“Qistina lari cepat,” beritahu Ikmal dan Sarah.
“Wei, sabarlah tunggu. Apahal nak suruh aku lari ni?” Marah Qistina.
“Cepatlah, Polis ada dekat luar. Mereka nak serbu premis ni. Cepat jangan terhegeh-hegeh. Kalau kena tangkap susah pula,” beritahu Sarah pantas. Sambil berlari ke arah pintu belakang.
‘Kenapa?? Bila aku nak berseronok, ada saja masalah,’ gumam Qistina di dalam hati. Mahu atau tidak, dia harus pergi dari situ. Dia tidak mahu kalau ahli keluarga serta suaminya tahu tentang hal ini.
“Cepat lah Qistina, lembab betul kau ni!” Jerkah Ikmal yang sudah berada jauh di hadapan.
“Sabarlah!! Kau tahu kan kasut aku ni tinggi. Baju ketat, macam mana nak lari laju?” Qistina sudah mula membebel. Di dalam hati dia sudah menyumpah-yumpah Ikmal. Kalau saja, dia tahu perkara itu akan terjadi, dia tidak sudi untuk mengikut Ikmal pada malam itu.
“Ini, semua kau punya pasal! Kalau aku tahu, aku duduk di rumah lagi baik,”marah Qistina sebaik saja sampai di tempat meletak kenderaan.
“Eh.., kau ni bisinglah Qistina. Mana kita orang tahu. Nasib baik sempat lari, kalau tidak habislah,” rungut Sarah pula.
“Dah.., jangan nak bising. Jom kita lepak mamak. Perut aku dah bekeroncong pula minta di isi,” beritahu Ikmal tiba-tiba.
“Urmm.. ok juga,” Qistina dan Sarah berkata serentak. Sejurus itu mereka bertiga masuk ke dalam perut kereta.
Di rumah Dewa Nur Adam setia menanti kepulangan isterinya. Di pandang arah jam dinding yang terletak molek di situ. Sudah pukul tiga pagi, bayang isterinya Qistina masih tidak kelihatan. Hatinya berdetik, bimbang jika apa-apa terjadi kepada isterinya. Perlahan Adam mendail nombor talian isterinya, tetapi seperti biasanya Qistina mematikan handphone. Penat menanti Adam duduk menonton DVD.
“Qistina, kau dengan suami kau dah okey ke?” Tanya Sarah setelah selesai memesan makanan.
“Arghh..,jangan cakap pasal dia boleh tak? Benci aku,” tutur Qistina kasar.
“Suami??” Tanya Ikhmal hairan.
Setahu dia Qistina masih bujang. Sarah yang tanpa sengaja bertanya, memandang Qistina yang kelihatan marah.
“Qistina betul ke?Apa yang aku dengar?Bila kau kahwin?Aku tak tahu pun?” Tanya Ikmal bertubi-tubi.
“Sarah, kau tengok! Ini semua kau punya pasal, sekarang Ikmal dah tahu,” marah Qistina.
Sarah tertunduk, dia tahu dia bersalah. Rahsia perkahwinan Qistina hanya dia yang tahu. Itupun kerana mereka sepupu. Jika tiada hubungan darah, tentu sekali rahsia itu tidak di ketahui.
“Wei.. Sarah, kenapa kau diam?Cakaplah?” Ikmal sudah mula bersuara lagi. Dia memandang tepat ke wajah Sarah yang terlihat keruh.
“Dah lama Qistina berkahwin, hampir enam bulan.” Beritahu Sarah perlahan.
“Apa?Enam bulan??Lama tu ! Kenapa aku tak tahu?” Tanya Ikmal penuh minat.
“Kau tak payah tahu. Sibuk saja!” Tempik Qistina.
“Marah pula, tenang okey. Aku cuma nak tahu saja. Kenapa kau emosi sangat ni?” Tanya Ikmal lembut.
“Sudahlah Ikmal, jangan tanya banyak sangat, nanti meletup pula minah ni” beritahu Sarah yang dipagut rasa bimbang.
“Sarah, kau tentu tahu siapa nama suami Qistina kan?Tentu dia kacak dan kaya,” tutur Ikmal sambil memandang wajah Qistina yang masam mencuka.
“Siapa nama suami kau?” Tanya Ikmal kepada Qistina.
“Entah, aku tak ingat,” jawab Qistina acuh tak acuh. Dia sungguh benci dengan pertanyaan itu.
Ikmal memandang Qistina, mahu ketawa pun ada. Mungkin hairan dengan jawapan yang diberikan. Selepas itu mata Ikmal dikalih dan tertuju kepada Sarah. Sarah tahu pasti Ikmal mengharapkan jawapan daripadanya.
“Namanya Dewa Nur Adam.” Tutur Sarah lembut tanpa memandang wajah Ikmal.
“Apa? Dewa Nur Adam?Hahaha..” Ikmal tergelak besar. Mungkin nama itu terlalu aneh bunyinya.
“Jadi, Dewa Nur Adam itu kiranya, Dewa penyelamat kau lah ya?” Sambung Ikmal lagi.
“Pasti, kes kahwin paksa kan ?” Tutur Ikmal selamba.
“Ikmal, kau boleh tutup cerita pasal aku tak?Pening aku dengar. Ni, kita datang nak makan atau bercerita perihal aku?” Marah Qistina nada bicaranya masih dapat dikawal.
Ikmal tersenyum meleret. Dari raut wajah Qistina yang sedia terpamer di hadapannya. Dia sudah tahu Qistina akan memuntahkan lahar apinya sebentar lagi. Ah, Ikmal tidak takut. Apa dia kisah?
Ikmal tanpa sengaja bertanya lagi. “Oh..tak apalah! Baguslah tu, yang penting ada juga orang nak kan kau yang berperangai liar ni. Pasti orangnya segakkan?” Oppss..habislah Ikmal! Berenanglah dia nanti dalam lahar api Qistina. Itulah, siapa suruh mulut tu ‘lancang’sangat.
“Hei..!! Aku dah cakap cukup. Kau tak reti bahasa ke?Nak tahu sangat?Mari aku cakap. Dia tidak kacak pun, selekeh, anak orang kampung. Namanya pelik. Apa lagi yang kau nak tahu hahh??” Jerkah Qistina lantang. Dia sudah berdiri dan ingin pergi. Sarah tahu Qistina marah. Pantas Sarah berdiri sambil memujuk Qistina lembut. Dia tidak mahu ada perkelahian di situ.
“Qistina sabarlah, Ikmal tak sengaja tu,” pujuk Sarah lembut. Qistina yang tadinya marah, duduk kembali.
Ikmal terkebil-kebil. Mungkin, terkejut dengan tindakan spontan Qistina. Dia tahu dia bersalah. Tetapi ciri-ciri yang di sebutkan, mengingatkan dia pada seseorang.
‘Ya, pemandu Qistina. Kalau dia tidak silap namanya Adam. Pemuda yang berasal dari Muar. Orangnya tidak kacak, kurus tinggi, tetapi mempunyai wajah yang cukup manis.’Ikmal tersenyum sendiri.
“Maafkan, aku Qistina.Tapi aku sudah tahu. Pasti Adam pemandu kau itu, suami kau” beritahu Ikmal lembut.
Terbeliak biji mata Qistina mulutnya sudah terbuka luas. “Mana kau tahu?” Tanya Qistina sambil menghirup sirap bandung digelas.
“Aku pernah berbual dengan pemandu kau tu. Lagi satu aku kenal dia sebab dia pernah tolong aku, sewaktu aku hampir disamun. Nama pemandu kau itu kan Adam. Bila Sarah dan kau beritahu ciri-cirinya automatik aku ingat dia. Maklum dia kan memang budak kampung. Orang Muar kan ? Tapi, kalau kau kata suami kau tu tak kacak. Macam satu kesilapan besar,” Ikmal berkata lancar.
“Kesilapan besar? Apa maksud kau?” Tanya Qistina sambil tergelak. Dia tahu dia tidak mungkin silap dalam menilai seseorang.
“Hello…kau terlupa sesuatu. Wajah laki kau tu manislah. Sekali dia senyum orang akan terpikat. Adam itu, kalau aku ubah penampilannya. Pasti dia akan nampak kacak dan berkarisma,” tutur Ikmal lagi sambil meneguk minumannya.
Qistina hanya mencebik. Dia tidak pernah meneliti atau membelek paras wajah Adam. Apa yang dia tahu, dia benci dan muak dengan lelaki itu. Di sebabkan rasa benci yang mendalam, mereka tidur di bilik berasingan. Memandang sebelah mata pun Qistina tidak sudi. Jikalau ada wanita yang ingin mendampingi suaminya, itu merupakan bonus untuk dia melarikan diri. Dia tidak akan pernah marah atau cemburu.
