Thursday, 19 January 2012

Don Omar - Taboo



HAI SEMUA SELAMAT PETANG...SAJA LYNN NAK SHARE LAGU NIE..SELAMAT MENDENGAR...DAN SANTAI OKEY...DA.. JUMPA LAGI NANTI..SALAM SAYANG... ;)

Friday, 13 January 2012

Selesai Waktu makan...

Hai  selamat  petang  semua  apa  khabar?Dah  makan  ke  belum? Kalau  u all belum  makan, apa  kata kalau  u all semua  try  makan  Portugis egg tart rasanya  sedap  dan  mantap. Memang betul2  membuka  selera. Hurm  tadi Lynn dan  rakan2 sekerja  makan di Restoran  Macau Ekspress. Sedap..tapi  Lynn makan  Portugis  banana tart. Niat  hati  nak  makan  egg tapi  dek  kerana  kehabisan..cekik  je  banana. Hahaha...nak  tahu  info  pasal  tart  ni  tak? Kalau  nak  sila  baca  di  bawah  ni :-




Tart kastard diperkenalkan di Hong Kong pada 1940-an oleh cha chaan teng. Ia, kemudian diperkenalkan di kedai kopi barat dan bakeri untuk bersaing dengan restauran dim sum, khususnya untuk yum cha. Sewaktu kebangkitan ekonomi zaman 1950-an dan 1960-an, Lu Yu  mengambil pimpinan dengan tat telur kecil. Yang ironiknya, tat telur kecil kini adalah sebuah hidangan dim sum umum dan biasanya adalah lebih manis daripada yang dihidang di bakeri.
Satu teori mencadangkan tart telur Cina adalah penyesuaian tart Inggeris dengan intipati kastard. Guangdong telah lama berada rantaunya di China dengan hubungan yang paling kerap dengan Barat, khususnya Britain. Sebagai bekas tanah jajahan British, Hong Kong menggunakan sesetengah masakan British. Satu lagi teori mencadangkan bahawa tart telur berubah dari pastri tart telur Portugis yang lebih mirip, dikenali sebagai pastel de nata, mengembara ke Hong Kong melalui tanah jajahan Portugis Macau.
Gabenor yang terakhir Christopher Patten adalah seorang penggemar tart telur di Hong Kong.

Sumber dari  encik  wiki ;) sampai  jumpa  lagi...daa... ;)


Wednesday, 11 January 2012

Kenapa dengan konon2...(Asal-usulnya)

Hheeheh...hai  semua  apa  khabar? Dan  selamat  petang.. Lynn nak tanya  u all semua lah...kita  selalu  dengar  org  cakap  or  guna perkataan  konon2 or  konon2nya...heeheh lama  juga  tertanya2  sejak  bila  kita  mula  menggunakan  perkataan  tu.Dan  siapa  yg  mula  menggunakan  perkataan  tu? Lagi  satu  bila  dekat  sekolah  kita  belajar...tak  pernah  ada  istilah  konon-konon...melainkan  umpamanya..hai  konon-konon...tu  bahasa  bualan kan? kalau  tulis  esei  alamat  cikgu  bulatkan  besar2  guna  pen  merah  tul  tak...Apapun  kalau  korang  semua  tahu  asal  usul  konon-konon  tu  beritahulah  pada  saya  ni... ;)...


Perkataan  yang  selalu  kita  sebut  adalah  ayat  seperti  ini...



Kenapa  dia  pakai  baju  tu?
jawapan: Ala  dia  pakai  baju  tu  bukannya  apa, kononnya  nak  jadi  superhero...

....korang  ada  idea tak  nak  ganti  konon ni  kepada  perkataan  lain?




Sampai  di  sini  saja...ya..jangan  marah  tau  dengan  pertanyaan  ni..maklum  org  tengah  demam...hhehe ;)




Sekian salam sayang  Shazlynn fazlynn..

Sunday, 8 January 2012

Minum Petang

Hai assalamualaikum...semua...apa khabar? Dan  selamat  petang. Apa  yang  sedang  anda  lakukan  di waktu  petang...Lynn macam  biasalah..tengah  kerja  ada  ni  di Jusco..hahahah...kerja  dalam  pasarayalah  katakan..petang2 ahad  ni  cuci  mata. tengok  berbagai  ragam  pelanggan..Huuhuhu apapun  Lynn rasa  bersyukur  sangat  coz  customer  semua  baik2 belaka.Kalau  di  rumah  biasanya  Lynn akan  buat  cucur  ikan  bilis  atau  goreng  pisang. Minuman  petang  pula mesti  nak  kena  ada Teh 0' kalau  tak  ada  alamat  tak  lengkap  rasanya.Anda  pula????story  lah  sikit  minuman atau menu  makanan  petang  kegemaran  anda. Don't lokek2 heheh..tak lah  saja gurau. Ni  pun  ngah  tunggu  member  ajak  kuar  break  tak  tahu lah nak  minum  petang  di  mana. Lynn masih berfikir. Kalau  ada  idea  bak  mai  sini. Nanti  Lynn pertimbangkan  ya...






Saturday, 7 January 2012

Sejuta Luka Dihati-Bab 14







Bab 14


Sheda  baru  saja  selesai  menghubungi  Lukman. Dari  nada  bicara  Lukman, Sheda  dapat  rasakan  yang  Lukman memang  sedang  sakit. Dek  kerana tidak  mahu  mengganggu  masa  rehat  kekasihnya. Sheda memutuskan  untuk  menghubunginya  semula pada  esok  hari.


Sheda  memandang  ruang  tamu  yang  sunyi  dan  sepi. Adik-adiknya  masih  belum  pulang  dari  tempat  kerja. Jam  sudah  menunjukan  angka 9.30 malam. Dengan langkah  agak  malas. Sheda  berjalan menuju  sofa  untuk  menonton  televisyen. Jari  runcingnya pantas  menekan  butang  pada  alat  kawalan  jauh  untuk menonton.


Vrom…vrommm…


Sheda  bangun  dan  menjenguk  tingkap. Adik bongsunya  sudah  pulang. Sheda  melihat  adiknya  membawa  sesuatu  di  tangan.


“Along!! Tolong adik  jap,”  ucap  adiknya  sedikit  kuat.

Sheda  menarik  wajah  masam. Dia  benar-benar  malas. Dengan terpaksa, Sheda  menghayunkan  langkahnya  ke  muka  pintu.

“Muka  masam  macam  cencorot  ni  dah  kenapa? Ni  kes  malaslah ya?”

“Memang  akak  tengah  malas. Kau  boleh  panggil pula. Banyak  ke  barang  sampai panggil  akak?”


“Taklah  banyak. Saja  panggil  along. Nak manja-manja  pun  tak  boleh  ke?”

“Tak  boleh! Suka hati kau  aja  nak  manja-manja. Tak  malu  betul.”

“Ala  ngan  adik  berkira. Dengan  Abang Lukman boleh  pula,” ucap adiknya  sambil  membuka  kasut.


Bulat  biji  mata  Sheda  apabila  mendengar bait  kata  yang  diucapkan  oleh  adiknya. Dengan  pantas  Sheda  mencubit  lengan adiknya.

