HAI SEMUA SELAMAT PETANG...SAJA LYNN NAK SHARE LAGU NIE..SELAMAT MENDENGAR...DAN SANTAI OKEY...DA.. JUMPA LAGI NANTI..SALAM SAYANG... ;)
Thursday, 19 January 2012
Friday, 13 January 2012
Selesai Waktu makan...
Hai selamat petang semua apa khabar?Dah makan ke belum? Kalau u all belum makan, apa kata kalau u all semua try makan Portugis egg tart rasanya sedap dan mantap. Memang betul2 membuka selera. Hurm tadi Lynn dan rakan2 sekerja makan di Restoran Macau Ekspress. Sedap..tapi Lynn makan Portugis banana tart. Niat hati nak makan egg tapi dek kerana kehabisan..cekik je banana. Hahaha...nak tahu info pasal tart ni tak? Kalau nak sila baca di bawah ni :-
Tart kastard diperkenalkan di Hong Kong pada 1940-an oleh cha chaan teng. Ia, kemudian diperkenalkan di kedai kopi barat dan bakeri untuk bersaing dengan restauran dim sum, khususnya untuk yum cha. Sewaktu kebangkitan ekonomi zaman 1950-an dan 1960-an, Lu Yu mengambil pimpinan dengan tat telur kecil. Yang ironiknya, tat telur kecil kini adalah sebuah hidangan dim sum umum dan biasanya adalah lebih manis daripada yang dihidang di bakeri.
Satu teori mencadangkan tart telur Cina adalah penyesuaian tart Inggeris dengan intipati kastard. Guangdong telah lama berada rantaunya di China dengan hubungan yang paling kerap dengan Barat, khususnya Britain. Sebagai bekas tanah jajahan British, Hong Kong menggunakan sesetengah masakan British. Satu lagi teori mencadangkan bahawa tart telur berubah dari pastri tart telur Portugis yang lebih mirip, dikenali sebagai pastel de nata, mengembara ke Hong Kong melalui tanah jajahan Portugis Macau.
Gabenor yang terakhir Christopher Patten adalah seorang penggemar tart telur di Hong Kong.
Sumber dari encik wiki ;) sampai jumpa lagi...daa... ;)
Wednesday, 11 January 2012
Kenapa dengan konon2...(Asal-usulnya)
Hheeheh...hai semua apa khabar? Dan selamat petang.. Lynn nak tanya u all semua lah...kita selalu dengar org cakap or guna perkataan konon2 or konon2nya...heeheh lama juga tertanya2 sejak bila kita mula menggunakan perkataan tu.Dan siapa yg mula menggunakan perkataan tu? Lagi satu bila dekat sekolah kita belajar...tak pernah ada istilah konon-konon...melainkan umpamanya..hai konon-konon...tu bahasa bualan kan? kalau tulis esei alamat cikgu bulatkan besar2 guna pen merah tul tak...Apapun kalau korang semua tahu asal usul konon-konon tu beritahulah pada saya ni... ;)...
Perkataan yang selalu kita sebut adalah ayat seperti ini...
Kenapa dia pakai baju tu?
jawapan: Ala dia pakai baju tu bukannya apa, kononnya nak jadi superhero...
....korang ada idea tak nak ganti konon ni kepada perkataan lain?
Sampai di sini saja...ya..jangan marah tau dengan pertanyaan ni..maklum org tengah demam...hhehe ;)
Sekian salam sayang Shazlynn fazlynn..
Perkataan yang selalu kita sebut adalah ayat seperti ini...
Kenapa dia pakai baju tu?
jawapan: Ala dia pakai baju tu bukannya apa, kononnya nak jadi superhero...
....korang ada idea tak nak ganti konon ni kepada perkataan lain?
Sampai di sini saja...ya..jangan marah tau dengan pertanyaan ni..maklum org tengah demam...hhehe ;)
Sekian salam sayang Shazlynn fazlynn..
