Saturday 25 June 2011

Sejuta Luka Di Hati- Ep 5

“Mak,adik mana?”tanya sheda apabila selesai sarapan pagi.

“Adik kamu tu keluar pi jumpa kawan dia lah tu.Kenapa tanya pasal adik?”Puan Ross bertanya sebaik melihat Shedah termenung.

“Tak lah ingat nak suruh dia hantar along pi kerja malas pula nak naik bas hehehe.”Sheda berkata kemudian.

“Kamu balik pukul berapa hari ni?”puan Ross bertanya.

“Kenapa mak tanya?tapi memang along balik macam biase lah pukul 4 ptg.”Sheda berkata lancar sambil berdiri untuk mengambil tas tangan.

Dari dalam rumah Sheda mendengar suara orang memberi salam .

“Assalamualaikum….”

“Mak,siapa pula yang bagi salam kat luar tu.”Tanya Sheda kebingungan.

“Entah mana lah mak tahu,sekejap mak pi tengok jap.”kata puan Ross pula.Sheda melihat ibunya melangkah laju ke ruang tamu dan dia juga kebetulan ingin pergi ke tempat kerja turut membuntuti ibunya itu.

“Waalaikumsalam…”puan Ross menjawab sambil membuka pintu.Puan Ross terkejut kerana dia tidak mengenali pemuda itu ,diperhati sekali lagi baru dia dapat mengingatinya.Pemuda itu yang telah menghantar anaknya pulang malam semalam.

“Eh ini encik Lukman.Apa yang mamat nie buat kat depan umah aku nie,aduh..
mesti mak marah aku jap lagi.”getus hati sheda.

“Kacak..”Bisik hati puan Ross.

“umm maafkan saya makcik ,sebab mengganggu  tujuan saya datang nak jemput dan menghantar sheda ke tempat kerja.Sheda ada di rumah tak makcik?”Lukman berkata sopan.Dan  dia tersipu malu kerana berkata begitu.

“oh ada nie tengah cari kasut,kamu yang hantar Sheda balik semalam kan?apapun terima kasih sebab dah menghantar Sheda dengan selamat.”Puan Ross tersenyum

“Masuk lah Lukman”Pelawa Puan Ross.

“Eh..tak apalah biar saya tunggu disini saja, tapi dari mana makcik tahu nama saya?”Lukman bertanya hairan.


“Oh Sheda beritahu makcik semalam,dia kata kamu kawan doktor Nizam.”puan Ross memberitahu ramah.Diperhati anak muda dihadapannya memang kacak dan berbudi bahasa.Hati tuanya tertawan.

“Kalau di buat menantu memang bagus”puan Ross tersenyum sendiri.

“Along cepat lah Lukman dah datang tu nak pakai kasut pun terkial-kial”bebel ibunya.

Sheda hanya tersengih ,selesai memakai kasut sheda menyalami tangan ibunya dan berjalan perlahan keluar rumah.Dia betul-betul tidak menduga bahawa Lukman akan datang menjemputnya.

“Mimpi apa aku malam tadi”Sheda berkata sendiri.

“Makcik kami pergi dulu ya.”Lukman meminta izin.

“Ya lah,hati-hati kalau memandu,bila kamu senang datang lah kerumah ini boleh makcik kenal dengan kamu.”Puan Ross berkata lancar.

“Aduh mak aku nie,ada ke minta mamat nie datang lagi.Mati aku kalau adik-adik aku tahu jadi lah bahan gossip sedunia.”Sheda mengeluh dalam hati.Sheda sudah muncung.

“Sheda kenapa awak muncung saja.Awak marahkan saya ya?”Lukman bertanya lembut dia rasa bersalah.

“Tak lah saya tak marah pun cuma terkejut macam mana Fizzi boleh tahu saya kerja shif pagi hari ni itu saja”Sheda berkata lembut dan mendatar.

“Saya call Nizam pagi tadi,jadi dia bagitahu saya yang awak kerja morning shift .So saya ambil keputusan untuk jemput awak pagi ini adakah saya bersalah.”Lukman berkata lancar di renung anak gadis di sebelahnya.

“Fizzi kalau memandu tu ,silalah tengok kehadapan jangan tenung muka saya nie,saya tak mahu mati awal.”tegur Sheda yang sedari tadi rasa di perhatikan.
Lukman terpana dia malu dengan perlakuannya sebentar tadi.

“Lain kali kalau nak jemput beritahu saya dulu ya,jangan lah main serbu aja.”beritahu Sheda.

“ok ,sudahlah maafkan saya ya Sheda,senyum ok jangan marah-marah lagi”Lukman berkata memujuk,dia tidak mahu ada wajah kemuraman terpamer di raut wajah gadis di sebelahnya.


Lukman yang memandu hampir setengah jam sudah di hadapan klinik.Dari dalam kereta Sheda dapat melihat Liza sedang membuka Klinik dan disisi Liza berdiri majikannya,dia tahu Nizam melihat mereka di situ.

