Sunday 19 June 2011

shazlynn fazlynn story:


Anugerah Terindah


Hari sudah lewat petang aku harus masuk kepejabat segera,pasti En Ihsan marah.Sampai di pejabat aku terus berjumpa dengan pengurus aku harus meminta maaf.Entah dia akan maafkan atau tidak aku pun tidak pasti.
Pintu pejabat pengurus di ketuk.

“Masuk,”satu suara mengarahkannnya untuk masuk.
Aku membuka pintu dan berjalan perlahan ke meja pengurus.

“Miranda awak datang lewat lagi?kali ini apa alasan awak?”En Ihsan sudah marah.

“Maafkan saya encik saya tidak sengaja,ayah saya sakit di rumah saya harus menjaga dia.”aku menjawab perlahan.

“Baik awak boleh terus jaga ayah awak sampai bila-bila.Ini adalah gaji awak bulan ini.”Encik Ihsan menghulurkan sampul surat bewarna coklat.

“Tapi encik saya masih memerlukan kerja ini.Ayah saya sakit saya perlukan wang untuk bil rawatannya.”Aku merayu hatiku sayu.

“Sudah saya tidak mahu pekerja macam awak,sekarang awak boleh keluar dari pejabat saya.”.Encik Ihsan sudah menunjukan pintu keluar.

 “Ya Allah apa yang harus aku lakukan aku sudah di buang kerja bagaimana dengan ayah,mama dan Dania.Miranda berjalan menuju kearah lift. Pintu Lif terbuka,dan Miranda masuk ke dalam .Air mata sudah jatuh membasahi pipi .Di Luar seorang pemuda memakir kereta BMW sport dia ingin kepejabat abangnya yang terletak di tingkat atas..Namanya Zafran Izani dia juga ingin mengguna kan litf.Sampai di tingkat bawa pintu Litf terbuka dan Miranda keluar dan terlanggar susuk seorang pemuda tampan wajahnya persis pelakon Cristian Sugiono pelakon terkenal dari  Indonesia.Tampan gayanya juga sederhana.Miranda dan Zafran terpaku dan  mata mereka  saling bertentangan,Miranda kaget ,kemudian meminta maaf serta berlalu pergi .zafran terpesona dan dengan serta merta zafran mengekori Miranda.Tangan Miranda di tarik lembut.

Miranda memandang dan menarik tangannnya kembali.

“Maaf kan saya,saya Zafran .”Zafran menghulurkan tangannya.

Miranda hanya memandang tidak di sambut huluran tangan itu.

“Maaf ada apa saya  harus pergi cepat.”Miranda berkata pantas dia tidak mengenali lelaki itu,dia harus pulang melihat keadaan ayahnya.

“Saya mahu awak jadi model saya.”Zafran berkata sambil tersenyum

“Model?”Miranda bertanya lagi.



“Ya saya masih mencari model untuk di lukis dan saya rasa awak susuai untuk jadi model saya.”Zafran berkata sambil tersenyum.Gadis ini sangat menarik dia cantik dan nampak lembut tetapi kenapa wajahnya terlihat sedih.Zafran berkata sendiri di dalam hati.

“Maaf sekali lagi saya tidak berminat untuk menjadi model lukis awak,harap awak faham.”Miranda berkata dan ingin pergi,tetapi Zafran pantas menghalang .

“Ini kad saya awak boleh simpan .Jika berminat awak boleh menghubungi saya atau datang ke studio saya.”Zafran menghulurkan sekeping kad.

Miranda mengambilnya dan berjalan pulang.

Talipon genggam milik Miranda berbunyi.

“Miranda ayah kamu tenat ,sakit jantungnya kambuh lagi ,dia sudah di rawat di hospital.”kata mama lisa.
“Apa mama ayah sakit lagi?dia di hospital mana?”Miranda bertanya.
“Hospital Sri Andalas,”Lisa memberitahu.
“Habis mama di mana sekarang?,atau sudah ada di hospital.?”Miranda bertanya lagi dia sudah mula menangis dia risau kalau ada apa-apa terjadi.

“Kamu pergi dulu mama dan dania akan ke sana kemudian.”Lisa sudah memutuskan talian.

Sampai di hospital ,Miranda bertanya dengan salah satu jururawat bertugas,dan jururawat itu berkata yang ayahnya di rawat di ruang kecemasan.

Miranda terus  berjalan pantas ke tempat yang di maksudkan.Hatinya sayu dia berdoa agar ayahnya baik-baik saja.Diruang hadapan bilik ICU Miranda menunggu dengan penuh  sabar.

“Ya Allah selamatkan lah ayah.”Pinta Miranda.Miranda tidak senang duduk hanya air mata yang menemaninya.

Berdekatan dengan Miranda berdiri seorang wanita sedang menangis hiba .Dia berdiri di ruang ICU,bersebelahan dengan bilik rawatan ayahya.
Miranda memandang penuh rasa kasihan.Tidak semena-mena wanita yang tadi itu mahu rebah hampir pingsan,cepat-cepat Miranda memapah wanita itu untuk duduk di kerusi.

“Aunty tidak apa apa?”Miranda bertanya.Dia kasihan pada wanita itu .Tentu ada seseorang didalam?fikir Miranda kalau tidak masakan wanita ini menangis hiba.

“Aunty tak ada apa-apa nak Cuma,anak aunty di dalam dia tenat.Aunty tidak mahu kehilangan dia.”jawab wanita elegan itu.

“Aunty harus sabar,itu semua kerja Allah,kita hanya berdoa agar anak aunty tidak apa-apa.”Pujuk Miranda lagi.

Wanita itu tersenyum pahit.Dia memandang wajah mulus Miranda, rasa tenang seketika .
Miranda bangun meluru kearah doktor yang merawat ayahnya.

“Doktor macam mana dengan ayah  saya?”

“Dia baik saja,tetapi keadaannya tidak stabil.Ayah awak harus menjalani pembedahan segera .”Doktor muda itu menerangkan.

“Pembedahan??kalau tanpa pembedahan adakah ayah saya akan pulih?”Miranda bertanya lagi.Fikirannya benar-benar  kusut.

“Tanpa pembedahan agak mustahil untuk dia pulih,saya bimbang kalau kita terlewat sikit saja ayah awak tidak dapat di selamatkan.”Doktor itu menerangkan lagi.

“Berapa kos rawatan yang di perlukan.”Miranda bertanya.

“Lebih kurang dua puluh ribu,dan kita cuma ada masa kurang dari 24 jam.”

“Tolong doktor lakukan apa yang terbaik saya akan membayar semua bil rawatan itu.”Miranda berkata sambil menangis,dalam hati dia masih sempat berfikir dari mana harus di cari wang dalam waktu singkat dia sendiri baru di buang kerja.Dia buntu semua wang simpanannya sudah habis dibelanjakan untuk rawatan pengubatan ayahnya.Mana lagi..

“Kalau awak sudah jelaskan pembayarannya sila beritahu saya dan saya akan lakukan pembedahan segera.”kata doktor muda sambil berlalu.

Miranda terduduk kepalanya sakit,selang beberapa minit mama dan adiknya datang.
“Miranda macam mana keadaan ayah kamu.”tanya Lisa.

“Ya kak macam mana dengan ayah adakah baik-baik saja.”Dania pula bertanya.

“Mama,dania  ayah harus buat pembedahan dalam masa kurang 24 jam kalau tidak ayah tidak dapat diselamatkan.Tapi dari mana kita dapat wang?”Miranda menangis lagi.

“Mama juga tidak tahu.”Lisa menjawab sedih.

“Mama dulu saya pernah memberikan mama sekotak  barang kemas arwah ibu saya,mama jual  perhiasannya dan wang itu boleh dibayar untuk kos rawatan ayah.”Miranda memberi cadangan .
Lisa membuat wajah sedih. “Macam mana ya Miranda,sebenarnya semua barang kemas kamu telah mama jual,sejak ayah kamu jatuh bankrupt.Ayah kamu perlukan wang untuk menampung pelajaran kamu juga dania.”Lisa menjawab sambil memegang bahu Miranda.

“Tak apa lah  Miranda akan usahakan.”Miranda berkata sedih.
“Miranda mama balik dulu,mama akan cuba tanya dengan saudara mara kita ya.?”Lisa masih memujuk.Miranda mengangguk.
“Dania mari balik,”Lisa menarik tangan anaknya agar ikut pulang.

Tanpa Miranda sadar sepasang mata singgah di wajahnya.Wanita itu memerhati dengan rasa sayu.Kasihan sekali gadis ini,dia cuba menenangkan jiwa ku tetapi hatinya remuk ,kerana tidak dapat menyelamatkan ayahnya andai saja gadis itu anakku pasti aku akan berbangga.

 “Puan Haslin doktor ingin berjumpa dengan puan.”panggil salah seorang jururawat.Puan Haslin bangun dan berjalan mengekori jururawat tersebut.

“Doktor ada apa dengan anak saya?”Puan Haslin bertanya sayu.

“Ginjal anak puan kedua-duanya bermasalah,dan tidak dapat berfungsi dengan baik.Seperti yang saya beritahu dulu adakah puan sudah berjumpa dengan penderma yang padan dengan ginjal anak puan?” Doktor berbangsa India Itu bertanya.

“Maaf sampai sekarang saya masih tidak berjumpa dengan penderma yang sama padan dengan ginjal anak saya.”Puan haslin berkata sayu dia sudah mula menangis .Dia sudah berusaha selama tiga tahun untuk mencari penderma ginjal, tapi tidak seorang pun yang berpadanan.
“Kita harus segera melakukan pembedahan pemindahan ginjal segera sebelum kedua-dua ginjal tidak berfungsi.”Doktor India itu berkata lebih lanjut.

Selepas mendapat keterangan dari doktor  Puan Haslin keluar dan pergi ke bilik rawatan di mana anak lelakinya di tempatkan.Puan Haslin melangkah masuk kedalam bilik kelas pertama yang kelihatan mewah.Di atas katil Rasheedan memandang wajah ibunya dengan penuh lesu,dia tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.Dia kesal tidak dapat berbakti pada ibunya.Selama tiga tahun ibunya itu setia merawatnya.Hati Rasheedan menangis pilu.
“Sabar ya nak mama pasti akan cari penderma untuk kamu.”Puan haslin berkata tangannya mengusap  lembut rambut anak terunanya.
“Mama Rashed faham,kalau terjadi apa apa pada Rashed mama jaga diri baik-baik ya?”tutur nya lembut.
Sayu hatinya,dia  tidak sanggup berpisah dengan Rashed.Hanya dia permata yang tinggal untuknya.
“Jangan cakap begitu,jangan tinggalkan mama,mama akan berusaha mencari penderma kamu sabar ya nak.”Puan haslin sudah menangis.Rashed hanya memandang sayu,ingin di gerakkan tangannya untuk menyapu air mata ibunya tetapi tangannya lemah dia tidak berdaya.
“Mama balik lah dulu ,mama pasti penat,terima kasih kerana menemani Rashed,”Rashed meminta ibunya untuk pulang.

“Tapi nak mama masih mahu merawat kamu.,mama risau kalau terjadi apa-apa.”Tegas mamanya.

“Sudah ,mama tak perlu risau kan ada ramai jururawat di sini.Rashed juga bimbang kalau mama sakit.”Rashed masih meminta.

“Baik lah mama pulang dulu ,nanti petang mama datang lagi.”Puan haslin mengucup dahi anaknya kemudian berjalan keluar.

Di rumah Lisa sedang menunjukkan sekotang barang kemas kepada anaknya Dania.Dania hairan .

“Mama sejak bila mama ada barang kemas seperti ini,banyak pula tu.?”Dania bertanya sambil melihat isi kotak perhiasan itu.

“Kamu ingat mama dapat dari mana?ya tentu lah dari Miranda.”Lisa berkata sinis.

“Tapi mama kata barang perhiasannya sudah dijual,tapi macam mana boleh ada pada mama.”Dania berkata dia tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.

“Kamu nie bila mahu pandai,kamu ingat mama nie bodoh sampai nak menjual semuanya untuk lelaki tua Bangka tu?Lagi pula siapa yang mahu hidup miskin,mana si tua bangka itu sakit sakit selalu menyusahkan aja.Lisa memarahi anaknya.

“Kalau mama tidak suka dengan ayah kenapa mama masih mahu tinggal dengan ayah.?”Dania sudah berdiri,dalam otaknya berfikir pasti ada sesuatu yang akan di lakukan oleh mamanya.

“Kita akan pergi dari sini setelah kita mendapatkan sebidang tanah .”Tutur Lisa pantas,dia sudah tersenyum.
“Tanah?”Dania bingung.

“Ya,tanah yang di beri atas nama Miranda itu bernilai jutaan ringgit dan kita akan jadi kaya Dania dan  mama akan tetap bertahan sehingga mama mendapatkan tanah itu.

“Betul mama?wah Dania tak sabar nak keluar dari rumah buruk nie,kita boleh beli bungalow,kereta mewah,pakaian mahal wah bestnya.”Dania berkata girang.

“Jadi kita harus pura-pura baik dengan Miranda juga ayah sampai masa kita akan bertindak.”Lisa memberitahu anaknya tentang rancangan yang akan di lakukan sebaik saja bertemu Miranda.


Di Luar dia ternampak gadis tadi,doktor sedang berbicara,nampak penting sekali.

“Miranda macam mana?kamu sudah membayar kos pembedahan ayah kamu atau belum?ayah kamu semakin kritikal.”Doktor muda itu bertanya.

“Oh ya sebentar saya talipon mama dulu.”Miranda terus mendail no talian mamanya.

“Assalamualaikum mama,”Tanya Miranda sebaik saja mendengar suara Lisa.

“Waalaikumsalam,Miranda”Jawab Lisa lembut.

“mama macam mana,mama sudah dapat bantuan atau belum,ayah harus di bedah segera.”Miranda bertanya sayu.

