Monday, 2 November 2015

Ms J VS Mr Playboy- E Novel

BAB 2,

    Ryta  mendail nombor talipon  Shazlynn, dia agak rimas apabila talipon bimbitnya berdering dari pagi hingga lewat petang. Seperti biasa apabila talian talipon tidak di angkat Ryta akan menerima pesanan ringkas dari 'whatsupp' dan bemacam-macam maki hamun diterima. Tidak tahan lagi ingin mengadap masalah itu sendiri, Ryta membuat keputusan untuk bertemu rakannya.

   " Beb," Ryta berbicara sebaik saja talian bersambung dengan temannya itu.

   "Ada apa Ryta? Aku baru ingat nak hubungi kau. Eh, kau dah hubungi aku lebih awal."

  "Beb, jumpa jom, aku bosan lah. Rimas aku di buatnya lama-lama aku boleh gila."Rungut Ryta

  "Okay, aku pun ada benda nak cerita ni. Nak jumpa kat mana?Atau  kau akan ambil aku kat rumah?"

  "  Kau, drive sendiri ya, Aku rasa tak dapat ambil kau kat umah.  Aku takut kalau si gila tu nampak aku ambil kau pula. Dia tu bukan boleh percaya alih-alih aja dia kat belakang."

   "Okay, tak ada masalah, jumpa kat mana? Atau kalau nak selamat  kita jumpa kat Blue Wave Hotel tempat kau menginap. Itu aja tempat yang 'line clear'.

    "Ya, betul aku, setuju, aku jumpa kau kat sini aja." Ryta memberi kata putus sekaligus mematikan talian.

    Shazlynn bersiap ala kadar, rambut yang terjurai di ikat kemas dan hanya mengenakan jeans hitam juga T-shirt Polo. Kunci di atas meja makan dicapai dan  Shazlynn memandu kenderaan menuju destinasi. Selang 40 Minit shazlynn tiba di perkarangan hotel dan mencari tempat memakir kenderaan. Tanpa dia sedari ada mata yang memerhati pergerakkannya. Dan itu adalah Zulhilmi, Ia adalah satu kebetulan apabila dia baru saja ingin pulang dari berjumpa rakan sekolahnya di lobi hotel. Zulhilmi tahu dia tidak silap pandang dan dia sangat mengenali kereta Honda Civic berwarna  putih bernombor plat JQA 2112. Ia memang milik Shazlynn.Tiba-tiba dia terfikir untuk menanti gadis tersebut di sebalik tembok. Hatinya berasa curiga, pasti buah hatinya akan berjumpa di hotel ini. Dia faham benar, dengan sifat kekasihnya. Jika dia ada masalah pasti shazlynn yang akan dicari. Dia nekad akan mengekori Shazlynn dan menyelidiki dengan siapa gadis itu akan bertemu.
    Sedang Shazlynn mencari parkir, matanya tertumpu pada sebuah kereta betul-betul di hadapannya dan kereta itu milik makluk yang dibencinya. Shazlynn memandang sekeliling bimbang jika terserempak dengan lelaki itu. Akalnya ligat memikir sesuatu walaupun hatinya tertanya-tanya. Dia segera beredar dan mendail nombor temannya dan  memakir kenderaan  agak jauh dari tempat parkir Zulhilmi. Panggilannya tidak diangkat buat pertama kali dan hanya di jawab beberapa minit kemudian.

  " Beb,  Emi ada kat sini lah, dia dah tahu kau dekat sini ke?"Tanya Shazlynn pantas"

   Ryta tidak memberi respon, cuma helaan nafasnya saja yang kedengaran. 

  " Dia tak tahu pun, Apa dia buat dekat sini?"

  " Aku pun tak tahu lah. Tapi aku rasa tak sedap hati dan rasa di perhati. Kau rasa dia akan nampak aku tak? Walaupun hotel ni besar tiada yang mustahil. Aku, malas betul nak mengadap laki kau tu."

   " Hello!! Cantik  sikit laki aku lah sangat!!. Macam ni lah, dia tak tahu aku ada dekat sini. Mungkin dia jumpa dengan kawan dia kot. Firasat aku pun macam tak berapa 'best'. Ko parkir aja kereta dan kau masuk aja hotel buat macam biasa dan kau pergi lah jumpa si Khalid kat cafe, dia kan bekerja kat situ. Kau stay lah kat cafe tu sembang dengan dia dalam sejam gitu. Pastu baru jumpa aku  okay."

   "Kalau Khalid tak kerja macam mana?"

  "Kau, kan akal kancil. Gunakan  kepakaran kau lah."

2 comments:

Search This Blog