat merenung tajam pada isterinya. Qistina hanya tersenyum dan tergelak.
“Marah nampak..!! Kau tu kena ingat, kau bukan siapa pada aku. Kau tu cuma lelaki bodaoh yang buta mata hati. Jantan tak malu yang mahukan harta aku kan?”
Panggg…satu tamparan kuat singgah di pipi Qistina. Qistina jatuh tersungkur di lantai. Lalu Qistina menyentuh pipinya yang terasa perit dek penampar yang dihadiahkan Adam. Rasa mabuk yang ada hilang entah ke mana. Apa yang ada cuma rasa sakit yang terpalit di wajah da di hati.
“Hey!!! Kenapa kau kurang ajar sangat hah!! maka bapak aku pun tak pernah tampar aku tau. Jantan tak guna,” jerit Qistina lantang.
“Ya, saya lelaki yang tak guna dan buta mata hati. Awak tahu kenapa saya tampar awak? Kerana alasan saya kukuh.Awak isteri saya. Saya tak mahu awak rosak. Kalaupun awak benci pada saya. Jangan awak rosakkan hidup awak!!” Jerkah Adam. Suaranya sudah bergema ke isi rumah.
“Biarlah diri aku.Aku punya suka!!” Qistina menjerit marah.
“Awak ni, kenapa degil sangat?? Malam ni awak ikut saya balik kampung,” arah Adam kasar.
“Kau nak balik?Kau balik seorang. Jangan kau nak bawa aku sekali. Aku tak sudi,” ucap Qistina sambil berusaha untuk bangun.
Adam marah, dengan pantas dia menyeret Qistina dan mengunci pintu rumah.
“Hei!! Lepaskan aku. Kau nak bawa aku pergi mana?” marah Qistina sambil menumbuk-numbuk dada Adam.
Adam hanya diam, tidak mempedulikan reaksi Qistina. Dia nekad membawa Qistina pulang ke kampungnya. Tubuh Qistina dimasukan ke dalam kereta secara paksa.
Qistina marah dan meronta-ronta ingin keluar. Pantas tangan kekar Adam menyambar Qistina sebelum Qistina melompat keluar.
“Qistina!!! Awak dah gila ya? Nak mati sangat ke?Apa mata awak dah buta, tak nampak lori balak tadi?” marah Adam geram.
“Biarlah.. biar aku mati. Aku benci tengok kau!!” jerit Qistina macam orang gila.
“Baik..,” Adam berkata ringkas sambilmemandu laju. Qistina mula rasa pening dan loya. Mungkin kerana Adam memandu dengan sangat laju.
“Hey!! Kau dah gila ke? Kalau kau nak mati. Kau mati sorang-sorang jangan nak bawa aku sama. Aku nak hidup lama tahu!”
“Bukan awak yang nak mati sangat tadi? Sekarang panic, kenapa awak takut??”ucapnya bersahaja.
Qistina menarik wajah masam. Geram di hati hanya ALLAH saja yang tahu. Lama memandu sampai di tol Pagih, Adam menoleh ke sebelah. Qistina sudah tertidur lena. Mungkin penat dan letih. Adam hanya diam, matanya tertuju dipipi Qistina yang berbirat merah bekas tamparannya. Hatinya terpalit rasa kesal dan bersalah.
‘Maafkanm abang, abang tidak terniat pun untuk menyakiti Qistina. Abang sayang Qistina.’ gumam Adam sendiri.
“Assalamualaikum..,” Adam memberi salam.
“Waalaikumsalam…, Eh…Dewa bila sampai. Kenapa tak beritahu kamu nak balik,” Puan KAsma ibu Adam berkata lembut.
“Tak ada apa, saja Dewa bagi kejutan. Boleh menyambut Ramadhan di sini,” Beritahu Adam lembut sambil menyalami tangan ibunya.
“Mana Qistina?”
“ Ada tu, dalam kereta dia tertidur. Mak tunggu sekejap. Dewa bawa dia masuk.”
Adam tanpa lengah membuka pintu kereta dan mencimpung tubuh Qistina. Qistina yang sudah si bawa masuk dibaringkan ke tilam. Puan Kasma memandang Qistina lama.
