Wednesday, 23 November 2011

Sejuta Luka Dihati-Bab 12









Nizam  masuk  ke  klinik  dalam  keadaan  marah-marah. Sheda  dan  Liza  hanya  diam  tidak  berkutik. Ucapan  selamat  pagi  yang  biasa  mereka  tujukan  juga  tidak  diberikan. Mereka  bimbang  jika  mereka  kena tempias  amukan  majikan  mereka. Liza  hairan,  tidak  pernah  sekalipun  Nizam  berkelakuan  aneh  begitu. Marah  tak  tentu  hala. Beg  galas  yang  biasa  di  jinjit  juga  dihempas  ke  kerusi.


“Woi, Sheda  apasal  boss  kita  tu. Mengamuk  tak  tentu  hala. Takut  aku  dibuatnya,” ucap  Liza  sambil  berbisik  halus.


“Entahlah,  biasa  dia  tak  macam  ni  pun. Dia  gaduh  dengan  Lukman  kot,” ucap  Sheda  lembut.


“Aku  tak  rasa  dia  gaduh  dengan Lukman. Mesti  pasal  benda  lain  ni.”


Ting..tongg!!!


Ada  pesakit  tu. Kau  pergi  layan  dia  okey,” ucap  Sheda  kepada  Liza.


Belum  sempat  Liza  melayan. Wanita  tinggi  lampai  itu  sudah  menyerang  masuk  ke  bilik  majikannya. Kelam  kabut  Liza  menahan. Namun  tidak  dihiraukan  oleh  wanita  itu.


“Hei!! Nizam  kau  ingat  kau  tu  bagus  sangat  ke  hah!! Dasar  mamat  pinki!!” Jerit  Liana.


“Hehh..!! Kau  boleh  berambus  tak!! Ini  klinik  aku. Aku  tak  mahu  kau  sibuk  atau  ganggu  aku  di sini  faham!!” jerkah Nizam  sambil  menunjukkan  pintu  keluar.


“Suka  akulah!! Kalau  aku  tak  mahu  keluar,  kau  nak  buat  apa?”


“Kau  ni  memang  perempuan  gila. Bagus  sangatlah  kau  tu  tak  berjodoh.  Kalau  tak,  boleh  gila  kawan  aku  tu  tau.”


“Kau  ni  apasal  bodoh  sangat. Bukan  tak  berjodoh. Aku  yang  putuskan  pertunangan  dengan  dia. Kau  tahu  kenapa?”


“Kau  tak  payah  nak  mention  okey. Sebab  kau  ingat  dia  miskin  papa  kedana  kan? Kalau  kau  dah  tahu  macam tu  kenapa  kau  sibuk. Tanya  pasal  dia? Aku  rimas  tengok  muka  kau  tau. Sekarang  kau  keluar!!” jerit  Nizam. Dan  suara  nizam  sudah  kedengaran  sangat  kuat  dan  nyaring.

“Sejak  bila  aku  tak  boleh  tanya  pasal  hal  dia. Kalau  aku  dah  terserempak  dengan  kau. Aku  tanya  tak  boleh  ke? Apa  kalau  tanya. Aku  kena  masuk  dalam  lokap  macam  tu!!”


Nizam  sudah  menekup  kedua  belah  telinganya  dia  tidak  mahu  mendengarnya  lagi. Nafasnya  juga  sudah  turun  naik.


“Sheeda..Liza!!  Halau  perempuan  ni  sekarang!!”


Liza   dan  Sheda  terkial-kial. Tidak  tahu  apa  yang  harus  di  lakukan.


“Hei, kau  berdua  jangan  berani  sentuh  aku. Aku  tahu  nak  cari  jalan  keluar!!” marah  Liana  sambil  menghempaskan  daun  pintu.


Sheda  dan  Liza  cuma  mengangkat  bahu. Sungguh  pun  begitu  mereka  memang  tidak  mahu  melayan  atau  bertanya  kenapa. Wajah  tampan  Nizam  yang  masih  merah  menahan  perasaan  marah  tidak  berani  ditenung.