“Aduh!! Sakitlah,” Marah  adiknya.

“Padan  muka!”

Sheda  memandang  bungkusan  plastik yang  diambil  sebentar  tadi. Sheda  tersenyum seketika. Adiknya  pula  tersengih  menampakkan  barisan  giginya  yang  putih.

“Tersengih-sengih. Apa  tunggu lagi. Pergilah  rebus  kerang  tu. Uda  nak  makan  jap  lagi,”


Sheda  dan Adiknya  berpaling  ke  belakang. Entah  dari  mana  dia, Tiba-tiba  muncul  di  muka  pintu.

“Bila  kau  balik?Tak  dengar  bunyi  kereta  pun?”

“Ala  uda  balik  naik  bas. Lepas tu  jalan  kaki. Memang  along  tak  dengar. Along, cepatlah  rebus  kerang  tu,” ucap uda sambil menghalakan  muncung  bibirnya  kea rah  beg  plastik.


“Macamana  kau  tahu  dalam  ni  ada  kerang,” tanya  Sheda  hairan.

“Ala long. Uda  uang  kirim  beli  kerang  bila  adik  balik  kerja tadi. Tu  yang  baru  sampai  rumah,” tutur  adiknya  lembut  sambil beredar  ke dapur.


“Kalau  kau  yang  kirim. Dah  tentu  kau  yang  nak  makan  kan. Jadi  ada  baiknya  kalau  uda  yang  rebus  sendiri. Tak  kuasa  akak  nak  rebuskan. Macam  tuan  puteri  pula dia,”

“Ala! Tolonglah. Uda  baru  aja  balik  kerja. Penat ni,”

“ Okey..alasan  banyak . Dah  pergi  masuk  mandi. Akak  rebuskan  sekejap.”  Ucapnya  dan  melangkah  kaki  ke  dapur.



Di  rumah  Liana  sudah  tidak  senang  duduk. Sekejap-sekejap  matanya  di  kalih  ke  arah  jam dinding. Dia  menanti  Sinta  pulang  sejak  jam 7.00 malam. Entah  ke mana  rakannya  itu  pergi  dia  sendiri tidak  pasti. Apa  yang  dia  tahu, dia  menanti  bukan kerana  risaukan  gadis  itu. Hatinya  masih  marah  dan  geram  dengan  rakan serumahnya. Setelah  penat  mundar  mandir, Liana  kembali  duduk  di  sofa. Hatinya  menggerutu tidak  keruan. Setengah  jam  kemuadian  Liana  terdengar  bunyi  enjin  memasuki  perkarangan  rumah. Dengan  pantas  Liana  bangun  dan membuka  pintu.



Sinta  dapat  melihat  raut  wajah  Liana  yang  masam  mencuka. Perasaan muak  mula  terbit  dalam  diri. Rakannya  itu  memang  jenis  manusia  sombong. Tidak pernah  mahu  mengalah. Liana  ibarat  manusia  yang  tidak  pernah  membuat  kesalahan. Perasaan menyampah terhadap perlakuan Liana  sudah  berbakul-bakul. Sinta  mengambil  tas  tangan  dan masuk  ke  dalam  rumah tanpa  memandang  Liana. Liana  yang  sememangnya  geram  menutup  daun  pintu  dengan  kuat  sebagai  tanda  protes.


“Woi!! Kau  ingat  aku  ni  tunggul  ke?” jerit  Liana  sambil  memaut  lengan Sinta.

Sinta  memandang  dan  merentap  kembali  lengannya.Dengan  rasa  meluat  yang  berbuku-buku. Sinta  mencampakkan  tas  tangannya  ke  lantai.

“Kau  ni  dah  kenapa?Sakit  jiwa  ke? Kalau  dah  sakit  sangat  aku  hantar  kau  ke  hospital  jiwa  nak  tak?” ucap Sinta  sinis.

“Wei!! Aku  tak  gila  lah. Kau  tu  yang  sombong  sangat kenapa? Aku  minta  tolong  kau ambil  aku  di pejabat  kau tak mahu. Perangai  kau  jangan  macam  sial  sangat lah  oi!!” Maki  Liana  lagi.


Sinta  menolak  tubuh Liana  pantas. Dan  tolakan  yang  kuat  itu  menyebabkan Liana  hampir  tersungkur. Sinta  sudah tidak  dapat  menahan  diri  dari  memaki  Liana. Gadis  ini  sudah  melampau. Dia  fikir  dia  hebat  sangat.

“Woi! Perempuan, kau  tu  yang  sombong  dan  kau tu  juga  yang  sial. Bukan  aku bangang!!. Kau  ingat  kau  siapa  nak  arah  aku. Kau  ingat  kau  bayar  gaji  aku  RM 10K nak  perintah  atau  maki  aku  kalau  aku  tak  dapat  jemput kau  pulang?Kau  ingat  kau  tu  siapa?Anak  raja?Perangai kau  tu  mengalahkan pelacur  tau?Tapi  pelacur  pun  tak  adalah tak  beradap macam kau  ni. Tak  ada  adap. Bodoh  sombong. Sukahati nak  cakap  anak  orang  macam-macam. Macamlah  bagus sangat?” Ucap  Sinta  bagai  peluru  berpandu.Meluah  perasaan  berbuku  yang  sudah  lama  tersimpan  kemas.


Liana  merenung  tajam  anak  mata  Sinta. Sudahlah  Sinta  sudah  berani  menolak  batang  tubuhnya. Dan Sinta  berani membandingkan  dirinya  dengan  pelacur.

“Kau  jangan  nak  samakan  aku dengan  pelacur!Dia  orang  tu  perempuan  hina!! Aku  ni wanita  baik-baik,”  ucap  Liana  nyaring  sambil bercekak  pinggang.



“Wanita  baik-baik? Hey..tolonglah. Jangan  jadi  minah  perasan. Kau  tu  tak  layak  tau. Perangai  macam binawe ada  hati  kata  wanita  baik-baik. Macam  aku  katakan   tadi? Pelacur  pun  lebih  baik  dari  kau  dan ada  adap. Kau  tu  bukan  elok  perangai  pun.”

“Kau…” pekik  Liana.


“Kau..apa?? Kau  tu  dah  tua.Sendiri  Fikir. Kau  jangan  ingat  aku  diam  bermakna  aku  suka  setiap  tingkah laku  kau. Dan  buat  pengetahuan  kau, aku  dah  muak dan  loya  tekak bila  mengadap  perangai kau yang  kau  rasa  selalu  betul. Kau  alert  perkataan  ni  okey. Aku menyampah, tahu? Ingat  perkataan  tu  sampai  mati  faham!!”  tengking Sinta  dan  berjalan  masuk  ke  bilik  tidur. Sejurus  itu Sinta  menghempaskan  daun  pintu.

Liana terkejut dia  membaling  kusyen  kecil  ke  arah  pintu  bilik  Sinta  sambil  menjerit  kuat.

“Argh…pergi  mampus  lah  kau!!”