Ala,boleh nampak lak si Nizam nie jangan kantoi dengan Liza sudah”Sheda berkata perlahan.Walaupun kata-kata itu perlahan namun masih bisa di dengar Lukman.

“Kenapa kalau kawan saya tu nampak?biarlah kita bukan buat apa-apa pun?”Lukman berkata lancar dia sudah tersenyum nakal.

“memang lah tak buat apa-apa tapi kalau Liza tahu habis lah saya,dia bukan boleh pun nanti sibuk tanya macam-macam pening lah.”Sheda berkata lancar di renung wajah Lukman yang sedang tersengih .

“Tersengih pulak tak lucu lah.”marah Sheda.

“ewah garangnya minah nie.Nampak lembut tapi garang mintak ampun huuuhuhu” Lukman berkata sendiri.

“ok maaf ya Sheda.”Lukman meminta maaf.

“ Apa pun terima kasih ya Fizzi sebab hantar saya.”Sheda berkata lembut api kemarahannya sudah berlalu pergi  bersama kelembutan wajah Lukman.

“Sama-sama,”Lukman menjawab ringkas.Sheda pantas membuka pintu kereta dia mengambil fail di tempat duduk belakang.Sebelum Sheda menutup pintu Lukman sempat berkata.

“Sheda pukul 4 nanti saya datang jemput awak ya.”Lukman berkata dan beredar dari situ.

“Eh mamat nie belum sempat aku cakap tak payah dah blah pula”bentak Sheda.
Sheda berjalan masuk ke dalam Klinik .Terperanjat dia apabila melihat kedua manusia itu terjengul di situ.


“Doktor,Liza buat apa kat sini”Sheda bertanya bodoh walhal dia sudah menduga pasti mereka sedang memerhatikannya.

“Sheda,ewah ko nie kalau dah di hantar mamat handsome pun muka masih masam senyum sikit minah.”Tegur Liza yang  sedang bercekak pinggang.

“Sheda apa cite?kawan saya  tu ok tak?”tanya Nizam spontan.

Sheda terdiam seketika masih berfikir-fikir untuk menjawap pertanyaan yang di ajukan atau tidak.Nizan dan Liza berpandangan.

“Hello…Sheda awak ni dah sampai ke bulan ke?”tanya Nizam dia sudah melambai-lambaikan tangannya di hadapan Sheda.

“Ala doktor nie,saya tak pi bulan lah ada aja nie.”protes Shedah.

“Kalau awak ada kat sini kenapa tak jawab pertanyaan saya tu.”Nizam sudah menggelengkan kepala.

“ok saya jawab…ummm.. buat masa nie ok lah dia nampak baik,tapi tak tahu lah esok lusa huuhu.”Sheda berkata lantas berjalan ke kaunter pendaftaran.

“Sheda saya tanya betul-betul nie,main-main pula.”Nizam berkata sambil membuntuti pekerjanya itu.

“Doktor Nizam betul lah,dia baik tapi maklum lah saya belum begitu kenal dengan dia.Ala doktor fikir sendiri lah saya baru kenal dengan dia tiga hari takkan saya dah tahu semua pasal dia.Apalah doktor nie.”terang Sheda duduk perkara sebenar.Tergelak Nizam apabila mendengar bebelan Sheda,dia terlupa yang Lukman baru saja berkenalan tapi di sebabkan rasa ingin tahu yang kuat telah membuatkannya lupa akan perkara itu.

“Ok sorry Sheda jangan marah ,saya teruja aja heheh.Ok lah sekarang sambung tugas awak semula nanti kejap lagi pesakit datang Klinik nie masih tak sempat berkemas pula.”Nizam memberi arahan.

“Baik doktor yang lagi kacak dan bergaya.”jawab mereka serentak.Nizam yang mendengar hanya tersenyum,dan berjalan masuk keruangannya.


Pukul 9.00 pagi Klinik itu sudah di penuhi dengan para pesakit,ada  pesakit yang sanggup datang dari jauh hanya semata-semata ingin mendapatkan rawatan dari doktor mereka.

“Sheda nanti waktu rehat ko nak makan kat mana?”tanya Liza.

“Entah lah,aku ingat nak pi makan kat Red Café  lama tak makan chicken chop huuhu sedapnya..”Sheda berkata lancar sambil menujukkan gayanya yang terliur terhadap makanan tersebut.

“kalau ya pun jangan lah tunjuk gaya ko macam tu”ngomel Liza.

“Sheda datang sini sekejap ada call untuk awak nie.”arah Nizam majikannya.

“Ala siapa pula yang call aku nie,biase tak ada orang cari pun , aku ada handphone call aja guna nombor  handphone sudah lah.”gerutu Sheda.Sheda menyambut huluran gagang dari tangan Nizam.Sheda dapat melihat raut wajah yang jelas sekali terpamer di raut wajah majikannya,dia sedang  tersenyum sumbing.

“Hello assalamualaikum…”Sheda memberi salam.

