Bab 1
‘Mana pergi buku yang ada atas meja ni?Bila aku nak cepat ada saja yang tak jumpa.’ Dengan pantas aku keluar menuju rak kasut yang terletak molek di tepi
pintu luar. Almari berwarna coklat di buka, Mataku melilau mencari bayang kasut bewarna merah. ‘Eh, tak ada mana pula pergi? Rasanya dua hari lepas aku dah
masukan ke dalam kotak?’aku mendengus lambat, sambil menarik nafas dalam. Rasa marah sudah mula menghuni dada.
“Mak, mana kasut Along?Dua hari lepas Along pakai. Lepas tu dah simpan balik. Ni tak ada pun?” Aku berkata sambil memandang ibu yang sedang mengemas meja.
“Kasut mana satu?” tanya ibu.
“Yang warna merah.”
Untuk pengetahuan semua aku cuma ada satu saja kasut bewarna merah. Jadi
senang sikit nak cam.
“Oh, yang merah tu ke?Adik pakai. Katanya dia dah tanya dengan kamu semalam,”
beritahu ibu lagi dengan rasa hairan.
‘Bila pula dia tanya cakap nak pinjam kasut? Nak kena budak ni. Siap dia, kalau
aku dapat aku sekeh baru tahu.’
“Urm…, tak apalah mak, Along pergi dulu nanti lambat pula.” Aku berjalan menuju
arah ibu sambil menyalami tangannya dan mencium pipinya sebelum berlalu.
Nampaknya aku sudah tiada pilihan lain, kecuali memilih kasut bewarna hitam
berjenama Alfioraldo. Aku berjalan menuju perhentian bas yang terletak
berhampiran rumahku. Dengan penuh sopan santun aku menahan sebuah teksi yang
kebetulan melalui jalan itu.
“Pak cik ke Taman Tropika Lagenda ya.”
“Baik,” Jawab pemandu.
Pagi itu aku ada perjumpaan dengan pengurus besar. Ada beberapa maklumat
yang ingin di sampaikan. Mungkin mengenai kerjaya aku atau apa, aku pun tak
tahu. Harap semua berjalan lancar.
“Hai Salma, cantik hari ni? Ada temu janji dengan Lokman ke?” Aku bertanya
spontan.
Aku dapat melihat wajah Salma bertukar kemerahan. Mungkin malu,
Aku dapat melihat wajah Salma bertukar kemerahan. Mungkin malu,
maklum hanya aku yang dapat melihat perubahan diantara Lokman juga Salma.
Maklum dulu mereka ibarat kucing dan anjing. Kalau berjumpa pasti bercekak tak
pernahnya baik. Entah angin apa yang melanda mereka bulan lepas tiba-tiba jadi
sangat rapat. Mana mereka pergi pasti berdua. Pernah juga kantoi dengan aku
waktu aku keluar tengok wayang dengan Razak sepupuku. Malu mereka berdua
bila tiba-tiba Aku menegur mereka yang sedang asyik bermanja di belakang
mereka. Muka mereka merah padam bagai udang kena bakar layaknya.
“Eh.., kau ni Lynn pandai-pandai saja. Mana ada aku buat temujanji dengan
Lokman?” Beritahu Salma gugup.
“Sudahlah Salma, aku tahu kau tu orang yang macamana. Jadi tak payahlah nak
malu. Bukankah hari ini hari jadi kau yang ke 28 tahun kan? Mesti dia ajak pergi
date. By the way happy birthday. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,”
ucapku sambil mencium pipi Salma yang sememangnya gebu.
“Terima kasih Lynn, Urm.., mana hadiah untuk aku,” tanya Salma pantas sambil
menghulurkan tangannya. Dia sudah tersenyum kecil.
“Oh…, ada ni, nasib baik kau ingatkan. Kalau tak pasti aku lupa.”
“Kau tu memang pelupa. Entah apa yang kau ingat? Aku pun tak tahu.”