Berlainan dengan Sarah. Bagi Sarah, apa yang dikatakan Ikmal adalah benar.
Berlainan dengan Sarah. Bagi Sarah, apa yang dikatakan Ikmal adalah benar.
Adam memang tidak terlalu tampan, tetapi wajahnya manis. Mahu cair hati wanitanya apabila melihat senyuman itu. Belum lagi dengan sifat dan perwatakan Adam yang terlihat sempurna dimata Sarah. Adam adalah cici-ciri lelaki idaman Sarah. Hanya sepupunya Qistina yang buta dalam menilai Adam.
“What ever.., kalau dah namanya budak kampung. Kau buat apa pun, tetap akan nampak kampungnya. Ha.., Sarah kalau kau berkenan, kau ambil saja si Dewa Nur Adam tu. Tak payah aku nak hadap atau dengar bebelan dia. Buat sakit hati saja,” cebik Qistina.
“Nanti, kalau aku betul-betul ambil laki kau tu. Baru kau tahu. Mahu putih biji mata kau,” Sarah berkata lembut.
“Ambillah, tak ada maknanya putih biji mata aku.” Cabar Qistina.
“Ikmal dan Sarah hanya terdiam. Kalau dilayan Qistina akan mengamuk. Akhirnya mereka berdua hanya menggelengkan kepala. Sampai makanan yang dipesan mereka menjamu selera tanpa membicarakannya lagi.
Qistina tiba di rumah apabila jam menunjukkan empat pagi. Terjengkit-jingkit, Qistina masuk bagaikan seorang pencuri. Sewaktu ingin melangkah ke tingkat atas. Tidak semena-mena lampu ruang tamu menyala. Qistina kaku, dia panik, namun masih bisa mengimbanginya dengan rasa marah.
“Qistina, mana awak pergi? Sudah pukul empat pagi baru balik rumah. Saya bimbang, bila saya talifon, talian handphone awak matikan,” Adam berbicara lembut. Dia tahu isterinya itu tidak boleh di ajar dengan kekerasan. Hanya kesabaran dan kelembutan saja yang bisa melembutkan hati isterinya.
“Suka akulah!! Aku nak pergi mana?Kau itu siapa?? Nak sibuk urusan aku. Kau kena sedar diri, kau itu hanya pemandu,” marah Qistina, suaranya sudah mula meninggi.
“Qistina, saya bukan hanya pemandu, tetapi saya juga suami awak,” beritahu Adam lagi.
Buntang biji mata Qistina apabila Adam berani menggunakan perkataan suami. Dia tidak boleh menerima perkara itu. Kalau dia tidak berfikir tentang badannya yang keletihan itu. Pasti Adam sudah di cekik hingga mati. Biar hatinya puas. Qistina yang sememangnya bengang pantas menjerit lantang.
“Kau kena ingat!! Kau suami aku hanya di atas kertas. Sampai bila-bila pun kau hanya seorang pemandu. Faham!!! Jadi tak payah nak beritahu semua orang yang aku ini isteri kau,” bentak Qistina sambil membaling kasut ke arah Adam.
Adam diam dan mengelak dari terkena balingan. Dia sedar siapa dirinya. Dia hanyalah seorang pemandu dan dia tidak layak untuk bersama Qistina.
Adam masih ingat akan perjanjiannya dengan Qistina, sehari sebelum di nikahkan. Qistina meminta perkahwinan mereka dirahsiakan. Dia tidak dibenarkan mengaku sebagai suami kepada Qistina di khalayak ramai kecuali, ahli keluargannya. Adam juga tidak dibenarkan menyentuh Qistina walaupun Qistina isterinya yang sah.
‘Ya, dia masih ingat perjanjian itu. Di sebabkan perkara itu, dia tidak pernah memberitahu status dirinya yang sebenar. Semua caci maki Qistina ditelan bulat-bulat, biar pun pahit dia terima semua dengan tenang dan rela hati. Dia mengotakan janji itu, hanya untuk Qistina. Malah sehingga sekarang para karyawan Qistina tidak tahu bahawa, Qistina bukan lagi wanita bujang melainkan bersuami.’
Adam menerima perjanjian itu dengan rela hati. Begitu juga dia menerima Qistina apa adanya, kerana Qistina adalah cinta pertamanya. Dato’ Razali bapa Qistina sudah banyak membantu keluargannya. Jadi apabila Dato’Razali meminta agar dia menjadi menantunya, dia terima dengan ikhlas, walaupun dia tahu Qistina tidak menyukainya. Namun tekadnya bulat, Qistina cintanya. ‘Ya dia mencintai Qistina di dalam diam’ hanya Qistina tidak tahu akan perkara itu.
Lama termenung, akhirnya kasut bewarna merah dikutip dan diletakan kembali di rak kasut. Kemudian Adam berjalan masuk ke kamarnya yang terletak bersebelahan bilik Qistina. Dari dalam kamarnya, dia melihat bilik isterinya terkatup rapat. Adam cuma menggeleng. Qistina terlalu degil dan susah di atur.
Tidak seperti selalu, pagi itu Qistina masih tidak turun untuk bersarapan. Adam yang sudah siap berpakaian menanti Qistina di ruang meja makan. Sarapan pagi sudah lama tersedia. Lama menanti, Adam menalifon Qistina. Talian tidak diangkat. Di cuba sekali lagi, namun masih tetap sama seperti tadi. Sampai akhirnya Adam melangkah kaki ke bilik Qistina.
Perlahan pintu kamar Qistina diketuk. Tiada sebarang jawapan dari pemilik. Lama berbuat begitu, Adam tekad untuk masuk ke dalam. Dia bimbang keadaan Qistina yang diam begitu. Dipulas tombol pintu lalu melangkah laju ke birai katil. Qistina yang masih dibaluti selimut masih tertidur pulas.
“Qistina bangun,” kejut Adam. Qistina masih begitu.
“Qistina bangun,” kejut Adam. Kali ini goyangannya lebih kuat dari sebelumnya.
Perlahan Qistina membuka matanya, dia kemudian duduk dan mengeliat. Susuk tubuh Adam yang berada setengah inci darinya tidak di hiraukan. Mungkin tidak perasan akan kehadiran suaminya di sisi .
“Bangun pun, sudahlah pergi mandi dan bersiap, saya nak hantar awak ke pejabat.”
“Hey.., bila masa kau ada dekat sini? Siapa benarkan kau masuk ??” Jerkah Qistina kasar.
Adam hanya merenung wajah Qistina, dia tersenyum lembut. Tidak di jawab pertanyaan itu. Qistina yang sememangnya benci melihat Adam, segera menolak tubuh Adam dengan kasar.
“Kau senyum-senyum ni dah kenapa? Keluar!!” Arah Qistina. Adam yang masih lagi tersenyum meleret, hanya menuruti perintah.
Selesai sarapan Adam seperti biasa dengan tugasnya menghantar Qistina ke pejabat. Qistina yang masih marah, tidak mahu di hantar ke pejabat oleh Adam. Malah memandu sendiri ke pejabat dengan kereta Audi Sport miliknya. Adam hanya diam, jika di larang marah Qistina akan bertambah panjang.
Tidak lama kemuadian, Adam menerima panggilan dari pejabat mertuanya. Pantas panggilan itu dijawab.
“Assalamualaikum…ayah.”
“Waaalaikum salam.. Kamu di mana sekarang?”
“Ada di rumah ni,” jawab Adam ringkas.
“Ayah nak kamu datang ke pejabat sekarang. Ada hal, yang ingin ayah bicarakan,” beritahu Dato’Razali.
“Baiklah, Adam datang ke sana sekarang.”
Tengahari itu ruang pejabat Pelangi Holding senyap dan sepi. Ketika melalui bilik Ikmal, Adam melihat Ikmal sibuk meneliti dokumen. Mungkin sedang meneliti laporan syarikat. Maklum Ikmal adalah Pengurus Pemasaran, manakala Sarah setiausaha Ikmal. ‘Qistina?’ Pula tidak sebumbung dengan mereka. Pejabat Qistina terletak di aras dua. Jadi Adam jarang-jarang naik ke aras tiga, yang menempatkan pejabat Dato’ Razali kecuali, Dato’ Razali ingin bertemunya.
“Selamat tengahari En Dewa,” tegur salah seorang pegawai di situ.
“ Selamat tengahari juga. Yuna Dato’ ada di dalam?” Tanya Adam.
“Ya ada, masuklah Dato’ dah lama tunggu” beritahu Yuna ramah.
Pintu pejabat Dato’ Razali di buka.
