Monday 26 September 2011

Opps!! Belanja Lagi??- BAB3

Bab 3





Lynn,  kau  nampak kasut aku  tak?” Tanya Mahani dari arah depan.

“Kasut? Kasut  mana  satu?”Aku bertanya  sambil berjalan  ke depan.

“Yang  warna  cream.”

“Bukan ke,  kau  biasa  letak dalam kereta?”

“Aku  dah  tengok  tadi. Tapi  tak ada,” Mahani berkata  sambil  menyelongkar rak  kasut.

“Ani, kau  selongkar  macamana pun, tetap  tak ada. Bila  last  kau  pakai  kasut  tu?”

Mahani  memandang aku dan berteriak tiba-tiba.

“OMG, kasut tu  tertinggal  dirumah mak  aku  lah,” Mahani  berkata  sambil menepuk 

dahi. Air  mukanya  sudah  berubah  muram.

“Kenapa  ni?Muram  pula?Penting  sangat  ke  kasut  kau tu?”

“Pentinglah. Hish…, bila  aku nak guna  ada saja  halangan.”

“Tak  akan,  kau  nak pakai  kasut tu dengan  baju  macam  ni.”

“Hoi.., kau  gila  apa?? Tak akan  aku nak pakai  kasut  tu dengan  baju  tidur  ni  pula,” marah  Mahani  sambil  bercekak  pinggang.

“Manalah  tahu, buang tabiat  pagi-pagi,” ucapku  sambil menyuap  roti  ke dalam mulut.

“Habis, kau nak  padankan kasut  tu  dengan  baju  apa?”

“Aku  nak padankan  dengan  baju…, Kejap  aku  ambil.”

Tidak  lama  kemudian, Mahani keluar bersama  baju  kebaya merah  hati. Baju  kebaya 

labuh  berpotongan  moden itu  sangat  menarik. Aku  sendiri  tidak  pernah melihat 

Mahani  mengenakan kebaya  itu  sebelumnya.


“Cantik  tak? Aku  nak  pakai kasut  tu, dengan  baju  ni.”

“Baju  ni  memang  sangat  cantik. Sesuai dengan kau. Okey  macam ni, kau  pakai  aja  kasut  aku. Kau  tunggu  sini  aku  ambilkan ya.”

Aku  melangkah  masuk  ke dalam  bilik dan  mengambil kotak kasut  yang  dimaksudkan.

“Nah, yang  ni  padan dengan  baju kau,”aku  berkata  sambil mengeluarkan kasut 
bewarna  krim. Kasut  itu  dihiasi batu  Kristal. Mahani  yang  melihatnya  berasa  kagum.

“Ya ALLAH, cantiknya!! Aku  tak  pernah  nampak  pun?”

“Dah  seminggu  aku beli.Aku  pun  tak pakai  lagi  kasut  ni. Nah ambil, sekarang pergi 

cuba  baju  tu,  dan  pakai dengan  kasut  ni. Biar  aku  tengok.  Mesti  cun  habis.”

“Mahani  mengambil  dan  mencubanya. Saiz  kasut  Mahani  dan  aku  sama. Jadi,  tiada masalah  bagiku untuk meminjamkan  padanya.

Sepuluh  minit  kemudian,

“Apa macam, okey  tak?” Tanya  Mahani sambil menggayakan kebaya, serta  kasut  seperti model-model di pentas peragaan.

“Okey, cantik dan  cun  habis. Tapi  rambut  kau  kena  pergi  sanggul.Wow!! pasti  mantap. By the  way  kau  nak  ke mana  dengan  pakaian  begini?”

“Aku  ada  jamuan  tahunan syarikat.Temanya  merah  krim dan merah hitam.”

“Bila?”

“Esok.”

“Urm..,okey. Tapi  ada  yang  kurang  ni…., Ha…  kau  kurang  tas  tangan.”

“Aku  tak  ada  lah  tas tangan  untuk  ke  parti.”

“Aku  ada, jap..,”

“Nah…ambil ni.” Tas  tangan  yang  diperbuat  daripada  baldu  dan  dihiasi lima  butir  k
ristal  bertukar  tangan. Mahani  mengambilnya  sambil  tersenyum senang.