Sunday, 8 January 2012
Minum Petang
Hai assalamualaikum...semua...apa khabar? Dan selamat petang. Apa yang sedang anda lakukan di waktu petang...Lynn macam biasalah..tengah kerja ada ni di Jusco..hahahah...kerja dalam pasarayalah katakan..petang2 ahad ni cuci mata. tengok berbagai ragam pelanggan..Huuhuhu apapun Lynn rasa bersyukur sangat coz customer semua baik2 belaka.Kalau di rumah biasanya Lynn akan buat cucur ikan bilis atau goreng pisang. Minuman petang pula mesti nak kena ada Teh 0' kalau tak ada alamat tak lengkap rasanya.Anda pula????story lah sikit minuman atau menu makanan petang kegemaran anda. Don't lokek2 heheh..tak lah saja gurau. Ni pun ngah tunggu member ajak kuar break tak tahu lah nak minum petang di mana. Lynn masih berfikir. Kalau ada idea bak mai sini. Nanti Lynn pertimbangkan ya...
Saturday, 7 January 2012
Sejuta Luka Dihati-Bab 14
Bab 14
Sheda baru saja selesai menghubungi Lukman. Dari nada bicara Lukman, Sheda dapat rasakan yang Lukman memang sedang sakit. Dek kerana tidak mahu mengganggu masa rehat kekasihnya. Sheda memutuskan untuk menghubunginya semula pada esok hari.
Sheda memandang ruang tamu yang sunyi dan sepi. Adik-adiknya masih belum pulang dari tempat kerja. Jam sudah menunjukan angka 9.30 malam. Dengan langkah agak malas. Sheda berjalan menuju sofa untuk menonton televisyen. Jari runcingnya pantas menekan butang pada alat kawalan jauh untuk menonton.
Vrom…vrommm…
Sheda bangun dan menjenguk tingkap. Adik bongsunya sudah pulang. Sheda melihat adiknya membawa sesuatu di tangan.
“Along!! Tolong adik jap,” ucap adiknya sedikit kuat.
Sheda menarik wajah masam. Dia benar-benar malas. Dengan terpaksa, Sheda menghayunkan langkahnya ke muka pintu.
“Muka masam macam cencorot ni dah kenapa? Ni kes malaslah ya?”
“Memang akak tengah malas. Kau boleh panggil pula. Banyak ke barang sampai panggil akak?”
“Taklah banyak. Saja panggil along. Nak manja-manja pun tak boleh ke?”
“Tak boleh! Suka hati kau aja nak manja-manja. Tak malu betul.”
“Ala ngan adik berkira. Dengan Abang Lukman boleh pula,” ucap adiknya sambil membuka kasut.
Bulat biji mata Sheda apabila mendengar bait kata yang diucapkan oleh adiknya. Dengan pantas Sheda mencubit lengan adiknya.
“Aduh!! Sakitlah,” Marah adiknya.
“Padan muka!”
Sheda memandang bungkusan plastik yang diambil sebentar tadi. Sheda tersenyum seketika. Adiknya pula tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.
“Tersengih-sengih. Apa tunggu lagi. Pergilah rebus kerang tu. Uda nak makan jap lagi,”
Sheda dan Adiknya berpaling ke belakang. Entah dari mana dia, Tiba-tiba muncul di muka pintu.
“Bila kau balik?Tak dengar bunyi kereta pun?”
“Ala uda balik naik bas. Lepas tu jalan kaki. Memang along tak dengar. Along, cepatlah rebus kerang tu,” ucap uda sambil menghalakan muncung bibirnya kea rah beg plastik.
“Macamana kau tahu dalam ni ada kerang,” tanya Sheda hairan.
“Ala long. Uda uang kirim beli kerang bila adik balik kerja tadi. Tu yang baru sampai rumah,” tutur adiknya lembut sambil beredar ke dapur.
“Kalau kau yang kirim. Dah tentu kau yang nak makan kan . Jadi ada baiknya kalau uda yang rebus sendiri. Tak kuasa akak nak rebuskan. Macam tuan puteri pula dia,”
“Ala ! Tolonglah. Uda baru aja balik kerja. Penat ni,”
“ Okey..alasan banyak . Dah pergi masuk mandi. Akak rebuskan sekejap.” Ucapnya dan melangkah kaki ke dapur.