“Masuklah Adam. Kamu duduk di situ sebentar,” perintah mertuanya lembut. Perlahan Adam mengatur langkah menghampiri sofa yang di tempatkan di sebelah kanan.
“Yuna, sila bawa tiga cawan kopi ke dalam, dan minta En. Ikmal masuk ke bilik saya sekarang” Perintah Dato Razali melalui intercom.
Selang beberapa minit Ikmal masuk.
“Ikmal kamu juga duduk di situ sebentar ada perkara yang ingin saya bincangkan,” arahnya lagi.
Ikmal memandang Adam lalu tersenyum.
“Ikmal, Adam, kamu berdua tahu tak, kenapa saya panggil kamu?” Tanya Dato’ Razali sebaik saja dia mencecahkan punggung di sofa. Mereka berdua hanya menggelengkan kepala sebagai tanda tidak tahu.
“Begini, Saya hanya ingin beritahu kamu Adam. Mulai sekarang saya akan lucutkan jawatan kamu sebagai pemandu.”
“Tapi kenapa?” Tanya Adam.
“Ya Dato’, kenapa tiba-tiba. Rasa saya, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.” Terang Ikmal pula. Dia benar-benar keliru. ‘Bukan kah Adam itu menantunya?’
“Saya belum lagi habis bercakap. Saya bercadang untuk menjadikan Adam Pengarah Eksekutif di bahagian pemasaran,” terang Dato Razali tanpa selindung.
Ikmal hanya terdiam. Terkejut juga kerana dari pemandu melompat jadi Pengarah Eksekutif pula. Tapi Ikmal tidak sabar menanti kata-kata selanjutnya dari majikannya.
“Tapi Dato’…saya,” kata-kata itu tidak di habiskan.
“Tapi, apa Adam? Saya tidak mahu mendengar apa-apa alasan. Saya tahu kamu mampu dan saya juga tahu kamu itu graduan lulusan Universiti.”
“Mana Dato’ tahu?” Tanya Adam tiba-tiba.
“Dari mana, itu rahsia saya. Kamu Ikmal, saya mahu kamu beri penerangan dan tunjuk ajar kepada Adam mengenai semua urusan Syarikat. Berkuat kuasa dari sekarang.”
Ikmal hanya menganggukan kepala. Adam hanya tunduk diam membisu menolak tidak menerima pun tidak. Adam masih terkejut dengan penerangan itu sebentar tadi.
“Kamu jangan risau, saya tahu kamu boleh melakukannya dengan baik. Ikmal akan mengajar kamu. Satu lagi, saya mahu kamu tampil berbeza. Jangan sekali-kali kamu berpakaian macam pemandu,” beritahu Dato’ Razali.
“Sekarang kamu boleh pulang, dan siap sedia untuk ke pejabat esok,” arah mertuanya. Adam tersenyum kecil sambil meminta izin pulang.
“Kamu Ikmal, saya masih perlukan awak di sini.” Tegas kata-kata itu.
“Kamu pasti hairan dan tertanya-tanya siapa Adam sebenarnya kan?” Tanya Dato’ Razali lancar.
“Sebenarnya dia menantu saya, suami kepada Qistina.”
“Saya tahu Dato’,” terang Ikmal lembut. Dato’ Razali terkejut dengan pernyataan itu.
“Dari mana kamu tahu?”
“Sarah yang beritahu saya semalam. Sewaktu kami bertiga lepak di mamak.”
“Oh.., tapi Qistina benci padanya. Dia juga masih marahkan saya kerana menjodohkannya dengan Adam. Bukan apa, Qistina terlalu liar, kalau keluar selalu pulang lewat malam, joli sana sini, pergi disco, lagi di larang lagi dibuat. Pening kepala saya. Saya tak mahu Qistina rosak. Saya fikir, bila dia berkahwin dia akan berubah, namun makin galak perangainya. Kasihan Adam. Apa yang Adam lakukan ada saja yang tidak kena. Saya tahu Adam tersiksa jiwa dan batin nya. Namun bila saya tanya dia akan cakap dia bahagia bersama Qistina. Dia tipu, saya tahu itu.” rungut Dato’ Razali sambil meluahkan rasa hati yang lama tersimpan.
“Dari mana Dato’ tahu mereka tidak bahagia? Maaf jika pertanyaan saya itu sensitif,” tanya Ikmal.
“Saya tahu semuanya. Saya pasang orang untuk memerhatikan mereka.” Jawab Dato’ Razali jujur.
“Ikmal saya minta tolong kamu, buat masa ini biarlah perkara ini jadi rahsia. Saya tidak mahu kalau marah Qistina makin panjang. Biar perkara ini Qistina yang ungkapkan.” beritahunya lagi.
“Baiklah saya faham. Kalau tidak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” Pinta Ikmal. Dato’ Razali cuma menganguk.
Malam itu Ikmal duduk di rumah. Langkah kakinya tidak panjang seperti kebiasaan hari. Kata-kata majikannya masih berlegar-legar diminda. Rasa kasihan terhadap Adam mula menguasai diri. Benarkah Adam berbohong kepada dato’Razali? Jika itu benar, betapa Adam orang yang sangat mulia. Adam tidak mahu mengaibkan Qistina dengan menerangkan dan bercerita tentang keburukan isterinya.
Malam itu Ikmal tidur penuh dengan teka-teki yang bersarang diminda. Sarah pula terkejut dengan berita yang di sampai kan Ikmal petang itu. Adam akan bekerja sebumbung dengannya. Hatinya girang berbunga tak sabar menanti sinar pagi keesokan hari.
“Oi..kemas nampak?Nak ke mana?” Tanya Qistina mendatar.
“Saya nak ke pejabat,” beritahu Adam lembut.
“Ooo..,”
“Assalamualaikum..,” sapa seseorang dari luar rumah. Qistina meluru berjalan ke luar rumah untuk melihat.
“Waalaikumsalam.. ,pak Majid. Ada apa?” Tanya Qistina ramah. Dia mengenali pemandu ayahnya.
“Macam ni, pak Majid datang nak jemput Qistina dan En. Adam ke pejabat,” beritahu pak Majid.
“Kenapa mesti pak cik? Kan Adam yang biasa hantar saya,” tutur Qistina hairan.
“Qistina tak tahu ke? Mulai sekarang pak Majid akan menjadi pemandu Qistina dan juga Adam. Adam sudah di pecat dari menjadi pemandu,” beritahu pak Majid panjang lebar.
“Ooo..baiklah pak cik tunggu sekejap ya. Saya masuk dalam ambil tas.”
“Dah selesai sarapan ke belum?Cepat sikit pak Majid dah tunggu di luar,” tutur Qistina kasar.
“Sudah baru saja selesai. Baiklah..Urm..Qistina macam mana dengan pakaian saya, okey tak?” Tanya Adam lembut.
Qistina memandang dari atas ke bawah. Qistina tersenyum, rasa mahu ketawa pun ada bila melihat penampilan Adam pagi itu.
"Aku tengok okey aja. Sudahlah cepat nanti lambat pula,” kata Qistina sambil tertawa kecil.
"Aku tengok okey aja. Sudahlah cepat nanti lambat pula,” kata Qistina sambil tertawa kecil.
‘Ada pakai baju macam tu? Tak ada style langsung. Hai itulah nasib budak kampung yang baru masuk Bandar.’ gumam Qistina dalam hati.
Adam hanya terdiam .Tidak mengesyaki apa-apa tentang komen yang diberikan.
“Selamat pagi En Adam,” tegur Pak Majid sambil memandang Adam.
“Selamat pagi pak cik.”
Pagi itu para pekerja diperkenalkan kepada Adam selaku Pengarah Eksekutif Pemasaran yang baru. Sesi perkenalan itu diseliakan oleh Yuna. Ada di antara mereka yang tersenyum-senyum dan ada juga yang ketawa padanya. Namun itu tidak memberi kesan terhadap Adam. Adam hanya tersenyum sewaktu sesi itu dijalankan. Selesai sesi perkenalan mereka semua bersurai dan kembali menyiapkan kerja dimeja masing-masing. Ikmal dan Sarah yang baru tiba di pejabat sejurus majlis bersurai terkejut. Sarah memandang Adam dari atas ke bawah mahu tergelak pun ada, rasa kasihan pun ada. Tiba-tiba mereka terdengar suara orang tergelak kuat. Sarah dan Adam memandang. Ternyata suara itu datang dari Ikmal. Ikmal yang sedar diri di perhatikan segera mematikan tawanya.
“Maaf ..,” tutur Ikmal sambil menarik tangan Adam masuk ke pejabat. Sarah juga mengikuti.