Aku hanya tersenyum Kambing. Tanpa lengah, aku mencapai bungkusan hadiah
yang berada di dalam laci meja. Lalu dihulurkan kepada sahabatku itu.
Seperti selalu Salma meloncak riang. Laju tangannya membuka bungkusan hadiah
yang ada ditangannya. Matanya terbuka luas.
“Lynn cantiknya!! Tas tangan berjenama Gucci. Macamana kau tahu? Pasti mahal.”
“Ala Salma, ni Lynn lah. Pasti lah aku tahu. Kalau kau dah selalu sangat cakap
nak beg jenama tu sebagai koleksi. Hah.. kebetulan aku shopping aku belilah
sekali.”
“Pasti mahal?”
“Ala , harganya rahsia okey. Mana leh beritahu,” ucapku sambil duduk disebelah
Salma.
Aku memandang rakan kerjaku yang lain. Mereka semua sibuk bergosip. Entah apa
yang mereka bualkan. Aku pun tak pasti. Apa yang pasti, aku dan Salma buat hal
kami sebelum waktu kerja bermula.
“Salma, kau tahu tak apa yang mereka ni sibuk bualkan? Asal mereka berbual saja
mereka pandang aku. Bila aku tengok, mereka pandang tempat lain pula.”
“Pasal apa lagi, pasal kau lah sayang.”
Aku memandang wajah Salma yang masih kusyuk meneliti tas tangan pemberianku.
Pelbagai persoalan menerjah minda. Salma kemudian meletak kembali tas dan
memandang wajahku dengan hairan.
“Lynn , kau tak dengar apa-apa cerita ke?”
Aku cuma menggeleng sebagai tanda tidak tahu. Dahiku sudah berkerut seribu. Aku
dapat rasakannya. Ya dahiku berkerut seribu. Aku cuba mengingati sesuatu tapi
tidak berjaya. Oh, aku tak boleh berfikir secara paksa, mahu migrain aku jawabnya.
Aku merenung bola mata Salma di hadapan.
Salma cuma tersengih.
“Sudahlah Lynn, tak payahlah nak buat muka macam tu. Buruk tau.”
“Betul ni? aku tak tahu, dan aku tak igat apa-apa.”
“Boss akan pilih antara kau dan Nora untuk membentangkan Iklan yang di minta
oleh Syarikat Wira Perkasa. Barang siapa diantara kamu berdua yang berjaya
menarik perhatian Tuan Muzaffar dengan idea pengiklanannya. Dia akan
dianugerahkan kenaikan pangkat,” beritahu
Salma panjang lebar.
Mataku terbuka luas dan lebar. Aku tidak percaya. Andai kata aku menjadi juaranya
aku akan dinaikan pangkat. wah!! Asyik. Tapi saingan ku itu Nora?Aduh, Kenapa
harus Nora bukan Rizman? Nora terlalu bijak jika nak di bandingkan dengan aku.
Aku ni hanya pakar jenama dan pakar berbelanja. Lain-lain ada slow sikit.
“Oi.., berangan pula. Ala aku tahu kau boleh. Jangan risau sangat.” Beritahu Salma
sambil menepuk bahuku.
“Okeylah aku balik ke meja aku dulu. Sekejap lagi Syed Makmur sampai kena
bebel pula.”
Syed Makmur adalah majikanku orangnya kacak dan tampan berusia lewat 30-an.
Tegas dan agak cerewet, namun mempunyai hati yang sangat baik. Isterinya seorang
peguam.