Sinta  dapat  mendengar  amukan  Liana. Dia  hanya tersenyum  dan  memekakkan  telinga. Hatinya  sungguh  merasa  puas. Liana  harus  tahu  yang  dia  bukanlah  wanita  yang  sangat  penyabar.


Lukman  tersenyum  bila  mengingati  kata-kata Sheda. Sheda  meminta  dia  agar menjaga  dirinya  dengan  baik. Tutur  kata  Sheda  membahagiakannya. Lebih  bahagia  lagi  jika  Sheda  berada disampingnya. Apakan  daya dia  dan  Sheda  belum  ada  ikatan  yang  sah. Lukman mencapai handphone miliknya di  tepi  meja. Dia  mendail  nombor  talian Nizam.


“Assalamualaikum..,”  ucap Nizam sebaik  saja  melihat  nombor  talian  Lukman dipaparan  skrin.


“Waalaikumsalam, Kau  dekat  mana?Bising  semacam  saja.”


“Aku  ada  di airport. Baru  saja  jemput  Qaseh  balik dari L.A. Kau  ni  dah  tak  tahu  nak  berehat  ke?” ucap Nizam.


“Oh…, baguslah  kalau Qaseh  dah  balik. Tak adalah  kau  sunyi nanti. Aku  sedang  berehatlah ni. Saja  call kau. Tak  boleh  ke?”  tutur  Lukman  bersahaja.


“Boleh. Aku  tak kisah  pun. Qaseh  ada, kau  nak  bercakap  dengan  dia?”


“Boleh  juga,”
Nizam  menghulurkan  telefon kepada  isterinya. Qaseh  menyambutnya  sambil  tersenyum.

“Assalamualaikum..Lukman,”

“Waalaikumsalam. Apa  khabar?”

“Aku  baik  dan  sihat. Kau  sakit  ya?”

“Ya, aku  tak  sihat  demam  ni. Kau  ni  balik  dari L.A. ada  bawa  buah  tangan  untuk  aku  tak?”

“Kau  ni teruk  betul. Sakit-sakit  masih  ingat  buah  tangan  ya. Sudah  tentu  ada. Aku  ada  bawa  untuk  family aku, mertua  dan  juga  kawan suami  dan  kawan aku. Aku  mana  boleh  lupa. Susah  nak  pergi  ke sana. Alang-alang  dah  pergi  aku  beli  lah  buah  tangan  sekali  untuk  bawa  pulang  ke Malaysia.”

“Bukan apa. Aku  takut  kau  lupa  aja. Okeylah.., aku pun  tak  mahu  ganggu  kau  berdua. Kirim  salam  dengan  Nizam  ya.” ucap  Lukman  lembut. Setelah  mendapat  maklum  balas  dari Qaseh. Lukman  mematikan  talian.

Sudah  seminggu Sinta  tidak  menegur Liana. Malam  sejak  dari  kejadian  itu. Sinta  juga  sudah  jarang  pulang  ke  rumah. Dia  memang  malas  bertembung  muka  dengan  Liana. Dan selama  seminggu  juga  Liana  menjeruk  rasa  dengan  kekasihnya Steve. Alasan yang  kerap  diberikan adalah, dia  sibuk  dengan  urusan  perniagaannya. Kerana perasaan  kasihnya. Liana  mendiamkan  diri. Dia  bimbang  jika  Steve meninggalkannya  jika  dia  terus  mengongkong  hidup  kekasihnya itu. Selama  itulah  juga  dia  ke pejabat dengan  menaiki  teksi. Namun  nasib  baik  keretanya  sudah  siap  semalam. Jika  tidak  dia  sendiri  tidak  tahu  bagaimana  untuk  ke  Kuala Lumpur  tanpa  kenderaannya. Jika  menaiki  bas  rasanya  tidak  sanggup.


“Assalamualaikum,”  ucap  Liana  apabila  mendengar  suara  Razak  ditalian.

“Waalaikumsalam.”

“Razak, aku  dah  bank  in  payment. Nanti  kau  semak  dalam  akaun  kau  ya.”

“Oh..okey. Nanti  aku semak. Macamana  kereta  kau? Okey  tak? Kalau  kau  ada  masalah  bawa  ke  bengkel  aku  ya.”

“Buat  masa  ni  okey. Tak  ada masalah pun. Kalau  dia  buat  hal  aku  bawa ke  sana. Okeylah  aku  tak  boleh  lama  ni. Kalau  kau  tak  terima  payment  beritahu  aku.”


“Okey.” ucap Razak. Selepas  memberi  salam  Razak  mematikan  taliannya.
Liza  duduk  termenung  di meja.Sheda  dan Nizam  memerhati  tingkah Liza  dari  jauh. Mereka  berdua  jarang  melihat  Liza  dalam keadaan  murung. Entah  apa  yang  difikirkan mereka  sendiri  tidak tahu. Dari  pagi  Liza  banyak  mendiamkan  diri.

Nizam  dan Sheda  berjalan  kea rah Liza. Bahu  gadis  itu  di tepuk lembut. Liza  tersenyum tawar.

“Apa  yang  awak  fikir  ni  Liza. Dari  pagi  saya  dan Sheda dok  perhati. Awak diam  saja lepas tu  asyik  termenung. Awak ada  masalah?”  tanya Nizam lembut.

“Hurm..” Liza  membalas  renungan  Sheda  kemudian majikannya.

“Liza, kau  okey  tak?” ucap Sheda  pula.

“Saya  okey  saja. Cuma  ada  masalah  dengan  tunang  saya..,”

“Masalah  dengan  tunang? Bukankah  sebelum ni  kau  baik-baik  saja?” tutur Sheda.

“Ya  lah. Saya  pun  tak  pernah  dengar  awak  merungut  tentang  dia. Apa  sudah  jadi  ni? Tiga  bulan  lagi  awak  akan  nikah. Jangan  buat  main Liza?”


“Saya  tak  main-main. Dia  tu..entahlah  doktor. Pening  kepala  saya ni.”

“Cuba  awak  ceritakan  pada  kami,”  tutur  Nizam lembut.

“Nanti  waktu  lunch  saya  cerita  ya. Sekarang  elok  doktor  rawat  pesakit dulu. Tu ada  pesakit  datang,” ucap  Liza  sambil  menjuih  bibir.


Sheda  dan  Nizam  hanya  mengangukan  kepala. Nizam kemudian  melangkah  semula  ke  ruangannya.


Lukman  agak  sibuk  di  pejabat. Sudah  agak  lama dia  tidak  bertemu  Sheda sejak  dari  dia  demam  tempohari. Entah  apa  khabar dia. Rasa  rindu  itu  cuba  dibendung  dengan  kesibukan  di pejabat. Namun apakan  daya. Rindunya  sudah  membuak-buak. Kadang  dia  rasa  susah  untuk  memberi  tumpuannya  pada  kerja.


‘Argh..tak  boleh  jadi  ni. Malam  ni, aku  mesti  jumpa  Sheda,’ ucapnya  sendiri.


“Macam itulah ceritanya. Saya  macam  tak  percaya  yang  dia  boleh  buat  macam tu  pada  saya,”ucap Liza  sedih.