Nizam  mengambil  begnya  kembali  dan  memandang  Liza  dengan  renungan  tajam.


“Liza,  kita  tutup  klinik  ni  sekarang!!”


“Tapi..,”
“Tapi  apa  lagi!!  Kalau  saya  arahkan  tutup  klinik. Tutup  sajalah. Saya  akan  bayar  gaji  awak,  bukan  saya  potong  gaji  pun.” ucap  Nizam  dalam  keadaan  marah.


“Baik  doktor,” ucap  Liza  pantas  dan  bersiap  untuk  menutup  klinik.


‘Hish , boss  aku  ni  kena  rasuk  agaknya. Dah  tak  pasal-pasal  aku  yang  kena  marah,’ Liza  merungut  sendiri  sambil  tangannya  pantas  mengunci  pintu.


Sejurus  itu  Nizam  memboloskan  diri  ke  dalam  perut   kereta  dan  memecut  laju. Meninggalkan  Liza  dan  Sheda  terpinga-pinga.


“Sheda  boss kita  tu  mengamuk  dengan  perempuan  gila  bekas  tunang  pakwe  kau  lah. Gara-gara  dia  kita  pula  yang  susah. Tengok  boss  kita  tinggalkan  kita  di  sini. Kalau  aku  tahu  tak  kerja  baik  aku  ponteng  tadi,”rungut  Liza  sambil  bercekak  pinggang.


“Dah  tak  payah  nak  bising, Jom  kita  balik.”


“Sheda  dah  alang-alang  ni. Apa  kata  kita  pergi  jusco. Kita  tengok  wayang  nak?”


“Urm.., okey  juga. Jom..”


Lukman  kelam  kabut  keluar  dari  rumah  apabila, Nizam  menghubunginya  lima  belas  minit  yang  lalu. Kata  rakannya  itu  ada  hal  mustahak  yang  ingin  disampaikan. Kebetulan  Lukman  tidak  bekerja  hari  ni. Kalau  tidak, habis  waktu  pejabat  baru  dia  sempat  menemui  rakannya  itu.


“Hai, Nizam... dah  lama  kau  sampai?” tutur Lukman  sambil  menepuk  bahu  rakannya.

“Taklah  aku  pun  baru  aja  sampai. Sorry  susahkan  kau  aja,”


“Apa  masalah  kau  ni? Kau  tak  kerja  ke?”
“Aku  kerja  hari  ni. Gara-gara  perempuan  gila  tu. Aku  tutup  klinik  aku  tu. Aku  betul-betul  hilang  mood. Pagi-pagi  buta  aku  terserempak  dengan  minah  tu  di stesen  minyak. Kalau  tak  cari  pasal  tak  apa. Ni  cari  pasal, mulut  tu   celupar  sangat.”


“Jadi  Liana  buat  kau  benganglah  ni! Apa  sajalah  kau  ni. Biasa  kau  kan  okey. Emosi  pun  terkawal. Apa  sudah  jadi  ni. Muka  pun  dah  macam  singa,”


“Aku  dah  tak  boleh  tahanlah. Bila  aku  marah,  semua  orang  aku  nak  telan. Kalau  aku  tak  tutup  klinik  aku  tu. Entah-entah  semua  pesakit  aku  marah. Aku  tak  bolehlah.”


“Habis  Sheda  dan  Liza  kena  tiow  dengan  kau  ke?”


“Tiow  tu  tak  lah,  marah  adalah. Nasib  dia  orang  tak  tegur  aku  pagi  tadi. Kalau  tak, ada  yang  berhenti  kerja  pula.”


Lukman  hanya  mendengar  tanpa  mengupas  isu  mengenai  Liana. Dia  tahu  benar  sikap  Nizam.  Jika  dia  sedang  marah  jangan  dicurah  lagi  petrol. Alamat  bertambah  membaralah  jawapnya.


“Kau  nak  minum  apa  ni?”  Nizam  bertanya  pantas  sambil  membetulkan  duduknya.


