Monday, 7 November 2011

Sejuta Luka di hati= bab 9

Bab9


“Selamat  pagi doktor," Sheda menegur  majikannya  lembut.


“Selamat pagi, Sheda. Wah!!  Awak  dah  sihat?”


“Apalah tanya  soalan macam tu. Kalau  dah  doktor  nampak  saya  disini  itu  bermakna  saya  sihat  lah.”


“Awak ni pagi-pagi  nak  marah. Kasihan  saya ni. Dah  sarapan  atau  belum?”


“Saya  belum  sarapan  lagi. Baru  saja  sampai. Sheda  berkata  sambil  berjalan  ke muka  pintu.


“Sheda  awak  tunggu  sekejap  saya  letak  barang  saya  dulu.”


Sheda  memandang  majikannya  hairan. Nizam yang memandang hanya tersenyum.


“Janganlah  hairan pula. Saya  letak barang ni  dulu. Lepas itu  kita  pergi  sarapan. Mana Liza?”

“Ada  tu  dekat  belakang," Sheda  berkata  sambil duduk.


“Awak  pergi  panggil  dia  kita  sarapan  sekali.”

Sheda  hanya  menganggukkan  kepala  sambil  berjalan  kebelakang.
Sampai  di  bilik  rehat  pekerja didapati  Liza  tiada  di situ. Sheda  hairan lalu  beredar  ke bilik  sebelah.


“La, dekat  sini  rupanya.”


Liza  memandang Sheda sambil tersenyum.


“Tak ada  buat apa, saja mengemaslah. Ada apa kau cari aku?”


“Tu  boss ajak  pergi  sarapan. Dia  ada  tu,  tengah  tunggu  kita  kot.”


“Wah!! Sarapan, jom  lapar  ni.”


Liza  merempuh Sheda dan  berjalan  pantas  kehadapan. Sheda  hanya  menggelengkan  kepalanya. Liza  pantang  disebut  mengenai  makanan. Laju saja  dia  berjalan. Nizam  pula  masih  setia  menanti  dimuka  pintu  klinik. Senyumannya  di lempar  ke arah  kedua  pekerjanya.


“Awak  berdua  ni  lambat  betul. Saya  dah  lapar ni,_ ucap Nizam  sambil menyusap  perutnya.


“Sabarlah, doktor kan lelaki. Tahan  sikit," ucap Liza.


“Awak cakap saya. Tu  awak  yang  jalan  laju  kehadapan tinggalkan  kami  berdua  dibelakang. Gelojoh  betul," ulas Nizam  spontan.


Liza  menoleh dan  tergelak dia  menghentikan  langkahnya. Raut  wajahnya  merona  merah. Liza  akhirnya  ketawa.


“Doktor, saya  ni  lain. Saya  ni  perempuan  mana  boleh  tahan  kalau  lapar. Perut  saya dah  mula menyanyi ni,"  tutur Liza.


“Ada saja awak tu Liza. Nak  cover  malulah tu. Macam  saya  dengan  Sheda  tak  tahu.”


Sampai  di  restoran, mereka  bertiga  memesan  sarapan  yang  sama  iaitu  nasi  lemak bersama  kopi. Apabila  makanan  dipesan  sampai mereka  bertiga  menikmati makanan  masing-masing  dengan  penuh  selera.


Tidak  lama kemudian Sheda memandang majikannya. Selang beberapa saat, dia  tergelak kuat. Suapan Liza  dan  Nizam  terhenti. Mereka  berdua  memandang Sheda  yang  masih  asyik  dengan  tawanya.


“Minah, Kenapa  kau  gelak? Liza  bertanya  hairan wajahnya  berkerut.


“Kau  tak  perasan  sesuatu  yang  lain dan  aneh  ke?”


“Aneh dan lain?" Liza  memandang majikannya sambil tergelak  kecil.


Nizam  sudah dapat  merasakan  perkara  itu. Pasti  mereka  ketawa gara-gara  warna  pakaiannya.


“Dah  tak  payah  nak  gelak. Habiskan  sarapan tu," tutur Nizam lembut.


“Doktor  malu ya? Kenapa  pakai  baju  warna  ni?" Sheda  bertanya  lembut.


“Entah doktor  ni. Kata tak  suka  warna  merah. Tapi pakai  juga. Mana  baju  pink  yang  selalu  doktor  pakai  tu?"  ucap Liza  pula.


