Monday, 27 February 2012
Wednesday, 22 February 2012
Clixadx
untuk mendapat wang tampahan secara sambilan...anda boleh ke link ini.... Lynn share untuk semua yang datang ke blog lynn nie... ;)
http://clixadx.com/register.php?ref=8002012175
http://clixadx.com/register.php?ref=8002012175
Tempahan Vanilla Coklat... ;)
Hai semua selamat pagi dan juga tenghari... Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Vanilla coklat boleh layari Link di bawah ini...coklat ini bermutu dan sangat sedap berbaloi untuk di miliki.... ;)
http://vanilacoklat.com/daftar.php?ref=8001256178
http://vanilacoklat.com/daftar.php?ref=8001256178
Tuesday, 21 February 2012
Khalifah - Cikgu Ayu (Original MTV)
Lagu ni best dan syok habis...layan lagu ni yuk...By The way..Lynn tak pernah dengar pun nama kumpulan nie...entah bila wujud pun Lynn tak sedar. Alih2 bila tanya member. Member cakap dah lama pun wujud..heheh ketinggalan betul Lynn NI KAN..apa pun kita enjoy.. ;0
Monday, 20 February 2012
Orlando Home Designer, Florida Luxury Detail Design
Wow!! cantik dan menarik..sejuk mata memandang kan... you all suka tak desin macam ni?
kalau suka berikan komen anda okey...dear...tatata ;)
Luxury Private Dream Home Spas & Bathrooms Orlando Florida
bilik mandi macam ni
Hai bila nak nak dapat macam ni...hihi tungg jadi hartawan lah baru boleh buat
Ne-Yo - One In A Million
Hi semua nak share lagu ni kepada semua yang mengenali Lynn hheeh...Lynn suka lagu ni..coz...dia memang pandai menari hehehe ;)
Selamat malam
Hi selamat malam semua....sedang buat apa tu?...Heheeh Lynn Okey dan sedang duduk bersantai menonton tv bersama family...bukan tu aja...sambil menonton..lynn dok update status baru di blog yang sudah seminggu rasanya Lynn tinggalkan.Entah ek..nak share apapun tak tahu...cuma tu lah..dah beberapa hari ni hujan turun dengan lebat...syukur tak terhingga coz dah lama benar hujan tak turun membasahi bumi...ehheeh...ok lah apa menu u all di rumah...?Lynn malam nie boleh makan ikan cencaru bakar, sup ayam...dan salad, hhehehe...sedap tau...okey lah,,,...tak ada idea pula nak tulis..tak apa jumpa Lynn nanti tatta... ;)
Monday, 13 February 2012
PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
Gaji Lumayan Setiap Sebulan
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Maklumat lanjut layari:
http://www.jobdirumah.com/shazlynn81
Gaji Lumayan Setiap Sebulan
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Maklumat lanjut layari:
http://www.jobdirumah.com/shazlynn81
Saturday, 11 February 2012
Selamat Pagi
Hai selamat pagi semua harap u all semua sihat sejahtera.Hari ni tiada apa yang nak story...maklum sedang dalam keadaan bosan tak terhingga. Pagi ni Lynn bercadang untuk meminta tolong rakan sekerja membedah Netbook saya yang comel ni. Awat dia tak sakit saja kasi service sikit heheh...Pasti ramai yang bekerja setengah hari pada hari ini kan? Lynn tak dapat nak merasa bekerja setengah hari...maklum i tak bekerja di bahagian perbankan maupun pegawai kerajaan. Kerja swasta yang di tempatkan didalam pasaraya manalah dapat kerja separuh hari mahu pun cuti pada hari minggu. Suka tak suka terpaksa terima betul tak?Well...u all esok bercuti plan nak pergi mana? share lah sikit ngan Lynn ni...itupun kalau sudi...
Saturday, 4 February 2012
Ada risiko ke apabila kaum wanita Makan kepak Ayam dan Leher Ayam?
