Saturday 24 September 2011

Opps!! Belanja Lagi??- BAB 1 DAN 2

Bab 1


‘Mana  pergi  buku  yang  ada  atas  meja  ni?Bila  aku  nak  cepat  ada  saja  yang  tak  jumpa.’ Dengan  pantas  aku  keluar  menuju  rak  kasut yang  terletak  molek  di  tepi
pintu  luar. Almari  berwarna  coklat  di  buka, Mataku  melilau  mencari  bayang  kasut  bewarna  merah. ‘Eh, tak  ada  mana  pula  pergi? Rasanya  dua  hari  lepas  aku  dah 
masukan  ke  dalam kotak?’aku  mendengus  lambat, sambil  menarik  nafas  dalam. Rasa  marah  sudah  mula  menghuni  dada.


“Mak, mana  kasut  Along?Dua  hari  lepas  Along  pakai.  Lepas  tu  dah  simpan   balik. Ni tak ada  pun?” Aku  berkata  sambil  memandang  ibu  yang  sedang  mengemas  meja.

“Kasut  mana  satu?” tanya  ibu.

“Yang  warna  merah.”


Untuk  pengetahuan  semua  aku  cuma  ada  satu  saja  kasut  bewarna  merah. Jadi 
senang  sikit  nak  cam.


“Oh, yang  merah  tu  ke?Adik  pakai. Katanya  dia  dah  tanya  dengan  kamu  semalam,”
beritahu  ibu  lagi  dengan  rasa  hairan.


‘Bila  pula  dia  tanya  cakap  nak  pinjam  kasut? Nak  kena  budak  ni. Siap  dia, kalau
aku  dapat  aku  sekeh  baru  tahu.’


“Urm…, tak apalah  mak, Along  pergi  dulu  nanti  lambat  pula.” Aku  berjalan  menuju 
arah  ibu  sambil  menyalami  tangannya  dan  mencium  pipinya  sebelum  berlalu.



Nampaknya  aku  sudah  tiada  pilihan  lain,  kecuali  memilih  kasut  bewarna  hitam
berjenama  Alfioraldo. Aku  berjalan  menuju  perhentian  bas  yang terletak 
berhampiran  rumahku. Dengan  penuh  sopan  santun aku  menahan  sebuah  teksi  yang 
kebetulan  melalui  jalan  itu.


“Pak cik  ke  Taman Tropika Lagenda ya.”

“Baik,” Jawab pemandu.


Pagi  itu  aku ada  perjumpaan  dengan  pengurus  besar.   Ada  beberapa  maklumat 
yang  ingin  di  sampaikan. Mungkin   mengenai  kerjaya  aku  atau  apa,  aku  pun  tak 
tahu. Harap  semua  berjalan  lancar.


“Hai  Salma, cantik  hari  ni? Ada  temu janji  dengan Lokman ke?” Aku  bertanya 
spontan.

Aku dapat  melihat  wajah  Salma  bertukar  kemerahan. Mungkin  malu,
maklum  hanya  aku  yang  dapat  melihat  perubahan   diantara  Lokman  juga  Salma.
Maklum dulu  mereka  ibarat  kucing  dan  anjing. Kalau  berjumpa  pasti  bercekak  tak 
pernahnya  baik. Entah  angin  apa  yang  melanda  mereka  bulan  lepas  tiba-tiba  jadi 
sangat  rapat. Mana  mereka  pergi  pasti  berdua. Pernah  juga  kantoi  dengan  aku 
waktu  aku  keluar  tengok  wayang  dengan  Razak  sepupuku. Malu  mereka  berdua 
bila  tiba-tiba  Aku  menegur  mereka  yang  sedang  asyik  bermanja  di  belakang 
mereka. Muka  mereka  merah  padam  bagai  udang  kena  bakar  layaknya.


“Eh.., kau  ni  Lynn  pandai-pandai  saja. Mana  ada  aku  buat  temujanji  dengan
Lokman?” Beritahu Salma  gugup.



“Sudahlah  Salma, aku  tahu  kau  tu  orang  yang  macamana.  Jadi  tak  payahlah  nak 
malu. Bukankah  hari  ini  hari  jadi  kau  yang  ke  28  tahun kan? Mesti  dia  ajak  pergi 
date. By the  way happy birthday. Semoga  panjang  umur  dan  dimurahkan  rezeki,”
ucapku  sambil  mencium  pipi  Salma  yang  sememangnya  gebu.


“Terima  kasih  Lynn, Urm.., mana  hadiah  untuk  aku,” tanya  Salma  pantas  sambil 
menghulurkan  tangannya. Dia  sudah  tersenyum  kecil.

