Saturday, 7 January 2012

Sejuta Luka Dihati-Bab 14







Bab 14


Sheda  baru  saja  selesai  menghubungi  Lukman. Dari  nada  bicara  Lukman, Sheda  dapat  rasakan  yang  Lukman memang  sedang  sakit. Dek  kerana tidak  mahu  mengganggu  masa  rehat  kekasihnya. Sheda memutuskan  untuk  menghubunginya  semula pada  esok  hari.


Sheda  memandang  ruang  tamu  yang  sunyi  dan  sepi. Adik-adiknya  masih  belum  pulang  dari  tempat  kerja. Jam  sudah  menunjukan  angka 9.30 malam. Dengan langkah  agak  malas. Sheda  berjalan menuju  sofa  untuk  menonton  televisyen. Jari  runcingnya pantas  menekan  butang  pada  alat  kawalan  jauh  untuk menonton.


Vrom…vrommm…


Sheda  bangun  dan  menjenguk  tingkap. Adik bongsunya  sudah  pulang. Sheda  melihat  adiknya  membawa  sesuatu  di  tangan.


“Along!! Tolong adik  jap,”  ucap  adiknya  sedikit  kuat.

Sheda  menarik  wajah  masam. Dia  benar-benar  malas. Dengan terpaksa, Sheda  menghayunkan  langkahnya  ke  muka  pintu.

“Muka  masam  macam  cencorot  ni  dah  kenapa? Ni  kes  malaslah ya?”

“Memang  akak  tengah  malas. Kau  boleh  panggil pula. Banyak  ke  barang  sampai panggil  akak?”


“Taklah  banyak. Saja  panggil  along. Nak manja-manja  pun  tak  boleh  ke?”

“Tak  boleh! Suka hati kau  aja  nak  manja-manja. Tak  malu  betul.”

Ala  ngan  adik  berkira. Dengan  Abang Lukman boleh  pula,” ucap adiknya  sambil  membuka  kasut.


Bulat  biji  mata  Sheda  apabila  mendengar bait  kata  yang  diucapkan  oleh  adiknya. Dengan  pantas  Sheda  mencubit  lengan adiknya.

“Aduh!! Sakitlah,” Marah  adiknya.

“Padan  muka!”

Sheda  memandang  bungkusan  plastik yang  diambil  sebentar  tadi. Sheda  tersenyum seketika. Adiknya  pula  tersengih  menampakkan  barisan  giginya  yang  putih.

“Tersengih-sengih. Apa  tunggu lagi. Pergilah  rebus  kerang  tu. Uda  nak  makan  jap  lagi,”


Sheda  dan Adiknya  berpaling  ke  belakang. Entah  dari  mana  dia, Tiba-tiba  muncul  di  muka  pintu.

“Bila  kau  balik?Tak  dengar  bunyi  kereta  pun?”

Ala  uda  balik  naik  bas. Lepas tu  jalan  kaki. Memang  along  tak  dengar. Along, cepatlah  rebus  kerang  tu,” ucap uda sambil menghalakan  muncung  bibirnya  kea rah  beg  plastik.


“Macamana  kau  tahu  dalam  ni  ada  kerang,” tanya  Sheda  hairan.

Ala long. Uda  uang  kirim  beli  kerang  bila  adik  balik  kerja tadi. Tu  yang  baru  sampai  rumah,” tutur  adiknya  lembut  sambil beredar  ke dapur.


“Kalau  kau  yang  kirim. Dah  tentu  kau  yang  nak  makan  kan. Jadi  ada  baiknya  kalau  uda  yang  rebus  sendiri. Tak  kuasa  akak  nak  rebuskan. Macam  tuan  puteri  pula dia,”

Ala! Tolonglah. Uda  baru  aja  balik  kerja. Penat ni,”

“ Okey..alasan  banyak . Dah  pergi  masuk  mandi. Akak  rebuskan  sekejap.”  Ucapnya  dan  melangkah  kaki  ke  dapur.



