Prolog.
Jan 2011
Sheda termenung di birai katil sambil membaca sebuah novel kegemarannya
‘Seindah Derita’ karya Norhayati Berahim,walaupun sedang membaca ingatannya jauh
menerawang mengingati masa lalu yg telah dilalui sepanjang 28 tahun.
“ Along apa yang kamu buat dalam bilik? mak panggil dari tadi tapi tak berjawab senyap saja,risau mak”
“Tidak ada buat apa-apa pun baca novel saja mak,ada apa mak cari along?”
“tak adalah mak ingat nak suruh kamu pergi ke kedai beli barang dapur banyak benda yang dah nak habis,nak suruh adik kamu tu pergi dia masih tidur kejut tak mahu bangun.Kamu sajalah yang pergi ya,mak malas nak jalan ke bawah tu jauh sangat, panas lagi..tak tahan mak nak jalan nanti sakit kepala pula.”
“Ya lah nanti jap lagi along pergi kedai .”
Sheda meletakkan buku di atas katil dan bangun lalu mengambil tuala yang terletak di sudut penjuru bilik tidur.
“Kamu nak kemana tu ambil tuala?”
“la mak nie nak pergi mandilah baru pergi ke kedai tak akan lah mak nak suruh anak perempuan mak nie pergi dalam keadaan berbau.”Sheda tersengih-sengih.
“La kamu nie dari tadi bangun tak pergi mandi dah pegang buku nak jadi apa nie,dah pergi mandi cepat ..”Sheda cuma tersenyum melihat keletah emaknya yang membebel padanya.
“Alooooong…”marah ibu sheda.
“Senyum-senyum pergi mandi cepat mak nak masak nie nanti ayah kamu balik membebel pula dia.”
“Moi mahu beli apa?”
“sekejap .”sheda seperti terlupa sesuatu..Apa yang mak suruh beli tadi ya?lupa pula,
“oh ya saya nak beli beras 10 kilo,satu tin sardin juga gula pasir”
“Moi awak tunggu sekejap saya suruh itu budak ambil itu barang ya”.Kata pemilik kedai kepada sheda.Sheda melihat kearah seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang sedang menangis mungkin baru sahaja di marahi oleh ayahnya kerana menginginkan sebuah permainan.
Sheda teringat pada zaman kanak-kanaknya sekitar usia 9 tahun.
“Along ,pergi kedai sekejap belikan ayah roti potong juga jem kacang.”Sheda melihat ayahnya mengeluarkan duit RM 10.00 dari saku seluarnya.
“Nah ambil nie bawa angah sekali .Jangan lupa ambil duit balik tau.”Sampai di kedai selepas membeli roti potong juga jem kacang tiba-tiba…
“kak long angah nak gula-gula sarsi boleh?”
“tak boleh lah angah nanti ayah marah.”Sheda cuba memujuk .
“Ala angah nak juga harga baru 0.20 sen saja comfirm ayah tak marah.”
Adiknya masih merenung dan sheda dapat melihat wajah adiknya yang murung.
“Tak nak lah nanti ayah pukul.”Sheda masih enggan membelikan gula-gula tersebut.Sebelum keluar dari kedai terdengar tangisan kanak-kanak lelaki yang sayup-sayup seperti suara itu datang dari adik lelakinya.Apabila sheda pusing kearah suara itu ternyata suara itu memang benar datang dari adik lelakinya.
“La kenapa angah nangis?”
“habis angah nak gula-gula sarsi tapi along tak mahu belikan..”Angah masih menangis teresak-esak.
“.bukan akak tak mahu belikan tapi angah kan tahu ayah tu garang mesti dia pukul angah dengan akak.”
“Along tak ada duit 0.20 sen ke?belikanlah”adik kesayangan nya itu masih berusaha meminta.
“akak pun tak ada duit,angah memang nak makan gula-gula tu ke?”tanya sheda semula tidak sampai hatinya melihat adik lelakinya menangis sampai bengkak mata.
“Nak…”
“tunggu sini sekejap akak belikan tapi angah janji angah jangan nangis lagi ok.”Angah tersenyum girang.Sesampai sheda di rumah sheda menyerahkan baki duit belanja kepada ayahnya.
“Ayah ini duit baki beli barang tadi.”
“Kenapa duit ni kurang 0.20 sen mana pergi?sepatutnya kamu bagi ayah balik RM 5.80 mana lagi 0.20 sen tu baik ko cakap…”ayah sheda sudah menjerit di luar rumah semua mata jiran tetanggga tertumpu padanya .
“Angah menangis tadi ,dia nak makan gula-gula sarsi along belikan lah murah aja ayah satu botol kecil tu cuma 0.20 sen saja.”Sheda berkata kepada ayahnya.
“Murah ke mahal ke kan aku cakap beli apa yang aku suruh beli aja yang ko pandai-pandai beli benda yang aku tak suruh tu kenapa bodoh?”mata En Samad sudah membulat besar merenung kedua anaknya dengan wajah menyinga .
Angah berkata “ ayah jangan lah marah along ,angah yang suruh along belikan kalau nak marah ayah marah angah ya jangan marah along dia tak salah..”
Pn Ross yang terdengar suara nyaring dari arah ruang tamu.Terus meluru ke depan rumah.terkejut melihat suaminya memarahi dua anaknya yang baru pulang dari kedai.
“Abang kenapa awak menjerit-jerit kat luar tu semua orang tengok awak,kalau nak marah pun kat dalam lah”
“.Ahhhhhh suka aku lah rumah aku ,peduli apa aku..ko dengan anak ko sama aja bodoh tau menyusahkan hidup aku..”Pn Ross terdiam setelah mendengar suaminya berkata begitu sedih hatinya bukan kepalang,dia sedar dia berkahwin dengan En Samad kerana terpaksa,di saat hari perkahwinan En Samad dengan wanita pilihanya hampir tiba.,pengantin perempuan membatalkan perkahwin tersebut dengan alasan tidak bersedia.Lalu untuk menutup malu keluarga dia di pinang oleh ibu En Samad yang sememangnya keluarga angkat Pn Ross yang berasal dari keluarga miskin.
“Mana gula-gula tu bawa sini..”suara En Saman bergema sekali lagi sekaligus menghentikan lamunan Pn Ross.Angah menghulurkan botol gula-gula sarsi kepada ayahnya..En Samad membuka penutup botol itu lalu di sumbat semua isi gula-gula tersebut kedalam mulut adiknya secara paksa..
“Nah makan ko gula-gula nie nak sangat kan ,makan cepat ,makan sampai ko muntah,”angah menagis kerana di paksa makan gula-gula dan mulutnya berdarah luka kerana di sumbat dengan botol plastic,Panggggg..satu tangan kasar lagi gagah hinggap di pipi Sheda ..
“nah ko rasakan bangangggg ko dua orang masuk dalam jangan makan malam nanti.”Pn Ross tidak sampai hati melihat perlakuan suaminya kepada anaknya lalu menegur En Samad
“abang sudah lah tu along cuma beli gula-gula bukan habis duit awak tu cuma luak 0.20sen saja.”Pn Ross membidas.
“Ahhhh betina ko diam ko jangan nak masuk campur kalau ko tak suka aku pukul anak ko tu ko boleh angkat kaki dari rumah nie.”En Samad berkata angkuh kepada isterinya maklum En Samad memang mempunyai banyak wang dan dia tidak hairan kalau Pn Ross pergi meninggalkannya,dia tahu apa pun yang dia lakukan pasti Pn Ross akan kekal bersamanya ini kerana dia percaya dalam kehidupan orang yang tidak mempunyai pelajaran dan mempunyai empat orang anak isterinya itui tidak akan boleh pergi jauh.Siapa yang akan menerima isterinya itu berkerja jika tidak tahu menulis dan membaca? walaupun dia tahu isterinya itu seorang wanita yang sangat cantik,cantik sahaja tidak cukup jika buta huruf.
“Dasar perempuan bodoh” gumam En Samad didalam hati.
“Moi ,Moi .”terkejut sheda sekaligus mematikan lamunan .
“Alah jangan lah jerit nyonya terkejut saya”Sheda marah..
“moi saya sudah cakap baik-baik tadi tapi awak diam saja,awak berangan ingat boyfriend ya?”senyum-senyum nyonya itu kepada Sheda..
“eh..mana ada teringat masa kecil-kecil lah nyonya.Ok lah saya balik dulu bye…”
Bab 1
“Mak masak apa hari ini?bau macam sedap aja ..”Sheda tersenyum kepada ibunya.
“Mak masak ayam masak kicap ,sayur kailan goreng ikan masin,dan telur dadar.”
“Ayam lagi?aduh mak masaklah lauk lain pula ikan ke asyik ayam aja lama-lama muka kita orang nie pun serupa dengan ayam..”Sheda melawak kepada ibunya.
“Pandailah la kamu ini tak pergi kerja ke?”
“Apalah mak nie hari ini kan hari khamis along tak kerja pun,cuti-cuti Malaysia .”.Sheda ketawa besar sambil memandang susuk ibunya yang sedang memasak.
“ Mak…mak tahu tak along kan dah bosan kerja kat sana stress selalu menyampah pun ada,”
“kenapa pula kamu stress?”kata Pn Ross kepada puteri sulungnya.Sheda terdiam seketika, bekerja sebagai seorang penyelia cawangan di bahagian perhubungan pelanggan di salah satu pasaraya besar memang tidak mudah.Banyak perkara harus di seliakan dengan baik agar tiada aduan dari pelangggan yang berhubung dengan jabatannnya,tidak kiralah aduan apa pun yang merangkumi jadual penghantaran barang,ataupun yang berkaitan dengan warranty tambahan semuanya harus berjalan dengan lancar.
“Alonggg …..termenung pula kamu ni?apa yang kamu fikir?”Sheda tersengih.
“ ya lah stress sebab kerja dengan pengurus yang bodoh sombong ataupun bahasa kasarnya bangang.”
“Lah ya ke?”Sheda bercerita kepada ibunya tentang kebodohan pembantu pengurusnya.Sheda teringat pada beberapa hari yang lalu.
“Shedaa…”panggil pembantu pengurus di tempat shida berkerja yang di kenali sebagai En Bakthiar.
“Ya encik ada apa?”