Di rumah Liana sudah tidak senang duduk. Sekejap-sekejap matanya di kalih ke arah jam dinding. Dia menanti Sinta pulang sejak jam 7.00 malam. Entah ke mana rakannya itu pergi dia sendiri tidak pasti. Apa yang dia tahu, dia menanti bukan kerana risaukan gadis itu. Hatinya masih marah dan geram dengan rakan serumahnya. Setelah penat mundar mandir, Liana kembali duduk di sofa. Hatinya menggerutu tidak keruan. Setengah jam kemuadian Liana terdengar bunyi enjin memasuki perkarangan rumah. Dengan pantas Liana bangun dan membuka pintu.
Sinta dapat melihat raut wajah Liana yang masam mencuka. Perasaan muak mula terbit dalam diri. Rakannya itu memang jenis manusia sombong. Tidak pernah mahu mengalah. Liana ibarat manusia yang tidak pernah membuat kesalahan. Perasaan menyampah terhadap perlakuan Liana sudah berbakul-bakul. Sinta mengambil tas tangan dan masuk ke dalam rumah tanpa memandang Liana. Liana yang sememangnya geram menutup daun pintu dengan kuat sebagai tanda protes.
“Woi!! Kau ingat aku ni tunggul ke?” jerit Liana sambil memaut lengan Sinta.
Sinta memandang dan merentap kembali lengannya.Dengan rasa meluat yang berbuku-buku. Sinta mencampakkan tas tangannya ke lantai.
“Kau ni dah kenapa?Sakit jiwa ke? Kalau dah sakit sangat aku hantar kau ke hospital jiwa nak tak?” ucap Sinta sinis.
“Wei!! Aku tak gila lah. Kau tu yang sombong sangat kenapa? Aku minta tolong kau ambil aku di pejabat kau tak mahu. Perangai kau jangan macam sial sangat lah oi!!” Maki Liana lagi.
Sinta menolak tubuh Liana pantas. Dan tolakan yang kuat itu menyebabkan Liana hampir tersungkur. Sinta sudah tidak dapat menahan diri dari memaki Liana. Gadis ini sudah melampau. Dia fikir dia hebat sangat.
“Woi! Perempuan, kau tu yang sombong dan kau tu juga yang sial. Bukan aku bangang!!. Kau ingat kau siapa nak arah aku. Kau ingat kau bayar gaji aku RM 10K nak perintah atau maki aku kalau aku tak dapat jemput kau pulang?Kau ingat kau tu siapa?Anak raja?Perangai kau tu mengalahkan pelacur tau?Tapi pelacur pun tak adalah tak beradap macam kau ni. Tak ada adap. Bodoh sombong. Sukahati nak cakap anak orang macam-macam. Macamlah bagus sangat?” Ucap Sinta bagai peluru berpandu.Meluah perasaan berbuku yang sudah lama tersimpan kemas.
Liana merenung tajam anak mata Sinta. Sudahlah Sinta sudah berani menolak batang tubuhnya. Dan Sinta berani membandingkan dirinya dengan pelacur.
“Kau jangan nak samakan aku dengan pelacur!Dia orang tu perempuan hina!! Aku ni wanita baik-baik,” ucap Liana nyaring sambil bercekak pinggang.
“Wanita baik-baik? Hey..tolonglah. Jangan jadi minah perasan. Kau tu tak layak tau. Perangai macam binawe ada hati kata wanita baik-baik. Macam aku katakan tadi? Pelacur pun lebih baik dari kau dan ada adap. Kau tu bukan elok perangai pun.”
“Kau…” pekik Liana.
“Kau..apa?? Kau tu dah tua.Sendiri Fikir. Kau jangan ingat aku diam bermakna aku suka setiap tingkah laku kau. Dan buat pengetahuan kau, aku dah muak dan loya tekak bila mengadap perangai kau yang kau rasa selalu betul. Kau alert perkataan ni okey. Aku menyampah, tahu? Ingat perkataan tu sampai mati faham!!” tengking Sinta dan berjalan masuk ke bilik tidur. Sejurus itu Sinta menghempaskan daun pintu.
Liana terkejut dia membaling kusyen kecil ke arah pintu bilik Sinta sambil menjerit kuat.
“Argh…pergi mampus lah kau!!”