Hai semua Lynn nak share sedikit info yang Lynn dapat dari seorang rakan Lynn yang bernama Dr Zubaidi.. Rasanya elok Lynn share di dalam ni ye tak...? Apalagi jom kita baca ;)
“Bahaya Makan Kepak dan Leher Ayam Kepada Wanita”?
Ada beberapa penulisan yang agak serupa. Mesej mereka ialah ‘jangan makan kepak dan leher ayam kerana di situ suntikan steroid diberikan’.
Adakah ini bermakna memakan daging ayam di bahagian peha dan dada selamat? Adakah ini bermakna juga suntikan steroid akan menyebabkan ‘cyst dalaman’.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘cyst dalaman’? Adakah ovarian cyst? Hanya penulis ini saja yang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘cyst dalaman’.
Sebenarnya pada tubuh manusia dan haiwan mempunyai hormone steroid semulajadi. Hormon ini seperti 17ß-oestradiol, progesterone dan testosterone adalah penting dalam tubuh bagi menjalankan sistem fisiologi dan pertumbuhan fizikal dan seksual manusia dan haiwan. Tanpa hormone ini kita tidak membesar sebagai lelaki atau perempuan dan tidak berkehendak untuk berkahwin. Haiwan ternakan juga mungkin tidak akan mengawan.
Oleh kerana hormone steroid itu berada dalam tubuh haiwan, sama ada suka atau tidak, apabila kita makan daging haiwan ternakan, kita juga mengambil sekali hormone steroid yang ada pada haiwan itu.
Secara perbandingan hormone steroid pada haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau mempunyai kandungan hormone steroid yang lebih tinggi daripada haiwan burung seperti ayam dan itik.
Namun begitu, kandungan hormone steroid yang ada pada haiwan ternakan adalah rendah dan tidak mengganggu kesihatan tubuh manusia jika daging haiwan itu diambil sebagai makanan. Lagi pun hormone steroid ini adalah hormone semulajadi dan mudah dihuraikan (metabolized) dan dibuang dari tubuh manusia.
Sayangnya, industri penternakan haiwan di seluruh dunia telah dicemari oleh sikap tamak penternak. Mereka menggunakan hormone steroid penggalak (growth-enhancing hormones) untuk menggalakkan tubuh haiwan ternakan cepat membesar dalam waktu yang singkat.
Penternak menggunakan beberapa jenis hormone steroid yang dijual di pasaran. Ada penternak yang menggunakan hormone steroid semulajadi seperti 17ß-oestradiol, progesterone dan testosterone. Ada juga penternak yang menggunakan hormone steroid yang bukan asli (sintetik) seperti zeranol, trenbolone dan melengestrol.
Kesan jangka panjang terhadap manusia apabila dimakan secara berpanjangan berbeza antara satu sama lain.
Ada beberapa kajian menunjukkan bahawa hormone steroid yang asli 17ß-oestradiol boleh menyebabkan kanser. Hormon ini akan memulakan proses pembentukan kanser dan menggalakkan pertumbuhan kanser terutama pada orang yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser.
Oleh itu jika haiwan ternakan lembu diberikan suntikan ini secara berlebihan, hormone ini boleh dipindahkan kepada tubuh tubuh manusia yang memakan dagingnya. Jika dos yang diberikan itu kecil, mungkin tiada kesan yang berlaku. Namun bagi orang yang mempunyai risiko tinggi mendapat kanser, dos yang kecil sudah cukup untuk memulakan proses pembentukan kanser. Jadi berhati-hatilah.
Untuk mengelakkan hal ini berlaku selalunya penternak tidak menyuntik haiwan ternakan mereka apabila menghampiri waktu penyembelihan. Ini bertujuan mengurangkan kepekatan hormone steroid itu dalam darah dan daging haiwan itu.
Walaupun teknik ini sangat tyidak beretika, penggunaan hormone-hormon diamalkan di beberapa buah negara ketiga. Di Negara seperti U, Eropah dan Kanada, penggunaannya diharamkan. Saya tidak pasti sama ada penternak di Malaysia menggunakan kaedah suntikan hormone steroid ini.
Ayam ternakan juga disuntik?