“Macam mana ya Miranda mama sudah bertanya dengan saudara mara kita,tapi mereka sendiri tak cukup wang.Lagipula kos pembedahan ayah mahal sangat.”
Lisa berkata sedih sambil menangis.
“Tak apa lah mama Miranda akan bertanya dengan kawan-kawan.”Miranda berkata perlahan.
“Baiklah Miranda,kamu jaga ayah baik-baik ya kalau ada apa-apa beritahu mama.”Lisa berkata lagi sambil tersenyum.Lisa berdoa didalam hati agar suaminya cepat-cepat mati dia sudah tidak sabar untuk menjalankan niat jahatnya.

“Doktor maaf,boleh tak doktor lakukan pembedahannya dahulu,kemudian saya akan bayar.”Miranda meminta.
“Maaf ini adalah prosedur,awak harus membayar bilnya dahulu baru kami akan lakukan pembedahan.”Dr itu sudah ingin berlalu tetapi di halang Pn Haslin.
“Doktor lakukan pembedahan itu ,semua pembelanjaan akan saya bayar sehingga selesai.”Tegas Puan Haslin.
Miranda terkejut dan dia tidak menduga ada wanita baik ingin menolongnya.Miranda tersenyum senang.
“Aunty terima kasih,saya janji akan membayar semula secara ansuran,saya harap aunty faham saya tidak punya wang untuk membayar secara penuh.”Miranda berkata.

“Aunty ikhlas menolong, kamu anak yang baik,jadi kamu berhak untuk mendapatkannya.”kamu tidak perlu segan kalau ada apa-apa kamu beritahu aunty ya.”Puan haslin berkata lembut. 

“Siapa nama Aunty.?”Miranda bertanya.

“Nama aunty Haslin.”Puan Haslin tersenyum.

Setelah mengucapkan terima kasih,Puan Haslin berjalan  keluar dia belum ingin pulang hatinya risau melihat anaknya yang semakin tenat.Dia memandang jam di tangan dan baru tersadar bahwa dia belum menunaikan solat magrib lalu berjalan  ke masjid berdekatan  sekaligus berdoa untuk kesembuhan anaknya.
Miranda menunaikan solat magrib,di surau berdekatan selesai solat Miranda berdoa meminta kesejahteraan keluarganya,dan dia meminta agar pembedahan ayahnya agar berjalan lancar.

Selesai sembahyang,Miranda melangkah keluar dengan longlai,badannya terasa lemah ,Miranda teringat dia masih belum makan dari tengahari.Miranda duduk sebentar sebelum berjalan semula ke tempat ayahnya. “Aku harus kuat menjalani ujian dari Allah.Aku harus sabar dan ikhlas”Miranda berkata di dalam hati.

Sampai di depan bilik pembedahan ,Miranda menghubungi mamanya.Dia memberitahu mamanya bahawa ayahnya sedang dibedah.Lisa yang baru terima panggilan dari Miranda terkejut bagaimana Miranda boleh mendapatkan wang dalam waktu singkat.Dania lihat mamanya termenung.

“mama kenapa mama diam siapa yang talipon tadi ?”Dania bertanya.

“Miranda yang talipon dia kata ayah kamu sedang dibedah dan meminta kita datang ke Hospital.”

“Apa di bedah?tapi dari mana Miranda dapat wang banyak macam tu?”Dania terkejut.

“Pasti hasil kerja tidak senonoh.mana ada zaman sekarang orang nak bagi duit  macam tu aja.Jual badan lah tu.”Lisa sudah menuduh bukan-bukan.

“Mungkin saja ada mama.Zaman sekarang macam-macam boleh jadi.”Dania menambah.

“Sudah mari kita pergi cepat,mama sudah tak sabar ,manalah tahu ayah kamu mati nanti.”Lisa berkata sambil kakinya melangkah pantas ke bilik,dia ingin mengambil tas tangan sebelum pergi ke hospital.

“Miranda macam mana dengan ayah,”Lisa berkata penuh nada kerisauan.

“Tak tahu lagi mama,ayah masih dibedah .”Miranda bertanya.

“Miranda mama harap ayah kamu tidak apa-apa,mama tidak mahu kehilangan ayah kamu.”Lisa menangis sedih.Dania juga menangis.
Miranda yang melihat langsung memeluk ibunya.
“Mama jangan sedih ayah tentu tidak apa-apa.Sabar ya mama.”Miranda menenangkan Lisa.

“Dasar anak bodoh,siapa yang mahu kan ayah kamu si tua bangka itu,aku lagi suka kalau dia mati aja.orang lagi pura-pura sedih malah percaya.”Lisa berkata dalam hati.

Miranda nampak susuk seorang doktor keluar dari bilik pembedahan.Miranda merapati doktor itu.

“Doktor macam mana keadaan ayah saya ?”Miranda bertanya cemas.


“Kamu jangan risau ayah kamu baik-baik saja.Pembedahannya berjaya dan sebentar lagi jururawat akan memindahkannya di wad 4.

“Alhamdulillah ya Allah terima kasih.”mereka berkata serentak.




Encik Borhan sudah di pindahkan dari ruang pembedahan ke Wad 4,bilik kelas pertama itu telah di minta oleh puan Haslin,agar bapa Miranda menerima rawatan terbaik.Sebelum pulang mereka bertiga melawat bilik encik Borhan.

“Wah ,”Lisa dan Dania tertegun.

“Miranda ini bilik rawatan kelas pertama kamu kan tahu bilnya pasti mahal,mana kita ada wang untuk membayarnya.”Lisa berkata lembut.

“Mama jangan risau bil perawatan ayah selama dirawat di sini sudah dibayar.”Miranda memberitahu.

“Siapa”Lisa berkata lembut .

“Namanya Puan Haslin,nanti Miranda kenalkan,anaknya  pun kebetulan di rawat di sini”Miranda menerangkan.

“Ayah sudah sadar?”Miranda bertanya apabila mendengar ayahnya memanggil namanya.Lisa dan Dania mencebik tetapi mereka pantas tersenyum manis sebaik encik Borhan memanggil mereka .


“Miranda maafkan ayah,ayah selalu susahkan kamu.”Encik Borhan berkata sayu.

“Ayah,sudahlah ayah tidak pernah susahkan Miranda.Sekarang  Miranda mahu ayah rehat ya dan jangan banyak bergerak ,biar ayah cepat sembuh .”Miranda meminta agar ayahnya tidak banyak bergerak.En Borhan hanya mengangguk dia tahu Miranda sangat baik dan sayang padanya.Lisa hanya memerhati kedua beranak itu,dia sangat muak dengan apa yang berlaku di hadapannya tapi hanya kerana wang dia akan setia bertahan di sisi encik Borhan.

“Ayah biar mama,Dania dan Miranda balik dulu,esok  kami datang lagi ya.”Beritahu Lisa lembut.

“Tapi mama balik dengan Dania dulu.Miranda mahu jaga ayah kat sini.”Miranda meminta izin.

“Miranda kamu sudah seharian jaga ayah,kamu perlu berehat dan makan nanti kamu sakit nak.”Lisa meminta dengan penuh pengertian.Miranda memandang ayahnya.

“Miranda balik dulu dengan mereka,jangan risau ayah tidak akan apa-apa.”Pinta En Borhan pula.En Borhan masih mahu lama-lama dengan puterinya tapi apakan daya dia juga tidak sanggup melihat  jika anaknya itu jatuh sakit.

Sampai di rumah Miranda masuk ke bilik ingin membersihkan diri.Selepas mandi Miranda menunaikan solat Isyak . “Laparnya,pergi makan dulu lah,lepas makan boleh tidur,besok pagi kena cari kerja dan petang jenguk ayah.”Miranda berkata dalam hati dia tersenyum sendiri.

“Miranda mama ada hal nak cakap dengan kamu.”Lisa bertanya matanya mengarahkan Miranda untuk duduk.

Ada apa mama?”Miranda memandang Lisa juga adiknya Dania.

“Miranda mama nak minta duit untuk yuran Dania.”Lisa memberitahu.

“Mama tempoh hari baru Miranda kasi duit tak kan semua dah habis.”Miranda memandang Lisa dia bingung,Miranda masih ingat baru tiga hari dia bagi wang belanja rumah tak kan tiada baki.

“Miranda kamu kena ingat zaman sekarang mana ada barang yang murah.Duit satu ribu yang kamu bagi tu sudah habis mama guna untuk beli ubat ayah kamu dan belanja keperluan harian kita sekeluarga.”Lisa berkata lagi.

“Dania nak guna berapa banyak?”Miranda bertanya adiknya.

“800 ringgit kak?”Dania berkata lembut.

“Dania kakak tak boleh nak beri duit tu sekarang nanti akak akan beri lepas akak dapat kerja.”Miranda berkata lagi.

“Kenapa kak?”Dania bertanya nada bicaranya sudah tinggi.

“Kakak kena buang kerja kerna datang lambat,Dania tak perlu risau besok akak akan cari kerja lagi ya.”Miranda menenangkan Dania.

“Miranda sudah kamu pergi makan dan tidur besok mama mahu kamu bangun awal dan cari kerja.” Lisa mengarah.


Keesokkan hari,Miranda membeli surat khabar harian metro.Seharian Miranda pusing-pusing sekitar pusat bandar tapi tidak satu pun yang ingin mengambilnya kalau ada pun dia akan di hubungi jika berjaya.Miranda memandang jam tangannya jarum jam menunjukan angka 2.00 petang.

“Waktu melawat dah sampai jenguk ayah dulu lah.”Miranda berkata dalam hati sambil tangannya menahan sebuah teksi.

Petang itu Hospital Sri Andalas menerima banyak kunjungan dari para pelawat,sewaktu mahu ke wad bapanya Miranda ternampak kelibat Puan Haslin,Miranda melihat wanita itu menangis,hatinya berdetik  ingin tahu dan Miranda mengambil keputusan untuk  mengekori langkah Puan Haslin ke Wad 1.Sampai di bilik rawatan Miranda melihat ada susuk seorang lelaki muda sedang terbaring lesu di tubuhnya banyak tiub yang berselirat,rasa kasihan muncul dalam hati Miranda, “Tentu ini anak puan Haslin.”gumam Miranda dalam hati.

“Rashed mama datang nak,macam mana dengan keadaan kamu?”Puan Haslin bertanya sejurus dia duduk .

“macam nie la mama,semakin hari Rashed rasa semakin  lemah,Rashed sudah bosan hidup begini.”Rashed mula bersuara nada bicaranya tidak teratur.

“Rashed jangan cakap macam tu nak,mama sayang Rashed mama akan mencari penderma itu.bertahanlah ya.”Puan Haslin memujuk.

“Sampai bila??Rashed sudah tidak larat mama,Rashed juga ingin hidup seperti orang lain.”Rasshed bersuara sayu.

“Sabar sayang mama pasti akan mendapatkannya untuk kamu.Kamu harus yakin.”Puan Haslin sudah mula menangis di genggam tangan anaknya itu erat-erat,dia tidak mahu dengar kata perpisahan yang keluar dari mulut anaknya.

Miranda rasa terharu,dia akan membalas budi,wanita itu telah menolong ayahnya dan apa salahnya jika dia membalas kebaikan wanita itu pula.

“Aunty saya akan kabulkan harapan aunty,saya akan dermakan ginjal saya untuk anak aunty.”Miranda berkata sambil berjalan kea rah mereka.

“Ya Allah nak,benar kamu mahu tolong  aunty?tanya puan Haslin semula dia bagai tidak percaya mendengarnya.Miranda menganggukan kepala.

“Dengar tu Rashed ada orang mahu dermakan ginjalnya untuk kamu,kamu pasti sembuh.”kata puan Haslin sambil tangannya mengelap sisa air mata.

Rashed memandang wajah lembut Miranda dia tertawan , “cantik sungguh wanita yang ada di hadapannya,dan dia kelihatan baik ”gumam Rashed di dalam hati .Rashed tersenyum tawar.

“Terima kasih kerana sudi menolong saya.”Rashed berkata tersekat-sekat.

“Ya sama-sama ,awak tidak perlu risau dan jangan banyak bergerak ya.?”Miranda menenangkan.

“Rashed mama keluar dulu mama mahu berbual dengan Miranda.Kalau ada apa-apa beritahu mama ya.”Puan Haslin berkata sambil berjalan keluar.

“Miranda adakah benar kamu mahu tolong aunty,?kamu sudah fikir panjang nak.”

“Ya aunty, bukankah aunty sudah menolong keluarga saya jadi saya ingin membalasnya.”

“Ya Allah nak,aunty tolong kamu ikhlas,kamu seorang wanita dan kamu akan melahirkan,wanita yang ingin melahir tidak boleh mempunyai satu ginjal itu bahaya buat kamu.”Puan Haslin masih berkata.

“Aunty saya tolong ikhlas,hal itu jangan aunty risau Allah pasti akan menolong saya.”Miranda berkata. Dalam hati dia akan senang jika wanita itu mahu menerima pertolongannya dan dia harus menyakinkan wanita itu.

Dia memandang wajah gadis di hadapannya ,ada sinar keikhlasan yang terpancar di matanya.Gadis ini sangat baik dan tanpa sengaja wanita itu memeluknya erat.Miranda juga membalas pelukan itu.

“Miranda esok pagi kamu datang kesini kita buat check up,kita harus periksa dulu sama ada ginjal kamu sesuai atau tidak dengan anak saya.”puan Haslin berkata sambil tersenyum.

“Ya aunty besok saya akan datang.”Miranda berkata dan sebelum itu dia meminta izin untuk pergi dia harus ke wad ayahnya sebelum masa melawat tamat.

Encik Borhan masih tertidur,Miranda menatap wajah ayahnya dengan penuh kasih.
Miranda memegang tangan ayahnya lembut.

“Ayah besok Miranda akan lakukan test untuk buah pinggang,jika sepadan Miranda akan dermakan salah satunya. Miranda harap ayah faham dan tidak akan marah dengan apa yang akan Miranda lakukan,dan Miranda minta doanya ya.”Miranda berkata dalam tangis.

Rumah agam Qasirah .

Puan Melissa mencari suaminya,tetapi tidak berjumpa dan dia berfikir ingin mencari suaminya di studio Zafran yang terletak di bahagian tepi rumah.Dia terdengar suara orang sedang berbual. Dari celah daun pintu Puan Melissa mencuri dengar pembicaraan dua beranak yang sedang asyik.