“Waalaikum salam…Sheda saya nak ajak awak lunch tengahari ini,awak lunch pukul satu kan.?”tanya Lukman pantas .

“La Fizzi rupanya,apa-apa ajalah mamat nie.”gumam sheda dalam hati.

“Hello…Sheda”Lukman berkata lagi sebaik tidak menerima apa-apa respon dari Sheda.Sheda memandang tepat ke wajah tampan milik Nizam,Majikannya masih merenungnya matanya tidak berkelip senyuman itu juga masih menghiasi wajahnya.Sheda tidak selesa dengan keadaan itu.

“Jawab lah Sheda kasihan kawan saya tu dok sibuk nak lunch dengan awak.”Nizam berkata lembut dan bangun meninggalkan ruangan itu seketika.Dia tahu Sheda tidak selesa dan dia juga tidak mahu rakannya itu hampa.

“Fizzi tak mengapalah,saya akan keluar lunch dengan Liza,kami makan dekat sekitar sini aja.Kalau saya keluar dengan awak kasihan Liza tak ada kawan.”Sheda menolak ajakan Lukman lembut.

“Oh…tak apalah kita ajak dia sekali,please and jangan reject ajakan saya.”Lukman meminta dan ini membuatkan Sheda serba salah lama dia berfikir.

“Baiklah ..tapi kita makan dekat area sini saja ya.Fizzi datang di Red Café kami akan tunggu Fizzi di situ.”Sheda berkata lembut.

“Thank you..jumpa nanti..bye assalamualaikum”Lukman berkata sekaligus mematikan talian.Sheda berpeluk tubuh dan berpaling ke belakang dia terpana seketika rupanya majikan serta rakannya menguping perbualannya.Sheda berasa marah,dia malu bila di perhatikan begitu.

“Yes,akhirnya Sheda….,umm kena siap-siap nie nak jumpa awek jap lagi.”Lukman berkata girang dia bangkit dari sofa dan berlari anak menuju kamarnya di tingkat atas hatinya berbunga riang.Lukman memandang cermin di hadapan di usap lembut jambangnya yang berselirat ,dia tersenyum sendiri

“ummm cukur atau tidak ya”Lukman bermonolog sendiri dia kembali mengingati peristiwa semalam.

“dengan satu syarat cukur jambang Fizzi yang berselihat tu.”kata-kata itu membuatkan Fizzi tergelak  geli hatinya sebelum ini tidak ada gadis yang berani menegurnya secara terang tapi  dengan Sheda tidak begitu.
“Dia gadis istimewa..”gumamnya sendiri lalu mencapai shaver di dalam laci .Selang lapan minit semuanya selesai ,dan Lukman segera bersiap untuk keluar dari rumahnya.

Ala jangan marah lah Sheda.”Tegur Liza sambil berjalan merapati sahabatnya.

“Tak marah geram aja dengan you all nie.”Sheda berkata lembut dia memandang majikannya seketika.

“Doktor nak tanya nie,minggu depan saya nak ambil cuti boleh,?”tanya Sheda.

“Boleh…awak nak ambil berapa hari?”Nizam bertanya pula.

“Satu hari aja..”Sheda berkata ringkas.

“Satu hari saja,ambil lah lama sikit  Sheda lagipun cuti tahunan awak tahun lepas masih banyak lagi.”Nizam berkata lembut.

“Tak mahulah..”Sheda berkata malas suarannya mendatar.Nizam memandang kea rah Liza dan Liza hanya mengangkat bahu.

“Doktor tadi pagi ramai pesakit nie dari pukul 11.30 pagi sampai nak pukul 1.00 petang tak ada orang pun.”Liza berkata slumber.Nizam dan Sheda berpandangan.

“Liza biase lah macam lah awak tak tahu,ini kan hari biase bukan hari minggu nanti malam baru ramai orang kot...Jangan bila ramai pesakit kamu dok merungut penat pula.”Nizam berkata lancar  dan memulas tombol pintu untuk berjalan keluar.

“Doktor nak pergi mana tu ?” mereka bertanya serentak.

“Aduh awak berdua nie,saya nak balik rumah sekejap  sekarang ni dah pukul satu . So time kita berehat ok comel..macam biase sebelum keluar rehat jangan lupa kunci pintu.”Nizam mengingatkan .Mereka berdua tersenyum sendiri dan berjalan keluar untuk mengunci  pintu malah tanda close di hadapkan di muka pintu cermin.

“Jom kita lah yang kau tercegat,depan nie buat apa.”Liza berkata hairan.

“ok..jom”Sheda berkata

2 comments:

  1. salam shazlyn, akk dah bace cite awk ni,.. akak rse dari segi idea n jln cerita bole dikatakan bags.. tapi byk kesalahan dari segi tanda baca n ejaan.. gluck utk awk :)

    ReplyDelete
  2. panjang gak...tapi okey dah...ringkas sahaja dialog yang digunakan kak sha..hihi apa-apa pun usaha lagi....huhu

    ReplyDelete

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...