“Maafkan saya En. Adam. Saya tak sengaja.” Terang Ikmal.
“Tak mengapa, saya tak kisah pun. Tapi apa yang awak gelakkan Ikmal?” Tanya Adam.
“Tak adalah, kenapa En Adam pakai baju macam ni?” Tanya Ikmal lembut.
“Ya lah Abang Adam, kenapa abang pakai baju macam ni?” Tanya Sarah pula.
“Kenapa salah ke?” Tanya Adam lembut. Dia rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
“Tak salah, cuma cara abang berpakaian aja yang pelik. Baju abang warna biru pastel, tiba-tiba tali leher warna merah belang-belang. Ni seluar abang pun senteng macam nak pergi ke sawah. Abang tu kan tinggi jadi kenapa pakai seluar senteng?Tu yang ada di kaki abang. Kenapa pergi pejabat pakai selipar jamban?” Terang Sarah panjang lebar.
Ikmal hanya mengiyakan segala penerangan Sarah. Adam yang mendengar pula terasa mahu pitam. Patutlah semua orang melihatnya semacam, rupanya cara pemakaiannya itu nampak pelik. ‘Sampai hati Qistina’gumamnya dalam hati.
“Nasib baik Dato' Razali tak ada. Kalau tidak pasti En Adam sudah kena marah. Qistina tak tegur Encik ke?” tanya Ikmal spontan.
“Saya ada tanya dia tadi, sebelum ke pejabat. Tapi katanya dah okey,” beritahu Adam lembut.
Ikmal dan Sarah berpandangan. Pada mata mereka Qistina memang sudah melampau. Apabila bertindak mempermalukan suami sendiri dikhalayak ramai. Perempuan macam apa itu.
“Tak apalah, besok saya akan ubah” kata Adam sayu.
“Okey, abaikan semua. Now, saya akan ajar dan terangkan mengenai urusan syarikat,” terang Ikmal sambil mengarahkan Sarah kembali ke tempatnya.
Adam tersenyum kemudian. Dia akan belajar sesuatu yang baru. Hatinya girang berbunga. Tidak sabar ingin mempelajari perkara baru.
“Ikmal teruk betul Qistina, mana boleh dia buat Adam macam tu!!” Marah Sarah .
“Entahlah, aku pun tak tahu, kasihan Adam. Kalau pun dia benci. Janganlah perlakukan sampai macam tu sekali,” sela Ikmal.
“Apa kata, petang ni kita bawa dia shopping. Kita belikan dia baju baru dan ubah penampilannya biar segalanya serba baru. Pokoknya Adam harus nampak berbeza dari hari ini,” beritahu Sarah kepada Ikmal.
“Ya, kita ubah dia dari mamat kampung kepada orang yang berkarisma, biar buntang biji mata Qistina tu” kata Ikmal pula.
“En. Adam boleh ikut saya keluar tak malam ni?” Tanya Ikmal lembut.
“Malam ni?Rasa macam tak boleh aja. Saya bimbangkan Qistina dirumah,”tutur Adam lembut.
‘Hai Qistina bertuah betul, perangai jahanam macam kau ni pun, boleh buat Adam ingat dan risaukan kau. Tapi kau apa tahu.’Bisik hati Ikmal.
“Ala En. Adam kita pergi sekejap aja ya, saya janji akan hantar Encik pulang sebelum 9.30 malam,” pujuk Ikmal lagi.
“Baiklah, tapi tak boleh lama tau.”
“Baik..,” jawab Sarah tiba-tiba. Entah bila dia terjengul di situ mereka juga tak tahu.
Seperti yang dirancang Ikmal dan Sarah membawa Adam ke pusat membeli belah. Sarah dan Ikmal banyak membantunya dalam menyuai padankan pakaian. Adam hanya mengikuti dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu dalam berfesyen. Rambut Adam yang panjang melepasi bahu di potong sedikit pendek. Potongan rambut ala Korea dipilih oleh Ikmal, yang sesuai dengan bentuk wajah Adam. Selepas semuanya selesai Ikmal menghantar Adam pulang .
Adam pulang dengan membawa banyak bungkusan beg pelbagai jenama ditangan. Ruang tamu terlihat terang. Perlahan Adam masuk kedalam rumah. Barang-barang yang di beli diletakkan di atas meja. Matanya melilau sekeliling mencari arah suara yang samar-samar kedengaran dari ruang keluarga. Adam melangkah kaki ke
‘Oh .. tidur rupanya patutlah diam saja.’ Adam berkata sendiri. Tv di matikan. Perlahan dan penuh hati-hati, Adam mencimpung tubuh Qistina yang sedang lena ke tingkat atas. Qistina dibaringkan di tempat pembaringan dan tubuh Qistina yang terdedah itu di selimut. Adam keluar dan masuk ke kamarnya, dia ingin mandi. Selesai mandi Adam turun dan mengoreng nasi. Perutnya yang lapar harus segera di isi.
Keesokan pagi, awal-awal lagi Adam sudah ke pejabat. Pakaian cukup rapi. Malah semua mata tertuju padanya.
“Wah!! Encik Adam, tampannya pagi ni,” tegur Yuna ramah.
“Terima kasih Yuna. Saya tak tampan mana pun maklum budak kampung,” tutur Adam merendah diri.
“Nanti sekejap, En. Adam jangan senyum.” Yuna berkata spontan
“Kenapa?”
“Saya takut jatuh hati pula. Maklum senyuman En Adam tu lain dari yang lain. Manis macam madu. Cair hati saya ni. Nasib baik saya isteri orang.” Yuna berkata sambil tersenyum malu.
“Hahaha .., ada-ada saja awak ni. Baiklah saya masuk ke pejabat dulu. Kalau Ikmal sampai beritahu saya ya,” pesan Adam sebelum berlalu.
“Wah!! Encik Adam macam ni lah baru macho.” tutur Ikmal sambil memandang paras wajah Adam dari atas ke bawah.
“Apapun terima kasih Ikmal, kalau tak kerana awak juga Sarah, pasti saya sudah di gelakkan lagi.”
“Pagi…,” sapa Sarah.
Sarah terkaku melihat penampilan Adam pagi itu. Di tenung dari atas ke bawah. Tampan sekali bila Adam, mengenakan kemeja kosong hijau lembut, dipadankan dengan tali leher hijau tua berjalur halus. Adam juga berseluar slack hitam, kali ini dia tidak lagi memakai seluar senteng. Gayanya tampak berbeza dari semalam.
“Apa yang kau tenung tu Sarah?” Tanya Ikmal.
“Tak ada apa. Abang Adam nampak tampan dan manis. Macam ni lah, baru gaya Pengarah Exsekutif,” tutur Sarah bersahaja.
Hari itu bayang Qistina tidak kelihatan mahupun dipejabat. Adam yang pulang awal dengan hasrat ingin menemui Qistina hampa. Qistina tidak ada di rumah. Selesai mandi, Adam menyiapkan makan malam. Menu malam itu adalah Ayam berlada dan kailan goreng ikan masin. Sengaja Adam masak untuk Qistina. Dia tahu itu makanan kesukaan isterinya.
Ting..tingg..tingg..
Adam terjaga di meja makan sebaik terdengar bunyi jam bendol. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Adam baru tersadar bahawa dia terlena di meja makan. Lauk di meja dipandang sepi. Rasa perutnya yang lapar, sudah menjadi kenyang apabila isteri yang di nanti tak kunjung tiba. Adam menyimpan kembali makanan di dalam peti sejuk. Siap semua Adam terdengar deruman enjin memasuki perkarangan rumah. Cepat-cepat Adam membuka pintu. Adam terkejut melihat keadaan Qistina berpakaian. Teramat seksi, seksa matanya melihat, belum lagi Qistina pulang dengan keadaan mabuk.
“Kau ni sibuk saja, tepilah,” Qistina berkata sambil menolak batang tubuh Adam.
Adam hanya beristifar di dalam hati. Terasa berbahang wajahnya apabila melihat Qistina begitu.
“Qistina awak nak jadi apa?? Ni.., awak pakai baju dah macam tak cukup kain kenapa? Nak kasi orang raba, pegang sana sini. Macam tu !!” Jerkah Adam matanya sudah bulat merenung tajam pada isterinya. Qistina hanya tersenyum dan tergelak.
“Marah nampak..!! Kau tu kena ingat, kau bukan siapa pada aku. Kau tu cuma lelaki bodoh yang buta mata hati. Jantan tak malu yang mahukan harta aku kan ?”
Panggg…. satu tamparan kuat singgah di pipi Qistina. Qistina jatuh tersunggkur di lantai. Lalu Qistina menyentuh pipinya yang terasa perit dek penampar yang di hadiahkan Adam. Rasa mabuk yang ada hilang entah kemana. Apa yang ada cuma rasa sakit yang terpalit di wajah dan dihati.
