Sunday, 20 November 2011

Sejuta Luka Dihati-Bab 11







Liana  duduk  termenung  dijendela  kamar, hatinya  berbunga  riang  kerana  dalam  tiga  bulan  dia  akan  bergelar  tunang  orang. Dia  menyintai  Steve  sepenuh  hati. Pemuda  itu  juga  terlihat  baik  dan  kedua-dua  orang  tuanya. Malah  kedua  orang  tuanya  merestui  hubungan  mereka  berdua. Liana  tidak  pernah  menghiraukan  mulut-mulut  orang  kampung  yang  mengatanya  mata  duitan. Apa  yang  dia  tahu  cuma  satu. Dia  tak  mahu  hidup  susah. Bila  teringat  kembali  percintaannya  selama  empat  tahun  bersama  Lukman. Dia  rasa  sangat  menyesal.


‘Menyesal? Ya  aku  merasa  menyesal. Bercinta  bertahun  apapun  tak  ada. Sekarang  aku  ada  Steve  yang  akan  menjaga  aku  dan  memberi  kemewahan  untukku. Semoga  jodohku  kekal  hendaknya.’ ucap  Liana  sendiri.


“Liana  apa  yang  kau  menungkan  tu?” Sinta  menegur  teman  serumahnya.


“Tak  ada  apa. Saja  duduk  sini  kenang  masa  lalu.”


“Kenapa  kau  tak  pergi  kerja  hari  ni?”


“Aku  ambil  cuti. Badan  aku  ni, macam  penat. Tak  cukup  rehat  kot,” tutur Liana  sambil  berpaling  ke  arah  Sinta.


“Habis  persiapan  pertunangan  kau  macamana  dah  okey?”


“Dah  siap  lapan  puluh  peratus  pun, Kau  jangan  tak  datang  rumah  aku  pula. Kau  kan  orang  pertama  yang  aku  undang,” ucap Liana  lembut  sambil  menguak  rambutnya  ke  belakang.


“Kau  dah  masak  ke  belum?”


“Aku  malas  nak  masak  hari  ni. Kita  makan  di  luar  ya?”
“Okey,  kita  makan  di  Restoran  Lerk  Thai.


“Kau  tunggu  sekejap  aku  bersiap  sekarang,” ucap  Sinta  dan  terus  berjalan  keluar.


Liana  yang  sememangnya  berpakaian  rapi  cuma  mengenakan  bedak  tipis. Manakala rambutnya  yang  mengerbang   dibuat  tocang. Setelah  memastikan  semuanya, Liana  berjalan  ke  ruang  tamu  dan  menanti  Sinta.



Lima  belas  minit  kemudian  mereka  berdua  sampai  di  restoran  yang  dimaksudkan. Sinta  memilih  untuk  duduk  di  bahagian  yang  agak  tersembunyi. Setelah  mereka  duduk  seorang  pelayan  datang  dan  memberikan  mereka  menu  hidangan.



Pantas  Sinta  meneliti  dan  membelek  helaian  demi  helaian. Begitu  juga  dengan  Liana, sambil  meneliti  menu  hidangan  matanya  meliar  ke  kiri  dan  kanan. Dan  perbuatan  itu  disedari  oleh  rakannya  Sinta. Sinta  meletakkan  menu  di  tepi  dan  memandang  Liana.


“Kau  ni  tengok  menu  atau  cari  seseorang?”


Liana  terdiam  dan  tersengih. Menu  ditangan  diletak  kembali.


“Saja  tengok  tempat  ni. Sebenarnya  aku  dah  lama  tak  datang  ke  sini. Tak  sangka  tempat  ni  dah  semakin  cantik,”


“Oh.., aku  ingatkan  kau  cari  orang.”


Tidak  lama  selepas  itu  Sinta  memanggil  pelayan  untuk  memesan  makanan.