Sinta dapat mendengar amukan Liana. Dia hanya tersenyum dan memekakkan telinga. Hatinya sungguh merasa puas. Liana harus tahu yang dia bukanlah wanita yang sangat penyabar.
Lukman tersenyum bila mengingati kata-kata Sheda. Sheda meminta dia agar menjaga dirinya dengan baik. Tutur kata Sheda membahagiakannya. Lebih bahagia lagi jika Sheda berada disampingnya. Apakan daya dia dan Sheda belum ada ikatan yang sah. Lukman mencapai handphone miliknya di tepi meja. Dia mendail nombor talian Nizam.
“Assalamualaikum..,” ucap Nizam sebaik saja melihat nombor talian Lukman dipaparan skrin.
“Waalaikumsalam, Kau dekat mana?Bising semacam saja.”
“Aku ada di airport. Baru saja jemput Qaseh balik dari L.A. Kau ni dah tak tahu nak berehat ke?” ucap Nizam.
“Oh…, baguslah kalau Qaseh dah balik. Tak adalah kau sunyi nanti. Aku sedang berehatlah ni. Saja call kau. Tak boleh ke?” tutur Lukman bersahaja.
“Boleh. Aku tak kisah pun. Qaseh ada, kau nak bercakap dengan dia?”
“Boleh juga,”
Nizam menghulurkan telefon kepada isterinya. Qaseh menyambutnya sambil tersenyum.
“Assalamualaikum..Lukman,”
“Waalaikumsalam. Apa khabar?”
“Aku baik dan sihat. Kau sakit ya?”
“Ya, aku tak sihat demam ni. Kau ni balik dari L.A. ada bawa buah tangan untuk aku tak?”
“Kau ni teruk betul. Sakit-sakit masih ingat buah tangan ya. Sudah tentu ada. Aku ada bawa untuk family aku, mertua dan juga kawan suami dan kawan aku. Aku mana boleh lupa. Susah nak pergi ke sana . Alang-alang dah pergi aku beli lah buah tangan sekali untuk bawa pulang ke Malaysia.”
“Bukan apa. Aku takut kau lupa aja. Okeylah.., aku pun tak mahu ganggu kau berdua. Kirim salam dengan Nizam ya.” ucap Lukman lembut. Setelah mendapat maklum balas dari Qaseh. Lukman mematikan talian.
Sudah seminggu Sinta tidak menegur Liana. Malam sejak dari kejadian itu. Sinta juga sudah jarang pulang ke rumah. Dia memang malas bertembung muka dengan Liana. Dan selama seminggu juga Liana menjeruk rasa dengan kekasihnya Steve. Alasan yang kerap diberikan adalah, dia sibuk dengan urusan perniagaannya. Kerana perasaan kasihnya. Liana mendiamkan diri. Dia bimbang jika Steve meninggalkannya jika dia terus mengongkong hidup kekasihnya itu. Selama itulah juga dia ke pejabat dengan menaiki teksi. Namun nasib baik keretanya sudah siap semalam. Jika tidak dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk ke Kuala Lumpur tanpa kenderaannya. Jika menaiki bas rasanya tidak sanggup.
“Assalamualaikum,” ucap Liana apabila mendengar suara Razak ditalian.
“Waalaikumsalam.”
“Razak, aku dah bank in payment. Nanti kau semak dalam akaun kau ya.”
“Oh..okey. Nanti aku semak. Macamana kereta kau? Okey tak? Kalau kau ada masalah bawa ke bengkel aku ya.”
“Buat masa ni okey. Tak ada masalah pun. Kalau dia buat hal aku bawa ke sana . Okeylah aku tak boleh lama ni. Kalau kau tak terima payment beritahu aku.”
“Okey.” ucap Razak. Selepas memberi salam Razak mematikan taliannya.
Liza duduk termenung di meja.Sheda dan Nizam memerhati tingkah Liza dari jauh. Mereka berdua jarang melihat Liza dalam keadaan murung. Entah apa yang difikirkan mereka sendiri tidak tahu. Dari pagi Liza banyak mendiamkan diri.
Nizam dan Sheda berjalan kea rah Liza. Bahu gadis itu di tepuk lembut. Liza tersenyum tawar.