‘Mana  aku  nak  pergi  hari  ni?Bosannya, sekarang  dah  pukul  1.00 petang. Mahani 

keluar  bersama  tunang  tersayang. Aku  di rumah  kebosanan  dan  kesunyian. Hai… 

apalah  nasib, boyfriend pun  tak ada.’aku  bersungut  sendiri. Aku  memandang  talifon  

yang  terletak  molek  di meja talifon. Dengan pantas  aku  mendail nombor  talian Salma.

Aku  berharap  dia  tidak  kemana-mana  hari  ni.

“Hello Assalamualaikum,” terdengar  suara  wanita  yang  amat  dikenali  memberi  salam.

“Waalaikumsalam.., Salma  aku  ni. Kau  free  tak  hari  ni? Jom  kita  keluar. Kita   tengok  wayang.”

“Hai Lynn, tak  pernah-pernah  kau  call aku  hari  minggu  ajak  aku  keluar. Buang 

tabiat  ke?Biasa  kalau  aku  ajak,  ada saja  alasan.” Terang Salma  sambil  tertawa.

“Alah..,banyak  cekadak  pula. Kredit  aku tak  banyak  ni. So..,nak  pergi  atau  tak?”

“Kredit tak banyak? Kau  call aku pakai  talifon  rumah  kan?”


“Hehehe.., sorry  aku  terlupa.”

“Okey, aku  jumpa  kau  kat  Jusco  pukul 3.00” Salma  memutuskan.


“Okey,  see you there.” aku  berkata  sambil tersenyum puas lalu  meletakan  gagang  kembali.


Masih  terlalu  awal untuk  bersiap.Sementara  menunggu jam 2.00 petang. Aku duduk 

menonton televisyen.Tiada rancangan  menarik  untuk  ditonton hari  ini. Bosan 

menonton TV3 aku  menukar  siaran Chanel 5.Ha.., rancangan drama  bersiri Filipina

kesukaan ku Tayong Talawar. Sedih  dan  emosi  kejap  bila heroin asyik  menangis  aja.

Siaran  tamat  tepat  pukul 2.00 petang.Tanpa  lengah aku menutup  televisyen dan 
berjalan  masuk  ke  kamar. Aku  harus  mandi  dan  bersiap.

“Selesai  mandi almari  pakaian  dibuka. Argh.., terlalu  banyak  koleksi  pakaian  yang 

tersedia. Aku  hanya perlu  memilih. Tapi  tak  semudah  yang  disangka. Aku ini 
cerewet. Bila  dah siap  berpakaian tiba-tiba mood  boleh berubah. Dah  tak  pasal-pasal 
kena  tukar baju  lagi. Kalau  sekali  tak  mengapa. Kalau  dah  berkali-kali  nak  jadi  apa?Mahu  jenuh  orang  menanti.

Kesudahannya aku  mencapai  jeans berjenama  Levis dan MNG T-shirt bewarna oren.Rambut  ku  yang  ikal dibiarkan lepas. Aku  mengenakan  solekan tipis. Setelah  berpuas  hati dengan  gaya dan  penampilanku. Aku  mencapai kasut bertumit  tinggi  bewarna  coklat  tua.



Salma  sudah  mundar  mandir di hadapan kafetaria  berhampiran  panggung. Aku  tahu 
aku terlewat. Dari  raut  wajah yang  terpamer, aku  dapat  menekanya.Salma  sedang 
marah padaku.

Huh…tak  mengapa, sebelum aku  datang  menyapa. Aku  harus menarik  nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan. Bila rasa  lega sedikit, aku berjalan  menghampiri  Salma.

“Amboi!! Lambat  sampai?Jenuh  aku  tunggu  kau,”marah Salma. Mukanya sudah  kemerahan  menahan  amarah.

‘Tenang Lynn, jangan  panik. Kau  mesti  pandai  pujuk  Salma.’Sambil tersenyum aku  menjawab.

Sorry, jangan  marah  ya. Nanti  cepat  tua. Senyum  sikit .Ala.., comel betul bila  kau 
marah  Salma,” ucapku  sambil mencuit  pipi  Salma  yang  gebu.