Di  rumah  Liana  sudah  tidak  senang  duduk. Sekejap-sekejap  matanya  di  kalih  ke  arah  jam dinding. Dia  menanti  Sinta  pulang  sejak  jam 7.00 malam. Entah  ke mana  rakannya  itu  pergi  dia  sendiri tidak  pasti. Apa  yang  dia  tahu, dia  menanti  bukan kerana  risaukan  gadis  itu. Hatinya  masih  marah  dan  geram  dengan  rakan serumahnya. Setelah  penat  mundar  mandir, Liana  kembali  duduk  di  sofa. Hatinya  menggerutu tidak  keruan. Setengah  jam  kemuadian  Liana  terdengar  bunyi  enjin  memasuki  perkarangan  rumah. Dengan  pantas  Liana  bangun  dan membuka  pintu.



Sinta  dapat  melihat  raut  wajah  Liana  yang  masam  mencuka. Perasaan muak  mula  terbit  dalam  diri. Rakannya  itu  memang  jenis  manusia  sombong. Tidak pernah  mahu  mengalah. Liana  ibarat  manusia  yang  tidak  pernah  membuat  kesalahan. Perasaan menyampah terhadap perlakuan Liana  sudah  berbakul-bakul. Sinta  mengambil  tas  tangan  dan masuk  ke  dalam  rumah tanpa  memandang  Liana. Liana  yang  sememangnya  geram  menutup  daun  pintu  dengan  kuat  sebagai  tanda  protes.


“Woi!! Kau  ingat  aku  ni  tunggul  ke?” jerit  Liana  sambil  memaut  lengan Sinta.

Sinta  memandang  dan  merentap  kembali  lengannya.Dengan  rasa  meluat  yang  berbuku-buku. Sinta  mencampakkan  tas  tangannya  ke  lantai.

“Kau  ni  dah  kenapa?Sakit  jiwa  ke? Kalau  dah  sakit  sangat  aku  hantar  kau  ke  hospital  jiwa  nak  tak?” ucap Sinta  sinis.

“Wei!! Aku  tak  gila  lah. Kau  tu  yang  sombong  sangat kenapa? Aku  minta  tolong  kau ambil  aku  di pejabat  kau tak mahu. Perangai  kau  jangan  macam  sial  sangat lah  oi!!” Maki  Liana  lagi.


Sinta  menolak  tubuh Liana  pantas. Dan  tolakan  yang  kuat  itu  menyebabkan Liana  hampir  tersungkur. Sinta  sudah tidak  dapat  menahan  diri  dari  memaki  Liana. Gadis  ini  sudah  melampau. Dia  fikir  dia  hebat  sangat.

“Woi! Perempuan, kau  tu  yang  sombong  dan  kau tu  juga  yang  sial. Bukan  aku bangang!!. Kau  ingat  kau  siapa  nak  arah  aku. Kau  ingat  kau  bayar  gaji  aku  RM 10K nak  perintah  atau  maki  aku  kalau  aku  tak  dapat  jemput kau  pulang?Kau  ingat  kau  tu  siapa?Anak  raja?Perangai kau  tu  mengalahkan pelacur  tau?Tapi  pelacur  pun  tak  adalah tak  beradap macam kau  ni. Tak  ada  adap. Bodoh  sombong. Sukahati nak  cakap  anak  orang  macam-macam. Macamlah  bagus sangat?” Ucap  Sinta  bagai  peluru  berpandu.Meluah  perasaan  berbuku  yang  sudah  lama  tersimpan  kemas.


Liana  merenung  tajam  anak  mata  Sinta. Sudahlah  Sinta  sudah  berani  menolak  batang  tubuhnya. Dan Sinta  berani membandingkan  dirinya  dengan  pelacur.