“Apa yang awak fikir ni Liza. Dari pagi saya dan Sheda dok perhati. Awak diam saja lepas tu asyik termenung. Awak ada masalah?” tanya Nizam lembut.
“Hurm..” Liza membalas renungan Sheda kemudian majikannya.
“Liza, kau okey tak?” ucap Sheda pula.
“Saya okey saja. Cuma ada masalah dengan tunang saya..,”
“Masalah dengan tunang? Bukankah sebelum ni kau baik-baik saja?” tutur Sheda.
“Ya lah. Saya pun tak pernah dengar awak merungut tentang dia. Apa sudah jadi ni? Tiga bulan lagi awak akan nikah. Jangan buat main Liza?”
“Saya tak main-main. Dia tu..entahlah doktor. Pening kepala saya ni.”
“Cuba awak ceritakan pada kami,” tutur Nizam lembut.
“Nanti waktu lunch saya cerita ya. Sekarang elok doktor rawat pesakit dulu. Tu ada pesakit datang,” ucap Liza sambil menjuih bibir.
Sheda dan Nizam hanya mengangukan kepala. Nizam kemudian melangkah semula ke ruangannya.
Lukman agak sibuk di pejabat. Sudah agak lama dia tidak bertemu Sheda sejak dari dia demam tempohari. Entah apa khabar dia. Rasa rindu itu cuba dibendung dengan kesibukan di pejabat. Namun apakan daya. Rindunya sudah membuak-buak. Kadang dia rasa susah untuk memberi tumpuannya pada kerja.
‘Argh..tak boleh jadi ni. Malam ni, aku mesti jumpa Sheda,’ ucapnya sendiri.
“Macam itulah ceritanya. Saya macam tak percaya yang dia boleh buat macam tu pada saya,”ucap Liza sedih.
“Liza apapun awak kena siasat dulu.Jangan tuduh dia melulu. Kalau perkara itu tidak benar bagaimana?” Nizam meluahkan pendapatnya.
“Betul tu. Kalau perkara itu tidak benar. Kau akan menyesal nanti. Tanya dia baik-baik, manalah tahu wanita yang kau nampak tu, sepupunya ke? Kau tak tahu kan ?”
“Memang hati kita sakit. Tapi sekali sekala kau kena berfikiran positif. Aku tak rasa dia lelaki buaya,” luah Sheda pula.
Makanan yang dipesan Liza masih tidak dijamah. Nizam meminta Liza untuk makan. Namun Liza hanya diam menyepi. Apapun Nizam dan Sheda memberi laluan untuk Liza berfikir seketika.
“Hurm..baiklah. Saya akan tanya dia baik-baik. Saya harap dia akan berkata jujur.” Ucap Liza sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
“Hai.., ingat tak nak makan.” Ucap Sheda berseloroh.
“Hish..lapar ni. Dari semalam tak makan gara-gara aku mogok semalam,”
“Siapa suruh tak makan? Padan muka. Dah, habiskan makanan ni. Kalau tak cukup saya boleh orderkan lagi. Biar awak makan sampai muntah,” Nizam berkata sambil tertawa besar.
“Hish..doktor ingat saya ni tong sampah ke?Mana saya larat nak makan banyak-banyak.”Liza berkata sambil membulatkan matanya.
“Ni baru Liza yang saya kenal. Ceria aja. Apapun awak nampak tak lawa bila berwajah kecewa,”
“Ada ke orang yang berwajah cantik atau tampan ketika kecewa? Doktor ni bab mengarut memang nombor satu,” ucap Sheda spontan.
Liza hanya tergelak. Dia kemudian menghabiskan nasi goreng dipinggan. Nizam pula memanggil pelayan untuk membayar bil makanan.
Jam sudah menunjukan angka 8.00 malam. Sebentar lagi Lukman akan datang menjemputnya. Dia agak terkejut apabila Lukman menghubunginya petang tadi. Sheda yang sememangnya malas untuk keluar kerana kepenatan. Tidak sampai hati untuk menolak pelawaan kekasihnya. Maklum dia juga rindu bila sudah lama tidak bertemu.