“Isteri  saya  belikan, dia  suruh  saya  pakai. Tu  yang  saya  pakai. Kalau  tak pakai  kecil  hati  pula. Lagipun  awak  berdua  kan  tahu  isteri  saya  penggemar  warna  merah.”


Liza dan Sheda  tersenyum. Mereka  memang  tahu  akan  perkara  itu. Puan Qaseh  memang  suka  warna  merah. Tapi  tak ada  pula  macam  suaminya. Asal kemana-mana  mesti  dengan  warna  pink. Hari  ini  majikannya  dah  pecahkan record  warna  baju. Merah  padam wajahnya. Selesai  makan, Nizam  membayar  harga  semua  makanan. Kemudian  mereka  bertiga  berjalan masuk ke klinik.


“Terima kasih, doktor," ucap  Sheda  dan Liza serentak.


“Sama-sama.”


Masuk  ke dalam  klinik mereka  berdua memulakan  rutin  harian  seperti  biasa. Sheda  mengemas  di bahagian pendaftaran dan Liza mengemas  bilik  minor surgery.
Siap  semua Liza  berjalan  kehadapan menuju  ruang dispensary. Hari  ini  dia  harus  menyemak dan  memesan  stok ubat  yang  akan  habis. Sepatutnya  perkara itu  dilakukan  semalam. Namun  ketiadaan Sheda membuatnya  tidak  menang tangan.


Jam sudah  menunjukan pukul 11.30 pagi. Tiada  pesakit  yang  datang berkunjung. Nizam  yang  sedang bosan bangun  dari duduknya  dan  berjalan  kehadapan. Dia  ingin  berbual bersama pekerjanya terutama Sheda. Sampai dihadapan bahu Sheda  dicuit. Sheda  menoleh.


“Doktor ni, terkejut saya. Nasib baik  saya  tak ada  sakit jantung,"  marah  Sheda.


“Sorry, saya  bosan  itu sebab saya  ke sini. Saja  nak  berborak kosong. Pesakit  tak ada, saya bosan  tercongok  didalam," beritahu  Nizam  sambil  menggaru kepalanya.


“Sheda  saya  nak  tanya  ni.”


“Apa yang  doktor nak  tanya?”


“Waktu awak sakit. Ada tak Lukman datang jumpa  awak?”

Sheda tersenyum mengingati sesuatu. Ya dia tahu Nizam yang memberi khabar tentang  kesihatannya pada Lukman.

'Nizam memang nak kena,"{ ucap Sheda didalam hati.


“Ada. Doktor yang beritahu pada dia kan?”


“Alah, Sheda jangan marah. Dia tu baiklah, Saya tengok dia macam sayangkan awak.”


“Pandai-pandai aja. Lain kali doktor bukalah agency cari jodoh. Jangan buka klinik," ucap Sheda mendatar.


“Awak marah ke?”


“Tak marah, geram saja. Doktor selalu macam tu. Malu saya tau.”


“Malu ke suka?" ucap Liza yang berdiri tidak jauh dari mereka.


“Kau ni Liza sibuk betul. Buatlah kerja kau tu," Sheda mula mengomel.


Nizam masih  memandang Sheda. Dia tahu pasti rakannya itu ada datang melawat Sheda di rumah. Dia tahu Lukman orang seperti apa. Sangat tidak mungkin untuk membiarkan orang yang mula disukai jatuh sakit.


“Apa pandang-pandang?" Tutur Sheda kepada Nizam.


“Saja, tak boleh ke?”


“Boleh, tapi saya rimaslah bila doktor tengok saya begitu.”


Sheda  menghela nafas dan kembali berbicara.


“Okey, memang kawan baik doktor datang jumpa saya di rumah. Puas hati tak?”


“Apa?? Dia datang melawat kau kat rumah?" ucap Liza sedikit kuat dan nyaring.



Nizam tergelak melihat tingkah Liza. Mana tidak,mulutnya terbuka luas manakala matanya bulat macam guli. Sheda hanya diam sambil meneruskan kerjanya yang tertangguh.


“Sheda, berhenti dulu. Saya nak  bercakap dengan awak ni.”


“Doktor ni, kacau betullah.”


“Sheda, benda yang awak buat tu ada banyak. Kalau tinggal sikit bolehlah awak tambah.”


“Okey, doktorkan boss saya  ikut aja.”