Tepat pukul sebelas pagi. Tuan Syed Makmur meminta aku, Nora dan beberapa
karyawan lain untuk masuk ke bilik mesyuarat. Seperti yang Salma bilang pagi tadi
ianya mengenai kenaikan pangkat untuk aku juga Nora. Tapi tidak mudah, hanya
salah seorang dari kami yang berjaya saja akan di anugerahkan kenaikan itu. Jadi,
aku dan Nora harus menyediakan sebuah iklan yang di minta oleh Syarikat Wira
Perkasa. Iklan yang berbeza tetapi menepati ciri-ciri yang di inginkan. Jika Syarikat
Perkasa. Iklan yang berbeza tetapi menepati ciri-ciri yang di inginkan. Jika Syarikat
Wira Perkasa memilih iklan yang di buat oleh Nora berbanding aku. Bermakna
Nora adalah pemenang sekaligus dia akan mendapat kenaikan itu. Begitu juga
sebaliknya. Tapi aku ragu, hatiku bimbang. Jika aku, tidak dapat melakukannya
dengan baik.
‘Nora? Kenapa mesti Nora?’ akal dan fikiran ku tidak dapat berfungsi dengan baik.
Tika diberikan kepastian bahawa saingan ku itu sememangnya Nora. Nora yang
bijaksana. Dan Nora hanya tersenyum sinis bangga dengan kemahiran sedia ada
miliknya. Benci aku melihatnya rasa macam nak hempuk muka cantik tu biar jadi
lempeng.
Habis waktu pejabat, kakiku laju melangkah anak tangga di luar bangunan syarikat.
Aku ingin menaiki teksi yang kebetulan melalui jalan itu. Belum sempat aku
menahan teksi. Aku terdengar suara Nora menegurku.
“Hai awak dah lama bekerja di syarikat ni. Masih naik teksi? Oh, tak apa saya
faham. Tak cukup duit ya?” Sindir Nora dengan lagak sombongnya.
‘Siapa dia?Kenapa sibuk sangat nak tahu urusan aku. Aku nak naik teksi ke, apa
ke?Tak payahlah nak sibuk. Bukan minta duit dia pun. Berlagak pula taulah cantik,
anak orang berada. Pakai pun kereta mahal nak tunjuklah tu.’aku bersungut.
“Nora, saya tak kacau awak, awak nak sibuk buat apa? Suka saya lah. Saya ni
bukan tak mampu. Mampu sangat kalau saya nak beli. Tapi nak buat macam mana
saya ni penakut.”
“Takut? Awak nak takut apa? Tapi saya rasakan awak cuma beralasan. Well, tak apa.
Saya akan tewaskan awak dalam tugasan kita. Saya akan pastikan awak duduk di
bawah saya seperti selalu,” Ucap Nora sambil mengeyitkan matanya dan berlalu.
Argh, lantaklah kau nak kata apapun. Bukan aku beralasan. Dah memang aku ni
penakut. Belajar memandu berkali-kali tapi tak pernahnya lulus. Gagal memanjang,
membazir saja. Baik aku simpan buat beli barang lain. Tapi, Nora memang wanita
angkuh, dia kata nak tewaskan aku dalam pembentangan iklan Syarikat Wira
Perkasa. Oh…, aku tidak boleh biarkan itu berlaku. Aku harus lakukan yang terbaik.
Dia tidak boleh melakukan sesuka hati. Aku tak mahu beri muka atau peluang
untuk dia menjatuhkan aku.
Aku cuba memejamkan mata buat seketika. Menarik nafas dalam-dalam biar aku
tenang. Fuhh.. rasa lega. Hah!! Sekarang ialah waktu untuk berbelanja. Hoorey gaji
sudah masuk. It’s show time.
Teksi yang aku naiki betul-betul berhenti di sebuah Shopping kompleks yang aku
minta. Setelah membayar tambang teksi. Aku menghayunkan kaki dengan penuh
semangat ke kedai penjualan minyak wangi. Wah mataku rambang, Tanganku sudah
mula gatal. Tidak sabar untuk mendapatkan minyak wangi tersebut. Habis semua
keluaran minyak wangi terbaru aku cuba . Belum lagi aku sembur ke baju yang
sedia tersarung di badan dengan penuh asyik. Bau wangi menerpa segenap ruangan.