“Kau  jangan  nak  samakan  aku dengan  pelacur!Dia  orang  tu  perempuan  hina!! Aku  ni wanita  baik-baik,”  ucap  Liana  nyaring  sambil bercekak  pinggang.



“Wanita  baik-baik? Hey..tolonglah. Jangan  jadi  minah  perasan. Kau  tu  tak  layak  tau. Perangai  macam binawe ada  hati  kata  wanita  baik-baik. Macam  aku  katakan   tadi? Pelacur  pun  lebih  baik  dari  kau  dan ada  adap. Kau  tu  bukan  elok  perangai  pun.”

“Kau…” pekik  Liana.


“Kau..apa?? Kau  tu  dah  tua.Sendiri  Fikir. Kau  jangan  ingat  aku  diam  bermakna  aku  suka  setiap  tingkah laku  kau. Dan  buat  pengetahuan  kau, aku  dah  muak dan  loya  tekak bila  mengadap  perangai kau yang  kau  rasa  selalu  betul. Kau  alert  perkataan  ni  okey. Aku menyampah, tahu? Ingat  perkataan  tu  sampai  mati  faham!!”  tengking Sinta  dan  berjalan  masuk  ke  bilik  tidur. Sejurus  itu Sinta  menghempaskan  daun  pintu.

Liana terkejut dia  membaling  kusyen  kecil  ke  arah  pintu  bilik  Sinta  sambil  menjerit  kuat.

“Argh…pergi  mampus  lah  kau!!”


Sinta  dapat  mendengar  amukan  Liana. Dia  hanya tersenyum  dan  memekakkan  telinga. Hatinya  sungguh  merasa  puas. Liana  harus  tahu  yang  dia  bukanlah  wanita  yang  sangat  penyabar.


Lukman  tersenyum  bila  mengingati  kata-kata Sheda. Sheda  meminta  dia  agar menjaga  dirinya  dengan  baik. Tutur  kata  Sheda  membahagiakannya. Lebih  bahagia  lagi  jika  Sheda  berada disampingnya. Apakan  daya dia  dan  Sheda  belum  ada  ikatan  yang  sah. Lukman mencapai handphone miliknya di  tepi  meja. Dia  mendail  nombor  talian Nizam.


“Assalamualaikum..,”  ucap Nizam sebaik  saja  melihat  nombor  talian  Lukman dipaparan  skrin.


“Waalaikumsalam, Kau  dekat  mana?Bising  semacam  saja.”


“Aku  ada  di airport. Baru  saja  jemput  Qaseh  balik dari L.A. Kau  ni  dah  tak  tahu  nak  berehat  ke?” ucap Nizam.


“Oh…, baguslah  kalau Qaseh  dah  balik. Tak adalah  kau  sunyi nanti. Aku  sedang  berehatlah ni. Saja  call kau. Tak  boleh  ke?”  tutur  Lukman  bersahaja.


“Boleh. Aku  tak kisah  pun. Qaseh  ada, kau  nak  bercakap  dengan  dia?”


“Boleh  juga,”
Nizam  menghulurkan  telefon kepada  isterinya. Qaseh  menyambutnya  sambil  tersenyum.

“Assalamualaikum..Lukman,”

“Waalaikumsalam. Apa  khabar?”

“Aku  baik  dan  sihat. Kau  sakit  ya?”

“Ya, aku  tak  sihat  demam  ni. Kau  ni  balik  dari L.A. ada  bawa  buah  tangan  untuk  aku  tak?”

“Kau  ni teruk  betul. Sakit-sakit  masih  ingat  buah  tangan  ya. Sudah  tentu  ada. Aku  ada  bawa  untuk  family aku, mertua  dan  juga  kawan suami  dan  kawan aku. Aku  mana  boleh  lupa. Susah  nak  pergi  ke sana. Alang-alang  dah  pergi  aku  beli  lah  buah  tangan  sekali  untuk  bawa  pulang  ke Malaysia.”