Salma  tertawa lucu, mungkin senang dengan  usikan ku  tadi. Akhirnya Salma  kembali 
normal. Raut  wajahnya  juga  berubah  lembut. Aku memang  pakar  memujuk. Tapi  tak 
semua  oranglah ya.

“Ewah, kalau  dah  buat salah pandai dia. Comel lah, cantik lah, ni, kenapa  datang
lambat?Janji pukul 3.00 ni  dah  pukul 3.30 petang. Setengah  jam tu. Sakit  jiwa aku.”


“Salma  macam  biasalah. Aku  lambat  sebab..”

“Sebab apa?? Lambat dapat  teksi atau tak  tahu  nak  pakai  baju  apa?”Laju Salma memotong  percakapan ku. Aku  terkedu  seketika sebelum  menjawab.

“Kedua-duanya betul. Kau memang  pandai cik Salma,” sambil  tertawa  malu.

“Bukan pandai. Siapalah  yang  tak  tahu  perangai  kau yang  satu  tu  Lynn.”

Seperti  biasa  aku  hanya tersenyum. Sambil mataku meneliti waktu  tayangan  untuk 
filem Thor  dan  beberapa  filem  terbaru  lain.

“Salma kita nak  tengok filem apa ni.”

“Ikut  kaulah. Kita  tengok  filem  pukul  4.00.Ada  cerita  apa  untuk  filem pukul 4.00?”

“Kalau  pukul  4.00 ada  dua filem  aja.Thor  dan  Blitz nak  tengok  mana  satu?”

“Salma  memutuskan untuk menonton  filem Blitz lakonan Jason Stanam.Setelah 

membayar harga  tiket, aku  dan Salma  pergi  ke bahagian  penjualan  snek.

Hai,  Salma memang  hantu  pop corn. Dia seorang  saja,  boleh  makan pop corn  bersaiz 
besar. Aku?? Aku tak  suka  makan  pop corn ataupun makan  di dalam  pawagam,
memang  aku  tak  pandai. Jadi aku  hanya membeli  minuman  saja.

“Salma, kalau kau  keluar  dengan  Lokman  tengok  wayang. Kau  beli  pop corn  juga  ke?”

Salma  hanya  angguk  dan  tersenyum.

“Tak  bosan dan jemu  ke?Makan  benda  yang  sama?”

“Tak pun. Sedaplah Lynn. Kau  tu  aja  yang  tak  pandai  makan. Bukan susah  pun. Mari

aku  ajar. Buka  mulut, masukan  pop corn, tutup  mulut, kunyah lepas tu  telan. Apa  
susah, betul tak?”

“Hish.., kau  ni. Itu  pun aku  tahu. Cuma  aku  tak  suka makan  benda  tu. Tekak 

gatallah.”

“Kau  memang  banyak  alasan. Cerewet  sangat. Itu  baru  pasal makan.Belum  lagi  tang   

baju. Entah-entah kau  ni  tak  ada  boyfriend  sebab cerewet  sangat. Lepas  tu  banyak 

sangat  alasan. Orang  pun  takut tau.”

“Sedapnya  mulut  kau  bercakap. Cerewet tu  tak  lah. Tapi memilih  sikit. Bukan apa,

kalau  bab  cari  pasangan  ni  kena  cari  betul-betul.”

“Tengok! Ada saja. Malas  nak layan. Kita  dapat bilik  nombor  berapa?”

“Bilik nombor 2, kerusi nombor K10 dan K11.”

“Aku  tanya  nombor bilik saja. Yang  kau beritahu nombor  kerusi tu buat  apa?”

“Salma, kau  tu  pun kadang  bukan  betul  sangat. Nanti  kalau  beritahu  nombor bilik

aja. Kau  tanya  pula  nombor  kerusinya apa?Jadi, aku beritahu  sekali. Senang kan?”

Salma  tersenyum  sambil  menyedut  jus mangga.

“Jom masuk. Bilik nombor 2  tu  dah  menyala tu,”Salma  berkata  sambil menghalakan   

muncung  ke  arah  skrin.