“Oh…, ada  ni, nasib  baik  kau  ingatkan. Kalau  tak  pasti aku  lupa.”

“Kau  tu  memang  pelupa. Entah  apa  yang  kau  ingat?  Aku  pun  tak  tahu.”


Aku  hanya  tersenyum  Kambing. Tanpa  lengah, aku  mencapai  bungkusan  hadiah 
yang  berada  di  dalam  laci  meja. Lalu  dihulurkan  kepada  sahabatku  itu.
Seperti  selalu  Salma  meloncak   riang. Laju  tangannya  membuka  bungkusan  hadiah 
yang  ada  ditangannya. Matanya  terbuka  luas.


Lynn cantiknya!! Tas tangan  berjenama  Gucci. Macamana  kau  tahu? Pasti  mahal.”


“Ala  Salma,  ni  Lynn lah.  Pasti  lah  aku  tahu. Kalau kau  dah  selalu  sangat  cakap 
nak  beg  jenama  tu  sebagai  koleksi. Hah.. kebetulan  aku  shopping  aku  belilah
sekali.”


“Pasti mahal?”


Ala, harganya  rahsia okey. Mana  leh  beritahu,” ucapku  sambil  duduk  disebelah 
Salma.


Aku  memandang  rakan  kerjaku  yang  lain. Mereka  semua sibuk  bergosip. Entah apa
yang  mereka bualkan. Aku  pun  tak  pasti. Apa  yang  pasti, aku  dan  Salma  buat  hal 
kami  sebelum  waktu  kerja  bermula.


“Salma, kau  tahu  tak  apa  yang  mereka  ni  sibuk  bualkan? Asal  mereka  berbual  saja 
mereka  pandang  aku. Bila  aku  tengok,  mereka  pandang  tempat  lain  pula.”

“Pasal apa  lagi, pasal  kau  lah  sayang.”


Aku  memandang  wajah  Salma  yang  masih  kusyuk  meneliti  tas  tangan  pemberianku.
Pelbagai  persoalan  menerjah  minda. Salma  kemudian  meletak  kembali tas  dan 
memandang  wajahku  dengan  hairan.

Lynn, kau  tak  dengar  apa-apa  cerita ke?”


Aku  cuma  menggeleng  sebagai  tanda  tidak  tahu. Dahiku  sudah  berkerut  seribu. Aku 
dapat  rasakannya. Ya  dahiku  berkerut  seribu. Aku  cuba  mengingati sesuatu  tapi 
tidak  berjaya. Oh, aku  tak  boleh  berfikir  secara  paksa, mahu  migrain  aku  jawabnya.
Aku  merenung  bola  mata  Salma  di  hadapan.
Salma  cuma  tersengih.


“Sudahlah Lynn,  tak  payahlah  nak  buat  muka  macam  tu. Buruk  tau.”

“Betul ni? aku  tak  tahu,  dan aku  tak  igat apa-apa.”

Boss  akan  pilih antara  kau  dan  Nora  untuk  membentangkan  Iklan yang  di minta
oleh  Syarikat  Wira  Perkasa. Barang  siapa  diantara  kamu  berdua  yang  berjaya 
menarik  perhatian Tuan Muzaffar  dengan  idea  pengiklanannya. Dia akan
dianugerahkan  kenaikan  pangkat,” beritahu 
Salma  panjang  lebar.



Mataku  terbuka  luas dan lebar. Aku  tidak  percaya. Andai kata  aku  menjadi  juaranya 
aku  akan  dinaikan  pangkat. wah!! Asyik. Tapi  saingan ku  itu Nora?Aduh, Kenapa 
harus Nora bukan  Rizman? Nora terlalu  bijak  jika  nak  di  bandingkan  dengan  aku.
Aku  ni  hanya  pakar  jenama dan  pakar  berbelanja. Lain-lain ada  slow  sikit.


“Oi.., berangan  pula. Ala  aku  tahu  kau  boleh. Jangan  risau sangat.” Beritahu  Salma 
sambil  menepuk  bahuku.

“Okeylah  aku balik  ke  meja  aku  dulu. Sekejap  lagi  Syed Makmur  sampai  kena 
bebel  pula.”



Syed  Makmur  adalah  majikanku  orangnya  kacak  dan  tampan  berusia  lewat 30-an.
Tegas  dan agak  cerewet, namun  mempunyai  hati  yang  sangat  baik. Isterinya  seorang
peguam.

