Bab 13
Jam dinding sudah berdenting sebanyak tiga kali. Menunjukkan pukul 3.00 pagi. Liana tidak senang duduk kerana perutnya mula memulas. Dia berpusing ke kiri dan ke kanan untuk melegakan kesakitan. Namun usahanya sia-sia belaka. Kerana dek tidak tahan. Liana bangun untuk mencari minyak urut.
‘Hish..manalah minyak urut ni. Rasanya ada di sini.’ tutur Liana berang sambil membetulkan rambutnya yang agak serabai.
Walaupun Liana masih marah. Namun dia masih berusaha untuk mencari di setiap laci biliknya. Setelah penat mencari. Liana keluar menuju bilik Sinta.
“Sinta! Sinta!”
Suara Liana bersama ketukan pintu bilik yang agak kuat mengganggu tidurnya. Dengan langkah malas Sinta membuka pintu bilik.
“Ada apa?? Pagi-pagi buta kau dah kacau aku,”
“Aku nak tanya ni. Kau ada nampak minyak urut dalam bilik aku tak?”
Sinta menggosok-gosok matanya sebentar sambil mengingati sesuatu.
“Sinta, ada nampak tak? Termenung buat apa?”
“Kan minyak urut tu dah lama habis. Kau yang minta aku buangkan tempohari. Kau dah lupa ke?”
“Alamak!! Waktu aku sakit perut inilah minyak urut tak ada.”
“Kau nak buat apa dengan minyak tu? Perut kau sakit ke?”
“Ya lah. Sakit perut. Lagi tanya!! Aku tak boleh tidur dari tadi tau tak!” ucap Liana agak marah.
“Argh!! malas aku nak layan kau. Bodoh sombong betul,” tutur Sinta sambil menutup pintu bilik.
Liana agak terkejut dengan tingkah Sinta yang mendadak marah. Mungkin silap dia kerana lebih awal mengherdik Sinta. Apapun Liana akan meminta maaf pagi esok. Apa yang penting dia harus mencari altenatif untuk meredakan kesakitan.
Sinta bangun agak awal dari kebiasaanya. Dia juga bersiap dengan cepat kerana malas bertembung dengan Liana. Sebelum keluar dari rumah. Sinta dapat melihat Liana masih lagi tidur. Mungkin Liana terlupa menutup pintu. Setelah memastikan nkeadaan rumah agak kemas. Sinta kemudian keluar dan mengunci pintu untuk ke pejabat.
‘Malas aku nak kejutkan kau. Kalau nak pergi kerja pandailah kau bangun sendiri,’ rungut Sinta sambil menghidupkan enjin kereta.
Deruman enjin kereta Sinta mengejutkan Liana dari lamunan mimpi. Liana bangun terpisat-pisat memandang jam dinding. Sudah pukul lapan pagi.
‘Pukul lapan!! Mampus aku. Aduh!! Kenapa minah ni tak kejutkan aku.’ renggus Liana sambil berlari ke kamar mandi.
Awal pagi lagi. Lukman sudah tercegat di hadapan klinik. Nizam yang baru saja tiba agak terkejut. Entah angin apa yang telah melanda sahabatnya itu, dia sendiri tidak pasti. Nizam memakir kenderaan betul-betul di hadapan Lukman. Lukman menoleh dan tersenyum kembali.
“Hello bro!! Assalamualaikum..,” Sapa Nizam ramah. Sambil mengeluarkan kunci Klinik.
“Waalaikumsalam.., lewat kau sampai?”
“Mana ada lewat. Aku biasa sampai awal setengah jam sebelum waktu klinik mula beroperasi. Kau tu yang kenapa? Awal pagi dah terpacak dekat sini?”
“Aku tak sihatlah. Sebab itu aku datang ke sini,”
“Demam rindu kot!" Celah Liza tiba-tiba.
“Doktor, sorry lambat lima minit saya pergi sarapan tadi.”
“Tak mengapa, Saya pun ada kunci juga." beritahu Nizam lembut.
“Sheda mana Liza? Saya tak nampak dia pun,”
“Makwe sendiri tanya Liza pula buat apa? Dia cuti hari ni,”
“Oh.. aku terlupa." ucap Lukman ringkas.
