Bab 10
Bab 10
Sudah beberapa hari Lukman tidak menghubungi rakannya. Dia agak sibuk sejak kebelakangan ini. Dua hari lepas abangnya Hafizal bertanyakan khabarnya. Lukman hanya menjawap dia sihat-sihat dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Buat masa ini tumpuannya hanya pada kerja. Bayangan Liana sudah semakin kabur dan Lukman sangat menyenangi perkara itu. Dia tidak mahu bersedih, jika orang sudah tak sudi. Untuk apa dia tangisi lagi. Dalam Lukman sibuk dengan kerja. Hatinya terdetik tentang gadis manis telah berjaya mencuri hatinya.
'Apa khabar Sheda? Lama tak jenguk dia,' bisik hatinya.
Lukman mengangkat gagang untuk menghubungi teman baiknya. Dia ingin bertemu selepas tamat waktu kerja. Setelah mendapat persetujuan dari Nizam. Lukman duduk bersandar dikerusi dokumen di atas meja dipandang sepi buat seketika.
‘Rindunya aku pada Sheda.’ ucap Lukman Sendiri. Dia menghela nafas sebelum berpaling pada jam di dinding.
‘Argh.., dah pukul tiga. Aku ada mesyuarat sebentar nanti.’ucap Lukman sambil menekan intercom.
“Malek, minta semua pegawai bahagian marketing masuk ke bilik mesyuarat. Saya akan sampai di sana lima minit dari sekarang,” ucap Lukman. Selepas menerima maklum balas dari pekerjanya. Lukman meletakkan kembali gagang dan berjalan keluar untuk menghadiri mesyuarat.
Nizam hanya menggelengkan kepalanya. Hari-hari biasa begini, Kliniknya agak sunyi. Nizam yang sedang bosan, berjalan ke ruang hadapan. Dia mahu melihat, apa yang sedang dilakukan oleh dua orang pekerjanya. Sampai di hadapan Nizam terkejut. Mereka berdua sedang duduk termenung sambil menongkat dagu.
“Hai.. kamu berdua ni termenung pula. Kenapa ni?” Tanya Nizam walaupun dia tahu jawapan yang akan diterima daripada kedua-dua pekerjanya.
“Macam biasalah doktor. Tak ada pesakit, kerja semua dah siap. Kami berdua tak tahu nak buat apa sudahnya termenung,” ucap Liza.
“Doktor buat apa pula dekat sini?” Tanya Sheda.
“Saya pun bosan di dalam. Saya datang ke sini. Kenapa tak boleh ke?”
“Siapa cakap tak boleh?” ucap Sheda dan Liza serentak.
“Jom kita duduk dalam tu tengok Tv. Ada cerita apa ya?” Ucap Nizam.
“Entahlah doktor, Saya tak beli akhbar hari ni. Jadi saya tak tahu,” tutur Sheda lembut.
“Jomlah kita tonton televisyen. Saya bosan ni. Daripada awak berdua duduk termenung di sini. Baik kita duduk sana diam-diam.”
“Baiklah boss. Tapi doktor pergi dulu. Kejap lagi kami datang ya,” ucap Liza.
Nizam mengangukkan kepala dan berjalan masuk semula. Sheda dan Liza membuntuti dari belakang. Entah drama apa yang akan ditonton sebentar lagi tak tahulah. Sampai di bilik rehat mereka duduk bersantai di sofa yang memang tersedia di situ. Mereka tidak perlu risau kerana mereka boleh melihat setiap pesakit yang memasuki klinik itu melalui CCTV. Sheda mencapai remorte control di sisi meja.
“Sheda buka Tv3, rasa saya ada telenovella hari ni,” ucap Nizam lembut.
Seperti biasanya, Sheda hanya mengikuti tanpa banyak soal.
“Sheda petang nanti saya nak jumpa Lukman. Awak nak saya sampaikan apa-apa pesan tak?”
“Hish...doktor ni. Pergi ajalah jumpa dia. Yang doktor beritahu saya ni pun buat apa!! Lagipun saya tak ada apa-apa pesanan untuk disampaikan padanya,” ucap Sheda sambil memandang wajah Nizam dan Liza yang sdang tersenyum.
“Doktor, saya ada cadangan. Walaupun Sheda tak ada pesanan. Doktor cakap aja dengan encik Lukman yang Sheda kirim salam sayang dan rindu padanya. Kita tengok apa reaksi encik Lukman tu,” tutur Liza sambil tersengih.
“Kau gila apa!!Jangan nak buat hal. Mati aku nanti. Kalau dia tangkap cintan macamana?”