“Hey !!! Kenapa kau kurang ajar sangat hah!! mak bapak aku pun tak pernah tampar aku tau. Jantan tak guna,” jerit Qistina lantang.
“Ya, aku lelaki yang tak guna dan buta mata hati. Kau tahu kenapa aku tampar kau? Kerana alasan aku kukuh. Kau isteriku. Aku tak mahu kau rosak. Kalaupun kau benci pada aku. Jangan kau rosakkan hidup kau !!” Jerkah Adam suaranya sudah bergema ke isi rumah.
“Biarlah diri aku. Aku punya suka !!” Jerit Qistina .
“Kau ni, kenapa degil sangat??Malam ni kau ikut aku balik kampung,” arah Adam kasar.
“Kau nak balik? Kau balik seorang. Jangan kau nak bawa aku sekali. Aku tak sudi,” marah Qistina sambil berusaha bangun. Adam marah, dengan pantas dia menyeret Qistina dan mengunci pintu rumah.
“Hei !! Lepaslah aku. Kau nak bawa aku pergi mana?” Marah Qistina sambil menumbuk-numbuk dada Adam.
Adam hanya diam, tidak mempedulikan reaksi Qistina. Dia nekad membawa Qistina pulang ke kampungnya. Tubuh Qistina dimasuk ke dalam kereta secara paksa.
Qistina marah dan meronta-ronta ingin keluar. Pantas tangan kekar Adam menyambar Qistina sebelum Qistina melompat keluar.
“Qistina!!! Kau dah gila ya? Nak mati sangat ke? Apa mata kau dah buta, tak nampak lori balak tadi?” Marah Adam geram.
“Biarlah..biar aku mati. Aku benci tengok kau!!” jerit Qistina macam orang gila.
“Baik.. .,” Adam berkata ringkas sambil memandu laju. Qistina mula terasa pening dan loya. Mungkin kerana Adam memandu dengan sangat laju.
“Hey!! Kau dah gila ke?Kalau kau nak mati. Kau mati sorang-sorang jangan nak bawa aku sama. Aku nak hidup lama tahu!” Marah Qistina.
“Bukan kau yang nak mati sangat tadi? Sekarang panic, kenapa kau takut???” Tutur Adam bersahaja. Qistina menarik muka masam. Geram di hati hanya TUHAN saja yang tahu. Lama memandu sampai di tol Pagoh, Adam menoleh ke sebelah. Qistina sudah tertidur lena. Mungkin penat dan letih. Adam hanya diam, matanya tertuju dipipi Qistina yang berbirat merah bekas tamparannya. Hatinya terpalit rasa kesal dan bersalah.
‘Maafkan abang, abang tidak terniat pun untuk menyakiti Qistina. Abang sayang Qistina.’ gumam Adam sendiri.
“Assalamualaikum…,”Adam memberi salam .
“Waalaikumsalam.., Eh.. Dewa bila sampai. Kenapa tak beritahu kamu nak balik,” Puan Kasma ibu Adam berkata lembut.
“Tak ada apa, saja Dewa bagi kejutan. Boleh menyambut awal Ramadhan di sini,” beritahu Adam lembut sambil menyalami tangan ibunya.
“Mana Qistina?”
“Ada tu, dalam kereta dia tertidur. Mak tunggu sekejap. Dewa bawa dia masuk.”
Adam tanpa lengah membuka pintu kereta dan mencimpung tubuh Qistina. Qistina yang sudah di bawa masuk dibaringkan ke tilam. Puan Kasmah memandang Qistina lama.
“Kenapa isteri kamu pakai baju macam pergi ke club malam?”
“Memang dia dari sana . Balik rumah dalam keadaan mabuk pula. Mahu tak mahu Dewa nekad bawa dia pulang ke sini. Biar dia belajar jadi orang susah.”
Puan Kasmah hanya menggeleng. Dia tahu menantunya Qistina tidak betah dengan anaknya. Apatah lagi dia sudah di bawa pulang dengan paksa. Pasti Qistina akan banyak kerenahnya.
“Baiklah kamu pergi rehat dulu. Kamu pasti penat kan ?” Adam hanya diam dan menghela nafas.
“Mak ada tuala mandi?Adam nak mandi sekali solat subuh.” Tanya Adam.
“Hai datang tak bawa pakaian ke?”
Adam hanya angguk kepala.
“Ada tu dalam almari. Semua pakaian kamu ada kat situ. Cuma baju isteri kamu saja yang tak ada.”
“Tak apalah mak biar Qistina pakai baju mak saja.” Adam berkata lembut.
Qistina terjaga apabila wajahnya sudah di jamah sinar pagi. Perlahan dia bangun dan memandang sekeliling.Ya, itu rumah mertuanya. Rumah lelaki kampung yang sangat di benci.
“Adam..,Adam !!” Jerit Qistina lantang dan nyaring. Puan Kasmah yang leka menggoreng cucur. Teperanjat.
‘Apa sajalah budak Qistina ni.’ Rungut puan Kasmah sambil berjalan ke bilik.
“Kenapa ni? Pagi-pagi dah menjerit tak sayang suara ke??” Tanya puan Kasmah dengan nada menyindir.
“Mak, Adam mana?” Marah Qistina.
“Dewa tak ada. Dia pergi ke pasar sekejap. Kamu tu perempuan pakai baju macam ni dah kenapa?Apa dekat Johor Bahru tu dah tak cukup kain ke?” Sindir puan Kasmah geram. Qistina diam tidak berani menatap wajah mertuanya yang jelas sedang marah dan merenung tajam padanya. Lama terdiam akhirnya dia bersuara juga.
“Mak, maafkan Qistina. Oh ya..ada tuala mandi? Qistina nak mandi,” tanya Qistina lembut.
"Ha.., macam tukan bagus cakap elok-elok. Sejuk sikit hati mak ni. Kamu tunggu sini. Mak ambilkan,” kata puan Kasma sambil berlalu. Selang lima minit puan Kasmah kembali membawa pakaian dan tuala.
"Ha.., macam tu
“Baju kurung kedah dan kain batik? Mak Qistina tak tahu pakai kain batik. Tak ada baju t-Shirt atau seluar?” Tanya Qistina.
“Dalam rumah ni cuma kami berdua saja. Kamu lupa ke, suami kamu itu anak tunggal. Tak apa kamu pakai dulu nanti mak suruh bawa kamu ke Bandar cari baju,” beritahu puan Kasmah lembut.
Qistina siap berpakaian. Cuma masih memperbetulkan kain batik yang dipakai. Rasa mahu terlucut kain batik yang dipakai.
‘Kenapalah aku ni bodoh sangat. Pakai kain batik pun tak betul. Setiap lima minit kain asyik nak terlondeh.’gumam Qistina sendiri.
“Mak boleh minta tolong?Kain batik ni asyik londeh aja. Qistina tak tahu nak ikat macam mana.”Qistina bertanya setelah berputus asa.
“Itulah kamu ni. Pakai kain batik pun tak reti. Nah kamu ambil tali ni ikat buat macam tali pinggang biar kuat.”
“Mak, biar betul. Ini kan tali raffia.”
“Habis kamu cakap asyik londeh. Kamu ikatlah lagipun orang tak nampak kamu pakai tali tu, baju kamu tu labuh.”
“Baiklah.” Qistina mengambil lambat-lambat.
“Cuba kamu ikat mak nak tengok.”
“Ya Allah.., Qistina. Bukan macam tu. Mari sini mak betulkan,” arah puan Kasmah.
Qistina yang terdiam hanya menuruti. Dia tidak mahu bercakap banyak dengan mertuanya yang bermulut murai. Sekali mertuanya berkata, menusuk jauh dalam hati, kata-katanya berbisa bagaikan bisa ular.
“Mak, tu kereta ada kat luar. Kata mak dia pergi pasar,” Qistina berkata lembut.
“Dewa pergi naik basikal. Jalan dekat sini sempit, kalau dia bawa kereta kamu yang besar tu nanti bercalar, kamu menjerit pula. Lagipun kami ni orang kampung masih sedar diri Qistina,” jawab puan Kasmah lembut dan berbisa.
Qistina diam, dalam hati dia ingin pulang segera. Perlahan Qistina turun menuju kenderaannya dia ingin mengambil handphone.
“Assalamualaikum..,ayah”
“Waalaikumsalam..Qistina. Hai baru bangun ke?” Tanya Dato’ Razali.