“cuba kamu lihat form ini nama dia Chong Ai Ling tetapi dia memakai Punjabi saya keliru lah atau saya salah cari form”Sheda memandang kearah wanita tersebut yang sedang berdiri tidak jauh dari kaunter penjualan kamera ,melihat dari wajah itu Sheda memang mengenali pelanggan rakannya itu dia adalah seorang wanita cina yang telah memeluk agama hindu dan di sisi wanita itu berdiri seorang lelaki kacak berketurunan India.
“Sheda saya hairan lah dia ini wanita India ,tetapi bila saya minta penenalan diri nama dia Chong Ai Ling pula jangan-jangan dia ambil ic orang lain kot?”atasannya memerhati kedua orang tersebut dengan perasaan curiga.
“cuba awak layan dia sebentar Sabrina keluar rehat tadi,”
Sheda memahaminya dan melayan wanita cina itu .
Sebenarnya wanita itu datang untuk menjelaskan ansuran bulanan pertama bagi pembelian peti sejuk,selepas Sheda selesai melayani pelanggan tersebut tiba-tiba datang En Baktiar dari arah belakang.
“Sheda siapa sebenarnya dia itu?dia orang Cina atau India ?”
“ohh dia wanita cina tapi dah memeluk agama hindu yang dekat sebelah dia itu suaminya.”beritahu Sheda kepada En Baktiar .
“Ala betul ke ?kalau dia cina kenapa dia pakai baju punjabi pula?,”
“aduh orang tua nie penat aku cakap dia dah masuk agama hindu tak paham bahasa melayu betul lah…”gumam Sheda di dalam hati.
“Encikkkk…” Sheda menekan sedikit itonasi suaranya itu .
“Penat saya cakap dengan encik ini dia memang wanita cina tapi dah memeluk agama hindu di sebelah dia itu kan suami dia.?”
“tetapi Sheda kenapa nama dia Chong Ai Ling ?”
“lagi-lagi tanya soalan bodoh tu” Sheda sudah menarik nafas panjang ingin meningggi kan suaranya.
“Encik Baktiar ni memang tidak boleh memahami bahasa melayu dengan baik ke?kan saya dah cakap tadi…?”
“tapi ic dia nama lain lah Sheda ,”
“encik ni susahlah rasa nak tangan aja muka encik nie,tau ! kalau susah sangat kenapa tak tanya sendiri kenapa nama dia lain?kalau tak pun tanya saja terang-terang encik ni salah bagi ic ke?comfirm encik kena tumbuk..”Sheda sudah meninggikan suaranya wajah Sheda sudah kemerahan menandakan akan ada petengkaran kecil dengan atasannya itu..
“Awak nie Sheda saya tanya saja itupun awak nak marah saja ,hari-hari awak nie datang bulan ya senyum sikit kan sejuk mata orang yang melihatnya.”Gurau En Baktiar bagi menutupi kebodohan soalan nya tadi.
“Ya lah encik nie pun dia wanita cina yang memeluk agama hindu tiada masalah kalau dia tidak menukar namanya,bukannya wanita itu memeluk agama islam yang sememangnya jelas harus menukar nama asal kepada nama islamnya ada faham???”En Baktiar tersenyum sumbing .Ini membuatkan Sheda rasa meluat yang teramat….bila di ingat semula rasa kasihan pun ada.
“Jadi dia cakap macam tu?”kata Pn Ross kepada anaknya itu.
“Ya mak dia cakap macam itu,macam mana lah staff dia boleh tahan,bijak teramat sangatttt….”Sheda mengomel.Sheda melihat ibunya itu ketawa .Jarang sekali dia melihat ibunya itu ketawa ,sebagai anak sulung dalam keluarga dia tahu apa yang di lalui oleh ibunya itu ,ini kerana ibunya pernah meluahkan perasaan kecewa terhadap ayah yang tidak pernah menghiraukan dirinya juga kebajikan untuk anak-anaknya.Ayah kenapa ayah menganggap kami ini seperti orang yang tak pernah wujud .Gumam Sheda .Sheda sebenarnya lama memendam perasaan kecewa,Jati diri seorang ayah yang diharap untuk menumpang kasih,menjaga kebajikan dia juga adik-adiknya tapi tidak pernah dihiraukan.Inikan pula kebajikan ibunya.
Kadang-kadang Sheda marah kepada dirinya,menyesali takdir kenapa dia mesti lahir dari keluarga seperti itu dia juga ingin seperti orang lain bahagia bersama keluarga tercinta tetapi dia tidak pernah merasai itu semua…
“Ya Allah..ampunkan hambamu ini kerana tidak menerima takdir yang Engkau berikan kepada hamba dengan Iklas…”
MEMPUNYAI SEORANG TEMAN SEPERTIMU
SEUMPAMA DURI MENIKAM HATI
BIAR SERUPA HAKIKATNYA BERBEDA
HILANG KEJUJURAN
SERING KAU UCAPKAN SEWAKTU DULU….
PEMIKIRAN KITA YANG SERING BERTENTANGAN
MENJADIKAN HIDUP TAK SEHALUAN
JALAN AKHIRNYA ADALAH PERPISAHAN
YANG AKAN DAPAT MEMBERI SUATU KESAN YANG MENDALAM..
Sheda yang dari tadi menonton drama Asmaradana terperanjat mendengar deringan lagu di talipon genggam model Nokia E71 miliknya.Sheda melihat di skrin tertera nama teman rapatnya sewaktu di sekolah dulu.
“Hello,assalamualaikum…boleh bercakap dengan Sheda..?”tanya pemanggil di talian sana .
“Waalaikum salam ya sayang ku Asalina apa khabar?”terdengar ketawa di hujung talian tersebut.
“Aku baik-baik sahaja?kau ok ke?petang nanti ko free tak ,jom kita keluar pergi jalan-jalan leh sembang lama sikit.Kita pun dah 7 tahun tak jumpa tentu banyak perubahan kan ,maklumlah orang kerja bestttt .”
“Bestttt ko kata boleh gila adalah hahahha…”Sheda tertawa.
“Ok lah nak jumpa dekat mana?”tanya Sheda kepada temannya itu.
“Kita jumpa di
City Squarepukul 3 petang boleh?”
City Squarepukul 3 petang boleh?”
“Ok,”jawab Sheda.
“kita jumpa di sana tau bye….”tidak berapa lama kemudian talian diputuskan.
Sheda hanya memakai jeans Levis dan MNG t- shirt sudah menuju ke destinasi girang rasa hati dapat berjumpa semula dengan teman lamanya yang dulu adalah seorang gadis tomboy,siapa sangka gadis tomboy itu sudah pun menjadi surirumah tangga dan ibu kepada 3 orang cahaya mata.Sheda tersenyum rasa diri sudah tua pula bila melihat ramai diantara rakan sebaya yang sudah berkahwin dan mempunyai ramai anak…dan anak-anak mereka memanggilnya dengan sebutan aunty….atau bahasa melayunya makcik aduh…
Sheda sudah sampai dan mundar mandir mencari tempat meletak kenderaan.
“Ada pun tempat kosong,”sheda berkata ..tanpa membuang masa sheda memakir perdana V6 putih miliknya..
Lagu Duri Terlindung nyayian Nike Ardilla kedengaran dia tahu pasti rakannya itu yang menalifonnya .Pasti sahabatnya itu sudah tiba.
“Helloooo….,Sheda ko dekat mana ?dah sampai atau belum?”
“ya sayang ku kalau ya pun terlambat jangan lah menjerit aku bukan tak dengar pun.”.marah Sheda..
“Alah jangan lah marah Sheda tak sengaja lah”.rakannya itu meminta maaf .
“Ina kau tunggu sekejap ya aku baru dapat parking tadi..lima minit lagi aku naik kita jumpa depan Mc Donals ok.”
“Ok,”jawab rakannya .Sheda mematikan talian.Sheda berjalan pantas menuju ke arah tangga bergerak .Dihadapan Mc Donals sahabatnya itu sudah dapat mengenali gaya jalan Sheda yang ala-ala model.
“Sheda…”jeritan itu datang dari arah belakang, Sheda menoleh ,
“hai Ina lama tak jumpa”
“,wah ni semua askar-askar ko yek?”kata Sheda sambil memandang kearah kanak-kanak tersebut.
“Ya jawab Ina.”
“Salam aunty” rakannya itu memberi arahan kepada anak-anaknya,Sheda tersenyum melihat mereka bertiga,sheda bertanya kepada salah seorang daripada mereka.
“Dik nama siapa?”tanya sheda kepada kanak-kanak lelaki yang memakai baju polka dot hitam.
“Nama saya Lutfi” jawab anak itu.
“Lutfi jangan lah panggil aunty panggil akak ya sayang”.Beritahu Sheda ,
“Ewah-ewah ko tu dah lah baya-baya aku ada hati nak suruh anak aku nie panggil kau akak biar betul?baru aku tahu umur ko nie 12 tahun ya sayanggg…”ngomel temannya.
“Ala Ina ,sesekali nak juga rasa muda semula hahaahha” Sheda tertawa.
“Banyak kita nie dah 30tahun muka pun dah nak berkedut.”
“Tapi kan ina aku rasa aku nie muda lagi …kedut pun tak ada tau…”Sheda melawak.
“Uerkkkkk…nak muntah aku dengar perasaan terlebih pulak” .
“Sudahlah ina lenguh kaki aku berdiri dekat sini jom kita pergi minum boleh berborak”. Ketika mereka sibuk memilih tempat untuk di kunjungi Sheda terdengar suara anak lelaki menyebut
“Mama…lutfi nak makan kek .. .”
“Lutfi nak makan kek ya sayang nanti mama belikan ya”.
“Sheda kita pergi Season Cafetaria kat depan sana ya Lutfi nak makan kek lah”. “Ok aku tak ada masalah mana-mana pun boleh”.mereka semua menuju ke café yang dimaksudkan.
“selamat datang”meja untuk berapa orang?”
“5 orang”Ina mencelah.salah seorang dari pekerja membawa mereka masuk kedalam.,dan menyerahkan menu makanan untuk di pesan.
Sheda melambai tangannya kearah salah satu pelayan di situ,
“waiter.”panggil sheda.
“ya cik nak pesan apa”Tanya pelayan cina yang kurus tinggi ,orangnya cantik berkulit putih gebu.