Lukman  memandang  menu  dihadapan  dan  menyelak  satu  persatu.
Dahinya  berkerut  seribu.


“Adik  mari  sini  sekejap,” panggil Lukman  kepada  salah  satu  pelayan  restoran.


“Tiger  Tarik  ni  minuman  apa? Beer ke? Tapi  beer  mana  boleh  tarik?”


“Hish…tak  adalah  bang. Kita  jual  minuman  halal  di sini. Tiger  tarik  yang  di maksudkan  tu  adalah  diperbuat  dari  teh  susu  yang  dicampur  dengan  jus  blackcurrant  dan  juga  lemon. Seperti  yang  tertulis  di  bahagian  tepi  menu  tu. Abang  nak  cuba? Kita  ada  yang  sejuk  dan  yang  panas?”


“Okey, abang  nak  cuba. Beri  yang  sejuk  dan  juga  Prawn Spicy Bun,”  ucap  Lukman  sambil  menutup  menu  ditangan.


“Pelik  betul. Nanti  minuman  kau  sampai,  kasi  aku  jamah  sikit.  Aku  nak  tahu  apa  yang  istimewa  sangat  tentang  minuman  tu,”


“Alah  boleh  saja. Tak  ada  hal  punya,” tutur  Lukman  sambil  tersenyum.


“Kau  dengan  Sheda  macamana? Okey  tak?”


“Aku  dengan  dia  okey  dan  kami  berdua  baik-baik  saja,”


“Baguslah  diam tak  diam  dah  enam  bulan  kau  berkawan  dengan  dia  kan. Kalau  aku  tanya  kau  marah  tak?”


“Kau  nak  tanya  apa?”

Ada  banyak  tak  beza  dia  dan  Liana?”


“Kalau  tu  kau  tak  payah  tanya  lah.  Bagai  langit  dan  bumi. Terlalu  banyak  perbezaan  antara  dia  dan  Liana,”


Nizam tersengih  dan  mengangukkan  kepalanya. Dalam  hati  dia  sangat  bersyukur  kerana  kawan  baiknya  sudah  dapat  melupakan  Liana.

Selang  sepuluh  minit  minuman  dan  makanan  yang  dipesan  sampai. Lukman  menyuakan  gelas  minumannya  kepada  Nizam  untuk  mencubanya terlebih  dahulu.


Nizam  menyambutnya  dan  menyedut  minuman  sambil  mengerutkan  dahi. Lukman  pula,  menanti  reaksi  sekaligus  jawapan  hasil  dari  rasa  minuman  tersebut.


“Eh.., kau  ni  berkerut  pula. Sedap  tak?” Lukman  bertanya  sambil  menepuk  bahu  Nizam.

Nizam  tersengih, kemudian  memberikan  gelas  minuman  kepada  temannya  semula.


“Sedap..,Kau  cubalah  sendiri,”

Kini  giliran  Lukman  pula  untuk  mencubanya. Seperti  kata  Nizam,  minuman  itu  sangat  sedap. Bersesuainya  dengan  seleranya.


“Jangan  kita  mabuk  sudah!!” ucap  Nizam sambil  tergelak.


Setelah  selesai  sesi  mencurah  perasaan. Nizam  meminta  diri  untuk  pulang. Manakala  Lukman  pula  meneruskan  perjalanan  untuk  ke  rumah  abangnya. Dia  terasa  rindu  pada  kedua  anak  saudaranya.



Munirah  dan  Amar  sedang  duduk  membaca  buku  di  beranda  rumah. Sambil  ditemani  bapa  mereka. Lukman  Hafizal  pula  duduk  membaca  Majalah Joran. Sewaktu  Hafizal  menjenguk  laman bawah.  Dia  dapat  melihat  kenderaan  milik  adiknya  berada  di  hadapan  pagar  rumahnya. Lukman melambai  tangan  ke  arah  abangnya. Hafizal  juga  melambai  tangan  dan  berjalan ke  tingkat  bawah.