“Bangun tidur? Sudah lama Qistina bangun. Ni .., Qistina nak beritahu ayah. Qistina tak masuk pejabat.” Beritahu Qistina lancar tapi mendatar.
“Ayah tahu. Adam sudah beritahu semuanya. Kamu ada di Muarkan?”
“Bila dia beritahu?”
“Subuh-subuh tadi dia sudah maklumkan pada ayah. Itulah kamu tu degil sangat, padan muka kamu. Kesudahan diheretnya kamu balik kampung. Well.., tak apa ayah bagi kamu cuti sebulan untuk membiasakan diri di situ ok” Dato’ Razali berkata lembut.
“Ayah sebulan??Tak mahu, Qistina akan paksa dia balik JB, Qistina tak mahu duduk sini.”
“Qistina, ayah tak boleh buat apa-apa. Semuanya di tangan suami kamu. Baiklah ayah ada mesyuarat penting pagi ini. Kamu jaga diri ya. Assalamualaikum..,”
‘Adam, kau ni memang nak kena siap kau.’ Marah Qistina.
Setengah jam kemudian Adam pulang membawa beg plastik di tangan. Beg plastik yang berisi ikan dan sayur-sayuran dibawa masuk ke dapur. Dia melihat Qistina sedang mencuci pinggan.Wajah Qistina masam mencuka. Adam tahu pasti ibunya yang meminta Qistina membantunya. Adam tersenyum kecil.
“Qistina, siap basuh pinggan kamu tolong mak kupas bawang. Ni mak dah siapkan bahan-bahannya,” beritahu puan Kasma.
“Ya.., mak” terkocoh-kocoh Qistina datang. Dipandang bahan-bahan diatas meja.
“Apa yang awak pandang?” Tanya Adam lembut.
“Sibuk aja, ada mata aku pandanglah. Aku tahu, kau nak ketawa kan aku betul tak?Ingat Qistina tak tahu buat kerja dapur. Tengok muka ni baik-baik, sungguhpun begitu aku tahu juga memasak. Cuma aku malas saja,” bentak Qistina.
“Qistina kamu kalau bercakap dengan suami, tak boleh lembut sikit ke?Ini tidak ber aku ber kau?Dewa tu suami, hormat sikit. Kalau dia tampar muka kamu lagi, baru kamu tahu langit tu tinggi atau rendah” bebel puan Kasmah tidak senang dengan cara Qistina berbicara.
Qistina terdiam, lupa yang dia berada di kampung. Tidak lama dari itu dia mencebik. Bulat matanya merenung Adam yang sedang tersenyum.
‘Siap kau mentang-mentang kau dekat sini, kau nak kenakan aku ya, tunggulah ada ubi ada batas, ada hari akan aku balas.’ Marah Qistina.
Makan tengahari sudah terhidang bau aroma masakan segera menerpa selera, Adam yang sememangnya merindui masakan kampung. Pucuk paku masak lemak, beserta cencaru bakar tak lupa juga sambal belacan menjadi hidangan tengahari itu. Qistina pula masih sibuk mencuci tangannya, bau belacan cuba dihilangkan. Namun tidak berjaya.
“Sudahlah Qistina, berapa lama kamu nak cuci tangan kamu tu. Habis sebotol pencuci pinggan kamu guna. Kalau berbotol sekali pun tak akan hilang bau belacan tu. Sudah mari duduk sini kita makan,” beritahu puan Kasma. Qistina menjeling Adam yang sudah berada dimeja makan. Adam pula seperti biasa tetap tenang dan bersahaja.
“Aik.., makan pun nak bawa sudu dan garpu. Sudah letak dekat tepi, kita orang melayu makan guna tangan. Lagipun kita makan bukan dekat hotel,” marah puan Kasma. Qistina masih diam. Hatinya memberontak hanya Adam saja yang tahu.
“Eh..,mak suruh bawa kau bawa aku pergi Bandar beli baju,” beritahu Qistina mendatar.
“Urm.., baiklah saya tahu, mak dah beritahu tadi. Jom kita pergi,” Adam mengajak Qistina.
“Sekarang ke?” Tanya Qistina bodoh.
“Ya..lah sekarang, kata nak beli baju. Jom saya bawa awak.”
“Kau ni gila apa? Aku ni pakai baju kurung, berkain batik nak pergi ke Bandar?Kau tak ada otak apa? Fikirlah malu aku!!” Marah Qistina tapi nada bicaranya perlahan bimbang mertuanya dengar.
Tanpa lengah Adam menarik tangan Qistina. Qistina terkejut dengan perlakuan spontan Adam.
“Hey.. ! Kau nak bawa aku pergi mana ni?” Tanya Qistina panik.
“Kita pergi rumah sebelah, minta pinjam pakaian. Anak pak Mail itu perempuan, badan lebih kurang kau aja. Nanti aku tanyakan,” kata Adam lembut. Qistina merungut tak sudah. Adam hanya membiarkan perlakuan Qistina yang asyik merungut.
“Assalamualaikum…, Hani” Adam memberi salam.
“Waalaikumsalam..Eh, abang Dewa. Bila abang sampai,” sapa gadis manis yang dipanggil Hani. Qistina menilik paras wajah gadis yang di rasakan cukup menawan.
“Abang baru sampai semalam,” jawab Adam pendek. Hani mengangguk dan memandang Qistina.
“Siapa ni abang?” Tanya Hani lembut. Raut wajahnya sudah bertukar. Mungkin cemburu dengan wanita yang di bawa Adam.
“Ini..majikan abang, Qistina namanya.”
“Oh..saya Hani,” Hani berkata sambil menghulurkan tangan. Salam disambut lambat oleh Qistina.
“Hani, abang nak minta tolong?”
“Apa dia abang cakaplah,” tanya Hani lembut.
“Boleh tak Hani pinjamkan T-shirt dan seluar untuk Qistina. Dia nak ke Bandar membeli pakaian. Rasa macam tak sesuai pula, bila berpakaian begini,” Adam berterus-terang. Qistina hanya memerhati mereka berdua. Hatinya benar dipalit rasa sakit.
“Oh.. boleh, nanti Hani ambilkan.Tunggu sekejap.” Hani berkata sambil berlalu masuk kedalam.
“Amboi, lembutnya bahasa. Berbual bukan main mesra. Apa kau lupa siapa aku? Siapa dia?” Tanya Qistina marah. Wajahnya memang sudah berubah kemerahan.
“Saya tahu awak majikan saya, saya juga ingat saya hanya pemandu awak sampai bila-bila. Awak nak tahu siapa dia?Dia bekas kekasih saya. Ada apa lagi yang awak nak tanya?Saya akan jawab.”
Buntang biji mata Qistina. Hatinya tiba-tiba bengkak menahan rasa sakit hati yang entah bila terbit. Cemburukah dia. Rasa perasaan itu tidak mungkin ada di dalam kamus hidup Qistina. Lantak, dia tak peduli kalau Hani mahukan Adam kembali. Dia ingan bebas. Dia benci Adam bukan sedikit malah bertambah benci.
Qistina membeli pakaian, bukan beberapa helai, malah boleh dikatakan borong. Adam pening melayan kerenah Qistina yang tah apa-apa. Namun di turutkan jua. Kakinya sudah lenguh berdiri dan mengambil keputusan untuk duduk di bangku luar.
“Adam, jom kita pergi minum, aku haus ni.” rengek Qistina tiba-tiba.
“Hai.. Dewa, Apa khabar?” Tanya seorang wanita yang lebih kurang usia Adam.
“Baik, Zakiah pula?”
“Saya baik saja. Siapa ni tak mahu kenalkan ke?” Tanya gadis itu lagi.
“Ini Qistina, majikan saya.”
“Oh..saya ingat isteri. Maknanya saya masih ada peluang untuk dapatkan awak, betul tak Dewa?” Tanya gadis itu meminta kepastian.
“Urm..entahlah..kalau ada jodoh adalah kot,” jawab Adam lembut dan mendatar. Dia malas mahu melayan Zakiah yang dari dulu asyik mengejarnya. Dia rimas. Qistina pantas menarik tangan Adam spontan. Dia benar-benar marah. Adam yang di tarik paksa terpinga-pinga.
“Kenapa dengan awak ni?” Tanya Adam sambil menarik kembali tangannya.
“Kenapa kau layan dia hah?? Mata kau tu letak kat mana. Aku ni ada disebelah, kau boleh layan perempuan kampung tu!!” Jerkah Qistina matanya sudah mencerlung tajam. Adam cuma tersenyum, entah kenapa Qistina nampak seperti orang cemburu.