“Dia ada bagi awak bunga tak?Nizam bertanya meminta kepastian.


Sheda diam buat seketika. Kalau dia beritahu perkara sebenar. Bimbang mereka akan berfikir yang bukan-bukan. Kalau dirahsiakan, Sheda bimbang jika Lukman memberitahu
perkara sebenar. Maklum mereka adalah kawan baik. Sangat  tidak mungkin jika Lukman
merahsiakannya.


“Ada, dia beri mawar putih.Sheda menjawab lambat-lambat.


“Wow!! menakjubkan. Saya  tak  sangka dia berikan awak mawar.”


“Cemburu aku, tunang aku pun  tak  pernah beri aku bunga tau," ucap Liza yang  sudah selesai melakukan tugasnya.


“Awak tak boleh nak cemburu, lain orang lain cara,"  ucap Nizam kepada Liza.


“Tak apa saya nak roger Lukman nanti. Nak risik khabar," ucap Nizam sambil menjungkit kening.


Tidak  lama  selepas  itu. Nizam  kembali  ke  biliknya  semula. Manakala  Sheda  dan Liza  kembali  menyambung tugas  mereka  yang  tertunda  sebentar  tadi. Sambil  mengemas  fail-fail  pesakit.  Sheda  teringatkan Lukman. Entah  kenapa  hatinya  begitu  senang  dan  tenang  bila  bersama  jejaka  itu. Apakah dia  sudah  jatuh  hati? Tetapi  Sheda  berasa  masih  terlalu  awal  untuk  dia  benar-benar  mengetahui  isi  hatinya.


“Kau  ingat  siapa  tu?"  tanya  Liza  dari  arah  tepi.


“Tak  ada  ingat  apa, Tengah  fikir  nak  makan  apa  nanti. Kenapa  kau  tanya?_  Ucap  Sheda. Dia  terpaksa  menipu. Agar  sahabatnya  itu  tidak  berfikir  bukan-bukan.


“Iya  ke? Tak  percaya  aku. Alasan aja  kan?"  ucap  Liza.


“Tak  percaya  sudah. Aku  ingat  nak  makan  nasi  ayam  lah.  Sudah  lama  aku  tak  makan,”


“Kau  memang  teringin  nak  makan  nasi  ayam  ke? Kalau  macam tu,  kita  kena  pergi  Restoran  Sri  Bayu  lah.  Kat  situ  jek  yang  ada  jual  nasi  ayam,”


“Okey, nanti  kita  pergi  makan  di  sana. Aku  malas  nak  bungkus," Sheda  berkata  lancar.



Jam  sudah  menunjukkan pukul 12.00  tengahari. Lagi  satu  jam mereka  akan  tutup  Klinik  untuk  makan  tengahari. Namun  kehadiran  pesakit  yang  ramai. Membuatkan  Wajah  Liza   masam  mencuka. Sheda  hanya  membiarkan  wajah  Liza  begitu. Malas  menegur,  kalau  silap  cakap.  Dia  akan  dimarahi  dan  kesudahannya  mereka   akan  perang.


“Sheda  macamana  ni?”


“Macamana  apanya?”


“Tengoklah  jam  sudah  pukul  satu.  Pesakit  ramai  lagi.  Bila  kita  boleh  keluar  makan,"  rungut  Liza.


“Ingat  benda  apalah  tadi.  Rupanya  risau  takut  tak  makan.  Restoran   tu   tak  lari  ke  mana  pun.  Jangan  takut  okey.”
“Aku  takut  kita  tak  boleh  keluar  rehat. Lagi  satu  aku  takut  kalau  nasi  ayam  tu  habis,”


“Kau  ni   dasyat  betul. Boss  mesti  kasi  kita  rehatlah. Dia  pun  tak  makan  lagi.  Tak  akan  dia  tak  kasi  kita  rehat. Lagi  satu,  aku  yang  nak  makan  nasi  ayam  ni  pun  tak  bising  macam  kau   tau,”


“Kalau  habis  macamana?”


“Itu  tak  ada  rezeki  namanya. Kalau   habis  esok  aja  kita  makan  okey,”


Liza  hanya  diam  sambil  menyambung  kembali  tugasnya. Wajahnya  yang  masam  tidak  dapat  disembunyikan  lagi   dari  majikannya.  Sheda  dapat  melihat  senyuman  majikannya  dari  jauh. Dia  tahu  majikannya  tersenyum  melihat  raut  wajah  Liza yang  masam  mencuka.