“cik,ada apa-apa makanan untuk dipesan”pelayan itu mengulangi pertanyaan kepada Sheda.
“ya saya pesan lamb chop minuman pula kamu beri saya oren jus,”
“Ina kamu nak pesan apa”sheda bertanya pada sahabatnya yang sedang leka membelek menu yang ada di tangannya.
“saya mahu chicken chop, kids set untuk 2 orang,minuman beri saya coke,”terang Ina kepada pelayan tersebut.
“ada apa-apa lagi cik”Tanya pelayan itu lagi.
“oh…ya saya terlupa beri saya sepotong kek coklat,itu sahaja”
“terima kasih” kata Ina selepas pelayan mengulangi menu yang di ingini,pelayan itu pun beredar.
“Ina tak bosan ke kau duduk kat umah?”sheda bertanya kerana hairan ,dia sendiri rasa amat bosan bila seharian tinggal dirumah ini kan sahabat nya yang telah menjadi suri rumah selama tujuh tahun .
“bosan??? Sheda aku tidak pernah bosan aku suka menjadi surirumah ,lagipun ada hero dan heroin yang temankan aku maklum lah yang kembar sepasang nie 2 tahun lagi baru masuk sekolah.”terang Ina.Ina sebenarnya pun pelik kenapa temannya yang satu ni masih belum berkahwin walhal dia adalah gadis yang cantik dan baik hati .sama seperti ibunya Pn Ross yang selalu memberi nasihat agar dia tidak berkelakuan seperti lelaki.Beberapa minit berlalu makanan yang di pesan sudah pun sampai ke meja dan mereka menikmati hidangan masing-masing.
Dupp..dupp..dupp..
hati Sheda berdegup kencang apabila terlihat susuk lelaki tinggi lampai yang sangat dia kenali beberapa tahun dahulu berada tidak jauh dari meja yang mereka duduki.Lelaki yang pernah menambat hatinya ,masih kacak seperti 6 tahun dahulu.Ina menegur sahabatnya itu “Sheda kenapa tiba-tiba diam aja?ada masalah ke?”tegur ina yang sedari tadi melihat sahabatnya itu terdiam seperti ternampak sesuatu.Sheda masih diam kaku tidak berkata apa dan dia seolah-olah malas mahu menjawab pertanyaaan dari sahabatnya.
Ina menoleh ke kiri dan ke kanan mencari siapakah orang yang telah membuatkan sahabatnya itu diam membisu .
“Sheda what wrong with you?”ina bertanya sekali lagi setelah dia penat mencari siapa gerangan orang yang telah membuat sahabatnya itu diam.
“:Shedaaa”ina sudah menekan suaranya tanda protes..ina sudah menarik wajah masam.
“Shedaaa?”tanya Ina.Ina sudah melambai-lambaikan tanyanya di hadapan wajah sahabatnya,masih tiada respon.. Ina sengaja memijak kaki Sheda.
“Aduhhhh”jerit Sheda,semua mata tertumpu padanya tika itu termasuk bekas teman lelakinya,sheda tertunduk rasa malu atas perbuatannya tadi.
“Ina kenapa kau pijak kaki aku sakit lah..”marah Sheda.
“Eh…marah pula tu lah lain kali jangan berangan selalu,tadi tadi aku tanya kau diam aja,kenapa?”Ina sudah mula mengomel.
“Hehehee.. kau ada bercakap dengan aku ke tadi??? sorry aku tak dengar kot?
kau tanya apa Ina ?”
“Kau ok tak kenapa kau tiba-tiba diam?ada apa-apa ke?”atau ada mamat cuba nak ngurat?hahahahaha gelak Ina tiba-tiba.
“Oi..kau nie pun agak-agak lah kalau ketawa ..Sheda sudah bising”
“opps,sorry jangan lah merajuk sayang hahahah”
“Ina lepas nie kita balik ya?”
“Apa balik?cepatnya aku tak puas lagi nak jumpa kau,jangan lah lah marah,aku gurau aja lah.”
Sebenarnya sheda memang belum mahu pulang ,tetapi sebaik dia melihat wajah lelaki itu,dia harus pergi sebelum lelaki itu datang menyapa,Sheda sudah tidak mahu mengingati kisah percintaan nya yang tidak kesampaian yang telah menbuatnya menderita..
“Selamat pagi,”sapa seorang pemuda berusia lewat 20an.Sheda melihat raut wajah orang yang menyapanya,orangnya tinggi lampai, berwajah manis dan berkulit putih,sayang wajahnyadi penuhi jambang tidak terurus kalau tidak tentu tampan bisik hati Sheda.
“Ya selamat pagi”sheda menjawab sambil tersenyum.
“Cik boleh saya berjumpa dengan doktor Nizam?”tersenyum-senyum pemuda itu apabila Sheda melihat wajahnya yang kusut.Lukman sedar sejak akhir-akhir ini dia terlalu banyak masalah dan dia sengaja datang untuk berjumpa dengan sahabatnya untuk mencurah perasaan.Harap-harap Nizam ada di sini gumam Lukman di dalam hati, dia sudah putus asa tidak tahu berbuat apa lagi rasa sakit,dan luka di hati sudah tidak dapat di bendung.
“Dr Nizam ada sebentar ya encik,”
“Oh ya sebelum terlupa siapa nama encik?”tanya Sheda lagi.
“Awak beritahu dia saya Lukman teman baik dia”Lukman menjawab ramah.
“tunggu sebentar saya beritahu dia dahulu ,sila duduk encik”Sheda berkata sambil menunjukkan barisan kerusi yang ada di hadapan kaunternya.
“Doktor Nizam teman baik doktor encik Lukman mahu bertemu,dia ada di luar
Doktor nak saya panggilkan?”Sheda bertanya kepada doktor muda dan tampan itu.
“Oh Of Course minta dia masuk”arah doktor Nizam.
“Liza minta encik Lukman masuk”,beritahu sheda kepada rakan kerjanya.
“ok”jawab gadis yang bertubuh kecil itu.
“Encik Lukman sila masuk bilik doktor Nizam ada di sebelah kanan”Liza memberitahu.
Selepas mengucapkan terima kasih Lukman berlalu menuju ke bilik temannnya.
“Assalamualaikum…doktor Nizam,?”sapa Lukman ramah.
“waalaikumsalam..ewah-ewah panggil aja Nizam macam tak biasa ngada-ngada tambah perkataan doktor tu buat apa?”bidas nizam.
“ala sebab kau tu benar-benar doktor jadi tak salah kalau aku tambah perkataan tu di awal nama kau kan ?,hahahhah” Lukman Sudah tergelak besar.
“Ya lah tu Lukman Hafizi..”balas Nizam Semula sengaja mahu memancing reaksi temannya itu.
“Ewah balas balik nampak”,Lukman mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Eh mesti lah ,ala sesekali bergurau usik kau apa salahnya kan ?yang kau ni kenapa kusut sangat sakit mata aku tengok jambang kau yang tak terurus tu,macam orang mati bini gamaknya ,tapi bini tak ada .”Nizam memang sedikit hairan biasanya Lukman tidak seperti itu dia adalah lelaki yang sangat tampan dan di gilai ramai ,wanita yang mahukannya pun bukan calang-calang kebanyakkan cantik belaka.Dari penampilannya yang segak sudah bisa membuat hati wanita cair.Tetapi kali ini Lukman tidak begitu,di wajah temannya itu Nizam Sudah dapat melihat dengan jelas bahawa temannya itu berdukacita.
“Lukman?”tegur Nizam .Lukman hanya tersenyum,tersenyum paksa hatinya sedang gundah.
“Sudahlah Lukman tak payah lah senyum kau tu senyum terpaksa,ada apa sebenarnya ni?”Nizam sudah mula menanyakan perihal teman baiknya itu dia mengesyaki sesuatu dan itu tentu ada kaitan dengan tunang tersayang sahabatnya itu,dari awal lagi dia memang tidak sukadengan gadis pilihan Nizam yang sombong itu tapi temannya itu memang sudah buta pada cinta bagi nasihat apa pun tak mahu di dengar.
Lukman terdiam dia sedang berfikir apa yang harus dia lakukan adakah memberitahu perkara sebenar atau sebaliknya.Lukman juga tahu kalau temannya yang satu ini bisa membaca gerak gerinya jika dia berbohong.Lagipula Lukman rasa malu kerana dia tidak mahu mendengar nasihat temannya itu dahulu dan dia rasa menyesal.
“Lukman apa lagi yang kau menungkan tu”sapaan temannya itu membuatkan Lukman Tersadar dari lamunannya.
“Tidak ada apa,bila klinik kau tutup?aku ada hal nak cakap benda penting.”lancar bicara Lukman
“Penting atau kau nak luah perasaan??? Tanya Nizam dia tahu temannya itu memang di landa masalah.
“Luah perasaan”Lukman berterus terang.
“Pukul 9.00 malam klinik aku tutup so kita jumpa di stulang ok kita borak disana.”Nizam memberikan jawapan.
“Baik lah aku jumpa kau di stulang jumpa di restoran Sri Wangi pukul 10.00 malam..”Lukman sudah pun bangun menuju ke muka pintu untuk keluar.
“Lukman terima kasih Sudi datang berjumpa aku di klinik ini”Nizam tersenyum.
Sebelum keluar Lukman sempat mengucapkan terima kasih kepada Liza juga Sheda dan mereka hanya tersenyum melihat gelagat Lukman yang tidak terurus itu.
“Sheda mamat tu handsome juga ya,sayang jambangnya tak terurus,kalau tanpa jambang tentu mamat tu akan Nampak tampan kan ..”Liza memberikan komen kepada Sheda tentang pemuda tadi.
“Sheda faham benar dengan sikap Liza yang pantang melihat lelaki tampan pasti cair hatinya,bayangkan waktu makan pun boleh terbayang-bayangmacam orang mabuk asmara .
“Sheda dengar tak,aku cakap apa tadi?Liza sudah menepuk belakang tubuh Sheda.
“Ya Liza ,aku dengar,aku ni bukan pekak pun.”Sheda ketawa sambil tangannya lincah menyambung kerja yang tertunda tadi.