“Awak marah ya?Kenapa mesti marah ? Saya kan cuma pemandu. Pemandu setia sampai bila-bila,” Adam berkata mengingati Qistina kembali. Qistina diam dia tahu. Ayat itu yang selalu dia tuturkan kepada Adam. ‘Pemandu’ arghh..hatinya sudah bertambah membara. Barang ditangan dilempar ke jalan dan berlari pergi meninggalkan Adam.
Adam hairan dengan sikap Qistina yang dirasakan aneh. Barang-barang yang dilempar segera dikutip. Adam kemudian berlari menuju tempat memakir kenderaan. Qistina tiada di situ.
‘Ah, sudah mana saja lah kamu ni Qistina’
‘Laki tak guna, ingat aku ni apa sampah. Dasar lelaki gatal, Adam aku benci kau!!!’ jerit Qistina di dalam hati.
Qistina pulang menaiki teksi, wajahnya yang sudah dibanjiri air mata segera dihapus. Pantas Qistina membayar tambang dan berlari masuk kedalam. Pintu kamar dihempas kuat. Puan Kasmah yang berada di dapur terkejut.
“Qistina kenapa ni?Buka pintu?” Pinta puan Kasma dia betul-betul risau. Dia pandang keluar tiada kereta di situ. Dia tahu Adam belum pulang. Baru puan Kasmah hendak berjalan keluar dia ternampak kereta memasuki perkarangan rumah.
“Dewa kenapa kamu tak balik sekali?Tu isteri kamu tu dah kenapa tutup pintu berkurung, mak cuma dengar suara dia menangis. Kamu bergaduh, atau kamu tampar dia lagi?”
“Mak, Dewa tampar Qistina tempohari bukan sengaja. Dewa sudah berjanji tak akan sakiti dia lagi. Tapi entahlah, dia asyik nak mengamuk saja.
“Sudah… pergilah pujuk dia,” arah puan Kasmah.
“Qistina, buka pintu ni” Adam berkata sambil mengetuk pintu.
“Pergilah! aku tak mahu tengok muka kau!!” Marah Qistina. Air mata yang baru kering jatuh kembali berguguran. Dia sungguh benci dengan perasaan itu. Perasaan yang membuat dia gila. Adam hanya diam, dia takut jika dipaksa Qistina akan berbuat nekad. Dia kemudian keluar dan duduk di pankin.
“Dewa, lusa kita sudah kita sudah berpuasa. Kamu akan menyambutnya di sini atau di Bandar bersama mertua kamu?”
“Dewa akan menyambutnya di sini, bersama mak juga Qistina. Dewa dah beritahu ayah perkara ini. Dia setuju saja, Oh iya ayah kata dia akan datang berhari raya bersama kita di sini nanti,” beritahu Adam lembut.
“Kamu termenung, sebab risaukan Qistina ya?”
“Ya, Dewa risaukan dia. Dewa juga sayang padanya. Mana mungkin Dewa lupa pada wanita yang sudah lama bertahta dihati,” beritahu Dewa. Di raup wajahnya perlahan, pandangan dilepas bersama-sama bayu petang yang baru saja berhembus.
Malam itu, Qistina tidak makan malam bersama mertua juga suaminya. Dia lebih senang duduk terperap di dalam bilik. Qistina menyisir rambut sambil melepaskan keluhan berat. Dia teringat kembali peristiwa pernikahannya dengan Adam yang berlangsung di pejabat Agama. Itu semua permintaannya. Rahsia perkahwinan juga adalah permintaannya. Hatinya benar diruntun pilu. Benarkah dia cemburu?benarkah dia bimbang jika Adam lelaki yang di benci itu pergi kepada wanita lain. Sanggupkah dia? Dia tidak mampu merungkai segala persoalan yang mula menjengah hati. Malam itu Qistina tidur tanpa perutnya di isi.
Pagi-pagi lagi Hani sudah datang menjenguk puan Kasmah juga Adam. Qistina yang terdengar suara orang ketawa menjenguk di sebalik langsir bilik. Hani sedang tertawa manja, begitu juga Adam. Entah apa yang mereka bualkan Qistina sendiri tidak tahu. Qistina menggigit bibir.
“Abang Dewa bila nak kahwin?” Tanya Hani tiba-tiba.
Qistina mendengar butir bicara mereka berdua, dan setia menanti jawapan yang akan terkeluar dari mulut Adam.
“Entahlah Hani, tak ada orang nak. Lagipun abang ni orang kampung. Kerja pun pemandu aja,” tutur Adam lembut dan tenang. Qistina diam membisu. Air mata sudah hampir jatuh. ‘Sampai hati kau Adam’ gumam Qistina sendiri.
“Abang kacak, dan baik. Pasti akan ada wanita yang menghargai abang. Hani yakin pasti ada,” Hani berkata lembut.
Adam hanya tunduk memandang permaidani.
‘Masih adakah? Wanita yang akan menghargainya, menerima dia apa adanya. Hal itu tidak mungkin terjadi. Qistina tidak menyukainya walau sedikit, hanya kebencian yang sentiasa terpamer di wajah Qistina.’
“Kenapa abang termenung?” Tanya Hani setelah melihat reaksi Adam.
“Tak ada apa-apa. Mudah-mudahan suatu hari nanti ya,” Adam berkata lembut sambil mempersilakan Hani untuk minum.
“Assalamualaikum..” Qistina memberi salam.
“Waalaikumsalam..Qistina masuk lah,” pelawa Hani lembut dan sopan.
“Saya datang nak pulangkan pakaian yang saya pinjam semalam,” terang Qistina sambil menghulurkan pakaian kepada Hani. Hani hanya tersenyum dan menyambutnya.
“Qistina, awak dah nak balik ke?boleh kita berbual sebentar.” pinta Hani tiba-tiba.
Qistina mengangguk dan tersenyum setuju dengan apa yang di pinta.
“Qistina kalau saya tanya, awak jangan marah ya?”
“Marah? kenapa mesti saya marah?”tanya Qistina kembali.
“Maaflah mungkin pertanyaan saya ini sensitif.” Ujar Hani lembut.
Qistina sudah mula di pagut resah. ‘pertanyaan apakah itu?’
“Qistina saya tahu apa status awak, saya juga tahu apa status abang Dewa. Kenapa harus dia perkenalkan awak sebagai majikan, dan bukannya isteri?”
Qistina terpempan rasa seperti ada batu besar yang menghempam di pundaknya.
“Dari mana awak tahu saya isterinya?” Tanya Qistina lambat dan perlahan tanpa menatap wajah gadis di sebelahnya.
“Saya tahu dari ibu abang Dewa. Apa makna semua ni? kenapa semua harus dirahsiakan?”
“Adakah Dewa tahu, bahawa awak sesungguhnya tahu rahsia ini?”Qistina bertanya sambil menatap wajah Hani yang lembut.
“Tak, abang Dewa tak tahu yang Hani tahu hal ini. Hani dah janji dengan ibu abang Dewa.”
“Saya yang minta mereka rahsiakan.”
“Tapi kenapa??”
“Sebab saya benci kan Adam, perkahwinan itu buat saya terseksa. Saya ingin bebas dan saya belum bersedia untuk menjadi isteri orang pada usia muda,” Qistina berkata lambat dan perlahan.
“Qistina muda lagi ke awak ni? Kalau tak silap saya umur awak sudah 28 tahun.Ya, mungkin muda untuk awak yang duduk di Bandar. Tidak macam kami di sini. Usia begitu mereka semua sudah bergelar anak dara tua,” sindir Hani.
“Saya tahu saya salah.Tapi awak tak tahu..” kata-kata itu tidak di habiskan kerana Hani pantas memotong.
“Awak tak cintakan dia? Tidak sayangkah awak pada pemuda yang berhati mulia itu?Apa kurangnya dia?Tidakkah awak takut kehilangan dia hanya kerana ego dan rasa benci awak yang cukup kuat itu?”
Qistina diam tidak menjawab, soalan bertubi-tubi yang di tujukan untuknya tidak mampu di jawab. Dia buntu. Air mata sudah mula bertakung di tubir mata. Hanya menanti untuk gugur.
“Qistina saya tahu kenapa awak diam. Awak cintakan dia kan?Usahlah awak sembunyikan perasaan itu lagi. Perasaan yang mula bersarang dalam hati, tika awak melihat saya dan abang Dewa. Saya tahu awak cemburu,” tutur Hani lembut.
Air mata mula berjurai .Qistina tunduk memandang debu pasir di bawah. Pantas dia menyeka air mata itu.
“Tidak! Saya tidak pernah cemburu. Saya tidak pernah cintakan dia. Saya benci dia,” beritahu Qistina.