Bila puas, akhirnya aku membeli minyak wangi terbaru Flora jenama Gucci,
Diamond Empirio Armani dan Armani Code kali ini aku hanya membeli tiga jenis.
Tidak seperti kebiasaannya. Tiba-tiba mataku tertacap pada botol kecil berwarna
ungu. Terletak molek di dalam almari cermin.
“Cik, yang itu, minyak wangi terbaru juga kan ? Tiada sample untuk di cuba ke?”
“ Ya, itu yang terbaru. Samplenya dan juga stoknya sudah habis. Minggu depan
baru akan sampai stoknya,” beritahu jurujual tersebut dengan ramah.
“Oh, baiklah saya bayar yang ini.”
Nampaknya haruman Escada yang terbaru itu akan mendapat giliranya minggu
depan. Lepas ni aku nak ke butik pakaian. Pilihan untuk pakaian pejabat biasanya
aku beli di butik G2000.
Wah!! Cantiknya. Baju yang berada di patung dihadapan cermin butik. Menarik
minatku. Mini dress berwarna jingga itu terlihat cantik. Simple, sesuai dengan
bentuk tubuhku yang tidak begitu kurus. Langkah kaki di hayun masuk ke dalam.
Ada berbagai pakaian rekaan terkini. Seperti selalu habis semua pakaian aku belek.
Tangan pula sudah gatal. Hati teruja, jiwa pula rasa tenang.
“Cik saya nak baju seperti itu,” aku memberitahu sambil menujukkan pakaian yang
di inginkan kepada salah seorang karyawan di situ. Gadis itu tersenyum manis sambil
bertanya.
“Yang, berwarna jingga ini dan saiz yang cik inginkan.”
“Ya, berikan saya saiz M.”
“Tunggu sebentar ya.”
Gadis tadi datang menghampiriku semula dengan membawa pakaian yang aku
inginkan. Aku masuk ke ruang persalinan untuk mencubanya termasuk beberapa
helai lainnya. Setelah berpuas hati. Aku menuju kaunter pembayaran. Kali ini aku
menggunakan kad kredit.
“ Cik semua sekali RM 679.00.”
“ Baiklah.” Sambil menghulurkan kad.
Lepas ini beli kasut. Lepas itu pergi makan baru balik rumah. Selesai semua aku
harus meneruskan perjalanan menuju lift untuk turun ke aras bawah. Aku harus
pulang menaiki teksi. Aduh!! Rasa lenguh pula.Beg ditangan pelbagai jenama sudah
menuhi kedua belah tangan. Setiap sepuluh minit aku harus membetulkan barang-
barang di tangan agar tidak terlepas. Shopping kompleks yang berhawa dingin itu
sudah tidak dapat aku rasakan. Apa yang aku rasa sekarang hanyalah rasa panas.
“Tengok tu, banyaknya minah tu beli barang sampai tak menang tangan,”ucap
salah seorang wanita yang berjalan melintasi aku. Aku hanya tersenyum padanya.
‘Ya ALLAH bilalah nak sampai tempat lift ni kalau sekejap-sekejap berhenti.
Kenapalah mereka letak lift tu jauh sangat?’
Sampai tingkat bawah aku terus keluar kompleks menuju arah hentian teksi.
“Banyak belanja hari ni dik,” tutur pemandu teksi berusia awal 40-an.
“Tak adalah banyak sangat. Bolehlah,” aku menjawab sambil tersenyum malu.
Talifon bimbit milikku kedengaran nyaring. Dari paparan skrin, tertera nama ibu.
Butang hijau ditekan.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam, ya mak ada apa talifon Along ni?”
“Mak nak tanya, hari ni kamu balik rumah atau balik ke rumah sewa kamu?”
“Lupa pula nak beritahu mak, Along balik rumah sewa. Nanti minggu depan baru
Along balik sana ya. Macam biasa lah mak seminggu sekali along tidur sana .”
“Baiklah. Jaga diri kamu tu. Kalau ada apa-apa talifon tau.”
