Monday, 3 October 2011

Lama tak jumpa



Lama  betul  tak  jumpa  rakan2  lama  yang pernah  bekerja  sebumbung...Mana  depa  pi  pun  tak  tahu lah. Rata-rata  dah  lost  contack. Cuma  ada  beberapa  kerat  yang  masih  berada  di  sini..cuma  dah kena  tukar  department...NAK buat renu..no  tel  pun  dah  tak ada..So mana...mana  manusia  yang  mengenali  mereka  sila  beri  info  pada  saya  ya heheheh.. GAMBAR  NI  DI AMBIL  PADA  TAHUN 2007..dah  lama  pun  simpan. Geng  dan  otai-otai yang  best ;)

Contoh Rekaan pelamin..







Di antara  design  pelamin  di atas  yang  mana  menjadi  pilihan kamu  semua?? Hehehe Kalau  Lynn  tentu  yang  berwarna  biru...nampak  nice  and  simple? U all pula???

Apa yang ada di dalam tas tangan saya??

Heheheh..hari  ni  terasa  boring  pula. Nak  menulis  sambungan  novel...seru  lum  tiba, idea  tak  mai  lagi.
Lynn nak  cerita  apa  yang  Lynn selalu  bawa  kalau  keluar dari  rumah...

Bila  namanya  perempuan...barang  utama  yang  mesti  ada  dalam  tas adalah Lipstik, bukan apa  pun  saja  bawa huhuh manalah  tahukan  tup-tup  lepas  makan mee sup  lipstik  tu  hilang. Leh touch  up  jap. Lagi...,  Lynn Bawa  minyak  wangi, pun  stanby. Novel, kaca mata  dan  tentu  sekali Handphone  hai  mati  kalau  tak  ada.. Nyawa  kedua  Lynn tu..urm  ada  lah  buku  nota juga  pen(kalau  idea  datang  boleh  note  dulu)senang  sikit heeheh...


Lynn pernah  juga  kena  soal  dengan  tunang  tersayang. Katanya  kenapa  Lynn suka  bawa  beg  besar-besar? Lagi  satu  dia  selalu  tanya kenapa  beg  Lynn sentiasa  berat?Bawa apa  sampai  berat  sangat heheheh dia  gelarkan beg  karung  guni. Hehehe.... Pernah  jugalah  katanya  next  birthday  dia  tak  mahu  belikan  beg  tangan.. Katanya  beli beg  balik  kampung  terus. Senang  boleh  isi  macam-macam.

Nak  tahu  kenapa  Lynn suka  bawa  beg  besar2??

Dalam  tu  Lynn boleh masuk macam2, botol airlah. PAyung  lipat lah. Bukulah. Charger Hp dan ipod..kadang  mini  laptop  pun  Lynn masukan  sekali  senang  dan mudah. TAK  PAYAH  NAK  BAWA  BEG  Asing2 ... hehehe

Adakah anda mempunyai minat untuk di kongsi bersama saya???

 
                                                                                                                   Salam sejahtera dan assalamualaikum kepada  mereka yang    beragama  islam.

Apa khabar  semua?Hope you all sihat dan sentiasa  ceria. Well hari  ni  Lynn nak  berkongsi sedikit info  mengenai salah  satu  hobi Lynn. Apa dia???Tentu      you  all semua  nak  tahu  kan??

Okey!! Hobi Lynn adalah membaca novel, selain dari menulis. Tapi  Lynn membaca  bukan  setakat  Novel aja  tau. Tetapi  semua  bahan  bacaan  yang  menarik  minat. Lynn akan baca. Bila  namanya suka  membaca tentulah Lynn mempunyai  beberapa koleksi  novel. Betul tak?? Hehehe.. jawapannya adalah  benar..

Buat  masa  ini itu adalah gambar  koleksi peribadi Lynn, yang  telah  Lynn kumpul sejak  tamat SPM dulu. Apa  yang  you  all semua  lihat, itu adalah  sebahagian novel  saja. Lynn tak  larat nak  ambil gambar  semua sekali, ya  tak?...anw jangan  marah  ya ;)

Bila, Lynn sudah banyak  membaca  karya  orang. Tentu Lynn mempunyai idola. Dan Lynn akan  kongsi sebahagian  dari penulis-penulis novel  yang Lynn kagumi.

Nak  tahu  siapa???Orangnya adalah:

a)Penulis  Senior.

Norhayati Ibrahim, Syarifah Abu Saleem, Ma Lee Chuswan,
Shamsiah Md Noor, Puteri Andalas, Fauziah Ashari, Aisya  Sofea, Ramli A.M danNoorzailina  Nordin.


b)Penulis Baru:

Syamzunuriezmil,Noraz ikha, Hanni Ramsul, Sury Ryhana, Qaseh Qaisara.

