Sunday, 8 May 2016

Celebrate mothers day with family

Assalamualakum semua selamat hari ibu buat ibu2 di dunia...Lynn pula hanya meraikannya dengan cara yg cukup sederhana just membawa ibu keluar makan bersama adik2 dan berjalan membeli belah sambil mencuci mata..Ibu adalah org yg sangat istimewa..mana tidak dia jugalah teman yg selalu ada bila kita dalam keadaan susah.. Senang.. Gembira.. Mengingati dan mencipta memori yg indah bersama beliau adalah detik indah....hope u all semua meraikkannya bersama ibunda tercinta walaupun hari2 adalah hari ibu... ..salam sayang.... ADios..hehehe

Aktiviti di petang hari...

Hai..assalamualaikum dan salam sejahtera..salam satu malaysia katanya... Heheeh.. Ok lah.. Harap u all semua yg mana bercuti tu selamat bercuti  dan yg bekerja di malam minggu ni pula selamat bekerja...heheh.. Ok.. Just nak share aja.. Aktiviti lynn petang ni... Seperti biasa dan kebiasaan hari minggu lynn akan ke studio.. Macam hari ni.. Kami adakan casting tuk new...models.tapi bukan casting models bikini tau..m ehheh...nak di pendek kan cerita sebelum tamat sesi casting... Ada dua pemuda yg datang untuk casting request kami untuk bergambar bersama mereka berdua..Dan gasilnya seperti yang di bawah.....Jangan kecam saya okey.. Love u...

Tuesday, 3 May 2016

Monday blues with our geng...

Hai... Di pagi hari lynn update status... Kan.. Ehhehe jgn marah ok... Ini lah aktiviti kami hari ini... Karok beramai2 tapi yg nak bergambar takat tu aja... Yg lain sibuk karok .. SEkali sekala kena have fun kan... Esok dah kerja... Apa pun... Episod seterusnya akan di sambung esok... Adios... Nite u all

Monday, 2 May 2016

Kesewelan dan kebosanan melanda...

Hai semua kita nak citer sat.....adalah kan suatu hari tu... Lynn ngan kawan ni.. Ni tak tahu nak kemana dan buat apa tau... Plan asal nak lepak mengeteh jek.. Biasalah port kita org berdua mmg kat Sayed BIstro Tebrau... Bila lah lepak minum teh tu standard lah kan.. Duduk berejam sambil makan maggie goreng dan makan burger ayam..tapi bila selesai makan.. Jam baru pukul 8.30 pm.. Kita org dok fikir nak pergi manalah lepas ni kan... Fikir punya fikir tak dapat2 jawapan...mana tak nya.. Boleh dikatakan... Semua tempat kat dalam jb ni kita dah tapau sejak jd pelarian tak bertauliah...hahaha.. Oleh kerana terlalu bosan... Muncul lah idea gila nak ke machap...kui kui... Apalagi kita org pi pm kawan yg dari
Muar tu dok jumpa kita kat sana.. Hanya tuk melepak... Ala.. Biasalah... Kalau dah bosan dan kebiol lan melanda lepak RNR jek pun dah berbaloi... Apapun idea gila tu di persetujui oleh kenalan kami.. Maka tepat jam 9 malam... Lynn dan si sipulan ni pun bergerak menuju ke destinansi dan sampai di MAchap jam 11pm...ahhaha nampak tak kegilaannya tu di mana..tapi jgn silap tau kita org ni tak gila pun cuma suka sesuatu yang adventure..tu hasilnya seperti di bawah gambar kami bertiga. Sembang punya sembang settle makan dan melepak.. Jam 2 pagi balik semula ke JB...apapun sampai umah jam 3 pagi lah kan boleh tahan cepat jugalah minah ni drive.. Nasib baik esok harinya lynn tak kerja kalau tak... Alamatnya tak pi kerjalah...

Bila tiga mak bonda berjalan...

Hai semua... Lama kan lynn tak update apa2.. Maklum sibuk teramat sangat lah katanya kan...ehehhe.. Well semalam.. Lynn pergi ke studio bersama dengan my bestie...jam lima biasa lah dah terpacak kat sana... Buka kelas untuk casting untuk sesiapa yg berminat untuk sertai pertandingan sempena hari kemerdekaan... Di pendekkan cerita ni...balik dari kelas kami bertiga singgah ke Jusco Tebrau tuk... Mencuci mata... Habis cuci makan kita org yg dah lapar sangat ni singgah di J.CO..minum petang lah kan... Hahhaha hasilnya adalah seperti yg di gambarkan...bila tiga Mak Bonda berjumpa wefi... Ajalah kan... Kui kui.. Ini ajalah kisah ceritera semalam...adios u all...

