Tuesday, 27 September 2011

Opps!! Belanja Lagi??- BAB 4

Bab 4


Malam  tadi aku  tak  dapat  tidur  dengan  lena. Apa  yang  berada  didalam otak ku cuma, jam  tangan  Cyma. Jam  itu  memang benar-benar  mengganggu  fikiranku. Apa  harus 
aku  lakukan. Argh.., aku  buntu.

“Yang  termenung pagi-pagi  ni  kenapa?” Tanya  Mahani  sambil  menuang  kopi  panas.

Aku hanya  diam, Mahani tidak boleh  tahu  tentang  perkara itu. Dia tidak  boleh  tahu  apa  aktiviti  yang aku  lakukan bersama  Salma. Aku menarik  nafas dalam-dalam.

Lynn, aku  tanya kau  diam  pula. Ada  masalah  kerja  ke?” Mahani  berkata  sambil  memandang  wajahku.

Aku  hanya  menjungkit  bahu. Kalau beritahu, nanti Mahani membebel seperti  selalu.
Kalau  tak  beritahu, hati  tak  tenang. Urm.., tipu  lagilah  jawabnya.

“Tak  ada  apa, hal  kecil aja. Biasalah masalah kerja.”

“Ialah, masalah macamana? Cuba  kau  cerita.”

“Urm..tak ada  apalah Ani. Jangan  risau  okey. Kau  tak  kerja  ke  hari  ni?”

“Tak  kerja  pun  boss  beri  cuti. Malam  ini kan  ada  jamuan  tahunan. Jadi  petang 

nanti  baru  aku  ke  salon,untuk set  rambut. Kau  sarapanlah, nanti  aku  hantar  kau 

pergi  kerja okey,” beritahu  Mahani  sambil  tersenyum.


Jam  sudah  menunjukan  12.00 tengahari. Bayang  Salma  tidak  kelihatan  dari  pagi.
Entah  sakit atau? Jangan-jangan  dia  demam  kot. Gara-gara teman  aku  shopping.
Hurm..,nampaknya balik  nanti kena  call Salma. Tanya  khabar. Aku mengetap  bibir,
kerjaku  melambak. Iklan  yang  diminta   Syarikat Wira Perkasa pun  tak  siap  lagi.Hai 
pening  kepala  dibuatnya.

“Wow!!Mantap. Cantik  you  hari  ni?” Tegur Nora  sambil memandang aku  dari atas  ke

bawah.

Aku  hanya  tersengih. Malas  melayan Nora, entah  dari  mana  dia  datang, tiba-tiba  muncul disisi.

“Macamana  dengan  iklan  you Nora? Sudah  siap?” Aku  bertanya  sekadar  berbasa-basi.

“Belum  lagi, tapi  sudah  empat  puluh  peratus. You  pula macamana?”

“Sama  macam  you. Cuma  kurang  sepuluh  peratus  dari  you. I harap I sempat  siapkan 
sebelum  tiba  dateline.”

Lynn, mana  Salma? I tak  nampak dia  dari  tadi.”

I pula  tak  nampak  you  dari  pagi. You  ke mana?”

“Oh, I  baru  masuk  kerja. Pagi  tadi ada  hal  sikit. Tapi  I  dah  dapat  kebenaran  dari 
boss.


“Entahlah  Nora, Salma cuti  atau  demam  kot,” aku  berkata  lembut  sambil  mengemas 

kertas  yang  berselerak di meja.

“Demam?Macamana  you  tahu?”

“Nora  I  cuma  agak aja. I ingat  petang  nanti  nak  call dia.”


Tidak  lama  selepas  itu Nora  kembali ke mejanya  semula. Dia  pun sibuk menyiapkan 
tugasan yang  harus diselesaikan. Aku? Aku sudah berasa  lapar. Perutku sudah mula
menyanyikan  lagu  yang  tidak enak  didengar. Nampaknya  aku  juga  akan  makan 
seorang  diri.

Tekakku  ingin  menikmati  masakan  kampung. Restoran pilihanku  ialah Restoran 
Selera Kasih. Restoran  itu terletak  bersebelahan  bangunan  pejabatku. Tiba-tiba  aku 
menerima  pesanan  ringgkas  dari  Nora. Dia  ingin  makan  tengahari  bersamaku. Entah  
mimpi  apa  yang  menghantuinya sehingga  mau  makan  bersamaku.Aku  pun  tak  tahu.
Aku  membalas  kembali pesanan  dan  berjanji  akan menantinya  di muka  pintu  pejabat.