Tepat pukul   sebelas  pagi. Tuan Syed Makmur  meminta aku, Nora dan  beberapa
karyawan  lain  untuk  masuk  ke bilik  mesyuarat. Seperti  yang  Salma  bilang  pagi  tadi
ianya  mengenai  kenaikan  pangkat  untuk  aku  juga  Nora. Tapi  tidak  mudah,  hanya 
salah seorang  dari  kami  yang  berjaya  saja  akan di anugerahkan  kenaikan  itu. Jadi,
aku dan Nora  harus  menyediakan  sebuah  iklan  yang  di  minta  oleh Syarikat  Wira 
Perkasa. Iklan  yang  berbeza  tetapi  menepati  ciri-ciri  yang  di inginkan. Jika Syarikat
Wira  Perkasa  memilih  iklan  yang  di  buat  oleh  Nora  berbanding  aku. Bermakna 
Nora  adalah  pemenang  sekaligus  dia  akan  mendapat  kenaikan  itu. Begitu  juga 
sebaliknya. Tapi  aku  ragu, hatiku  bimbang.  Jika  aku, tidak  dapat  melakukannya 
dengan  baik.

‘Nora? Kenapa  mesti Nora?’ akal  dan  fikiran  ku  tidak  dapat  berfungsi  dengan  baik. 
Tika  diberikan  kepastian  bahawa  saingan  ku  itu sememangnya  Nora. Nora  yang 
bijaksana. Dan  Nora  hanya  tersenyum  sinis bangga  dengan  kemahiran  sedia ada
miliknya. Benci  aku  melihatnya  rasa  macam  nak  hempuk  muka  cantik tu  biar  jadi 
lempeng.


Habis  waktu  pejabat, kakiku  laju  melangkah anak  tangga  di  luar  bangunan  syarikat.
Aku  ingin  menaiki  teksi  yang  kebetulan  melalui  jalan  itu. Belum  sempat  aku 
menahan  teksi. Aku  terdengar  suara Nora  menegurku.


“Hai  awak  dah  lama  bekerja  di  syarikat  ni. Masih  naik  teksi? Oh,  tak apa saya 
faham. Tak  cukup  duit  ya?” Sindir Nora  dengan  lagak  sombongnya.


‘Siapa  dia?Kenapa  sibuk sangat  nak  tahu  urusan  aku. Aku  nak  naik  teksi  ke, apa
ke?Tak  payahlah  nak  sibuk.  Bukan  minta  duit  dia  pun. Berlagak  pula taulah  cantik,
anak  orang  berada. Pakai  pun  kereta  mahal  nak  tunjuklah  tu.’aku bersungut.


“Nora, saya  tak  kacau awak, awak  nak  sibuk  buat  apa? Suka  saya  lah. Saya ni 
bukan  tak  mampu. Mampu sangat  kalau  saya  nak  beli. Tapi nak  buat  macam  mana 
saya ni  penakut.”

“Takut? Awak  nak  takut  apa? Tapi  saya  rasakan  awak cuma  beralasan. Well, tak  apa.
Saya  akan  tewaskan  awak  dalam  tugasan  kita. Saya  akan  pastikan  awak  duduk  di 
bawah  saya  seperti  selalu,” Ucap Nora  sambil  mengeyitkan  matanya dan  berlalu.


Argh,  lantaklah  kau  nak  kata  apapun. Bukan  aku  beralasan. Dah  memang aku  ni 
penakut. Belajar  memandu  berkali-kali  tapi  tak  pernahnya  lulus. Gagal  memanjang,
membazir  saja.  Baik  aku  simpan  buat  beli  barang  lain. Tapi, Nora memang  wanita
angkuh, dia  kata  nak  tewaskan  aku  dalam  pembentangan  iklan  Syarikat  Wira 
Perkasa. Oh…, aku  tidak  boleh  biarkan  itu  berlaku. Aku  harus  lakukan  yang  terbaik.
Dia  tidak  boleh  melakukan  sesuka  hati. Aku  tak  mahu  beri  muka  atau  peluang 
untuk  dia  menjatuhkan  aku.


Aku  cuba  memejamkan  mata  buat  seketika. Menarik  nafas  dalam-dalam biar  aku 
tenang. Fuhh..  rasa  lega. Hah!! Sekarang  ialah  waktu  untuk  berbelanja. Hoorey  gaji 
sudah  masuk.  It’s  show  time.