Lukman   dan  Nizam  sampai  di  Jusco  tepat  pukul  dua  petang. Mereka  sengaja  datang  ke  sini  untuk  makan  tengahari  bersama.  Setelah  memakir  kenderaan  mereka  berdua  berjalan  menuju  Restoran  Lerk Thai yang  terletak  di  aras  dua. Sedang  mereka  berdua  asyik  berbual  mereka  di  sapa  seseorang.


“Hai, tak  sangka  boleh  jumpa you  di  sini? Apa  khabar Lukman?” Liana  menyapa  ramah.


“Urm…baik  dan  sihat  macam  you  tengok  sekarang.”

“Liana  siapa  ni?” Sinta  bertanya  hairan.


“Ini  bekas  tunang I. Nama  dia  Lukman. Yang  pakai  baju  pink ini  pula  teman  baiknya  Nizam,” Liana  memperkenalkan  kepada  Sinta. Sinta  tersenyum  memandang  mereka  berdua.

“Maaf, kalau  tak ada  apa-apa  kami  berdua  nak  pergi  makan. Hope  you  tak  kisah  kalau  kami  gerak  dulu,”

“Oh…okey. I  pun  nak  balik. Lagipun  buat  apa  berlama-lama kan?”  tutur Liana  dan  mengatur  langkah  ke  hadapan.


Nizam  terasa  jengkel  dengan  sikap Liana  yang  acuh  tak  acuh. Kalau  tak  mahu  menegur  bukan  jadi  masalah  pun. Mereka  pun  tidak  hairan  dengan  wanita  seperti  itu. ‘Hai  apa  punya  nasib. Sampai  sini  jumpa  pula  wanita  pembawa masalah,’


“Nizam,  kau  okey  ke  tak  ni?”


“Aku  okey  aja. Kenapa  kau  tanya  macam  tu?”


“Tak   ada  apa. Aku  pelik  aja. Tadi  elok  aja  kau  berbual  dengan  aku. Bila  nampak  minah  tu  kau  jadi  senyap  pula?”



“Aku  meluat  tengok  minah  tu. Aku  harap  kau  okey  dan  tidak  rasa  terganggu  dengan  kemunculan  dia  yang  tiba-tiba  tu  sudahlah.”


“Nizam, aku  okey  dan  baik-baik  ajalah. Yang  kau  nak  risau  buat  apa? Sheda  tu  kan  ada. Aku dah  tak  ingat  pada  dia  lagi.  Jadi  aku  dah  tak  hairan  dan  rasa  tergugat  pun,”


“Baguslah  kalau  macam tu.”


Sinta  agak  hairan.  Selama  dia  kenal  dengan  Liana  dia  tidak  pernah  tahu  kalau  gadis itu  pernah  bertunang. Apa  yang  dirahsiakan  dia  pun  tidak  tahu. Jejaka  bernama  Lukman  itu  terlihat  kacak  dan  baik. Tapi  kenapa  mereka  boleh  putus  dan  kenapa  Liana  lebih  memilih  Steve  berbanding  lelaki  itu. Perasaan  ingin  tahu  begitu  membuak-buak  dalam  hati  sanubarinya. Ingin  bertanya  dia  bimbang  Liana  akan  melenting. Akhirnya  pertanyaan  itu  cuma  berlegar-legar  dimindanya  saja.


“Along!! Boleh  tolong  tak?”

“Tolong  apa?”

Ada  sikit  duit  tak? ATM  kad  uda  tak  boleh  pakailah.  Uda  nak  keluarkan  duit  pun  tak  boleh,”


“Ada,  nanti  kejap,” Sheda  kemudian  berlalu  kedalam  bilik  untuk  mengambil  dompetnya. Note RM 50  dikeluarkan.


“Nah,  nanti  kalau  kad  dah  okey. Bayar  balik tau.”


“Alah, nak  kena  bayar  juga  ke?”


“Eh,  mestilah. Mana  boleh  free!”