“Zafran sampai bila kamu mahu melukis?papa mahu kamu berjaya sama seperti Zulfikar.”encik Ibrahim sudah memarahi anak bongsunya.

“Papa kan tahu jiwa Zafran hanya pada lukisan,Zafran tak suka duduk di pejabat macam abang.”Zafran berkata lembut.

“Baiklah.Zafran bila lagi kamu nak berumahtangga,papa tak sabar mahu lihat kamu berkahwin dan memberikan papa cucu.”encik Ibrahim berkata lagi sambil memandang lukisan yang ada disitu.

“Pasti zafran akan bawa jumpa papa,”Zafran berkata sambil tersenyum.

“Jadi kamu sudah ada kekasih?jadi papa minta kamu bawa dia kesini segera.”Bapanya berkata lagi.


“Apa?papa meminta zafran untuk berkahwin,ini tidak boleh di biarkan ,Zulfikar harus punya anak dahulu.Aku tidak mahu kalau harta keluarga ku jatuh ke tangan Zafran.”Puan Melissa berkata dengan marah sambil membelakangkan tubuhnya di balik pintu sebaik dia ternampak suaminya ingin berjalan  keluar.Dia tidak mahu suaminya itu tahu.

“Papa ,mama cari dari tadi rupanya papa ada disini.?”Puan Melissa bertanya suaminya.

“Ya ma,papa tadi jumpa Zafran sekejap.Papa meminta dia untuk mendirikan rumahtangga segera.adakah mama setuju.?”En Ibrahim bertanya.

“Ya kalau itu yang terbaik untuk Zafran ,mama setuju saja,lagipun Zafran sudah dewasa
Dia juga harus punya keluarga sendiri.”Terang Melissa lembut.

“Baik lah ,papa pergi pejabat dulu,papa  ada mesyuarat pagi jadi tidak boleh terlambat.”Encik Ibrahim berkata lalu masuk ke dalam perut kereta.

Farhana memandu laju,dia menangis hatinya sangat pilu.

“Puan dari hasil ujian yang kami jalankan ,puan di sahkan mandul.” Doktor pakar kandungan memberitahu.

“Apa….. saya mandul.”Farhana menjawab,

“Tidak mungkin aku mandul.Ya Allah  apa yang harus hamba katakan pada suami hamba .”Farhana berkata sendiri,dia sudah menangis hiba.Sampai di rumah Farhana turun dan terus berlari masuk ke rumah tetapi sempat di tegur puan Melissa.


“Ana kenapa kamu menangis?”Melissa memandang raut wajah menantunya.

“Tidak ada apa mama.”Farhana berkata pantas.

“Kalau tidak ada apa-apa mengapa mata kamu berair.”puan Melisa berkata lagi.

“Masuk habuk tadi ,sebab tu mata berair.”Farhana memberi alasan dia tidak mahu mertuanya tahu akan hal itu.


“Ana bila kamu mahu beri mama cucu.”Puan Melissa berkata lancar.Tertegun Farhana seketika,mana mungkin dia memberikan mertuanya cucu.Dia sudah di sahkan mandul.

“belum ada rezeki lagi mama tapi mama tak perlu risau kami ada buat check up kandungan,”Farhana berkata perlahan.

Kartika memakir kereta BMW miliknya di hadapan bungalow milik besannya ,dia  ingin melawat anaknya farhana tetapi dari luar dia sudah mendengar suara besannya bising.Di pintu masuk dia melihat Melissa sedang memarahi anaknya.Kartika meluru masuk untuk meredakan keadaan.

“Sampai bila..?kamu sudah berkahwin sepuluh tahun tapi hasilnya mama tak nampak sama sekali.Atau kamu mandul ?”Puan Melissa sudah meninggikan suaranya.

“Sabar Melissa ,farhana bukan mandul mungkin belum ada rezeki.Kamu banyakkan bersabar,pasti ana akan memberikan kamu cucu.”Terang Kartika sambil memegang bahu Melissa lembut dia tidak mahu Melissa terus marah.

“Tidak Kartika, aku akan memberikan anak kamu masa selama setahun untuk memberikan  kami keturunan.Jika itu tidak berlaku aku akan meminta Zulfikar untuk menceraikannya.”Melissa berkata sambil berjalan keluar.

Farhana yang mendengar terus melarikan diri ke bilik.Dia menangis lagi.Kartika yang melihat mengejar anaknya .Di dalam bilik Kartika melihat anaknya menangis.

“Ana,kenapa dengan kamu sayang.”Kartika berkata lembut sambil mengelus rambut anaknya.

“Mama apa yang harus Ana buat?Ana tidak mahu kehilangan Fikar.Ana boleh mati kalau hidup tanpa dia.”Ana sudah menangis teresak-esak.Dia tidak mahu kehilangan suami tersayang.

“Apa ajalah kamu nie,kamu beri saja anak dan mertua kamu tidak akan pisahkan kamu.”Kartika berkata.

“Tapi mama…”Farhana berkata sambil bangun dari kerusi.”

“Tapi apa?kamu tidak mandul kan sayang.”Kartika bertanya.

“Ana mandul mama,ana tak boleh bagi keturunan pada fikar.”Farhana memberitahu.

“Apa…?”Kartika terkejut.

“ Mandul,tidak mungkin,itu tidak boleh terjadi dia harus lakukan sesuatu”Kartika berkata dalam hati..Dia tidak mahu kalau harta yang di idamkan  itu jatuh ke tangan orang lain.Harta itu hanya miliknya.

“Ana sudah ,jangan menangis lagi mama akan tolong kamu,kamu tidak boleh di ceraikan.”Kartika memujuk anaknya.

“Macam mana?apa mama nak buat .”Farhana bertanya lancar.

“Kamu pujuk suami kamu untuk dapatkan sample air maninya.Kita akan lakukan proses isiminasi dan serahkan pada mama besok.”Kartika berkata.

“Tapi mama aku tetap mandul.”Farhana berkata sayu.

“Jangan risau tentang itu mama akan mencari wanita untuk menghamilkan bayi .”Kartika berkata.Dia akan melakukannya demi harta.

“Mama Ana tidak mahu.”Farhana marah

“Jadi kamu memilih untuk jadi janda?ya sudah mama tidak akan tolong kamu.”Kartika sudah mahu pulang.

“Ana tidak mahu kehilangan Fikar,tapi ana juga  tidak sanggup kalau ada  wanita lain yang hamil anak dari benih suami Ana.”Farhana berkata lemah.Langkah Kartika terhenti bila mendengar suara anaknya.

“Ana jangan risau,mama akan lakukan tanpa perempuan itu tahu siapa suami kamu.”Kartika berkata lembut memujuk.

“Baiklah tapi…”Farhana terdiam.

“Rahsia ini hanya mama dan Ana yang tahu.Mama tidak akan menbocorkannya.Sudah jangan menangis kamu focus dengan suami kamu.Pujuk dia untuk lakukan proses itu dan mama pulang dulu,mama harus cari wanita yang padan untuk di jadikan ibu ganti.”Kartika memeluk anaknya dan berjalan pulang.

Lewat petang Zulfikar baru sampai ke rumah.

“Assalamualaikum mama,papa.”Zulfikar memberi salam.

“Waalaikumsalam.”kedua mereka menjawab serentak.

“macam mana dengan kerja di pejabat?”Encik Ibrahim bertanya.

“Semuanya ok,projek kita dengan Dewa Group berjalan lancar.”Zulfikar memberitahu.

“Papa,mama Fikar naik ke atas dulu nak mandi.”Fikar berkata sambil berjalan menuju arah tangga.

“Sayang,buat apa nie.”Fikar menegur isterinya di beranda luar.

“Abang,bila abang balik?Ana saja diri kat sini ambil angin.”Farhana berkata sambil tersenyum.

“Abang baru aja sampai,ok lah sayang abang nak mandi dulu badan rasa melekit lah.”Fikar berkata sambil mencapai tuala dan berjalan ke kamar mandi.

Selesai mandi Fikar masih melihat isterinya berada di beranda,dia berjalan senyap.Sampai dibelakang Fikar merangkul dan mencium pipi isterinya.

“Sayang  masih dekat sini.Mari masuk hari dah nak magrib tak elok diri kat luar .”
Fikar berkata sambil membawa isterinya  kedalam.

Ala sekali sekala bukan selalu.”Farhana tersenyum dan melepaskan pelukan suaminya .
Farhana duduk di birai katil.Dia memandang wajah suaminya.Lama dia terdiam.

“Sayang kenapa tiba-tiba diam?”Fikar bertanya.

“Abang besok boleh tak ikut Ana ke Hospital,?”Farhana bertanya.

“Ke Hospital buat apa?”Fikar bertanya semula.

“Doktor perlukan sample air mani abang untuk proses Isiminasi.”Farhana berkata perlahan.

“Isiminasi,?”Fikar mengerutkan dahi.

“Kenapa pula?”Fikar bertanya tidak puas hati.

“Abang tolong lah,saya cuma perlukan sample itu.Pagi tadi Ana ada check up tapi doktor kata rahim ada masalah ,jadi doktor syorkan Ana untuk buat proses tu.Proses itu tidak merbahaya sample abang akan di suntik ke dalam  rahim Ana untuk memudahkan kehamilan.Kita cuba ya.”Farhana sudah merayu.

“Baiklah,kita cuba.”Fikar berkata sambil memeluk isterinya.

“Maafkan ana,ana terpaksa menipu abang.”gumam Farhana di dalam hati.

Café Sejahtera.

“kenapa aunty nak saya yang hamil.”seorang gadis seksi bertanya.

“Kamu mahu tahu?kerana saya mahu cucu saya itu kelihatan cantik,saya tidak mahu wanita hodoh yang melahirkan.”Kartika bersuara.

“Baiklah berapa yang aunty akan bayar kepada saya.”Gadis itu berkata lagi.

“Saya akan bayar kamu lima ratus ribu sebaik saja kamu melahirkan.”Kartika berkata angkuh.

“Baiklah,tapi apa buktinya.”Gadis seksi itu berkata lagi.

“Saya akan bayar satu ratus ribu sebagai pendahuluan bakinya selepas kamu memberikan saya bayi itu.Tapi ingat Kemboja,kamu harus menjaga kandungan kamu baik-baik saya tidak mahu bayi itu cacat ,saya sudah membayar kamu mahal.”Kartika memberi amaran.

“Jangan risau asalkan semuanya berbaloi saya akan menjaganya dengan baik.”Kemboja berkata sambil tersenyum.

“Jangan kamu asal berkata,kamu harus buktikan kepada saya,dan satu lagi semua pembelanjaan semasa kamu hamil saya akan tanggung,Faham.”Kartika memberitahu.

“Ya saya faham,jadi bila kita lakukan proses tu.?”Kemboja bertanya,dia sudah tidak sabar dengan habuan yang akan dia dapatkan.

“Besok pagi pukul sepuluh jumpa saya di Hospital Sri Andalas.”Kartika sambil bangun..

“Saya balik dulu,dan ingat apa yang saya pesan ,satu lagi rahsiakan semuanya,faham.”Kartika berkata sambil berlalu.


Dalam perjalanan pulang Kartika mengeluarkan handphone Blackberry miliknya dia harus menghubungi anaknya , dan dia berharap anaknya dapat memujuk menantunya untuk melakukan proses isiminasi.

“Sayang macammana kamu dah pujuk Fikar.?”Kartika bertanya pantas sebaik mendengar suara anaknya.

“Sudah dan Fikar setuju.”Farhana berkata perlahan.

“Bagus,jumpa mama pukul 10.00 pagi di Hospital Sri Andalas ok.”Kartika berkata sambil memutuskan talian.Dia tersenyum .

“Akhirnya semua yang akan aku  rencanakan akan berjaya.”Kartika berkata sendiri dia ketawa senang.

Keesokan hari Miranda sudah mahu keluar,dia akan ke hospital.Hari ini ada ujian ginjal.Jika sepadan dia akan melakukan pemindahan ginjal pula.Setelah siap Miranda meminta izin keluar dari mamanya.Setelah itu Miranda  berjalan keluar,dia harus menaiki teksi jika ingin ke hospital .Sampai di muka pintu hospital puan Haslin sudah berada di situ ,terus datang menyapa.

“Assalamualaikum Miranda.”Puan Haslin memberi salam.Miranda yang mendengar segera menjawab salam.

“Miranda kamu sudah siap untuk lakukan ujian itu?”Puan Haslin berkata sejurus Miranda menjawab salam.

“Saya sudah bersedia aunty.”Miranda menjawab pantas sambil memegang  tangan puan Haslin.

“Dokumen telah aunty siapkan,ini failnya.”Puan haslin berkata sambil mengunjukkan fail berwarna kuning kepada Miranda.

“Miranda ,kamu pergi dulu ke kaunter hujung sana dan serahkan fail ini.Aunty nak jenguk Rashed dulu.Nanti setelah selesai aunty jumpa kamu di ruang tunggu ya.”Puan Haslin berkata lagi sambil tersenyum.Miranda cuma menganguk faham.

Puan Kartika sudah sampai di ruang tunggu hospital,matanya masih mencari-cari kelibat Kemboja,tapi tidak nampak bayang wanita yang di cari.Selang beberapa minit seorang gadis menyapanya.

“Aunty maaf saya terlambat jalan sesak.”Kemboja berkata pantas.

“Maaf..maaf,ya sudah ini dokumen untuk kamu.Saya sudah siapkan semua dan nama kamu sekarang adalah Farhana Ismail dan saya terpaksa lakukan itu kerana proses ini hanya di bolehkan untuk suami isteri faham!.”Kartika berkata sambil menghulurkan fail.Fail kuning telah bertukar tangan.

“Baiklah saya faham.”Kemboja tersenyum.

“Bagus.Kamu pergi ke kauter hujung sana dan serahkan dokumen ini.Saya ingin berjumpa dengan anak saya dulu.Apa pun selepas selesai, jumpa saya di sini.”Kartika berkata sambil berjalan kearah anaknya.