“Sheda kalau dia tangkap cintan. Terima sajalah. Dia tu baik orangnya,”
“Sudah, doktor jangan buat macam tu. Kalau buat juga...”
“Kalau saya buat juga kenapa?Awak nak berhenti juga ke?”
“Tak adalah sampai nak berhenti,”
“Itu bermakna, saya boleh buat macam yang Liza cadangkan. Tak sabar saya nak tengok reaksi kawan saya tu.”
“Doktor, jangan buat kerja gila ya. Saya merayu ni,” tutur Sheda lembut. Walaupunn begitu Sheda bimbang jika majikannya bertindak nekad.
“Jangan risau. Saya tak buat macam tu. Jangan difikir sangat ya. Sekarang saya pun tak tahu cerita drama kita ni dah sampai mana. Kita asyik berbual aja,” ucap Nizam sambil memandang CCTV.
Kesudahannya sampai pukul 6.00 petang kliniknya sunyi dan sepi. Nizam akhirnya menutup televisyen dan meminta Sheda dan Liza mengunci dan mengemas klinik sebelum pulang. Jam ditangan dipandang seketika. Nizam ada temujanji dengan sahabatnya. Dia bercadang untuk membawa Qaseh bersama anaknya.
Tepat pukul 8.00 malam Nizam sekeluarga sudah pun sampai di tempat yang dijanjikan. Pilihan mereka kali ini adalah Restoran Sayed. Bayang Lukman masih tidak kelihatan. Qaseh dan anaknya memilih meja yang tidak jauh dari tempat mereka memakir kenderaan. Nizam cuma menuruti sambil matanya melilau mencari kelihat sahabatnya. Hatinya agak panas kerana dia memang tidak gemar jika orang yang tidak pandai menepati janji. Qaseh melihat perubahan wajah suaminya lalu tersenyum.
“Hati abang tengah panaslah tu,” ucap Qaseh sambil memanggil pelayan rrestoran.
Nizam hanya mencebik dan menguis rambut anaknya yang terjuntai didahi.
“Tak adalah, mana ada panas. Sejuk adalah!!” ucap Nizam sambil memesan milo ais.
“Macam Qaseh tak tahu perangai abang,”
“Sorry Nizam jangan marah. Jalan jem tadi,” ucap Lukman sambil menepuk bahu Nizam lembut.
Nizam menoleh dan merenung Lukman tajam. Lukman cuma menggaru kepalanya yang tidak gatal. Qaseh hanya tersenyum dan mempersilakan Lukman duduk.
“Lukman, dia marah sekejap aja tu. Nanti milo ais dia sampai sejuklah tu,”
“Kau ni, alasan aja. Lain kalai pastikan kau sampai dulu. Aku ni siap berlari kejar masa. Tup-tup kau tak sampai lagi,”
Lukman mengerutkan dahi. “Kau berlari? Biar betul?”
“Kalau aku cakap berlari itu bermakna aku berlari ke? Tentu tidak kan,”
“Alah, aku tahu saja usik kau. Nak marah-marah datang bulan apa?”
“Ya, aku bukan datang bulan. Tapi datang matahari,”
Nizam melambai pada salah seorang pelayan restoran. Pelayan datang dan mengambil pesanan yang diminta Lukman. Lukman tidak menghiraukan Nizam yang sedang memerhatikannya. Apa yang dilakukan adalah mencuit pipi tembab milik Arora Dahlia. Arora Dahlia adalah anak kepada sahabatnya yang berusia sekitar 3 tahun.
“Abang cuba tengok gaya Lukman ni. Ada tokoh kebapaan kan?”
Nizam menganguk dan tersenyum.
“Kalau kau dah tak sabar nak ada anak, Kau pinang aja si Sheda, habis cerita. Kau pun tak payah duduk pening fikir pasal Liana tu,”
“Kau ni pun tak agak-agaklah aku baru aja kenal dia. Kami dalam tempoh berkawan,”
“Berkawan??? Ya ke ni. Tak percaya aku.”
“Tak percaya? Aku tak paksa kau untuk percaya Nizam,”
“Aku pelik dan hairan aja. Berkawan, tapi bukan aku tak tahu. Kau siap beri dia bunga mawar putih kan?”
“Kau yang cadangkan. Aku berilah, lagipun kau cadangkan aku untuk beri mawar merah. Aku tukar jadi mawar putih. Sekarang kau nak kenakan aku pula,”
“Aku tak kenakan, tapi kau tahu tak makna di sebalik mawar putih tu?Tak sangka betapa kau ni mamat jiwa romantik. Ada kelas gitu,” ucap Nizam sambil tersenyum. Matanya juga dikalih kepada Qaseh yang sedang tersenyum kecil.