Adiknya  cuma  tersenyum  dan  berjalan  masuk  ke  bilik. Sheda  memandang  bilik  ayahnya  yang  masih  terkatup  rapat. Dari  tadi  ruang  tamu  itu  senyap  sunyi  dan  sepi. Ibunya  ada  di  dapur  sedang  menyediakan  sarapan  pagi. Sheda  melangkah  ke  dapur.


“Mak  senyap  aja. Ayah  ada  dalam  bilik  atau  dah  keluar?”


“Ayah  kamu  dah  keluar  tadi.”  ucap  ibunya  pendek.


Sheda  hanya  menganguk  bagai  burung  belatuk. Kerusi  makan  di  tarik  lalu  melabuhkan  punggungya  di  situ. Cawan  di  atas  meja  di  tuang  dengan  air  teh  yang  sudah  siap  dibancuh. Lalu  cawan  yang  berisi  itu  di  sua  kemulutnya.  Sambil minum  Sheda  berfikir  tentang  apa  yang  akan  dia  lakukan  sebentar  lagi. Dia  tidak  betah  kalau  duduk  berlama-lama  tanpa  melakukan  sesuatu.


“Along,  nanti  lepas  ni  mak  dan  Cik  Ida  nak  keluar. Kamu  nak  ikut  sekali?” puan  Ross bertanya  lembut.



“Tak  mahu  lah,”


“Kalau  tak  mahu  tak  apa. Mak  mungkin  balik  lambat  sikit. Kalau  nak  keluar  jangan  lupa  bawa  kunci  rumah.”  puan  Ross  memberitahu  sambil  melabuhkan  punggung  di  kerusi  makan.


Selesai  makan  tengahari  Sheda  menolong  ibunya  menjemur  pakaian.  Adiknya  bongsunya  yang  bekerja  shift  malam  baru  saja  sampai  di  rumah. Sheda  melihat  adiknya  tersengih  sambil  menjinjit  beg  plastik.


“Yang  kau  tersengih  tu  kenapa  dik?”


“Saja  sengih  tak  boleh?”


“Boleh. Tapi,  macam  pelik  pula. Apa  yang  kau  beli  tu?” Sheda  bertanya  sambil  menjuihkan  bibirnya  ke  arah  beg  plastik.


Ala  long,  kau  cakap  sudahlah. Tak  payah  buat  muncung  macam  tu,”  ucap  adiknya  sambil  tergelak  dan  melangkah  masuk  ke  dalam  rumah.


‘Hish…, budak  ni  orang  tanya  dia  buat  dek,’  ucap  Sheda  sambil  berlari  ke  dalam.  Sampai  di dalam  belum  sempat  adiknnya  meletakkan  beg  plastik di  atas  meja. Beg  tersebut  sudah  dirampas  oleh  Sheda. Adiknya  cuma  menggelengkan  kepala.


“Hish…gelojoh  betul. Bukan  makanan  pun. Nah  makanan  ikan  adalah.  Sibuk  je,”  tutur  adiknya  sambil  mengunjukkan makanan  ikan  itu  pada  kakaknya.


“Nak? Makanlah. Tadi  nak  sangat,”


“Tak  naklah  ingat  apa  tadi. Makanan  ikan  buat  apa  akak  nak  makan. Kau  pergi  masuk  mandi  dulu. Lepas  mandi  sarapan, mak  ada  buat  mee  goreng  tadi,”


“Okey,  mak  nenek. Adik  pergi  mandi  dulu. Mak  mana?”


“Mak  ada  dalam  bilik  tu. Tengah  bersiap, kejap  lagi  mak  nak  keluar  dengan  cik  Ida.”


“Oh…,”  tuturnya  pendek  dan  melangkah  ke  biliknya.