Itu  hanya  sebahagian  aja  tau. Kalau  nak cakap sampai  besok  pun  tak habis. Hehehe

Untuk  hasil karya  penulis  baru, kamu  semua BOLEH  LAYARI web ini( penulisan2u.net)
Kamu  boleh  membaca  hasil  karya  mereka  seperti  novel  dan  juga  cerpen. termasuklah  beberapa karya  LYNN  yang  masih  belum  tamat di situ.

Apapun membaca  adalah satu  budaya  yang  sihat, selain  dari  menjana  minda. Tahu  kenapa??

Mesti  you  all nak  tahu  kenapa  Lynn cakap  membaca  itu  bagus, betul  tak.. Kalau  tak  mahu  tahu. Tak apa  Lynn beritahu  juga.

A)Membaca  membuatkan  kita  tidak  mudah lupa atau  nyanyuk.
B)Dengan  membaca  boleh  menambah  ilmu  pengetahuan. Kalau  kita  pandai, mesti  kita  nak  jadi  orang  yang  lagi  pandai  tul tak??
c)Banyak  info  terkini  boleh  kita  dapat, melalui  membaca... heheheh....


So, kalau  ada  orang  kata  membaca  novel adalah  merugikan dan  buang  masa. Itu  adalah  salah/it's wrong...

membaca  itu  tidak  merugikan, malah  menguntungkan bagi  pihak  yang  membacanya. Untuk  novel, kita  boleh  ambil contoh  yang  baik  untuk  di ikuti. Malah  untuk bahan  bacaan  lain seperti artikel2 lain contoh wikipedia, atau  yang  sewaktu dengannya. Kita  dapat ilmu.. maklum sewaktu  di zaman  persekolahan, tak semua  subjek cikgu ajar tul  tak?? So, kalau  kita  nak  tahu  kenalah  baca  atau  cari  info  mengenainya  sendiri.


Hurm... dah  penat celoteh.. Kita  jumpa  lagi.. see you soon..
lOVE YOU  GUYS... HEHEHHE ;)



Sunday, 2 October 2011

Adakah saya tidak di tipu Atau memang saya di tipu???

Ada  satu  cerita  yang  I nak  kongsi  dengan  you all. Cerita ni  I dah  lama  simpan, cuma  baru  sekarang  nak  cerita. Mungkin  cerita  ini  kamu  semua   boleh  jadikan pengajaran kot.

Ok ada  satu hari tu bulan  puasa tahun 2010. Pagi  store tempat aku  bekerja  baru  beroperasi lebih  kurang  satu  jam lah. Sedang  aku  sibuk  menyiapkan  laporan. Tiba-tiba  datanglah  seorang  lelaki  berusia lingkungan 55 tahun..orangnya  segak  dan  bergaya juga lah. Dia  datang  ke  kaunter  aku untuk meminjam telefon. Aku  benarkan kerana,dia  tiada  wang(ceritanya  begini: katanyalah= tiba-tiba  dia  sakit  perut.Dia  meminta  pemandu teksi  turunkan dia  di  tempat  berdekatan yang  mempunyai  tandas  awam.Nak  di jadikan  cerita pemandu  teksi  itu  menurunkannya  di  pasaraya  tempat aku  bekerja  sekarang. Sewaktu  selesai  keluar  dari  toilet. Dia  berniat  untuk pergi  bersarapan. Malangnya, dia  mendapati beg duitnya  tiada  dan dia  sangat  yakin  bahawa  dompetnya  tercicir  di  dalam  teksi.) di sebabkan insiden  itu lah  dia  ingin menggunakan telefon. So aku  ni  yang  tak sampai  hati  benarkan dia  guna. Aku  yang  berada  di  sebelah mendengar  segala  perbualan  uncle  tu. Apa  yang  aku  tahu dia  menghubungi hotel  mewah  yang  dia  tinggal  di  kuala  lumpur dan meminta  agar pihak bank  blog semua  kad  kreadit  juga  debit  kad miliknya.
Aku hairan siapa  sebenarnya  uncle  itu.


Jadi  selepas  dia  meletakan  talian  dia  pun  bercerita  yang dia  adalah  orang  Malaysia  yang  tinggal di  Hongkong  selama lebih  20 tahun. Dia  adalah  seorang  doktor  pakar mata di  sana. Dia  balik  semula  ke Malaysia  untuk  membeli sebuah  rumah  dalam  masa  tidak  sampai  sebulan. Dia  juga  bercadang  untuk membuka  sebuah  hospital  pakar  mata  di  kawasan  johor  bahru. Siap  tunjuk  riflet  beberapa  buah  rumah  mewah  yang ingin  di  beli pulak tu.  Cadangnya  pagi  ini  dia  mahu  melihat  rumah  yang  berada  di  taman  pelangi  indah. Temujanji  telah  pun  di buat  tapi. Malang tak  berbau dompetnya  hilang. Dan  dia  cuma  sehelai  sepinggang. Jadi  dia  menalifon  agent  rumah  untuk  membatalkan temujanji.