“Bukan apa. Aku  takut  kau  lupa  aja. Okeylah.., aku pun  tak  mahu  ganggu  kau  berdua. Kirim  salam  dengan  Nizam  ya.” ucap  Lukman  lembut. Setelah  mendapat  maklum  balas  dari Qaseh. Lukman  mematikan  talian.

Sudah  seminggu Sinta  tidak  menegur Liana. Malam  sejak  dari  kejadian  itu. Sinta  juga  sudah  jarang  pulang  ke  rumah. Dia  memang  malas  bertembung  muka  dengan  Liana. Dan selama  seminggu  juga  Liana  menjeruk  rasa  dengan  kekasihnya Steve. Alasan yang  kerap  diberikan adalah, dia  sibuk  dengan  urusan  perniagaannya. Kerana perasaan  kasihnya. Liana  mendiamkan  diri. Dia  bimbang  jika  Steve meninggalkannya  jika  dia  terus  mengongkong  hidup  kekasihnya itu. Selama  itulah  juga  dia  ke pejabat dengan  menaiki  teksi. Namun  nasib  baik  keretanya  sudah  siap  semalam. Jika  tidak  dia  sendiri  tidak  tahu  bagaimana  untuk  ke  Kuala Lumpur  tanpa  kenderaannya. Jika  menaiki  bas  rasanya  tidak  sanggup.


“Assalamualaikum,”  ucap  Liana  apabila  mendengar  suara  Razak  ditalian.

“Waalaikumsalam.”

“Razak, aku  dah  bank  in  payment. Nanti  kau  semak  dalam  akaun  kau  ya.”

“Oh..okey. Nanti  aku semak. Macamana  kereta  kau? Okey  tak? Kalau  kau  ada  masalah  bawa  ke  bengkel  aku  ya.”

“Buat  masa  ni  okey. Tak  ada masalah pun. Kalau  dia  buat  hal  aku  bawa ke  sana. Okeylah  aku  tak  boleh  lama  ni. Kalau  kau  tak  terima  payment  beritahu  aku.”


“Okey.” ucap Razak. Selepas  memberi  salam  Razak  mematikan  taliannya.
Liza  duduk  termenung  di meja.Sheda  dan Nizam  memerhati  tingkah Liza  dari  jauh. Mereka  berdua  jarang  melihat  Liza  dalam keadaan  murung. Entah  apa  yang  difikirkan mereka  sendiri  tidak tahu. Dari  pagi  Liza  banyak  mendiamkan  diri.

Nizam  dan Sheda  berjalan  kea rah Liza. Bahu  gadis  itu  di tepuk lembut. Liza  tersenyum tawar.

“Apa  yang  awak  fikir  ni  Liza. Dari  pagi  saya  dan Sheda dok  perhati. Awak diam  saja lepas tu  asyik  termenung. Awak ada  masalah?”  tanya Nizam lembut.

“Hurm..” Liza  membalas  renungan  Sheda  kemudian majikannya.

“Liza, kau  okey  tak?” ucap Sheda  pula.

“Saya  okey  saja. Cuma  ada  masalah  dengan  tunang  saya..,”

“Masalah  dengan  tunang? Bukankah  sebelum ni  kau  baik-baik  saja?” tutur Sheda.

“Ya  lah. Saya  pun  tak  pernah  dengar  awak  merungut  tentang  dia. Apa  sudah  jadi  ni? Tiga  bulan  lagi  awak  akan  nikah. Jangan  buat  main Liza?”


“Saya  tak  main-main. Dia  tu..entahlah  doktor. Pening  kepala  saya ni.”

Cuba  awak  ceritakan  pada  kami,”  tutur  Nizam lembut.

“Nanti  waktu  lunch  saya  cerita  ya. Sekarang  elok  doktor  rawat  pesakit dulu. Tu ada  pesakit  datang,” ucap  Liza  sambil  menjuih  bibir.