Ramai yang beranggapankan bahawa suntikan hormone ini dapat menambahkan berat ayam. Sebenarnya ini tidak benar. Pertambahan berat badan ayam bukan disebabkan oleh pertambahan jisim otot, tetapi pertambahan lemak di bawah kulit ayam.
Penternak biasanya berharap teknik ini dapat menambah berat yang lebih banyak bagi setiap ekor ayam apabila ditimbang dan dijual. Pengguna tertipu kerana pertambahan berat ini disebabkan oleh pertambahan lemak, bukan pertambahan otot yang menjadi daging ayam untuk dimakan.
Terdapat juga beberapa kajian saintifik yang mengatakan bahawa ayam membesar bukan disebabkan oleh suntyikan hormone, tetapi disebabkan baka ayam itu sendiri.
(Rujuk:Havenstein GB, Ferket PR, Qureshi MA (October 2003). "Carcass composition and yield of 1957 versus 2001 broilers when fed representative 1957 and 2001 broiler diets". Poult. Sci. 82 (10): 1509–18)
Walaupun begitu kaedah suntikan ini hanya diberikan kepada haiwan ternakan seperti lembu saja kerana harganya mahal. Saya yakin suntikan hormone steroid ini tidak diberikan pada ayam ternakan.
Mungkin pengguna agak keliru melihat ayam ternakan yang disuntik. Itu adalah suntikan vaksin pelali dan antibiotic bagi mencegah penyakit berjangkit di kalangan ayam-ayam ternakan.
Jadi kita memahami bahawa suntikan hormone steroid ini biasa dilakukan pada haiwan ternakan lembu bukan pada ayam atas factor kos dan keberkesanannya.
Setakat ini, tiada laporan menunjukkan bahawa penggunaan ubat hormone penggalak ini memberikan kesan negative kepada manusia yang memakan daging ayam ternakan ini.
10 tempat paling unik serta aneh di dunia...
Hai selamat pagi lama Lynn tak update status di blog Lynn nie..Harap u all semua sihat2 selalu..di sini Lynn nak share keindahan alam semula jadi ciptaan ALLAH S.W.T... Lynn sangat kagum dengan keunikan yang ada di9 dunia kita...jemput lihat dan baca ya...info ini lynn dapat dari...
http://ms-my.connect.facebook.com/note.php?note_id=220449321310485
1. Guaíra Falls, sempadan Brazil-Paraguay
Kebanyakan orang menganggap air terjun Niagara adalah yang terbesar di dunia. Sedangkan Guaira Falls lah yang terbesar di dunia dengan jumlah air terjun yang mencapai kira-kira 1.750.000 kubik per-saat. Bandingkan dengan Niagara Falls yang hanya 70.000 kubik per-saat.
Sumber Guaira Falls yang terletak di sempadan Brazil-Paraguay, adalah sungai Parana. Pada tahun 1982, lokasi air terjun Guaira ini dibina empangan untuk hidro elektrik yang dinamakan Itaipu Dam merupakan empangan hidro elektrik kedua terbesar di dunia setelah Gorges Dam. Itaipu Dam menyalurkan 90 peratus elektrik ke Paraguay, sdan 19 peratus ke Brazil, iaitu Rio De Janeiro dan Sao Paulo.
2.Iceberg b-15,Antartika
Gunung ais B-15 adalah gunung ais terbesar yang tercatat dalam sejarah. Luasnya mencapai 3.100km, menjadikannya lebih besar dari Pulau Jamaica. Gunung ais raksasa ini terjadi kerana bongkahan Ross Ice Shelf pada Mac 2000.
Maka pada tahun 2003, gunung ais B-15 ini kembali pecah menjadi beberapa bahagian, salah satunya yang terbesar disebut B-15a hanyut ke utara, akhirnya hancur ke dalam glesier pada tahun 2005, meninggalkan bongkahan sepanjang 8 km. Keadaan ini menyebabkan perubahan besar pada peta Antartika dan patut dinilai semula petanya.