Teksi  yang  aku  naiki  betul-betul  berhenti  di  sebuah  Shopping  kompleks  yang  aku 
minta. Setelah  membayar  tambang  teksi. Aku  menghayunkan  kaki  dengan  penuh 
semangat  ke  kedai  penjualan  minyak  wangi. Wah  mataku  rambang, Tanganku  sudah 
mula  gatal. Tidak  sabar  untuk  mendapatkan  minyak  wangi  tersebut.  Habis  semua 
keluaran  minyak  wangi  terbaru  aku  cuba. Belum  lagi  aku  sembur  ke  baju  yang  
sedia  tersarung  di  badan  dengan  penuh  asyik. Bau  wangi  menerpa  segenap  ruangan.
Bila  puas,  akhirnya  aku  membeli  minyak  wangi terbaru  Flora jenama Gucci,
Diamond Empirio Armani dan Armani  Code kali  ini  aku  hanya  membeli  tiga jenis.
Tidak  seperti  kebiasaannya.  Tiba-tiba  mataku  tertacap  pada  botol  kecil  berwarna 
ungu. Terletak  molek  di  dalam  almari  cermin.


“Cik, yang  itu, minyak  wangi  terbaru  juga  kan? Tiada  sample  untuk  di cuba  ke?”

“ Ya, itu  yang  terbaru. Samplenya  dan  juga  stoknya  sudah  habis. Minggu  depan 
baru  akan  sampai  stoknya,” beritahu  jurujual  tersebut dengan  ramah.

“Oh, baiklah  saya  bayar  yang  ini.”


Nampaknya   haruman  Escada  yang  terbaru  itu  akan  mendapat  giliranya  minggu 
depan. Lepas  ni  aku  nak  ke  butik  pakaian.  Pilihan  untuk  pakaian  pejabat  biasanya 
aku  beli  di  butik  G2000.


Wah!! Cantiknya.  Baju  yang  berada  di  patung  dihadapan  cermin butik. Menarik 
minatku. Mini  dress  berwarna  jingga  itu  terlihat  cantik. Simple, sesuai  dengan 
bentuk  tubuhku  yang  tidak  begitu  kurus. Langkah  kaki  di  hayun  masuk  ke dalam.
Ada  berbagai  pakaian  rekaan  terkini. Seperti  selalu  habis  semua  pakaian  aku  belek. 
Tangan  pula  sudah  gatal. Hati  teruja, jiwa  pula  rasa  tenang.

“Cik  saya  nak  baju seperti  itu,” aku  memberitahu  sambil  menujukkan  pakaian  yang 
di inginkan kepada  salah  seorang  karyawan di  situ. Gadis  itu  tersenyum manis  sambil 
bertanya.


“Yang, berwarna  jingga  ini  dan  saiz  yang  cik  inginkan.”

“Ya, berikan  saya  saiz  M.”

“Tunggu  sebentar ya.”


Gadis  tadi  datang  menghampiriku  semula  dengan  membawa  pakaian  yang  aku 
inginkan. Aku  masuk  ke  ruang  persalinan  untuk  mencubanya  termasuk  beberapa 
helai  lainnya. Setelah  berpuas hati. Aku  menuju  kaunter  pembayaran. Kali  ini  aku 
menggunakan  kad  kredit.

“ Cik  semua  sekali RM 679.00.”

“ Baiklah.” Sambil  menghulurkan  kad.

Lepas  ini  beli  kasut.  Lepas  itu pergi  makan  baru  balik  rumah.  Selesai  semua  aku 
harus meneruskan  perjalanan  menuju  lift  untuk  turun  ke  aras  bawah. Aku  harus 
pulang  menaiki  teksi. Aduh!! Rasa  lenguh  pula.Beg ditangan  pelbagai  jenama  sudah 
menuhi  kedua  belah  tangan. Setiap  sepuluh  minit  aku  harus  membetulkan  barang-
barang  di  tangan  agar  tidak  terlepas. Shopping  kompleks  yang  berhawa  dingin  itu 
sudah  tidak  dapat  aku  rasakan. Apa  yang  aku rasa  sekarang  hanyalah  rasa  panas.


“Tengok  tu,  banyaknya  minah  tu  beli  barang  sampai  tak  menang  tangan,”ucap
salah  seorang  wanita  yang  berjalan  melintasi aku. Aku  hanya  tersenyum  padanya.

‘Ya ALLAH bilalah  nak  sampai   tempat  lift  ni  kalau  sekejap-sekejap  berhenti.
Kenapalah  mereka  letak  lift  tu  jauh  sangat?’
Sampai  tingkat  bawah  aku  terus  keluar  kompleks  menuju  arah  hentian  teksi.

“Banyak  belanja  hari  ni  dik,” tutur  pemandu  teksi  berusia  awal 40-an.

“Tak adalah  banyak  sangat. Bolehlah,” aku  menjawab  sambil  tersenyum malu.

Talifon  bimbit  milikku  kedengaran  nyaring. Dari  paparan  skrin, tertera  nama  ibu.
Butang  hijau  ditekan.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam, ya mak ada  apa  talifon  Along ni?”

“Mak  nak  tanya,  hari ni  kamu  balik  rumah  atau  balik  ke  rumah  sewa  kamu?”