Sheda  dan  Nizam  hanya  mengangukan  kepala. Nizam kemudian  melangkah  semula  ke  ruangannya.


Lukman  agak  sibuk  di  pejabat. Sudah  agak  lama dia  tidak  bertemu  Sheda sejak  dari  dia  demam  tempohari. Entah  apa  khabar dia. Rasa  rindu  itu  cuba  dibendung  dengan  kesibukan  di pejabat. Namun apakan  daya. Rindunya  sudah  membuak-buak. Kadang  dia  rasa  susah  untuk  memberi  tumpuannya  pada  kerja.


‘Argh..tak  boleh  jadi  ni. Malam  ni, aku  mesti  jumpa  Sheda,’ ucapnya  sendiri.


“Macam itulah ceritanya. Saya  macam  tak  percaya  yang  dia  boleh  buat  macam tu  pada  saya,”ucap Liza  sedih.

“Liza  apapun  awak kena  siasat  dulu.Jangan  tuduh  dia  melulu. Kalau  perkara  itu  tidak  benar  bagaimana?”  Nizam  meluahkan pendapatnya.

“Betul  tu. Kalau  perkara  itu  tidak  benar. Kau  akan  menyesal  nanti. Tanya  dia  baik-baik, manalah  tahu  wanita  yang  kau  nampak  tu, sepupunya  ke? Kau  tak tahu  kan?”

“Memang  hati  kita  sakit. Tapi  sekali  sekala  kau  kena  berfikiran positif. Aku  tak  rasa  dia  lelaki  buaya,”  luah  Sheda  pula.


Makanan  yang  dipesan  Liza  masih tidak  dijamah. Nizam  meminta  Liza  untuk  makan. Namun Liza  hanya  diam  menyepi. Apapun Nizam  dan Sheda  memberi  laluan  untuk Liza  berfikir seketika.

“Hurm..baiklah. Saya  akan  tanya  dia  baik-baik. Saya  harap  dia  akan  berkata  jujur.”  Ucap  Liza  sambil  menyuap  makanan  ke dalam  mulut.


“Hai..,  ingat  tak  nak  makan.” Ucap  Sheda  berseloroh.

“Hish..lapar  ni. Dari  semalam  tak makan  gara-gara  aku  mogok  semalam,”

“Siapa  suruh  tak  makan? Padan  muka. Dah,  habiskan  makanan  ni. Kalau  tak  cukup  saya  boleh  orderkan lagi. Biar  awak  makan  sampai  muntah,”  Nizam  berkata  sambil  tertawa  besar.

“Hish..doktor  ingat  saya  ni  tong  sampah ke?Mana  saya  larat  nak  makan  banyak-banyak.”Liza  berkata  sambil  membulatkan  matanya.


“Ni  baru  Liza  yang    saya  kenal. Ceria  aja. Apapun awak  nampak tak  lawa  bila berwajah  kecewa,”

Ada ke  orang  yang  berwajah  cantik  atau  tampan  ketika  kecewa? Doktor  ni  bab  mengarut memang  nombor  satu,”  ucap Sheda  spontan.

Liza  hanya  tergelak. Dia  kemudian  menghabiskan  nasi  goreng  dipinggan. Nizam  pula  memanggil  pelayan  untuk membayar  bil makanan.



Jam  sudah  menunjukan  angka 8.00 malam. Sebentar  lagi Lukman  akan  datang  menjemputnya. Dia  agak  terkejut  apabila  Lukman  menghubunginya  petang  tadi. Sheda  yang  sememangnya  malas  untuk  keluar  kerana  kepenatan. Tidak  sampai  hati  untuk  menolak  pelawaan  kekasihnya. Maklum dia  juga  rindu  bila  sudah  lama  tidak  bertemu.
Sheda  melangkah  ke  ruang  tamu. Dia  duduk  sebentar  di  situ  sementara menunggu  ketibaan  Lukman. Adiknya memandang  Sheda  yang  duduk  memandang  jam  tangan. Dia  dapat  melihat  keanggunan  kakaknya  yang  mengenakan  baju  kebaya  pendek  potongan  moden  rona  jingga. Rambut  Sheda  juga  di  sanggul  rapi. Sheda  yang  perasan  akan  perlakuan  adiknya tersenyum.