Filem  yang  ditayangkan, hanya  berlangsung  selama satu  jam empat  puluh minit. Syok 
juga  bila  melihat  jalan  ceritanya,  disertai  hero  pujaan  ramai. Apa  saja  filem 
lakonannya  pasti  aku  tonton. Apapun  aku  tak  rasa  membazir  bila  dapat 

menyaksikan  filem  yang  berkualiti.

Lynn, kita  nak  makan  kat mana?” Tanya  Salma  tiba-tiba.

“Entahlah, tengah  fikir  ni?”

“Kita  makan  di  Egg House  sajalah,” pinta Salma.

“Okey, jom.”


Kami  hanya memesan chicken  chop, oren  jus  dan  banana  split  sebagai  pencuci 
mulut  kepada  pelayan restoran.Sementara  menanti  hidangan  kami  sampai. Aku  dan 
Salma memandang  sekeliling restoran.

Hari  minggu  begini  memang ramai pelanggan  yang  datang  berkunjung. Semak  juga 
mata  memandang. Suka  atau  tidak, kami  berdua  terpaksa  menerimanya. Bila  sudah 
cuti  pada  hari  minggu  inilah  jadinya. Sana  sini manusia  berkerumun. Itupun  kami 
bernasib  baik. Kalau  tidak, alamatnya kami  kena  cari  restoran makanan  yang  lain.

Lynn, biasa kau  kan  balik  rumah  mak  kau kan?Minggu ni  kau  tak  balik  pula?”

“Aku  memang  nak balik. Tapi  mak  aku  call semalam. Katanya  nak balik  kampung.

Jadi  aku  kena  stay  sini.”

“Habis Mahani  ke mana?”

“Dia? Biasalah, pergi  date dengan tunang  tersayang. Esok  dia ada  jamuan tahunan

syarikatnya  pula,” aku  berkata  sambil  memandang pelanggan di meja  berhampiran 

sedang  memarahi  anaknya.

“Salma,  lepas  makan  kau  teman  aku boleh??”

“Teman  kau  ke mana?”

“Temankan  aku  ke Butik Dorothy Perkins dan Butik Guess.”

“Kau  ni  tak sudah  shopping  saja  kerjanya. Aku  nak  tanya  kau sikit.”

“Apa  dia?”

“Kau  boleh  mati  ya kalau  tak  shopping  sehari?”

“Salma, mati  tu  tidak lah. Tapi  biasalah,  kalau  selagi  aku  tak  dapat barang  yang 

aku  inginkan. Jiwa aku  tak  tenang. Nak  tidur dan nak buat  kerja  pun  tak  boleh.

Asyik  teringat  aja. Bila  dah  dapat  baru   boleh  fokus  untuk  buat  kerja.”

“Hai…, parah  betul. Tapi  kan  membazir  namanya. Bukan aku  tak  tahu. Bilik  tidur 

kau  tu  dah   boleh  jadi  shopping  kompleks.”

“Salma  tapi  kali  ni  aku  beli  bukan  untuk  aku lah. Aku  nak  belikan untuk  adik 

perempuan  aku  tu. Lusa  hari  jadi dia,” aku  berbohong  agar  Salma  tidak  terus 

membebel. Cuping  telingaku  sudah  merah  mendengar  pelbagai  nasihat  dari  Salma 

juga  Mahani  sebelum  ini. Jadi  topik  itu  harus  ditutup  segera.

“Ialah  tu?Bila  aku  bising, masa  tu  lah cakap  untuk adiklah, mak lah.Cuba  aku  tak 

bising. Tak ada  pula  dengar  kau  kata  hadiah  untuk  orang,”tegur Salma  selamba 

seperti  selalunya.

Aku  pula  seperti  selalu.Buat  muka  tak bersalah. Lima  minit  kemudian makanan 
kami  sampai  dan  kami  menikmati  hidangan  dengan  penuh  selera.

“Macamana? Boleh tak  temankan  aku.”

“Salma menjungkit  kening  dan  tersenyum. Okey,  kalau  kau  kata  beli  untuk  adik 

kau. Aku  akan  temankan. Puas  hati? Sekarang  kita  makan nanti  sejuk  pula.”