Monday, 2 November 2015

Ms J VS Mr Playboy- E Novel

BAB 2,

    Ryta  mendail nombor talipon  Shazlynn, dia agak rimas apabila talipon bimbitnya berdering dari pagi hingga lewat petang. Seperti biasa apabila talian talipon tidak di angkat Ryta akan menerima pesanan ringkas dari 'whatsupp' dan bemacam-macam maki hamun diterima. Tidak tahan lagi ingin mengadap masalah itu sendiri, Ryta membuat keputusan untuk bertemu rakannya.

   " Beb," Ryta berbicara sebaik saja talian bersambung dengan temannya itu.

   "Ada apa Ryta? Aku baru ingat nak hubungi kau. Eh, kau dah hubungi aku lebih awal."

  "Beb, jumpa jom, aku bosan lah. Rimas aku di buatnya lama-lama aku boleh gila."Rungut Ryta

  "Okay, aku pun ada benda nak cerita ni. Nak jumpa kat mana?Atau  kau akan ambil aku kat rumah?"

  "  Kau, drive sendiri ya, Aku rasa tak dapat ambil kau kat umah.  Aku takut kalau si gila tu nampak aku ambil kau pula. Dia tu bukan boleh percaya alih-alih aja dia kat belakang."

   "Okay, tak ada masalah, jumpa kat mana? Atau kalau nak selamat  kita jumpa kat Blue Wave Hotel tempat kau menginap. Itu aja tempat yang 'line clear'.

    "Ya, betul aku, setuju, aku jumpa kau kat sini aja." Ryta memberi kata putus sekaligus mematikan talian.

    Shazlynn bersiap ala kadar, rambut yang terjurai di ikat kemas dan hanya mengenakan jeans hitam juga T-shirt Polo. Kunci di atas meja makan dicapai dan  Shazlynn memandu kenderaan menuju destinasi. Selang 40 Minit shazlynn tiba di perkarangan hotel dan mencari tempat memakir kenderaan. Tanpa dia sedari ada mata yang memerhati pergerakkannya. Dan itu adalah Zulhilmi, Ia adalah satu kebetulan apabila dia baru saja ingin pulang dari berjumpa rakan sekolahnya di lobi hotel. Zulhilmi tahu dia tidak silap pandang dan dia sangat mengenali kereta Honda Civic berwarna  putih bernombor plat JQA 2112. Ia memang milik Shazlynn.Tiba-tiba dia terfikir untuk menanti gadis tersebut di sebalik tembok. Hatinya berasa curiga, pasti buah hatinya akan berjumpa di hotel ini. Dia faham benar, dengan sifat kekasihnya. Jika dia ada masalah pasti shazlynn yang akan dicari. Dia nekad akan mengekori Shazlynn dan menyelidiki dengan siapa gadis itu akan bertemu.
    Sedang Shazlynn mencari parkir, matanya tertumpu pada sebuah kereta betul-betul di hadapannya dan kereta itu milik makluk yang dibencinya. Shazlynn memandang sekeliling bimbang jika terserempak dengan lelaki itu. Akalnya ligat memikir sesuatu walaupun hatinya tertanya-tanya. Dia segera beredar dan mendail nombor temannya dan  memakir kenderaan  agak jauh dari tempat parkir Zulhilmi. Panggilannya tidak diangkat buat pertama kali dan hanya di jawab beberapa minit kemudian.

  " Beb,  Emi ada kat sini lah, dia dah tahu kau dekat sini ke?"Tanya Shazlynn pantas"

   Ryta tidak memberi respon, cuma helaan nafasnya saja yang kedengaran. 

  " Dia tak tahu pun, Apa dia buat dekat sini?"

  " Aku pun tak tahu lah. Tapi aku rasa tak sedap hati dan rasa di perhati. Kau rasa dia akan nampak aku tak? Walaupun hotel ni besar tiada yang mustahil. Aku, malas betul nak mengadap laki kau tu."

   " Hello!! Cantik  sikit laki aku lah sangat!!. Macam ni lah, dia tak tahu aku ada dekat sini. Mungkin dia jumpa dengan kawan dia kot. Firasat aku pun macam tak berapa 'best'. Ko parkir aja kereta dan kau masuk aja hotel buat macam biasa dan kau pergi lah jumpa si Khalid kat cafe, dia kan bekerja kat situ. Kau stay lah kat cafe tu sembang dengan dia dalam sejam gitu. Pastu baru jumpa aku  okay."