Jam  sudah  menunjukkan  pukul  empat  petang. Rindu  pula  pada  buah  hatinya. Lukman  memegang  handphonenya  lama. Nizam  disebelah  hanya  memerhati. Dia  tahu  Lukman  rindu  pada  Sheda, maklumlah  dia  baru  saja  pulang  dari  menghadiri  Kursus  di  Seremban.


“Kau  kalau  rindu  call  sajalah. Yang  kau  tenung  dan  pegang  handphone tu  lama-lama  buat  apa?”

“Aku  takut  dia  marah  aku. Aku  terlupa  nak  beritahu  dia  waktu  aku  sampai  sini  pagi  tadi. Sekarang  dah  pukul  empat. Mengamuk  minah  tu nanti,”


“Ala  Sheda  tak  akan  marah  engkaulah. Kau  ingat  dia  tu  Liana  ke? Sheda  tu  orang  yang  memahami. Bukan  macam  minah  tu  asyik  nak  marah. Kita  saja  nak  faham  dia. Dia  tak  pernah  peduli  pun. Kalau  kau  rindu  dan  sayang dia  baik  kau  call. Kalau  susah  sangat  biar  aku  aja  yang  beritahu,”
“Okey  aku  call  dia  sekarang,  rindu  tau  tak  dapat  jumpa  dia  sebulan. Mau  gila  jadinya,”

“Dah  call ajelah!! Yang  kau  celoteh  lagi  ni  buat  apa !!”


Nizam  sudah  mula  bising. Tidak  faham,  kata  rindu.  Tapi,  rakannya  masih  asyik  bersembang  dengannya. Kalau  dilayan  alamat  tak  telefonlah  jawabnya.


Lukman  mendail  nombor  talian  Sheda  pantas. Hatinya  berdebar  bimbang  akan  dimarahi  Sheda. Kerana  dia  terlupa  akan  janjinya.


“Assalamualaikum…,”


“Waalaikumsalam…” jawab Sheda  lembut. Dia  tahu  Lukman  yang  menghubunginya.


“Sheda… Fizzi  minta  maaf  ya,”


“Minta  maaf??”

“Ya  minta  maaf. Sepatutnya  Fizzi  call Sheda  pagi  tadi. Tapi  baru  sekarang  teringat  nak  call. Maafkan  Fizzi  ya,”


“Oh..tak  mengapa. Yang  penting  Fizzi  dah  selamat  sampai.  Sekarang  Fizzi  dekat  mana?”

Ada  ni  keluar  dengan  Nizam. Makan  sekali  nak  tengok wayang. Sheda  tengah  buat  apa tu?”


“Tak  ada  buat  apa  pun.”


“Dah  makan?”

“Dah  tadi. Makan  mee goreng.” ucap  Sheda  ringkas.

“Sheda, Fizzi  nak  tanya  ni?”

“Tanya  apa?”

“Sheda rindu  Fizzi  tak?”

“Rindu!! urm…tak  pun,  Kenapa?”

“Sampai  hati…kiranya  Fizzi  jek  rindu. Sheda  tak  rindu?  Mana  aci  macam  ni?”

“Siapa  suruh  rindu  saya?” ucap  Sheda  mengusik.

Lukman  terdiam  lama. Mungkin  kecewa  dengan  jawapan  yang  diberikan. Sheda tahu  diam  Fizzi  itu mungkin  kerana  kecewa. Namun  dia  sengaja  buat  begitu. Bukan  apapun  sengaja  mengusik.


“Fizzi, lain  kali  jangan  tanya  soalan  macam  tu? Dah  tentulah  jawapannya saya  rindu  juga.  Orang gila   saja  yang  tak  rindu  Fizzi,”

Lukman  tersenyum  sumbing. Hatinya  berbunga  riang.


“Buat  kecut  perut  je. Manalah  tahu,  Fizzi  saja  yang  hidung  tak  mancung  pipi  tersorong-sorong  kan?”

Nizam  tergelak  sebaik  saja  ayat  itu  terkeluar  dari  mulut  temannya. Lukman  pantas  menoleh  dan  mengerutkan dahinya.