“Lama  kamu  tak  datang?” tegur  Hafizal  sambil  membuka  pintu  pagar.


“Sibuk  banyak  kerja. Baru  hari  ni  ada  kelapangan,” ucap  Lukman  sambil  membuntuti  abangnya  naik  ke  tingkat  atas.


“Kakak  mana?”


“Kakak  kau  biasalah  kerja. Petang nanti  baliklah  dia,”


“Yeppi, pak  usu  datang. Bawa  coklat  tak?” tanya  Amar  sambil  menyalami  tangan  pakciknya.


“Hish.., asal  pak usu  kamu  datang  aja. Tanya  coklat, kenapa  kamu  tak  mahu  tanya  soalan  lain  pula?” ucap  Hafizal  kepada  anaknya.


“Alah.., ayah  janganlah  marah. Pak  usu  memang  selalu  bawa  coklat. Amar tanyalah. Lagi  pun  pak  usu  memang tak  pernah  bawa  benda  lain,”


“Hai  munirah, senyap  aja  ni?”


“Dia  tak  berapa  sihat  sangat  tu. Itu  dia  buat  tak  tahu  aja,”


“Munirah  okey  tak  ni?” tanya  Lukman  sambil  meletakkan  tangan  di  dahi Munirah.


“Okey, pak  usu  ada  bawa  coklat  tak?”


“Dah  demam  pun  sibuk  tanya  coklat?Kali  ni  tak  ada  beli  coklat. Pak  usu  belikan  telur ayam aja,”


“Telur ayam??” ucap  Munirah  perlahan.


“Telur  ayam  buat  apa  pak  usu? Dekat  dalam  peti sejuk  pun  dah  ada telur  ayam  pun,” tukas  Amar   laju.



“Bukan  telur  ayam  itu  lah. Kalau  pak usu  cakap  bawa  telur  ayam tu  bermakna pak  usu  tak  bawa  apa-apa  kali  ini. Sorry  jangan  marah  ya, pak  usu  terlupa.”

“Pak  usu  ni. Teruk  betul, mesti  kes  ingat  awek  kan!!” ucap  Amar  sambil  duduk  mendampingi  ayahnya.


“Jangan  merajuk. Lain  kali  pak usu  belikan okey,”


“Fizzi  kalau  kau  haus  kau  turun  saja  ke  bawah. Ambil air  minum  sendiri  ya. Orang  kata  layan  diri. Lagipun  kau  dah  biasa  di  sini  kan,”


Lukman  tersengih  sebagai  tanda  mengerti.

“Hubungan  kau  dengan  Sheda  macamana?”


“Kami  baik-baik  saja. Cuma  tak  selalu  keluar, maklumlah  kami  sibuk. Kalau  Fizzi  cuti  dia  kerja. Kalau  nak  jumpa  malam  setakat  makan  malam  bolehlah,”


“Baguslah  kalau  macam  tu. Kau  pun  dah  lama  tak  bawa  dia  ke  sini.”


“Nanti  kalau  ada  masa. Fizzi  bawa  dia ya,” 


“Ya  lah  kau  datang  bawa  dia. Bila  kak Zarina  kau  ada tau,”

“Itu  saya  tahu. Tak  akan  saya  nak  bawa  anak  dara   orang  bila  kakak  tak  ada  pula. Nanti  apa  pula  kata  orang,”

“Ya  lah  abang  tahu. Tapi  kalau  tak  pesan, kau  bukan  ingat  pun. Alih-alih  dah ada  depan  pintu.”


Lukman  tergelak  sambil  berjalan  ke  bawah  untuk  mengambil  minuman. Ruang  dapur  begitu  kemas. Lukman  terpandang  sesuatu  yang  berbeza  di  sudut  tepi kabinet.

'Hish..bila  pula  abang  beli peti  sejuk  ni. Rasanya  dua  minggu  lepas  tak  ada,'  tutur  Lukman  di dalam  hati.