“Lupa  pula  nak  beritahu  mak, Along  balik  rumah  sewa. Nanti  minggu  depan  baru 
Along  balik  sana  ya. Macam  biasa  lah  mak seminggu  sekali  along  tidur  sana.”

“Baiklah. Jaga  diri  kamu  tu. Kalau ada  apa-apa talifon  tau.”

“Ya,  baik. Mak…, nanti  pesan  dengan  adik.  Kalau  pakai  kasut  tu, suruh  dia  jaga 
baik-baik  tau,” aku  berkata  buat  kali  terakhir  sebelum  memutuskan  talian.



Bab 2



Hari  ini  aku  bangun  lebih  awal dari  biasanya. Aku  mengeliat  sebentar  sebelum 
mencapai  tuala  mandi. Masuk  bilik  mandi  aku  termenung. Sambil  melihat  wajah  ku 
di  cermin. Terlihat  wajahku  yang  bersih.

‘Eh.., nanti  aku  seperti  terlihat  sesuatu.
Aku  mendekatkan  wajah ku  di  cermin.  OMG..,Jerawat!! Oh  tidak!! Kenapa  boleh 
ada  jerawat? Hari-hari  aku  pakai  pencuci  muka, makan  vitamin  untuk  kecantikan.
Macamana  boleh  ada  jerawat  pula? Mana  nak  sorok  jerawat ni?’ aku  berkata  sendiri.

Bunyi  ketukan  pintu  mematikan  bicaraku.

“Masuklah.”

“Tak apa,  tak  payah  aku  nak  kejutkan  kau  saja. Tak  sangka  awal  pula  kau  
bangun,” beritahu  suara  dari  arah  luar  bilik. Suara  itu  milik  teman  serumahku 
merangkap  teman  baikku  Mahani.

“Oh…, aku  ingat  apa  tadi. Nanti  lepas  mandi  aku  sarapan  sekali  okey  my  dear.”

“Okey, aku  tunggu  kau. Cepat  sikit  jangan  lambat  tau.”
Sepantas  kilat  aku  mandi  dan  bersiap. Aku  memakai  baju  baru  yang  dibeli 
semalam. Hari ini aku  bersolek agak  tebal  berbanding  hari  biasa. Maklum mahu 
menutupi  wajah  ku  yang  baru  di tumbuhi  sebutir  permata.

“Pagi  Ani,”  aku  menegur  Ani  yang  sedang  menuang  air kopi  ke  dalam  cawan.

“Pagi, Lynn. Hai  tebal  kau  make-up  hari  ni.”

Ala  ada  jerawat  pula. Itu  pasal  aku  cover  supaya  tak  nampak  permata  aku  yang 
molek  ni,” sambil  tertawa  kecil.

“ Jerawat  bulan kot?”

“Ya, kot  rasanyalah. Aku  pun  belum  gerhana  lagi  bulan  ni,” beritahu aku  lembut 
sambil  menghirup  kopi.

Lynn, kau  berdiri  sekejap,” pinta  Mahani  tiba-tiba.

“Wah!! Baju  baru? Bila  kau  beli?”

“Aku  beli  semalam.”

“Kau  ni  kan, tiap-tiap  minggu  beli  baju, kasut, beg, kosmetiklah. Kau  tak  sayang 
duit  ke?Baju  kau  dalam almari  bilik kau  tu,  pun  dah  terlalu  banyak. Rasa aku  setiap 
baju  yang ada  dalam  simpanan  kau  tu  cuma  sekali  saja  yang  kau  pakai. Hari-hari 
pergi  office  pakai  baju  baru,” bebel  Mahani.


“Cik  Mahani  yang  comel. Setiap  baju  yang  ada  dalam  almari  tu  aku  pakai  lebih 
dari  tujuh  kali. Kau  yang  tak  perasan. Maklum  kau  bukannya  selalu  ke hulur  ke
hilir  dengan  aku  kan.” Aku  membetulkan  ayat  rakanku   itu. Tapi  betul ke?Ala  aku 
tipu  je. Rata-rata  baju  tu  aku  pakai  cuma  sekali  saja. Atau  mungkin aku  dah  pakai 
berkali-kali  cuma, aku  tak  boleh  nak  ingat. Bilik  aku  tu  dah  boleh  jadi  mini
shopping  kompleks.


“Iya  lah  tu, ada saja  alasan. Tapi  aku  macam  pernah  nampak. Kau  ada  baju  serupa 
betul  dengan  yang  kau  pakai  sekarang.”
Aku  tertawa  kecil  sambil  memandang  Mahani  yang  sedang  memikirkan  sesuatu.