“Kenapa isteri kamu pakai baju macam orang nak pergi ke clum malam?”
“Memang dia dari sana. Balik rumah dalam keadaan mabuk pula. Mahu tak mahu Dewa nekad bawa dia pulang ke sini. Biar dia belajar jadi orang susah.”
Puan Kasmah hanya menggeleng. Dia tahu menantunya Qistina tidak betah dengan anaknya. Apatah lagi dia sudah di bawa pulang secara paksa. Pasti Qistina akan banyak kerenahnya.
“Baiklah kamu pergi rehat dulu. Kamu pasti penat kan?”
Adam diam dan mehela nafas.
“Mak, ada tuala mandi?Adam nak mandi sekali solat subuh.” Tanya Adam.
“Hai, datang tak bawa pakaian ke?”
Adam hanya angguk kepala.
“Ada tu dalam almari. Semua pakaian kamu ada di situ. Cuma baju isteri kamu saja yang tak ada.”
“Tak apalah mak, biar Qistina pakai baju mak saja.” Adam berkata lembut.
Qistina terjaga apabila wajahnya sudah dijamah sinar pagi. Perlahan dia bangun dan memandang sekeliling. ya, itu rumah mertuanya.Rumah lelaki kampung yang sangat dibenci.
“Adam.., Adam!!” Jerit Qistina lantang dan nyaring.
Puan Kasmah yang leka menggoreng cucur terperanjat.
‘Apa sajalah budak qistina ni.’ rungut Puan Kasmah sambil berjalan ke bilik.
“Kenapa ni? Pagi-pagi dah menjerit, tak sayang suara ke??” Tanya puan Kasmah dengan nada menyindir.
“Mak,Adam mana?” marah Qistina.
“Dewa tak ada. Dia pergi ke pasar sekejap. Kamu tu perempuan pakai baju macamni dah kenapa? Apa dekat Johor Bahru tu dah tak cukup kain ke?” Sindir puan Kasmah geram. Qistina dia tidak berani menatap wajah mertuanya yang jelas sedang marah dan merenung tajam padanya. Lama terdiam akhirnya dia bersuara juga.
“Mak, maafkan Qistina. Oh..ya..ada tuala mandi? Qistina nak mandi,” tanya Qistina lembut.
“Ha.., macam tu kan bagus, cakap elok-elok. Sejuk sikit hati mak ni. Kamu t unggu sini. Mak ambilkan,” kata puan Kasmah sambil berlalu. Selang lima minit puan Kasmah kembali membawa pakaian dan tuala.
“Baju kurung Kedah dan kain batik?Mak Qistina tak tahu pakai kain batik. Tak ada baju --shirt atau seluar?” tanya Qistina.
“Dalam rumah ni, cuma kami berduia saja. Kamu lupa ke, suami kamu itu anak tunggal. tak apa kamu pakai dulu, nanti mak suruh Dewa bawa kamu ke bandar cari baju.”
Qistina siap berpakaian. Cuma masih memperbetulkan kain batik yang di pakai. Rasa mahu terlucut kain batik yang dipakai.
‘Kenapalah aku ni bodoh sangat. Pakai kain batik pun tak betul. Setiap lima minit kain asyik nak terlondeh.’ ucapnya sendiri.
“Mak boleh minta tolong?Kain batik ni asyik londeh aja. Qistina tak tahu nak ikat macam mana.” Qistina bertanya setelah berputus asa.
“Itulah kamu ni. Pakai kain batik pun tak reti. Nah kamu ambil tali ni, ikat buat macam tali pinggang biar kuat.”
“Mak, biar betul. Ini kan tali raffia.”
“Habis, kamu cakap asyik londeh. Kamu ikatlah, lagipun orang tak nampak kamu pakai tali tu, baju kamu tu labuh.
“Baiklah.” Qistina mengambil lambat-lambat.
“Cuba kamu ikat, mak nak tengok.”
“Ya Allah.., Qistina. Bukan macam tu. Mari sini mak betulkan,” arah puan Kasmah.