“Liza  apapun  awak kena  siasat  dulu.Jangan  tuduh  dia  melulu. Kalau  perkara  itu  tidak  benar  bagaimana?”  Nizam  meluahkan pendapatnya.

“Betul  tu. Kalau  perkara  itu  tidak  benar. Kau  akan  menyesal  nanti. Tanya  dia  baik-baik, manalah  tahu  wanita  yang  kau  nampak  tu, sepupunya  ke? Kau  tak tahu  kan?”

“Memang  hati  kita  sakit. Tapi  sekali  sekala  kau  kena  berfikiran positif. Aku  tak  rasa  dia  lelaki  buaya,”  luah  Sheda  pula.


Makanan  yang  dipesan  Liza  masih tidak  dijamah. Nizam  meminta  Liza  untuk  makan. Namun Liza  hanya  diam  menyepi. Apapun Nizam  dan Sheda  memberi  laluan  untuk Liza  berfikir seketika.

“Hurm..baiklah. Saya  akan  tanya  dia  baik-baik. Saya  harap  dia  akan  berkata  jujur.”  Ucap  Liza  sambil  menyuap  makanan  ke dalam  mulut.


“Hai..,  ingat  tak  nak  makan.” Ucap  Sheda  berseloroh.

“Hish..lapar  ni. Dari  semalam  tak makan  gara-gara  aku  mogok  semalam,”

“Siapa  suruh  tak  makan? Padan  muka. Dah,  habiskan  makanan  ni. Kalau  tak  cukup  saya  boleh  orderkan lagi. Biar  awak  makan  sampai  muntah,”  Nizam  berkata  sambil  tertawa  besar.

“Hish..doktor  ingat  saya  ni  tong  sampah ke?Mana  saya  larat  nak  makan  banyak-banyak.”Liza  berkata  sambil  membulatkan  matanya.


“Ni  baru  Liza  yang    saya  kenal. Ceria  aja. Apapun awak  nampak tak  lawa  bila berwajah  kecewa,”

“Ada ke  orang  yang  berwajah  cantik  atau  tampan  ketika  kecewa? Doktor  ni  bab  mengarut memang  nombor  satu,”  ucap Sheda  spontan.

Liza  hanya  tergelak. Dia  kemudian  menghabiskan  nasi  goreng  dipinggan. Nizam  pula  memanggil  pelayan  untuk membayar  bil makanan.



Jam  sudah  menunjukan  angka 8.00 malam. Sebentar  lagi Lukman  akan  datang  menjemputnya. Dia  agak  terkejut  apabila  Lukman  menghubunginya  petang  tadi. Sheda  yang  sememangnya  malas  untuk  keluar  kerana  kepenatan. Tidak  sampai  hati  untuk  menolak  pelawaan  kekasihnya. Maklum dia  juga  rindu  bila  sudah  lama  tidak  bertemu.
Sheda  melangkah  ke  ruang  tamu. Dia  duduk  sebentar  di  situ  sementara menunggu  ketibaan  Lukman. Adiknya memandang  Sheda  yang  duduk  memandang  jam  tangan. Dia  dapat  melihat  keanggunan  kakaknya  yang  mengenakan  baju  kebaya  pendek  potongan  moden  rona  jingga. Rambut  Sheda  juga  di  sanggul  rapi. Sheda  yang  perasan  akan  perlakuan  adiknya tersenyum.

“Kenapa  tengok  macam  tu?”

“Ala..,  saja  tengok  tak  boleh  ke?”

“Okey.., ke? Akak  rasa  macam  tak  okey  je?”

“Okey. Dah  cantik pun.Tentu  Abang  Lukman  terpegun nanti.”

“Pandai-pandai  aja  kau  ni  uda.”


“Tak  percaya  sudah. Along  tengok  apa  Abang Lukman  komen nanti. Lepas tu  jangan  lupa  beritahu  uda  okey.”


Sheda  terdengar  bunyi  kenderaan  di hadapan  rumahnya. Dia  tahu Lukman  sudah  sampai. Adiknya  hanya  tersenyum. Dan  berpesan  agar  tidak  pulang  lewat. Sheda  hanya  tersenyum. Selepas  memakai  kasut, Sheda  mengatur  langkah  keluar  rumah.Lukman  yang  melihat  Sheda  segera  keluar  untuk  membuka  pintu kereta. Sheda  tersenyum  simpul. Malu  dengan  tingkah  Lukman  yang  bersahaja. Adiknya  hanya  tersengih  memerhati  dari  depan  pintu.


“Apalah  Fizzi  ni. Lain  kali  jangan  buat  macam tu. Saya  malu,”

“Ala..,  biarlah. Fizzi  sayang  Sheda. Tak  salah  kalau  Fizzi  nak  buat  macam  tu,”  ucap  Lukman  bersahaja.

“Hurm…lantak  Fizzilah. Tapi  lain  kali  jangan  buat  lagi  okey. Itupun  kalau  Fizzi  sayang  Sheda.”

“Janganlah  cakap  macam tu. Okey Fizzi  janji  tak  akan  buat lagi. Tak  mahu  monyok. Tak  ayu  nanti,”  usik Lukman.


Mereka  sampai  ke  destinansi  yang di tuju  empat puluh  minit  kemudian. Sheda di  bawa  ke  restoran sederhana  mewah di pusat  bandar. Sheda memandang  Lukman yang  sedang  tersenyum.


“Jom.., kita  masuk sekarang.”

“Fizzi  tempah  restoran  ni  ke?” ucap Sheda  lembut. Dia  bagai  tidak  percaya  akan menjejakan  kaki  di  restoran  impiannya  dan Liza.

“Yup, Fizzi  minta  Nizam  tempahkan  untuk  kita  petang  tadi. Dia  tak  beritahu  Sheda  ke?”

Sheda  hanya  menggeleng  sambil  mengatur  langkah  mengekori Lukman.


Seorang  pelayan  wanita  membawa  mereka  berdua  ke  meja  yang  di  tempah. Lukman  mempersila Sheda untuk  duduk  di hadapannya. Mereka  berdua  duduk  sambil  membelek  menu  yang  terletak di  atas  meja.

“Sheda  nak  makan  apa?”

“Tak  tahu  nak  makan  apa. Fizzi  pilihkan  untuk  Sheda  boleh?”  ucapnya  agak  manja.

“Boleh. Apa salahnya.” Lima  minit  kemudian Lukman  memesan makanan  dan  minuman  yang  di inginkan. Pelayan wanita  tadi  pula  mengulangi  menu  makanan  pilihan  Lukman. Setelah  berpuas hati. Pelayan  tersebut mula  beredar.


“Sheda, awak  nampak  cantik  sangat  malam  ni.”

Wajah Sheda  mula  merona  merah. Malu  bila Lukman  berkata demikian. Sheda  merenung  Lukman  yang  kelihatan  tampan malam  itu. Kemeja  lengan panjang  bewarna  biru  firus  yang  membaluti batang tubuh Lukman itu  sangat  bersesuaian dengan  penampilannya. Rambutnya  juga  tersisir  rapi. Lukman  membalas  renungan  Sheda. Sheda  yang  sedang  asyik memerhati, tersenyum malu apabila  di sedari  sepasang  mata  milik  Lukman  singgah  pada  raut  wajahnya.