Tahu  tak  itu  uncle  tak  berapa  pandai  cakap  melayu. Lebih kepada  bahasa  inggeris. Kalau  dia  cakap melayu  ada  terabor  sikitlah...eheheh ;)


Well lepas  tu  uncle  tu  berterus  terang. Dia  mahu  pinjam           dengan   aku  sedikit   wang  untuk  pulang  semula  ke  kuala  lumpur. Dia  cakap  nak  naik  keretapi. Aku  pun  tak tahu  berapa  harga  tambang  keretapi. Dan  lagi  satu  aku tanya  kenapa  dia  tak  mahu  naik  bas. Katanya  dia  tak  biasa  dan  bimbang  kerana  Bas  selalu  mengalami  kemalangan. Tak  lama  lepas  kami  berborak, dan  aku  pula  masih  terfikir-fikir  untuk  menolongnya. Managerku  iaitu  puan Nora  bertanya  apa  masalah. Jadi aku  menceritakan kisah  itu  dari A sampai Z. Aku  dan  managerku  yang  sememangnya  seorang  wanita  ni  tak sampai hati. Uncle  tu  cuma  meminta  RM 30  saja  dari  kami. Aku  dan  boss ni  dok kira. Kalau  dia  nak balik  naik  keretapi. Habis  duit  makan dia  macamana? Dia  orang  dah  berusiakan  tak  sampai hati bila  dia  tak  makan. Ye lah  dah  macam  bapa-bapa  kita  kan. Kami  berikan  dia wang  sebanyak RM 50 dan boss aku  pula beri  jumlah  yang  sama. Total RM 100.

Itu  uncle  kata  dia  tak  mahu  berhutang  dan tak  mahu  makan. Tapi  kami  kata tak mengapa  ambillah. So  ke sudahannya dia  bersetuju  dengan  syarat dia  hanya  meminjam, dan  akan  membayar  duit  kami  semula  sebaik  saja  dia  sampai  di  johor  pada  next week  iaitu  pada  pertama syawal.

Sebelum  itu  dia  ada  meninggalkan  nombor  telefon. Hotel  tempat  dia  tinggal beserta nama  penuhnya.
Sekarang  dah  setahun. Batang  hidungnya  pun  kami  tak  nampak.... HAI ADAKAH  KAMI  DI TIPU. ATAU???ADAKAH  KAMI  HARUS  MENGHUBUNGI  DOKTOR  ITU??
 


So  kesimpulannya?? Adakah  kita  harus  menolong  orang-orang yang  susah  atau abaikan  saja? huhuhu  keliru..KAlau  tolong takut  ditipu. KAlau  tak tolong..takut  dia  betul-betul  perlukan pertolongan.... Hanya  ALLAH  yang  tahu. Apapun pesanan  dari Lynn selalu  berhati-hati....take  noted  okey ;)

Ada Idea???

Hurm...tolong2...saya  ada  idea  tapi tak  tahu nak tulis  apa....guys " I NEED TO WRITE SOMETHING"
wah  gila  kalau  macam ni...banyak  bab  tak  sudah ehehehh :) Kalaulah  kucing kesayangan  aku  tu doraemon..mesti  minta  dia  yang  tulis ahhaahha ...ok now  aku  menulis  baru sampai Lynn baru  dapat  sehelai baju yang  sudah  di ganti  oleh  Isam, abang  kepada  Salma. Jadi  Lynn sudah  memiliki dua  helai  baju  yang  sama   dan  serupa. Apa  yang  patut Lynn  buat dengan  baju  yang  serupa  tu?? Beri  pada  orang  atau  macamana???Satu lagi  boleh  ke  buat  kalau  saya  buat Lynn tidak  menyukai Isam???

Kalau  ada idea pun  kalau  aku  malas  menaip  tak  guna  juga..apa pun  please  support  I, okey..

Apa nak beri sebagai Hadiah????



  Hai  semua huhuhu  saja  nak  story, Gucci adalah  salah  satu brand  kesukaan ku, Gucci  Flora perfume  terbaru  sudah  pun  aku  miliki. Rasa- rasanyalah  kalau aku  hadiahkan  buat  ibu  tersayang  okey   tak??Tengah berfikir ni..keliru  nak  beri  hadiah  apa. Hai  nampaknya  aku  kena  beli 2 hadiah  bulan  ni. Satu  untuk  ibu  dan satu  untuk  adik  perempuan  tersayang. Guys...minta  bantuan  nak  bawa          mereka   berdua  ni makan  dimana??



oPPS!! AKU  TERCICIR dan Terlupa...Kena  beli 3 lah..satu  untuk  tunang ku  tersayang....hehehe so  u all tolong  fikir  nak  beri  apa ya ???Sayang  u all semua...salam  sayang





SEMUANYA PINJAMAN-Pesakit Endometriosis

Hi... semua assalamualaikum...Nurin berharap kamu semua sihat2 selalu.Sejak 2 menjak ni sy agak kurang aktif meluah apa2 di blog sy. Entahla...