“Sheda,  nanti  FGizzi  call balik  ya?”


“Okey,” Setelah  memberikan  salam  talian  dimatikan.


“Ewah..,syok  betul  kau  gelak. Kau  dah  kenapa?Kena  sampuk  ya?”

“Tak  ada  kena  mengena  dengan  sampuk. Kelakar  bila  kau  cakap  hidung  tak  mancung  pipi  tersorong-sorong. Lagipun  cara  kau  mengayat..power  beb..hahaha,”


“Kurang  asam. Kau  kenakan  aku  ya?”


“Eh..mana  ada,”


“Jom kita  masuk  panggung. Tu, nombor  kita  dah  naik.”  beritahu  Lukman  sambil  menarik  temannya  pergi.




Sheda  tersenyum  apabila  mendapat  khabar  dari  Lukman. Hatinya  yang  rawan  kerana  rindukannya  sedikit  sebanyak  terubat  juga. Sengihannya  yang  panjang  membuatkan  adiknya  tersenyum. Kakaknya  itu  memang  sedang  diserang  penyakit  angau. Pada  matanya  Lukman  orang  yang  sangat  baik  dan  ambil  berat  akan  perihal  kakaknya. Dia  juga  tidak  terlalu  bimbang  kerana Lukman  adalah  lelaki  yang  sangat  matang.


“Kau  ni  long. Senyum  aja  dah  kenapa? Tak  betul  eh, meh  mana  wayar  yang  longgar. Adik  skrukan,”


“Hish..kau  ni  sibuk  jek. Abang  Fizzi  kirim  salam, dia  dah  balik  pun.”


“Oh…waalaikumsalam. Kiranya  dia  dah  baliklah ya. Patutlah  tersenyum  aja. Kalau  tak  muka tu  dah  macam  tapai  basi. Muncung aja, seri  pun  tak  ada.”

“Pandailah  kau  tu. Sekali  libas  baru  kau  tahu,”

“Badan  kecil. Ada  hati  nak  libas  adik. Sekali  kena  ‘sutt’ melabung  baru  tahu. Demam  sebulan  kak  long  oi,”


“Ya  lah. Malas  nak  layan  kau.”



Lepas  menonton  dan  makan  malam  Lukman  menghantar  Nizam  pulang  ke  rumah. Qaseh  isterinya  tiada  kerana  menghadiri  mesyuarat  penting di L.A. anak  mereka  Aurora Dahlia  pula  di  jaga  buat  sementara  oleh  ibu  Nizam  di  kampung.


Kepenatan  yang  bermaharajalela  telah  membuatkan  Lukman  malas  untuk  naik  ke  tinggkat  atas. Dia  ingin  melepaskan  lelah  sebentar. Punggungnya dilabuhkan  di  atas  sofa  sambil  jari-jemarinya  menekan  butang  televisyen.
Rambut  yang  berjutai  didahi  diraup  ke belakang. Penat  duduk Lukman  berbaring. Selang  lima  belas  minit  kemudian  ingatannya  menerawang  pada  enam  bulan  lalu. Sewaktu  dia  ingin  meluahkan  hasrat  tentang  isi  hatinya  kepada  Sheda.


“Awak  okey  ke  Fizzi?Saya  tengok  awak  macam  tak senang  duduk  aja?”  ucap  Sheda  ketika  mereka  sedang  menikmati  makan  malam  di  Restoran  Danga.


“Urm.., tak  ada  apa. Saya  okey  aja  ni,” ucap Lukman  gugup  mengimbangi  nada  bicaranya.

Ala..,  jangan  nak  tipu  saya  okey. Saya  tahu, mesti  ada  sesuatu  yang  awak  nak  cakap. Kalau  ada  apa-apa  awak  cakaplah.  Bukan  saya  makan  awak  pun,”

Lukman  hanya  diam  dan  memandang  ke  dalam  anak  mata  Sheda. Dia  tidak  tahu  bagaimana  cara  yang  terbaik  untuk  menyampaikan  hasratnya  itu. Lama  dia  akhirnya  Sheda  bersuara.