“Qistina, jangan awak menipu diri. Mata awak tidak akan mampu berbohong, apatah lagi air mata yang sudah merembes di pipi. Saya tahu awak cemburu, awak sudah mempunyai rasa sayang padanya. Kenapa harus menipu? Tidak sakitkah hati dan perasaan awak bila menyimpan rasa cinta dalam diam? Qistina saya tahu rasa sakit itu seperti apa. Rasa sakit yang tidak dapat di gambarkan apabila orang yang di cintai, tidak tahu isi hati kita seperti apa. Qistina ini nasihat saya sebagai seorang rakan, yang rasanya tidak begitu penting. Jaga dan semailah cinta kamu untuknya. Jagalah ia dengan kasih sayang agar segar mewangi. Ingat tawan hatinya sebelum dia pergi jauh. Kelak awak akan menyesal.”
“Saya tahu, terima kasih atas nasihat awak. Tapi saya malu pada diri saya sendiri. Saya bimbang jika dia tidak mahu menerima saya” Qistina berkata sambil menangis hiba.
“Qistina saya tahu sifat abang Dewa seperti apa. Dia lelaki budiman. Pergi padanya sebelum terlambat. Sudahlah jangan menangis lagi okey, perempuan cantik macam awak kalau menangis nampak buruk tau.” Hani berkata sambil tergelak kecil.
Qistina rasa tenang seketika. Dia tidak sabar menunggu kepulangan Adam. Petang itu Qistina membuat popia hasil dari air tangannya. Dia sengaja membuatnya kerana dia tahu popia adalah makanan petang kesukaannya.
Puan Kasmah pening kepala dengan perlakuan Qistina yang asyik mundar-mandir. Belum lagi dia terkejut apabila, mentunya itu tiba-tiba bertanya apa makanan kesukaan Adam.Walaupun dia hairan, dia masih lagi memberitahu apa kesukaan Adam. Hati tuanya berbisik.
Qistina nampak Adam pulang menjinjit beg plastik. Qistina pantas menerpa dan mengambil beg plastik ditangan Adam. Adam terkejut, entah bila masa Qistina ada di sisinya, dia sendiri tak tahu.
“Awak, duduklah kita minum petang sama-sama. Saya ada buatkan popia goreng.” beritahu Qistina lembut.
Adam hanya mengikuti. Dipandang popia dan kopi panas di atas meja. Qistina menyuakan sekeping popia ke mulut Adam. Adam yang kebetulan giginya sakit menolak lembut pelawaan itu. Dia memang tidak boleh mengunyah makanan keras.Gusinya sedang bengkak.
Qistina berkecil hati, apabila niat baiknya di tolak mentah oleh Adam. Qistina meletakkan kembali piring kuih di tempat asal dan berlari masuk ke kamar. Adam hairan tapi kakinya pantas mengikuti Qistina.
‘Qistina menangis?Kenapa dia menangis?’ Adam berkata hairan.
“Qistina kenapa awak menangis?”
“Saya tahu saya bersalah, saya banyak dosa, kenapa awak menyingung perasaan saya,” Qistina berkata dalam tangis. Adam hairan.
“Menyinggung apanya?” Tanya Adam bodoh. Dia benar-benar lupa dengan perlakuannya sebentar tadi.
“Sudah!! saya tahu. Saya sedar siapa diri saya. Saya tak layak hidup dengan awak, dan saya tahu awak tak mungkin memaafkan saya.”
“Nanti dulu. Bukan awak yang patut cakap begitu. Kata -kata itu hanya sesuai untuk saya. Saya yang harus sedar diri, saya yang tidak sesuai hidup dengan awak. Maklum saya hanya pemandu dan akan jadi pemandu sampai bila-bila.”
“Tidak!! Tolong jangan cakap begitu. Awak bukan pemandu, awak suami saya.Ya, awak suami saya sampai bila-bila. Itupun kalau awak masih sudi menerima saya,” Qistina berkata sayu.
‘Tidak salah dengar kah aku?Apa benarkah semua kata-kata yang baru di ucapkan Qistina?Jika benar dia rasa sangat bersyukur.’
Adam berjalan merapati Qistina. Dagu Qistina di angkat .Wajah itu sudah dibanjiri oleh air mata.
“Betul ke, apa yang saya dengar sebentar tadi?” Tanya Adam lembut. Qistina hanya mengangguk dan memeluk Adam erat.
“Maafkan saya, dan tolong jangan pergi dari hidup saya,” rayu Qistina lagi.
“Saya tak akan tinggalkan awak, Awak wanita pertama yang saya cintai” bisik Adam lembut sambil membalas pelukan Qistina. Qistina berasa gembira.
“Betul? Abang janji?” Tanya Qistina sambil memandang Adam. Adam tersenyum dan mengangguk.
“Sejak bila pandai panggil saya Abang?” Tanya Adam tiba-tiba.
“Sejak saya jatuh cinta pada abang, dan abang adalah Dewa cinta saya,” Qistina berkata jujur.
Adam tersenyum senang. “Maafkan abang ya, abang bukan tak mahu makan popia tu. Sebenarnya gigi abang sakit, gusi bengkak jadi tak boleh nak makan kecuali makan makanan lembut” beritahu Adam tiba-tiba.
“Ooo.. kenapa tak cakap. Dan mana Qistina tahu abang sakit gigi.”
“Kalau abang beritahu tadi, tentu abang tak tahu yang Qistina sudah menerima abang kan.”
“ Boleh abang panggil Qistina, Qish ?Hehehe.. susahlah nak sebut nama panjang sangat” Adam berkata sambil tergelak.
“Boleh… Abang, Qish nak tanya. Abang sayang dan Cinta kan Qish tak?”Tanya Qistina manja.
“Qish, jujur abang katakan, abang dah lama jatuh cinta. Dari pertama kali kita bertemu, Abang dah lama menyukai Qish. Maksud abang, abang cinta Qish dalam diam. Hanya Qish yang tak tahu. Apapun kasih dan sayang abang hanya untuk Qish, isteri yang abang cintai. Qish pula macam mana?”
“Qish juga mencintai abang, entah sejak bila Qish sendiri tak tahu, apa yang Qish pasti. Qish rasa sakit hati, kecewa dan cemburu bila melihat abang beramah mesra dengan Hani dan Zakiah.”
“Hani?Zakiah? Kenapa pula?
“Kan abang pernah cakap yang Hani itu bekas kekasih abang,” tutur Qistina lembut.
“Oh.. abang ingat. Waktu tu, abang malas nak layan kerenah Qish yang tah apa-apa. Jadi abang cakap lah macam tu. Qish, Hani itu sebenarnya anak angkat mak, Kiranya adik angkat abang. Maklum mak nak sangat anak perempuan tapi tak ada rezeki. Zakiah pula hanya masa lalu. Cinta zaman monyet, dia menyukai abang sejak lama dulu.Cuma abang tidak tertarik padanya,” Adam berkata lembut.
“Terima kasih, kerana masih sudi menerima Qish.”
“Sama-sama sayang.”Adam berkata lembut sambil mencium pipi isterinya.
Qistina berasa sangat gembira. Suasana itu di rasakan sangat indah, mana tidaknya ini kali pertama dia berpuasa bersama suami serta mertuanya di kampung. Qistina bahagia, akhirnya ada sinar baru yang sudi datang, untuk bertamu di saat dia jauh tersesat.
‘Syukur kepada mu Ya Allah, di atas kurniamu pada ku.’ bisik hati Qistina.
“Sayang, besok ayah datang. Dia kirim salam” beritahu Adam .
“Berapa lama ayah dekat sini?” Tanya Qistina lembut.
“Katanyalima hari, sekali nak berhari raya bersama kita.”
“Berapa lama ayah dekat sini?” Tanya Qistina lembut.
“Katanya
“Hehehe bestnya tak sabar nak beritahu ayah.”
“Hahaha..sayang nak beritahu ayah apa?” Tanya Adam.
“Nak beritahu yang kita dah baik dan bahagialah.”
“Tak payah Qistina, ayah kamu dah tahu pun.” celah puan Kasmah.
“Siapa yang beritahu??” Mereka berkata serentak.
“Siapa lagi, mak lah..” beritahu puan Kasmah sambil tertawa. Adam dan Qistina juga tergelak mereka tidak menduga rahsia yang di simpan selama hampir sebulan. Telah diketahui Dato’ Razali. Rancangan istimewa yang mereka atur ternyata gagal.
Bagi puan Kasmah berita baik tidak harus di rahsiakan. Sebagai orang tua, dia berasa sangat gembira. Adam akhirnya mendapatkan cinta isterinya. Dia dan Dato’Razali hanya bersyukur dan menumpang gembira.Dia berdoa dan berharap rumahtangga anaknya kekal hingga ke akhir hayat.