“Ani, aku  memang tak  ada  koleksi  baju  ni. Percayalah.”

“Ya, Kau  ada. Cuma  warna  yang  berbeza.”

“Tak  adalah,” aku  menjawab  sambil memegang  kepala.

“Iya, ada. Sekarang  kau duduk  diam dan  terus  bersarapan. Aku  nak ambil pakaian 
yang  dimaksudkan itu  okey,” tutur  Mahani  spontan sambil  berlalu  masuk  ke  dalam.

 
Tidak  sampai  lima belas  minit. Mahani  keluar  semula  bersama  baju  yang  serupa 
dengan  apa  yang  melelekap  di tubuhku. Mataku  terbuka  luas  dan  lebar. Ternyata 
benar, ia  kelihatan  serupa. Cuma  warnanya  berbeza.

‘Aduh! Macamana  aku  boleh  tak  perasan?’ aku menggaru  kepala  yang  tidak gatal.

“Nah, cuba  tengok  baik-baik. Serupa, betul  tak?” Tanya  Mahani sambil mengunjukkan
pakaian  itu  kepadaku.


Aku  mengambilnya  dan  menelitinya  dengan  hati-hati. Aku  yakin  pasti ada 
perbezaan diantara  keduanya. Akhirnya  aku  menyedari  perbezaan  itu. Sambil 
tersenyum aku  berkata  dengan  senang  hati.

‘Mahani  sayang, cuba  lihat  ni. Baju  ini  zupnya  dibelakang. Tetapi  yang  ini  pula  zip 
bajunya  ditepi. Mana ada  sama?”


Lynn!! Jawapannya  tetap  sama. Baju  ini  mempunyai  potongan yang  sama.”


“Mahani, tetap  tidak  sama.” Aku  berkata  sambil  menarik  nafas  panjang. Dan 
meneruskan  kembali  kata-kata  yang  terbantut.

“Brand pun  lain. Yang  hitam  ini  aku  beli  di  Butik Padinni. Yang  aku  pakai 
sekarang  aku  beli  di  Butik G2000. Mana  ada  sama?”

“Ya ALLAH…  Lynn!! Tetap  sama. Kenapa  kau  nak  bazir  duit  beratus  ringgit 
hanya  kerana  zip  dan  brand  yang  berbeza?Sedangkan rekaan  bajunya  serupa. Berapa
harga  pakaian  yang  kau  pakai  ni?”

“Murah  saja. Cuma RM 289.90”

“Oh.., yang    hitam  ini?”

“Urm..,  kalau  tak  silap RM299.00”


“ Ha.., tengok. Mahal  tu? Kau membazir  hampir  RM 300.00 hanya  kerana baju  bodoh 
ni!” Tempik Mahani.

Ala, rilekslah Ani. Jangan  marah okey. Minum  ni,  nanti  sejuk  tak sedap  pula,” aku
berkata  dengan  nada  memujuk. Telingaku  sudah  panas mendengar  bebelan Mahani 
yang  bagaikan  peluru  berpandu.

“Pandainya,  tak  mahu  dengar  aku  bising. Kau  suruh  aku  minum ya. Kenapa?Sakit 
telinga ya  sayang?”

Aku  cuma  tersenyum Malas  mahu  bercakap  lagi. Cakap  macamana pun, tetap salah
pada Mahani. Kesudahannya kami  bersarapan dalam  keadaan  sunyi  dan sepi.
Tepat  pukul 8.00 pagi, aku keluar  rumah untuk  menaiki  teksi ke  tempat  kerja.
Sahabatku  itu  pula  seperti  selalu 8.30 pagi  baru  keluar  rumah. Mahani mempunyai 
kenderaan, jika  keluar  lambat  tidak menjadi  masalah. Talifon  bimbit  ku  berdering
nyaring. Nama Salma tertera  diskrin. Pantas butang  hijau  ditekan.

“Ya.. Salma, ada  apa?” Aku  bertanya  ramah.

“Aku  nak  ajak  kau sarapan  sekali. Okey  tak?Kau  dekat  mana  sekarang?”

“Tak  payah lah  Salma. Aku  dah  sarapan  dirumah  tadi. Sekarang aku  dah  nak 
sampai office pun. Kau  ajaklah kekasih kau  Lokman sarapan.”

“Sebab dia  tak  adalah. Aku  ajak  kau.”

“Urm…,okey aku  temankan  kau.Tapi  aku  minum  saja  tau.”

“Okey, aku  tak  kisah  pun. Yang  penting  aku  ada  kawan.”