Mereka berdua berjalan pantas dari arah bertentangan dan tanpa sengaja Kemboja terlanggar Miranda dan fail yang mereka bawa jatuh ke lantai.Mereka memandang sesama sendiri,dan serentak itu mereka tunduk untuk mengambil fail yang berada di lantai.

“Maaf,”Kemboja berkata dengan sombong.

“Tidak mengapa.”Miranda menjawab sambil tersenyum.

Setelah mengambil fail masing-masing mereka berdua berjalan ke kaunter. Sampai di kauter Miranda dan Kemboja menyerahkan fail masing-masing kepada jururawat di situ. Jururawat bertugas  meneliti fail yang di berikan dan mereka berdua dibawa ke ruangan mereka masing-masing.

Sebelum masuk ke bilik rawatan Miranda di minta untuk menukar pakaian,selesai berpakaian Miranda di minta untuk berbaring di katil,lalu  doktor dengan pantas memeriksa tekanan darah dan  Miranda di minta untuk bertenang sementara doktor memberi suntikan ubat Domicuum. Beberapa saat kemudian Miranda terlelap dan doktor melakukan proses isiminasi dimana sample air mani di masukkan ke dalam rahim Miranda.
Diruangan lain Kemboja di minta untuk berbaring dan doktor melakukan scan dibahagian bawah  perut.Kemboja keliru seketika.

“Kenapa pelik sangat,proses isiminasi macam ni ke?Ah biarlah asal semuanya lancar dan tidak menyakitkan aku ,diam aja sudah.”Gumam Kemboja dalam hati.Apabila selesai Kemboja di benarkan pulang.

Talipon Farhana berbunyi nyaring.Farhana melihat keatas skrin ternyata panggilan itu dari rumahnya.

“Farhana kamu kemana saja?mama cari tapi kamu tidak ada.”Puan Melissa berkata lancar.Dari nada suaranya Farhana tahu mertuanya sedang marah.

“Ana ada dekat hospital sekejap lagi Ana balik ya.”Farhana menjawab.

“Baiklah cepat sikit ya,hati-hati kalau memandu.”Melissa mengingatkan sebelum mematikan talian.

“Mertua kamu ya.”Kartika berkata.

“Ya ,mama Ana balik dulu ya.Kalau ada apa-apa mama call Ana.”Farhana meminta izin.Puan Kartika menganguk dan duduk kembali.Dia masih setia menunggu Kemboja.

“Kemboja bagaimana semuanya ok atau tidak.”Kartika bertanya sebaik ternampak kelibat Kemboja.

“Semuanya lancar tapi saya pelik dengan cara pemeriksaanya itu saja.”Kemboja berkata lancar.

“Ahh… yang itu kamu tidak payah fikir,apa yang penting semuanya sudah selesai dan saya mahu kamu jaga kandungan itu baik-baik faham!.”Kartika berkata lagi.Mereka berpisah di situ dan Kartika menuju ke rumah Agam Qasirah.Dia ingin bertemu dengan besannya Melissa.

Miranda baru keluar dari bilik rawatan kesan ubat penenang masih belum hilang sepenuhnya lalu Miranda mengusap bahagian bawah perut.Dia terasa nyeri dibahagian itu.

“Kenapa perut aku sakit?aduh,tahan sikit Miranda.”Miranda berkata sendiri.

“Aunty.”Miranda menyapa sebaik saja melihat Puan Haslin.

“Miranda apa kata doktor?”Puan Haslin bertanya.

“Doktor tak cakap apa-apa tapi sewaktu ambil ubat jururawat pesan untuk datang semula selepas tiga minggu.”Miranda berkata sambil menahan sakit.

“Kamu sakit ya,kamu balik dan rehat dulu ya jangan lupa makan ubat.”Pesan Haslin.

“Tak apalah,aunty saya nak jenguk ayah dulu ,lepas itu baru balik.”Miranda berkata pantas.

“Baiklah.”Haslin tersenyum lalu mereka berpisah di situ.



















Miranda berjalan ke wad ayahnya ,sebaik membuka pintu Miranda melihat seorang jururawat sedang mengemas katil ayahnya.Miranda terkejut.

“Nurse di mana ayah saya?”Miranda bertanya gugup.

“Oh En Borhan sudah di bawa pulang,”jawab jururawat berbangsa cina.

“Pulang?Baik lah terima kasih.”Miranda berkata sambil berjalan pulang.


“Assalamualaikum..”Miranda memberi salam sebaik sampai di rumah.

“Mama,kenapa mama bawa ayah pulang?dia masih belum pulih.”Miranda berkata cemas.

“Miranda ,mama terpaksa bawa ayah pulang,kita harus jimat nak.Dimana kita nak cari duit .Kamu sendiri  sudah tak ada kerja,kita perlu makan Miranda.”Lisa berkata lembut.Dia sangat berharap agar anak itu memahami maksudnya.

“Miranda akan tetap cari kerja ,mama jangan risau ya.”Miranda berkata ,dia memandang mamanya.

“Miranda,tentu mama risau mana adik kamu minta duit untuk belajar,makan kita lagi,barang dapur pun dah makin habis.”Lisa berkata lembut.

“Baiklah,mama besok Miranda cari kerja lagi. Miranda masuk dulu nak jenguk ayah.”Miranda meminta izin.Lisa mengangukan kepala sambil  tersenyum sinis.

Encik Borhan terasa haus dia ingin mengambil air minuman yang terletak di penjuru katil.Dia bangun perlahan-lahan di capai gelas di sisi.Miranda yang melihat segera mengambil gelas di tangan ayahnya.

“Ayah,kenapa ayah bangun,kalau ayah haus pangil Miranda atau mama,biar kami bantu.”Miranda berkata .

“Miranda ayah rasa haus,dan ayah tidak mahu susahkan kamu semua.”Ayahnya berkata perlahan .Miranda menuangkan air putih dan di hulurkan kepada ayahnya.

“Ayah tidak pernah susahkan kami,kami bertanggungjawab atas ayah.Ayah kan sakit.”Miranda berkata sambil memeluk ayahnya.Encik Borhan membalas pelukan anaknya.

“Kamu memang anak yang baik,ayah sayang kamu Miranda.”Encik Borhan berkata sambil menangis.

“Sudahlah ayah rehat ya,kalau ada apa-apa ayah panggil Miranda.”Miranda berkata sambil membantu ayahnya berbaring semula.Lalu Miranda mengucup dahi ayahnya.

“Miranda sayang ayah.”Miranda berkata dalam hati.

Kartika sudah sampai di rumah agam Qasirah.Dari dalam kereta dia melihat Melissa dan anaknya sedang duduk santai di laman rumah.Kartika turun dari kereta dan berjalan kearah taman ala bali itu.Kartika memberi salam ,selepas salamnya di jawab.Melissa mempersilakan besannya untuk duduk.

“Melissa kamu dah dapat berita baik atau belum.?”Kartika bertanya dia sudah mengukirkan senyuman plastik .

“Berita baik??”Melissa bertanya,dia tidak memahami dengan apa yang di maksudkan.

“Ana,kamu tak beritahu mertua kamu tentang kehamilan kamu ?”Kartika berkata sambil memandang anaknya.Farhana terkaku tetapi masih berusaha untuk senyum.

“Kehamilan??Ada apa ini ,cuba kamu beritahu mama Ana.”Puan Melissa bertanya.Dia sudah memandang wajah menantunya,dan dia mahukan jawapan.

“Melissa,begini,Ana di sahkan hamil.”Kartika berkata lalu tersenyum senang .

“Apa..,hamil.?”Melissa seakan tidak percaya.

“Ya mama Ana sedang hamil.”Farhana berkata perlahan.Dia tersenyum paksa.

“Alhamdulillah… akhirnya Allah mengabulkan permintaan mama.”Melissa berkata senang.Dia sangat gembira.Melissa mencium wajah menantunya hatinya benar-benar girang.

“Kartika kamu duduk berbual-bual dulu saya ingin sampaikan berita gembira ini kepada suami saya.”Melissa bangun dan berjalan kedalam rumah.

“Mama kenapa mama cakap macam tu.Kalau Kemboja tidak hamil macam mana.?”Farhana sudah marah.Dia benar-benar risau dan sekarang dia harus menipu.

“Sayanggg …,dengar cakap mama ok.Kemboja akan hamil ,dia wanita yang subur.Dia tidak mungkin mandul mama sudah bayar dia mahal tau.”Kartika berkata perlahan.Matanya di lirik kearah depan taman dia  harus hati- hati,Dia tidak mahu kalau besannya mendengar apa yang di bualkannya.

“Mama tahu kan Ana tidak pandai berbohong,kalau mama Melissa tahu macam mana,tentu dia minta Fikar menceraikan Ana.”Farhana berkata tidak puas hati.

“Itu pasal kamu kena guna otak kamu,mama hantar kamu belajar tinggi tau,jadi sebelum berbual fikir dulu jangan sampai salah cakap faham!”Kartika berkata suaranya di tekan kedalam .Dia sebenarnya turut risau, anaknya itu memang tidak pandai berbohong.Seandainya perkara itu terjadi… segala harta yang di impiankan  akan hancur.

“Mama… Ana di hantar belajar bukan untuk berbohong..”Farhana membalas kata-kata ibunya.Hatinya sangat sakit sebaik mendengar kata-kata ibunya.

“Sudah …mama tak mahu dengar lagi.Ikut saja apa yang mama rancang.Mama tidak mahu kalau harta itu sampai ke tangan orang lain.”Kartika membuat keputusan.

“Mama…Ana sendiri sedang serabut Ana tak boleh nak fikir apa-apa.Ini tidak apa yang ada di kepala otak mama hanya harta dan duit ,Hati Ana mama ada fikir.”Farhana membuntangkan matanya suaranya sudah mula  meninggi.

“Ana perlahankan suara kamu.Kamu mahu mertua kamu dengar?.”Kartika memberi amaran.Farhana mendiamkan diri selepas melihat mertuanya datang .

“Kartika saya sudah beritahu abang Ibrahim,dan dia sangat gembira,saya fikir saya ingin buat kenduri kesyukuran untuk calon cucu saya.”Melissa berkata tangannya mengusap lembut perut Farhana.Farhana hanya membiarkan.Kartika yang memerhati hanya tersenyum,rancangannya akan berjaya.

“Melissa hari dah petang saya balik dulu ya.”Kartika meminta izin .

“Baiklah ,hati-hati .”Melissa berkata pantas.Farhana melihat mertuanya tersenyum .Dia tahu pasti mertuanya tidak sabar ingin menimang cucu.Tapi apakan daya dia tidak dapat lakukan semua itu.Dia bukan wanita sempurna.

“Zafran,kamu  jangan pernah bermimpi untuk mendapatkan harta yang sepatutnya jadi milik Zulfikar.Aku tidak akan benarkan.”Melissa berkata di dalam hati.

“Ana hari dah petang ,mari kita masuk.”Melissa berkata sambil tanganya mengusap lembut bahu menantunya.Farhana mengangguk.

Jam di dinding sudah menujukan  angka lapan. Suami dan anaknya masih belum pulang.Melissa mundar mandir di ruang tamu,Farhana hanya melihat reaksi mertuanya.

“mama bunyi kereta Fikar pasti mereka sudah pulang.”Farhana berkata dan melangkah ke hadapan untuk membuka pintu..

“Abang,papa kenapa lambat balik?”Farhana bertanya.

“Ya,kenapa kamu berdua sampai lambat dah pukul lapan pun,risau mama.”Melissa berkata pula.Melissa mengambil beg bimbit dari tangan suaminya dan mereka berjalan beriringan ke ruang tamu.

“Mama jalan sesak ,ada kemalangan tadi.”Zulfikar menjawab dia tersenyum.

“Papa,Fikar mama ada hal nak cakap,kita duduk dulu ya.”Melissa berkata.Encik Ibrahim dan Fikar hanya angguk tanda faham.

“Mama ingat nak buat kenduri doa selamat,sebagai tanda syukur.Kamu setuju Fikar?”Melissa bertanya.Fikar memandang wajah mamanya lama dan dia memang  sudah di maklumkan dengan kehamilan isteri tersayangnya itu tengahari tadi.

“Fikar setuju aja,lagipun kita memang harus bersyukur dengan kurnia yang di berikan oleh Allah.”Fikar berkata sambil tersenyum dia memegang tangan isterinya lembut.

“Baik lah kalau begitu minggu depan kita akan adakan kendurinya.”Melissa tersenyum.

“ Bilalah waktu itu akan tiba.. Papa sudah tidak sabar ingin menimang anak kamu.”Encik Ibrahim berkata dia memandang wajah menantu kesayangannya.

“Sabar,masanya akan tiba papa.Baiklah Fikar naik dulu,nak mandi dan sembahyang isyak.”Fikar berkata dan meminta diri.Farhana mengikuti suaminya.Selesai mandi Zulfikar menunaikan solat .Sewaktu Zulfikar berdoa farhana mendengar suaminya meminta keselamatan dan kesejahteraan anaknya,suaminya berdoa dan meminta dengan sangat tulus.Tidak semena-mena air mata Farhana gugur di pipi.

“Ya Allah maafkan hamba kerana berbohong,hamba tidak mahu kehilangan suami hamba.”Farhana berkata di dalam hati  sambil menangis.

“Sayang menangis?.”Fikar bertanya, tangannya menyapu air jernih yang ada dipipi isterinya.


“Abang ini air mata gembira,setelah sepuluh tahun kita berkahwin baru sekarang saya di sahkan hamil.”Farhana berbohong.Fikar memegang bahu isterinya direnung anak mata Farhana dalam.

“Sayang,walaupun kita tidak punya anak,abang tetap sayang dan cintakan Ana.Abang akan jaga Ana dengan baik.”Fikar berkata sambil mengucup pipi isterinya.Farhana tersenyum pahit.

“Terima kasih,abang dan maaf kerana Ana berbohong.”Farhana berkata sendiri.Dia memeluk suaminya erat.Zulfikar melonggarkan pelukan isterinya.