Di luar Lukman sedang mencari keretanya,tetapi tidak jumpa.Dia memang agak cuai sekarang dan dia lupa di mana dia memakir kenderaannya.Sedang dia tercari-cari Lukman ditegur oleh seseorang.
“Awak encik Lukman kan kawan doktor Nizam?”Sheda menyapa ramah.
“Ya kalau tidah silap awak staff doktor Nizam kan ?Lukman tersenyum dan mengaru kepalanya yang tidak gatal.Dia malu tiba-tiba pasti gadis di hadapannya itu telah melihat aksinya yang macam orang bodoh meronda-ronda mencari sesuatu dari tadi sekitar sini.
“Encik cari apa ?dari tadi saya lihat encik mundar mandir di kawasan ini,encik ada hilang sesuatu ?”.Sheda bertanya lagi.Lukman ternganga apabila mendengar kata-kata gadis manis itu,dia sudah menduga pasti sudah lama gadis di hadapannya itu memerhati setiap apa yang dia lakukan.Sheda pula sememangnya agak hairan sewaktu ,keluar sebentar ke 7 Eleven dia lihat sahabat majikannya itu kesana kemari mencari apa dia pun tak pasti lama juga dia perhatikan gelagat pemuda itu dan Sheda mengambil keputusan untuk menegur sebaik sahaja keluar dari 7Eleven.
“Saya mencari kereta saya,”balas Lukman spontan.
“Lah kereta encik hilang ke?atau encik tidak ingat ?sheda bertanya lagi.
“Saya rasa kereta saya itu tidak hilang,mungkin saya tidak ingat kot”malu-malu Lukman menerangkan,dan dia terasa dirinya bodoh tika ini.Apakan daya dia harus minta pertolongan,kalau dia ego alamat tak jumpalah keretanya itu.
“Encik guna kereta jenis apa ya?maaf saya harap encik tidak salah sangka,saya hanya ingin tahu manalah tahu kalau saya boleh bantu encik.”Sheda berkata lancar tanpa selindung.
“Saya Cuma guna Honda Civic hitam”Lukman sudah memberikan jawapan.
“oh tadi saya ada lihat dua buah kereta jenis yang encik maksudkan tu dia ada betul-betul di hadapan kedai 7Eleven.Apa Nombor pendaftarannya?”Sheda bertanya semula.
“JGE 4224 ,awak ada nampak di sana tak?”tanya Lukman lagi kepada Sheda.
“memang benar dia ada di hadapan sana ”Sheda menunjukkan arah tempat yang di maksudkan.
Lukman mengucapkan terima kasih dan sebelum berlalu Lukman bertanya
“Cik siapa nama?”Lukman sudah menghulurkan tangan.
Sheda menyambutnya dan berkata “nama saya Rasheeda panggil Sheda sahaja”
Lukman tersenyum manis.
“Baiklah saya masuk kerja dulu nanti bising pula boss saya tu?”sheda tergelak dan berlalu pergi.
Seraya itu Lukman pun berlalu pergi ke tempat yang dinyatakan tadi.Ternyata benar memang kenderaannya itu berada di situ.Tanpa membuang masa dia terus memecut laju untuk pulang kerumah.Dia Cuma ada masa 2 jam untuk bersiap,dan Lukman faham benar dengan pantang larang temannya yang tidak suka menunggu lama.Jika pandai membuat janji harus tepatinya.
Sampai di rumah Lukman Terus ke kamar mandi untuk membersihkan diri,selesai mandi Lukman menunaikan Solat isyhak.Selepas solat Lukman turun ke bawah menonton berita di Tv3.
“Ah bosan betul asyik kes buang anak tak sudah,tak ada berita lain ke nak tayang”Lukman bicara sendiri.Hairan di Malaysia terlalu banyak kes pembuangan bayi mungkin mereka semua kurang didikan agama.Apapun dia bersyukur kerana ibubapanya memberi didikan agama yang cukup.
Jam di dinding berbunyi menandakan pukul 9.00 malam itu bermakna Lukman harus segera bergerak ke sana.Tinggal di Pasir Gudang memang agak jauh kalau ingin ke pusat bandar.Tetapi Lukman sudah biasa dengan keadaan itu,dia juga bisa mengagak masa yang di perlukan jika ingin kesuatu tempat.Lukman bangun mencapai kunci kereta dan memandu laju menuju destinasi.Dalam perjalanan Lukman masih sempat berfikir dan berdoa agar temannya itu tidak akan marah apabila dia memberitahu perkara sebenar.Sampai sahaja Lukman memakir kenderaannya tidak jauh dari situ,dan dia masih ada sepuluh minit sebelum Nizam sampai.Lukman mencari tempat duduk di restoran tersebut dan dia memilih untuk duduk di anjung sambil menikmati angin malam.
“bang nak order apa?”tanya pelayan restoran.
“Beri saya Milo ais”,Lukman meminta.
“makan?”tanya pelayan itu semula.
“makan kemudian saya masih menunggu kawan”Lukman memberitahu.
“baiklah”jawap pemuda itu .setelah mencatit pesanan di minta,pelayan pun berlalu dari situ.
Tepat 10.00 malam Nizam sudah pun sampai di restoran.Restoran Seri wangi adalah restoran kegemaran mereka berdua.Dari jauh Nizam sudah dapat mengenali susuk tubuh temannya,yang memakai T-shirt coklat dipadankan seluar jeans biru nampak simple.Dari jauh Lukman sudah melambaikan tangannya kearah Nizam.Nizam berjalan kearah temannya.
Nizam tersenyum. “Lukman kalau kau tak lambai pun aku masih kenal muka kau tu..”Nizam melawak sambil menghulurkan tangan kepada sahabatnya.
“Ya lah tu Nizam kau tu pun apa kurangnya suka sangat baju warna pink,macam mat jambu pula nasib baik tak jadi nyah,…hahahah”Lukman sudah tergelak besar.
“Nyahhhh apanya walaupun aku suka pakai baju pink aku tetap lelaki sejati tau buktinya aku sudah punya isteri dan seorang anak..”Nizam membalas kata-kata temannya itu sambil menunjukan buku lima.Nizam memang terlalu tabsub dengan warna pink dan kebanyakan aksesorinya mempunyai warna yang sama.
“Ya aku tahu jangan lah marah Nizam,kau memang lelaki kalau tidak pasti isteri kau tidak mahu kahwin dengan kau kan ???Lukman ketawa lagi.Lukman sedar temannya itu pantang kalau di usik dengan panggilan mat jambu pasti dia melenting.Lukman sengaja mengusik untuk ceriakan suasana.
“Tahu pun”Nizam melambaikan tangan kepada salah seorang pelayan untuk memesan makanan.Selesai memesan Nizam merenung wajah sahabatnya itu.
“Dah lah Nizam apa yang kau pandang kat muka aku nie,ada yang tak kena ke?sapa Lukman.
“Taklah sekali tengok muka kau nie macam Tom Cruise kalau berjambang handsome,tapi kan kalau kau trim jambang kau tu lah.Kalau macam nie dah macam muka orang mati bini pula.Apa sebenarnya yang berlaku ? Nizam sudah mula bertanya perihal sebenar.
Lukman terdiam.. “Lukman cerita pada aku,aku kan kawan kau,sebelum nie pun apa masalah kita kongsi bersama,jangan segan ok”Nizam sudah membuka sedikit laluan untuk kawannya memulakan cerita.Nizam tahu pasti Lukman serba salah dan apa yang akan di ceritakan pasti mengenai tunang kesayangan.
Lukman menceritakan setiap apa yang berlaku di hadapan teman nya tanpa tertinggal satu pun mengenai kecurangan Adhaliana.
“What Liana Curang? Bukankah lagi tiga bulan kau akan mendirikan rumahtangga?”,Nizam sudah bertempik,suaranya tiba-tiba meninggi dia memang tidak puas hati dengan apa yang Liana lakukan sekarang.
“so?”tanya Nizam.“Dia minta putus tunang”tambah Lukman pantas. Lukman sudah tidak berani mengangkat mukanya dia dapat rasakan ada manik jernih sedang bertakung di kelopak matanya.Dia malu..tidak terluah rasa hatinya yang sudah hancur berkecai.
“Dia memang perempuan tak guna,tak sedar diri dasar perempuan kampung .”Nizam sudah menghentakkan tangan nya di meja,bergegar gelas yang ada di atas meja.Nizam sudah tidak peduli dengan mata yang tertuju padanya.
“Aku dah cakap dengan kau dari dulu dia bukan pilihan yang baik untuk dijadikan isteri ,tapi kau tak mahu dengar?sekarang apa dah jadi?dia tinggalkan kau untuk kahwin dengan mat salleh.apa yang kau dapat.aku tak dapat bayangkan kau bercinta dengan dia selama empat tahun,tapi apa yang dia belajar mengenai kau?”
Nizam sudah benar-benar marah dia sayang sahabatnya itu,tapi apakan daya Lukman terlalu keras kepala dan tidak mendengar nasihat.Nizam teringat sewaktu pertama kali di perkenalkan dengan gadis langsing,berkulit kuning langsat itu dan gadis itu , memiliki kulit wajah yang bersih,bekerja dengan badan belia dan sukan.Di mata Nizam gadis itu terlihat tidak ramah dan sombong walaupun berasal dari kampung.Nak di katakana keluarga kaya tidak pun.
“Nizam ini kenalkan kekasihku Liana”Nizam menghulur tangan.
“Nama I Liana”,jawab gadis itu.
“So you ke yang kerja doktor tu?tak macam pun dan I pelik lah kenapa you pakai baju warna merah jambu?ee tak sesuai tau”berdesing telinga Nizam apabila mendengar butir bicara gadis yang baru di kenalinya.Niat di hati ingin saja di tampar mulut celupar tu.Tapi di sabarkan hati.
“Why salah ke kalau saya pakai begini?tak kan you nak suruh I pakai Kot pula kan ,lagi tak sesuai you perlu tahu bidang kerja I dan Lukman tidak sama dia pegawai bank dan I doktor satu bidang yang berlainan.You tak pergi sekolah ya?Nizam sudah membalas dan tersenyum ,terasa puas di hati kerana dapat mengenakan gadis gila di hadapannya.
“cakap
baik sikit ya I nie budak University Teknologi Mara tau,”Liana sudah berang.