“Kenapa  tengok  macam  tu?”

Ala..,  saja  tengok  tak  boleh  ke?”

“Okey.., ke? Akak  rasa  macam  tak  okey  je?”

“Okey. Dah  cantik pun.Tentu  Abang  Lukman  terpegun nanti.”

“Pandai-pandai  aja  kau  ni  uda.”


“Tak  percaya  sudah. Along  tengok  apa  Abang Lukman  komen nanti. Lepas tu  jangan  lupa  beritahu  uda  okey.”


Sheda  terdengar  bunyi  kenderaan  di hadapan  rumahnya. Dia  tahu Lukman  sudah  sampai. Adiknya  hanya  tersenyum. Dan  berpesan  agar  tidak  pulang  lewat. Sheda  hanya  tersenyum. Selepas  memakai  kasut, Sheda  mengatur  langkah  keluar  rumah.Lukman  yang  melihat  Sheda  segera  keluar  untuk  membuka  pintu kereta. Sheda  tersenyum  simpul. Malu  dengan  tingkah  Lukman  yang  bersahaja. Adiknya  hanya  tersengih  memerhati  dari  depan  pintu.


“Apalah  Fizzi  ni. Lain  kali  jangan  buat  macam tu. Saya  malu,”

Ala..,  biarlah. Fizzi  sayang  Sheda. Tak  salah  kalau  Fizzi  nak  buat  macam  tu,”  ucap  Lukman  bersahaja.

“Hurm…lantak  Fizzilah. Tapi  lain  kali  jangan  buat  lagi  okey. Itupun  kalau  Fizzi  sayang  Sheda.”

“Janganlah  cakap  macam tu. Okey Fizzi  janji  tak  akan  buat lagi. Tak  mahu  monyok. Tak  ayu  nanti,”  usik Lukman.


Mereka  sampai  ke  destinansi  yang di tuju  empat puluh  minit  kemudian. Sheda di  bawa  ke  restoran sederhana  mewah di pusat  bandar. Sheda memandang  Lukman yang  sedang  tersenyum.


“Jom.., kita  masuk sekarang.”

“Fizzi  tempah  restoran  ni  ke?” ucap Sheda  lembut. Dia  bagai  tidak  percaya  akan menjejakan  kaki  di  restoran  impiannya  dan Liza.

“Yup, Fizzi  minta  Nizam  tempahkan  untuk  kita  petang  tadi. Dia  tak  beritahu  Sheda  ke?”

Sheda  hanya  menggeleng  sambil  mengatur  langkah  mengekori Lukman.


Seorang  pelayan  wanita  membawa  mereka  berdua  ke  meja  yang  di  tempah. Lukman  mempersila Sheda untuk  duduk  di hadapannya. Mereka  berdua  duduk  sambil  membelek  menu  yang  terletak di  atas  meja.

“Sheda  nak  makan  apa?”

“Tak  tahu  nak  makan  apa. Fizzi  pilihkan  untuk  Sheda  boleh?”  ucapnya  agak  manja.

“Boleh. Apa salahnya.” Lima  minit  kemudian Lukman  memesan makanan  dan  minuman  yang  di inginkan. Pelayan wanita  tadi  pula  mengulangi  menu  makanan  pilihan  Lukman. Setelah  berpuas hati. Pelayan  tersebut mula  beredar.


“Sheda, awak  nampak  cantik  sangat  malam  ni.”