“Apa  yang  kamu  tenung  tu,”tegur Hafizal  dari arah  belakang.


“Abang  beli  peti  sejuk  baru?Yang  lama  mana?”

“Ya  beli  yang  baru. Yang  lama  tu  dah  rosak. Ngam-ngam  lepas  kamu  balik  peti  sejuk tu  buat  hal. Kakak  kamu  biasalah,  bising  dok  minta  peti  sejuk. Katanya  susah  nak  simpan  makanan  basah. Kalau  peti  sejuk  tak  ada,”


“Oh..., abang  masak apa  hari  ni?”

“Kau  ingat  muka  abang  ni  pernah  masak  ke?Kakak  kamu  dah  masak  awal  pagi. Abang  tinggal  panaskan  saja. Kalau  kamu nak  ada  bawah  tudung  saji tu.Ayam  masak  kari. Kailan  goreng  ikan  masin  juga  telur  dadar,”


“Sedapnya, Fizzi  makan  dululah.”


“Kamu  makanlah. Abang  naik  atas  dulu. Nak  tengok  budak-budak  tu. Ada  nanti  bercekak,  ucap  Hafizal  memulakan  langkah.


Liza sudah  tidak  dapat  menahan  diri  dari  ingin  membuang air  kecil.Pantas  Liza  meninggalkan  Sheda  di  belakang.Dan  berjalan  meluru  ke  hadapan  mencari  tandas  berdekatan. Sheda  menggelengkan  kepala  sambil  bercekak  pinggang dan  mengikuti  Liza  dari  arah  belakang.


“Ewah..,tinggalkan  aku  ya. Kau  tahu  tak  kau  lari dah macam  kartun  tau,”


“Alah.., aku dah  tak peduli. Kartun  ke  apa  ke!  Yang  penting  aku  tak  terkucil  kat  situ  sudah. Kalau  terkucil  tak  pasal-pasal  saham  aku  ni  jatuh  tau,”


“Herm...,”


Mereka  berdua  berjalan  sebentar  sebelum  pulang ke  rumah. Beberapa  butik  pakaian  yang  ada  di  situ  mereka  kunjungi. Liza  dan  Sheda  sangat  menyukai  salah  satu  pakaian  di  butik  itu. Mereka  juga  bercadang  untuk  membelinya. Sewaktu  mereka  di  kaunter  pembayaran. Mereka  di  tegur  oleh  Liana.


“Hai..., tak  kerja  ke?Banyak  duit? Beli  baju  mahal  tu!!”


“Cik  kak  comel, duit   saya!  Bukan  duit   awak pun. Awak  sakit  dekat  mana?Saya  tak  minta  duit  awak pun kan,” ucap Liza  selamba  sambil  menjeling  ke  arah  Liana  yang  memandangnya  dari  atas  ke  bawah.


“Memanglah, duit  awak. Tapi  macam  tak  sesuai  kalau  orang  macam  awak  pakai  baju  mahal  macam  ni,”


“Biarlah..., sesuai  ke  tak  sesuai  ke. Yang  kena  kutuk  tu  saya. Bukan  awak, jadi  tak  payah  nak  sibuk. Buat  semak  je,”


“Sombong..,”


“Memang  saya  sombong. Kalau  dah  tahu  tunggu  apa  dekat  sini. Blahh...lah,”  Liza  berkata  sambil  menolak  tubuh  Liana  ke  tepi.


Liana  membuntangkan  biji  matanya. Pantang  benar  jika  tubuhnya  ditolak  begitu.Dengan  perasaan  geram Liana  menolak  kembali  tubuh  Liza  dengan  kuat.


“Heh...benawee...punya  perempuan. Blah..lah...muka  saja  cantik. Perangai  macam  perempuan  gila,”


“Sudahlah  Liza  jangan  dilayan  sangat. Dah  cepat kita  bayar. Nanti  boleh  kita balik,”


“Geram  aku  dengan  minah  gila  ni. Patutlah  boss kita  tu  angin  dengan  dia. Entah  perangai  siapalah  tu,”


Sheda  sudah  malas  mendengar  omelan  mereka  berdua. Liana  tidak mahu  mengalah  begitu  juga  dengan  Liza. Sheda  yang  sudah  kepenatan  menarik  paksa  tangan  Liza  keluar  dari  butik.