“Ana rehat dulu abang nak jumpa dengan Zafran sekejap.”Fikar berkata sambil berjalan keluar.Farhana mengangukan kepala sambil tersenyum.

“Zafran,”Fikar berkata sambil menepuk bahu adiknya.

“Abang…ada apa.?”Zafran bertanya semula.

“Kamu tidak mahu bekerja di pejabat?”Fikar bertanya sambil duduk di tepi kolam renang.

“Abang,zafran suka melukis,rasa tak selesa pula bila harus ke pejabat .Lagipun papa kan ada di sana.?”Zafran berkata sambil menguis kakinya di dalam kolam.

“Zafran abang tidak paksa kamu,tapi ini untuk masa depan kamu.Abang tahu kamu memang suka melukis tapi apa salahnya kalau kamu buat secara sambilan.”Fikar masih cuba memujuk.

“Nanti saya fikirkan ya.”Zafran tersenyum.

“Oh ya,kamu akan jadi pakcik tak lama lagi.”Fikar berkata riang.

“Oh,baguslah kalau begitu,saya juga tumpang gembira.Tahniah.”Zafran berkata sambil sambil memeluk Zulfikar.

“Aku akan lukiskan sebuah potret bayi untukmu abangku.”Zafran berkata didalam hati.

Di sebuah rumah mewah lainnya Kartika masih sibuk mendail nombor talian Kemboja.Kartika yang mundar-mandir di ruang tamu merungut marah kerana panggilannya masih tidak di jawab.

“Selamat malam aunty?ada apa talipon saya malam-malam.??”Kemboja menjawab bagai orang mabuk…

“Kemboja….kamu mabuk?Kamu ini gila apa,pasti kamu di kelab malamkan.”Kartika sudah marah-marah suaranya sudah meninggi.

“Ya.. lah aunty tempat bising macam nie tentu lah di kelab malam,takkan di masjid pula.”Kemboja berkata lagi  ditangannya ada gelas berisi arak.Dia tertawa kuat kemudiannya.


“Kemboja.. saya ingatkan kamu,jaga kandungan kamu saya tidak mahu cucu saya cacat gara-gara kamu minum faham!!!”Kartika meninggikan suaranya lagi .Geram benar hatinya.Kalau saja gadis itu ada di hadapannya dia akan kerjakan gadis itu cukup-cukup biar tahu rasa.

“Tenanggg … aunty jangan marah-marah,nanti sakit jantung tau.Saya akan menjaganya jangan risau sangat ok”Kemboja berkata sambil ketawa lalu jari rucingnya menekan butang merah.Talian dimatikan.

“Kemboja…hello..hello kemboja…”Kartika sudah memekik.

“Sial…Berani dia matikan handphone,kau tidak tahu siapa  aku kemboja.”Kartika berkata sendiri.

Tiga minggu berlalu,Miranda masih tidak mendapatkan sebarang pekerjaan,dia duduk termenung di birai katil.Tas tangan dibuka dan di ambil sekeping kad yang pernah di berikan oleh seorang pemuda.Pemuda itu adalah zafran.Sedang dia berfikir-fikir taliponnya berbunyi.Kad di tangan di simpan semula.

“Assalamualaikum ..Miranda” tanya puan Haslin.

“Waalaikumsalam aunty apa khabar dan ada apa ya .”Miranda bertanya.

“Aunty sihat saja,begini sekarang kan sudah genap tiga minggu,jadi apa kata kalau Miranda datang untuk check up setetusnya.”Puan Haslin memberitahu.

“Oh iya,saya terlupa pula,nasib baik aunty beritahu saya.”Miranda berkata sambil tertawa.

“Baiklah besok Miranda datang jumpa aunty dihospital.”Miranda memberitahu pantas.Selang beberapa minit kemudian talian di matikan.

Di luar apartment mewah Cenderawasih,kelihatan seorang wanita,sedang mundar mandir di situ.Itu adalah Puan Kartika.Kartika sudah mula bosan berdiri ,dia sudah penat menunggu.

“Mana lah perempuan nie…”Kartika sudah kelihatan marah.Mukanya sudah merah padam..

“Haii.. aunty,lama tunggu ,kasihan aunty berdiri di luar,jom masuk..”Kemboja tersenyum sambil membuka pintu rumahnya.

“Kamu ini ada saja alasan,tekak saya ini naik haus tunggu kamu tau.Satu jam kamu pergi kemana,?”Kartika sudah menempik.

“Oppss sabar lah,aunty ku sayang,saya sibuk kerja kumpul wang.”Kemboja tertawa lalu melangkah ke dapur untuk mengambil minuman.

“Minum aunty.”Kemboja menghulurkan segelas jus oren kepada tamunya.

“Terima kasih,”Kartika menjawab.Kemboja hanya memerhati dengan ekor mata bibirnya tersenyum.

“Straigt to the point ..Kemboja sekarang sudah  tiga minggu kamu lakukan proses isiminasi ,saya nak kamu lakukan ujian kehamilan.,”Kartika berkata sambil menhulurkan pad ujian kehamilan.Kemboja mengambilnya.

“Kamu lakukan seperti arahan yang tertera di situ.Aunty tunggu di sini.”Kartika mula mengarah.Kemboja berjalan ke kamar mandi dan dia akan melakukan ujian kehamilan.

“Aku pasti hamil,dan wang yang banyak itu  akan menjadi milikku..sabar Kemboja...”Kemboja memandang pad dihadapannya sambil tertawa kecil.Kemboja melakukan seperti yang di arahkan di situ.

“Kemboja kenapa lama sangat cepat keluar..”Kartika sudah mengetuk pintu kamar mandi.

“Ya sabar…”Kemboja sudah merungut.Kemboja keluar dan memberikan hasil test kepada Kartika..


“Apa nie…”Kartika sudah membuntangkan matanya.

“Kamu tidak hamil…?”Kartika sudah membalingkan hasil ujian itu ke lantai.Wajah Kemboja berubah pucat.

“Mati aku…tapi kenapa aku tidak hamil sedangkan aku sudah melakukan ujian seperti yang mereka mahukan..”Kemboja berkata sendiri.Kemboja cepat-cepat tersenyum dia cuba menyembunyikan rasa takut dari pengetahuan Kartika.

“Aunty sabar ok..saya pasti akan hamil.Lagipun masih terlalu awal untuk lakukan ujian itu kita tunggu minggu depan ok.”Kemboja berkata pantas.

“Baik saya tunggu minggu depan tapi ingat kalau kamu cuba menipu saya.Kamu akan tahu dengan siapa kamu berurusan..Faham.”Kartika mengugut lalu melangkah pergi .Kemboja menelan liur sebaik mendengar ugutan itu.


“Aku harus dapatkan duit tu.Sial..kalau sampai aku tidak hamil…”Kemboja sudah menghempaskan tubuhnya.

Keesokan hari Miranda sedang bersiap-siap untuk bertemu Puan Haslin di hospital dia akan melakukan ujian kedua ginjal dan keputusan ujian tersebut akan dapat pada hari yang sama.

“Miranda…makan sayang…mama sudah siapkan sarapan.Ayah kamu pun sudah ada .”Lisa memanggil lembut.

“Ya ,mama sebentar.”Miranda menjawab pantas.Miranda sudah siap berpakaian dan dia berjalan menuju meja makan.Encik Borhan memandang.

“Miranda kamu tidak kerja hari ini?”Bapanya sudah bertanya.

“Uumm Miranda cuti ayah.”Miranda menjawab lambat,mata Miranda sudah tertuju pada mamanya,dan Lisa faham akan makna yang cuba disampaikan oleh Miranda.Miranda tidak mahu ayahnya tahu dia telah di buang kerja.Lisa mengangukan kepala.

“Ayah,sudah sihat?”Miranda bertanya sambil tangannya memegang bahu ayahnya.

“Miranda,ayah sudah sihat.dan ayah fikir,ayah mahu cari kerja.”Encik Borhan berkata.

“Ayah,baru saja lepas lakukan pembedahan,ayah masih belum sihat,lagipula Miranda kan ada jadi ayah tak perlu kerja lagi.Miranda akan bantu ayah cari duit untuk,mama,ayah dan Dania.”Miranda berkata dia tidak mahu ayahnya sakit lagi.Encik Borhan memandang wajah anaknya dengan penuh kasih,dia serba salah.

“Miranda izinkan ayah kerja,ayah mahu bantu kamu nak.Ayah selalu buat kamu susah.”En Borhan berkata manik jernih sudah membasahi pipinya.

“Ayah sudahlah,ayah tidak pernah susahkan Miranda,ini tanggungjawab saya sebagai anak.”Miranda berkata pantas ,dia memeluk ayahnya.

“Ayah,sudahlah ayah di rumah aja.Biar Miranda yang kerja lagipun ayah baru aja pulih.”Lisa berkata lembut.Dia memujuk suaminya.Walaupun hati kecilnya benci tapi dia harus cari muka.Watak wanita yang memahami akan dia lakukan ,semuanya kerana harta.

“Wahai harta tunggu aku..”Lisa berkata sendiri.

“Ayah,makan ya Miranda suapkan,”Miranda berkata.En Borhan hanya menganggukan kepala.Miranda menyuakan sesudu nasi goreng ke mulut ayahnya.Encik Borhan mengunyah perlahan matanya tertuju pada paras wajah anaknya yang muram.Lisa memerhati gelagat dua beranak itu,dia rasa meluat.

“Miranda kenapa kamu bersedih.?”Encik Borhan bertanya.Miranda memandang ayahnya lalu tersenyum.

“Ayah ,sudahlah jangan fikir macam-macam ya Miranda ok aja,dan tidak ada apa yang Miranda sembunyikan dari pengetahuan ayah.”Miranda berkata,tangan ayahnya dipegang lembut.En Borhan tahu anaknya berbohong.Pasti ada sesuatu yang di rahsiakan tetapi dia tidak akan bertanya.Selesai makan Miranda minta diri dia ingin keluar,sewaktu bangun dari kerusi Miranda terasa kepalanya pening.Encik Borhan yang melihat rasa cemas.

“Miranda kamu tak apa-apa nak, kalau kamu sakit kamu tak usah keluar rumah,kamu rehat saja.”Encik Borhan berkata cemas.Dia kasihan pada anaknya.

“Ayah Miranda ok aja ni,nanti Miranda makan ubat ya.”Miranda berkata sambil mengucup pipi ayahnya dia tersenyum.

“Miranda pergi dulu ya.”Miranda berkata sambil berjalan keluar rumah.

“Hati-hati Miranda,”Ayah dan mamanya berkata serentak.

Miranda berjalan kearah tempat menunggu teksi.Lama duduk di bangku ,Miranda berdiri pula.Miranda menahan sebuah teksi yang kebetulan menurunkan penumpang di situ.Dua puluh minit kemudian Miranda sampai ke destinasi .Miranda memantau sekeliling tapi kelibat wanita yang di cari tidak ada.

“Pasti puan Haslin menjenguk anaknya yang sedang sakit.”Miranda berkata sendiri,tanpa berfikir panjang Miranda menghayunkan kakinya menuju wad 1.Seperti yang di duga wanita itu ada bersama anaknya.

“Assalamualaikum aunty,”Miranda memberi salam.Puan Haslin menoleh lalu menjawab salam dan bibirnya menguntum senyuman.

“Miranda duduk sebentar ya,”Puan Haslin berkata.

“Rashed kamu apa khabar?”Miranda bertanya.Rashed memandang wajah Miranda dia tersenyum.

“Saya masih seperti yang kamu lihat,tidak ada perubahan dan saya masih terus berbaring di sini.”Rashed menjawab perlahan.

“Miranda …macammana dengan ayah kamu?”Rashed bertanya kemudian.

“Ayah saya alhamdullilah dia sudah hampir sembuh.”Miranda berkata semula.

“Nak,hari ini Miranda akan jalankan ujian ginjal yang kedua dan doktor bilang ginjalnya padan untuk kamu.”Puan Haslin berkata girang.Rashed tersenyum,dan  memandang
wajah cantik dihadapannya.

“Terima kasih,Miranda..”Rashed berkata ,ingin di gerakkan tangannya tapi dia tidak berdaya.Rashed bersedih kemudiannya.

“Rashed kamu jaga diri ya,mama dan Miranda ingin berjumpa dengan doktor.Kalau semuanya selesai kita akan terus lakukan pemindahan ginjal pada minggu hadapan.”Puan Haslin berkata dia memegang tangan anaknya erat.

“Baiklah,mama.”Rashed menjawab ringkas.Sejurus itu mereka berdua berjalan keluar,Rashed hanya memandang Miranda dengan sayu.

“Andai saja aku tidak sakit…”Rashed berkata di dalam hati.


“Mama…bila Miranda nak bagi duit nie.”Dania sudah menghempaskan badannya di sofa bilik mamanya.

“Sabar dania,Miranda belum dapat kerja macam mana kita nak dapat duit.”Lisa sudah duduk di sebelah anak gadisnya.

“Tapi..mama,Dania nak beli baju baru,kasut baru kalau tak ada duit macam mana Dania nak beli.”Dania masih merengek.

“Nanti mama fikirkan.”Lisa tersenyum seketika.Dania yang memerhati sekeliling suasana dalam rumah sepi.Baru dia tersedar dia tidak nampak ayahnya di rumah.

“mama..ayah kemana?Dania tak nampak pun.”Dania bersuara.Lisa mencebik dia berdiri tidak jauh dari anaknya.

“Si tua Bangka tu,keluar cari kerja..katanya ingin menolong Miranda.”Lisa berkata matanya meliar melihat kalau-kalau suaminya itu pulang.

“Kerja??wah baguslah boleh dapat duit dari ayah.”Dania berkata girang.

“Kamu ini,jangan suka sangat,belum tentu dia dapat kerja.Cuba kamu fikir mana ada orang mahu beri pekerjaan pada orang tua macam dia tu.”Lisa mula membebel.

“Tak kisah lah mama,asal Dania dapat makan sedap-sedap dan dapat duit banyak sudahlah,yang lain-lain biar mama yang fikir.”Dania tersenyum sumbing.