“Encik, jemput  makan?”  ucap  pelayan  kemudian  beredar  dari  situ.


Tanpa  mereka  sedari  sepasang  mata  bundar  milik seorang  wanita. Singgah di situ. Ada  tatapan marah dari  pandangannya. Liana  sengaja  datang  untuk  mengganggu suasana  harmoni  mereka. Hatinya  berasa  sakit. Sakit  hatinya  kerana  sepanjang  pertunangan  mereka Lukman  tidak pernah  melayannya  begitu. Bukan  itu  saja, Lukman  juga  tidak  pernah  membawa  dia  untuk  makan  malam di  restoran ini.




Sambil  makan Lukman  dan Sheda  berbual  menceritakan  perihal  masing-masing. Namun suasana  yang  ceria  serta  damai  itu  di  ganggu  oleh  wanita  yang  tidak  sepatutnya  berada  di situ.

“Amboi!! bahagia betul you all berdua  ni. Tak  nak  jemput  I  makan  sekali  ke?” ucap Liana  sinis.

Bulat  mata  Lukman  bila  Liana  tiba-tiba  terpacak  di  sisi  meja. Jiwanya benar-benar terganggu  dengan  kemunculan  Liana  secara  tiba-tiba. Dia  cukup  tidak  senang  dengan  kehadiran  gadis  itu. Kerana  tidak  mahu  mengeruhkan  suasana, Lukman memaniskan  muka. Sheda  pula  hanya  diam  membisu. Dia  juga  terkejut dengan  kehadiran Liana  yang  sama sekali  tidak di  duga.

“Hurm..awak  buat  apa  di sini. Ada  temu  janji  ke?” ucap Lukman sambil memandang  sekeliling.

“You  nak  cari  siapa? I memang  ada  temujanji  dengan  kawan. Kebetulan  dia  belum sampai. Meja  I  ada  di  sana. Tak  sangka  boleh  jumpa  you  berdua  di sini.” Liana  berkata  sambil  menekan nada  bicaranya. Serentak  dengan  itu  Liana  menghadiahkan  jelingan  tajam  untuk Sheda.


Sheda buat  tidak  peduli. Dia  memang  tidak  kisah  apa  yang  wanita  itu  akan  katakana  padanya. Dia  masih  ingat adap  dan sopan. Lagipun  ini  tempat  orang. Tidak  mungkin  dia  akan  cari  gaduh  dengan  wanita  itu  di  sini.

“Liana, saya  berharap  sangat yang  awak  tidak  ganggu  kami  malam  ini. Kalau  tiada  apa  saya  rasa  awak  boleh  beredar.”  ucap  Lukman  mendatar.

“Sukahati  akulah!!Nak  pergi ke  tidak. Yang  kau  nak  halau  aku  ni  kenapa?” herdik Liana  tiba-tiba. Lukman  terkedu bila  mendengar jawapan spontan tersebut. Hatinya  benar-benar  marah.

“Liana, saya  cakap  dengan  awak  baik-baik yang  awak  menjerit  ni  kenapa?”

“Sukahati  akulah  nak  jerit  ke  apa ke. Apa  kau  peduli. Mulut aku, aku  punya  suka. Kau  nak  cover  line  depan minah  ni lah ya?” tutur  Liana  sambil  menunjal  kepala Sheda.

Sheda  cukup  pantang  dengan  manusia  yang  berani  menunjal kepalanya. Tanpa  ragu Sheda bangun  sambil  menghayunkan tangannya laju.

Panggg!!


Satu  tamparan  kuat  singgah  di pipi Liana. Liana  terpempan seketika  sambil  menggosok  pipinya. Wajah  anak  gadis  berkulit  kuning  langsat  itu  berbirat  merah.


“Awak  ingat  awak  siapa? Nak  tunjal-tunjal  kepala  saya?”

“Jangan  awak  ingat  saya  yang  nampak  sopan ni  tidak  jahat. Saya  cukup  pantang  orang  tunjal-tunjal  kepala  saya.  Apa macam, sedap tak kena  penampar? Kalau tak cukup, saya  tambah  lagi.” tutur Sheda dengan  nada  yang  tinggi.

Lukman  terpinga-pinga  tidak  menduga  bahawa  Sheda  akan  menampar Liana. Lukman  juga  tidak  menduga  bahawa Sheda akan berkata  dengan  nada  yang  tinggi. Sepanjang  perkenalan  mereka  Lukman  belum  pernah  melihat  Sheda  marah  begitu.

“Fizzi, kita  balik  sekarang.”

“Tapi, makanan  kita  tak  habis  lagi.”

“Maaf, Sheda betul-betul  dah  hilang  nafsu  makan. Kita  balik  sekarang”

“Liana  ni  semua  kau  punya  pasal. Lain  kali  jangan  ganggu  aku okey.”

“Pergi  mampus  dengan  kau  berdualah!!” jerit Liana kuat.

Saturday, 31 December 2011

Sejuta Luka Dihati-Bab 13







Bab 13




Jam  dinding  sudah  berdenting  sebanyak  tiga  kali. Menunjukkan  pukul  3.00  pagi. Liana  tidak  senang  duduk  kerana  perutnya  mula memulas. Dia  berpusing  ke  kiri  dan  ke  kanan  untuk  melegakan  kesakitan. Namun  usahanya   sia-sia  belaka. Kerana  dek  tidak  tahan. Liana  bangun  untuk  mencari  minyak  urut.

‘Hish..manalah  minyak  urut  ni. Rasanya  ada  di  sini.’ tutur  Liana  berang  sambil  membetulkan  rambutnya  yang  agak  serabai.

Walaupun  Liana  masih  marah. Namun  dia  masih  berusaha  untuk  mencari  di setiap laci  biliknya. Setelah  penat  mencari. Liana  keluar  menuju  bilik  Sinta.


“Sinta! Sinta!”

Suara  Liana  bersama  ketukan  pintu  bilik  yang  agak  kuat  mengganggu  tidurnya. Dengan  langkah  malas Sinta  membuka  pintu  bilik.

“Ada  apa??  Pagi-pagi  buta  kau  dah  kacau  aku,”


“Aku  nak  tanya  ni. Kau  ada  nampak  minyak  urut dalam  bilik  aku tak?”

Sinta  menggosok-gosok  matanya  sebentar  sambil  mengingati  sesuatu.

“Sinta, ada  nampak  tak? Termenung  buat  apa?”


“Kan  minyak  urut  tu  dah  lama  habis. Kau  yang  minta  aku  buangkan  tempohari. Kau  dah  lupa  ke?”


“Alamak!! Waktu  aku  sakit  perut  inilah  minyak  urut  tak  ada.”

“Kau  nak  buat  apa  dengan  minyak  tu? Perut  kau  sakit  ke?”