“Nora, cepatlah. I dah  lapar  ni.”

Nora  hanya  tergelak. Geram  betul, kata  tunggu lima  minit. Tapi  bukan  lima  minit 
lagi. Lima  belas  minit adalah.

“Sabar  Lynn, kalau  lambat  makan. You  makan  orang ke?”

“Hehehe.., makan  orang  tu  tidaklah. Tapi  kalau  terajang  orang  adalah kot.”

Aku  berjalan  pantas  ke hadapan. Nora  hanya  membuntuti  aku  dari  belakang.

Lauk  pauk  yang  tersedia  direstoran  itu sangat  banyak. Aku  dan  Nora pun  tak  tahu 
nak pilih  mana  satu. Aku  memilih  pucuk  ubi  masak  lemak, sambal  udang dan  ikan 
masin. Nora  pula  memilih  lemak  ketam  dan  juga  ulam  raja sebagai  pilihan.
Minuman  kami  cukup  ringkas, sirap  limau  kurang  manis.

Nora  pula memilih  meja  berdekatan dengan  kaunter  bayaran. Katanya  mudah  nak 
panggil  pelayan. Aku  cuma  bersetuju, maklum perutku  sudah  lapar. Aku dah  tak  ada 
masa  untuk  memilih tempat  mana  satu.


Selesai makan, aku  dan  Nora  bercerita  tentang  isu  semasa.Tanpa  diduga sebuah 
insiden  berlaku. Aku  dibanjiri oleh  sepinggan  nasi  yang  berisi gulai. Bayangkan dari 
kepala  hingga  separuh  dari  badanku dilumuri  kotoran  itu? Insiden  itu  sangat 
memalukan. Nora? Nora  hanya  tercengang. Mulutnya  terbuka  luas kaku  tidak 
bersuara. Aku? Aku  sangat-sangat  marah. Marah  kerana  diriku  kotor. Bajuku  yang 
mahal juga  dikotori. Semua  mata  memandang keadaanku. Ada  yang  bersimpati  dan 
tak  kurang  juga  setengah  darinya  mengetawakan aku. Argh..,mamat  ni  memang  nak 
kena.

“Opps!! Maafkan  saya cik. Saya  memang  tak  sengaja. Lantai  licin,” ucap  pemuda 
dihadapanku  dengan  rasa  bersalah.

“Masalahnya, awak  tengok  ni. Semua  orang  pandang  saya. Saya  jadi  kotor.

Macamana  saya  nak  ke pejabat?Dan  maaf? Senang  saja awak  cakap. Awak tak  kena  
tapi, saya  yang  jadi  mangsa,” aku  berkata  tidak  puas  hati.

“Sudahlah  tu  Lynn. Jom, I  hantar you  balik. Tukar  baju.” Tutur  Nora lembut.

“Nora, baju  ni I beli  mahal. Muka I boleh  cuci, rambut boleh  syampu. Tapi 

baju?Ee..,geram  betullah,” rungutku  kasar.

“Baiklah, saya  akan  ganti  kerugian  awak. Saya  akan  ganti  semula  baju  awak  yang 

mahal  tu. Tapi maaf  sekali lagi, saya benar-benar  tidak  sengaja. Nama  saya 

Isammudin. Awak  boleh  panggil  saya  Isam. Nama cik?”

Aku  hanya  diam mematungkan  diri. Mataku sudah mencerlung  tajam. Pertanyaan  itu 
tidak  dijawab dan dibiarkan  sepi. Aku  merasa  panas. Sangat  panas, membara  jiwa 
dan raga.

“Nama  dia Shazlynn dan  saya  Nora,”ucap Nora  pantas  dan  perlahan.

Lynn, sudahlah tu. Jangan  marah  lagi. Dia  dah  minta maaf tu. Kasihan  dia, dia  pun 

tak  makan  lagi  gara-gara makanannya  tumpah. Jom, kita  balik. Aku  hantar ya.” Pujuk 

Nora  lembut  sambil tersenyum pada  pemuda  tadi.

“Okey,  saya  maafkan. Lain  kali  hati-hati,” bidasku acuh  tak  acuh sambil  berjalan 
keluar  restoran.

Seperti  dijanjikan Nora  menghantarku pulang. Aku mengambil masa  dua puluh  minit
untuk  membersihkan  diri dan  kembali  semula  ke pejabat. Pakaian  yang  kotor aku 
masukan ke  dalam beg kertas  untuk  dihantar  ke pusat  dobi.

“Marah  lagi  ke?” Ucap  Nora  apabila  kami  sampai  dipejabat.