Sheda melangkah ke ruang tamu. Dia duduk sebentar di situ sementara menunggu ketibaan Lukman. Adiknya memandang Sheda yang duduk memandang jam tangan. Dia dapat melihat keanggunan kakaknya yang mengenakan baju kebaya pendek potongan moden rona jingga. Rambut Sheda juga di sanggul rapi. Sheda yang perasan akan perlakuan adiknya tersenyum.
“Kenapa tengok macam tu?”
“Ala .., saja tengok tak boleh ke?”
“Okey.., ke? Akak rasa macam tak okey je?”
“Okey. Dah cantik pun.Tentu Abang Lukman terpegun nanti.”
“Pandai-pandai aja kau ni uda.”
“Tak percaya sudah. Along tengok apa Abang Lukman komen nanti. Lepas tu jangan lupa beritahu uda okey.”
Sheda terdengar bunyi kenderaan di hadapan rumahnya. Dia tahu Lukman sudah sampai. Adiknya hanya tersenyum. Dan berpesan agar tidak pulang lewat. Sheda hanya tersenyum. Selepas memakai kasut, Sheda mengatur langkah keluar rumah.Lukman yang melihat Sheda segera keluar untuk membuka pintu kereta. Sheda tersenyum simpul. Malu dengan tingkah Lukman yang bersahaja. Adiknya hanya tersengih memerhati dari depan pintu.
“Apalah Fizzi ni. Lain kali jangan buat macam tu. Saya malu,”
“Ala .., biarlah. Fizzi sayang Sheda. Tak salah kalau Fizzi nak buat macam tu,” ucap Lukman bersahaja.
“Hurm…lantak Fizzilah. Tapi lain kali jangan buat lagi okey. Itupun kalau Fizzi sayang Sheda.”
“Janganlah cakap macam tu. Okey Fizzi janji tak akan buat lagi. Tak mahu monyok. Tak ayu nanti,” usik Lukman.
Mereka sampai ke destinansi yang di tuju empat puluh minit kemudian. Sheda di bawa ke restoran sederhana mewah di pusat bandar. Sheda memandang Lukman yang sedang tersenyum.
“Jom.., kita masuk sekarang.”
“Fizzi tempah restoran ni ke?” ucap Sheda lembut. Dia bagai tidak percaya akan menjejakan kaki di restoran impiannya dan Liza.
“Yup, Fizzi minta Nizam tempahkan untuk kita petang tadi. Dia tak beritahu Sheda ke?”
Sheda hanya menggeleng sambil mengatur langkah mengekori Lukman.
Seorang pelayan wanita membawa mereka berdua ke meja yang di tempah. Lukman mempersila Sheda untuk duduk di hadapannya. Mereka berdua duduk sambil membelek menu yang terletak di atas meja.
“Sheda nak makan apa?”
“Tak tahu nak makan apa. Fizzi pilihkan untuk Sheda boleh?” ucapnya agak manja.
“Boleh. Apa salahnya.” Lima minit kemudian Lukman memesan makanan dan minuman yang di inginkan. Pelayan wanita tadi pula mengulangi menu makanan pilihan Lukman. Setelah berpuas hati. Pelayan tersebut mula beredar.
“Sheda, awak nampak cantik sangat malam ni.”
Wajah Sheda mula merona merah. Malu bila Lukman berkata demikian. Sheda merenung Lukman yang kelihatan tampan malam itu. Kemeja lengan panjang bewarna biru firus yang membaluti batang tubuh Lukman itu sangat bersesuaian dengan penampilannya. Rambutnya juga tersisir rapi. Lukman membalas renungan Sheda. Sheda yang sedang asyik memerhati, tersenyum malu apabila di sedari sepasang mata milik Lukman singgah pada raut wajahnya.
“Encik, jemput makan?” ucap pelayan kemudian beredar dari situ.
Tanpa mereka sedari sepasang mata bundar milik seorang wanita. Singgah di situ. Ada tatapan marah dari pandangannya. Liana sengaja datang untuk mengganggu suasana harmoni mereka. Hatinya berasa sakit. Sakit hatinya kerana sepanjang pertunangan mereka Lukman tidak pernah melayannya begitu. Bukan itu saja, Lukman juga tidak pernah membawa dia untuk makan malam di restoran ini.