“Ya, baik. Mak…, nanti pesan dengan adik. Kalau pakai kasut tu, suruh dia jaga
baik-baik tau,” aku berkata buat kali terakhir sebelum memutuskan talian.
Bab 2
Hari ini aku bangun lebih awal dari biasanya. Aku mengeliat sebentar sebelum
mencapai tuala mandi. Masuk bilik mandi aku termenung. Sambil melihat wajah ku
di cermin. Terlihat wajahku yang bersih.
‘Eh.., nanti aku seperti terlihat sesuatu.
Aku mendekatkan wajah ku di cermin. OMG..,Jerawat!! Oh tidak!! Kenapa boleh
ada jerawat? Hari-hari aku pakai pencuci muka, makan vitamin untuk kecantikan.
Macamana boleh ada jerawat pula? Mana nak sorok jerawat ni?’ aku berkata sendiri.
Macamana boleh ada jerawat pula? Mana nak sorok jerawat ni?’ aku berkata sendiri.
Bunyi ketukan pintu mematikan bicaraku.
“Masuklah.”
“Tak apa, tak payah aku nak kejutkan kau saja. Tak sangka awal pula kau
bangun,” beritahu suara dari arah luar bilik. Suara itu milik teman serumahku
merangkap teman baikku Mahani.
“Oh…, aku ingat apa tadi. Nanti lepas mandi aku sarapan sekali okey my dear.”
“Okey, aku tunggu kau. Cepat sikit jangan lambat tau.”
Sepantas kilat aku mandi dan bersiap. Aku memakai baju baru yang dibeli
semalam. Hari ini aku bersolek agak tebal berbanding hari biasa. Maklum mahu
menutupi wajah ku yang baru di tumbuhi sebutir permata.
“Pagi Ani,” aku menegur Ani yang sedang menuang air kopi ke dalam cawan.
“Pagi, Lynn . Hai tebal kau make-up hari ni.”
“Ala ada jerawat pula. Itu pasal aku cover supaya tak nampak permata aku yang
molek ni,” sambil tertawa kecil.
“ Jerawat bulan kot?”
“Ya, kot rasanyalah. Aku pun belum gerhana lagi bulan ni,” beritahu aku lembut
sambil menghirup kopi.
“Lynn , kau berdiri sekejap,” pinta Mahani tiba-tiba.
“Wah!! Baju baru? Bila kau beli?”
“Aku beli semalam.”
“Kau ni kan , tiap-tiap minggu beli baju, kasut, beg, kosmetiklah. Kau tak sayang
duit ke?Baju kau dalam almari bilik kau tu, pun dah terlalu banyak. Rasa aku setiap
baju yang ada dalam simpanan kau tu cuma sekali saja yang kau pakai. Hari-hari
pergi office pakai baju baru,” bebel Mahani.
“Cik Mahani yang comel. Setiap baju yang ada dalam almari tu aku pakai lebih
dari tujuh kali. Kau yang tak perasan. Maklum kau bukannya selalu ke hulur ke
hilir dengan aku kan .” Aku membetulkan ayat rakanku itu. Tapi betul ke?Ala aku
tipu je. Rata-rata baju tu aku pakai cuma sekali saja. Atau mungkin aku dah pakai
berkali-kali cuma, aku tak boleh nak ingat. Bilik aku tu dah boleh jadi mini
shopping kompleks.
“Iya lah tu, ada saja alasan. Tapi aku macam pernah nampak. Kau ada baju serupa
betul dengan yang kau pakai sekarang.”
Aku tertawa kecil sambil memandang Mahani yang sedang memikirkan sesuatu.
“Ani, aku memang tak ada koleksi baju ni. Percayalah.”
“Ya, Kau ada. Cuma warna yang berbeza.”
“Tak adalah,” aku menjawab sambil memegang kepala.
“Iya, ada. Sekarang kau duduk diam dan terus bersarapan. Aku nak ambil pakaian
yang dimaksudkan itu okey,” tutur Mahani spontan sambil berlalu masuk ke dalam.