“Ala pasti sampai diploma aja kan ?tengok cara you saja I dah boleh baca dan poiter you tentu tidak bagus mana kan ?”Nizam tidak mahu kalah.
“Sudahlah tu Nizam,Liana jangan bertekak pula”Lukman sudah bersuara.
“Kawan you nie kata I,you marah dia sayang.benci I tau.”Liana sudah mencebik bibir geram dengan kata-kata Nizam sebentar tadi.
Dasar perempuan berlagak kalau ia pun budak Universiti tak perlu lah sebut penuh.Nak canang lah tu dia budak universiti,amit-amit jangan lah dapat bini macam tu?Nizam berkata dalam hati.
“Jadi apa yang kau akan lakukan?Nizam bertanya semula,kasihan temannya itu sudah kelihatan tidak terurus.
“aku tidak tahu nak buat apa aku sayang dia Nizam,Hidupku hanya untuk dia,?”
“Kau tak tahu nak buat apa?come on lah dia dah buat macam tu pun kau masih sayang?Cinta? Pi matilah dengan minah tu.Kau tu lelaki mesti kuat tinggalkan aja ,Aku beritahu kau ya, kau tu tampan sekali petik berduyun yang datang.Dia tu bukan lawa sangat berlagak aja lebih.”Nizam meluahkan apa yang dia rasa patut untuk mencuci otak rakannya yang kelihatan naïf. Pada Nizam ,Lukman harus melupakan gadis tidak guna itu.Dia tidak mahu melihat Lukman hancur kerana gadis seperti itu,baginya Lukman bisa dapatkan gadis yang lebih baik dan cantik untuk menjadi suri hidupnya.
“Nizam kau tidak akan faham ,dengan apa yang aku rasa”Lukman sudah mengangkat wajahnya manik jernih sudah turun membasahi pipinya.
Nizam sudah berang. “Aku dah agak kau masih tidak mahu dengar kata aku,kalau kau tak mahu dengar untuk apa kau jumpa aku,buang masa cakap dengan orang yang ada batu besar di kepala.Nie menangis buat apa kau sayang dia kan pergilah cari dia”Nizam sudah mahu bangun dia terasa buang masa memujuk orang yang cinta mati tak bertempat.
“Nizam tunggu dulu”Lukman sudah bangun untuk menahan kepergian rakannya.Malang sekali Nizam tidak menghiraukan panggilannya dan berjalan laju meninggalkanya seorang diri.Lukman membayar harga minuman dan berjalan longlai ke kereta.Dia masih berfikir arah tujuannya selepas ini.Nizam benar-benar marah padanya rasa nyesal pula.
Lukman memandu pulang ke rumah.Sampai dirumah Lukman membaringkan tubuhnya di atas sofa buatan Italy yang di beli tahun lepas.Lukman masih menangisi pemergian tunang tersayang.Lukman memejamkan mata dan mengingati peristiwa pahit yang terjadi seminggu yang lalu.
Talipon di pejabat berbunyi nyaring,Lukman mencapai gagang talipon dan salah seorang pekerja di aras bawah mengatakan bahawa ada panggilan untuknya di talian 6.Setelah di minta penyambungan di talian 6 Lukman dapat mendengar suara orang yang amat dirinduinya.
“Lukman I nak jumpa you petang nie ada hal penting”Suara Liana kedengaran mendatar.
“Penting ke sayang?I tahu you rindukan I kan maklum lah dah seminggu kita tak jumpa”Lukman bersuara manja.
“Lukman I tidak main-main ok I nak jumpa you”,suara Liana sudah meninggi.
“Liana kenapa dengan you sayang,marah-marah pula datang bulan ya hahahah”Lukman masih mengusik.
“Dengar sini I malas nak cakap banyak sekarang,Kita jumpa petang nie di taman Selasih tepat pukul 5.30 petang.”Liana sudah menghempaskan gagang sekaligus mematikan talian.
Lukman bagai tidak percaya dengan apa yang baru didengar Liana sebelum ini tidak pernah membentaknya,Liana gadis yang manja dan dia selesa bersama gadis itu.
5.30 petang Taman Selasih sudah menyambut ketibaan sepasang kekasih,ia tidak lain adalah Lukman juga Liana,bersama Liana berdiri seorang lelaki bertubuh sasa dan tinggi berbangsa inggeris.Buntang biji mata Lukman apabila melihat Liana perpegangan tangan dengan lelaki inggeris itu dan mereka kelihatan sangat mesra sekali.Lukman merenung wajah Liana dan Liana tidak mengghiraukannya.
“Lukman this is my new boyfriend,”terang Liana dengan lagak angkuh.
“Steve this is my ex fiancé Lukman”Liana memberitahu pemuda itu,dan pemuda itu menghulur tangan kepada Lukman sebagai tanda salam perkenalan.
Lambat-lambat Lukman menyambutnya.Dia masih terkejut dengan pengakuan Liana,apa yang dia tahu,dia tidak pernah memutuskan pertunangannya bahkan dia juga tidak pernah ada masalah dalam hubungannya jadi apa alasan Liana berkata begitu.
“Sayang apa maksud you ?”Lukman sudah mula bertanyakan hal sebenar.
“Ohhh please lah you jangan nak bersayang-sayang dengan I,hanya Steve yang boleh panggil I sayang,So from now you should call me Liana”Liana berkata angkuh dan Lukman masih melihat pinggang Liana dirangkul kemas oleh lelaki sasa itu.
“Ok Liana I benar-benar tidak faham apa yang you maksudkan?”Lukman sudah hampir hilang sabar.
“You faham atau pura-pura tidak faham,?baik lah I terus terang saja I sudah tidak mahu kan You,So You sudah faham sekarang?”Lukman tidak sangka bahawa dia akan mendengar kata-kata keramat yang terlontar keluar dari mulut gadis yang amat di cintainya.Hancur hatinya.
“Liana kita tak pernah putus tunang ,you masih tunang I,I sayang you,sampai hati you buat I macam nie?Lukman sudah terjelepuk di tanah kakinya sudah tidak kuat untuk terus berdiri.
“Haaahah sayang you kata,apa yang boleh you beri untuk I,I mahukan suami kaya.You tahu Steve anak orang kaya dia punya perniagaan di Malaysia juga luar negeri .You apa you ada?kereta buruk tu aja?rumah pun bukan bungalow.I tak mahu hidup susah bersama you.Dengan Steve I boleh Travelling seluruh dunia kalau I mahu.” “by the way you jangan risau I dah minta family I untuk pulangkan semua barang kerumah you dan I akan buat ikut adat,I bayar dua kali ganda dari bajet yang you keluarkan untuk majlis kita.”sejurus itu Liana ngeluarkan sesuatu dari tas tangan dan mencampakkan cincin pertunanngan mereka di hadapan muka Lukman .Lukman yang masih terduduk itu tidak dapat berkata apa dan dia baru tersedar gadis di hadapannya itu sudah berlalu pergi untuk selamanya.Selang beberapa hari keluarga Lukman menerima kedatangan rombongan pihak perempuan tidak lain dan tidak bukan mereka akan membatalkan pertunangannya dengan Liana.Keluarga En Yusoff memulangkan semula barang hantaran dengan dua kali ganda seperti yang Liana katakana.Seluruh ahli keluarganya terkejut,mana tidak mereka tidak tahu akan ada tetamu datang untuk memutuskan tali pertunangan majlis pun tinggal tiga bulan saja,segala persiapan pun sudah di buat.
“Mana boleh macam ini En Yusoff semua persiapan sudah kami siapkan kenapa harus batal pada saat akhir?”En Lukman Hafizal membantah keras ,dia berang semua sudah di siapkan kenapa harus ada pembatalan di saat akhir.
“kami sekeluarga tidak mahu berbesan dengan keluarga kamu,keluarga kamu ini tidak ada apa-apanya jika nak di bandingkan dengan bakal menantu saya.Apa yang adik kamu boleh beri pada anak saya?”tempik En Yusoff tiba-tiba.
“Apa maksud En Yusoff?”Lukman Hafizal bertanya lagi.
“Boleh ke dia beri Liana rumah bungalow ,kereta mewah dan pembantu rumah?”En Yusoff bertanya angkuh.Hampir tersembul biji mata Lukman Hafizal apabila mendengar En Yusoff seolah-olah merendahkan adik serta keluarganya
Sebelum ini tiada siapa pernah menghina maruah keluarganya .Sekarang keluarga yang tidak sedar diri itu sudah berani berkata begitu.Lukman Hafizal bangun lalu berkata…
“Sudah jangan cakap banyak saya setuju pertunangan ini di putuskan dan awak En Yusoff boleh berambus keluar dari rumah saya dan barang hantaran ini kamu bawa balik semula kami sekeluarga tidak sudi menerimanya.Buat pengetahuan En Yusoff saya juga tidak sudi berbesan dengan orang kampung yang tidak sedar diri ,dasar mata duitan .Saya juga mendoakan agar kamu sekeluarga akan menerima balasannya.”Lukman Hafizal sudah menjerit lantang,marah sekali dia dengan perlakuan En Yusoff.
“Apa lagi kamu semua tunggu berambussss .”Lukman Hafizal sudah membuka pintu gerbang .
“Sudah mari kita balik”arah En Yusoff.Para tetamu yang datang bersama En Yusoff keluar bersama barang-barang hantaran yang tidak di ingini oleh keluarga En Lukman Hafizal .
“Fizzy ,Abang mahu kau lupakan perempuan gila harta tu,faham!”Lukman Hafizal memberitahu.
“Tapi bang saya sayang dia”Terang Lukman.
“Sayang otak kau,dia dan keluargannya dah hina kita kau masih mahukan dia lagi?dimana harga diri kau?kau jangan jadi buta,buka mata kau lebar-lebar.”marah benar dia pada adiknya yang satu itu.Dari dulu degil susah nak dengar kata.
“Betul tu Fizzy boleh dapat gadis yang lebih baik dan cantik dari Liana,Cuma Fizzy harus bersabar.”terang Zarina kakak iparnya.