“Liza  kontrol  sikit  muka  masam  awak  tu  ya.  Tinggal  satu   saja  lagi. Kejap  lagi  kita  pergi  makan  okey.”


“Doktor  ni,  kenakan  saya  pula.  Saya  dah  lapar  ni.”


“Ya,   saya  tahu. Saya  pun  lapar  juga. Dah  senyum  sikit. Sekarang  panggilkan  pesakit  ni  masuk,"  arah  Nizam.


Liza  mengukir  senyuman  paksa. Dan  berjalan  ke  muka  pintu  untuk  memanggil   pesakit  masuk. Selang  lima  belas  minit kemudian, Nizam  selesai  merawat  pesakit.


'Aduh  laparnya  perut  aku  ni. Nak  balik  rumah  macam  tak  sempat'  gumam  Nizam  sendiri.


“Akhirnya,  habis  pun  pesakit. Perut  aku  dah  lapar  sangat  ni.  Jom  kita  pergi  makan,"  ucap  Liza  riang.


“Okey,  pergi  makan  cepat  sikit. Awak  ada  lima  belas  minit  sebelum  klinik  kembali  dibuka,”
“Apa!!" Liza  melenting. Bulat  biji  matanya  merenung  wajah  majikannya. Sheda  juga  bagai  tidak  percaya  dengan  apa  yang  baru  diucapkan.


“Amboi!!  Bulatnya  mata  awak  Liza.  Macam   biji  guli. Betul  lah  dengan  apa  yang  saya  cakap. Sekarang  jam  dah  pukul  satu  empat  puluh  lima. Klinik  kita  akan  buka  pukul  2.00 kan? Sudahlah  tu  jangan  lengah  lagi.  Nanti  lagi  tak  boleh  rehat,”


“Ah,  doktor  ni  biar  betu. Mana  cukup  kalau  nak  rehat  lima  belas   minit. Doktor  kena  ganti  semula  waktu  rehat  kami  tu.”


“Apa  awak  nak   buat  pada  saya  Liza  kalau  saya  tak  mahu  ganti?”


“Saya  berhenti  kerja  sekarang,"  ucap  Liza  spontan.


Berhambur   tawa  dari  Nizam  juga  Sheda. Dasyat  betul  rakan  mereka  ni.  Belum  lagi  mereka  jumpa  orang  seperti  Liza. Rasanya  Liza  adalah  manusia  pertama  yang  berkelakuan  begitu.


“Dasyat  betul, gara-gara  tak  dapat  rehat  satu  jam  nak  berhenti  kerja. Awak  ni  memang  gila  tau," tutur  Nizam  sambil  tertawa.


“Doktor  yang  gila,  bukan  saya,”


“Ala  Liza,  saya  gurau  saja. Dah  jom  kita  pergi  makan. Saya  pun  dah  lapar  sangat  ni. Saya  nak  balik  rumah  takut  tak  sempat. Kamu  berdua  nak  makan  di mana?”


“Kita  orang  nak  pergi  Restoran  Sri  Bayu  tu. Saya  nak  makan  nasi ayam," ucap  Sheda  lembut.


Nizam  bersetuju  dengan  rancangan  mereka. Mereka  bertiga  cuma  perlu  berjalan  kaki  untuk  ke  sana. Sebelum  keluar,  Nizam  memastikan  pintu  Kliniknya  berkunci. Dia  bimbang  jika  terjadi  sesuatu.


Sampai  di Restoran,  mata  Liza  tertacap  pada  tulisan  di  depan  kaunter.

“Sheda  tengok  tu. Nasi  ayam  habis  lah,”


“Habis  tu,  kamu  nak  makan  nasi  ayam  di  mana?" Tanya  Nizam.


“Alah, tak  apalah  tak  ada  rezeki. Besok  kita  makan  nasi  ayam okey. Sekarang  perut  aku  dah  lapar  sangat. Jadi  aku  nak  makan  nasi  ayam  penyet,”


“Betul,  kata  Sheda  tu.  Saya  pun  dah  lapar  sangat,  saya  malas  nak  fikir. Kita  makan  apa  yang  ada  depan  mata  ni  sajalah,"  ucap  Nizam  sambil  meminta  nasi  goreng  kampung  dari  pelayan  restoran.