Qistina yang terdiam hanya menuruti. Dia tidak mahu bercakap banyak dengan mertuanya yang bermulut murai. Sekali mertuanya berkata, menusuk jauh dalam hati. Kata-katanya berbisa bagaikan bisa ular.
“Mak, tu kereta ada kat luar. Kata mak dia ke pasar,” Qistina berkata lembut.
“Dewa pergi naik bsikal. Jalan dekat sini sempit, kalau bawa kereta kamu yang besar tu nanti bercalar, kamu menjerit pula. Lagipun kami ni orang kampung yang masih sedar diri Qistina,” jawap puan Kasmah lembut dan berbisa.
Qistina diam, dalam hati dia ingin pulang segera. Perlahan Qistina turun menuju kenderaannya. Dia ingin mengambil handphone.
“Assalamualaikum.., ayah.”
“Waalaikumsalam..Qistina. Hai, baru bangun ke?” tanya Dato’ Razali.
“Bangun tidur?Sudah lama Qistina bangun. Ni.., Qistina nak beritahu ayah. Qistina tak masuk pejabat.” Beritahu Qistina lancar tapi mendatar.
“Ayah tahu. Adam sudah beritahu semuanya. Kamu ada di Muar kan?”
“Bila dia beritahu?”
“Subuh-subuh tadi dia sudah maklumkan pada ayah. itulah kamu tu degil sangat, padan muka kamu. Kesudahannya kamu diheret balik kampung. Well.., tak apa ayah bagi kamu cuti sebulan untuk membiasakan diri di situ okey.”
“Ayah sebulan?? Tak mahu,Qistina akan paksa dia balik JB, Qistina tak mahu duduk sini,”
“Qistina, ayah tak boleh buat apa-apa.Semuanya di tangan suami kamu. Baiklah, ayah ada mesyuarat penting pagi ini. Kamu jaga diri ya. Assalamualaikum..,”
‘Adam, kau ni memang nak kena, siap kau!’ Marah Qistina.
Setengah jam kemudian, Adam pulang membawa beg plastic di tangan. Beg plastic yang berisi ikan dan sayur-sayuran dibawa masuk ke dapur. Dia melihat Qistina sedang mencuci pinggan. Wajah Qistina masam mencuka. Adam tahu, pasti ibunya yang meminta Qistina membantunya. Adam tersenyum kecil.
“Qistina, siap basuh pinggan, kamu tolong mak kupas bawang. Ni, mak dah siapkan bahanbahannya,” beritahu puan Kasmah.
“Ya.., mak.” terkocoh-kocoh Qistina datang. Dipandang bahan-bahan di atas meja.
“Apa yang awak pandang?” Tanya Adam lembut.
“Sibuk aja, ada mata aku pandang lah. Aku tahu, kau nak ketawa kan aku betul tak? Ingat Qistina tak tahu buat kerja dapur. Tengok muka ni baik-baik, sungguhpun begitu aku tahu juga memasak. Cuma aku malas saja,” bentak Qistina.
“Qistina, kalau bercakap dengan suami, tak boleh lembut sikit ke? Ini tidak ber aku ber kau? dewa tu suami, hormat sikit. Kalau dia tampar muka kamu lagi, baru kamu thau langit tu tinggi atau rendah,” bebel puan Kasmah tidak senang dengan cara Qistina berbicara.
Qistina terdiam, lupa yang dia berada di kampung. tidak lama dari itu dia mencenik. Bulat matanya merenung Adam yang sedang tersenyum.
‘Siap kau, mentang-mentang kau dekat sini, kau nak kenakan aku ya, tunggulah ada ubi ada batas, ada hari akan aku balas,’ marah Qistina
Makan tengahari itu sudah terhidang, bau aroma masakan segera menerpa selera. Adam yang sememangnya merindui masakan kampung. Pucuk paku masak lemak, beserta cencaru bakar tak lupa juga sambal belacan menjadi hidangan tengahari itu. Qistina pula masih sibuk mencuci tangannya, bau belacan cuba di hilangkan. Namun tidak berjaya.