“Ala yang aku tahu mawar merah yang ada makna. Kalau kau tahu apa makna mawar putih, beritahulah aku,”
“Oh..tidak!! Kalau kau nak tahu cari sendiri. Ada apa sebenarnya kau nak jumpa aku ni Lukman?”
“Hai nak jumpa pun dah tak boleh ke?”
“Bukan tak boleh. Boleh aja, aku pelik sebab lama juga aku tak jumpa kau,”
“Macamana dengan Sheda?”
“Nak tanya aku pasal dia saja ke? Buat penat aku aja datang jumpa kau. Kalau nak tahu ada baiknya kau tanya dia sendiri. Kau ada nombor telefon dia kan?”
“Memanglah ada. Tapi dah alang-alang aku jumpa kau. Aku tanyalah, itu pun nak marah,”
“Dia okey dan sihat aja. Pada mata akulah. Tapi hati jiwa raga dia aku tak tahulah sihat atau tak”
“Maksud kau?” Lukman bertanya sambil memandang Qaseh yang sedang melayan Arora.
“Kau ni lembab betullah. Maksud aku, aku tak tahu hati dia tu sihat ke tidak ‘because’ manalah tahu. Hati dan jiwanya tak sihat sebab rindukan kau ke kan,”
“Kau ni merepek betul. Jauh sampai ke situ pula.”
“Dah alang-alang kau ada. Aku nak cakap ni. Janda kau kirim salam,”
Wajah Lukman berkerut seribu. Qaseh tergelak dengan kelakuan Lukman lalu berkata..
“Janda kau tu Liana lah. Kenal tak?”
Lukman menjawab salam tersebut dan meminta agar Nizam tidak memberitahu atau bercerita mengenainya lagi pada masa akan datang. Permintaan itu sangat disenangi oleh Nizam. Dia tidak mahu sahabatnya terus hanyut dalam kesedihan yang panjang.
Malam itu Sheda duduk di dalam bilik sambil membaca novel. Badannya agak penat setelah membantu ibunya mengalih almari pakaian dibilik adiknya. Malam itu Sheda hanya berdua dengan ibunya. Adiknya uda balik ke kampung.Manakala adiknya angah dan yang bongsu belum pulang dari tempat kerja.
Tiba-tiba terdengar suara orang memekik. Sheda berlari keluar dan mendapati ayahnya sedang memarahi ibunya.
“Eh…aku punya sukalah!! Nak pergi kemana pun. Kau tak payah sibuk,”
“Saya ni isteri awak. Awak tak pernah peduli hal anak-anak dan juga rumah ni. Awak suka awak balik. Awak bosan awak keluar, Anak bini makan ke tidak. Awak tak pernah ambil peduli. Ni tidak, awak sibuk dengan perempuan lain,” ucap ibunya di iringi tangisan.
“Argh..dia orang tu dah besar pandailah dia kalau nak hidup.”
“Awak cakap senang aja. Dia orang tu pun dah besar panjang. Duit habis nak jaga saya. Bayang hutang sana sini. Bilanya mereka tu nak simpan duit sendiri. Daripada awak habiskan duit tu untuk orang lain.”
“Duit aku. Aku punya suka!! Kau dengan dia orang tu suka susahkan aku. Dah tolong sekali banyak lemak,”
“Tolong, anak bini pun awak berkira. Awak nak jadi apa? Jangan awak tengok saya diam. Awak boleh tindas saya dengan anak-anak macam ni. Kami diam sebab kami masih hormat pada awak. Bertahun saya bersabar. Kalau tak kenangkan anak-anak dah lama saya tinggalkan awak.”
“Kau yang bodoh. Aku tahu dah lama tahu, yang kau akan tinggalkan aku. Itu sebab aku tak mahu kau berduit. Kalau kau berduit kau dah lama tinggalkan aku. Kau ingat aku bodoh sangat!!”
“Tapi awak aniaya anak dan isteri. Berapa lama awak tak beri nafkah pada kami,”
“Kalau aku tak beri!!Kau nak buat apa? Kau nak buat report? Buatlah..,” cabar En. Samad.
“Tolonglah jangan ingat saya ni bodoh sangat. Sampai awak buat saya dan anak-anak begini. Saya selalu sembahyang dan berdoa agar awak berubah dan ingat anak isteri. Tapi penantian saya hanya sia-sia, Awak tetap tidak berubah. Dari awal perkahwinan sampai anak-anak sudah membesar awak tetap sama seperti dulu. Kalau awak benci saya ceraikan saya. Jangan gantung saya tidak bertali begini.Dan sungguhpun awak benci saya dan tidak mahu menafkahi saya tidak mengapa. Anak-anak awak tu bagaimana?”