“Ya  lah. Sakit  perut. Lagi  tanya!! Aku  tak  boleh  tidur  dari  tadi  tau  tak!”  ucap  Liana  agak  marah.

“Argh!! malas  aku  nak  layan  kau. Bodoh  sombong  betul,” tutur  Sinta  sambil menutup pintu  bilik.


Liana  agak  terkejut  dengan  tingkah  Sinta  yang  mendadak  marah. Mungkin  silap dia  kerana  lebih  awal  mengherdik  Sinta. Apapun  Liana  akan  meminta  maaf  pagi  esok. Apa  yang  penting  dia  harus  mencari  altenatif untuk  meredakan  kesakitan. 


Sinta  bangun  agak  awal  dari  kebiasaanya. Dia  juga  bersiap  dengan  cepat  kerana  malas  bertembung  dengan  Liana. Sebelum  keluar  dari  rumah. Sinta  dapat  melihat  Liana  masih  lagi  tidur. Mungkin  Liana  terlupa  menutup  pintu. Setelah  memastikan  nkeadaan   rumah  agak  kemas. Sinta  kemudian keluar  dan  mengunci  pintu  untuk  ke  pejabat.


‘Malas  aku  nak  kejutkan  kau. Kalau   nak pergi  kerja  pandailah  kau  bangun sendiri,’  rungut  Sinta  sambil  menghidupkan  enjin  kereta.



Deruman  enjin  kereta  Sinta  mengejutkan  Liana  dari  lamunan  mimpi. Liana  bangun  terpisat-pisat  memandang  jam  dinding. Sudah  pukul  lapan  pagi.

‘Pukul  lapan!!  Mampus  aku. Aduh!!  Kenapa  minah  ni  tak  kejutkan  aku.’  renggus  Liana  sambil  berlari  ke  kamar  mandi.


Awal  pagi  lagi. Lukman  sudah  tercegat  di  hadapan  klinik. Nizam  yang  baru  saja  tiba  agak  terkejut. Entah angin  apa  yang  telah  melanda  sahabatnya  itu, dia  sendiri  tidak  pasti.  Nizam  memakir  kenderaan  betul-betul  di  hadapan  Lukman. Lukman  menoleh  dan  tersenyum kembali.

“Hello  bro!! Assalamualaikum..,” Sapa  Nizam  ramah. Sambil  mengeluarkan  kunci  Klinik.


“Waalaikumsalam.., lewat  kau  sampai?”

“Mana  ada  lewat. Aku  biasa  sampai awal setengah  jam  sebelum  waktu  klinik  mula  beroperasi. Kau  tu  yang  kenapa? Awal  pagi  dah  terpacak  dekat  sini?”


“Aku  tak  sihatlah. Sebab  itu  aku  datang  ke  sini,”

“Demam  rindu  kot!" Celah  Liza  tiba-tiba.

“Doktor,  sorry  lambat  lima  minit  saya  pergi  sarapan  tadi.”

“Tak  mengapa,  Saya  pun  ada  kunci  juga."  beritahu  Nizam  lembut.

“Sheda  mana  Liza?  Saya  tak  nampak  dia  pun,”


“Makwe sendiri  tanya  Liza  pula  buat  apa? Dia  cuti  hari  ni,”


“Oh..  aku  terlupa."  ucap  Lukman  ringkas.

“Lain  kali  hafal  jadual  kerja  dia  okey,”

“Liza, Mei  Ling  mana?”

“Entah. Kejap  lagi  sampai  lah  tu. Mungkin  lambat  sikit  kot. Tak  apa  biar  saya  kemas  sendiri dulu. Nanti  kalau  dia  sampai  biar  dia  siapkan  benda  lain  dulu,"  beritahu  Liza  lembut  dan  teratur.


Nizam  hanya  menganguk  dan  mengarahkan  Lukman  untuk  mengikutinya. Dengan  langkah  longlai  Lukman  masuk  dan  duduk  menyandar  di kerusi.


“Kau  nak  aku  rawat kau  sekarang ke?" ucap  Nizam  sambil tersenyum  sumbing.


“Aku  dah  tak  larat  ni. Kalau  kau  boleh  sekarang  lah,”

“Aku  tengok  kau  ni  dah  macam  apa  dah. Mari  duduk  sini  aku  semak  tekanan  darah  kau  dulu,”


“Tekanan  darah  okey. Suhu  badan  kau  pula, Wow!! mantap. Tingginya  39  darjah. Kau  demam  ni. Tekak  kau  sakit  tak?Cuba  kau  nganga  kejap,”


Nizam  dapat  melihat  keadaan  tekak  Lukman  yang  kemerahan.  Sejurus  itu  Nizam  menggelengkan  kepala  dan  membuatkan  Lukman  mengerutkan  wajah.

“Kenapa  kau  menggeleng?”

“Tak  ada  apa. Jangan  risau  sangat  URTI  aja  ni. Maaf  maksud  aku  kau  cuma  kena  demam  biasa  saja. Nanti  aku  berikan  kau  ubat  demam, antibiotic,  dan  juga  ubat  sakit  tekak  okey,”

“Nizam  kau  boleh  berikan  aku  ubat  selsema  dan  batuk  tak? Manalah  tahu  lepas ni  aku  kena  selsema pula. Tapi  tanda-tanda  aku  akan  dapat selsema  dan  batuk  tu  ada,”

“Okey  boleh. Tapi  kalau  tak  selsema  atau  batuk  tak  payah  makan  ubat  tu.”

“Baik  doktor  Nizam.”


Nizam  bangun  sebentar  sambil  menyiapkan  ubat  untuk  rakannya. Lukman  pula duduk  menanti  sambil  memandang  CCTV. Dia  tersenyum  sendiri.


“Apa  yang  kau  tenung?Lepastu  tersenyum pula? Gila  ya?”

“Tak  ada  apa. Tengok  CCTV  kau  aja.”  ucapnya sambil  memandang  Nizam  yang  memegang  bungkusan  plastik  ditangan.

“Nah  ambil. Ubat  untuk  kau,” ucapnya  sambil  menghulurkan  bungkusan  tersebut  kepada  sahabatnya.

“Berapa  kos  rawatan  aku  ni?”_ Lukman  bertanya  sambil  melihat  isi  beg  tersebut.


“Untuk  kau    aku  charge seratus  ringgit  okey,”

Terjojol  biji  mata  Lukmann  sebaik  saja  mendengar  harga  kos  rawatan yang  sangat  tinggi.  Nizam  yang  sekadar  mengusik,  tergelak  besar  apabila  melihat  mata  Lukman  tidak berkelip.

“Wei  kau  ingat  aku  ni  dah  gila. Nak  letak harga  tinggi  melambung. Larilah  pesakit  aku,” tuturnya  bersahaja.

“Hish..,mahu  pitam  aku  dengar. Habis  berapa  aku  kena  bayar ni,”

“Ala  untuk  sahabat  baik  aku  ni. Aku  berikan  rawatan  percuma  saja. Aku  tidak  kenakan  sebarang  bayaran  okey,”


“Terima  kasih  Nizam. Okey  lah..aku  balik  dulu  nak  berehat. Sekejap  lagi  klinik  kau  di  buka  kan. Biar  aku  chow  dulu. Anyway  boleh  berikan  aku  MC?”