“Sudahlah Qistina, berapa lama kamu nak cuci tangan kamu tu. habis sebotol pencuci pinggan kamu guna. Kalau berbotol sekali pun tak akan hilang bau belacan tu. Sudah mari duduk sini, kita makan,” beritahu puan Kasmah.
Qistina menjeling Adam yang sudah berada dimeja makan. Adam pula seperti biasa tetap tenang dan bersahaja.
“Aik.., makan pun nak bawa sudu dan garfu. Sudah letak dekat tepi, kita orang melayu makan guna tangan. Lagipun kita makan bukan dekat hotel,” marah puan Kasmah. Qistina masih diam. Hatinya memberontak hanya Adam saja yang tahu.
“Eh.., mak suruh kau bawa aku pergi bandar beli baju,” ucapnya mendatar.
“Urm.., baiklah saya tahu, mak dah beritahu tadi. Jom kita pergi,” Adam mengajak Qistina.
“Sekarang ke?” Tanya Qistina bodoh.
“Ya..lah sekarang, kata nak beli baju. Jom, saya bawa awak.”
“Kau ni gila apa? Aku ni pakai baju kurung, berkain batik nak ke bandar? Kau tak ada otak apa!! Fikirlah malu aku!!” Marah Qistina, tapi nada bicaranya perlahan bimbang mertuanya dengar.
Tanpa lengah Adam menarik tangan Qistina. Qistina terkejut dengan perlakuan spontan Adam.
“Hey..! Kau nak bawa aku pwergi mana ni?” Tnya Qistina panic.
“Kita pergi rumah sebelah, minta pinjam pakaian. Anak Pak Mail itu perempuan, badan lebih kurang kau aja. Nanti aku tanyakan,” kata Adam lembut. Qistina merungut tak sudah. Adam hanya membiarkan perlakuan Qistina yang asyik merungut.
“Assalamualaikum.., Hani.” Adam memberi salam.
“Waalaikumsalam… Eh, abang Dewa. Bila abang sampai,” sapa gadis manis yang di panggil Hani. Qistina menilik paras wajah gadis yang di rasakan cukup menawan.
“Abang baru sampai semalam,” ucap Adam pendek. Hani mengangguk dan memandang Qistina.
“Siapa ni abang?” tanya Hani lembut. Raut wajahnya sudah bertukar. Mungkin cemburu dengan wanita yang dibawa Adam.
“Ini..majikan abang, Qistina namanya.”
“Oh.saya Hani,” Hani berkata sambil menghulurkan tangan. Salam disambut lambat oleh Qistina.
“Hani, abang nak minta tolong.”
“Apa dia, abang cakaplah.”
“Boleh tak Hani pinjamkan t-shirt dan seluar untuk Qistina. Dia nak ke bandar membeli pakaian. Rasa macam tak sesuain pula, bila berpakaian begini,” Adam berkata berterus- terang. Qistina hanya memerjati mereka berdua. Hatinya benar dipalit rasa sakit.
“Oh…boleh, nanti Hani ambilkan. Tunggu sekejap.” Hani berkata sambil berlalu masuk kedalam.
“Amboi, lembutnya bahasa. Berbual bukan main mesra. Apa kau lupa siapa aku? Siapa dia?” tanya Qistina marah. Wajahnya memang sudah berubah kemerahan.
“Saya tahu awak majikan saya, saya juga ingat saya hanya pemandu awak sampai bila-bila. Awak nak tahu siapa dia? Dia bekas kekasih saya. Ada apa lagi yang awak nak tanya? Saya akan jawap.”
Buntang biji mata Qistina. hatinya tiba-tiba bengkak menahan rasa sakit hati yang entah bila terbit. Cemburukah dia. Rasa perasaan itu tidak mungkin ada di dalam kamus hidup Qistina. Lantak, dia tak peduli kalau Hani mahukan Adam kembali. Dia ingin bebas. Dia benci Adam bukan sedikit malah bertambah benci.
best2... cpt smbung
ReplyDeleteya baik saya sedang menyiapkan sambungan seterusnya
ReplyDelete...tq kerana sudi baca