Tidak sampai lima belas minit. Mahani keluar semula bersama baju yang serupa
dengan apa yang melelekap di tubuhku. Mataku terbuka luas dan lebar. Ternyata
benar, ia kelihatan serupa. Cuma warnanya berbeza.
‘Aduh! Macamana aku boleh tak perasan?’ aku menggaru kepala yang tidak gatal.
“Nah, cuba tengok baik-baik. Serupa, betul tak?” Tanya Mahani sambil mengunjukkan
pakaian itu kepadaku.
Aku mengambilnya dan menelitinya dengan hati-hati. Aku yakin pasti ada
perbezaan diantara keduanya. Akhirnya aku menyedari perbezaan itu. Sambil
tersenyum aku berkata dengan senang hati.
‘Mahani sayang, cuba lihat ni. Baju ini zupnya dibelakang. Tetapi yang ini pula zip
bajunya ditepi. Mana ada sama?”
“Lynn !! Jawapannya tetap sama. Baju ini mempunyai potongan yang sama.”
“Mahani, tetap tidak sama.” Aku berkata sambil menarik nafas panjang. Dan
meneruskan kembali kata-kata yang terbantut.
“Brand pun lain. Yang hitam ini aku beli di Butik Padinni. Yang aku pakai
sekarang aku beli di Butik G2000. Mana ada sama?”
“Ya ALLAH… Lynn !! Tetap sama. Kenapa kau nak bazir duit beratus ringgit
hanya kerana zip dan brand yang berbeza?Sedangkan rekaan bajunya serupa. Berapa
harga pakaian yang kau pakai ni?”
“Murah saja. Cuma RM 289.90”
“Oh.., yang hitam ini?”
“Urm.., kalau tak silap RM299.00”
“ Ha.., tengok. Mahal tu? Kau membazir hampir RM 300.00 hanya kerana baju bodoh
ni!” Tempik Mahani.
“Ala , rilekslah Ani. Jangan marah okey. Minum ni, nanti sejuk tak sedap pula,” aku
berkata dengan nada memujuk. Telingaku sudah panas mendengar bebelan Mahani
yang bagaikan peluru berpandu.
“Pandainya, tak mahu dengar aku bising. Kau suruh aku minum ya. Kenapa?Sakit
telinga ya sayang?”
Aku cuma tersenyum Malas mahu bercakap lagi. Cakap macamana pun, tetap salah
pada Mahani. Kesudahannya kami bersarapan dalam keadaan sunyi dan sepi.
Tepat pukul 8.00 pagi, aku keluar rumah untuk menaiki teksi ke tempat kerja.
Sahabatku itu pula seperti selalu 8.30 pagi baru keluar rumah. Mahani mempunyai
kenderaan, jika keluar lambat tidak menjadi masalah. Talifon bimbit ku berdering
nyaring. Nama Salma tertera diskrin. Pantas butang hijau ditekan.
“Ya.. Salma, ada apa?” Aku bertanya ramah.
“Aku nak ajak kau sarapan sekali. Okey tak?Kau dekat mana sekarang?”
“Tak payah lah Salma. Aku dah sarapan dirumah tadi. Sekarang aku dah nak
sampai office pun. Kau ajaklah kekasih kau Lokman sarapan.”
“Sebab dia tak adalah. Aku ajak kau.”
“Urm…,okey aku temankan kau.Tapi aku minum saja tau.”
“Okey, aku tak kisah pun. Yang penting aku ada kawan.”
Setelah mendapat kata sepakat. Akhirnya talian dimatikan. Sampai saja di office, aku
berjalan kaki menuju kedai makan yang terletak di sebelah bangunan pejabat.
Aku memerhati Salma dari jauh. Dia sedang menanti sambil membaca akhbar
ditangan. Tanpa lengah aku berjalan menuju Salma. Aku memandang makanan yang
sedia terhidang di atas meja.