Setelah  mendapat  kata  sepakat. Akhirnya talian dimatikan. Sampai saja  di  office, aku 
berjalan  kaki  menuju kedai  makan  yang  terletak di sebelah  bangunan  pejabat.
Aku  memerhati  Salma  dari  jauh. Dia  sedang  menanti  sambil membaca  akhbar
ditangan. Tanpa  lengah  aku  berjalan  menuju  Salma. Aku  memandang  makanan  yang
sedia  terhidang  di atas meja.

“Hai  Salma, kenapa tak  makan  lagi, sarapan  kau  tu?”

“Tak apalah aku  tunggu kau  sampai.”

Kan aku  cuma  minum saja, Tak mengapa  kalau  kau  nak  makan dulu.”

Ala, suka aku lah, nak  tunggu  kau. Bukan  kena  lempang pun,” tutur Salma selamba 
sambil melipat akhbar.

Aku hanya  menggelengkan  kepala sambil  memesan  minuman.Pilihan ku  kali  ini
adalah teh o’ kurang  manis.

“Sarapan  apa  kat  rumah  tadi?” Tanya Salma  memulakan  bicara.

“Popiah goreng dan mee hoon  goreng,”jawabku ringkas.

“Rajin betul dia memasak pagi-pagi,”

“Mahani..,biasalah. Hobinya memang  memasak. Aku  ni  bertuah. Jarang  sekali  kami 
makan  di luar. Akupun  jarang  memasak. Katanya  tak  mengapa, biar  dia  saja  yang 
masak.”

Ala,  dia  kata  macam tu. Sebab kau  masak  tak  sedap  kot,” tutur Salma sambil 
tertawa.

“Siapa  cakap?Kau  tak  rasa  lagi. Mana  boleh  komen  macam tu.”

“Jangan  marah  okey.”

By the  way  kenapa  Lokman  tak  temankan kau  sarapan?”

“Lokman  MC hari ni. Dia  demam.”

“Urm..,macamana  dengan pembentangan  iklan kau  tu?Sudah  siap atau  belum?”

“Tak  boleh  nak  fikir. Otak  jem  sekejap.”

“Kau  tak buat  langgsung  ke?”

“Bukan  tak  buat. Dah  buat  tapi  baru  suku  saja. Tak  boleh  nak  fokus.”

“Tak  boleh nak  fokus?Pelik?Kau takut  nak  bersaing  dengan  Nora  ya?”

“Bukan  takut  nak  besaing.Aku  takut  jika, tertewas. Lagipun aku  pun, tak  mahu  jadi  orang bawahan  selamanya. Aku  pun  ada  target  aku  sendiri.”

“Oh..,dari segi  kerjaya, atau?”Ayat  itu  tidak  dihabiskan. Sengaja  digantung.

“Kerjayalah. Habis tu  apa  pula?” terang aku  kepada  Salma. Nada bicaraku  mendatar.
Salma  hanya  tersenyum sambil  menyuap sisa makanan  terakhir.

“Bukankah target  kau  tu hanya  satu?Membeli  barangan  berjenama  mahal?” Tutur 
Salma  lagi  sambil  menyedut  minuman  digelas.

Buntang  biji mataku. Apabila mendengar Salma  berkata demikian. Aku  tersengih 
sambil  memandang  raut  wajah  Salma yang berbentuk  bujur.

“Itu  bukan targetlah Salma. Itu hobi aku. Lagipun itu, tak  boleh  dijadikan  kerjaya.”

Salma hanya  menjuihkan  bibirnya. Dia  tahu  itu  cuma  sebuah  alasan.

“Dah  selesai, atau  belum?Kalau sudah kita  gerak  sekarang. Dua puluh  minit  lagi  dah 
nak  masuk kerja.”

“Dah  lama  sudah. Kau  tu  yang  terhegeh-hegeh, makan  pun  macam  mak 
nenek.”Aku  berkata sambil berdiri dan  mengikuti Salma ke  kaunter  bayaran.

Dari  jauh aku  sudah  dapat  melihat  susuk  tubuh  Nora. Dia  memakai  jeans dan  juga 
kemeja bewarna  hijau epal. Tampak menarik sesuai untuk  kulitnya  yang  cerah.

Lynn, macamana  dengan  iklan yang diminta oleh  Syarikat  Wira  Perkasa?Awak  
sudah  siapkan, atau  belum?”Tanya  Tuan  Syed Makmur  dari  arah  belakang.

Hish…,buat  aku  terkejut  saja. Entah dari  mana muncul.Tiba-tiba dengar suara. Aku 
memandang majikanku sambil tersenyum tipis.

“Baru dua puluh  peratus encik.Saya  akan  siapkan iklan  itu sebelum  sampai date line
nya”


“Tak mengapa. Perlahan-lahan, tak  perlu gopoh  sangat. Biar hasil iklan  itu 
berkualiti.Lagipun tempohnya  masih  lama lagi.Awak  ada masa  selama  dua  bulan
untuk menyiapkannya,”terang majikanku lembut.