“Boleh. Kau  tunggu  sekejap,”


Setelah  siap, Nizam  memberikan  MC  yang  diminta  oleh  Lukman  dan  memberikannya. Sebelum  Lukman  keluar Nizam  sempat  berpesan  agar  sahabatnya  itu  mendapatkan  rehat  yang  cukup. 


“Lukman  jangan  lupa  minum  banyak  air  putih  okey,”


Lukman  tersenyum. Dan  berjalan  keluar  klinik.


Sheda baru  saja  selesai  mandi. Hari  ini  dia  tinggal  sendirian  di  rumah. Ibunya  pulang  ke  kampung  untuk  bertemu  dengan  abangnya. Adik-adiknya  pula  awal  pagi  sudah  bersiap  untuk  ke  tempat  kerja. Untuk  menghilangkan  rasa  bosan, Sheda  duduk  bersila  di  hadapan  almari  buku  untuk  mencari  resepi  baru. Niat  di  hati  ingin  membuat  pudding. 

Alunan  lagu dari  telefon bimbitnya. Mematikan  mood  Sheda  buat  sementara. Sheda  bangun  untuk mengambil  telefon  bimbit   di  atas  meja  kopi. Sheda  melihat  skrin  dan tersenyum.


“Ya.. ada  apa, boss  call  saya  ni. Staff tak  cukup  ke?"  ucap  Sheda  pantas.


“Tak  adalah. Saja  nak  call. Saya  nak  sampaikan  pesanan  untuk  awak.”


“Pesanan!!”

“Ya,  pesanan  yang  kekasih  hati  awak  tu  tak  sihat.”

“Lah.., dia  demam  ke?”

“Ya. Awak jaga  dia  baik-baik  tau,"  pesan  Nizam.

“Tak  mahu lah. Dia  dah  besar,  pandailah  dia jaga  diri  dia  tu.”


“Teruk  betul awak  ni  Sheda. Sampai  hati  awak.  Nanti  kalau  dia  dengar  pasti  dia  merajuk,”

“Biar  dia  merajuk. Saya  tak  hairan  pun,”


“Okeylah  Sheda  saya  tak  boleh  cakap  lama-lama  ni. Ada  pesakit. Jangan  lupa  jaga  dia, bye. Assalamualaikum,”

Sheda  diam  selepas  mematikan  talian. Dalam  hati  dia  turut  risau  dengan  keadaan Lukman. Ingin  telefon, dia  bimbang  jika  mengganggu  Lukman. Lama  bermonolog, Sheda  membuat  keputusan  untuk menghubunginya  malam  nanti. Apa  yang  pasti  dia  ingin  membuat  puding.


‘Hish..menyusahkan  betul. Sudahnya  aku  tak  boleh  ke  tempat  kerja. Waktu  macam  ini  lah  kereta  buat  hal. Steve  ni  pun  satu,  orang  call  bukan  nak  angkat  telefon. Siaplah  kalau  aku  jumpa  nanti.’ rungut Liana.


Liana memang  agak  berang  kerana  dia  sudah  bangun  lewat  pagi  tadi. Apabila  dia  sudah  bersedia  untuk  ke pejabat, kereta  miliknya  pula  buat  hal. Belum  lagi  pegawainya  memarahinya  kerana  tidak datang  bekerja. Di  tambah  lagi  apabila  kekasih  hatinya  juga  tidak  mengangkat  panggilan  telefon  darinya.


Tidak  tahu  hendak  berbuat  apa. Liana  menghubungi  rakannya  untuk
membantunya.


“Hello,  Razak  aku  ni  Liana. Kau  boleh  datang  rumah  aku  tak?"  ucap  Liana  pantas tanpa  henti.


“Kalau  ia  pun  berilah  salam dulu. Main  hembus  saja,”


“Jangan  marah. Aku  terlupa.”

“Kau  nak  apa?”

“Kereta  aku  rosak. Boleh  kau  datang  ambil  kereta  aku  dan  bawa  ke  bengkel  kau  tak?”

“Oh.., boleh. Nanti  besok  aku  suruh pekerja  aku  datang.”

“Hari  ni  tak  boleh  ke?”

“Sorrylah,  hari  ni  tak  boleh. Kalau  kau  nak. Tunggu  esok. Okey  lah  Liana  aku   tak  boleh  lama  ni. Banyak  kerja  aku  nak  buat. Jumpa  kau  dekat  bengkel  esok,”  ucap  Razak  lalu  mematikan  talian.

Liana  menghela  nafas. Menggelegak  panas  hatinya. Nampak  gaya  dia  harus  ke  pejabat  dengan  menaiki  teksi.


“Liana, lewat  awak  sampai  pagi  ni?” Tanya  rakan  sekerjanya.

“Ya,  kereta  saya  rosak pula.”


Liana  kemudian  berjalan  ke  meja  kerjanya dengan  langkah  malas. Bengkak  sungguh  hatinya  pagi  ini. Kerja  yang  tertunda  semalam  dipandang  sepi. Tas  tangan  di  letak  disisi  meja.


Sheda  sedang  sibuk  menyelongkar  dapur  mencari tepung  kastard. Puas  mencari  namun  tidak juga  jumpa. Sheda  nekad  akan  keluar  ke  kedai. Sheda  menutup  pintu  sebelum  keluar  dari  rumah. Dengan  hanya  memakai  pakaian  yang  ringkas  dan  berselipar  jepun. Sheda  meneruskan  langkah  dengan  laju. Jika  dia  berjalan  lambat  rasa  penat  pula. Rumahnya  agak  jauh  dari  kedai.


“Amboi!!  Anak  dara  ni. Jalan  laju, nak  ke mana?” Tegur  makcik Munah.

“Mana  ada  laju. Saya  nak  ke  kedai  ni makcik.” Ucap  Sheda  sambil  tersengih.


Makcik  Munah  hanya  memerhati  sambil  tersenyum. Kemudian  meneruskan  kembali  kerja  menyiram  bunga.


“Moi, kenapa  awak  punya  muka itu  macam?”


“Ala  aunty, cuaca  panas. Tengok  muka  saya  pun sudah  macam udang  kena  bakar,”


“Lain  kali  bawa  paying  tak  kena  panas mah..,"


“Saya  malaslah. Aunty  saya  nak  beli  tepung  kastard ada  tak?”

“Ada. Awak  mahu  beli  berapa  banyak?”

“Dua  saja  cukup.” Ucap  Sheda  ringkas  sambil  matanya  melilau  ke  kiri  dan  ke  kanan.


Selang  sepuluh  minit  aunty Lim  kembali  bersama  barang  yang  diminta.

“Mau  buat  kuih  ya?”


“Tak lah  saya  nak buat  pudding kastard. Lama  tak  makan  teringin  pula.”


Setelah  membayar  harga  tepung. Sheda  berjalan  pulang  ke  rumah.Tiba  di  rumah  Sheda  mengambil  handphone  miliknya  di  atas  meja  makan. Bimbang  jika  ada  orang  yang  menghubunginya  semasa  ketiadaannya. Maklum  dia  terlupa  membawanya  tadi.