Sebahagian hanyut ke sepanjang pantai akhirnya pecah. Pada tahun 2006, angin taufan di Alaska, menyebabkan gelombang lautan yang merentas hingga 13.500 km selama 6 hari ke Antartika, dan memisahkan baki pecahan pecahan menjadi semakin banyak.
Hampir satu dasawarsa berlalu, bahagian-bahagian gunung ais itu masih belum cair seluruhnya, bahagian yang terbesar masih dianggap sebagai B-15a, dengan luasnya mencapai 1.700 Km.
Gambar di atas merupakan gunung ais yang disebut B-15a sesudah hanyut ke dalam Drygalski Glasier (terbawah), akhir
nya pecah menjadi beberapa bahagian.
3. Don Juan Pond, Antartika
Tempat manakah yang paling tinggi kandungan garamnya? Pasti orang akan menyebut Laut Mati. Laut Mati memang terkenal di dunia kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi. Berdasarkan kajian, air laut kandungan garam tinggi itu boleh menjadi terapi kesihatan.
Tak hairan kalau di sekitar Laut Mati banyak dibina spa-spa untuk terapi, khususnya terapi kecantikan dan kesihatan. Namun, Laut Mati bukanlah yang termasin di dunia. Jadi di Antartika lah, tempatnya Don Juan Pond,merupakan tasik dengan kandungan garam tertinggi di dunia.
Perbezaannya jika dibandingkan dengan laut pada umumnya, Don Juan Pond 18 kali lebih masin daripada air laut biasa, jika dibandingkan dengan Laut Mati, Don Juan Pond 8 kali lebih masin.
Lokasi ini ditemui oleh Lt Don Roe dan Lt John Hickey, pada tahun 1961, semasa keduanya melakukan kajian di Antartika. Nama Don Juan Pond juga diberi mengikut nama kedua pengkaji tentera ini, hasil gabungan nama keduanya.
Suhu di kolam itu-seperti umumnya di kawasan Antartika, cukup rendah, dengan paras terendah boleh mencapai -30 darjah Celcius. Namun tidak pernah sehingga membeku seperti tempat lain di Antartika.
4. Rotorua, New Zealand
Rotorua adalah bandar di tepi laut selatan tasik dengan nama yang sama. Lokasinya di Teluk Plenty, pulau utara New Zealand. Keunikan dari kawasan itu adalah banyaknya kolam-kolam sumber air panas, khususnya Pohutu Geyser di Whakarewarewa, dan lumpur- lumpur mendidih. Kawasan itu menjadi unik dan menarik sehingga banyak dikunjungi pelancung.
5. 83-42, Greenland
Aneh dan unik. Tapi 83-42 dipercayai merupakan satu-satunya bidang tanah yang ada di bahagian utara. Memang hanya ‘secoik’ ukurannya kira 35 m x 15 m dan tinggi 4 m. Kalau dilihat dari atas, ibarat hanya setompok tanah yang dikelilingi pecahan pecahan ais.
Unik! jika kutub utara dilitupi oleh ais, namun tanah ini tidak. Lihat gambar! Keunikan ini sekaligus memecahkan rekod sebelumnya iaitu ATOW 1996. Keunikan 83-42 ini ditemui tahun tahun 1998.
6. Socotra, Republic of Yemen
Socotra tempat paling aneh sekaligus paling unik di dunia. Hampir semua yang ada di sana kelihatan aneh, bermula dari bentuk pokok ataupun sekitarnya, tidak hairan banyak yang menyebut Socotra yang berada di Republik Yemen sebagai salah satu kawasan alien di dunia.
Tempatnya sangat aneh, iklim kering lain daripada yang lain. Keanehan ini menyebabkan kehidupan tanaman maupun benda apapun di sana tumbuh dengan aneh. Sebut saja tanaman terkenal seperti Dragon’s Blood Tree yang aneh, bentuknya sangat tidak umum.
Pokok ini menghasilkan getah berwarna merah. Di sana juga ada binatang binatang asli, seperti burung-burung, labah-labah dan binatang asli lainnya. batuan juga karang, yang bentuknya tidak umum dan hanya ada di pulau itu. Dengan segala keanehan isi pulau ini, tak hairajikan Socotra, pulau yang berada di laut arab, termasuk dalam Warisan Peninggalan Dunia.