Liza  akhirnya  bersetuju  dan meminta  pesanan  yang  sama  seperti  Sheda  iaitu nasi  ayam  penyet.  Nizam  memilih  meja  berhampiran  dengan  kaunter  bayaran.  Sambil  duduk  mata  Nizam  meliar  melihat  pengunjung  yang  ada   di  situ.



“Hai,  merah  nampak? Biasa  I  nampak  you  jambu"  tegur  wanita  berkulit  kuning  langsat.


“I  kenal  you  ke? Rasa  macam  tak  pernah  jumpa  dengan  you  sebelum  ni,"  ucap  Nizam  sambil  mengerutkan  dahi.


“Nizam,  I  tahu  you  pura-pura  tak  kenal  dengan  I  kan?”

“Sudahlah  Liana, Aku  memang  tak  kenal  dengan  perempuan  sombong  macam  kau  tu. Dan  aku  juga  tak  sudi  nak  bercakap  dengan  kau. Ada  baiknya  you  pergi dari  sini," ucap  Nizam  sedikit  kasar.


“Okey,  baik  I  tak  mahu  kacau  you.  Jangan  lupa  sampaikan  salam  I  pada  teman  baik  you  tu  okey?”


“ You  tak  payah  sibuk-sibuk  nak  kacau  dia  boleh  tak?”


“Nizam!! I  tak  akan  kacau  dia.  I  nak  you  sampaikan  salam  I  pada  dia  itu  saja. Lagipun  I  pun  memang  tak  nak  pada  dia   lagi. Rasa  cinta  I  dah  lama  mati. Okeylah, I  balik  dulu," Liana  berkata  dan  berlalu  dari  situ.


“Agrh.., apa  punya   malang. Boleh  jumpa  minah  ni  dekat  sini," rungut  Nizam.


Rungutan  itu  sampai  di  pendengaran  Sheda  juga  Liza. Liza  berasa  hairan  lalu  bertanya,


“Siapa  tu  doktor? Muka  cantik,  tapi  sombong  betul,”


“Liza, Sheda  kalau  kamu  nak  tahu  itu  adalah  bekas  tunang  Lukman. Kawan saya  tu.”


“Jadi,  perempuan  tu  bekas  tunang  En. Lukman. Tak  sesuai  betul. Nasib  baik  tak  berjodoh,"  Liza  berkata  meluahkan pendapanya.


“Ya,  nasib  baik  mereka tidak  berjodoh. Kalau  tidak,  meranalah  kawan  saya  tu,”


Sheda  hanya  mendengar  dan  tersenyum. Akhirnya  dia  tahu  siapa  wanita  yang  pernah  menambat  hati  Lukman. Orangnya  cantik,  namun  agak  sombong. Apapun  Sheda  tidak  memberikan  sebarang  komen  mengenai  hubungan  Lukman  sebelum  ini. Apa  yang  dia  tahu,  dia  sudah  lapar.


“Sheda,  dari  tadi  saya  tengok  awak  diam  aja. Apa  komen  awak  tentang  wanita  tadi?”


“Doktor  Nizam,  saya  tak  tahu  nak  komen  apa. Apa  yang  saya  fikir  cuma. Makanan  saya  ni,  bila  nak  sampai?”



Nizam  tergelak  dan   tersenyum. Tidak  lama  selepas  itu,  makanan  yang  dipesan  pun
sampai. Dan  mereka  menikmati  hidangan  dengan  penuh  selera.  Tiga  puluh  minit  kemudian,  mereka  pulang  ke  klinik  semula.


“Assalamualaikum,  Sheda. Doktor  Nizam  ada?”


“Ada,”


“Ada  pesakit  di  dalam?”


“Tak  ada  puan.”


Qaseh  berjalan  masuk  ke  bilik  suaminya. Selang  lima  belas  minit kemudian, Qaseh  keluar  semula  sambil  menjinjit  bungkusan  plastik  ditangan.


“Sheda,  apa  yang  puan  Qaseh  bawa  tu?”


“Manalah  aku  tahu. Kau  ni  sibuk  nak  tahu  kenapa?”


“Kau  ni  janganlah  marah. Aku  tanya  aja,”


“Mei Ling. Kita  balik  dulu  ya. Jangan  nakal-nakal  tau,”


“Okey,  jumpa  esok. Hati-hati  ya,"  ucap  Mei  Ling.

No comments:

Post a Comment

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...