Yahoo.., akhirnya  Salma  ingin  temankan aku.  Aku memang  bijak. Nasib  baik  aku 

ada  adik  perempuan  kalau  tidak, alasan  yang  terpaksa  aku  berikan  adalah  harijadi 

mak.

Apapun  aku  begitu  teruja. Hati  dah  mula  mengelitik, punggung  pun  rasa  panas.
Rasa  nak  terus  berlari  mendapatkan  barang  yang  diinginkan. Sabar  Lynn, tahanlah   
nafsu belanja  tu sekejap.Jangan  risau, bukan lari  pun pakaian di butik  tu. Aku 
menghabiskan  makanan  dengan sangat  pantas. Tapi  tak  bermakna  aku  makan 
macam  orang pelahap. Semua  makanan  tidak  di  kunyah  melainkan  menelannya. Aku 
makan  tanpa  menikmati  sepenuhnya. Entah  cukup  masin  atau  tidak  semua  aku  tak 
tahu. Yang  ada  cuba, pakaian  baru, beg  dan  lain-lain. Hai…adakah  aku  boros? Aku 
tak  rasa  begitu. Selesai  makan aku  memandang  Salma  yang  masih  terkial-kial 
menghabiskan  makanan  dipinggan. Sakit jiwa  betul  bila  setiap  kali  makan. Pasti  aku 
harus  menanti  dengan  penuh  rasa  sabar.


“Kau  tengok aku  ni  kenapa?” Tanya  Salma sambil menyedut  minuman.

“Tak ada apa. Kau  kalau  makan  boleh  tak  jangan  macam  mak  nenek.”

“Aku  ni perempuan  melayu terakhir,  mestilah  makan  slow. Nanti  tercekik  pula. Kau 

tu bukan  apa. Tak  sabar  nak  shopping. Bukan  butik  tu  berjalan pun,” Salma  berkata 

sambil menggelengkan  kepala. Aku  cuma mendengus. Dadaku  sesak  buat  seketika.

Akhirnya Salma  berjaya  menghabiskan  makanan  dan  minumannya. Secara  tidak 

langsung  aku berasa  lega  kerana  penantian  yang penuh  penyeksaan  ini  sudah 

berakhir.

Setelah  harga  makanan  selesai  di bayar. Aku  terus  keluar  menuju  butik Guess  di 
aras  bawah. Salma  sudah  berteriak  memanggil aku  dari  arah  belakang. Aku  menoleh 
dan  aku  melihat  dia  terkocoh-kocoh mengejar aku  yang  jauh  dihadapan. Aku  seperti 
tidak  melakukan  kesalahan apa-apa,  cuba  melambai  tangan  agar  Salma  berjalan 
pantas.

Lynn!! Tunggu  aku  boleh  tak??”Tempik  Salma geram.

Aku??Aku  cuma  tersengih  dan  terus berjalan.

Sampai  di  depan  butik Guess aku  menjadi  teruja  mataku  yang  sememangnya 
rambang. Sudah  tidak  mahu  menunggu  lama  lagi. Pantas  aku  mencapai  tas  tangan 
bewarna hitam  yang  bertema  safari. Beg  itu  mempunyai  jalur  seperti  Zebra.Sangat 
cantik  dan  aku  akan  membelinya  untuk  menyuai padankan  pakaian  yang  berada 
didalam  almari.

Salma  hanya  menggelengkan  kepala. Hampir semua  beg  tangan aku cuba. Kadang 
aku  meminta  pendapat  dari  Salma  mengenai  design  yang  aku  rasakan  menarik.
Sekarang  ada 4 buah  beg  yang menarik  perhatian ku.

“Salma,yang  mana  satu  cantik?”Aku  bertanya lembut.

“Semuanya  cantik. Harga  pun  boleh  tahan.”

Aku  berfikir  sejenak, ini  tak  boleh  jadi  kesemuanya  cantik-cantik  belaka. Kalau 
beli dua  belum  tentu  bulan  depan aku  dapat  memilikinya.

“Cik, saya nak beli  semuanya. Tapi,  saya  nak  yang  baru. Bukan  display  ya.”

“Baiklah, Cik  tunggu  sebentar  ya.”