Sambil makan Lukman dan Sheda berbual menceritakan perihal masing-masing. Namun suasana yang ceria serta damai itu di ganggu oleh wanita yang tidak sepatutnya berada di situ.
“Amboi!! bahagia betul you all berdua ni. Tak nak jemput I makan sekali ke?” ucap Liana sinis.
Bulat mata Lukman bila Liana tiba-tiba terpacak di sisi meja. Jiwanya benar-benar terganggu dengan kemunculan Liana secara tiba-tiba. Dia cukup tidak senang dengan kehadiran gadis itu. Kerana tidak mahu mengeruhkan suasana, Lukman memaniskan muka. Sheda pula hanya diam membisu. Dia juga terkejut dengan kehadiran Liana yang sama sekali tidak di duga.
“Hurm..awak buat apa di sini. Ada temu janji ke?” ucap Lukman sambil memandang sekeliling.
“You nak cari siapa? I memang ada temujanji dengan kawan. Kebetulan dia belum sampai. Meja I ada di sana . Tak sangka boleh jumpa you berdua di sini.” Liana berkata sambil menekan nada bicaranya. Serentak dengan itu Liana menghadiahkan jelingan tajam untuk Sheda.
Sheda buat tidak peduli. Dia memang tidak kisah apa yang wanita itu akan katakana padanya. Dia masih ingat adap dan sopan. Lagipun ini tempat orang. Tidak mungkin dia akan cari gaduh dengan wanita itu di sini.
“Liana, saya berharap sangat yang awak tidak ganggu kami malam ini. Kalau tiada apa saya rasa awak boleh beredar.” ucap Lukman mendatar.
“Sukahati akulah!!Nak pergi ke tidak. Yang kau nak halau aku ni kenapa?” herdik Liana tiba-tiba. Lukman terkedu bila mendengar jawapan spontan tersebut. Hatinya benar-benar marah.
“Liana, saya cakap dengan awak baik-baik yang awak menjerit ni kenapa?”
“Sukahati akulah nak jerit ke apa ke. Apa kau peduli. Mulut aku, aku punya suka. Kau nak cover line depan minah ni lah ya?” tutur Liana sambil menunjal kepala Sheda.
Sheda cukup pantang dengan manusia yang berani menunjal kepalanya. Tanpa ragu Sheda bangun sambil menghayunkan tangannya laju.
Panggg!!
Satu tamparan kuat singgah di pipi Liana. Liana terpempan seketika sambil menggosok pipinya. Wajah anak gadis berkulit kuning langsat itu berbirat merah.
“Awak ingat awak siapa? Nak tunjal-tunjal kepala saya?”
“Jangan awak ingat saya yang nampak sopan ni tidak jahat. Saya cukup pantang orang tunjal-tunjal kepala saya. Apa macam, sedap tak kena penampar? Kalau tak cukup, saya tambah lagi.” tutur Sheda dengan nada yang tinggi.
Lukman terpinga-pinga tidak menduga bahawa Sheda akan menampar Liana. Lukman juga tidak menduga bahawa Sheda akan berkata dengan nada yang tinggi. Sepanjang perkenalan mereka Lukman belum pernah melihat Sheda marah begitu.
“Fizzi, kita balik sekarang.”
“Tapi, makanan kita tak habis lagi.”
“Maaf, Sheda betul-betul dah hilang nafsu makan. Kita balik sekarang”
“Liana ni semua kau punya pasal. Lain kali jangan ganggu aku okey.”
“Pergi mampus dengan kau berdualah!!” jerit Liana kuat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”
Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...
-
Hi selamat petang semua ada diantara you all yang gemar menonton Telenovela dari Venuzuela or mexico atau lebih dikenali ...
-
Hi..semua selamat pagi...hehe..Lynn nak share telenovela Pasion Morena ni,untuk u all semua yang gemar menonton telenovela dari Amerika La...
-
Ha... ada sebuah lagu lama yang sangat menusuk jiwa. Lynn suka lagu ni sebab ada banyak maksud tersirat.. Kalau u all tahu..past...