“Lain kali hafal jadual kerja dia okey,”
“Liza, Mei Ling mana?”
“Entah. Kejap lagi sampai lah tu. Mungkin lambat sikit kot. Tak apa biar saya kemas sendiri dulu. Nanti kalau dia sampai biar dia siapkan benda lain dulu," beritahu Liza lembut dan teratur.
Nizam hanya menganguk dan mengarahkan Lukman untuk mengikutinya. Dengan langkah longlai Lukman masuk dan duduk menyandar di kerusi.
“Kau nak aku rawat kau sekarang ke?" ucap Nizam sambil tersenyum sumbing.
“Aku dah tak larat ni. Kalau kau boleh sekarang lah,”
“Aku tengok kau ni dah macam apa dah. Mari duduk sini aku semak tekanan darah kau dulu,”
“Tekanan darah okey. Suhu badan kau pula, Wow!! mantap. Tingginya 39 darjah. Kau demam ni. Tekak kau sakit tak?Cuba kau nganga kejap,”
Nizam dapat melihat keadaan tekak Lukman yang kemerahan. Sejurus itu Nizam menggelengkan kepala dan membuatkan Lukman mengerutkan wajah.
“Kenapa kau menggeleng?”
“Tak ada apa. Jangan risau sangat URTI aja ni. Maaf maksud aku kau cuma kena demam biasa saja. Nanti aku berikan kau ubat demam, antibiotic, dan juga ubat sakit tekak okey,”
“Nizam kau boleh berikan aku ubat selsema dan batuk tak? Manalah tahu lepas ni aku kena selsema pula. Tapi tanda-tanda aku akan dapat selsema dan batuk tu ada,”
“Okey boleh. Tapi kalau tak selsema atau batuk tak payah makan ubat tu.”
“Baik doktor Nizam.”
Nizam bangun sebentar sambil menyiapkan ubat untuk rakannya. Lukman pula duduk menanti sambil memandang CCTV. Dia tersenyum sendiri.
“Apa yang kau tenung?Lepastu tersenyum pula? Gila ya?”
“Tak ada apa. Tengok CCTV kau aja.” ucapnya sambil memandang Nizam yang memegang bungkusan plastik ditangan.
“Nah ambil. Ubat untuk kau,” ucapnya sambil menghulurkan bungkusan tersebut kepada sahabatnya.
“Berapa kos rawatan aku ni?”_ Lukman bertanya sambil melihat isi beg tersebut.
“Untuk kau aku charge seratus ringgit okey,”
Terjojol biji mata Lukmann sebaik saja mendengar harga kos rawatan yang sangat tinggi. Nizam yang sekadar mengusik, tergelak besar apabila melihat mata Lukman tidak berkelip.
“Wei kau ingat aku ni dah gila. Nak letak harga tinggi melambung. Larilah pesakit aku,” tuturnya bersahaja.
“Hish..,mahu pitam aku dengar. Habis berapa aku kena bayar ni,”
“Ala untuk sahabat baik aku ni. Aku berikan rawatan percuma saja. Aku tidak kenakan sebarang bayaran okey,”
“Terima kasih Nizam. Okey lah..aku balik dulu nak berehat. Sekejap lagi klinik kau di buka kan . Biar aku chow dulu. Anyway boleh berikan aku MC?”
“Boleh. Kau tunggu sekejap,”
Setelah siap, Nizam memberikan MC yang diminta oleh Lukman dan memberikannya. Sebelum Lukman keluar Nizam sempat berpesan agar sahabatnya itu mendapatkan rehat yang cukup.
“Lukman jangan lupa minum banyak air putih okey,”
Lukman tersenyum. Dan berjalan keluar klinik.
Sheda baru saja selesai mandi. Hari ini dia tinggal sendirian di rumah. Ibunya pulang ke kampung untuk bertemu dengan abangnya. Adik-adiknya pula awal pagi sudah bersiap untuk ke tempat kerja. Untuk menghilangkan rasa bosan, Sheda duduk bersila di hadapan almari buku untuk mencari resepi baru. Niat di hati ingin membuat pudding.