“Dania,mama sudah tidak sabar ingin mendapatkan tanah milik Miranda.Kalau saja si tua bangka itu mati sewaktu pembedahan tempohari.Pasti kita sudah angkat kaki dari sini.”Lisa berkata.

“Mama …kenapa nak tunggu ayah mati…kalau tak tunggu tak boleh ke.”Dania bertanya mamanya.

“Dania kamu ini kalau bercakap fikir dulu..mama sudah berpura-pura baik pada ayah dan Miranda selama lima belas tahun.Kalau mama lakukan rancangan mama ini sewaktu ayah kamu hidup pasti mama akan di ceraikan dan kita tidak akan dapat apa-apa.”Lisa berkata lanjut.

“Ya sudah..Dania akan tunggu hingga mama dapatkan tanah itu.Tapi mama janji lepas kita dapat tanah itu.Kita akan pergi dari rumah buruk ni ok.”Dania berkata tertawa manja.

“Sabar Dania mama pasti akan dapatkan apa yang kamu inginkan.”gumam Lisa di dalam hati.

Puan Haslin dan Miranda  duduk bersembang sementara menunggu angka gilirannya.Ruangan sederhana besar itu tidak menerima ramai kunjungan.Miranda terasa tekaknya loya dan kepalanya sedikit pening.Miranda berfikir mungkin kerana dia rasa sedikit takut .

“Ya Allah,bantu hamba untuk menghilangkan rasa gugup ini…”Miranda berkata dalam hati.

“Ya Allah terima kasih kerna Engkau mempertemukan  hamba dengan seorang gadis yang baik ini.Moga apa yang di hajati oleh anakku akan terkabul.”Puan Haslin berkata sendiri.

“Cik Miranda sila ikut saya,”arah salah seorang jururawat di situ.Miranda bangun dan berjalan perlahan  kakinya terasa lemah sekali.

“Cik Miranda jemput duduk saya ingin semak tekanan darah awak terlebih dahulu.”kata doktor berbangsa india .

“Tekanan darah awak normal,dan sila baring di situ saya akan lakukan scan untuk melihat keadaan buah pinggang kamu.Jangan takut kamu tidak akan rasa sakit.”Doktor itu berkata lagi.Miranda bangun dan melakukan seperti yang diarah padanya.Selang beberapa minit doktor muda itu memandang raut wajah Miranda,dia menggelengkan kepalanya .Miranda memandang  kearah skrin lama ..dia tidak memahami cara untuk membaca apa yang tertera di situ.Jururawat di situ juga terlihat hairan.

“Baiklah kamu boleh tunggu di luar”beritahu doktor muda itu.Miranda mengangguk dan berjalan keluar.

“Miranda macammana nak,semuanya berjalan dengan baik kan.?Puan Haslin bertanya sebaik melihat Miranda keluar dari ruang perawatan.

“Miranda belum tahu,aunty doktor tak cakap apa-apa lagi.”Miranda berkata lemah.Miranda rasa tidak sedap hati,entah apa akan berlaku juga dia tidak pasti.

“Doktor macammana dengan keputusan ujiannya.”Puan Haslin berkata sebaik sahaja doktor muda itu keluar dari biliknya.Doktor itu memandang Miranda dan Puan Haslin,lama doktor muda itu terdiam

“Doktor,sila jawab pertanyaan saya.”Puan Haslin bertanya lagi.

“Keadaan ginjal Miranda memang dalam keadaan baik,tapi maaf saya tidak dapat lakukan pemindahan ginjal  itu ini di sebabkan …”Doktor muda itu berkata .

“Di sebabkan oleh apa doktor,Miranda sakit?tapi ujian ginjalnya yang lalu itu padan dengan anak saya kan?”Puan Haslin sudah memegang lengan doktor muda itu,dia benar-benar ingin kepastian.

“Miranda hamil..”Jawab doktor muda itu pantas.Kata-kata keramat itu bagaikan  halilintar Puan Haslin terkedu air matanya sudah membasahi pipinya begitu juga dengan Miranda dia berasa sangat terpukul, bagaimana dia bisa hamil kalau dia sendiri tidak punya suami.

“Hamil???”Puan Haslin bertanya seperti tidak percaya.


“Ya dia hamil,usia kandungannya 3 minggu,dan maaf kalau tidak ada-apa saya pergi dulu.”Doktor muda itu berkata dan berlalu pergi.

Puan Haslin  memandang wajah Miranda yang sedang menangis.Miranda yang rasa dirinya diperhati hanya terdiam kaku dia tidak tahu untuk berkata apa.Dia benar-benar terkejut.

“Kamu telah membohongi saya…”Puan Haslin berkata nada suaranya menunjukkan dia sedang marah,air matanya sudah jatuh berjurai.

“Aunty ,maafkan saya…saya tidak mungkin hamil,saya belum pernah menikah..ujian itu pasti salah.”Miranda merayu dia sudah menangis.

“Kalau kamu belum nikah jadi anak itu datang dari mana?pasti kamu melakukan hubungan di luar nikah kan.”Puan Haslin berkata lagi,hatinya benar-benar sakit dia rasa dibohongi.

“Ya Allah…saya bersumpah saya tidak melakukan dosa zina itu.Percaya pada saya,saya mohon..”Miranda ingin merapati tetapi wanita itu menjauhinya Miranda menangis teresak-esak.

“Sudah…kamu jangan pernah sentuh saya lagi..asal kamu tahu saya sangat menyesal bertemu dengan kamu,kamu hanya memberi janji kosong kepada saya juga anak saya.Mulai hari ini anggap saja kamu tidak pernah bertemu dengan saya dan jauhkan diri kamu dari kehidupan kami.Satu lagi saya tidak izinkan kamu menjenguk Rashed.”Puan Haslin berkata dan berlalu pergi.Miranda terduduk di lantai dia tidak menduga bahawa dia akan mengalami kejadian ini.

“Aku tidak mungkin hamil…tidak mungkin…”Miranda menekup wajahnya.

“Ya Allah ujian apa lagi ini..tabahkan hatiku,aku sememangnya insan yang tidak berdaya.”Miranda berkata sendiri.Tidak lama kemudian Miranda bangun dia berjalan longlai keluar dari pusat rawatan itu.Air matanya masih bersisa dia buntu.Ingin pulang tapi hati masih tidak keruan.



“Apa akan terjadi jika ayahku tahu aku hamil?.Ya Allah bantulah hamba,hamba tidak ingin ayah hamba sakit.dan apa akan terjadi padaku selepas ini…sesungguhnya hanya Engkau maha mengetahui segala” Miranda berkata perlahan .

Dalam perjalanan Miranda teringat kembali peristiwa di mana ayahnya selalu memberikan nasihat dan dorongan buatnya untuk maju kehadapan,malahan ayahnya juga sering memberi kepercayaan padanya tapi kenapa harus jadi begini.Wanita yang menolongnya juga sudah tidak percaya padanya.


“Assalamualaikum..ayah”Miranda berkata perlahan.Encik borhan yang sedang membaca majalah segera menjawab salam.Encik Borhan melihat wajah anaknya yang sedang bersedih.

“Miranda kenapa kamu menangis,ada apa nak?mari kesini dekat ayah.”En Borhan berkata lancar.Miranda berjalan perlahan merapati ayahnya.Dia sudah duduk bersimpuh.

“Ayah maafkan Miranda..Miranda sudah kecewakan ayah.”Miranda sudah menangis dia mencium tangan ayahnya berkali-kali.En Borhan hairan.

“Ya,ayah maafkan walau apa jua kesalan yang kamu lakukan tapi,apa yang kamu lakukan sampai kamu menagis seperti ini.”Ayahnya berkata kemudiannya dia memeluk puteri kesayangannya erat.

“Miranda melakukan kesalahan besar ayah,dan Miranda tahu ayah pasti akan marah dan kecewa…”Miranda sudah teresak-esak nafasnya juga sudah tersekat-sekat.

“Ya apa dia?beritahu ayah apa yang berlaku sebenarnya.”En borhan meminta kepastian.Lisa dan Dania kehairanan tapi mereka masih diam tidak memberi apa-apa reaksi.

“Miranda hamil…ayah.maafkan Miranda…”Miranda sudah berkata lambat dan perlahan tapi ayat itu dapat di dengari oleh En Borhan dan dia sangat marah.

“Apa kamu hamil???”Encik Borhan sudah berdiri dan mengalihkan tubuh Miranda jauh darinya.Miranda menangis dan mendekati semula ayahnya.

“Ayah maafkan Miranda ayah,ini semua kesalahan.”Miranda sudah merayu dia ingin bersujud di kaki ayahnya tapi malang sekali  Miranda menerima tendangan dari ayahnya.

“Siapa lelaki yang menghamilkan kamu..cakapp…”suara En Borhan sudah meninggi dan ini membuatkan Lisa dan Dania tertawa senang.

“Miranda bersumpah ayah tidak ada orang yang menyentuh tubuh saya.Ini terjadi tanpa sengaja.”Miranda masih cuba menenangkan ayahnya.

“Tanpa sengaja bagaimana??kamu jangan cuba berbohong,aku memberi kepercayaanku pada mu tapi kenapa Miranda…”En Borhan sudah membuntangkan matanya dia benar-benar marah.

“Halau saja dia ayah,dia sudah buat malu keluarga.”Bidas Lisa.Dania turut menyokong kata-kata mamanya.

“Usir dia Lisa aku tidak mahu tengok wajah anak tidak guna ini di dalam rumahku.”Encik Borhan berlalu..

“Ayah maafkan Miranda ..ayah”Miranda masih lagi memohon ampun.

“Sudah pergi kamu dari sini anak tidak guna.”Lisa sudah menarik Miranda ke muka pintu rumah.

“Mama percaya pada saya mama saya tidak melakukan zina.”Miranda berkata lagi.

“Sudah..sudah..”Mama tidak punya anak memalukan macam kamu..udah pergi sana.”Lisa segera menutup pintu.Miranda sangat sedih dia menangis di luar rumah tiba-tiba..dia terdengar suara Dania.

“Mama..ayah udah meninggal mama…”Dania sudah menjerit.Miranda terkejut dan dia segera mengetuk pintu rumah ,dia ingin masuk.


“Dania tolong buka pintu,kakak mahu masuk jenguk ayah.”Miranda berkata,tangannya masih tetap mengetuk pintu.

“Ini gara-gara kakak ayah jadi meninggal.”Dania terus marah sebaik saja membuka pintu.Miranda yang terkejut terus meluru masuk mendapatkan ayahnya.Tubuh Encik Borhan terbaring kaku di lantai.

“Ayah…ayah..”Miranda menjerit kuat.

“Dik… adik tak apa-apa ?kenapa adik menjerit tiba-tiba.?”tegur seorang wanita yang kebetulan berada tidak jauh dari situ.Miranda tersadar dan pantas menjawab.

“Oh maaf,saya tidak apa-apa kak .”Miranda berkata sambil tersenyum pahit dan itu membuat Miranda berasa sedikit lega .Dia cuma berkhayal dan Miranda membuat keputusan untuk merahsiakan kehamilannya dia tidak mahu kalau sampai ayahnya meninggal setelah mendapat berita buruk itu.

Hari  sudah malam sewaktu berjalan pulang tiba-tiba Miranda di ganggu oleh sekumpulan lelaki yang kebetulan berada di situ.Mereka berdiri menghalangi Miranda .

“Serahkan beg kamu kepada kami,adik manis.”Kata salah seorang dari dari mereka malah salah seorang lagi cuba merapati tubuh Miranda.Miranda menjerit ketakutan.


“eh… menjerit pulak minah nie,apa dia ingat ada orang nak tolong dia ahhahaha”Gelak lelaki bertubuh sasa.Tangan gagah sudah menyentuh paras wajahnya.

“Aduh cantik,apa kata kita angkut minah nie,kita pakai ramai-ramai.”lelaki berkulit hitam manis berkata.Dia sudah memandang Miranda dari atas ke bawah.

“Maaf,jangan ganggu saya,biar saya pergi.”Miranda meminta dia benar-benar takut.

“Tolong…tolong..tolong…”Miranda menjerit.

“Kurang ajar…cepat bawa dia sebelum ada orang nampak kita.”Arah satu suara.Sebelum mereka sempat melarikan Miranda.Seorang lelaki turun dari sebuah kereta dan menjerit.

“Hey kamu nak apakan dia.”Kata Zulfikar.

“kau memang nak cari nahas..”kata lelaki bertubuh sasa itu lalu menghayunkan tanganya ke arah Zulfikar.Zulfikar membalas dengan tumbukan padu dan mengenai bahagian muka.Mereka yang melihat rakannya dibelasah turut membantu tapi Zulfikar bijak membalas serangan dan mereka tertewas.

“Cepat pergi …”Zulfikar berkata..Miranda yang menyaksikan pergelutan itu terdiam sejenak dia kenal dengan pemuda yang menolongnya..

“Ya Allah ituEn Zulfikar  bekas majikan ku dulu.”Miranda berkata dalam hati.

“Kamu tak apa-apa”Tanya Fikar sambil tangannya pantas memeriksa perut Miranda.Miranda yang terkejut dengan respon it uterus mengalihkan tangan Fikar.Fikar terkaku ketika Miranda mengalihkan tangannya,dia malu tiba-tiba.

“Maafkan saya,kamu tidak apa-apa kan,”Fikar bertanya kembali.

“Tidak,saya baik-baik aja dan terima kasih.”Miranda membalas.

“Maaf sekali lagi atas perlakuan saya pada awak,mungkin itu tindak balas saya kerana saya bakal menjadi seorang ayah.”Fikar berkata jujur.Dia tidak mahu gadis itu salah faham terhadapnya.

“Ayah..”Miranda berkata perlahan.

“Ya ,saya akan menjadi seorang ayah,dan mungkin secara tidak sengaja saya fikir kamu adalah isteri saya.”Fikar berkata lagi.

“Tahniah,ya encik semoga semuanya selamat.”Miranda berkata.

“Hari sudah malam mari saya hantar kamu pulang,saya takut kalau mereka ganggu kamu lagi.”Fikar menawar bantuan.