“Tengok lah dulu..”jawab Lukman pantas dan keluar dari rumah.Sejak dari peristiwa itu Lukman sudah tidak berminat untuk meneruskan hidupnya,dia sudah jarang makan,mengurus diri juga dia sudah tiada semangat.Lukman lebih banyak mengurungkan diri di rumah.Lukman tersadar apabila jam berbunyi menandakan dua belas malam ,dia sudah lama termenung,Lukman harus menghubungi Nizam ,Jika sahabatnya itu marah dia tahu dia bersalah apa pun dia akan terima asal sahabatnya dapat memaafkannya .
Lukman bangun kearah meja hias untuk mengambil talipon genggam miliknya.Perlahan dia mendail nombor talipon rakannya.Di dalam hati Lukman berharap agar rakannya masih belum di buai mimpi.
ISABELLA ADALAH..
CINTA KISAH DUA DUNIA
MENGAPA KITA BERJUMPA..
Dari dapur Qaseh dapat mendengar alunan lagu yang datang dari talifon bimbit kepunyaan suaminya.Dia hairan suaminya yang baru balik banyak berdiam diri sepatah ditanya sepatah dijawab.Qaseh berlalu ke ruang tamu untuk menjawap panggilan,dia takut suaminya itu sudah tertidur di ruang tamu.Sampai diruang tamu Nizam masih terjaga.
“Abang talifon tu berbunyi kenapa tak jawab?”Qaseh memberitahu.
“Biarkan saja tentu Lukman yang call.”Nizam membalas.
“kalau Lukman jawablah panggilan tu tentu ada perkara penting kalau tidak masakan malam-malam dia cari abang”Qaseh memujuk .
Pada firasat Qaseh tentu Lukman mempunyai masalah,kalau tidak masakan Lukman menalipon malam-malam.Nizam masih membatu mendiamkan diri .Qaseh mengambil keputusan untuk menjawap panggilan dengan menekan butang hijau Qaseh memberi salam.
“Assalamualaikum,Lukman ada apa ya?”jawab Qaseh perlahan.
Lukman kenal benar suara Qaseh. Qaseh adalah isteri sahabatnya.
“Qaseh, Nizam ada dirumah?”Lukman bertanya.
“Oh dia ada ,sekejap Qaseh panggilkan”Qaseh memberikan kepada suaminya.
“Ada apa aku penatlah, otak aku pun penat dah malas nak dengar cerita kau tu.”Nizam jawab mendatar.
“Please Nizam maafkan aku,aku tahu aku salah”Lukman merayu.
“Tengoklah aku fikirkan nanti,aku nak rehat,selamat malam.”Nizam mematikan talian.
Lukman kecewa pasti dia tidak dimaafkan.Lain pula dengan Nizam dia sudah lama memaafkan sahabatnya itu cuma sengaja dia buat begitu dia mahu lihat sejauh mana kesabaran sahabatnya.Sekali sekala Lukman harus tahu sikap keras kepala yang ada dalam dirinya.
Qaseh menatang dulang berisi kopi dan di hulurkan secawan kopi panas kepada suami tercinta.
“Abang kenapa dengan Lukman tu?abang ada masalah dengan dia ke?”Qaseh bertanya sambil tangannya mengurut belakang tengkuk suaminya.
“Taklah abang sengaja usik dia,sebenarnya dia ada masalah dengan Liana.Liana curang dan telah tinggalkan dia.”beritahu Nizam kepada isterinya.
“Oh macam mana boleh jadi begitu?”Qaseh bertanya lagi.
Nizam pun menceritakan dari awal hingga akhir tentang apa yang Lukman alami.
Qaseh memang mengenali Liana waktu itu dia masih tunangan Nizam . Pernah suatu ketika Lukman membawa Liana untuk main bowling bersama ,dan itu adalah pertama kali dia di temukan dengan kekasih Lukman.
“Hai nama I Adhaliana,panggil I liana,”sapa Liana kepada Qaseh.
Qaseh tersenyum dan menghulurkan tangan,tetapi tidak disambut.
Qaseh terdiam ,tidak berapa saat Lukman memanggil…
“Qaseh your turn now…”Lukman tersenyum sambil mengunjukkan bola di tanhgan .Selesai balingan dibuat Qaseh duduk semula di bangku.
“So nama you Qaseh?”Liana berkata penuh lagak.
“Ya ,ada masalah ke dengan nama saya?”tanya Qaseh.
“Tak adalah lah pelik aja zaman moden gini pun masih ada lagi nama kuno,macam you.”Liana berkata tidak bertapis.
“Pehh.. ayat minah nie boleh tahan,elak aja kena sepak.”getus hati Qaseh.
“You kerja dimana?tanya Qaseh.
“You tanya I ke?I see,well I kerja di jabatan belia dan Sukan,sebagai pembantu takbir.”Liana menjawab bangga.
“You pula?wait let me guess,You tentu kerja kerani kilang kan ”Liana tergelak besar.
“Kenapa awak cakap macam tu”Qaseh bertanya Liana.
“Kenapa?tengok cara you berpakaian I sudah dapat baca dah,and you mesti cuma ada sijil SPM betul tak?”Liana tersengih.
“Eh Liana ,kau tak payah nak hina tunang aku? Dia bukan kerani kilang tahu.”marah Nizam tiba-tiba.
“Oh,ya ke?kalau bukan kerani apa,pencacai?”Liana sudah berdiri.
“Liana kau nie memang tak sayang mulut ya?sekali aku tampar tersungkur kau tau..?Buat pengetahuan kau tunang aku nie seorang jurutera dan dia budak lulusan Luar Negara ada PHD lagi ,kau apa yang ada diploma aja dah tunjuk lagak gaji kau tu pun kecik aja .”Nizam menjerit lantang.
“Lukman lain kali please lah jangan bawa betina gila nie,rimas aku tengok berlagak tak sudah,nak kata orang macam-macam pakai baju kurung di tempat main bowling buat apa?dia ingat nak pergi majlis perkahwinan apa?”Nizam sudah memulangkan paku buah keras.Biar perempuan tu tahu dia bercakap dengan siapa sekarang.Nizam tersenyum sinis.
“Sayang hantar I balikkkk..”Liana sudah merengek.
“Ok lah Nizam,Qaseh aku hantar Liana balik dulu lain kali kita jumpa lagi ok.”Lukman berkata sambil berjalan keluar.
“Lukman kalau nak jumpa boleh tapi jangan bawa betina gila tu?”Nizam menjerit lalu ketawa senang.
Keesokkan hari Lukman datang ke klinik rakannnya untuk meminta maaf.
“Pagi.. boleh saya berjumpa dengan doktor Nizam?”Lurman bertanya kepada pekerja berbangsa cina.
“Oh boleh tetapi encik kena tunggu sepuluh minit.Doktor Nizam ada pesakit di dalam.”Jururawat itu menerangkan.
“Baiklah,tolong sampaikan pesan ,saya Lukman ingin berjumpa dengannya”Lukman berkata lagi dan menghayun kakinya di sudut penjuru untuk menunggu.Dari ruang dalam Nizamsudah dapat melihat kedatangan rakannya.Dia tahu pasti Lukman datang untuk meminta maaf.Selepas selesai merawat pesakit Nizam mengarahkan Mei Ling untuk memanggil Lukman.
“Assalamualaikum..”Lukman memberi salam. Nizam menjawab salam dan meminta Lukman untuk duduk.
“Apa khabar?”Tanya Lukman.
“Aku sihat saja,Lukman sepatutnya aku yang tanya khabar kau,Ini terbalik pula.”Nizam sudah tersengih.Lukman memerhati keadaan sekeliling.
“Sunyi aja klinik kau nie?tiada pesakit ke?”Lukman bertanya.
“Ya biase la kalau pagi Isnin sampai Jumaat memang tak sibuk.Tapi kalau malam menjelma tak menang tangan ,kadang-kadang aku kena tutup klinik lewat malam.”Nizam menerangkan.
“Kau dah maafkan aku ke?”Lukman bertanya spontan.
“Ku rasa aku marah kau lagi ke?Aku peliklah macam lah kau tak kenal aku,of course aku dah maafkan kalau tidak tak sudi aku nak jumpa kau.”Nizam berkata sambil tertawa.
Lukman sudah tertunduk malu,pipinya merah.Dia memang tahu rakannya itu tidak akan marah lama padanya.Cuma dia ingin pastikan rakannya itu sudah memaafkannya.
“Lukman kau tak kerja ke?”Nizam bertanya.
“Aku ambil cuti lima hari.”Terang Lukman lagi.
“Wah bestnya,aku jarang dapat cuti,maklumlah kebanyakan pesakit selalu cari aku,Mereka tidak gemar menerima rawatan dari doktor ganti.”Nizam bercerita.
“Ala biaselah kau tu doktor,dan nama pun buka klinik sendiri pastilah sibuk.”Lukman memujuk.Nizam memerhati rakannya itu seolah-olah mencari sesuatu.Dari tadia dia tertoleh-toleh melihat ruangan Dispensary.Nizam pasti rakannya itu memang mahu melihat seseorang.
“Weh apa yang kau tengok dekat ruang ubat-ubatan tu?”Nizam sudah menyergah.
Nizam sudah dapat melihat perubahan wajah Lukman yang malu-malu.Lukman menggaru kepalanya yang tidak gatal,dan memandang semula kehadapan.
“Kau tengok amoi cantik depan tu ya?”Nizam mula menyakat.
“Amoi tu memang cantik,tapi aku tak cari dia pun.”kata Lukman.
“Habis tu ??Nizam sudah tersenyum nakal.
“Nizam aku tak Nampak pun Staff melayu kau?”Lukman bertanya bodoh.Tiba-tiba Nizam ketawa kuat.Sekaligus membuatkan wajah Lukman berubah.
“Staff melayu aku ada dua orang kau nak yang mana satu? Satu yang kecil molek,satu lagi putih tembam.”Nizam sudah memberikan pilihan buat rakannya.
“Aku tak nampak Sheda pun.”Lukman berkata perlahan tetapi bicaranya masih dapat didengar oleh Nizam.Terlopong mulut Nizam mendengarnya,dia hairan dari mana Lukman itu tahu nama salah seorang pekerjanya.
“Ewah tanya yang kecil molek tu ya?hahahha Lukman dari mana kau tahu nama dia?aku tak pernah kenalkan pada kau pun?”Nizam sudah mula mengorek rahsia.
“Jangan salah faham,kebetulan dia pernah tolong aku semalam.”Lukman memberitahu.