“Apa??Beli  Semua? Kau  gila apa??” jerit  Salma  kuat.

“Hish, yang kau  menjerit  tu  kenapa?”

“Okey aku  tak  jerit  lagi. Kau  gila  apa? Harga  beg  tu  mahal. Kalau  beli  satu  tak 

apa. Ni  sampai  empat. Kau  kata  nak  beli  untuk  adik  kau. Atau  kau  beli  untuk kau?”

Aku  kehilangan  butir  bicara  buat  seketika. Lalu meraup wajah sebelum  tersenyum 
tipis.

“Aku  tak  beritahu kau  ke? Yang  aku nak  beli  hadiah  perkahwinan  untuk  sepupu aku  yang  berlangsung  bulan  depan.”

Salma  hanya  menggeleng.

“Aku  lupa  nak  beritahu kau  kot. Bulan  depan  sepupuku  Sinta  akan  berkahwin  jadi 

dah alang-alang beli. Aku  beli  sekali  untuk  dia.”

“Okey  baru  dua. Lagi  dua  tu  untuk  siapa  pula?”Sindir  Salma.

“Urm..,yang dua lagi  untuk  mak uda  dan  mak  usu,” aku  menjawab  dengan  rasa 
percaya  diri. Aku? Aku  berbohong  lagi. Semuanya  bukan  untuk mereka kecuali  untukku.

Aku berharap  rahsia itu  tidak terbongkar. Kalau  tak  habislah.

“Cik  ni  dia. Cik teliti dulu  sebelum  buat  bayaran ya,” ucap  jurujual  itu  sambil  tersenyum.

Aku  mendapatkan  kesemuanya  lalu  meneliti  setiap satu,  sebelum membuat  bayaran.

“Cik  nak  bayar  tunai  atau kad kredit?”

“Saya  guna  kredit  card.”

“Berapa  harga  semuanya?”Aku  bertanya  lembut.

“Semuanya RM 1819.00.”

Aku tersenyum dan  tanpa  banyak  bicara. Aku mengeluarkan HSBC master card untuk 
melakukan pembayaran.

Selesai  membuat  bayaran.Aku  berpaling ke  arah  Salma. Salma  sedang  tercengang
dan  berdiri kaku. Mungkin  tidak  menduga  bahawa aku nekad untuk  membeli  ke
empat-empat  beg  tersebut.

“Kalau  ia pun, tutuplah  mulut tu.Langau  pun  boleh  hinggap tau,”bidas  ku  lembut.

“Aku  memang  tidak  percaya  dengan  apa  yang aku  lihat Lynn. Kau memang 

gila!!Mahal  tu, dan dalam  sekelip mata  kau  dah  belanjakan wang  sebanyak  itu? Kau

memang  betul-betul  gila.” Ulas  Salma sambil  membantuku  untuk membawa  barang 

belanjaan.

“Salma, walaupun mahal tapi  berbaloi. Barang  yang  aku  beli  semuanya tahan  lama.

Sebagai contoh, kalau  kau  beli  beg  yang nilainya RM 80.00, adakah  ia berbaloi dan 

tahan  lama? Paling  tidak  pun, setiap    tiga  bulan kau kena beli  yang  baru. Kalau  dah 

kali  dengan  tiga  beg  dalam  setahun dah  jadi  berapa RM 240.00. Duit  tu  kau  dah 

boleh  dapat beg  berkualiti  begini. Jimat boleh  pakai  sampai  tiga  tahun, ada  brand,

kulit  pula tu,” aku  berkata mengenai pendapat ku.

“Urm.., ialah  Lynn.Malas  aku  nak  cakap. Kau  saja  yang  betul. Aku  saja  yang  salah.

Tapi  kalau  kau  kata  tahan  lama, kenapa  nak  beli beg  baru, kasut  baru?Barang  yang

kau  beli semua  mahal  dan  berkualiti tinggi. So.., untuk  kes  macam  kau ni

macamana?”Sindir  Salma sambil menjungkit  kening.

“Aku  lainlah  Salma. Aku suka  kumpul  buat  koleksi.Kalau ada  banyak warna  dan 

design, boleh  suai  padan  dengan  majlis yang  akan  dihadiri nanti.”