“Tidak mengapa,rumah saya sudah hampir dari sini,lagipun saya tidak mahu susahkan encik.”Miranda berkata.

“Kamu pasti ?tidak mahu saya hantar pulang.”Fikar meminta kepastian.

“Ya ,saya pasti dan mereka tidak akan ganggu saya lagi.”kata Miranda.

“Baik lah kalau begitu saya minta diri dulu,hati-hati ya.”Fikar berkata lalu berjalan kea rah keretanya.Sebelum Fikar masuk kedalam kereta ,Fikar masih sempat memandang wajah Miranda dia rasakan sesuatu.Miranda juga memandang dan tersenyum lalu berjalan pulang kerumah.

Sampai di rumah Miranda meletakkan tas tangannya di atas meja makan,dia memandang isi rumah suasana senyap dan sepi.Dia tahu semua orang sudah tidur.Hatinya berbisik dengan langkah longlai dia menghayunkan langkah ke bilik tidur ayahnya.Encik Borhan sedang berbaring.Miranda masuk perlahan dan duduk di birai katil,Miranda melihat susuk tubuh ayahnya dengan perasaan hiba.Encik Borhan yang tika itu belum tidur nyenyak terasa seperti ada orang sedang melihatnya dia membuka matanya perlahan.Benar anaknya ada di situ.

“Miranda,kamu sudah pulang nak?kenapa kamu tidak tidur lagi?hari sudah lewat malam.”Ayahnya berkata sambil berusaha untuk duduk.

“Ya,saja jenguk ayah sebentar,bolehkan?”Miranda berkata tangannya sudah menyentuh selimut yang membaluti ayahnya.

“Ya tentu boleh,kamu kan anak ayah.”Encik Borhan berkata lagi sambil mengusap rambut Miranda yang panjang .

“Miranda kamu nampak sedih,ada apa yang berlaku pada kamu tadi.”Ayahnya bertanya.Miranda terdiam dia sedih tiba-tiba ,apabila mendapat berita tentang kehamilannya.

“Jangan menangis..Miranda kamu harus jadi wanita yang kuat dan tegar dengan segala ujian yang di berikan oleh Allah.”Ayahnya menasihati.

“Miranda sayangkan ayah,dan Miranda tidak sanggup kehilangan ayah.”Miranda berkata lagi dan memeluk ayahnya erat.

“Miranda ayah juga sayang dan tidak mahu kehilangan kamu.”Encik borhan berkata dan membalas pelukan anaknya,dia menangis juga akhirnya..

“Ayah ..Miranda masuk tidur dulu,ayah rehat ya.”Miranda berkata sambil membaringkan semula ayahnya. Sebelum keluar Miranda mengucup pipi ayahnya.Encin Borhan hanya membiarkan perlakuan anaknya.
Sebelum tidur Miranda menunaikan solat,dia ingin meminta petunjuk pada maha pencipta.

“Ya Allah apa kesalahan yang telah hamba lakukan sehingga hamba menerima balasan seperti ini,apapun itu.. hamba redho ,dan berikan lah hamba petunjuk dan kekuatan untuk mengharunginya dengan sabar.Aku mohon pada Mu ,Ya Allah.Rabbana atina fitdunia hassana wabil akhirati hassana wakina aza banar.Amin ya rabbal alamin. Selesai berdoa
Miranda mencapai sampul surat bewarna coklat di atas katil,dia mengeluarka isi surat yang telah di berikan oleh pihak hospital dia membaca kembali isi kandugan tersebut dan tiba-tiba sekeliling ruangan  bilik menjadi gelap,dia pingsan.

“Hai sayang..”Fikar mengendong isterinya.

“Abang..jangan lah turunkan Ana..”Farhana meronta dia tertawa.Fikar menurunkan kembali isterinya.

“Sayang apa khabar,dah minum susu ?”Fikar bertanya.Dia sudah membawa isterinya duduk di birai katil.

“Erm..Sudah”jawab farhana lambat-lambat.

“Sayang kena minum susu selalu tau,biar anak kita nie sihat.”Fikar sudah meletakkan tangannya keatas perut isterinya.Farhana kaget.Fikar kemudian duduk bersila di bawah menekup telingannya di bahagian perut isterinya.

“Sayang papa,duduk dalam diam-diam jangan nakal-nakal kamu jangan buat mama sakit,kalau kamu sudah besar jadi anak yang berbakti pada orang tua ya .”Fikar berkata pada anaknya.Farhana yang mendengar rasa serba salah.

“Ya Allah,maafkan hamba,kasihan Fikar,dia tidak tahu bahawa bukan hamba yang mengandung anaknya tapi,wanita lain.”Farhana berkata sedih.Farhana mengusap rambut suaminya dengan penuh kasih sayang.Fikar mengankat kepalanya dia melihat ada kemuraman di wajah isterinya.

“Sayang,kenapa ?”Fikar bertanya di renung anak mata isterinya dalam-dalam.

“Ana tak ada apa-apa,mungkin tak sedap badan.”Farhana berdalih.Fikar yang mendengar segera meminta isterinya untuk berehat dia tidak mahu terjadi apa-apa pada isteri tersayang.Dia teramat cintakan Farhana.

Keesokkan pagi Lisa ingin memanggil Miranda untuk sarapan pagi dia mumbuka pintu kamar Miranda,dia hairan apabila melihat Miranda berbaring di lantai lengkap bersama mukenah di tepi tangannya ada sekeping surat.

Surat apa itu.?”Lisa berjalan perlahan merapati Miranda.Lisa  ingin melihat isi kandungan surat itu. Lisa duduk di tepi dan mengambil surat sewaktu ingin membaca isi kandungannya Miranda tersadar dan dia melihat ibu tirinya sedang meneliti surat.Dia tahu itu adalah hasil ujian dari pihak hospital untuknya.Dengan pantas dia menyambar surat yang berada di tangan Lisa.Lisa terkejut dengan tindakan spontan Miranda.Lisa pura-pura diam.

“Miranda kenapa kamu tidur di lantai dengan mukenah lagi ?”Lisa bertanya dia tersenyum memandang Miranda yang masih panic.Miranda tahu dia pasti pingsan,dia bangun dan membuka mukenah.

“Maaf mama.. mungkin Miranda rasa penat sangat sampai tak sadar  Miranda tertidur di bawah.”Miranda berkata perlahan.Lisa sudah berdiri semula dan dia tersenyum manis.

“Ya sudah,kamu pergi mandi dulu lepas itu kita sarapan,ayah kamu ada di luar.”Lisa berkata dengan lembut lalu berjalan keluar.Miranda cuma  mengaguk tanda faham.

“Pasti ada sesuatu yang di sembunyikan oleh Miranda…,kalau tidak kenapa dia nampak panic....Miranda…kau rasa kau bijak menyembunyikan rahsia dari aku? Itu tidak mungkin…aku harus cari tahu apa rahsia itu..”Lisa berkata sendiri .

“Syukur aku bernasib baik,mama Lisa tidak tahu.Aku tidak dapat bayangkan kalau mama lisa tahu dan khabarkan pada ayah.”Miranda berkata dalam hati.

“Ayah selamat pagi?”Sapa Miranda sambil mencium ayahnya.

“Pagi juga sayang…duduk sini kita sarapan sama-sama nie ada nasi lemak kesukaan kamu mama Lisa yang masak.”En Borhan berkata dia sudah menhulurkan pinggan untuk anaknya.Miranda angguk dan menyambut pinggan dari tangan ayahnya.Mereka sekeluarga makan bersama,Dania yang berada di situ merasa jengkel dia menguis kaki mamanya manakala Lisa yang merasa kakinya di kuis terus memandang Dania dan memberi isyarat agar diam dan berlagak seperti biasa.Dania yang tidak suka di perlakukan begitu membantah dan berlalu dari meja makan,Miranda memanggil adiknya.

“Sudah lah Miranda adik kamu itu tidak ada apa-apa ,kamu makan dulu ya.”Lisa berkata lembut.

“Ayah lepas makan Miranda akan keluar,mahu cari kerja ayah tak apa-apakan kalau tinggal sama mama berdua.”Miranda berkata lancar.

“Miranda jangan risau ya,ayah akan di rumah saja sama mama kamu.”Encik Borhan berkata sambil menghirup kopi panas.Selesai makan Miranda mengambil tas tangan juga fail resume untuk melamar kerja.

“Syarikat Selasih Sdn Bhd..  Wah ada kerja kosong boleh minta nie”Miranda berkata dengan senang hati.Sampai di sana Miranda meninjau kawasan persekitaran dia ingin menanyakan alamat pejabat tersebut.

“Encik maaf tumpang tanya,betul ke alamat syarikat ini di sini?”Miranda bertanya dengan seorang pemuda yang kebetulan keluar dari pintu lift.Pemuda itu meneliti alamat yang di berikan oleh Miranda.

“Ya betul,ini adalah bangunan yang cik cari.Cik nak cari kerja ya.?Tanya pemuda tadi.

“Ya,saya ingin minta kerja di sini.”kata Miranda sambil mengukir senyuman.

“Kebetulan saya memang bekerja di bahagian HR mari cik ikut saya,nanti saya akan minta pembantu pengurus saya untuk menemuduga cik.”pemuda itu berkata lancar dan Miranda mengikuti pemuda itu masuk ke pejabat.

“Nama kamu Miranda?Ada bawa resume?”Tanya pembantu pengurus.

Ada ,ini dia..”Miranda berkata sambil menghulurkan resume  yang di inginkan.Pemuda yang berusia lewat 30an itu meneliti resume yang diberikan oleh Miranda.

“Kelayakan akademik kamu sangat baik,tapi kenapa kamu ingin bekerja di syarikat kami?”Tanya pemuda itu lagi.

“Kerana saya sangat memerlukan kerja ini,saya harap encik boleh beri peluang pada saya.”Miranda berkata lancar.

“Maaf saya tidak dapat menerima kamu bekerja di sini..”tutur pemuda itu lagi.Dia sudah menyerahkan semula resume itu kepada Miranda.

‘Tapi …boleh saya tahu alasan encik tidak menerima saya.?”Miranda berkata perlahan.

“Kerana di dalam syarikat ini tidak ada kekosongan untuk kamu isi.Dengan kelayakan yang kamu ada kamu cuma layak untuk menjadi seorang pengurus dan bukan seorang kerani Am.Saya rasa peluang untuk kamu dapatkan pekerjaan yang layak  berada di luar sana.”Pemuda itu menerangkan .Miranda mengerti dan mengucapkan terima kasih sebelum  berjalan keluar.

Zafran sudah terlambat dia ingin berjumpa dengan abangnya di pejabat.Kereta yang di pandu zafran meluncur laju di jalan raya.dan di sisi lain Miranda ingin keseberang jalan tetapi kepalanya terasa pening  dia sungguh tidak berdaya sewaktu masih cuba berusaha untuk melintas  terdengar hon kereta berbunyi nyaring dan Miranda melihat sebuah kereta sudah hampir padanya dia menjerit dan jatuh pengsan  dan zafran yang melihat segera menekan brek kecemasan lalu  segera keluar dari kenderaan untuk melihat keadaan wanita tadi.







“Ya Allah untung aku tidak melanggar wanita ini.”Zafran berkata di dalam hati.

“Cik…cik tak ada apa-apa ke?”Zafran berkata tapi gadis itu hanya kaku membisu.Zafran mengambil keputusan untuk membawa gadis itu ke hospital.Sewaktu dia membaringkan gadis itu ke dalam kereta dia merasa sangat terkejut..

“Ini gadis yang aku cari selama ini…aku harus bawa dia cepat sebelum terjadi apa-apa.”Zafran berkata sendiri.

“Nurse ..tolong …”Jerit Zafran  dia kelihatan cemas.Sejurus itu beberapa kakitangan hospital datang membantu dan membawa Miranda ke ruang perawatan.Zafran menunggu di luar dia benar-benar gelisah duduk juga tidak merasa senang.

“Ya Allah mudah-mudahan tidak terjadi apa-apa padanya.”Zafran berkata di dalam hati.

Di dalam Miranda sedang diperiksa oleh doktor.Sewaktu pemeriksaan ECG  di buat Miranda tersadar dan ingin bangun tapi di halang oleh jururawat di situ.

“Puan jangan bergerak kami sedang lakukan pemeriksaan terhadap puan,bertenang ya”arah jururawat di situ.

“Syukurlah,puan selamat dan bayi dalam kandungan juga selamat,saya harap puan berehat secukupnya.Ini adalah hasil ujian ultrasound dan saya akan berikan puan vitamin untuk menguatkan rahim.”Terang doktor muda berbangsa melayu.Miranda menganguk sambil tersenyum tawar.

“saya keluar dulu dan puan berehat ya.”tutur doktor muda itu lagi.

Zafran yang melihat doktor itu keluar dari ruangan perawatan terus menanyakan khabar Miranda.

“Doktor macam mana dengan keadaan Miranda,adakah dia baik-baik saja?”Zafran bertanya pantas.

“Tenang kamu jangan risau dia baik-baik saja.Oh iya sebelum saya terlupa kamu ini suaminya ya?doktor muda itu bertanya.

“Suami??”Zafran berkata malu-malu.

“Maksud saya adakah kamu suaminya atau bukan?”doktor itu menerangkan kepada Zafran.

“Oh tidak saya bukan suaminya.”Zafran berkata semula.

“Jadi kamu saudara dia.?”Doktor itu berkata .Zafran mengelengkan kepalanya.

“Doktor kenapa awak diam?ada apa-apa yang berlaku pada dia?saya berhak untuk tahu ..tolong doktor.”Zafran bertanya.

“Maaf saya tidak boleh beritahu hal ini pada orang yang bukan dari ahli keluarganya.”kata doktor itu lagi.

“Tapi…?”Zafran terdiam.

“Cukup …dan maaf sekali lagi saya tidak dapat berikan maklumat ini kepada kamu.”Tegas doktor muda itu segera berlalu dari situ.