“Taklah  hati  I  aja  yang  panas  membara. Apapun  terima  kasih, kerana  sudi  hantar  I

pulang. Buat  susah  you saja.”

Ala, hal  kecil aja  tu. Kita  kan  satu  pejabat. Tak salah  kalau  I tolong kawan  I,” tutur

Nora  lembut dan  berjalan  ke  ruangannya.

Seperti  biasa, aku  kembali  menyambung  segala  kerja  yang  tertunda. Ada  beberapa
rakan  yang lain  menegur. Bukan apa, mereka  hairan. Aku  sudah  bertukar kulit  baju 
dari  putih  ke  warna  biru. Jawapanku  cukup  mudah. Hanya  senyum dan  itu  senyum 
terpaksa.

Lewat petang itu Nora  ingin  menawarkan  diri  untuk  menghantarku pulang. Namun
ajakan itu aku  tolak  lembut. Aku  tidak  mahu  menyusahkan dirinya. Lagipun aku 
bukan  tidak  tau  pulang  ke rumah. Malah sudah  biasa  pulang  sendiri.

Apa  yang  mengejutkan  aku. Lelaki yang  telah  memalukan aku  tengahari  tadi. Betul-
betul  berdiri  dihadapanku. Entah  berapa  lama  dia disini. Aku  sendiri  tak pasti, apa 
motifnya?

“Awak  cik  Shazlynn kan?” Tanya  pemuda  itu  ramah.

Aku  hanya  tersenyum  paksa. Sambil memandang  sekeliling. Ya  hanya  kami  berdua 
saja  yang  terpacak  di  situ. Yang lain  mungkin sudah beredar.

“Jadi cik  satu  pejabat  dengan Salma ya?”

Salma? Kenapa  dengan  Salma? Siapa  dia?Macamana  dia  tahu aku  satu pejabat 

dengan  Salma?

“Siapa  awak?Bagaimana  awak boleh kenal dia.”

“Saya  abang  Salma.”

“What?? Abang  Salma.”Aku  menjerit lantang.

“Opps!! maaf sebab  saya  menjerit. Bukannya apa. Saya  cuma  terkejut,” aku  berkata 

gugup.

‘Habislah  aku, mamat ni  abang  Salma. Hai apa  punya  malanglah.’ aku  berkata 

sendiri.

“Salma  tak  kerja  hari  ni. Dia  demam. Awak  carilah  dia  dirumahnya.”

“Terima  kasih. Saya  pergi dulu,” ucapnya  sambil berlalu.

Belum  sempat  aku melangkah. Tiba-tiba..


“Cik  Shazlynn, kita  akan jumpa nanti  okey. Saya akan  ganti  baju awak  yang  kotor 

tu,” laung  pemuda  itu  sambil  tersenyum.


Sebelum balik  ke  rumah. Aku  singgah  ke  pusat  dobi berhampiran  kawasan 
perumahanku. Baju  itu  tidak  boleh  dicuci  sebarangan. Hanya  kedai  dobi tempat 
yang  sesuai untuk  mencucinya. Kalau  aku  yang  basuh, alamat  jahanamlah  baju  tu.

Malam  ini  aku  tinggal  sendirian  dirumah. Mahani akan  tiba  dirumah  sebelum pukul 12.00 tengahmalam. Aku  hanya menggoreng  nasi untuk hidanganku  malam  itu. Selesai 
makan, aku  mengemas  dapur dan  mencuci  apa  yang  patut. Siap  semuanya aku 
beredar ke ruang  tamu dan  menonton  DVD. Tayangan DVD  yang  tersiar  di  kaca 
televisyen, tidak  menarik perhatianku. Fikiranku  cuma  tertumpu pada jam tangan 
Cyma yang sedang melambai-lambai. Aku  buntu. Bayangan  itu cuba  ku  hapus. Namun 
tidak  berjaya.


Apa  yang  harus  aku  lakukan? Keluarkan otak atau  fikiranku? Atau  robohkan 
shopping  kompleks?Aku  tidak  mempunyai  jawapan  itu.
Salma? Tiba-tiba aku  teringat  pada  Salma. Insiden petang  tadi  menggangguku.
Adakah  itu abang  Salma  yang  bekerja  di London? Tapi  setahu  aku. Orangnya  berisi.
Kenapa yang  aku  temui itu  bertubuh  kurus?
Hai ..,apa  saja  yang  aku  fikir. Kepala  otak pun jadi  tak  betul. Bila  malas berfikir aku
mengambil keputusan  untuk tidur.

1 comment:

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...