7. The Great Dune of Pyla, Perancis
Yang kita tahu bahwa Eropah tidak mempunyai gurun, hanya bukit pasir yang biasa saja. Tapi anggapan ini salah. Eropah mempunyai bukit pasir unik iaitu Pyla, panjangnya 3 km, lebar 500 m dan tinggi 100 meter.
Bukit pasir ini sangat curam sebahagiannya menghadap ke hutan. Tempat ini terkenal kerana menjadi tempat aktivitis paragliding. Selain keunikan bukit pasir itu, yang juga menakjubkan adalah pemandangan sekitarnya di mana dari ketinggian kita boleh melihat laut dan hutan. Bukit pasir ini jauh lebih tinggi dari hutan, sehingga dari bukit pasir itu kita boleh melihat semuanya.
8. Meteor Crater, USA
Meteor Crater adalah kawah yang terbentuk akibat jatuhnya meteorit. Letaknya sekitar 43 mil (69 km) sebelah timur Flagstaff, dekat Winslow di gurun utara Arizona Amerika Syarikat.
Tempat itu disebut Meteor Crater kerana sesuai dengan nama kantor post. Kawah meteor ini dikatakan terbentuk sejak 50.000 tahun lalu pada zaman Pleistocene ketika iklim setempat menjadi lebih sejuk dan basah.
Pada masa itu kawasan ini adalah padang rumput yang luas serta hutan yang dihuni oleh wol mammoths, dan unta. Mungkin kawasan itu belum di huni manusia. Meteor yang jatuh itu mengandung nikel dan membentuk kawah seluas 50 meter.
9. Mount Roraima, Venezuela, Brazil and Guyana
Mount Roraima adalah tempat luar biasa yang indah. Gunung batu ini berbentuk unik kerana seperti kap meja yang berada di awan. Tingginya 400 meter.
Satu satunya cara untuk mencapai puncak atap meja itu adalah dengan memanjat jalur tangga yang memang sudah disediakan kerajaan Venezuela. Cara lain yang tidak disarankan adalah yang biasa dilakukan para pemanjat tebing.
Di sana hujan hampir turun setiap hari, menghayutkan tanaman - tanaman menjalar yang berada di atas atap. , akibatnya atap gunung itu menjadi unik, kerana bersih seperti ‘meja kosong’.
10. The Door To Hell, Turkmenistan
Tempat ini mungkin sudah semua tahu, paling kurang telah membaca beritanya atau melihat gambar-gambarnya. Memang tak hairan kerana fenomena alam di Turkmenistan ini sangat unik.
Orang menyebutnya ‘Pintu Neraka” kerana di kawah selebar 70 meter itu keluar api yang terus menerus sejak 35 tahun terakhir. Bermula dari tahun 1971 di mana geologi menjadikan kawasan itu untuk mencari lombong gas.
Apa yang terjadi adalah semburan api dari bawah yang terus menerus, malah memusnahkan segala peralatan mereka. Ahli geologi ini tidak ada yang berani turun ke dalam kawah beracun itu. ~LB~
Subscribe to:
Posts (Atom)
BTS babak Hayfa dicer4ikan Adam, “Hebat g1la dohh Ummi Nazeera”
Hi semua assalamualaikum dan salam sejahtera...wah actualy Nurin cuma nak bagitahu yang nurin tak tgk lagi drama bersiri yang telah amat sia...
-
Hi selamat petang semua ada diantara you all yang gemar menonton Telenovela dari Venuzuela or mexico atau lebih dikenali ...
-
Hi..semua selamat pagi...hehe..Lynn nak share telenovela Pasion Morena ni,untuk u all semua yang gemar menonton telenovela dari Amerika La...
-
Ha... ada sebuah lagu lama yang sangat menusuk jiwa. Lynn suka lagu ni sebab ada banyak maksud tersirat.. Kalau u all tahu..past...