“Kau  ni  Sheda, awat  tarik  aku!! Kalau  nak  tarik  pun  kasi  peluang  aku  tunjal muka  cantik  dia  tu  dulu. Biar  dia  rasa,”


“Jangan  dilayan  minah  tu. Nanti  kau  tu. Nanti  tak  pasal-pasal  terjerit-jerit  macam  orang  gila. ucap  Sheda  sambil  mengurut  betisnya.


“Kau  dah  penat  sangat  ya,”


“Apa  punya  soalan  kau  bagi  ni? Memang   aku  penat. Tapi  bukan  penat  saja  tau, malah  aku  terlalu  penat..., So  kita  dah  boleh  balik  sekarang  ya  Liza.”


“Okey, jomlah  kita  balik.”


Sinta  melihat  Liana  pulang  dengan  wajah masam  mencuka. Liana  membaling  tas  tangan  di  atas  permaidani  kemudian  menghempas  tubuhnya  ke  sofa  sambil menghela  nafas.

“Kenapa  muka  kau  macam  cencurut? Ada  masalah  ke?”

“Masalah  tak  ada. Tapi  aku  sakit  hati  dengan  Staff  Nizam  tu. Boss  dengan  staff sama  saja  menyakitkan  hati  aku,”

“Apa  dia  buat  dekat  kau?”

“Arghh.., malas  aku  nak  cerita. Aku  penatlah, otak  pun  berserabut.”

Sinta  hanya  menjungkit  bahu. Malas  melayan, kalau  dilayan  amarahnya  akan  semakin  menjadi. Akhirnya  Sinta  berjalan  masuk ke  kamar.

'Lantak kau  lah  Liana. Kau  saja  yang  betul. Entah-entah  kau  yang  mula kan,' bisik  kata  hati  Sinta  sendiri.


Nizam  duduk  menonton  seorang  diri. Isterinya  Qaseh  masih  belum  pulang  dari L.A.


Nizam  memandang  segenap  isi  rumah. Rumahnya  yang  besar  itu  terlihat  sunyi  dan sepi  saja. Biasanya  kalau  isterinya  ada  menemani  dia  tidak  berasa  sunyi kerana  mereka akan  mendengar  suara  tangisan  dari  anaknya. Tapi  kedua  insan  yang  amat  rapat  dengannya  tiada  di  sisi. Nizam  juga  berfikir tentang  pendapatannya  hari  ini.


'Hai  tak  apalah. Tak   ada  rezeki  hari  ni  esok  cuba  lagi,'  ucap  Nizam  sendiri.


Sedang  leka  duduk  menonton  televisyen  tiba-tiba  telefon  bimbitnya  berbunyi  nyaring.Selang  beberapa  saat  kemuadian Nizam  menekan  butang  hijau.


“Assalamualaikum...abang  Qaseh  ni,”


“Waalaikumsalam...Qaseh,  abang  ingatkan  siapa  tadi. Bila  balik  sini?Qaseh  sihat?”

“Qaseh  sihat  dan  baik-baik  aja. Qaseh  call  nak  beritahu abang.  Lusa  Qaseh  balik. Nanti  abang  jemput  Qaseh  di  Airport  okey. Jangan  lupa pula”


“Lusa,  baiklah kalau  macam  tu  nanti  abang  ambil  cuti. Apa  pun  bila  Qaseh  bertolak  saja  call abang  tau. Nanti  tak adalah  abang  tunggu  macam  orang  gila.”


“Okey, baik  boss. Qaseh tak  boleh  cakap  lama  ni.Bill  mahal. Bye..assalamualaikum  sayang,”


“Waalaikumsalam...,”  ucap  Nizam  sekaligus  mematikan  talian.

1 comment:

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...