“Hai Salma, kenapa tak makan lagi, sarapan kau tu?”
“Tak apalah aku tunggu kau sampai.”
“Kan aku cuma minum saja, Tak mengapa kalau kau nak makan dulu.”
“Ala , suka aku lah, nak tunggu kau. Bukan kena lempang pun,” tutur Salma selamba
sambil melipat akhbar.
Aku hanya menggelengkan kepala sambil memesan minuman.Pilihan ku kali ini
adalah teh o’ kurang manis.
“Sarapan apa kat rumah tadi?” Tanya Salma memulakan bicara.
“Popiah goreng dan mee hoon goreng,”jawabku ringkas.
“Rajin betul dia memasak pagi-pagi,”
“Mahani..,biasalah. Hobinya memang memasak. Aku ni bertuah. Jarang sekali kami
makan di luar. Akupun jarang memasak. Katanya tak mengapa, biar dia saja yang
masak.”
“Ala , dia kata macam tu. Sebab kau masak tak sedap kot,” tutur Salma sambil
tertawa.
“Siapa cakap?Kau tak rasa lagi. Mana boleh komen macam tu.”
“Jangan marah okey.”
“By the way kenapa Lokman tak temankan kau sarapan?”
“Lokman MC hari ni. Dia demam.”
“Urm..,macamana dengan pembentangan iklan kau tu?Sudah siap atau belum?”
“Tak boleh nak fikir. Otak jem sekejap.”
“Kau tak buat langgsung ke?”
“Bukan tak buat. Dah buat tapi baru suku saja. Tak boleh nak fokus.”
“Tak boleh nak fokus?Pelik?Kau takut nak bersaing dengan Nora ya?”
“Bukan takut nak besaing.Aku takut jika, tertewas. Lagipun aku pun, tak mahu jadi orang bawahan selamanya. Aku pun ada target aku sendiri.”
“Oh..,dari segi kerjaya, atau?”Ayat itu tidak dihabiskan. Sengaja digantung.
“Kerjayalah. Habis tu apa pula?” terang aku kepada Salma. Nada bicaraku mendatar.
Salma hanya tersenyum sambil menyuap sisa makanan terakhir.
“Bukankah target kau tu hanya satu?Membeli barangan berjenama mahal?” Tutur
Salma lagi sambil menyedut minuman digelas.
Buntang biji mataku. Apabila mendengar Salma berkata demikian. Aku tersengih
sambil memandang raut wajah Salma yang berbentuk bujur.
“Itu bukan targetlah Salma. Itu hobi aku. Lagipun itu, tak boleh dijadikan kerjaya.”
Salma hanya menjuihkan bibirnya. Dia tahu itu cuma sebuah alasan.
“Dah selesai, atau belum?Kalau sudah kita gerak sekarang. Dua puluh minit lagi dah
nak masuk kerja.”
“Dah lama sudah. Kau tu yang terhegeh-hegeh, makan pun macam mak
nenek.”Aku berkata sambil berdiri dan mengikuti Salma ke kaunter bayaran.
Dari jauh aku sudah dapat melihat susuk tubuh Nora. Dia memakai jeans dan juga
kemeja bewarna hijau epal. Tampak menarik sesuai untuk kulitnya yang cerah.
“Lynn , macamana dengan iklan yang diminta oleh Syarikat Wira Perkasa?Awak
sudah siapkan, atau belum?”Tanya Tuan Syed Makmur dari arah belakang.
Hish…,buat aku terkejut saja. Entah dari mana muncul.Tiba-tiba dengar suara. Aku
memandang majikanku sambil tersenyum tipis.
“Baru dua puluh peratus encik.Saya akan siapkan iklan itu sebelum sampai date line
nya”
“Tak mengapa. Perlahan-lahan, tak perlu gopoh sangat. Biar hasil iklan itu
berkualiti.Lagipun tempohnya masih lama lagi.Awak ada masa selama dua bulan
untuk menyiapkannya,”terang majikanku lembut.
