Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan segala kurnia dan Nikman yang diberikan buatku dan juga keluarga ku. Semalam 26.6.2022 genap usia perkahwinan ku yg ke3 bulan hasil perkahwinan kedua.
Aku tak pernah terfikir akan berumahtangga lagi selepas kegagalan rumatanggaku yang pertama, namun siapa sangka hasil perkenalan dengan seorang duda buat aku terbuka hati sekali lagi untuk menerima lamaran darinya. Dia orang yang sederhana,agak pendiam juga mempunyai sifat yang agak kontra dengan ku dr perbagai segi, akademik, pekerjaan dan segalanya. Namun alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberikan aku pasangan yang baik juga rajin dalam membantuku mengurus rumah. Walau kami selalu berjauhan di sepanjanjang perkahwinan kami Dan aku mengunjunginya hanya pada setiapa hujung minggu.Namun dia masih lagi sudi melayani dan membantuku seperti biasa. Aku tridak mengharap apa2 namun, siapa sangka dia rajin membantu, memasak, mengemas, mencuci tandas dan sebagainya. Dan tidak mengeluh. Dia juga pandai bergurau membuat hatiku rasa nyaman didekatnya dan buat aku selalu rindu akan kehadirannya setiap masa. Aku mmg sgt merinduinya.Anugerah yang allah berikan kepadaku ini sgt berhaarga dan aku mencintainya menerimanya kerana Allah dan aku berharap Allah akan sentiasa menjaga hatinya, imannya buat ku dan memberikan Rahmat buat kami sekeluarga. Aku juga memohon agar rezeki suamiku sentiasa ada tidak putus mengalir kerana dia telah menjagaku dengan baik.
Aku sungguh bersyukur dengan apa yang aku miliki yang tidak pernah aku kecapi sebelum ini.Benar kata orang, jika aku pernah dilukakan dan dikecewakan yakinlah ada hikmah dan Allah telah menyiapkan sesuatu yang terbaik buat kita. Cuma cepat atau lambat yang pasti yakin lah Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
No comments:
Post a Comment