Alunan lagu dari telefon bimbitnya. Mematikan mood Sheda buat sementara. Sheda bangun untuk mengambil telefon bimbit di atas meja kopi. Sheda melihat skrin dan tersenyum.
“Ya.. ada apa, boss call saya ni. Staff tak cukup ke?" ucap Sheda pantas.
“Tak adalah. Saja nak call. Saya nak sampaikan pesanan untuk awak.”
“Pesanan!!”
“Ya, pesanan yang kekasih hati awak tu tak sihat.”
“Lah.., dia demam ke?”
“Ya. Awak jaga dia baik-baik tau," pesan Nizam.
“Tak mahu lah. Dia dah besar, pandailah dia jaga diri dia tu.”
“Teruk betul awak ni Sheda. Sampai hati awak. Nanti kalau dia dengar pasti dia merajuk,”
“Biar dia merajuk. Saya tak hairan pun,”
“Okeylah Sheda saya tak boleh cakap lama-lama ni. Ada pesakit. Jangan lupa jaga dia, bye. Assalamualaikum,”
Sheda diam selepas mematikan talian. Dalam hati dia turut risau dengan keadaan Lukman. Ingin telefon, dia bimbang jika mengganggu Lukman. Lama bermonolog, Sheda membuat keputusan untuk menghubunginya malam nanti. Apa yang pasti dia ingin membuat puding.
‘Hish..menyusahkan betul. Sudahnya aku tak boleh ke tempat kerja. Waktu macam ini lah kereta buat hal. Steve ni pun satu, orang call bukan nak angkat telefon. Siaplah kalau aku jumpa nanti.’ rungut Liana.
Liana memang agak berang kerana dia sudah bangun lewat pagi tadi. Apabila dia sudah bersedia untuk ke pejabat, kereta miliknya pula buat hal. Belum lagi pegawainya memarahinya kerana tidak datang bekerja. Di tambah lagi apabila kekasih hatinya juga tidak mengangkat panggilan telefon darinya.
Tidak tahu hendak berbuat apa. Liana menghubungi rakannya untuk
membantunya.
“Hello, Razak aku ni Liana. Kau boleh datang rumah aku tak?" ucap Liana pantas tanpa henti.
“Kalau ia pun berilah salam dulu. Main hembus saja,”
“Jangan marah. Aku terlupa.”
“Kau nak apa?”
“Kereta aku rosak. Boleh kau datang ambil kereta aku dan bawa ke bengkel kau tak?”
“Oh.., boleh. Nanti besok aku suruh pekerja aku datang.”
“Hari ni tak boleh ke?”
“Sorrylah, hari ni tak boleh. Kalau kau nak. Tunggu esok. Okey lah Liana aku tak boleh lama ni. Banyak kerja aku nak buat. Jumpa kau dekat bengkel esok,” ucap Razak lalu mematikan talian.
Liana menghela nafas. Menggelegak panas hatinya. Nampak gaya dia harus ke pejabat dengan menaiki teksi.
“Liana, lewat awak sampai pagi ni?” Tanya rakan sekerjanya.
“Ya, kereta saya rosak pula.”
Liana kemudian berjalan ke meja kerjanya dengan langkah malas. Bengkak sungguh hatinya pagi ini. Kerja yang tertunda semalam dipandang sepi. Tas tangan di letak disisi meja.
Sheda sedang sibuk menyelongkar dapur mencari tepung kastard. Puas mencari namun tidak juga jumpa. Sheda nekad akan keluar ke kedai. Sheda menutup pintu sebelum keluar dari rumah. Dengan hanya memakai pakaian yang ringkas dan berselipar jepun. Sheda meneruskan langkah dengan laju. Jika dia berjalan lambat rasa penat pula. Rumahnya agak jauh dari kedai.
“Amboi!! Anak dara ni. Jalan laju, nak ke mana?” Tegur makcik Munah.
“Mana ada laju. Saya nak ke kedai ni makcik.” Ucap Sheda sambil tersengih.
Makcik Munah hanya memerhati sambil tersenyum. Kemudian meneruskan kembali kerja menyiram bunga.
“Moi, kenapa awak punya muka itu macam?”
“Ala aunty, cuaca panas. Tengok muka saya pun sudah macam udang kena bakar,”
“Lain kali bawa paying tak kena panas mah..,"
“Saya malaslah. Aunty saya nak beli tepung kastard ada tak?”