“Macam aku cakap, dia orang dah besar. Pandai-pandailah kalau nak hidup,”
“Ayah, Kalau ayah balik nak sakitkan hati mak, baik ayah tak payah balik,”Sheda berkata mendatar. Dipandang wajah ibunya yang sudah dibanjiri air mata.
“Kau jangan nak kurang ajar. Ini rumah aku. Aku punya suka!! Ini kau ikut perangai mak kau yang tak senonoh kan? Kalau tak pun mak kau yang ajar kau biar kurang ajar dengan aku,”
Berdesing dan panas sungguh hatinya bila ayahnya sering mengucapkan mengenai apa-apa perangai dan perbuatan yang bertentang dengannya akan mendapat perkataan yang sama iaitu ‘mak kau ajar.”
“Ayah ni, sikit-sikit mak ajar. Mak tak pernah ajar kita kurang ajar pun. Tapi ayah selalu salahkan mak. Apa pun mak. Baik ayah baik adik beradik ayah yang tak guna tu pun salahkan mak. Macamlah diri tu bagus sangat,”
“Ini semua kau punya kan? Kau tengok anak kau berani cakap macam tu pada aku. Kau ajar dia kan? Baik kau cakap kalau tidak..”
“Kalau tak kenapa?Ayah nak terajang mak, pukul mak macam dulu-dulu. Ayah dengar sini baik-baik, Dulu kami adik beradik masa kecil tak tahu nak buat apa bila ayah selalu pukul mak. Sekarang jangan ayah pernah mimpi dapat buat macam tu lagi pada mak. Sekali ayah sentuh kulit mak. Along akan pastikan ayah duduk dalam penjara. Faham!!” Sheda berkata lancar dan suaranya sudah meninggi mengatasi suara ayahnya. Matanya juga mencerlung tajam.
Hatinya benar-benar marah. Sudah lama disimpan amarah itu. Kerana ibunya dia selalu sahaja diam. Tapi kali ini tidak sekali. Biarlah dia dianggap derhaka kepada bapanya. Dia tidak sanggup lagi melihat atau mendengar apabila ibunya selalu dipersalahkan. Dia juga tidak akan membiarkan ayahnya menyentuh kulit ibunya lagi. Tidak sekali-kali.
“Argh…anak beranak sama saja. Kurang ajar,”
“Tak perlu salahkan mak. Ayah yang tak betul. Kalau anak jadi kurang ajar pun sebab ayah pun manusia kurang ajar,”
En Samad hanya diam tidak berkutik. Sheda dapat melihat ayahnya menggenggam buku lima. Nafasnya turun naik menahan amarah. Kesudahannya ayahnya berlalu masuk kedalam bilik sambil menghempas daun pintu.
“Kenapa cakap macam tu pada ayah?”
“Mak tak payah nak bela ayah sangat. Ayah dah kata mak macam-macam pun mak tetap nak bela dia. Biar dia rasa,”
“Tapi mak tak ajar kamu untuk kurang ajar. Jahat atau teruk macamana pun dia tetap ayah kamu,”
“Mak, nak suruh along diam macamana lagi?Along ni dah besar bukan budak kecil lagi. Along ada mata dan along faham semuanya. Dia yang tak betul. Kenapa nak salahkan mak. Sikit-sikit mak, apa pun mak. Telinga ni dah lama bernanah dengar ayah cakap macam tu,”
“Sudahlah, mak nak masuk tidur dulu.”
Sheda hanya diam membisu. Dia menoleh ke bilik ayahnya yang terletak bersebelahan dengan bilik adiknya. Hati Sheda terdetik sayu. Sebenarnya tiada niat sedikit pun untuk dia berkata demikian. Dia hanya mahu mengajar ayahnya agar tidak melakukan sesuka hati pada anak dan isterinya.
Puan Ross tidak tidur malam itu. Dia mengunci diri dan menagis mengenangkan nasibnya. Entah kenapa dia tidak pernah rasa bahagia. Suami yang diharap dapat menjaga dan memberi teduhan untuknya tidak dia dapatkan. Hatinya benar-benar sayu, dia juga sering berkecil hati apabila suaminya menuduh dia yang mengajar anak-anak benci dan kurang ajar padanya. Selang dua puluh minit kemudian dia tertidur.
Sheda berjalan ke dapur untuk minum air tekaknya teras haus. Sambil minum dia terkenang peristiwa sewaktu dia masih kanak-kanak. Bila dikenang Sheda berasa marah. Cepat-cepat diusir perasaan itu dari terus bersarang dalam hati. Siap semua Sheda berjalan masuk ke dalam bilik untuk berehat dan beradu.
No comments:
Post a Comment