“Kalau  tak  mahu  story  tak  apa. Saya  tak  kisah  kalau  Fizzi  nak  cerita  nanti  Sheda  akan  jadi  pendengarnya  ya,”

Namun  jauh  di  sudut  hati. Sheda  dapat  merasakan  sesuatu. Namun  dia  hanya  diam  kerana  bimbang  jika  telahannya  itu  tidak  benar.


Selesai  makan  dan  sewaktu  berjalan  pulang. Lukman akhirnya  berbicara. Wajah  Sheda  di  amati.


“Sheda  sudi  tak  jika  awak  jadi  kekasih  saya?” ucapnya  perlahan  dan  lembut. Namun  ucapan  itu  masih  sampai  dipendengarannya.

Sheda  terdiam  lama. Dia  sudah  dapat  mengagak.


“Patutlah  Fizzi  tak  senang  duduk  tadi. Rupanya  nak  tanya  perkara  ni  ya?” ucap Sheda  sambil  tergelak  kecil.

“Sheda  janganlah  gelakkan  Fizzi. Fizzi  sebenarnya  malu  dan  bimbang  jika  Sheda  tolak  Fizzi  mentah-mentah,”  ucap  Lukman  lembut  sambil  tundung  memandang  jalan raya.
“Fizzi  nak  jawapan yang  mana  satu? Kena  reject  atau..”

“Tentulah  yang  lagi  satu. Tapi  kalau  Sheda  tak  sudi. Fizzi  tak  akan  paksa  mungkin  kita  tak  berjodoh  kot..” tuturnya  sayu.


“Hish…hati  sayu  pula  ni. Okey  jujur  ni…Sheda  pun  sebenarnya  suka. Tapi..”

“Tapi  apa?”


“Hish…sabarlah..gelojoh  betul?”  marah  Sheda. Lukman  hanya  tersengih. Hatinya  benar-benar  dipagut  resah.


“Tak  ada  apalah.”

“Sheda, jangan  lah  main-main. Fizzi  serius  ni!!”

“Nak  tahu  sangat  ke?”


Lukman  pantas  menganguk. Geram pun  ada. Tapi  dia  sabar  menanti  jawapan  itu. Harap  Sheda  tidak  mengecewakannya.


“Saya  sudi  terima  awak  Fizzi. Tapi  saya  harap  awak  tak  permainkan  perasaan  saya.”  ucap  Sheda  sambil  melangkah  kehadapan.

‘Hooreyy…,’  ucap  Lukman  sendiri.


“Terima  kasih  Sheda. Fizzi  janji  akan  menjaga  Sheda  dengan  baik. Fizzi juga  berjanji  tidak  akan  mengecewakan  Sheda  ya,”


“Fizzi  jangan  taburi  janji  itu  kepada  saya. Saya  tidak  suka. Saya  bimbang  jika  awak  tak  dapat  tunaikan  janji  awak  itu.”


“Sheda…, Fizzi  tidak  akan  lupa  pada  janji  Fizzi  percayalah.”


“Baik,  Sheda  pegang  janji  Fizzi. Tapi  ingat  jangan  kecewakan  Sheda  tau.”
“Baik tuan  puteri. Jom  Fizzi  hantar  balik. Nanti  mak  risau  pula.”


Lukman  tersenyum  sendiri. Dia  berharap  agar  janjinya  itu  akan  dia  tepati. Tidak  lama  selepas  itu, Lukman  bingkas  bangun  apabila  jam  menunjukkan  angka  sepuluh. Seiring  itu  dia  melangkah  ke  tingkat  atas  untuk  membersihkan  diri.

No comments:

Post a Comment

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...