Wajah Sheda  mula  merona  merah. Malu  bila Lukman  berkata demikian. Sheda  merenung  Lukman  yang  kelihatan  tampan malam  itu. Kemeja  lengan panjang  bewarna  biru  firus  yang  membaluti batang tubuh Lukman itu  sangat  bersesuaian dengan  penampilannya. Rambutnya  juga  tersisir  rapi. Lukman  membalas  renungan  Sheda. Sheda  yang  sedang  asyik memerhati, tersenyum malu apabila  di sedari  sepasang  mata  milik  Lukman  singgah  pada  raut  wajahnya.


“Encik, jemput  makan?”  ucap  pelayan  kemudian  beredar  dari  situ.


Tanpa  mereka  sedari  sepasang  mata  bundar  milik seorang  wanita. Singgah di situ. Ada  tatapan marah dari  pandangannya. Liana  sengaja  datang  untuk  mengganggu suasana  harmoni  mereka. Hatinya  berasa  sakit. Sakit  hatinya  kerana  sepanjang  pertunangan  mereka Lukman  tidak pernah  melayannya  begitu. Bukan  itu  saja, Lukman  juga  tidak  pernah  membawa  dia  untuk  makan  malam di  restoran ini.




Sambil  makan Lukman  dan Sheda  berbual  menceritakan  perihal  masing-masing. Namun suasana  yang  ceria  serta  damai  itu  di  ganggu  oleh  wanita  yang  tidak  sepatutnya  berada  di situ.

“Amboi!! bahagia betul you all berdua  ni. Tak  nak  jemput  I  makan  sekali  ke?” ucap Liana  sinis.

Bulat  mata  Lukman  bila  Liana  tiba-tiba  terpacak  di  sisi  meja. Jiwanya benar-benar terganggu  dengan  kemunculan  Liana  secara  tiba-tiba. Dia  cukup  tidak  senang  dengan  kehadiran  gadis  itu. Kerana  tidak  mahu  mengeruhkan  suasana, Lukman memaniskan  muka. Sheda  pula  hanya  diam  membisu. Dia  juga  terkejut dengan  kehadiran Liana  yang  sama sekali  tidak di  duga.

“Hurm..awak  buat  apa  di sini. Ada  temu  janji  ke?” ucap Lukman sambil memandang  sekeliling.

“You  nak  cari  siapa? I memang  ada  temujanji  dengan  kawan. Kebetulan  dia  belum sampai. Meja  I  ada  di  sana. Tak  sangka  boleh  jumpa  you  berdua  di sini.” Liana  berkata  sambil  menekan nada  bicaranya. Serentak  dengan  itu  Liana  menghadiahkan  jelingan  tajam  untuk Sheda.


Sheda buat  tidak  peduli. Dia  memang  tidak  kisah  apa  yang  wanita  itu  akan  katakana  padanya. Dia  masih  ingat adap  dan sopan. Lagipun  ini  tempat  orang. Tidak  mungkin  dia  akan  cari  gaduh  dengan  wanita  itu  di  sini.

“Liana, saya  berharap  sangat yang  awak  tidak  ganggu  kami  malam  ini. Kalau  tiada  apa  saya  rasa  awak  boleh  beredar.”  ucap  Lukman  mendatar.

“Sukahati  akulah!!Nak  pergi ke  tidak. Yang  kau  nak  halau  aku  ni  kenapa?” herdik Liana  tiba-tiba. Lukman  terkedu bila  mendengar jawapan spontan tersebut. Hatinya  benar-benar  marah.

“Liana, saya  cakap  dengan  awak  baik-baik yang  awak  menjerit  ni  kenapa?”

“Sukahati  akulah  nak  jerit  ke  apa ke. Apa  kau  peduli. Mulut aku, aku  punya  suka. Kau  nak  cover  line  depan minah  ni lah ya?” tutur  Liana  sambil  menunjal  kepala Sheda.

Sheda  cukup  pantang  dengan  manusia  yang  berani  menunjal kepalanya. Tanpa  ragu Sheda bangun  sambil  menghayunkan tangannya laju.