“Ada . Awak mahu beli berapa banyak?”
“Dua saja cukup.” Ucap Sheda ringkas sambil matanya melilau ke kiri dan ke kanan.
Selang sepuluh minit aunty Lim kembali bersama barang yang diminta.
“Mau buat kuih ya?”
“Tak lah saya nak buat pudding kastard. Lama tak makan teringin pula.”
Setelah membayar harga tepung. Sheda berjalan pulang ke rumah.Tiba di rumah Sheda mengambil handphone miliknya di atas meja makan. Bimbang jika ada orang yang menghubunginya semasa ketiadaannya. Maklum dia terlupa membawanya tadi.
‘Ramai pula pesakit hari ni.’ ucap Nizam di dalam hati.
Nizam memandang Mei Ling yang agak sibuk. Tidak sampai hati membiarkan pekerjanya begitu. Nizam bangun dari duduknya dan berjalan menuju ruangan dispensary.
“Hish..Doktor buat apa ni? Biar saya saja yang buat,” tegah Mei Ling lembut.
“Tak apa saya kasihan tengok awak. Biar saya bantu. Saya ni tak zalim pun. Baik hati adalah,” ucap Nizam berseloroh.
Mei Ling ketawa dan berkata “Doktor memang teramatlah baik dan tidak zalim pun,”
Nizam tersenyum sambil tangannya pantas mengambil ubat yang diperlukan. Setelah siap semuanya Nizam memandang sekilas jam didinding. Matanya di kalih ke arah Mei Ling.
Mei Ling memandang hairan. "Kenapa doktor tening saya macam tu?”
“Awak tak perasan ke?”
“Perasan apa?”
“Kita tak makan lagilah. Jam pun dah pukul tiga petang.”
Mei Ling memandang jam dinding.
“Ya, betul tu. Patutlah perut saya lapar. Pesakit ramai sangat sampai tak perasan waktu rehat sudah berlalu.”
“Mei sementara tak ada orang ni lebih elok kalau awak keluar sebentar beli makanan.”
“Kalau pesakit datang nanti macamana?”
“Tak mengapa saya ada di sini. Saya kirim dengan awak sekali ya,”
“Boleh.Doktor nak pesan apa?”
“Saya nak awak belikan saya mee goreng mamak.”
Mei Ling mengangguk dan berlalu keluar.
Liana cuba menghubungi Steve beberapa kali namun tidak berjaya. Hatinya benar-benar membara. Jika jejaka itu ada di hadapannya sudah pasti jejaka itu akan menjadi mangsa amukannya.
'Hish...kemana saja mamat ni. Siap kalau aku jumpa nanti,' bentak Liana sendiri.
“Hello Sinta..,” ucap Liana lancar sebaik terdengar suara lunak Sinta ditalian.
“Erm...ada apa?”
“Petang nanti boleh jemput aku di pejabat tak?”
“Sorry tak boleh. Dan aku rasa tak sempat nak ambil kau. Kau balik naik teksi ya,”
“Tapi kenapa?”
“Dah aku kata tak sempat. Kau tak faham ke?Atau nak aku cakap jepun baru faham!! Aku ada temujanji hari ni,”
“Tapi..” belum sempat Liana meneruskan kata-kata Liana terdengar talian dimatikan.
‘Kurang ajar betul. Ingat aku ni apa,’ pekik Liana berang.
Semua mata terumpu padanya apabila mendengar pekikan Liana yang agak kuat. Liana hanya tersengih dan menyambung kembali tugasnya.
Liza sudah tidak berdaya lagi. Hari ini dia pulang awal ke rumah sebaik saja Nizam mendapati dirinya itu demam.Nizam memberikan cuti selama dua hari.Liza lega dan senang hati dengan cuti yang diberikan.Namun dia juga kasihan pada Mei Ling yang terpaksa bekerja sendirian.
Apapun Liza berterima kasih kepada Mei Ling yang tidak merasa keberatan dengan keputusan majikannya. Dia bangga kerana gadis cina itu jenis orang yang bertolak ansur.
Akhirnya Liza tersenyum sendiri.