Wednesday, 23 February 2022

Soal Hati

 Tak tahu nak kata apa, tak tahu nak luah apa, bila semua terkait soal hati. Kenalan dengan seorang wanita berstatus Janda dan seorang lelaki dewasa yg berstatus tidak pasti termasuk diriku pada suatu ketika dahulu. Menjadi bualan hangat pada ketika itu. Apapun yg berlaku aku sudah tiada kena mengena. Namun jauh di sudut hati wanita yg sudah ku anggap seorang adik berjaya membuka mataku bahawa dia masih mengasihi lelaki yg pernah melukakan hati kami berdua. Namun apakan daya, dia seorang wanita yg tulus  mengasihi namun dikhianati hatinya. Aku tahu dia marah, dia kesal dan ada sedikit dendam namun jauh di dalam hati dia masih mengasihinya. Dan dari mata dan pandangan aku sendiri setelah mengenalinya lama. Dan apa yg beliau lakukan kepada kami berdua tiada tanda2 dia akan berubah. Kesal ya, sgt kesal dan tertanya2 kenapa aku boleh mengenali beliau. Sedangkan terlalu byk sekali kebohongan yg dia lakukan kepada ku juga pada wanita satunya lagi. Apapun kenyataan itu walaupun aku sudah meninggalkannya dan dia bersama. Aku ,masih dpt melihat yg dia tidak akan dan pernah berubah. Apatah lagi dia berstatus suami org. Aku tidak tahu kenapa perlu dia menipu dan terus menipu dengan status perkahwinan beliau. Isteri yang manis dan cantik, ada kerjaya yg mantap dan stabil. Jika pun ada kekurangan isterinya, ini bukan cara yg benar. Menabur janji,tapi entah apa buktinya.Apa yg pasti sikapo berdolak dalih yg kerap di ucapkan tidak mendatangkan apa2.Dia berharap agak di dia ,membuka hati dan memaafkan kesilapan yg dia lakukan. Tapi adakah semudah itu.

  Mana mungkin gelas yg pecah bisa dah cantum kembali, jika boleh pun kesan pecahan kaca akan berada di situ selamanya.Aku terima dia berkata aku masih dendam padanya. Ya, dendam tapi aku tidaklah sejahat itu. Aku masih bisa bermanis muka walau aku sudah muak dan benci.Aku menjaga imej ku agak tidak calar, tapi apakan daya dia terlalu byk membuat onar. Hahhahah , adakah aku patut memaafkan?Aku juga manusia biasa , aku juga bukan malaikat atau selembut Siti Khadijah.

   Memaafkan, mungkin sesuatu yg sukar untuk dilakukan tapi aku yakin seiring berjalannya waktu,pasti suatu hari aku bisa memafkannya.



No comments:

Post a Comment

BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”

Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...