“Alasan tak  sudah. Habis, sekarang kita  nak  ke mana?”

“Ke mana  lagi,  kita ke  butik ELLE lah. Boleh aku  beli  jam  baru.”

“Shopping lagi??Aku  ingatkan  dah  nak  balik.”

“Sabar, kita  beli jam  duli. Lepas tu beli  baju  di  Dorothy Perkin okey.”

“Okey, lantak  kau  lah Lyn.Duit  kau, bukan  duit  aku  pun.”

“Salma  kau  memang  pandai. Jom  kita  pergi Butik Moment.”Aku  berkata sambil 

berjalan  perlahan. Sebenarnya  kakiku sudah  mula  lenguh. Namun  ada  hajat  yang 

belum  kesampaian  jadi  aku  gagahkan  jua  kakiku.

“Tadi  kata  nak  ke  Butik  ELLE  sekarang  nak  ke  Moment  pula?Mana  satu ni?”

“Tak  jadi  kita  pergi  situ  saja  ya,”aku  memujuk  lembut.

“Cantiknya!!” Aku  berkata  sambil menatap  jam tangan  berjenama  cyma. Jam  itu 

bewarna  perak berbentuk  sdegi  empat  tepat. Permukaannya  juga  dihiasi batu  Kristal

jernih  yang  bermutu  tinggi di sekitar  nombor.


“Miss berapa  harga  jam  tangan  ini?”Aku  bertanya pada  salah  seorang  jurujual di  situ.

“Oh, yang  ini  harganya RM 3190.00. Mahu  cuba?”

“Boleh  juga.”

Wanita  berbangsa  cina itu  mengeluarkan  jam tangan  tersebut. Kemudian memasang 

jam  tersebut ditangan kiriku. Wow!! tampak  menarik dan mewah. Tetapi harganya

terlalu  mahal.

“Tak  payah  belilah. Jam  dekat  rumah  kau tu  ada  banyak  kan?”

“Tapi  yang  kat  rumah  tu  dah  old fashion. Orang  dah  tak  pakai jam  macam  tu  lagi.”

“Urm..,suka  hati  kau  lah Lynn.”

Aku  berfikir  sejenak. Perlu  ke aku  beli  jam tu? Aku  bukan  selalu pergi  parti  pun.
Kalau nak  pakai ke pejabat,  lagi  tak  sesuai.

“Miss macamana?Okey? Kalau  mahu, saya  boleh  beri  diskaun.”

“Tak  apalah. Terima kasih, lain kali  Saya  datang  lagi,” aku  berkata  lalu mengembalikan semula  jam  tangan  tersebut.

Lynn kita  balik  jom. Aku  dah  tak  laratlah. Kalau  nak  shopping  lagi  kita  sambung 
lain  kali okey,” Beritahu  Salma  sambil memicit  betisnya Aku  juga  setuju  saja. Lagipun kakiku  juga  sudah lenguh. Badan terasa  letih namun.. ada  yang  mengganggu  fikiran  ku. Cyma watch  itu  bagai  melambai-lambai aku.


Argh…, hari  ini  kena  tutup  buku. Sekarang aku  dah penat dan  ingin  berehat.Aku tiba 
dirumah  tepat  pukul 8.00 malam, dan  Salma  yang  menghantarku  pulang.


Aku  masuk  ke dalam  rumah. Suasana  begitu  sunyi  dan  sepi. Mahani  entah ke mana.
Mungkin  masih  belum  pulang. Aku  duduk  sebentar di  sofa bagi  menghilangkan  rasa  letih. Tangan  ku  laju  mengurut  betis  yang  terasa  sakit. Setengah  jam  kemudian aku  berlalu  masuk  dan 
membersihkan  diri. Selesai  mandi aku  duduk  berkurung didalam  bilik. Entah  pukul  berapa  aku  terlena aku  pun  tak  pasti.


1 comment:

  1. naaa ... still awai no nak comment :P, so far ... still normal me think :P, btw "talifon" eja dah lain eh kak? bukan lagi "telefon"?

    ReplyDelete

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...