Aku  hanya mengangguk faham. Sampai di  ruang  pejabat, aku  dan  Salma  ke ruangan 
kami masing-masing. Tuan  Syed Makmur  seperti biasa, masuk  pejabat  cuma  sebentar.
Kemudian, dia  akan  keluar semula untuk  bertemu  klien. Namapun  Boss. Kami ni 
pekerja,jadi tak  boleh  nak  keluar  sesuka  hati.


Tengahari  itu  aku dan  Salma rehat bersama. Kami makan  di  restoran ala Mexico, yang 
terletak berhampiran  bangunan  pejabat  kami. Hidangan  kami hari ini cukup  dengan
Quesadilla. Makanan  yang  menggunakan tortilla jagung dengan  keju di campur 
dengan  daging  lembu  dan ayam dan  sedikit  sayuran seperti bunga  kobis  dan  brokoli
juga  cili. Untuk  minuman  pula  cukup  dengan  Oreo milk shake. Tidak  seperti
kebiasaanya. Kali  ini  kami  hanya diam kerana  tiada  topik  baru  yang  ingin 
dibicarakan. Kami hanya  mengadap  makanan  dengan  penuh  selera. Selesai  makan
Salma  mengajak aku  untuk  ke  shopping  mall. Masa  begitu tidak  mengizinkan. Aku 
memutuskan  untuk menemaninya  selepas waktu  kerja  tamat.


“Maya, ada  terima apa-apa  surat untuk  saya?”Aku  bertanya kepada penyambut  tamu 
syarikat tempat  aku  bekerja. Orangnya kecil  molek dan  bekulit  hitam  manis.

“Tak ada cik. Kalau  ada, saya akan  beritahu kemudian ya.”
Aku  tersenyum dan  berlalu  masuk  ke dalam  pejabat.


Tepat  pukul 6.00 petang, aku  dan  Salma menuju  Jusco  untuk membeli  barang 
keperluan Salma. Sampai   Jusco, tempat  utama Salma  adalah  bahagian  kosmetik.
Jenama  pilihannya adalah Lancome.

“Salma, kau  tak  mahu cuba  brand lain  pula ke?”Aku  bertanya spontan sambil mataku 
melilau sekeliling. Hanya  satu, mataku  tertuju pada  kosmetik Estee Lauder.Dengan
pantas kakiku  laju  menuju  arah  kaunter tersebut. Sekaligus meninggalkan  Salma
sendiri.

“Wei.., kat  sini  kau. Amboi  tinggalkan  aku ya.”

“Ala  bukan  jauh pun, dekat  saja. Kau  dah beli ke?”Aku  bertanya sambil memandang 
lip gloss yang  berada  ditangan.

“Dah beli pun. Aku  beli  eye shadow juga  lipstik. Yang  lain masih  ada.”

“Oh.., Kenapa  tak  mahu  cuba brand  lain  pula?”

“Bukan  tak  mahu  cuba.Aku  ni alah.Ada  jenis kosmetik yang  aku memang  tak  boleh 
guna  langsung. Nanti muka dan  bibir aku  bengkak. Kau nak   beli lip gloss pula
ke?Bukan  tempohari dah  beli?”

“Memang  dah  beli,tapi  warna ni  tak ada. Lagipin  ini  yang  terbaru.”

Aku  melihat  Salma menggeleng. Salma sama  dengan  Mahani  yang  sememangnya 
arif  dengan  sifat  ke  yang  satu ini.

“Nak  pergi  mana lagi?” Aku  bertanya  selepas  membayar barangan yang  diminta  tadi.

“Kita  pergi karoke nak?Lepaskan tekanan. Dah  lama  kita  tak  melalak,” aju Salma 
sambil  tertawa.

“Urm...,Cadangan yang  sangat  baik.”

Aku  sampai  di rumah tepat pukul10.00 malam. Aku  melihat Mahani  tiada  di kamar.
Mungkin Mahani  keluar  bersama  tunang tersayang. Aku terpandang nota  kecil dipeti 

sejuk.

Lynn,

Aku  keluar  sebentar
jumpa kawan lama
makanan aku dah siapkan
tinggal panaskan saja.

Jumpa nanti, Bye.

                     Ani.




















1 comment:

  1. Lynn..rehan baru abih baca..so far ok..cuma rehan rasa ada sikit salah tatabahasa kot..mungkin nak cepat kan..rehan pon sama gak kadang2 tuh..looking forward to read next chapter..

    ReplyDelete

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...