Panggg!!


Satu  tamparan  kuat  singgah  di pipi Liana. Liana  terpempan seketika  sambil  menggosok  pipinya. Wajah  anak  gadis  berkulit  kuning  langsat  itu  berbirat  merah.


“Awak  ingat  awak  siapa? Nak  tunjal-tunjal  kepala  saya?”

“Jangan  awak  ingat  saya  yang  nampak  sopan ni  tidak  jahat. Saya  cukup  pantang  orang  tunjal-tunjal  kepala  saya.  Apa macam, sedap tak kena  penampar? Kalau tak cukup, saya  tambah  lagi.” tutur Sheda dengan  nada  yang  tinggi.

Lukman  terpinga-pinga  tidak  menduga  bahawa  Sheda  akan  menampar Liana. Lukman  juga  tidak  menduga  bahawa Sheda akan berkata  dengan  nada  yang  tinggi. Sepanjang  perkenalan  mereka  Lukman  belum  pernah  melihat  Sheda  marah  begitu.

“Fizzi, kita  balik  sekarang.”

“Tapi, makanan  kita  tak  habis  lagi.”

“Maaf, Sheda betul-betul  dah  hilang  nafsu  makan. Kita  balik  sekarang”

“Liana  ni  semua  kau  punya  pasal. Lain  kali  jangan  ganggu  aku okey.”

“Pergi  mampus  dengan  kau  berdualah!!” jerit Liana kuat.

3 comments:

  1. salam kak...macam terlalu cepat...kejap kejap dah sampai sini..situ terus sini....tapi ria nak kata citer ni ok secara keseluruhan yang ria baca...cuba bab kali ni...ria kurang suka perkataan Sial tu...terusik hati ini...walaupun watak itu sedang marah....tapi better guna perkataan yang hanya guna satu perkataan, kita dahtahu orang tu marah atau melalui perbuatan dia...entah la...ini pendapat ria aje...akak jgn terasa hati...yg baik akak ambil, yg entah pape,akak buat tak tahu aje yer??

    ReplyDelete
  2. ehhehe sengaja buat macam tu...koz kalau buat ikut hari..rasa terlalu panjang dan meleret...maklum cerita ini adalah dari kehidupan akan masa lalu..walau tak 100 peratus sama dan terpaksa di ubah atas sebab tertentu.Kalau tak buat macam tu tebal gila lah cerita ni eheheh..apapun don't worry akak tak kecil hati dan akan mengubahnya di dalam manuskrip...tapi ada idea tak nak ganti dengan apa? ;)

    ReplyDelete
  3. “Wei!! Aku tak gila lah. Kau tu yang sombong sangat kenapa? Aku minta tolong kau ambil aku di pejabat kau tak mahu. Perangai kau jangan macam sial sangat lah oi!!” Maki Liana lagi.

    dialog mula2 ni ok...tak kan kerana dia tak ambil liana kat pejabat nak cakap sial...hmmmm cuba tukar sial jd monyet... "Perangai kau jangan macam monyet sangat lah oi!!

    “Woi! Perempuan, SEDAPNYA MULUT CAKAP AKU NI MACAM MONYET...kau tu yang sombong dan kau PUN SPESIES DENGAN MONYET GAK. Bukan aku bangang!!. Kau ingat kau siapa nak arah aku. Kau ingat kau bayar gaji aku RM 10K nak perintah atau maki aku kalau aku tak dapat jemput kau pulang?Kau ingat kau tu siapa?Anak raja?Perangai kau tu mengalahkan pelacur tau?Tapi pelacur pun tak adalah tak beradap macam kau ni. Tak ada adap. Bodoh sombong. Sukahati nak cakap anak orang macam-macam. Macamlah bagus sangat?”

    lebih kurang camtu la kot kak...pendapat ria aje...kalau tak sesuai...tak payah guna la kak...

    ReplyDelete

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...