“Dia tolong kau apa?”Nizam bertanya lagi. “Cari kereta aku .”Lukman berkata pantas. “Cari kereta?kenapa dengan kereta kau?”.Nizam sudah berkata sambil memandang Lukman dengan penuh kusyuk.Tanpa ragu Lukman menceritakan keadaan yang berlaku semalam dan perihal itu membuatkan Nizam ketawa besar terhinjut-hinjut dia menahan perut,geli hati benar.
“Apa yang kau ingat sampai kereta letak kat mana pun boleh lupa?makan kau ingat tak?Nizam berkata tapi ketawanya masih bersisa.Lukman diam,bibirnya mengukir senyuman.
“Asyik benar kau gelakkan aku ya.”Laukman berkata tetapi matanya masik melihat reaksi Nizam.
“Hahhahaah aduh semput aku, ketawa banyak sangat.Ok aku jawab pertanyaan kau,Sheda kerja Shift petang,pukul dua nanti dia ada kalau nak jumpa ada lebih kurang satu jam.”Nizam memberitahu.
“Tak apalah aku tanya aja.”Lukman tesenyum.
“Tanya tentu ada sebab,kau nak ngurat dia pun ok juga,aku rasa dia sesuai untuk kau.”Nizam mengulas.
“Kenapa kau cakap macam tu?”Lukman bertanya lagi.
“Dia baik,sopan dan cantik lagipun aku kenal benar perangai dia.Dia dah lama kerja dengan aku.”Nizam menerangkan. Sebenarnya Nizam berniat untuk mengalih perhatian Lukman.Dia tidak mahu Lukman asyik mengingati Liana yang bodoh sombong.Alangkah baik jika rakannya itu mencari wanita lain,wanita yang akan menerima apa adanya.
“Lukman kau harus lupakan Liana,hidup harus di teruskan,dan jangan pernah kau tangisi orang yang jelas tidak perlukan kita.”Nizam masih cuba menasihati.
“Ok lah Boss aku cuba ya.”Lukman berkata sambil tersenyum.
“Macam tu lah baru Luman namanya.”Nizam tersenyum sumbing.
Setelah berbual sebentar Lukman bangun meminta diri.Dia ingin kerumah abangnya yang terletak di Setia Tropika.Waktu keluar dia terserempak dengan Sheda di muka pintu.
“Encik Lukman”Tegur Sheda.
“Panggil saya Fizzi sudah.”kata Lukman sambil tersenyum.
“Ok”Sheda menjawab pendek.
Dari ruang dalam Nizam melihat kearah cctv.Di situ jelas terlihat Lukman berbual mesra dengan wanita yang merupakan pekerjanya.Dalam hati dia berdoa agar rakannya itu akan segera melupakan Liana.
“Sheda awak balik pukul berapa?”Lukman bertanya.Sheda kehairanan tetapi masih menjawab pertanyaan Lukman dengan sopan.
“Saya balik pukul 9.30 malam.”kata Sheda.
“Balik dengan apa?”Lukman bertanya lagi.
“Naik bas.”Sheda menjawab.Dia sudah dapat rasakan sesuatu dan perasaan itu membuatkannya jadi kurang selesa.
“Ummm…mala mini saya jemput awak balik boleh?”itu pun kalau awak tidak keberatan.”Lukman berkata sambil memandang raut wajah Sheda.Dia ingin kan kepastian gadis itu. Sheda sudah menduga pasti ada sesuatu,Dia masih berfikir-fikir samaada menerima atau menolak pelawaan itu.Sheda terdiam lama.Diam Sheda telah membuatkan Lukman tidak keruan,Dia Bimbang ajakannya di tolak.
“Saya tidak mahu susahkan Fizzi.” Sheda menyatakan perasaanya.Sheda memang tidak gemar susahkan orang lebih-lebih lagi orang itu baru di kenali.
“Awak tidak susahkan saya pun,Niat saya baik anggap saja tanda terima kasih saya kepada awak. Jadi mala mini izinkan saya jemput awak ya.”Lukman meminta izin.
“Baiklah”Sheda memberi keputusan.
Jawapan yang di berikan itu telah membuat jiwanya senang.Hatinya menari-nari .Lukman tersenyum girang tidak sabar ingin menunggu malam.
Nizam bangun menuju kehadapan.Dian ingin bertanya ,perkara apa yang dibualkan sampai rakannya itu terlihat senang.
“Sheda,”Tanya Nizam.
“Ya Doktor ada apa?”Sheda bertanya gugup.Nizam dapat melihat reaksi wajah Sheda.Nizam tersenyum.
“Relex Sheda saya bukan nak makan awak pun,saya nak tanya aja apa yang kamu berdua bualkan sampai kawan saya tu tersenyum-senyum.”Nizam bertanya.
“Doktor Nampak ke?”Sheda bertanya bodoh.
“Kenapa dengan awak ni.Tentulah saya nampak,di ruangan saya tu kan ada cctv.Awak lupa ke?”Nizam berkata sambil menggelengkan kepala. “Aduh malunya aku macam mana boleh lupa pulak,nie semua pasal mamat ni lah,kan dah malu.”getus sheda dalam hati.
“Malu pula”Nizam masih mahu menyakat.
“Encik Lukman mahu jemput saya balik nanti.”Sheda menjawab.
“Oh baguslah.Awak jangan risau kawan saya itu baik orangnya.Kalau dia macam-macam awak bagitahu saya ya.”beritahu Nizam.Sheda hanya mengangguk kepala.
“Ewah-ewah aku ada tanya dia ke ,kawan dia tu baik ke tidak,aku peduli apa..Eh mana leh tak peduli karang dia bawa aku lari sia-sia pula.”kata-kata itu hanya berlaku di dalam hati.Dia tidak mahu berkata dihadapan majikannya yang sememangnya sangat baik.
Nizam rasa senang jika Lukman menjalinkan persahabatan dengan Sheda.Ini kerana mereka terlihat serasi yang satu cantik dan satu lagi tampan.
Malam itu Lukman memakai t-shirt berjenama polo bewarna biru tua dipadankan seluar bewarna putih .Rambutnya yang ikal disisir rapi.Sebelum keluar Lukman mencapai minyak wangi dan di sembur ke badan nya yang sasa.Bau harum menebar disetiap ruangan.Lukman turun mencapai kunci kereta yang terletak di atas meja kopi.Setelah memastikan keadaan rumah dalam keadaan baik .Lukman segera memandu ke tempat tujuan.
“Selamat malam doktor hati-hati ya.”Sheda dan Liza mengucapkan selamat sebelum pulang.
“Baiklah kamu hati-hati ya Sheda,dan kamu Liza mari saya hantar pulang.”Nizam berkata sambil mengarah Liza mengikutinya.Liza yang kehairanan hanya membuntuti doktor muda itu.Pasti ada sesuatu.
“Doktor betul ke doktor nak hantar saya balik?Liza bertanya.
“Ya saya akan hantar awak balik hari ini tapi lepas kita habis mengintai ok.”Nizam berkata pantas.
“Mengintai siapa,doktor?”Liza bertanya lagi.
“Ishh awak nie diam lah ikut aja.”Nizam sudah membebel.
“Tak mahu saya,doktor nie gila apa nak mengintai orang.”Liza sudah mula marah.Dia tidak mahu terlibat dengan kerja tak senonoh tu.
“Awak jangan fikir lain pula.Kita tengok Sheda itu saja.?”Nizam berkata lancar.
“Tengok Sheda?kenapa dengan Sheda?apa doktor nak buat dengan dia?”Liza sudah mula becok.
“Kamu nie diam lah ada mata tengok aja.Kita berdiri di sini lah,saya rasa tentu dia orang tak nampak.”Nizam sudah memberi kata putus. “Doktor kat pokok nie?banyak nyamuk lah.”Liza bebel lagi.Nizam sudah membuntangkan matanya,Liza faham itu memberi maksud agar dia tutup mulut.Liza sudah menggaru lengannya, dia digigit nyamuk dalam hati dia menyumpah-nyumpah..
Di luar Sheda sudah sedia menunggu.Tidak berapa lama sebuah bas lalu di situ dan Sheda tahu itu adalah bas terakhir untuk dia pulang kerumah.Aduh mana lah mamat ni jangan tiba-tiba tak jadi datang sudah mati aku,aku talifon lah.Tiba-tiba Sheda teringat dia terlupa mengambil nombor talipon Lukman. Sheda sudah marah pada dirinya sendiri.Dia betul-betul terlupa.Sheda sudah mahu menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ,tetapi bahunya di pegang seseorang.
“Sheda maaf saya terlambat jalan sesak tadi.”Lukman meminta maaf.
“Saya ingat nak talifon tadi tapi tak ada nombornya.”mereka berkata serentak. Alamak boleh cakap saing pula getus hati Lukman.Mereka berdua tersenyum.
“Tak apalah saya faham.”Sheda berkata malu.Dari celah pohon Liza perhati dia amat kenal susuk lelaki tampan itu,tapi dia lupa.
“Doktor mamat tu ,macam saya kenal aja?”Liza mula berbicara.
“Memang lah awak kenal dia kawan saya lah.”
“Oh encik Lukman kan.Wah mana aci dia hantar Sheda balik.Saya pun nak juga.?”Liza sudah mula mengongoi.
Dari jauh mereka sudah lihat Lukman membukakan pintu kereta dan mempersilakan Sheda untuk masuk.Rasa iri terbit dalam diri Liza. “Ok liza sekarang mereka dah balik.Now is your turn..,kereta saya ada di hujung sana .”Nizam menghayunkan kaki menuju keretanya.Liza bergerak malas.Dalam hati dia cemburu,cemburu kerana tunangnya tidak pernah melayani begitu.
Di dalam kereta Sheda hanya duduk diam. “Bersih betul kereta dia,maklumlah kereta orang lelaki nie selalunya bersepah.”Sheda berkata sendiri.
Lukman memandang Sheda.
“Sheda tinggal di mana,lupa pula saya nak tanya”Lukman berkata sambil menggaru kepala.
“Saya tinggal di Taman Mutiara.”Jawab Sheda.