Dari dalam bilik rawatan yang sederhana itu,Miranda membelek dan merenung gambar janin yang berada di dalam rahimnya.Miranda rasa sedih air mata sudah bertakung di tubir mata menunggu masa untuk gugur,di sabarkan hatinya.Sejurus itu Miranda berusaha untuk bangun  dan turun dari tempat pembaringan rasa pening yang ada sudah lama hilang.Sewaktu keluar dari ruangannya,Miranda terdengar suara orang menegurnya dia menoleh kearah suara itu.Ternyata di sebelahnya berdiri seorang pemuda yang amat di kenali.Ya lelaki yang pernah menawarkan pekerjaan padanya.

“Awak??”Miranda bertanya wajahnya berkerut seribu.

“Ya,saya yang menghantar awak ke sini,tadi awak nyaris dilanggar saya.”Zafran berkata lancar matanya yang redup memandang raut wajah Miranda yang masih pucat.

“Awak tidak apa-apakan?”Zafran bertanya dan kali ini nada bicara ditekankan sedikit dia benar-benar cemas.

“Saya,baik-baik saja,Awak tak perlulah risau.Oh iya dari mana awak tahu nama saya?”Miranda bertanya.Zafran yang mendengar tiba-tiba tersengih,malu dia sebenarnya dia menundukkan wajah.

“Oh maaf.. saya tahu nama awak dari kad pengenalan yang ada di dalam beg ini,dan maaf sekali lagi kerana saya terpaksa membukanya tanpa kebenaran masalahnya jururawat meminta saya untuk mendaftarkan nama pesakit.”Zafran menerangkan keadaan sebenar dan menghulurkan tas tangan milik Miranda.Miranda menyambutnya lambat-lambat dia tersenyum tawar.

“Baiklah apapun terima kasih,sebab awak sudah menolong saya.”Miranda berkata kemudian meminta izin untuk pergi. Zafran yang lama menanti peluang ini.Tidak mahu kalah.Dia ingin mengenali Miranda dan dia masih berharap agar Miranda sudi menjadi modelnya.

“Tunggu Miranda..”Zafran menjerit kakinya berjalan mengejar Miranda ,apabila hampir Zafran menarik pergelangan tangan gadis idamannya.Miranda berhenti dan menarik semula tanganya dia rasa tidak  selesa dengan tingkah pemuda yang di rasakan tidak sopan.

Ada apa lagi,”Miranda bersuara dingin.

“Kenapa awak seperti menjauh dari saya…,saya ada buat apa-apa kesalahan sampai…”kata-kata itu tidak dihabiskan zafran kecewa.

“Awak tidak melakukan apa-apa salah kepada saya ,walau apapun yang ada di dalam fikiran awak,saya tetap berterima kasih atas pertolongan yang awak berikan.”Miranda berkata lancar dia di pagut rasa bersalah,tapi apakan daya dia baru mengenali pemuda dihadapannya.Zafran mengeluh kecil..dia tahu gadis itu tidak senang dengan kehadirannya.


“Macam mana dengan tawaran yang saya berikan kepada awak tempohari…?”Zafran bertanya lembut.

“Maaf saya tidak boleh jawab sekarang saya perlukan masa .”Miranda membalas dia ingin menolak tapi tidak sampai hati,Pemuda itu telah menolongnya.


“Baik lah ..saya tidak akan memaksa ,saya akan tunggu sampai awak bersedia dan ingat kalau ada apa-apa jangan segan untuk minta tolong pada saya,saya akan membantu awak,awak tahu di mana untuk mencari saya kan?”Zafran berkata lagi sambil meraup helaian rambut yang terjuntai didahi.

“Ya saya tahu…saya minta diri dulu dan sekali lagi terima kasih..”Miranda berkata dan menghayunkan kaki menuju ke ruangan dispensary  .

Dirumah agam Qasirah puan Melissa sibuk mencadangkan menantu kesayangannya agar melakukan ujian ultrasound mereka sekeluarga ingin sangat melihat gambar janin yang sedang tumbuh membesar di dalam kandungan Farhana.Farhana hanya tersenyum namun di dalam hati dia benar-benar takut.Perasaan takut itu mula  menyelubungi hatinya sejak ia berbohong.

“Ana ,mama temankan Ana buat check up ya?”pinta puan Melissa jari runcing miliknya sudah diletakan diperut menantunya.Farhana kaget kecut betul hatinya ,tetapi dia pantas menolak permintaan mertuanya.

“Tak  apalah  mama biar ,Ana pergi dengan mama kartika aja nanti hasil ujian Ana tunjuk pada mama ya.”Farhana memujuk dia harus memberi alasan .

“Baiklah …apa kamu tunggu lagi..pergi talipon mama kamu cepat mama sudah tak sabar nie.”puan Melissa berkata di wajahnya tercalit kegembiraan .Farhana bangun dia tersenyum kemudian meminta diri untuk bersiap.Sampai di bilik tidur Farhana pantas mendail nombor talian ibunya jarinya yang runcing sudah mula menggeletar.Talian sambungan masih tidak di jawab. Farhana sudah tidak keruan..

“mama…mama…kemana nie,aduh kalau mama tak ada macam mana?”Farhana bermonolog sendiri.Di dail sekali lagi nombor talian tersebut dan kali ini panggilannya di jawab.. farhana berasa sediki lega.

“mama,..mama gawat nie..tolong Ana mama.”Farhana berkata pantas sebaik mendengar suara ibunya.

“Iya ada apa sayang kamu ini kalau bercakap perlahan sikit tidak boleh ke…?ini tidak..tapi kenapa suara kamu ini macam orang ketakutan..”Puan kartika bertanya dia sudah mula curiga.

“Ya takut lah mama,mama Melissa minta Ana buat check up..dia nak lihat gambar janin yang ada di dalam rahim Ana ma..”Farhana berkata tersekat-sekat.Mulutnya melopong sebaik saja mendengar kata-kata dari anaknya ,dia harus lakukan sesuatu di kecilkan matanya sedikit.
“ Ya hanya Kemboja yang boleh melakukan itu..”desis hatinya.

“Ok macam nie,kebetulan mama akan berjumpa dengan Kemboja hari ini di rumah sakit,jadi apa kata kalau Ana datang jumpa mama di sana?”Kartika berkata lancar.

“Tapi mama kalau Kemboja tidak hamil macam mana?tentu rahsia ini akan terbongkar kan?Ana takut ma..”Farhana berkata lagi dia benar di amuk resah.

“Kamu ini sudah besar …asyik takut…takut..bila kamu akan berani? suruh pura-pura saja susah. Atau kamu memang ingin sangat di tendang keluar dari keluarga Ibrahim yang terhormat itu.? ”Kartika sudah mula marah.Anak gadisnya ini memang tidak boleh diandalkan terlalu manja.Namun pada hakikat sebenar dia juga takut kalau apa yang di rancang tidak berhasil.Jauh di dalam hati Kartika berdoa agar Kemboja mahu menolongnya.Melissa yang kebetulan ingin menemui Farhana terus bersuara sebaik membuka pintu kamar.

“Ana… kamu  bercakap dengan siapa?”tegur Melissa serentak melangkah ke dalam bilik .Farhana yang leka bercakap terdiam kaku sebaik mendengar suara mertuanya talian talipon di matikan.

“Aduh…mama lisa dengar atau tidak ya…ya Allah tolong hamba.”rintih farhana di dalam hati.

“Oh mama tak ada apa,Ana bercakap dengan mama aja,ada apa?”Farhana berkata perlahan wajahnya betul-betul tegang peluh sudah mula merenik.

“Apa kata mama Ana?dia mahu temankan atau tidak?kalau dia sibuk biar mama temankan ya.”Melissa memberitahu lagi matanya memerhati tingkah menantunya yang jelas tidak keruan.

“Kamu tidak apa-apakan?atau kamu takut..muka kamu nampak tegang..”Melissa berkata sambil merapati tubuh Farhana.

“Tak lah mama Ana ok aja..takut sikit aja maklum ini pertama kali Ana hamil,mama tak perlu risau ya mama Kartika akan temankan Ana .”Farhana berdalih.

“Ya sudah,mama hantarkan kamu ke bawah pemandu kita pak Tahir akan hantarkan kamu ke hospital.Jadi kamu tidak perlu memandu .”terang Melissa.

“Tapi mama…”Farhana menolak dia tidak mahu di hantar oleh pemandu dia takut rahsia itu ketahuan.

“Sudah…jangan bangkang  kata mama,kalau mama cakap pergi dengan pemandu,itu bermakna kamu harus…faham!!!”Melissa sudah meninggikan suara dia sangat marah jika ada orang yang membantah kata-katanya.Farhana yang tahu sikap mertuanya terus diam membantu dia mencapai tas tangan dan turun membuntuti mertuanya.

“Pak Tahir selesai semuanya terus hantar Farhana pulang ,saya tidak mahu kamu singgah dimana-mana faham..”Melissa  memberi arahan kepada pemandunya.Pemandu yang berusia lewat 30an itu cuma mengangguk faham.


“Ana pergi dulu mama..”Farhana berkata sambil menyalami tangan mertuanya.Ketika Farhana ingin masuk ke dalam kereta Melissa menegurnya.

“Ana ..pergi tukar kasut kamu sekarang…kamu itu hamil kenapa harus pakai kasut tumit tinggi begitu…”kata Melissa lancar.Farhana memandang ke lantai ,memang sah dia memakai kasut tumit tinggi dia benar-benar terlupa.

“Aduh…,susahnya kalau hidup dalam kebohongan.”farhana mengeluh.

“Baik mama..”Farhana masuk kedalam dan menukar kepada kasut bertutup berwarna coklat  tanpa tumit.Melissa hanya memerhati kelakuan menantunya dari tempat pakir.Selesai itu F arhana berjalan dan masuk kedalam perut kereta dan kereta mewah Audi A8 W12 meluncur keluar dari perkarangan rumah.

Kartika harus bersiap-siap dia perlu ganti pakaian sebelum ke hospital,di buka almari pakaian dan di capai blouse berwarna jingga di padan pula dengan skirt labuh berwarna hitam,tampak menarik walaupun usianya sudah menginjak 45 tahun.Selesai berdandan dia segera mendail nombor talian Kemboja .

“Kemboja…kamu ada di rumah kan?”Kartika bertanya langsung .
“Ya saya ada di rumah..kenapa aunty tanya?”Kemboja bertanya perlahan .Hatinya berdebar pasti wanita ini mahukan sesuatu darinya.

“Kamu cepat bersiap saya akan ambil kamu di rumah.”Kartika memberi arahan.

‘Tapi kita nak kemana?”Kemboja masih bertanya.Kartika sudah mula rimas dia tidak suka kalau ada orang bertanya banyak soalan.

“Sudah …cepat bersiap nanti saya jelaskan dalam kereta ,lima belas minit lagi saya sampai”terang Kartika sambil mematikan talian.Kemboja panik peluh sudah mula  merenik di dahi..

“Aduh…macam mana nie,mesti nak aku buat ujian kehamilan lagi ,aku kan  tidak hamil ..”Kemboja berkata sendiri .

“Ah sial…”bidas Kemboja dengan perasaan marah.


Seperti yang di janjikan Kartika sampai tepat waktu.Kartika yang sudah memaklumkan kedatanggannya segera meminta Kemboja untuk turun ke bawah.Kemboja yang siap berpakaian rapi it uterus masuk ke dalam perut kereta,dia tersenyum paksa.

“Hai aunty,”sapa Kemboja sebaik menutup pintu kenderaan.

“Jangan basa basi dengan saya,sekarang saya akan bawa kamu ke hospital,saya mahu kamu lakukan ujian kehamilan.”terang kartika.Wajah kemboja berubah ,dahinya juga sudah berkerut seribu.

“Ah..seperti yang aku duga.,kenapa boleh jadi secepat ini ..akukan  tidak bersedia lagi.Betul-betul hari yang sial…”gumam Kemboja di dalam hati dia juga sudah mengetap bibir.

“Kenapa kamu diam???ingat kamu jangan pernah terfikir untuk larikan diri,saya sudah membayar kamu mahal.Lagipula kalau itu benar-benar terjadi kamu akan tahu akibatnya..”Kartika berkata pantas seperti tahu akan gerak hati gadis di sebelahnya.
Kemboja menoleh dia tersenyum pada wanita kaya di sebelahnya.Seorang wanita yang kaya tapi bersifat tamak pada fikiran Kemboja.

“Aunty saya tidak akan larikan diri,janganlah risau sangat.”pujuk kemboja lembut.Kartika yang mendengar hanya diam membisu tiada reaksi atau gerak balas dari kata-kata yang baru dilontarkan oleh gadis muda itu.Apa yang ada di fikiran kartika cuma dia harus sampai ke hospital segera. Sampai di tempat letak kenderaan Kartika segera memakir dan turun bersama Kemboja,kemudian kedua orang itu berjalan menuju tempat di mana Kemboja akan lakukan ujian kehamilan.

“Assalamualaikum…Fikar ini mama .”Melissa memberi salam.
“waalaikum salam,ya mama Fikar tahu itu mama.Ada apa mama talipon nie?Fikar bertanya semula.

“macam nie tadi mama minta isteri kamu untuk lakukan ujian kehamilan di hospital jadi mama ingin kamu menemani isteri kamu di sana.”Melissa berkata lagi.Zulfikar yang mendengar menghentikan kerjanya seketika,dia bingung.

“Apa…mama  minta Fikar temani,jadi tadi Ana pergi sendiri ke sana.?mama..”Fikar sudah bangun dari duduk dia risau kalau terjadi apa-apa pada isterinya.

“Dengar dulu,tadi mama nak temankan,tapi isteri kamu menolak ..katanya mertua kamu akan temankan dia lagi pun tak payah lah kamu risau sangat mama sudah minta pemandu kita  untuk hantar dia..Apa pun itu mama berharap kamu ada di samping dia.Kamu pergi ke sana segera ya..”terang Melissa lagi.

“Baiklah..Fikar akan ke sana sekarang juga.”Fikar berkata kemudian dan terus mematikan talian.






1 comment:

  1. Ini adalah karya kedua saya Anugerah Terindah,Novel bersiri ini masih belum tamat dan anda juga boleh membacanya di laman penulisan2u.

    ReplyDelete

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...