‘Ramai  pula  pesakit  hari  ni.’ ucap  Nizam di  dalam  hati.



Nizam  memandang Mei Ling  yang  agak  sibuk.  Tidak  sampai  hati  membiarkan  pekerjanya  begitu. Nizam  bangun  dari  duduknya  dan  berjalan  menuju  ruangan  dispensary.



“Hish..Doktor  buat  apa  ni? Biar  saya saja  yang  buat,” tegah  Mei Ling lembut.


“Tak  apa  saya  kasihan  tengok  awak. Biar  saya  bantu. Saya  ni  tak  zalim  pun. Baik hati  adalah,” ucap  Nizam  berseloroh.


Mei  Ling  ketawa  dan  berkata  “Doktor  memang  teramatlah  baik dan  tidak  zalim  pun,”


Nizam  tersenyum  sambil  tangannya  pantas  mengambil  ubat  yang  diperlukan. Setelah  siap  semuanya Nizam  memandang  sekilas  jam  didinding. Matanya  di  kalih  ke arah  Mei Ling.  


Mei Ling  memandang  hairan.  "Kenapa  doktor  tening  saya  macam  tu?”


“Awak  tak  perasan   ke?”

“Perasan  apa?”


“Kita  tak  makan  lagilah. Jam pun  dah  pukul tiga  petang.”

Mei Ling  memandang  jam  dinding. 

“Ya, betul tu. Patutlah  perut  saya  lapar. Pesakit  ramai  sangat  sampai  tak perasan  waktu  rehat  sudah  berlalu.”

“Mei  sementara  tak  ada  orang ni  lebih elok  kalau  awak  keluar  sebentar  beli  makanan.”

“Kalau  pesakit  datang  nanti  macamana?”

“Tak  mengapa  saya  ada  di  sini. Saya  kirim  dengan  awak  sekali  ya,”

“Boleh.Doktor  nak  pesan  apa?”

“Saya  nak  awak belikan  saya  mee goreng  mamak.”

Mei Ling  mengangguk  dan berlalu  keluar.



Liana  cuba  menghubungi  Steve  beberapa  kali  namun  tidak  berjaya. Hatinya  benar-benar  membara. Jika  jejaka  itu  ada  di hadapannya  sudah  pasti jejaka  itu akan  menjadi  mangsa  amukannya.

'Hish...kemana  saja  mamat ni. Siap  kalau  aku  jumpa  nanti,' bentak  Liana  sendiri.


Lima  minit  kemudian  Liana  terfikir  untuk menghubungi Sinta. Dia  berharap  sangat  agar  Sinta  dapat  menjemputnya petang  nanti.


“Hello  Sinta..,”  ucap  Liana  lancar  sebaik  terdengar  suara  lunak  Sinta   ditalian.

“Erm...ada  apa?”

“Petang  nanti  boleh  jemput  aku  di  pejabat  tak?”

“Sorry  tak  boleh. Dan  aku  rasa  tak  sempat  nak  ambil  kau. Kau  balik  naik  teksi  ya,”

“Tapi  kenapa?”


“Dah  aku  kata  tak  sempat. Kau  tak  faham  ke?Atau  nak  aku  cakap  jepun  baru  faham!! Aku  ada  temujanji  hari  ni,”


“Tapi..” belum  sempat  Liana  meneruskan  kata-kata  Liana  terdengar  talian  dimatikan.


‘Kurang  ajar  betul. Ingat  aku  ni  apa,’ pekik  Liana  berang.

Semua  mata  terumpu  padanya  apabila  mendengar  pekikan Liana  yang  agak kuat. Liana  hanya  tersengih  dan  menyambung kembali  tugasnya.



Liza  sudah  tidak  berdaya  lagi. Hari  ini  dia  pulang  awal  ke rumah  sebaik  saja  Nizam  mendapati  dirinya  itu  demam.Nizam  memberikan  cuti  selama  dua  hari.Liza  lega  dan  senang  hati  dengan cuti  yang  diberikan.Namun  dia  juga  kasihan  pada  Mei Ling yang  terpaksa  bekerja  sendirian.


Apapun Liza  berterima  kasih  kepada  Mei Ling  yang  tidak  merasa  keberatan  dengan  keputusan  majikannya. Dia  bangga  kerana  gadis  cina  itu  jenis  orang  yang  bertolak  ansur.

Akhirnya Liza  tersenyum sendiri.

Tahun Terakhir 2011

Hai  semua  selamat  pagi. Hari  ini  merupakan  tahun  terakhir 2011. Banyak  pengalaman suka  dan duka  yang Lynn tempoh  sewaktu  berada  dalam  tahun ni.Lynn tahu  pasti  u all semua  merasakan  hal  yang  samakan. Bagi  Lynn byk  kenangan  tak  manis  atau  tak  berapa  best  dalam  kehidupan Lynn.. terutama  byk  sekali  kejadian  yang  tidak  di ingini  berlaku.Contohnya...my  cat.mirmo...melahirkan anak  tak  cukup  bulan. Anak  sulungnya  mati  sewaktu  di  lahirkan. Dan  pagi  tadi  tepat  jam 8pg  anak  keduanya  pula(baby) meninggal  dunia  akibat  kekejangan/kangcing  gigi....cuti  tahun  yang  masih  terlalu  byk  dan  masih  tidak  habis  di gunakan. Masalah  tempat  kerja..dan  sebagainya. Apapun. ada kenangnan  manis  yang  berlaku  pada  tahun  ini  iaitu...Lynn selamat   di nikahkan  dengan  insan  yang  paling Lynn sayang iaitu..En Isammudin pada 3/Dec/2011. Dapat  wedding  gift  yang  sangat  bermakna  dari  my  majikan..Mrs Elaine  dan Sherly..thanks  both of you.. Pokoknya  tahun  ini  merupakan  tahun  yang  penuh  dengan  ujian  yang  Lynn rasakan  agak  berat  untuk  dipikul. Tapi  apa  yang  berlaku  ada  hikmahnya. Dan  Lynn bersyukur sangat2  kerana  di  beri  kesempatan  untuk  menuruskan  kehidupan  oleh Allah S.W.T.  Lynn  berharap..tahun  berikutnya 2012..merupakan  tahun  yang  akan  merubah
kehidupan Lynn suami  isteri serta  ahli  keluarga  yang  lain   menjadi  semakin  baik.... Dan  tak  lupa  untuk  kawan2 Lynn yang  lain...  


Untuk  kata  penutup..Lynn ucapkan SELAMAT  MENYAMBUT  TAHUN  BARU 2012. SEMOGA  KALIAN  BERBAHAGIA  SELALU ;)


lOVE  YOU  ALL


Shazlynn Fazlynn

SEMUANYA PINJAMAN-Pesakit Endometriosis

Hi... semua assalamualaikum...Nurin berharap kamu semua sihat2 selalu.Sejak 2 menjak ni sy agak kurang aktif meluah apa2 di blog sy. Entahla...