“Ada kekasih”Lukman berkata pantas dan perlahan namun matanya masih tertumpu dijalan.Sheda memandang wajah lelaki di sebelahnya.Ya lelaki itu sedang menahan rasa malu.Malu atas pertanyaannya sebentar tadi.Lukman yang terasa diri diperhatikan menoleh ke kiri membalas renungan Sheda.
“Saya salah cakap ya?”Lukman bertanya.
“Tidak lah,tapi kenapa Fizzi tanya macam tu?”Sheda bertanya semula.
“Oh jangan salah faham saya bertanya kerana tidak mahu ada salah faham antara awak juga kekasih awak.Itu sahaja.”Lukman mula berkata.Jauh di sudut hati Lukman sebenarnya mahu tahu adakah gadis itu masih belum berpunya jika benar dengan apa yang diduga pasti dia akan cuba merapati gadis itu. Gadis itu menawan hatinya.
“Saya faham,tapi Fizzi tak perlu risau kerana saya belum punya kekasih.”Sheda berkata jujur.
“Yeppi hahahha ada peluang nampaknya..wow tak sangka betul.”Lukman berkata dalam hati.Lukman bertekad,dia akan mengenali gadis ini dan melupakan Liana.Dia tidak mahu di belenggu kesedihan.Wajah itu sudah membuatnya lupa pada kesedihan lupa tentang Liana..Ah dia bidadari penyelamat ku...Lukman mengukir senyuman.
“Kenapa Fizzi tersenyum?”Sheda bertanya spontan.Lukman malu tiba-tiba.
“Sudi tak kalau kita jadi kawan.”Lukman meminta.
“kawan?”Sheda bertanya hairan.
“ya kita berkawan salah ke?”Lukman berkata lagi.
Sheda terfikirkan sesuatu “tapi boleh ke?saya Cuma orang biasa kerja pun biasa aja,tentu awak tak layak berkawan dengan saya.”Sheda mengulas.
“Kerja biasa ke?Luar biasa ke?kita semua nie sama aja tiada beza.”Lukman berkata memang bukan jenis orang yang pilih bulu dalam menjalinkan persahabatan,darjat itu tidak penting.
“Jadi apa keputusan Sheda?”Lukman bertanya lagi.
“Baiklah saya setuju tapi dengan satu syarat.”kata Sheda.
“Syaratnya apa?”Lukman tersenyum.
“Cukur jambang Fizzi yang berselirat tu.”jawab sheda selamba.
“Kalau Fizzi tak mahu cukur macam mana?”Lukman berkata sambil ketawa.
“Saya tidak paksa,tapi Fizzi akan nampak tampan tanpa jambang .”Sheda mengulas lebih lanjut.Smapai di lampu isyarat merah Lukman menghentikan keretanya dan memandang kearah cermin,dia mengusap jambangnya dan tersengih sendiri.Selang lima minit lampu bertukar hijau,Lukman memasukan gear dan memandu lagi.
“Ok,apa,perempuan kan suka lelaki berjambang nampak macho.”Lukman tergelak dengan katanya sendiri.
“Eeee macho apanya serabai adalah.”Sheda menjawab pantas.
Lukman dapat membaca dari reaksi yang Sheda tunjukan jelas sekali Sheda tidak gemar dengan lelaki berjambang.Pasti dia rasa tidak selesa.
“Awak kita makan dulu boleh?”Lukman bertanya.Dia mahu mengajak gadis itu makan.
“Lain kali lah Fizzi,saya penat nak rehatlah.”kata Sheda.Lukman kecewa tetapi dia harus sabar,ini adalah permulaan dia tidak boleh tergopoh gapah.Lukman harus membuat Sheda berasa selesa disampingnya.
“Baik lah Fizzi harap Sheda sudi keluar makan dengan saya esok.”Lukman meminta.
“Insyaallah,kalau saya free esok.”Sheda menjawab .Sampai di depan rumah Sheda mengucapkan terima kasih.Di dalam rumah Puan Ross dapat melihat seorang pemuda menghantar anaknya pulang.Ini pertama kali anaknya di hantar oleh seorang pemuda.Siapa pemuda itu.Getus Puan Ross di dalam hati.
Puan Ross membuka pintu setelah anaknya memberi salam.
“Sheda siapa yang hantar kamu tadi?mak tak pernah nampak pun.?”Ibunya ini sudah mula bertanya macam peluru berpandu pula. “Heheheh..apalah mak ni along baru aja balik dah di tanya soalan macam tu.Kalau ya pun kasi lah along masuk dulu.”Sheda tersenyum melihat gelagat ibunya.Sheda tahu ibunya itu risau kalau terjadi apa-apa padanya. Maklum lah anak dara.
“Yang hantar along balik tadi En Lukman dia kawan boss along .”Sheda berkata sambil berjalan kedapur.
“Mak masak apa petang tadi?”Tanya Sheda.
“Mak tak masak pun,kamu makan aja lauk tengahari tadi lagipun mak dah panaskan.”Puan Ross memberitahu.Dia malas nak masak petang tu.Kalau di masak terasa membazir pula.Lauk tengahari tadi masih banyak dan boleh di makan.Jadi lauk tu cuma di panaskan.Sheda hanya mengangguk dan mengambil pinggan disisi.
“Kamu tak makan lagi ke?”tanya ibunya.
“Tak sempat”Sheda memberi alasan walhal tadi dia di pelawa untuk makan.Jual mahal kononnya.Nah rasakan perut sudah lapar.Nasib baik dirumah masih ada banyak lauk.Tidak dapat dibayangkan kalau kat rumah dah tak ada apa-apa alamat makan mee Maggie aja huhuuh…
“Kamu tu ada gastric mana boleh makan lambat.”Ibunya sudah mula bising.Geram betul hatinya anak sulung nya ini memang degil.Selalu makan lambat bila sakit merengek tak sudah.Sheda yang mendengar hanya tersengih dan tangannya pantas menyuap makanan.Selesai makan Sheda masuk ke bilik,Dia ingin mandi membersihkan diri.Selesai mandi dia ke bilik adik-adiknya,tapi mereka semua tiada.
“Mak… angah kemana?Tak ada dalam bilik pun?Sheda bertanya.
“Dia pergi tengok wayang dengan Shafiq.”Ibunya menjawab ringkas.
“Uda denga adik?”Sheda bertanya lagi.
“Dia orang ke kedai sekejap kamu tak terserempak dengan mereka ke?”jawab ibunya sambil mengemas dapur.Sheda angguk faham.
Sheda berjalan ke ruang tamu.Dia ingin menonton Sinetron Anugerah.Dicapai remote control di atas meja dan tangannya lincah menukar siaran yang di inginkan.
“Tak sudah dengan anugerah menyampah betul,heroin lembab menangis aja tahu.”Ibunya sudah mengomel.
“Ala mak relex la tiga jam aja.Nanti mak pula tengok cite yang mak suka ok.”Sheda tertawa manja.
“Ya lah ada aja jawapan kau tu.”ibunya tersenyum.Tidak lama terdengar deruman motor memasuki perkarangan rumah.Pasti adiknya sudah pulang dari kedai.
“Along tadi siapa yang hantar?Handsome tu.”Tanya adik perempuan yang dipanggil uda.
Sheda tercengang, “Ala dia orang nampak ke mati aku pasti kena gelak tak pun kena gossip yang tah apa-apa jek.”Sheda berkata dalam hati dia pasti gossip hangat akan dimulai sebentar lagi.
“Mana kau nampak?”Sheda bertanya .
“Ala mana nak nampak kalau dah duduk dengan mamat handsome,orang lalu sebelah pun tak nampak kan dik.”Uda sudah mula mengajuk.
“Along adik nampak kau masa kat selekoh tadi,kita orang siap lambai tapi kau buat dek aja.Ya lah siapalah kita nie kan uda pakai pun motor cabuk.Pakai BMW baru nampak kot.”Adik bungsunya sudah mula menyakat,sabar ajalah.
“Along kaya betul pakwe kau tu ya pakai Honda Civic baru lak tu.”Uda sudah mula mengorek rahsia.
“Eh mana ada pakwe kawan ajalah.Pandai pandai aja.”Sheda mencebik bibir.
“Mula-mula kawan,lepastu bercintalah apa lagi..Hahahah.” “Ketawa kau orang ya siap besok akak tak mahu bagi duit belanja”Ugut Sheda.Geramnya adiknya sudah mula mereka cerita yang tah apa-apa.Gossip saja yang mereka tahu.
“Dah jangan nak usik kak long kau tu nanti dia tak bagi duit belanja baru tahu.?”marah ibunya.
“Tak bagi sudah ,kita orang curi lah..Hahahha”Uda sudah ketawa berdekah.
Mencerlang biji mata Sheda . “Curi…banyak lah sekeh baru tau”Sheda marah dan membaling kusyen kecil kearah adik-adiknya.
“Mak tengok dia orang nie.”Sheda mengadu.
“Ala biasa lah adik kamu tu memang macam tu dia gurau aja.”ibunya memujuk.
Tamat siaran Sheda ke dapur.
“Hausnya tekak minum jap lah.”Dibuka peti sejuk lalu di tuang segelas air kosang ke dalam gelas.Selesai minum Sheda mengambil sepotong tembikai.Rasanya yang manis itu membuatkan Sheda ingin mengambilnya lagi.Ibunya menggeleng kepala,anaknya ini suka sangat makan berdiri.Bila di tegur kata tak sporting pula.Sheda rasa di perhatikan dia menoleh ke kanan.Terkejut,entah bila masa ibunya terjengul di situ.
“La bila masa mak ada kat sini.”Sheda bertanya
“Dah lama dah,kamu saja yang tak nampak,Along penat mak cakap cuba jangan makan sambil berdiri kalau ya pun nak makan tembikai tu tutuplah pintu peti sejuk tu dulu.Ni tidak biarkan ternganga rosak nanti.”ibunya sudah marah.
“Ya lah mak sorry…”Sheda meminta maaf .Setelah mencuci tangan Sheda mengucup dahi ibunya dia ingin masuk tidur.Besok dia bekerja shift pagi.
Ini karya(novel) saya yang pertama masih belum habis...juga ada di laman penulisan2u anda boleh membaca di sana..Untuk pengetahuan semua saya masih baru berjinak2 dengan dunia penulisan,byk lagi yang harus saya pelajari.. ;p
ReplyDelete