   "Kalau Khalid tak kerja macam mana?"

  "Kau, kan akal kancil. Gunakan  kepakaran kau lah."

Thursday, 29 October 2015

Ms J VS MR Playboy -E Novel

Bab 1


   Jam baru menunjukkan jam 8.30 malam rasa bosan mula menyelubungi diri diri shazlynn yang pada ketika ini  sedang asyik terfikirkan si mangkok gila yang sibuk mengganggu dia dan teman baiknya.Entah mengapa rasa jengkel melihat perlakuan jejaka yang merupakan kekasih temannya itu tidak dapat di bendung lagi.Sungguh dia benci,bagaimana lelaki seperti ini boleh wujud dalam dunia ini.

   "Eh! Baik kau cakap mana Ryta,aku nak jumpa dia."

    "Entah mana aku tahu,aku tak jaga dia pun."jawabnya  acuh tak acuh.

    "Kau biar betul?Takkan lah kau tak tahu.Nak menipu pun agak-agaklah."

   "Aku cakap tak tahu maknanya tak tahu lah!!Kau tak faham bahasa ke?Atau kau nak aku cakap bahasa Jerman?lagipun aku tak simpan ryta tu dalam poket aku.Kau ni kan suka sangat cari pasal dengan Ryta.Sampai dengan aku pun kau nak cari gaduh.Cari tak jumpa gegar pintu rumah aku.Nak kata kau gila aku rasa kau waras lagi"

   Zulhilmi yang sememangnya sedang sakit hati bertambah panas apabila mendengar bebelan yang di lontarkan kepadanya secara bersahaja oleh gadis bertubuh kecil di hadapannya. Kalau di ikutkan mahu sahaja dia memberikan tumbukan padu.Tapi apakan daya misi mencari Ryta lebih penting. Teman wanitanya melarikan diri sebaik sahaja di memalukan wanita itu semalam.

   "Dah lah kau jangan nak membebel elak aja aku bagi penumbuk kat muka kau yang cantik tu.Kau ingat aku tak tahu, kau aja yang selalu menyebelahi dia.Dah sah kau tahu mana Ryta bersembunyi kan?"

   "Tengoklah,aku baru aja cakap kan aku tak tahu.Kau ni datang dari planet mana ek?" Jerkah shazlynn tidak sabar.Hatinya mengelegak panas bila melihat lelaki bertubuh tinggi lampai di hadapannya memandang sinis.Shazlynn memandang proton persona putih disamping makluk asing yang menghalang keretanya.Gara-gara si makluk asing ini lah dia tidak dapat pulang ke rumah.

  "Woi!!Apa kau tengok?Kau nak pecahkan kereta aku?"sindir Zulhilmi bersahaja"
   'Baik aku pecahkan muka kau dari pecahkan kereta kau bangang!!' Tapi ia hanya terluah hanya di dalam hati.Mana mungkin dia berkata sedemikian.Bukan wajah kacak lelaki itu yang pecah silap hari bulan wajahnya yang bengkak.

  "Tak ada apa,aku ada mata aku tengoklah.Kenapa tak boleh?"
  "Dah lah malas aku nak cakap ngan kau ni. Cakap dengan kau macam cakap dengan itik.sakit jiwa di buatnya."
   Shazlynn tersenyum "kalau dah tahu cakap ngan aku susah,dah macam cakap ngan itik.Baik kau berambus aja.Buang masa aku aja.Aku nak balik rumah tau tak!Alihkan kereta kau ni boleh?
   "Ok boleh aja,tapi ingat aku akan cari kau selagi aku tak jumpa Ryta.Dan aku berjanji tak akan ganggu kau bila aku dah jumpa buah hati aku tu."

   Zulhilmi masuk ke dalam kereta dan memecut laju kenderaannya di atas jalan raya.Shazlynn hanya memerhati sambil menggelengkan kepala dan dia juga beredar dari bangunan pejabat menuju ke destinasinya.Mana lagi dia nak pergi? pulang ke rumahlah.Dia bercadang, malam nanti kalau dia tidak penat dia akan menghubungi Ryta untuk bertanya khabar.

SEMUANYA PINJAMAN-Pesakit Endometriosis

Hi... semua assalamualaikum...Nurin berharap kamu semua sihat2 selalu.Sejak 2 menjak ni sy agak kurang aktif meluah apa2 di blog sy. Entahla...