Aku hanya mengangguk faham. Sampai di ruang pejabat, aku dan Salma ke ruangan
kami masing-masing. Tuan Syed Makmur seperti biasa, masuk pejabat cuma sebentar.
Kemudian, dia akan keluar semula untuk bertemu klien. Namapun Boss. Kami ni
pekerja,jadi tak boleh nak keluar sesuka hati.
Tengahari itu aku dan Salma rehat bersama. Kami makan di restoran ala Mexico , yang
terletak berhampiran bangunan pejabat kami. Hidangan kami hari ini cukup dengan
Quesadilla. Makanan yang menggunakan tortilla jagung dengan keju di campur
dengan daging lembu dan ayam dan sedikit sayuran seperti bunga kobis dan brokoli
juga cili. Untuk minuman pula cukup dengan Oreo milk shake. Tidak seperti
kebiasaanya. Kali ini kami hanya diam kerana tiada topik baru yang ingin
dibicarakan. Kami hanya mengadap makanan dengan penuh selera. Selesai makan
Salma mengajak aku untuk ke shopping mall. Masa begitu tidak mengizinkan. Aku
memutuskan untuk menemaninya selepas waktu kerja tamat.
“Maya, ada terima apa-apa surat untuk saya?”Aku bertanya kepada penyambut tamu
syarikat tempat aku bekerja. Orangnya kecil molek dan bekulit hitam manis.
“Tak ada cik. Kalau ada, saya akan beritahu kemudian ya.”
Aku tersenyum dan berlalu masuk ke dalam pejabat.
Tepat pukul 6.00 petang, aku dan Salma menuju Jusco untuk membeli barang
keperluan Salma. Sampai Jusco, tempat utama Salma adalah bahagian kosmetik.
Jenama pilihannya adalah Lancome.
“Salma, kau tak mahu cuba brand lain pula ke?”Aku bertanya spontan sambil mataku
melilau sekeliling. Hanya satu, mataku tertuju pada kosmetik Estee Lauder.Dengan
pantas kakiku laju menuju arah kaunter tersebut. Sekaligus meninggalkan Salma
sendiri.
“Wei.., kat sini kau. Amboi tinggalkan aku ya.”
“Ala bukan jauh pun, dekat saja. Kau dah beli ke?”Aku bertanya sambil memandang
lip gloss yang berada ditangan.
“Dah beli pun. Aku beli eye shadow juga lipstik. Yang lain masih ada.”
“Oh.., Kenapa tak mahu cuba brand lain pula?”
“Bukan tak mahu cuba.Aku ni alah.Ada jenis kosmetik yang aku memang tak boleh
guna langsung. Nanti muka dan bibir aku bengkak. Kau nak beli lip gloss pula
ke?Bukan tempohari dah beli?”
“Memang dah beli,tapi warna ni tak ada. Lagipin ini yang terbaru.”
Aku melihat Salma menggeleng. Salma sama dengan Mahani yang sememangnya
arif dengan sifat ke yang satu ini.
“Nak pergi mana lagi?” Aku bertanya selepas membayar barangan yang diminta tadi.
“Kita pergi karoke nak?Lepaskan tekanan. Dah lama kita tak melalak,” aju Salma
sambil tertawa.
“Urm...,Cadangan yang sangat baik.”
Aku sampai di rumah tepat pukul10.00 malam. Aku melihat Mahani tiada di kamar.
Mungkin Mahani keluar bersama tunang tersayang. Aku terpandang nota kecil dipeti
sejuk.
Lynn,
Aku keluar sebentar
jumpa kawan lama
makanan aku dah siapkan
tinggal panaskan saja.
Jumpa nanti, Bye.
Ani.
Lynn..rehan baru abih baca..so far ok..cuma rehan rasa ada sikit salah tatabahasa kot..mungkin nak cepat kan..rehan pon sama gak kadang2 tuh..looking forward to read next chapter..
ReplyDelete